Translate

Monday 27 October 2014

Allah membantu orang-orang yang bertaqwa

Bismillahirrahmaanirrahim,

27 hb oct, Isnin, berkat bulan Muharram 1436H ini, izinkan saya untuk mencoretkan sedikit perkongsian yg sepatutnya ditujukan khusus untuk  diriku yang sebenar-benarnya ...

Pernah kah kita mengalami kekesalan, rasa hampa, kecewa, putus asa, gelisah, sedih rasa kekurangan, rasa susah hati, rasa tak tenteram, gundah gulana ataupun ringkasnya tiada bahagia..

Pasti setiap kita pernah mengalaminya...sungguh parah!

Sesungguhnya dengan mengingati Allah jiwa pasti tenang..bercakap memang mudah, tetapi untuk mengamalkannya perlu panduan dan pimpinan!

Bagi diri ini, dengan membaca ilmu untuk membaiki diri seperti dalam buku 'mengenali diri melalui rasa hati' yang ada terkandung dalam blog ini , ia boleh membuatkan jiwa seseorang itu menjadi tenang dan tenteram.

Baru-baru ini, ku diperingatkan lagi tentang taqwa, Di antara jalan-jalan untuk mendapatkan taqwa itu ialah dengan merintih di malam hari, bertaubat, bertahajjud, memohon dengan sepenuh hati kepada yang Maha Esa dengan melakukan solat hajat dan ditutupi dengan berwitir.  Ia seharusnya dimulai dengan membaiki solat. Bab bersuci yang menjadi asas dalam ibadah juga mesti diutamakan, jangan sampai rumah penuh najis di merata-rata kerana tiada disiplin keluar masuk bilik air dan cara mencuci kaki yang betul.

Kalau hidup kita sentiasa bermasalah, itu menandakan kita belum dibantu Allah. Allah pula sudah berjanji akan membantu orang-orang yang bertaqwa. Jika kita membaiki diri untuk mendapatkan 'taqwa' yang mahal itu, tentulah perjalanan hidup kita akan dipermudahkan dan dibantu dalam segala urusan hidup oleh Allah swt.

Bersedekah pula adalah jalan yang boleh membuatkan doa seseorang itu mudah diperkenankan. Apatah lagi jika sedekah itu dilakukan untuk membantu dalam urusan agama, iaitu jihad di jalan Allah. Dalam erti kata lain menolong orang-orang yang berjuang atau berkorban hidupnya dalam menegakkan sistem fardhu kifayah seperti membangunkan perniagaan Islam, kafetaria Islam, pusat perubatan Islam, berkebudayaan cara Islam, berpendidikan cara Islam dan segala sistem hidup cara Islam tanpa mengambil keuntungan duniawi yang dilakukan semata-mata untuk memartabatkan agama Allah di seluruh pelusuk dunia.

Sesungguhnya saya tak mampu untuk melakukan perkara-perkara seperti di atas, namun saya punyai hati dan ingin mengambil peluang di sini, andainya tuan-tuan atau puan-puan ingin membuat sedekah untuk saham akhirat tuan-tuan dan puan-puan, saya sedia untuk membantu menyalurkannya kepada mereka yang terlibat dalam projek-projek fardhu kifayah seperti yang disebutkan di atas. Bagi Tuan-puan yang sudi untuk menyalurkan sumbangan ikhlas, bolehlah emel ke sumurat12@gmail.com atau sms@ wasap ke 013-3680084, untuk maklumat lanjut.  Sesungguhnya Islam amat memerlukan orang-orang bertaqwa yang sanggup membelanjakan sedikit daripada bahagian dunianya untuk membeli saham untuk bekalan akhiratnya. Kerana KITA AKAN HIDUP KEKAL DI AKHIRAT bukan di dunia.

Cukuplah coretanku untuk kali ini, moga sama-sama kita dapat manfaat. Perpanjangkanlah kepada insan-insan lain yang anda kenali, moga ini adalah saham kita bersama.

Ampun maaf, wassalam.

Friday 3 October 2014

Andai kita sedar apa disebalik semua itu!

Salam sejahtera,

Buat insan-insan budiman yang sedang membaca atau terbaca ruangan ini di ketika ini.

Alhamdulillah esok Ahad 10 Zulhijjah, kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Moga kita semua sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah swt.

Ingin dikongsikan disini, tadinya ku hanya ingin mencari maklumat tentang produk halal, atau alat make up halal yang tak menggunakan unsur-unsur haram...tapi dengan sedihnya kuterjumpa topik ini, bacalah, moga ia akan menginsafkan kita.

Jadi sama-sama lah kita merenung diri dan memikirkannya. Moga kita semua akan menjadi insan-insan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Berbuat baik jugalah kita kepada semua makhluk Allah. Tak kiralah sama ada ia manusia atau haiwan.

Selamat menyambut Aidil Adha bagi ummat Islam di mana jua berada.

Wassalam.

Ampun maaf.