Asalamualaikum wbt.
Bagi yang menggemar keindahan dan bunga-bungaan, orkid Vanda ni ambil masa lebih 6 bulan untuk berbunga semula.
Apa yang mengejutkan, masuk bulan Rabiul Awal 1435H tahun ini, tanpa disangka 2 tangkai bunga yang besar kelihatan melambai-lambai...terkejut juga kerana sebelum ni tak ada tanda-tanda nak keluar bunga...bila perasan je...dah banyak bunga-bunga kecil yang tunggu masa nak kembang..
Subhanallah...Alhamdulillah..Allahu Akbar..pokok bunga pun nak berbunga pilih bulan yang baik...
4 RabiulAwal 1435H = 6 jan 2014 |
6 RabiulAwal 1435H = 8 jan 2014 |
6 RabiulAwal 1435 H = 8 Jan 2014 |
11 RabiulAwal 1435 H = 13 Jan 2014 |
11 RabiulAwal 1435 H = 13 Jan 2014 ( hanya sekuntum belum kembang ) |
12 RabiulAwal 1435H = 14 Jan 2014 |
15 RabiulAwal 1435H = 17 Jan 2014 |
Tukar warne he he... |
27 Jan 2014, aduhai sayangnya..dek kerana bunganya berat...patah...tapi ada setangkai lagi di pokok.. |
21 Nov 2013, sampai sekarang masih ada sekuntum, lebih 2 bulan, bunganya bertahan |
Ambil pada 29 Nov 2013, orkid ni juga berkembang sekitar 2 bulan, sekarang bunga dah luruh semua |
21 Oct 2013, pokok yang selalu kena jaga, jangka hayat tak lama, skarang dah 'ko'! |
Comel tak ayam serama putih ni! Tinggal dia sekor aja...29 Nov 2013...he he he...ayam ni suka tengok pokok bunga, dia suka makan pokok bunga rumput Jepun... |
Peristiwa semasa pemerintahan khalifah ‘Umar bin al-Khattab merupakan titik tolak permulaan takwim hijrah dimana khalifah ‘Umar telah mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam.
Dalam perbincangan tersebut pendapat ‘Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad S.A.W. dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam dan mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.Bulan Rabiul Awal dan Rabiul Akhir merupkan bulan ketiga dan keempat dalam kalendar Islam.Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiul Awal ini sehinggalah sekarang. Manakala maksud bagi bulan Rabiul Akhir atau Rabiul Thani pula ialah bulan kedua musim bunga.
Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal
1.Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
Di keheningan 12 Rabiulawal tahun gajah lahirlah seorang insan pembawa rahmat bagi seluruh alam. Kehadiran baginda telah mengubah dunia dari kejahilan kepada kefaqihan.
2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul.
Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
3. Hijrah
Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan.
Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah:-
Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah:-
Ø peperangan Safwan (Badar pertama)
Ø Bawat, Zi Amar (Ghatfan)
Ø Bani An-Nadhir
Ø Daumatul Jandal
Ø peperangan Bani Lahyan.
5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
6. Pembukaan Iraq
Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
7. Pembukaan Baitul Muqaddis
Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
Peristiwa Penting Bulan Rabiul Akhir
1. Peperangan Jamal (Unta)
Perang saudara pertama dalam sejarah Islam
No comments:
Post a Comment