Translate

Friday 31 May 2013

PENYAKIT EGO - ADUH!! ADA YG TERKENA PD DIRIKU, JUGA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT UMUMNYA. Marilah sama-sama Baiki diri.

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Tidak dinafikan, Penyakit Ego sangat Merbahaya, Bacalah kupasan Mendalam daripada seorang Mursyid, yang sentiasa didampingi semasa 'hayat zahirnya' oleh isteri yang sangat setia menyusun karya beliau dan dibukukan untuk manfaat ramai orang, termasuk juga mereka yang bukan murid-murid beliau.  Ilmu yang baik ini eloklah dikongsi-kongsikan, juga untuk diamalkan.

Dalam mengambil ilmu pula, sebagai adabnya, kita tidak boleh memandang kecil kepada mereka yang telah berusaha dan bersusah-payah untuk menyelamatkan kita dengan memberi pelbagai ilmu, panduan dan didikan.  Di antaranya ialah ilmu tentang 'Penyakit Ego' ini, moga kita selamat daripada tertipu dengan nafsu ego diri kita sendiri...

Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang berjasa menyampaikan ilmu ini. 

Silakan membaca...untuk manfaat bersama....


BAB 18 - PENYAKIT EGO  (petikan DARI BUKU 'INILAH PANDANGANKU'

BILA seseorang manusia itu alim yakni banyak ilmu dan lebih dari orang lain samada ilmu dunia dan akhirat, dan bila seseorang itu berpangkat besar atau bila seseorang itu otaknya lebih dari orang lain atau bila seseorang itu kaya atau keturunan mulia dan temama seperti raja, ulama, orang besar dan bila seseorang itu berkelulusan tinggi dan bila seseorang perempuan itu cantik dan bila seseorang lelaki itu gagah maka rasa tinggi diri, sombong, angkuh dan takabur hinggaplah pada hatinya. Sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja.

Sebab bila seorang rasa mampu, berkebolehan, berjaya, istimewa, lebih dari orang lain, maka lenyaplah rasa kekurangan, kelemahan dan kehambaan diri pada Allah SWT dari hati nuraninya. Maka ruang kosong itu segera pula diisi oleh rasa hebat, rasa besar, rasa istimewa, rasa tuan, bahkan rasa Tuhan. Maka bila hati sudah jadi begitu, meninggilah diri dengan yang lain, memandang rendah sesama hamba Allah, jijiklah dia terhadap manusia yang lemah dan hina, maka sombonglah dia. angkuh dan takaburlahia. Samada secara sengaja dan dirancang ataupun bukan secara dirancang dan tidak disedari.

Sebab ada orang bila tahu dia istimewa maka dia pun aturlah hidupnya sebagai orang yang istimewa dan berusahalah dia menjaga statusnya. Sebaliknya ada pula orang yang sedar keistimewaan dirinya, tetapi kerana dia faham Islam maka dia tidaklah mahu membesar-besarkan diri. Tapi oleh kerana taqwanya lemah, maka dia tidak dapat mengawal nafsu yang sudah rasa istimewa itu dari bertindak dengan perangai-perangai orang sombong dan takabur. Dia tidak mahu sebab dia tahu sikap itu dosanya besar, tetapi dia tidak dapat lawan nafsunya. Maka termasuklah juga dia dalam senarai orang yang sombong, ego, takabur.

Mazmumah yang sangat dibenci oleh Allah ialah penyakit ego (sombong) sebab ego itu membawa kesan yang sangat buruk. Iblis, kerana penyakit ego telah derhaka pada Tuhan. Lihat Allah ceritakan kisah ini dalam Al Quran:
Terjemahannya: Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis, ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (Surah Al Baqarah : 34)

Kerana merasa dirinya lebih istimewa daripada Adam, dia lebih mulia, lebih pandai, lebih senior dalam syurga, maka sepatutnya dialah yang jadi ketua dan orang lain sujud padanya. Tiba-tiba Allah minta dia sujud pada Adam yang dipandang rendah itu, hatinya menolak. Dia lupa dia hamba Allah, keistimewaannya itu pemberian Allah yang mana kalau Allah tarik semuanya, kembalilah dia selaku hamba yang dhaif. Hatinya yang sudah dikuasai rasa hebat diri itu, sudah cukup keras, hingga dia tak dapat sujud ketika Allah perintahkan dia berbuat begitu. Sombongnya dia. Dan Allah pun murka. Lalu Allah tarik balik pinjaman-Nya pada Iblis. Kemudian Iblis dihukum buang dari syurga ke satu tempat buangan yang susah dan hina iaitu di dunia ini. Tapi Iblis sangat sombong. Sudah dihukum pun dia tidak mahu merendah diri juga. Bukannya dia minta ampun dengan Tuhan, minta untuk sujud pada Adam, tapi dimintanya untuk menghasut dan menggoda manusia supaya manusia semua kufur dengan Allah dan masuk neraka.

Pernah juga Iblis itu memberitahu Nabi Musa yang dia ingin taubat. Nabi Musa pun tanya Allah bagaimana caranya Iblis boleh bertaubat. Allah berfirman minta dia sujud di kubur Nabi Adam. Mendengar itu, sombong Iblis pun bangun kembali. Apa katanya, "Waktu Adam hidup pun aku tidak sujud padanya, inikan pula waktu dia sudah mati? Tidak jadilah aku nak bertaubat," kata Iblis.
Begitu sekali kesombongan Iblis. Dia cukup kenal Allah, sudah nampak api neraka, tapi kesombongannya membuatkan dia pandang kecil pada Allah. Seolah-olah ia berkata, "Peduli apa dengan Allah! Masuk nerakapun nerakalah, asalkan aku puas." Maka sekarang Iblis pun mengamuklah di tengah manusia, untuk menjahanamkan anak cucu Nabi Adam, agar semuanya masuk neraka bersamanya. Baru dia puas!

Beberapa ramai hari ini orang yang hatinya sudah jadi seperti hati Iblis. Merasa diri istimewa, hingga memandang rendah pada orang lain. Kalau ditegur melenting, bahkan mencabar orang yang menegur. Hinggakan demi memuaskan hati, sanggup melakukan dosa-dosa yang boleh tercampak ke neraka. Allah berfirman dalam Hadis Qudsi: "Kibir atau sombong itu selendang-Ku. Siapa yang memakai selendang-Ku nescaya dia tidak akan mencium bau syurga."

Adakah kita termasuk senarai orang yang sombong? Lihat sifat berikut ada atau tidak ada pada diri anda!

Memandang rendah pada orang lain, terutama orang yang difikirkan kurang dari dirinya.
Menghina, memalukan, menengking, marah, mengamuk, berang, memaki-maki, mencerca, meninggi suara, masam muka, dan membeliakkan mata terhadap orang yang dipandang rendah tadi, bila didapati orang bawah itu tersilap atau tersalah dalam sesuatu hal. Setengah orang dalam meracau-racau tu ditambah pula dengan berkata, "Tak kenal ke aku ni siapa?" Paling tidak hatinya berkata, "Dia tak hormat aku, dia tak tahu agaknya aku ni besar!"

Pendapat orang, walau benar sekalipun tidak akan diterima. Dia akan lawan sampai dia rasa dia yang benar, dan dia yang menang. Kalau orangnya pandai bercakap maka dia akan putarkan cakap supaya orang terkeliru dan menganggap dia yang benar. Namun begitu, hati kecilnya tetap bersuara lemah, "Orang itu betul, aku yang salah!" Tapi suara itu tidak dilayan. Rasa angkuh memaksa dan mendesak-desak agar dia tidak mengaku salah. Dia akan buat apa saja untuk membela dirinya, dan hatinya puas.

Di dalam majlis, dia saja yang 'borong', orang lain jangan. Suaranya ditinggikan, lebih dari perlu. Kalau ada orang menyampuk dia buat dengar tak dengar saja. Duduknya pun, kaki atas kaki bersilang dengan badan diangkat-angkat, ditegakkan, ditinggikan kepala supaya nampak hebat
.
Dia tidak suka menziarahi orang tapi meminta orang ziarah dia.
Berjalannya dengan gaya angkuh dan bangga seperti yang diisyaratkan oleh Quran tentang orang yang berjalannya pun nampak dia membanggakan diri. Bila tiba di depan orang terus cekak pinggang dan pandangannya diseriuskan tanpa kasihan belas dan kasih sayang.

Dia tidak duduk bersama dengan orang yang dipandang rendah. Dia cari orang yang dirasa setaraf atau lebih dari dia. Dirasanya terhina bila ditempatkan di tempat orang yang statusnya rendah. Dan bangga bila ditempatkan di tempat yang layak.

Dia mahu kemajuan dan kebenaran itu dari dia. Dia tak iktiraf hasil usaha orang lain. Pantang orang lain nak ajar dia. Walaupun betul dia tak akan terima.

Tolak ansur, timbang rasa, kerjasama, bertolong bantu dan hormat menghormati tidak ada padanya. Biar orang ikut aku jangan aku ikut orang. Orang kena taat padaku, dan aku jangan harap nak taat pada orang. Biar aku perintah orang, jangan orang perintah aku. Maka kalau berlaku sebaliknya, jadilah dia pemarah, pendendam, dengki, penghasut, pengadu domba, menfitnah, mengumpat dan lain-lain lagi.

Itulah sombong namanya. Perangai Iblis. Akhlak terkutuk. Siapa memilikinya, nerakalah tempatnya. Rasulullah SAW dan para sahabat serta anbia' dan solehin (orang soleh) sangat tawaduk orangnya, yakni merendah diri sesama manusia. Lihatlah betapa mulianya hati Rasulullah. Firman Allah dalam Al Quran: Terjemahannya:

"Telah lahir Rasulullah di kalangan kamu, sangat susah dengan kesusahan kamu dan menginginkan keselamatan bagi kamu dan penyayang dengan orangorang mukmin." (Surah At Taubah : 128)
Itulah hati orang yang tawaduk. Yang rasa dirinya hamba Allah dan orang lain adalah saudara-saudaranya yang dikasihinya. Dia tidak merasa dirinya lebih dari orang lain. Walaupun dia telah diangkat oleh Allah menjadi kekasih-Nya, manusia paling mulia dan paling tinggi pangkatnya, terkenal namanya, luas pengaruhnya, tapi dia rasa dia hamba Allah seperti juga orang lain yakni hamba Allah. Kalau dia tak mahu susah, orang lain pun tak mahu juga. Kalau dia tak mahu dimalukan, dimarah, dicaci dan dihina, orang lain pun begitu juga. Kalau dia suka pada keselamatan dan kebahagiaan, maka orang lain pun sama. Begitu dia menimbang perasaan orang. Sebab itu dia mengasihi orang lain sepertimana dia kasihkan dirinya. Dan kalaulah dia telah melukakan perasaan orang, maka itu dirasanya satu beban dosa yang sangat dikesali dan ditakuti! Takut nanti Allah akan hukum dirinya sebagaimana dia menganiaya orang lain.

Hasilnya Rasulullah sangatlah menyayangi dan menghibur sahabat-sahabatnya dan seluruh orang-orang mukmin. Pada orang yang memusuhi didoakan, "Wahai Tuhan, berilah petunjuk pada kaumku itu, kerana mereka tidak mengetahui." Sebab Rasulullah boleh duduk dan bermesra dengan kasih sayang dengan orang-orang miskin dan orang-orang yang kekurangan. Malah baginda meminta pada Allah:
'Jadikanlah aku orang miskin, matikanlah aku dalam kemiskinan dan masukkanlah aku dalam syurga bersama-sama orang miskin." (Riwayat Tarmizi)

Kenapa begitu? Sebabnya orang mukmin yang miskin dan kurang, rendah hatinya pada Allah dan pada manusia. Mereka kurang dihisab pada hari kiamat dan masuk syurga jauh lebih awal dari orang kaya.

Begitu hati Rasulullah. Dia tak rasa pun yang dia istimewa dan hebat walaupun segala keistimewaan Allah limpahkan padanya. Sebab padanya keistimewaan itu semuanya hak Allah. Allah pinjamkan untuknya dan nanti Allah akan tanya, "Untuk apa pinjaman itu digunakan?" Kerana itu dia cukup hati-hati dengan nikmat itu. Malah dia takut ketika isterinya Siti Aisyah, Ummul Mukminin bertanya, "Kenapa tuan bersusah-susah begini sekali beribadah pada Allah hingga bengkak-bengkak kaki dan terjatuh-jatuh? Bukankah tuan sudah dijamin selamat di akhirat bahkan disediakan syurga paling tinggi untuk tuan?"

Apa jawab baginda? "Terpulanglah pada Tuhan untuk buat atau beri apa saja pada hamba-Nya ini. Namun aku adalah hamba-Nya yang hina dina, yang lemah dan kurang segala-galanya, yang patut mengemis dan menyerah diri sepenuhnya pada Tuhanku itu."

Dalam kitab diriwayatkan satu kisah bagaimana Allah bertanya pada pesuruh-pesuruh-Nya:
"Musa, engkau siapa?"
Jawab Musa, "Ana Kalamullah." "Ibrahim, engkau siapa?"
Jawab Nabi Ibrahim, "Ana Khalilullah."
"Isa, engkau siapa?" ',
Jawab Nabi Isa, "Ana Rohullah."
Kemudian Allah bertanya pada Nabi kita, "Muhammad~ engkau siapa?"
Jawablah Rasulullah dengan rendahnya, "Ana yatim."
Terus Allah menyahut, "Engkau kekasihku, Habibullah."
Orang yang merendah diri Allah angkat setinggi-tingginya. 

Rasulullah boleh makan sedulang dan duduk sebelah menyebelah bertindih lutut dengan orang dusun yang selekeh, hodoh, bodoh, berlendir-lendir, berdarah dan bernanah kudis di seluruh tubuhnya, ketika orang itu berdiri di pintu majlis makan baginda. Mana ada pemimpin dunia hari ini, ulama, orang kaya, cerdik pandai, boleh memberi kasih sayang sebegitu rupa pada rakyatnya yang paling dhaif? Baginda bagaikan seorang ayah yang kasihnya lebih pada anaknya yang cacat dan lemah. Itulah hati Nabi kita, yang patut kita contohi dan hayati. Agar benar-benarlah kita jadi pengikutnya dan pewarisnya.

Dan rupanya roh baginda yang terus hidup itu memandang kita dengan penuh kasih rindu dan supaya disyafaatkan kita nanti di hari kiamat.

Pemimpin Islam hari ini kecil atau besar kalau mahu diterima dan dikasihi oleh pengikut kenalah berakhlak dengan akhlak Rasulullah. Atau seperti Sayidina Abu Bakar yang habis harta bendanya dikorbankan untuk perjuangan Islam, kemudian dia berkata, "Yang tinggal padaku hanyalah Allah dan Rasul. Dan aku merasa cukup dengan keduanya." Atau bagaikan Sayidina Umar yang keras dan tegas melaksanakan hukum Allah tapi telah berkata, "Kiranya diberitahu bahawa semua orang masuk syurga kecuali seorang, maka aku rasa akulah yang seorang itu." Dia merasa dialah yang paling banyak dosa. Sebab itu dia sangat merendah diri pada rakyatnya. Ditanggungnya guni gandum di belakangnya, dibawa ke rumah seorang janda bersama-sama anak-anaknya yang waktu itu ketiadaan makanan. Khadamnya minta biar dialah yang menanggungnya, jawab Sayidina Umar, "Bukan engkau yang akan menanggung beban tanggungjawab di akhirat nanti."

Atau, sebagaimana Sayidina Usman yang mempunyai sifat kasih sayang terhadap rakyatnya. Mahupun, seperti Sayidina Ali yang sangat sabar dengan kemiskinannya hingga walaupun dia miskin papa tetapi mendapat gelaran "Bapa" janda-janda dan fakir miskin serta anak yatim.

Adakah seorang raja atau menteri, ulama, orang besar, orang kaya di dunia yang seperti Sayidina Abu Bakar, Umar, Usman dan Sayidina Ali sekarang ini? Kalau tidak ada, tidak peliklah mengapa dunia tidak aman. Sebab rakyat bukan saja tidak sayang pada pemimpinnya bahkan berdendam dan cari peluang untuk mengganti tempat duduk pemimpinnya itu.

Kesombongan manusia hari ini tidak pernah dimuktamarkan. Sedangkan itulah punca bagi segala krisis di dunia ini. Penyakit yang begitu bahaya dibiarkan melanda dunia, tanpa seorang pun berusaha untuk mengubatinya, akan ranaplah nanti dunia ini dikerjakan oleh manusia yang sudah jadi Iblis itu.
Islam, melalui bidang tasawuf telah menggariskan ubat-ubat untuk penyakit-penyakit terkutuk itu. Biar saya senaraikan di sini setakat yang Allah izinkan pada saya, supaya bergunalah ia bagi orang yang mahu menggunakannya.

Mula-mula gunakan fikiran untuk fikir tentang nasib orang yang sombong! Iblis tercampak ke neraka walaupun dia ketua segala malaikat. Begitu juga nasib diktator dan penyombong-penyombong lainnya di dunia ini, mana ada yang baik-baik? Semuanya mati dalam kehinaan, semua tinggal seorang diri. Orang benci, orang kata dan orang pulaukan. Walaupun depannya orang mengangguk-angguk. Siapa suka begitu? Kalau begitu kenapa menyombong diri? Kehebatan kita sementara saja. Boleh jadi dia tinggalkan kita sebelum kita tinggalkan dia. Berapa banyak orang kaya jatuh papa kerana kekayaan diragut oleh kebakaran, banjir. Berapa banyak kejadian peniaga jadi bengkrap dan diisytiharkan muflis. Berapa ramai menteri yang masih muda tapi sudah jatuh dari jawatannya.

Bila-bila masa saja Allah boleh hantar penyakit-penyakit bahaya pada kita. Bila-bila masa saja Allah boleh miskinkan kita kalau Allah mahu. Sepatutnya kita takut dengan Allah. Bila terbuat perangai sombong segeralah taubat. Jangan sampai Allah murka. Macam-macam boleh jadi nanti. Berani melawan Allah? Namrud konon nak lawan Allah, baru nyamuk masuk telinga terus ke kepala, bermain-main dalam otaknya. Itupun sudah tewas, terus mati masuk neraka. Firaun yang sombong mengaku Tuhan, maka Allah belah lautan, tenggelamlah ia. Mati dek air, jadi bangkai yang tercampak.

Apalah dibanggakan kehebatan kita itu. Dia tidak menyelamatkan kita malah mungkin kalau salah gayanya, sebab nikmat itu boleh jatuh di dunia apalagi di akhirat ... jatuh neraka hidup menderita.
Kita kan asal dari setitis mani, air mani tu kan hina? Kalau jatuh ke air, itik pun tak sudu, di daratan ayam tak patuk. Maka kalaulah kita mahu sedar diri, patutnya kita selalu menghinakan diri kita dan merasa hina untuk Allah, sehina air mani. Kemudian bermurah hati dengan manusia. Hiburkan manusia sebagaimana kita suka dihiburkan. Barulah orang suka dengan kita. Katakan selalu pada diri: "Wahai diri, engkau bagaikan sampah yang selalu menyusahkan orang. Bila-bila masa Allah boleh buangkan engkau dalam bakul sampah-Nya iaitu Neraka Jahanamn."

Sebagai tambahan ubat sombong ini amalkanlah ayat Quran ini tiap-tiap hari.
Terjemahannya: Sesungguhnya pohon zaqqum itu makanan orang yang banyak dosa, (ia) sebagai kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air yang sangat panas. Peganglah dia kemudian seretlah dia ke tengah-tengah neraka. Kemudian tuangkanlah di atas kepalanya seksaan (dari) air yang sangat panas. Rasakanlah, sesungguhnya kamu orang yang perkasa lagi mulia. Sesungguhnya ini adalah azab yang dahulu selalu kamu meragu-ragukannya. Sesungguhnya orang yang bertaqwa berada dalam tempat yang aman (iaitu) didalam taman-taman dan matair-matair, mereka memakai sutera yang halus dan sutera yang tebal, (duduk) berhadap-hadapan, demikianlah. Dan Kami berikan kepada mereka bidadari. Mereka tidak akan merasakan mati di dalamnya kecuali mati di dunia. Dan Allah memelihara mereka dari azab neraka sebagai kurnia dari Tuhanmu. Yang demikian itu adalah keberuntungan yang besar. Sesungguhnya Kami mudahkan Al Quran itu dengan bahasamu supaya mereka mendapat pengajaran. Maka tunggulah, sesungguhnya mereka itu menunggu (pula). (Surah Ad Dukhaan : 43 - 59)

Dan selawatlah pada Nabi sebanyak mungkin, setiap masa, sebagai ubat untuk melembutkan hati.
=== sekian ===

Menyingkap Rahsia Peristiwa Israk Mikraj

Menyingkap Rahsia Peristiwa Israk Mikraj
Pak Lang paparkan kisah Israk Mikraj yang diambil dari buku Catatan Sejarah Rasulullah saw susunan Syeikh Nasaruddin Awang. Mungkin agak panjang tetapi ianya boleh membantu kita membacanya terutamanya jika kita di dalam perjalanan atau musafir. 6 Jun akan datang bersamaan 27 Rejab 1434 hijrah!!


Israk Mikraj

Peristiwa ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian ayah saudara Baginda iaitu Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga termasuk peristiwa dukacita ialah penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasihNya.


Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Menurut Imam Nawawi, peristiwa ia berlaku pada bulan Rejab tahun keduabelas selepas kenabian. Peritiwa ini telah menjadikan Masjidil Aqsa dan Baitul Maqdis semakin mulia, Allah yang memberkati tempatnya dan kawasan sekelilingnya. Firman Allah:
سبحان الذي أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى الذي باركنا حوله لنريه من آياتنا
Terjemahannya :
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haram (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami."  Al-Israa':1

Pada malam yang mulia itu Jibril telah datang kepada Rasulullah Saw yang sedang tidur di Ka’bah. Jibril telah membawa Rasulullah Saw menaiki Buraq dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Di Masjidil Aqsa sedang berlaku satu perhimpunan yang sangat luar biasa. Allah telah menghidupkan para Rasul dan Para Nabi untuk bertemu dengan Rasulullah Saw. Ulamak menyebut jumlah para Rasul adalah 300 orang dan jumlah para adalah Nabi dua puluh empat ribu orang.
Allah hadirkan mereka semua untuk bertemu dengan Rasulullah Saw. Tidak ada tempat di dunia ini yang semua para Rasul dan Para Nabi telah berkumpul di situ melainkan Ka’bah dan Baitul Maqdis. Rasulullah Saw pernah menyatakan bahawa semua Rasul dan Nabi menunaikan haji di Mekah. Rasulullah Saw telah mengimamkan sembahyang seluruh Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi.. Demikianlah kemuliaan Rasulullah Saw. Ia adalah sebuah persidangan para Rasul dan para Nabi. Sebuah peristiwa yang mungkin tidak berulang kali kedua di bumi ini.

Selepas sembahyang Jibril telah membawa membawa satu bekas susu dan satu bekas arak kepada Rasululah Saw. Rasulullah Saw telah memilih susu. Kata Jibril kepada Rasulullah Saw: "Kamu telah terpimpin kerana memilih susu wahai Rasulullah, begitulah juga umat kamu". Ini adalah isyarat pertama bahwa arak itu satu yang tidak baik. Selepas itu baru ia diharamkan. Allah telah memelihara Rasulullah Saw, Baginda tidak pernah minum arak dari kecil lagi.

Setelah itu Rasulullah Saw dibawa naik ke langit. Inilah kuasa Allah yang tiada batasannya. Rasulullah Saw telah dibawa dalam perjalanan yang begitu jauh dalam masa yang terlalu singkat. Allah mahu mengajar kepada hambanya bahawa kalau Allah mahu, Allah boleh berbuat sesuatu yang diluar jangkauan akal dan kekuatan manusia. Bila dibuka pintu langit pertama kepada Rasulullah Saw. Baginda telah melihat berbagai perkara yang ajaib. Antaranya Rasulullah Saw melihat seorang lelaki yang tinggi, apabila lelaki itu berpaling ke kanan dia tersenyum dan apabila dia berpaling ke kiri dia menangis.


Rasulullah Saw bertanya kepada Jibril: "Siapa ini?" Kata Jibril: "Itulah Adam AS. Apabila dia melihat ke kanan dia melihat kepada umatnya yang masuk syurga tersenyumlah dia. Apabila dia memandang ke kiri dia melihat umatnya yang masuk ke neraka, menangislah dia". Selepas itu Rasulullah Saw melihat, ada orang orang yang berenang dalam lautan darah. Apabila mereka sampai ketepi mereka mengangakan mulut mereka lalu Malaikat melontarkan api-api neraka ke dalam mulut mereka. Rasulullah Saw bertanya Jibril: "Siapa mereka ini?" Kata Jibril: "Merekalah orang-orang yang makan harta anak yatim. Mereka disiksa disini dulu sebelum disiksa di akhirat nanti".

Selepas itu Rasulullah Saw melihat orang-orang lelaki yang perut mereka besar. Mereka semua terlentang, kemudian datang kaum Firaun melalui mereka sambil memijak-mijak perut mereka. Kaum Firaun akan dibawa melihat neraka dua kali sehari supaya mereka dapat melihat tempat mereka nanti. Dalam perjalanan mereka pergi ke neraka mereka memijak-mijak perut lelaki-lelaki yang sedang terlentang ini. Rasulullah Saw bertanya: "Siapa mereka itu?" Kata Jibril: "Mereka adalah orang-orang yang makan riba. Mereka diiazab di alam barzakh sebelum diazab di neraka nanti.

Selepas itu Rasulullah Saw melintasi sekumpulan lelaki-lelaki yang dihadapan mereka dua jenis makanan. Satu yang lazat dan bersih satu lagi yang buruk dan busuk. Mereka makan makanan yang buruk dan busuk itu. Rasulullah Saw bertanya: "Siapa mereka wahai Jibril?" Kata Jibril: "Merekalah orang-orang yang berzina. Mereka mempunyai isteri yang halal tetapi mereka tetap mencari perempuan yang haram.

Kemudian di langit yang kedua Rasululah telah bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS. Dilangit yang ketiga Rasulullah Saw telah bertemu dengan Nabi Yusuf AS. Dilangit yang kelima  bertemu dengan Nabi Harun. Dilangit yang keenam bertemu dengan Nabi Musa. Kemudian dilangit yang ketujuh Rasulullah Saw telah melihat Baitul Makmur. Baitul Ma'mur adalah ka’bah kepada penduduk langit. Disitu para Malaikat bertawaf dan beribadah.

Disitu Rasulullah Saw telah melihat seorang lelaki yang sedang bersandar ke Baitul Ma'mur. Rupanya mirip rupa Rasulullah Saw. Rasulullah Saw bertanya: "Wahai Jibril, siapa orang ini?" Jawab Jibril: "Itulah bapa kamu Nabi Ibrahim As". Di setiap langit Baginda telah disambut dan diraikan oleh para Nabi dan para Malaikat. Apabila sampai di penghujung langit yang ketujuh Rasulullah Saw melihat Jibril sudah berubah kepada kejadian asalnya. Itulah Jibril yang telah Rasulullah Saw lihat pada kali pertama ketika Rasulullah Saw berlari pulang kerumah dari gua Hirak. Ini adalah kali kedua Rasulullah Saw melihat Jibril dalam rupa sebenarnya itu.

Akhirnya Rasulullah Saw sampai di satu tempat yang tidak pernah seorang pun manusia sampai kesitu walaupun dia seorang Rasul dan Nabi. Kemudian Rasululah Saw melalui satu kawasan yang Malaikat pun tidak pernah sampai kesitu kecuali Jibril. Sampai di satu tempat Jibril meminta Rasulullah Saw bergerak ke hadapan dan dia berkata: "Kalau aku ke hadapan walaupun selangkah, aku akan terbakar".


Begitulah Allah telah memuliakan Rasulullah Saw. Akhirnya Rasulullah Saw sampai di Sidratil Muntaha. Di sebuah tempat yang sangat luar biasa dan pertemuan yang sangat luar biasa. Di situlah Allah telah menyampaikan perintah sembahyang kepada Rasulullah Saw dan umat Baginda. Rasulullah Saw telah menerima perintah sembahyang terus dari Allah. Sementara seluruh syariat yang lain disampaikan melalui Jibril. Demikianlah, betapa agung dan betapa besarnya sembahyang disisi Allah.

Selepas pertemuan itu Rasulullah turun dan bertemu dengan Nabi Musa AS. Nabi Musa bertanya: "Apa yang Allah perintahkan kepada umatmu" Jawab Rasululah Saw: "Allah perintahkan lima puluh fardu sembahyang sehari semalam". Kata Nabi Musa: "Bani Israel telah diperintahkan kurang dari itu tetapi mereka tidak mampu melaksanakannya. Mintalah keringanan dari Allah". Rasulullah Saw kerana belas kasihan kepada umatnya telah meminta keringanan dari Allah sehinggalah Allah telah meringankannya menjadi lima waktu sehari semalam. Walaupun hanya lima kali perlaksanaannya tetapi Allah tetap akan memberi pahala lima puluh kali. Demikianlah Maha Pemurahnya dan Maha Mulianya Allah.

Selepas itu Rasulullah Saw turun ke Baitul Maqdis semula. Dari Baitul Maqdis Rasulullah Saw kembali semula ke Mekah. Dalam perjalanan ini Rasulullah Saw telah menyaksikan berbagai pemandangan. Rasulullah Saw telah melintasi satu kafilah yang menunggang unta. Apabila unta-unta itu melihat Buraq, ada yang lari ketakutan. Puaslah tuannya mencari tetapi unta itu sudah hilang. Rasulullah Saw telah memberitahu mereka tempat unta itu bersembunyi. Mereka semua merasa terperanjat apabila mendengar suara dari langit telah memberitahu mereka dimana unta mereka. Anehnya, apabila mereka pergi ketempat itu mereka telah menjumpai unta mereka.

Sebelum terbit fajar pada malam yang sama, Rasulullah Saw telah berada di Mekah semula. Perjalanan dari Mekah ke Baitil Maqdis dan naik kelangit, kemudian turun semula ke Baitil Maqdis dan kembali ke Mekah hanya berlaku dalam masa separuh malam sahaja. Demikianlah, Allah telah memperlihatkan kuasanya. Selepas menunaikan sembahyang Subuh, Baginda duduk di Ka'bah. Baginda cuba mengingati seluruh peristiwa-peristiwa ajaib yang dilaluinya semalam.

Apabila Abu Jahal melihat Rasululah Saw, dia dapat meneka bahawa ada sesuatu yang berlaku kepada Rasulullah Saw. Dia datang kepada Rasulullah Saw dan bertanya: "Wahai Muhammad, adakah sesuatu telah berlaku kepada kamu?" Jawab Rasulullah Saw: "Ada". Abu Jahal bertanya lagi: "Apa yang telah berlaku wahai Muhammad?" Jawab Rasulullah Saw: "Malam tadi aku telah pergi ke Baitul Maqdis kemudian aku pulang semula kesini". Alangkah gembiranya Abu Jahal mendengar berita ini. Dia merasakan bahawa dia telah mendapat sesuatu yang baru untuk memburukkan Rasulullah Saw.

Sikap orang Islam dan Kafir Quraisy terhadap Israk Mikraj
Pada pagi itu Abu Jahal mengumpulkan orang ramai. Dia cukup gembira kerana sudah mempunyai bukti bahawa Rasulullah Saw memang adalah seorang yang menipu. Dia telah mengistiharkan kepada orang ramai peristiwa Isra' dan Mi'raj itu. Anehnya orang ramai tidak percaya kepada cerita Abu Jahal itu. Mereka bertanya sendiri kepada Rasulullah Saw dan Rasululah Saw membenarkannya. Peristiwa ini telah menguji iman orang-orang Islam. Ada dikalangan mereka yang lemah iman telah kembali kepada kekufuran.

Penduduk Mekah memang sama sekali tidak dapat mempercayai hal ini. Mustahil begi mereka Muhammad boleh pergi ke Baitul Maqdis dan pulang semula ke Mekah dalam masa satu malam. Perjalanan mengenderai unta ke Baitul Maqdis mengambil masa sebulan. Ada di kalangan umat Islam mengadukan hal ini kepada Saidina Abu Bakar. Kata Saidina Abu Bakar: "Kalau itu dari Rasulullah Saw, Rasululah Saw adalah benar".

Saidina Abu Bakar segera mendapatkan Rasulullah Saw di Ka’bah. Dia melihat Quraisy sedang mengerumuni Rasulullah Saw. Abu Jahal yang panggil mereka semua supaya mereka datang mendengar cerita Rasulullah Saw. Selama ini dia dan pembesar-pembesar Quraisy melarang orang datang kepada Rasulullah Saw. Pada hari itu, merekalah yang memanggil orang datang kepada Rasulullah Saw. Mereka rasa ini satu kemenangan untuk mereka.

Saidina Abu Bakar terus mendapatkan Rasulullah Saw dan bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah Rasulullah telah pergi ke Baitul Maqdis semalam?" Rasulullah membenarkannya. Kata Saidina Abu Bakar: "Kamu telah bercakap benar wahai Rasulullah". Demikianlah kata-kata yang terbit dari imannya yang tidak berbelah bagi kepada Rasulullah Saw. Hati yang sangat mengenali dan yakin terhadap Rasulullah Saw. Ketika itu Rasulullah Saw telah bersabda: "Kamu telah berkata benar wahai Abu Bakar yang benar (( أبو بكر الصديق .

Demikianlah peristiwa ini telah mengangkat maqam Saidina Abu Bakar kepada maqam "As-Siddiq". Inilah kali pertama Saidina Abu Bakar dipanggil As-Siddiq. Begitulah iman Saidina Abu Bakar. Dia tidak ragu langsung terhadap kebenaran Rasulullah Saw. Saidina Abu Bakar tidak mempersoalkan Rasulullah Saw sedikit pun. Dia terus membenarkan Rasulullah Saw. Kafir Quraisy telah menyangkal keyakinan Saidina Abu Bakar itu. Mereka berkata: "Bagaimana kamu boleh mempercayainya?! orang mengambil masa sebulan untuk sampai ke Palestin dan mengambil masa sebulan pula untuk pulang ke Mekah! Bagaimana Muhammad boleh melakukannya dalam satu malam?!".

Jawab Saidina Abu Bakar: "Aku telah membenarkan Rasulullah Saw dalam perkara yang jauh lebih besar dari itu!. Aku telah beriman dengan Rasulullah Saw tentang wahyu yang turun dari langit dalam masa sekelip mata. Kalau itupun aku telah mempercayainya, kenapa pula aku tidak mempercayai Rasulullah Saw telah pergi ke Baitul Maqdis dan pulang semula ke Mekah dalam masa satu malam sahaja?".

Selepas itu Saidina Abu Bakar telah membuktikan kepada Kafir Quraisy bahwa Rasulullah Saw adalah benar dalam semua yang Rasululah diperkatakannya itu. Demikianlah Saidina Abu Bakar mengenali dan memahami Rasulullah Saw. Saidina Abu Bakar bertanya kepada Rasulullah Saw: "Wahai Rasulullah Saw, kami semua tahu bahawa kamu tidak pernah pergi ke Baitul Maqdis, dikalangan kami ada yang pernah pergi kesana, bolehkah Rasulullah Saw ceritakan kepada kami bagaimana Baitul Maqdis itu?".

Rasululullah pun menjelaskan keadaan Baitul-Maqdis seperti yang Baginda lihat. Kafir Quraisy pula bertanya Rasulullah Saw, berapa jumlah tiang, pintunya dan tingkap Baitul-Maqdis. Mereka berusaha untuk membuktikan Rasulullah Saw tidak benar walaupun sudah jelas pada mereka Rasulullah Saw telah menceritakan tentang Masjidil Aqsa tepat seperti yang mereka tahu. Allah telah menjelmakan Baitul-Maqddis dalam penglihatan Rasulullah Saw. Apa sahaja yang Kafir Quraisy pertanyakan, Rasulullah Saw dapat menjawabnya.
Kafir Quraisy cukup terperanjat dengan jawapan Rasulullah Saw. Namun, hati mereka belum terbuka untuk beriman. Mereka tetap tidak menerima kebenaran Rasulullah Saw. Rasulullah Saw mencabar mereka: "Diantara kita ada bukti yang dapat disaksikan. Ada satu kafilah yang aku pintas mereka semasa perjalanan pulang". Rasululah memberitahu Quraisy ciri-ciri kafilah itu bahkan ciri unta yang mengetuai kafilah itu.

Kata Rasulullah Saw lagi: "Ada unta mereka yang hilang semasa perjalanan, aku telah menujukkan kepada mereka tempat unta mereka bersembunyi". Quraisy bertaanya: Bila kafilah itu akan sampai ke Mekah?" Jawab Rasulullah Saw: "Tiga hari dari sekarang". Selepas itu semua penduduk Mekah menunggu-nunggu ketibaan kafilah itu.

Pada hari tersebut, orang-orang Mekah sudah menunggu kafilah ini sejak awal pagi. Memang benar, kafilah itu sampai setelah tiga hari seperti yang Rasulullah Saw sebutkan. Kafilah ini didahului oleh seekor unta persis seperti yang disebut oleh Rasulullah Saw. Quraisy bertanya mereka tentang unta mereka yang hilang. Kata mereka: "Benar, seekor unta telah hilang tetapi kami mendengar suara dari langit memberitahu kami tempat unta itu bersembunyi". Kafilah itu terkejut, darimana Quraisy mengetahui tentang unta mereka yang hilang itu. Demikianlah Allah telah membuktikan kebenaran Rasulnya kepada penduduk Mekah. Tetapi kafir Quraisy tetap tidak mahu beriman.


Ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;

3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

* Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

* Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

* Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

* Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

* Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

* Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat mSatu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

* Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

* Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

* Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

* Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

* Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
 enunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
 4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

4. Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

link asal (terimakasih 'suaramuhajirin313')

Friday 10 May 2013

Pasca PRU13, 5 Mei menunggu 13 Mei - Renungan untuk semua

Salam semua,

Renung-renungkanlah, 


Begitulah parahnya dan gawatnya apabila pemimpin negara buat tak endah!!!

yang Haram sebenarnya tak boleh dihalalkan..dan yang Halal tak boleh diharamkan...

Bila ini semua diterbalikkan, dan ada pihak yang 'diamanahkan' bertindak mengikut hawa nafsu dan kepentingan tertentu...maka kita semua, termasuk orang-orang yang tak bersalah yang akan menanggung akibat kemurkaan Allah swt..

Moga-moga kerosakan ini segera diperbetulkan....untuk kesejahteraan semua !!!

Wassalam.



" sampaikanlah dariku biarpun hanya sebaris ayat "




Untuk renungan bersama Sila klik link asal di sini

Pasca PRU13, 5 Mei menunggu 13 Mei

Salam ceria.
Semalam bermulalah tugas seperti biasa. Tumpang seronok tengok gambar-gambar Syh Inaam berehlah mandi manda & berBBQ lagi, di sini perjuangan kena diteruskan. Ziarah pagi ni ke Ja’ranah, Syh Jian bawa 1 bas, anjang bawa 1 bas. Syh Faiza naik bas dengan Syh Jian. Bersama isteri dan baby. Selamat berdoa panjang di Jabal Rahmah. Anjang jalan dengan Dehya’ Ahmad Zahari, adik ipar dia dan 1 bas penuh. Majoritinya orang Johor. Mereka tak mengundi PRU ke 13. Raut wajah, ramai orang Tabligh. Orang Tabligh tak mengundi ke? Ziarah ni, macam biasa la, ulang rutin yang sama. Kalau sebut takut hang pa cemuih.
Dalam rombongan tu ada seorang abang ahli GISB, Shah Alam. Dia tunjukkan gambar adiknya. Anjang silap dengar. Katanya belajar di Jerman. Manalah aku kenal student kat Jerman tu. Bila tengok gambar, oh biasa tengok, yang berkhidmat hantar anjang ke Segambut tahun lepas. Rupanya bukan student Jerman, Zon Barat Jerman. Tu dia GISB, gempaq habieh! Jerman pun bawah depa. Cita-cita kena tinggi bang! walau jasad…hehe Sensitif. 
Jadi hari ni dapat kenalan baru, 1 bas. Dapat ceritakan kebenaran sabda Nabi yang berlaku pada Suraqah. 23 tahun menunggu janji Rasul berlaku. Dan ianya tetap berlaku. Kerana Rasulullah SAW adalah Sodiqul Masduq. Kerana Rasulullah SAW bukan bercakap dari dorongan nafsu. 
و ما ينطق عن الهوى إن هو إلا وحي يوحى
Maka begitu juga, bila Rasul bersabda, Islam akhir zaman akan bangkit semula dari sebelah timur, sesungguhnya tidak syak lagi ia pasti berlaku. Dan ia sedang berlaku. Tetapi bukan melalui politik pilihanraya. Maha Suci Tuhan dari menaikkan agamaNya melalui sistem yang kotor.
Firman Allah dalam ayat 26 Surah Ali ‘Imran:
 قُلِ اللَّـهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ‌ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ‌ 
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 
Bahang PRU13 masih terasa. Gendang perang telah disimpan, kayu pemukulnya dah pun digantung tetapi gema ketukannya seakan-akan masih terngiang-ngiang di gegendang telinga. Poster-poster sudah dikoyak, bendera kempen telah dicabut, kain rentang telah dilipat tapi ulasan dan analisa masih belum berhenti.
Sebenarnya telah berlaku apa yang sepatutnya berlaku kerana ianya telah ditakdirkan oleh yang Maha Kuasa. Yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Dia kehendaki. Dialah juga yang memuliakan sesiapa yang Dia kehendaki dan Dialah yang menghina sesiapa yang Dia kehendaki. 
Mengapa menyalah-nyalahkan orang lain? Mengapa mempertikaikan orang lain? Walaupun orang tak mengenang apa yang kita lakukan, bukankah Allah ada? Biarlah Allah yang menilai. Apa tugas kita? Muhasabah diri, itulah tindakan yang terbaik bagi seorang pemimpin muslim. Saiyidina Umar Al Khattab rasa bersalah dengan kematian seekor kambing di bawah pemerintahannya.
Apakah kerana tiada rumput untuk di makan?
Apakah termakan rumput beracun?
Apakah diterkam serigala?
Apakah terminum air yang tercemar?
Matinya seekor kambing pun menyebabkan beliau bimbang bagaimana nak menjawabnya di depan Allah kelak.
Oleh itu bila Allah tarik kekuasaan kita selama ini, samada sedikit-sedikit atau ditarik terus, maka kenangkanlah kesalahan-kesalahan kita.
a. Pendidikan anak bangsa ini kemana dihalakan selama puluhan tahun ini? Sudah kenal, takut dan cinta Tuhankah anak bangsa kita? Atau rukun Iman dan Islam pun tak tau. Syahadah pun teragak-agak. Syarat, rukun solat tak selesai. Toharah pun ramai yang kantoi. Pergaulan bebas digalakkan. Result kejar super ‘A’, solat tak amik serius. Boleh ke takut Tuhan kalau macam ni? Maka tak heran zina dan buang anak menjadi-jadi. Oleh itu pemimpin lebih utama bertaubat. Abuya cuba asaskan pendidikan Al Arqam, bukan untuk makan gaji, bukan untuk degri tapi untuk berdikari untuk menjadi abid pemuja Allah tapi diharamkan.
b. Berpuluh tahun memerintah, ekonomi bukan diasaskan dari cinta dan takut Tuhan. Bukan bertolak dari nak laksanakan syariatNya. Atau kerana tak nak bergantung pada orang kafir dan nak selesaikan Fardhu Kifayah. Tapi semata-mata nak naikkan taraf ekonomi dan kehidupan. Nak kaya macam bukan Islam. Akhirnya, yang dah kaya sombong, menindas, lupa diri dan kayakan kroni betul-betul macam orang kafir. Yang tak berjaya kaya, makan subsidi, jual subsidi sampai mati. Bantuan habis, berniaga rugi. Dunia tak dapat, akhirat entah ke mana. Pemimpin kena menjawabnya. Kena ditaubatkan, kenapa dibiarkan puluhan tahun ia berlaku. Abuya bina ekonomi Al Arqam tanpa bantuan kerajaan. Tanpa pinjaman bank. Dari bahan mentah hingga tangan pengguna tanpa disentuh oleh bukan Muslim. Al Arqam pelopor makanan halal tapi malangnya, pun diharamkan. 
c. Hiburan yang betul-betul islamik tak ada. Kalau ada pihak lain nak usahakan, disusah-susahkan. Tetapi segala macam idol, segala macam fantasia, malah gang nam pun di sokong. Apa yang dari GISB semua dikaitkan dengan Arqam dan kesesatan. Yang sah-sah dari orang kafir dijulang. Yang alternatif dihalang. Kena muhasabahkan. Sebab dunia hiburan mempunyai pengaruh yang cukup besar di tengah masyarakat, khususnya remaja.
e. Penerbitan buku, majalah dan lain-lain ‘makanan fikiran dan roh’ yang benar-benar membina fikiran dan roh masyarakat Islam Malaysia sepatutnya betul-betul dirancang, dilaksanakan sepanjang berpuluh tahun Allah beri peluang memerintah. Sekat bahan-bahan lucah yang mendorong zina, rogol, gangguan seksual. Banyakkan bahan yang mendidik tetapi dengan penampilan moden dan canggih. Telah Abuya buat dalam Al Arqam, mencapai cetakan yang sangat tinggi. Berjaya merubah masyarakat kepada cinta Allah dan Rasul. Kuat untuk mengamalkan syariatNya. Malangnya bahan bercetak yang baik ini pun di tarik permit cetakan, yang memuja artis dan menyuburkan nafsu berlambak di pasaran.
Mungkin ada maksud Tuhan kepada tuan-tuan. Berhati-hatilah dengan kuasa. Yang di atas tidak selamanya di atas. Sedikit-sedikit kuasa ditarik. Tetapi jika kekal ego dengaImagen Tuhan, tidak memberi laluan pada Islam, tak mustahil semua orang politik akan jatuh setandan. Samada Nasionalis atau yang mendakwa politik Islam.
Ampun maaf.
Mekah.
11.55pm, Mei 9, 2013

.Image

Wednesday 8 May 2013

Ketegasan Abuya dalam Mendidik!!, Namun Betapa Penyayangnya Abuya Jelas Terserlah !!


Salam semua,

Ketegasan Abuya, dalam hal mendidik anak-anak, elok sangatlah dicontohi...Abuya mempunyai akhlak yang mulia dan terpuji, walaupun dalam menghukum untuk tujuan mendidik, tetapi kasih sayangnya sangatlah terserlah.....mana mampu kita melakukan sebegitu, tapi setidak-tidaknya kita cubalah apa yang termampu!!!....

Hayatilah kisah-kisah dibawah ini, supaya kita lebih faham....

Ingatan Abuya

Kenapa Abuya Pukul Jun ?

Barulah kufaham, rupa-rupanya naluri seorang ayah itu dan mana-mana ibu bapa pun sangat mengasihi anak-anaknya, cuma ketegasan ibu ayah masing-masing adalah berlainan caranya bergantung prinsip apa yang ibu bapa itu perjuangkan dan ke arah mana hala tuju dalam mendidik anak-anak mereka.....

Terharunya dan tersentuhnya pulak, bila menghayati kisah di bawah ini.....

Dilema Anak Abuya

Moga bermanfaat untuk semua, terutamanya untuk diriku yang lemah ini.  Moga anak-anakku khususnya ambillah pengajaran dan pedoman daripada kisah-kisah di atas, dalam menempuh kehidupan ini.

Wassalam.

KENAPA DI SANA - SINI, SEMUA ORANG ASYIK CAKAP FASAL DUIT, DUIT, DUIT, DUIT....MEMANG TAK KAN HABIS!!!


Salam semua,

Ku ingin kongsikan lagi sesuatu CERITA yang dikatakan tak jemu untuk dengar, baca dan ambil pengajaran, siapalah diri ini untuk memperkatakan sesuatu yang diriku dan ramai lagi yang sewaktu denganku yang selalu tak perasan, kita selalu salah dalam bertindak dan berperasaan, terutamanya jika ia berkaitan duit.....ada pulak yang lebih parah, iaitu salah mentafsir, lebih-lebih lagi jika duit digunakan untuk Islam, ramai suka cakap secara negatif dan suka mentafsir yang bukan-bukan dan  ikut sedap hati.....

Tetapi ingat wahai saudara-saudaraku, orang yang bijak dan berstrategi sahaja yang tahu 'jadikan duit ni sebagai senjata untuk keselamatan'.....kita kan hidup di dunia...kita hidupkan sementara...kita perlukan jambatan untuk ke sana...negara yang kekal abadi...kalau kita tersilap langkah dan tanpa pimpinan, 'senjata akan makan tuan'.

Kita perlukan 'senjata' dan perlu pandai 'main senjata', kat dunia ni, kalau sebut duit ramai yang suka, budak-budak sampai orang tua, semua suka duit...

Dalam bercakap tentang duit ni ,aku takut termelalut lebih-lebih pulak...aku pun bukan pandai sangat pun bab-bab duit ni, apatah lagi kalau nak berstrategi dengan duit ni....

maka dengan ini dipersilakan saudara-saudari semua untuk menghayati artikel di bawah,

klik untuk baca perihal 'Perang Duit' tentunya dari blog, Puteri Abuya lagi..

Selamat membaca, merenung dan moga bermanfaat untuk kita semua.

Wassalam.

(Kat bawah ni ku copy paste untuk memudahkan kalian membacanya)

Entry kali ni kita cerita tentang tajuk Abuya juga cuma mungkin disudut yang lainnya. Abuya tu bawa islam yang bersifat global. Tidak terhad didalam satu-satu bidang saja. Tidak hanya cerita ibadah,tapi juga ada ekonomi,budaya,politik dan lain-lain. Bukan hanya berpesan bahawa isteri solehah tu kena taat suami,tapi juga mengingatkan tanggungjawab isteri kepada perjuangan islam. Abuya tak bawa islam untuk hanya duduk dimasjid,tapi islam Abuya juga boleh sampai kemerata pelusuk dunia. Maka sebagai orang yang suka dan ingin ikut sama dalam perjuangan islam yang Abuya bawa ini,fikiran,perasaan perlulah tepat. Jangan lihat Abuya seperti orang buta 'melihat' gajah. Bayangkan Abuya mengikut fikiran sendiri. Sedangkan yang turut sama menyayangi dan memahami Abuya ialah ribuan kawan,simpati,penyokong dari dalam dan luar negara. Sebab tu dipanggil GLOBAL IKHWAN. Kalau tak global,hanya akan wujud sebagai GENG sajalah!

Diakhir zaman,disaat yang kita kekal meyakini bahawa yang akan memenangkan islam kali ini juga adalah oleh Nabi Muhammad yang jasadnya sudah tiada tetapi rohnya sedang menguasai dunia,maka sepertilah pada kebangkitan islam yang pertama,bersama Nabi Muhammad ini juga kita terpaksa melewati medan-medan perang yang lebih kurang sama getirnya dengan yang pernah dilalui oleh sahabat. Cuma mungkin bentuk peperangannya yang berbeza. Perang apakah itu? 

Abuya ketika awal-awal ditahan ISA, disaat semuanya terpaksa dimulakan dari zero telah berdoa,wahai Tuhan sekiranya bersamaku ini adalah kebenaran maka jadikanlah aku orang yang kaya. Kenapa Abuya minta untuk kaya? Kerana Abuya tahu bahawa peperangan paling sengit diakhir zaman ini ialah perang duit! Mana pergi orang cakap pasal duit. Orang bahkan melihat duitlah sebagai Tuhan. Lalu Abuya pun menggunakan duit juga untuk kembalikan manusia kepada Tuhan.  ( Doa Abuya Allah sudah kabulkan, jadi kita semuanya tentunya boleh faham, apa maksud dari Tuhan itu -Aina & Ikhwan Kasturi)

Kalaulah saat itu Abuya tampil dengan imej tok guru pondok usung kitab,agak-agaknya mampukah Abuya menawan hati kawan-kawannya dikalangan bangsa cina? Dapatkah Abuya lebarkan pengaruhnya keseluruh dunia? Cina tak minat kitab,cina suka duit! Bila melihat mewahnya kereta Abuya maka ramailah cina yang jatuh hati dan menjadi kawan rapat Abuya hingga kini. Cina-cina itu jadi kagum bilamana Abuya tunjukkan bahawa atas nama islam,kita juga mampu hidup kaya. Ala tak payah cakap cinalah. Melayu pun sama! Nampak kaya semua pakat datang hurung! Memang dah begitu resamnya dunia. Sebab itu Abuya tampil dengan imej islam kaya dan akhlak mulia!

Jadi, peliklah bila ada yang berkata,ala.. GISB tu dapat bertahan kat Saudi tu sebab depa banyak rasuah. Bayar sana sini. Tu yang boleh membesar! Hai.. Ceteknya penilaian. Dangkalnya pemikiran. Untuk pengetahuan semua,di Saudi ini tidak ada yang namanya jasa. Tidak ada. Yang ada hanya duit duit duit. Kalau ada orang nak bersalin anak dah keluar kepala sekalipun tapi tak dapat tunjuk duit pada pihak hospital,nescaya kena halau begitu saja (berlaku pada kawan kita kebetulan duit masih dibank) Kalau orang eksiden nak minta tolong tapi tak boleh bayar sebab miskin,matilah tepi jalan sorang-sorang. Takde sape heran. Kau nak apapun tunjuk duit dulu! Realitinya itulah undang-undang disini. Nak cium hajarul aswad pun kena bayar duit! 

Baiklah.. Dinegara yang sudah begini sekali bentuknya,sebagai orang yang ada cita-cita islam,nak bangunkan ekonomi islam,apa yang dia kena buat sebenarnya? Bayangkan.. Nak buat iqamah secara legal kena bayar 40ribu seorang. Cara illegal boleh dapat 25ribu sorang. Macamana? Nak kata apa? Nak buka syarikat kena ada penjamin. Nak dapatkan penjamin kena bayar ratus ribu bahkan juta. Kalau tak,sampai sudah tak jadi apa! Nak buat macamana? Nak sambung visa kena bayar ribu-ribu kalau tak kau balik jelah! Nak buat macamana? Kat sini dah takde yang namanya rasuah. Semuanya dah jadi legal. Rasuah tu termasuk undang-undang. Jadi kita nak buat apa? Boleh ke kita kata,aku tak nak rasuah,jadi aku balik jelah. Tutup jelah kedai-kedai ni. Nak dapat lesen kedai pun kena bayar ribu-ribu jugak. Tak payahlah macamni. Susah! Mimpilah kalau ada orang tunjuk baik offer nak tolong tanpa bayaran. Kalau dia tolong tanpa cakap pasal duit tu lagi bahaya. Nanti bila dah siap dia akan tuntut melampau lampau. Lebih baik deal je dari awal berapa yang dia nak. Itu lebih jelas! 

Kita ni sedang perang hakikatnya. Peperangan sistem. Bukankah perang itu tipu daya? Kalau tak pandai strategi,habislah! Kerugian dan kemenangan itu pun jangan dinilai dengan cara kita. Tapi nilailah sepertimana Allah Rasul menilai. Contohnya bank. Kita guna bank,Yahudi suka. Supaya dia boleh niagakan duit kita untuk ambil untung lipat kali ganda. Belum kira riba' dan sebagainya tu. Abuya ajar kita guna bank tu untuk laluan duit saja. Memudahkan transaksi. Bukan untuk simpan duit lama-lama banyak-banyak. Jangan sampai rosak dengan sistem kapitalis tu! Jadi Yahudi tak dapat keuntungan,perjuangan islamlah yang untung. Abuya tak kata bank tu haram. Malah Abuya gunakan kemudahan yang ada secara halal untuk islam. 

Maka,apakah membayar kepada semua ini demi melihat ekonomi islam terbangun oleh orang melayu itu dinamakan rasuah? Apakah dikira haram? Naifnya kita kalau tak sedar bahawa sebenarnya bayaran yang diminta itu ialah satu cara mereka untuk lihat kita mengalah. Sebab kalau orang takde duit memang angkat tanganlah. Aku kan pernah cakap,kat sini kalau kau miskin kau kena makan. Bodohlah kalau kita mengalah dengan alasan tak nak rasuah! Sedangkan memang sistem itu diciptakan untuk membunuh peluang islam untuk berkembang. Kalau nak tau,di Saudi ni siapa yang kaya tu dipandang mulia. Jahat pun takpe asalkan kaya. Lebih lagi yang kaya itu ialah orang Malaysia yang mereka anggap sebagai sebaik-baik manusia. Lebihlah tinggi nilainya. Waktu soal siasat awal-awal ditahan tu,soalan pertama yang ditanya ialah berapa pusingan perniagaan kita bulanan? Bila dengar je jumlahnya, terus pihak yang menyoal siasat itu memberikan penghormatan dan melayan baik kita. Tak mahal ke tu? Berapa juta nak kena bayar untuk dapatkan penghormatan sebegitu?

Risaunya kita dengan duit juta-juta yang dikeluarkan atas nama keperluan islam. Marahnya kita kerana menganggap semua itu sebagai dosa! Betulke kita memang fikirkan dosa? Boleh percaya ke kerisauan kita kalau-kalau kerugian jutaan ringgit itu atas dasar cintakan islam? Alangkah baiknya kalau kita juga risaukan duit-duit yang keluar atas nama peribadi kita! Macamana kalau ada yang pertikaikan semua pengeluaran peribadi kita itu sebagai pembaziran? Padahal Abuya ingatkan lama dah,peribadi miskin tapi islam kena kaya. Yang kita ni nampaknya senang hati je tengok islam miskin tapi peribadi kita kaya. Tukar gajet setiap bulan (akulah tu),kereta peribadi mewah (kereta persona aku dah bai'ah)! Bahkan ada yang dengan sinis berkata,kebenaran apa kalau kena bayar juta-juta. Kalau kebenaran tu dapat free jelah. Alahai.. time kita banyak dapat benda free tu,tidak juga kau melihat ini adalah satu kebenaran! Ternyata Tuhan hanya memberimu otak tapi tidak merezkikan akal kepadamu!

Rasul dan Nabi pun terpaksa perang,masuk dalam api,terjun laut,ada yang kena gergaji! Boleh ke kau cakap,apahal ni..kata kebenaran.. Kenapa kena susah macamtu sekali! Kenapa tak tidur-tidur je pastu menang? Boleh ke? Memanglah mentaliti makan tidur je puak ni! Tak tau ke Rasulullah tu disetiap medan perang membuka ruang syahid untuk para sahabat. Jahat ke Rasulullah kerana sanggup mengorbankan nyawa sahabatnya sendiri? Penipu ke Rasulullah yang membawa para sahabat ke medan perang padahal Rasulullah cukup tahu bilangan musuh jauh lebih ramai! Rasulullah tak rasa rugi ke? Lebih besarkah nyawa sahabat yang terkorban daripada duit juta-juta yang dikeluarkan demi melihat islam itu terus dapat dipertahankan? Sungguh.. Kalau kita berhabis duit sebanyak manapun dizaman ini nescaya tidak akan sama dengan nilai sebuah nyawa para sahabat yang dikorbankan oleh Allah dan Rasul dimedan perang dahulu. Duit yang kita keluarkan itu hakikatnya tidak dapat pun membayar ketinggian islam yang Tuhan hadiahkan!

Untuk itu kenapa susah hati? Kenapa rasa rugi? Depan mata aku tengok Abuya bagi 600ribu pada orang yang meminta Abuya beli rumahnya. Setelah diserah duit,rupanya rumah tu tak dapat diserahkan kepada Abuya kerana menjadi rebutan keluarganya. Abuya bahkan berkata,tak apa.. Rumah itu saya hadiah saja. 600ribu rm. Bukan rupiah! Berlaku juga depan mata aku Abuya selamba je bagi 60 ribu hampir tiap bulan kepada seorang kawan cina yang sangat memerlukan. Abuya kata semua ini kerana hendak membeli iman. Maka jatuh hatilah ramainya orang kepada Abuya melihatkan akhlak islam yang ditunjukkan kepada mereka. Mana pernah Abuya rasa rugi pun! Bukan Abuya tak tau yang kadang-kadang cina owner bangunan yang GISB sewa tu mengenakan bayaran yang lebih tinggi. Tapi mereka akhirnya tersungkur bila melihat kekuatan Abuya mempertahankan semuanya. Lihatlah bagaimana islam bangkit diatas kerja-kerja menghancurkannya. Kejahatan yang ditabur oleh musuh selalunya menjadi baja yang akan semakin menumbuhkan benih kebenaran itu. 

Kita baru diajak keluarkan duit,belum diajak korbankan nyawa lagi. Itupun dah banyak bunyi. Selalunya yang bising tu ialah orang yang tak pernah pun berhempas pulas untuk islam! Lebih fikir diri! Tapi kecohnya bukan main lagi. Walhal orang yang mengusahakan tulang empat kerat demi melihat islam hebat,bahkan boleh terhibur dengan semua yang dilakukan itu. 

Kerana itu memperjuangkan islam tak boleh ada kepentingan. Kalau kepentingan masih banyak,memang akan tergelincir dimana-mana selekoh. Orang yang betul inginkan kebenaran itu mendapatkannya dengan hati. Bukan boleh reka-reka. Bukannya dulu yakin sekarang ragu! Dulu menyokong sekarang menyepak! Tuhan.. Tolonglah.. Tolonglah rezkikan kebenaran yang mahal ini kepada kami..

Sunday 5 May 2013

KISAH YANG TAK JEMU NAK DENGAR, BACA, DAN LAGI DAN LAGI...

Salam semua,

Alhamdulillah, Bersyukur kita kerana, ada lagi kisah yang 'sedap' untuk kita tahu dan kongsi-kongsikan...

Terima kasihlah pada Putri Abuya, moga banyak lagi perkongsian untuk mendidik hati-hati kami yang tandus ini...

Selamat membaca...Sila klik di sini...

Sekian.

Wassalam.


KISAH BENAR YANG PATUT KITA TAHU, AMBIL TAHU SERTA AMBIL PENGAJARAN DARINYA!

Salam semua,

Cuaca hari ni panas sangat, hari mengundi, sekarang 3.30 pm, 5.5.13. Di Kelantan.

Apa yang nak dikongsikan kat sini bukan fasal PRU 13, tapi satu kisah benar yang tak jemu rasa nak dengar , baca dan fahamkan. Ia pula, lain dari yang kita selalu fikirkan. Ia juga sangat menyentuh hati serta baaanyak pengajaraaan yang dapat dicungkilkan...

Sila ya tuan-tuan dan puan-puan semua membaca kisah benar ini!

Sekian, moga bermanfaat...

Wassalam.


"Yang baik itu eloklah kita kongsi -kongsikan, yang buruk atau fitnah itu, elok kita kaji dulu, asal -usul berita dan siapa yg bawa cerita, adakah ia ada sesuatu tujuan atau motif?"

"Sampaikanlah dariku, biarpun hanya sebaris ayat"