Translate

Sunday 20 October 2013

Berhati-hati dengan pokok hiasan beracun!

Assalamualaikum wbt,

Di pagi Isnin yang mulia ini, cuaca agak cerah setelah hujan selepas subuh tadi.  Tiba-tiba terasa nak kongsikan tentang pokok hiasan yang dikategorikan sangat beracun.

Yelah, mungkin ada yang tahu, dan mungkin juga ramai yang tak tahu.  Dulu akupun semasa baru melahirkan anak sulung, masa tu usia pun awal dua puluhan, aku pun beli pokok tu di nursery, adalah beberapa jenis keladi yang nampak cantik dan senang dijaga.  Tak lama kemudian, Mak Lang dan Pak Lang aku datang ke rumah berziarah, dia maklumkan pokok hiasan dalam rumahku itu beracun.  Anakku masa tu, kira dah boleh bertatih-tatih rasanya, rupanya Allah nak selamatkan kami sekeluarga. Tak lama, selepas tu dengan berat hatinya, aku pun buang pokok2 tu.  Patutlah aku sering gatal-gatal selepas belek2 daun tu.

Nak jadi cerita lagi, dah 16 tahun berlalu, ada jiran dengan baik hatinya bagi pokok keladi yg jenis sama tu yang dah besar, siap tolong tanam lagi dalam pasu besar kat rumah. Aku pun tak ingat dah fasal pokok beracun tu. Aku pun cakap terima kasih ajelah.

Selang beberapa hari, aku dapat perkongsian yang lebih detail dari group BB.  Maka kurasakan memang aku tak patut tanam pokok tu di laman rumahku, yelah takut membahayakan kepada mereka yang tak tahu menahu perihal pokok beracun ni!!!

Lebih baik kita beringat kan!

Sila baca ya, kiriman daripada rakan yang prihatin di bawah :

Wassalam.

8.50 am, 21 Okt 13.
-----------------------------------------

Pokok Beracun



Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.

-dr Pn Mazlina Abd Rahim-

Sunday 6 October 2013

Buah Tembikai itu rupanya ' Makanan Sunnah'


Salam sejahtera,


Belum sempat nak masukkan testimoni tonik minda, ada kisah menarik tentang buah tembikai, ia rupanya ada dalam sunnah baginda Rasulullah saw, marilah kita membaca dan mengamalkan dengan ilmu. Lebih tepat lagi tanpa ragu, juga marilah sama-sama mengamalkan sunnah.

Hanya berkongsi, moga kita saling memberi manfaat sesama kita.

Wassalam.


Klik untuk sumber di bawah

Nadi Kinanah (4) Ilmu buah tembikai

Pyramid, lambang kebanggan Mesir. Tahukah anda ada riwayat mengatakan di dalamnya pada dinding ada tertulis kisah Nabi Ibrahim yang berkahwin isteri ketiganya 'Qanturah' berbangsa 'Mala' kemudian disebut 'Melayu'?
Piramid, lambang kebanggan Mesir. Ada pengkaji sejarah mengatakan bahawa pada dinding dalam piramid ada tertulis kisah Nabi Ibrahim yang berkahwin isteri ketiganya ‘Qanturah’ berbangsa ‘Mala’ kemudian keturunannya disebut ‘Melayu’
Hampir setiap subuh aku dan kawan-kawan bersembahyang di masjid-masjid ahlul bait antaranya Masjid Saidina Hussain, Masjid Saiyidah Nafisah, Masjid Saiyidah Zainab, Masjid Saiyidah Sukainah, Masjid Imam Shafie, Masjid Ali Zainal Abidin dan banyak lagi. Di sini bukan sekadar nama pada masjid tetapi jasad dan batang tubuh orangnya ada di makamkan di masjid itu. Kami nak ambil berkat, munajat. Seronok sangat. Lagi pun jalanraya lengang, kurang kenderaan. Suasana masih sunyi sebab warga Kaherah masih belum bangun lagi kecuali mereka yang ‘mutadayyin’ (kuat agama). Tapi ketika balik masyaallah… Faham-faham je laaa… ‘Zahmah’.
Masuk musim panas banyak buah tembikai, besar-besar. Murah sangat berbanding negara kita. Mereka panggil ‘bittikh’. Aku memang peminat buah tembikai… Masa perjalanan pulang dari masjid kami singgah di Suq Shafie (nama tempat). Banyak la sangat, melambak-lambak.  Barang-barang, sayur-sayuran, buah-buahan dibawa menggunakan keldai. Kasihan melihat keldai menarik pedati, meleleh air mata dan air liurnya. Apa boleh buat dah memang tugas… Ikut bidang masing-masing… Peniaganya pula nampak macam petani. Tempat itu kira macam pasar tani kita di Malaysia, jual terus dari ladang. Yang menariknya bukan sayur dan buah-buahan saja yang ada, malah kambing, kibasy, lembu, unta, keldai pun ada.
Van kami berhenti dan Ustaz In’am (sekarang Tuan In’am) turun memilih-milih tembikai untuk dibeli. Aku pun turun sama. Berlaku lah tawar menawar, menghairankan, dahsyattt… Macam orang nak bergaduh bila mintak ‘takhfid’ (kurang). Ya laa, dah bagi kurang, tapi masih sebut ‘kaman, kaman’..(lagi, lagi kurang), mengamok la kawan tu… He..he..he.
Tuan In’am memang steady… ‘Tenang dan meyakinkan’. Otai… cuma kita tak pandai nak pilih buah, asyik terkena yang tak berapa masak, kadang-kadang tu dapat yang terlalu masak, buah dah lama. Masalah jugak, isi kering tengah lompong… Tapi kalau yang masak betul tu memang sedap, ‘azimm…’ Jarang sangat jumpa penjual yang jujur.
“Di Malaysia tembikai ada banyak warna; ada kuning, oren, merah, putih susu pun ada, macam-macam ada,” kata ku kepada penjual tu. Rupanya ‘bawwab’ Mesir ni pakat gelakkan aku, ada jugak yang tercengang bangang tak pernah tahu. Tinggi suaranya menjawab; “Wallahi, lam yujad fil ‘alam illa bittikh ahmar faqat”. (Demi Allah,, tak wujud tembikai di dunia ini melainkan warna merah sahaja!)… Begitulah watak dan budaya orang di sana. Gerunnn… Sikit punya hal dah bersumpah-sumpah. “Eh, eh, eh, jangan marah-marah… Nanti cepat tua,” kata aku. Dia bukan nya faham pun sebab aku cakap bahasa Melayu. He, he, he. Sebenarnya memang tak jumpa pun tembikai selain warna merah di sana. Tak tahulah kalau sekarang dah ada.
Tahukah bahawa tembikai ini kegemaran Rasulullah, dengan kata lain makanan sunnah? Ini kisahnya.
Rasulullah pernah makan tembikai dengan rutob dan bersabda “kita pecahkan panas ini dengan sejuknya ini., dan sejuknya ini dengan  panasnya ini (salah satu buah itu bersifat panas, satu lagi sejuk) . Hadis riwayat Abu Dawud dan Tarmidzi
Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan bersabda: “Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga.”
Di waktu lain pula, Rasulullah berada bersama beberapa sahabat  dan bersabda yang bermaksud: “Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini”. Kemudian  Sayidina Ali k.w. bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan. Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya. Kemudian bbaginda bersabda lagi yang bermaksud: “Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan.” 
Sabda Rasulullah SAW.
Dari Ibnu Abbas berkata: “Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan. Ianya makanan, minuman, perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit.”
Apa macam; ada faham ana punya cerita?
Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan buah tembikai. Rupanya baru aku tahu mengapa dulu-dulu guruku selalu galakkan aktiviti pertanian di sekolah buat projek tanam tembikai, makanan sunnah rupanya. Terima kasih guruku… Oh! sampai di Mesir baru aku dapat ilmu tembikai.
jenis-jenis tembikai yang baik dan manis
Jenis-jenis tembikai yang baik dan manis     1.hujung jalurnya bercantum 2. tangkainya mengerekot 3. warnanya lebih gelap. 4, jalurnya lebih kemas
Tip: Menurut Tabib Haji Hassan,   buah tembikai boleh jadi ubat ‘batu karang’. Blender, kemudian minum pagi dan petang, insyallah penyakit akan sembuh.