Assalamualaikum wbt,
Di pagi Isnin yang mulia ini, cuaca agak cerah setelah hujan selepas subuh tadi. Tiba-tiba terasa nak kongsikan tentang pokok hiasan yang dikategorikan sangat beracun.
Yelah, mungkin ada yang tahu, dan mungkin juga ramai yang tak tahu. Dulu akupun semasa baru melahirkan anak sulung, masa tu usia pun awal dua puluhan, aku pun beli pokok tu di nursery, adalah beberapa jenis keladi yang nampak cantik dan senang dijaga. Tak lama kemudian, Mak Lang dan Pak Lang aku datang ke rumah berziarah, dia maklumkan pokok hiasan dalam rumahku itu beracun. Anakku masa tu, kira dah boleh bertatih-tatih rasanya, rupanya Allah nak selamatkan kami sekeluarga. Tak lama, selepas tu dengan berat hatinya, aku pun buang pokok2 tu. Patutlah aku sering gatal-gatal selepas belek2 daun tu.
Nak jadi cerita lagi, dah 16 tahun berlalu, ada jiran dengan baik hatinya bagi pokok keladi yg jenis sama tu yang dah besar, siap tolong tanam lagi dalam pasu besar kat rumah. Aku pun tak ingat dah fasal pokok beracun tu. Aku pun cakap terima kasih ajelah.
Selang beberapa hari, aku dapat perkongsian yang lebih detail dari group BB. Maka kurasakan memang aku tak patut tanam pokok tu di laman rumahku, yelah takut membahayakan kepada mereka yang tak tahu menahu perihal pokok beracun ni!!!
Lebih baik kita beringat kan!
Sila baca ya, kiriman daripada rakan yang prihatin di bawah :
Wassalam.
8.50 am, 21 Okt 13.
-----------------------------------------
Pokok Beracun
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.
-dr Pn Mazlina Abd Rahim-

No comments:
Post a Comment