Bismillahirrahmaanirrahiim,
Sejak akhir-akhir ini, kita sering disajikan dengan berita-berita yang menyedihkan dan menyayat hati. Cuba kita renungkan, kenapa seseorang itu tergamak membunuh seseorang yang sepatutnya di bawah tanggungannya, seseorang yang patut dikasihinya...!!
Kita sudah acapkali mendengar berita-berita yang mengejutkan seperti, bapa membunuh anak, suami membunuh isteri, anak menetak ibu atau ayah, abang membunuh adik, isteri membunuh suami, cucu membunuh datuk, bayi-bayi yang dibunuh kejam..hasil hubungan yang tidak sah, anak-anak yang didera sehingga mati! Dan segala macam perlakuan yang di luar batas peri kemanusiaan. Disebabkan kehilangan kasih sayang, merebut harta, merebut kasih, kesusahan dan kesempitan hidup, manusia akan sering menyalahkan orang lain, terutamanya orang-orang yang mereka kenal, tidak terkecuali pemimpin dalam sesebuah negara.
Masyarakat mudah menjadi rosak dan hilang pertimbangan, malah semakin rosak dan parah dengan adanya gejala rokok, dadah, medium sosial, perkembangan teknologi internet dan handset yang canggih. Masyarakat lebih suka memperkatakan sesuatu secara terbuka tanpa memikirkan ramai yang membaca dan ramai yang terguris hati dan perasaan. Lihatlah sekarang, ramai orang mudah bergaduh kerana sering meluahkan pendapat melalui medium sosial internet seperti facebook dan yang sewaktu dengannya. Maklumat, merebak dengan pantas, tanpa kawalan, budaya ini sangatlah bahaya kerana ramai yang menyalahgunakan teknologi ini.
Jika kita renung, sepatutnya hubungan akan lebih akrab jika sering bertemu dan berbual secara bersemuka, kasih sayang akan lebih terasa, jauhi sikap suka memberi pandangan atau pendapat tanpa usul periksa kerana ia akan lebih membawa padah..
Setelah banyak berceloteh ni, saya nak mengajak tuan puan, adik kakak pembaca yang budiman semua renung sejenak....
ADAKAH ISLAM, TIADA JALAN PENYELESAIAN DALAM SEMUA PERMASALAHAN YANG TIMBUL SEPERTI YANG DISEBUTKAN DI ATAS...?
JAWABNYA MEMANG ADA.....SEKIRANYA KITA KENAL DIRI KITA, KITA TIDAK AKAN TERGAMAK MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MELANGGAR SYARIAT DAN BERTENTANGAN DENGAN NILAI-NILAI KEMANUSIAAN...
Di dalam blog ini, anda boleh membaca sebuah buku 'Mengenal diri melalui rasa hati ', bacalah dari mula sampai akhir, kemudian, kita boleh nilai diri kita dan cuba membaiki diri kita. Jika semua masyarakat masing-masing ambil peranan untuk membaiki diri, maka kita akan hidup dalam negara dan masyarakat yang aman makmur, rukun dan damai....Saya berani menyatakan, tiada jalan pintas yang lebih baik dan selamat daripada jalan penyelesaian yang terkandung dalam buku tersebut. Ia adalah jalan yang terbaik seperti yang dituntut dalam syariat Islam, Islam itu agama keselamatan, ia sesuai untuk semua, malangnya ummat Islam sendiri tidak menyedari , tidak sungguh-sungguh mempelajari dan mempraktikkanya.
Jadi, saya dengan rendah hatinya ingin mengajak para pembaca semua untuk menghayati isi kandungan dalam buku ini, bukankah membaca atas nama Allah itu dituntut dalam al-Quran.
Selamat membaca
Prakata
Muqaddimah
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 3 (sambungan)
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9 : Renungan yang patut diambil perhatian
Moga kita sama-sama mendapat kebaikan dan manfaat daripada perkongsian ini. Moga Rahmat Allah sentiasa melimpah ruah kepada penulis buku ini dan orang-orang rapat yang berusaha keras untuknya, kerana sesungguhnya tiap sesuatu itu, pasti ada kesulitan dan pengorbanan yang bukan sedikit...kita membaca di sini secara percuma! Jadi mungkin ada orang tidak dapat menghargainya atau menilainya!!
Sama-samalah kita bersyukur kepada Allah swt kerana mengizinkan kita dan merezekikan kita untuk mendapat ilmu ini, moga kita dapat mengamalkannya dengan izin Allah swt.
Wassalam.
Ahad, 9 Feb.
9.38 am.

No comments:
Post a Comment