Translate

Saturday 22 March 2014

TV IKHWAN : YANG KE 99

Salam semua,

Saksikanlah...moga kita sama-sama mendapat pendidikan dan pengajaran.

klik untuk menyaksikan kisah yang sangat menginsafkan ini...

Moga bermanfaat untuk kita semua.

Wassalam.

Friday 14 March 2014

Sejauh Mana Kehebatan Teknologi Akal?

Sejauh Mana Kehebatan Teknologi Akal?

0-215925.jpg
Manusia sering menganggap mengendalikan & menggunakan logik itu suatu kelebihan. Sebenarnya ia satu kelemahan. Akal hanya mampu meneroka sebahagian kecil dari ilmu & rahsia ciptaan Tuhan.

Akal manusia memang hebat.
Dengan akal, meningkat darjat dan kemuliaan manusia.
Kerana akal, manusia boleh mengatasi dan menguasai makhluk-makhluk yang lain yang tidak berakal.
Dengan akal manusia menguasai alam jamadat.
Dengan akal manusia menguasai alam nabatat.
Dengan akal, manusia menguasai alam haiwanat.
Dengan akal juga manusia meneroka lautan yang luas dan dalam.
Dengan akal juga, manusia mengeluarkan segala khazanah dari perut bumi.
Dengan akal, manusia dapat meneroka angkasa lepas.
Pendek kata, dengan akal, manusia menjadi raja di alam lahir ini.
Semua ciptaan lahir ini seolah-olah tunduk kepada kehendak dan akal manusia.
Tetapi di situ sahajalah terhentinya kehebatan akal manusia.
Di alam jin contohnya, akal manusia sudah tiada pengaruh.
Bangsa jin pun tak berapa peduli sangat dengan manusia ini.
Jin, jin punya hal, manusia, manusia punya hal.
Baik tak baik, jin boleh khianat pada manusia.
Akal manusia tidak dapat berperanan di alam jin.
Alam jin bukan lagi alam lahir.
Alam jin tidak masuk akal. Tidak logik.
Bagaimana akal nak berperanan dalam alam yang tidak masuk akal?
Lebih-lebih lagilah, akal tak dapat berperanan di alam-alam yang lebih tinggi.
Akal tak dapat masuk alam jabarut.
Akal tak dapat masuk alam malakut.
Akal tak dapat masuk alam lahut.
Akal tak dapat masuk alam barzakh, alam Akhirat dan sebagainya.
Bukan sahaja alam-alam ini tidak masuk akal,
akal pun tak dapat masuk alam yang seperti ini.
Kalau dalam alam-alam seperti ini pun akal tak dapat masuk dan tidak boleh berperanan, apakah halnya dengan perkara yang bukan alam.
Kerana segala alam itu adalah ciptaan.
Dalam banyak alam yang dicipta pun akal tidak dapat berperanan, inikan pula dalam hal yang bukan alam khususnya dalam hal ketuhanan.
Kerana Tuhan itu bukan alam.
Alam itu ialah segala sesuatu selain Tuhan.
Oleh itu, kalau manusia hidup semata-mata dengan akal, maka ia akan terpenjara dan tidak dapat keluar dari alam lahir ini.
Dia tak akan dapat keluar dari hal-hal jamadat, hal-hal nabatat, hal-hal haiwanat dan hal-hal yang bersabit dengan kehidupan lahiriah manusia.
Dia akan jadi banduan dunia.
Kalau manusia hidup hanya dengan melibatkan hal dan keperluan lahiriah mereka semata-mata, maka tidak jauhlah darjat manusia dengan haiwan.
Itulah sebenar konsep hidup haiwan.
Memuaskan keperluan lahir semahu-mahunya.
Apalah guna kalau manusia boleh menguasai haiwan kalau dia pun macam haiwan juga.
Haiwan bukan makhluk yang bermusafir di dunia ini.
Dunia ini permulaan dan terakhir baginya.
Bagi manusia pula, dunia hanya buat sementara.
Perjalanan manusia lebih jauh.
Manusia datang ke alam syahadah ini dari alam roh.
Manusia akan berhijrah lagi ke alam yang lebih tinggi dan lebih seni.
Iaitu alam barzakh dan alam akhirat.
Mahu pergi memang akan pergi, tidak mahu pergi pun memang kena pergi.
Sudah sedia kena pergi, belum bersedia pun kena pergi
Kehidupan ini adalah satu pakej. Bila sudah bermula kenalah ikut sampai habis!
Kalau selama ini hanya akal sahaja yang kita gunakan dalam hidup sampai kita terperangkap dalam alam dunia ini, bagaimana pula kita hendak hidup dalam alam barzakh dan Alam akhirat?
Tentu kita terkejut bila melihat adanya alam yang lebih seni dan lebih luas dari alam dunia yang selama ini yang kita kenal dan kita asyik rebut-rebut.
Tidakkah kita akan jadi seperti katak di bawah tempurung.
Bila angkat tempurung, baru kita sedar yang adanya alam yang lebih besar dan lebih luas dari apa yang ada di dalam tempurung tadi.
Bila datang maut baru kita sedar yang adanya alam yang lebih luas dari dunia.
Jadi orang akal tak ubah seperti katak dibawah tempurung.
Begitulah hakikat orang akal yang menjadi banduan dunia.
Bila terlepas dari dunia, dia akan menjadi pelarian Akhirat.
Di alam Akhirat akal tidak berguna.
Akal tidak ada fungsi.
Akal akan kaku dan beku.
Kalau di dunia akal ligat berputar,
di alam Akhirat, ia seperti tidak wujud.
Itulah sebabnya Islam melarang kita menjadi orang akal semata-mata iaitu orang yang hanya menggunakan akal dalam segala hal dan masalah, dan menggunakan ukuran dan nilai akal dalam semua perkara.
Kalau tidak masuk akal, ditolak.
Kalau tidak logik, tidak mahu diterima.
Tidak mahu beriman dan percaya perkara-perkara ghaib yang tidak masuk akal.
Semuanya kena ditapis dengan akal.
Wahyu pun hendak diakalkan.
Ada wahyu yang sesuai, ada yang tidak.
Ada yang positif dan ada yang negatif.
Alam barzakh, alam Akhirat, jin dan malaikat, semuanya tak boleh terima sebab tidak masuk akal.
Hatta Tuhan sendiri pun hendak ditapis dengan akal juga.
Kalau tidak logik, tidak mahu akui bahawa Tuhan itu wujud.
Cuba bayangkan.
Allah yang cipta akal.
Allah yang kurniakan akal itu pada manusia.
Akal itu juga yang hendak digunakan untuk menafikan kewujudan Allah.
Inilah logik akal yang kita tidak tahu dimana logiknya.
Manusia sering menganggap mampunya akal mengendalikan dan menggunakan logik itu satu kelebihan.
Sebenarnya ia satu kelemahan.
Ia satu limitation.
Ia mengecilkan skop jangkauan dan menyempitkan pandangan manusia.
Logik hanya satu asas dari asas-asas ciptaan.
Banyak lagi asas-asas ciptaan yang tidak logik.
Oleh itu, akal hanya mampu meneroka sebahagian kecil dari rahsia dan ilmu ciptaan Tuhan.
Satu pertanyaan yang perlu ditanya kepada orang akal, mestikah segala apa yang Allah cipta itu logik?
Tidak bolehkah Allah mencipta benda yang di luar logik?
Tidakkah kita sedar bahawa kalau semua ciptaan Tuhan itu terpaksa bersandar pada logik, maka lemah sangatlah Tuhan.
Takkanlah Tuhan pun tertakluk pada logik walhal logik itu sendiri pun Allah yang cipta.
Kalau Allah boleh mencipta benda yang logik, sudah tentu Allah boleh mencipta juga benda atau perkara yang tidak logik
sebab adalah sunnah Allah untuk mencipta sesuatu itu berpasang-pasang.
Kalau ada yang logik, mesti ada yang tidak logik.
Kalau tidak manusia akan kata Allah itu lemah.
Allah mencipta yang logik sahaja, yang tak logik tak boleh.
Kalau apa yang Allah cipta itu logik, maka ia boleh dikendalikan oleh akal. Memang itu habuan akal.
Sebaliknya, kalau apa yang Allah cipta itu tidak logik, tidak bermakna perkara itu tidak wujud.
Ia hanya bermakna bahawa akal bukan alat untuk mengendalikannya.
Perkara yang seni, halus dan tidak logik tidak dapat diterokai oleh akal.
Ia kenalah diserah pada roh atau hati.
Perkara yang tidak masuk akal boleh jadi boleh masuk hati.
Orang Islam mesti hidup roh dan hatinya.
Tidak cukup orang Islam hanya menjadi orang akal.
Dia mesti juga menjadi orang rohani.
Barulah dia akan dapat faham dan yakin perkara-perkara yang tersirat dan maknawi dan perkara-perkara ghaib dan tersembunyi yang diluar logik.
Orang akal dinamakan juga orang dunia.
Ini kerana orang yang menggunakan akal semata-mata tidak dapat meneroka alam lain selain alam dunia.
Orang akal juga dikenali sebagai orang sekular.
Kerana sekularisme bermaksud “dunia untuk dunia” atau “dunia habis di dunia”.
Sekularisme tidak mengaitkan hal dunia dengan hal Akhirat.
Fahaman sekularisme menafikan adanya akhirat.
Ilmu orang akal sebenarnya cetek dan tidak sehebat mana.
Hanya setakat ilmu lahiriah dan ilmu dunia sahaja.
Ilmu orang rohani lebih seni, lebih tinggi dan lebih dalam.
Ilmunya sampai kepada hakikat sesuatu perkara.
Orang akal ibarat kanak-kanak.
Mampu membina jambatan di antara dua benua, sudah melonjak-lonjak dengan kemegahan.
Orang rohani mampu membina jambatan dua alam tetapi merendah diri , tawadhuk dan malu dengan Tuhan.
Hasil kerja orang akal juga tidak ke mana.
Bina punya bina, bina punya bina, satu hari nanti akan runtuh musnah jadi debu.
Itulah nilai hasil kerja orang akal. Semuanya akan jadi debu.

Minda Ustaz Ashaari Muhammad

sumber artikel


Thursday 13 March 2014

Makanan yang haram, merosakkan hati, membinasakan ummat, renungkanlah !

Bismillahirrahmaanirrahiiim,

Alhamdulillah, pada pagi Jumaat yang mulia ini,  14 Mac 2014, dalam suasana yang masih berjerebu, fenomena Malaysia berdoa untuk MH370 masih lagi penuh pengharapan kepada Allah yang mencipta segala sesuatu dan yang mengizinkan segala yang baik atau buruk itu berlaku.

Sebagai orang Islam kita perlu ingat, kita sering meminta jalan yang lurus dalam sembahyang.

Adakah kita sudah diberi peringatan daripada orang-orang terdahulu yang diri dan hidup mereka dikorbankan untuk Islam semata-mata?

Dalam suasana Malaysia sebegini, kita sangat mengharapkan belas kasihan daripada Allah swt dengan cara membuat perkara-perkara yang disukai Allah dan meninggalkan perkara yang dibenci oleh Allah swt.  Kita perlu menebus segala dosa-dosa kita, terutama kepada orang-orang yang pernah kita zalimi.
Kita perlu bertaubat dan minta ampun kepada yang Maha Esa, terutama dalam hal pemakanan (kerana ia asas dalam kehidupan kita) dan macam-macam lagi.

Cuma, saya ingin mengajak diri saya dan ahli keluarga saya khususnya dan ummat Islam amnya...untuk memikir dan merenung sejenak...

Kita sudah tahu bahawa, hati yang bersih ditempa oleh makanan yang halal, baik lagi suci..

Namun hati saya bagai dihiris sembilu apabila menyaksikan video di bawah, terasa akan sebuah kekejaman dan tiada sifat peri kemanusiaan, demi mengaut sebuah keuntungan. Segala najis bercampur baur, tiada yang halal!!

Ya Allah ampunkan kami...




Sedarlah wahai saudara seIslamku, wahai anak-anakku, sanggupkah kita bersekongkol dengan manusia yang menciptakan segala kecanggihan yang sebegitu jijik dan hina sebegitu..

Jawapan ada pada diri dan hati masing-masing...

Benarlah, bahawa segala kerosakan itu berpunca daripada perbuatan dan tangan-tangan manusia sendiri..!
Jadi tidak hairanlah manusia dihukum Tuhan dengan pelbagai bencana..itu baru soal makanan.....belum kira hal-hal lain seperti dalam bidang perubatan dan sebagainya... marilah kita menangis dan memohon ampun sebelum terlambat. 

Kita perlukan seorang PEMIMPIN yang digeruni oleh musuh-musuh Allah, kita perlukan orang yang dekat dengan Allah untuk membimbing kita.  Moga kita diselamatkan dengan berkat kemuliaan Rasulullah saw dan orang- orang soleh yang bertaqwa.

Renung-renungkanlah.

Moga bermanfaat. Ampun maaf.

Wassalam.

8.40 am.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

CENGKAMAN YAHUDI TERHADAP UMAT ISLAM.

Kata Abuya, kini di akhir zaman, semuanya telah diyahudikan. Atau erti kata yang lain semuanya telah dirosakkan, hingga umat Islam tidak mendapatkan Allah dan Rasul dalam kehidupannya, sekalipun dalam menuntut ilmu-ilmu Islam. Semuanya telah dirosakkan.

Dahsyatnya kerosakan yang dilakukan, hingga udara pun telah diyahudikan. Kita menghirup udara namun tidak merasa kebesaran dan kehebatan Tuhan! Udara pun yahudi berjaya rosakkan.

Apa yang yahudi lakukan hingga dunia begitu rosak serosak-rosaknya?


Yahudi adalah musuh Islam, dan mereka bermusuh dengan Tuhan sekalian alam. Sepertilah yang kita diberitahu sebelum ini, mengapa yahudi begitu bermusuh dengan Islam hanya kerana Nabi yang bongsu atau terakhir itu bukan daripada kalangan mereka. Justeru itu mereka memilih untuk bermusuh dengan Tuhan selama-lamanya.

Namun begitu, mereka cukup yakin dan sangat yakin kepada apa-apa yang disampaikan daripada baginda Rasul S.A.W. Kata Rasul, yahudi ini makhluk yang sangat beriman dengan Allah dan Rasul tetapi sangat bermusuh dengan Allah dan Rasul.

Mereka mengkaji dan meneliti Quran dan hadis-hadis Nabi, bahkan sangat memahami dan mengamalkannya. Mereka membenarkan ia namun dengan cara berbeza. Mereka mengkaji kebenaran Quran, hasilnya diterbalikkan atau dipesongkan untuk merosakkan umat Islam.

Sabda Nabi S.A.W. :

ÙˆَÙ„َÙ† تَرْضَÙ‰ٰ عَنكَ الْÙŠَÙ‡ُودُ ÙˆَÙ„َا النَّصَارَÙ‰ٰ Ø­َتَّÙ‰ٰ تَتَّبِعَ Ù…ِÙ„َّتَÙ‡ُÙ…ْ ۗ

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu  sehingga engkau menurut agama mereka." Al-Baqarah: 120

Yahudi mencatur dunia, sekalipun dunia umat Islam agar kita menurut cara mereka. Yahudi tidak berbangga dengan umat Islam yang murtad tapi berbangga dengan kerosakan yang telah dilakukan kepada umat Islam. Mereka lebih berbangga dengan perbalahan dan percakaran sesama umat Islam.

إنّ الشيطان يجري من الإنسان مجرى الدام
"Sesungguhnya syaitan itu bergerak didalam diri manusia mengikut aliran darah" Daripada Sufiah binti Hayy R.A., Riwayat Bukhari.

Daripada hadis di atas, yahudi mengkaji bagaimana yang dikatakan syaitan itu mengalir melalui darah dan seterusnya kesan kepada manusia. Kita sedia maklum, hati yang bersih ditempa daripada makanan yang halal.

Halal itu tidak melibatkan perkara yang haram samada sumbernya atau perkara itu sendiri adalah haram. Contohnya, babi adalah haram dan memang kita tidak memakannya. Namun bagaimana dengan makanan yang dicuri atau syubhah? Yang lebih besar lagi ia didapati daripada orang bukan Islam, lebih-lebih lagi kalau ada campur tangan yahudi?

Inilah rahsianya mengapa yahudi begitu berjaya mengawal hati dan fikiran umat Islam! Kerana semuanya dalam kawalan mereka. Mereka menyediakan kemudahan hidup yang kononnya untuk kebaikan manusia, namun terselit agenda mereka, iaitu mengawal dan merosakkan umat Islam, atau dengan kata-kata yang lebih tepat memisahkan manusia daripada Tuhan!

Para sahabat ridwanullah 'alaihim, mereka itu jika menyebut kalimah 'ALLAH' gementar hati-hati mereka. Bahkan ada yang mati kerana perasaan takut dan rindu yang terlalu dan begitu mendalam kepada Allah!

Namun itu tidak lagi berlaku kepada umat Islam akhir zaman! Kita menyebut Allah dan perkataan selainnya, sama sahaja. Nauzubillah! Berjaya kita dirosakkan. Tidak terasa kehebatan dan kebesarn Allah. Kalau Allah sendiri dilupakan, betapalah kekasihnya Nabi yang dirindukan, kita lupakan!

Yahudi mengkaji hadis di atas dan melakukan eksperimen. Hasil eksperimen lahirlah produk-produk yahudi yang mengalir dalam tubuh badan manusia. Tidak cukup dengan itu, dicipta pakaian dan umat Islam menyarungnya dengan penuh bangga! Dibuatkan produk kecantikan dan dunia memakainya, hasilnya setiap wajah manusia hilang cahaya kebenaran darinya. Mereka benar-benar memanfaatkan hadis Nabi itu tadi.

Umat Islam? Apa yang kita lakukan daripada hadis tadi? Kita lebih berbalah tentang sanadnya, perawinya, adakah hadis itu mutawatir, assah, sahih, dhaif, maudhu' atau mardud. Maksud hadis atau perlaksaannya diabaikan. Dalam berbalah, umat Islam teruslah tertipu dengan perangkap yahudi.

Bayangkan itu baru yahudi sediakan makanan, pakaian, dan kosmetik. Tapi realiti dunia hari ini, sistem kehidupan pun yahudi yang sediakan! Hatta pendidikan Islam pun yahudi yang ajarkan! Lahirlah ulama-ulama yang hanya tahu mengharamkan atau menghalalkan sesuatu. Nak melaksanakan tidak tahu.

Mudahlah manusia dirosakkan kerana landasannya memang ada dalam diri manusia. Lahirnya adalah darah yang mengalir dalam diri kita, yang maknawinya dan yang lebih ditakutkan Nabi lagi ialah; dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Baik daging itu baiklah seluruh anggota, rosak daging itu rosaklah keseluruhannya. Maka ketahuilah bahawa itu adalah hati, raja dalam diri manusia!

Betullah kata Abuya, udara pun telah yahudi! Terpisah kita dengan Allah dan Rasul oleh yahudi. Para sahabat dalam tak cukup makan pun dapat Allah dan Rasul. Dapat makan sedap pun dapat Allah dan Rasul. Namun umat Islam kini, kaya atau miskin tetap tidak dapat Allah dan Rasul.

Mari kita lihat khidmat-khidmat yang diberikan nama oleh yahudi, yang menjadi kebanggaan dan kegilaan umat Islam. Bahkan malu kalau tidak menggunakannya. Ini baru sahaja antaranya, belum semuanya. Ada juga yang berasaskan nama Islam, namun dibelakangnya adalah mereka.


Rokok dan gaya hidup.
Phillip Morris, Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince.

Makanan dan minuman.
Coca-Cola, McDonalds, Burger King, Pizza Hut, KFC, Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper, Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (makanan kucing), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips. LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant Galbani, Danao, Starbucks, Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

Hiburan dan media.
Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem, News Corporation, 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins.

Pakaian dan rangkaian pasaraya.
JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca, Tesco, Ikea.

Telekomunikasi.
Nokia, Apple, Vodafone.

Kecantikan dan kesihatan, dan gaya hidup.
Johnson & Johnson, Estee lauder, Revlon, L'Oreal, Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson, Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila, Kimberly-Clark, Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX, Freedom, Scottex, Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean, GILETTE, Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman, COLGATE, PALMOLIVE, Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic.

Elektronik dan komputer.
IBM, Intel.

Mainan.
Hasbro, Mattel, Hot Wheels, Parker, Pokemon, Star Wars, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger.

Jenama popular yang lain.
Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.

Daripada senarai di atas, bagaimana umat Islam dapat mengelak daripada percaturan yahudi? Tanpa pimpinan mursyid takkan mungkin berjaya melepasinya. Itu baru sedikit sahaja, belum lagi produk pendidikan yang menjadi kebanggan umat Islam!


Bagi mereka yang ada kesedaran sekalipun, kalau tanpa pimpinan akhirnya terpaksa juga menggunakan khidmat-khidmat yang telah yahudi sediakan. Bagaimanalah caranya untuk mengelak daripadanya?

Kata Abuya, Islam telah beri panduan. Kita adalah anak zaman, kerana kita hidup di zaman ini, di zaman kerosakan. Namun Islam tetap ada jalan keluar dari semua masalah ini!

Menurut Abuya, ada lima perkara yang perlu ditempuhi oleh umat Islam untuk selamat berhadapan dengan perkara ini, dan inilah keadilan Tuhan buat umat Islam yang hidup di zaman kerosakan ini.

Perkara yang pertama kata Abuya ialah membetulkan hati. Membetulkan hati ini ialah dengan membetulkan niat atau meluruskan hati dengan Allah. Kalau sembahyang yang asas pun bukan kerana Allah, betapalah hal-hal yang lain. Jadi roh adalah perkara pertama yang perlu dibetulkan.

Yang kedua menurut Abuya, perkara yang mahu diperjuangkan itu bersesuaian dengan kehendak Allah dan Rasul. Kalau ada umat Islam perjuangkan perkara yang haram, itu sudah tidak betul. Kalau mahu melahirkan produk makanan, pastikan makanan itu halal. Halal itu ertinya kalau ayam, sembelihannya tepat mengikut syariat Islam. Kalau sembelihan tak cukup syarat, ertinya kita melahirkan produk yang haram. Begitu juga dalam membuat produk pakaian Islam, mestilah pakaian yang menutup aurat.

Yang ketiga ialah, dalam perlaksanaan menepati syarat yang Allah kehendaki. Contohnya, dalam berpakaian, mestilah menutup aurat di depan ajnabi. Dalam pergaulan tidak bebas mengikut hawa nafsu dan mengikut batas syariat yang Allah tetapkan. Contoh yang lain, perkara yang kita mahu halal, tapi cara mendapatkannya dengan mencuri, itu dah salah. Sembahyang itu perintah, tapi melaksanakannya dengan pakaian yang dicuri, atau tidak menutup aurat, pun tidak betul juga. Begitulah perkara-perkara yang lain.

Yang keempat kata Abuya lagi, hasil daripada semua yang kita lakukan tadi mengikut kehendak Tuhan. Contohnya dalam bersedekah, niatnya dah baik untuk Allah, untuk Islam. Benda yang nak disedekahkan itu bukan barang curi, dan ia halal. Tapi lepas sedekah hasilnya kita berbangga dengan kebaikan itu, kita riak, ujub, takabur. Sedangkan yang diminta ialah selepas sedekah semakin dapat Allah, dapat rasa-rasa kehambaan. Begitu juga dalam hal yang lain.

Akhir sekali kata Abuya, jangan tinggalkan perkara yang asas. Perkara asas itu ialah rukun Iman dan rukun Islam. Inilah perkara asasnya. Kalau dah penuhi syarat empat perkara tadi, tapi kita tinggalkan sembahyang dengan sengaja, itu dah tertolak segala amalan kita.

Jadi, adilnya Tuhan dan indahnya ajaran Islam, walaupun hidup di zaman yang sangat rosak,  tetapi diberi jalan keluar. Adilnya Tuhan lagi kepada umat Islam akhir zaman, barangsiapa yang dapat melaksanakan satu sunnah atau satu cara hidup Islam demi Allah dan Rasul, dia mendapat ganjaran 100 pahala mati syahid.



Tuesday 11 March 2014

Fenomena lenyapnya MH370, Subhanallah!! bilamana teknologi dan manusia menjadi buntu, maka di situlah bermulanya, situasi di mana Allah selaku Pencipta, mula disebut, diingati dan ditakuti!!!


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..!!!

Sila tonton, moga kita semua diberi kefahaman...

Terjemahan dari surah al-Baqarah (untuk renungan bersama, yang membawa maksud yang dalam dan tersirat, hanya mereka yang arif dibidangnya yang layak menerangkan setepatnya kepada umum)

[1]
Alif, Laam, Miim.

[2]
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;


[3]
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.


[4]
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).


[5]
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.


[6]
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.


[7]
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.


[8]
Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.


[9]
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.


[10]
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).



sumber terjemahan


Semoga dengan rahmat dan kasih sayang Allah, pesawat MH370 yang lenyap dari alam nyata akan dizahirkan semula. Kita langsung tiada daya upaya melainkan berusaha dan berikhtiar.

Selama mana, cepat atau lambat, terpulanglah kepada yang Empunya Alam semesta..kita hanya mampu berdoa, bertaubat dan merintih sepenuh hati...

Selama mana...sebelum ini...cuba kita renungkan...adakah kita juga, lebih tertumpu kepada alam nyata dan segala teknologi sains yang kita kecapi dan nikmati selama ini, tanpa memikirkan segala teknologi itu juga adalah, hasil pemberian daripada Allah swt.  Hakikatnya, segala apa yang kita miliki, bukanlah milik kita, boleh sahaja Allah lenyapkan dengan begitu mudah sahaja hanya sekelip mata...boleh saja Allah zahirkan semula..pada bila-bila masa yang dikehendakiNya.

Bila mana manusia, sudah mahu kembali insaf..!! Takut- setakutnya kepada Allah yang Esa, rindu- serindunya kepada Junjungan besar Nabi Muhammad saw. Bagindalah ubat bagi segala penyakit, baginda Jualah anak kunci bagi segala kejayaan..

Ampun maaf.

Wassalam.

PrayForMH370 : Temuramah TV3 dengan Kapten Norudin Abd Majid

Salam untuk semua,

Rakyat Malaysia masih setia, berharap, menanti dan berdoa moga ada suatu keajaiban yang akan berlaku, kerana peristiwa kehilangan  pesawat MH370 juga adalah sesuatu yang sangat ajaib.

Mesti tonton, pendapat dan pandangan Kapten Norudin Abdul Majid, bekas Ketua Juruterbang Boeing 777 Fleet MAS

Malaysia, sedang dibawa untuk membuka seluruh minda. Memikirkan dan meninjau-ninjau kejadian-kejadian ajaib atau pelik lagi aneh pada alam ciptaan Tuhan.

KepadaMu lah ya Allah kami meminta pertolongan, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...Maha Merancang, Maha Berkuasa, Maha Melihat, kami selaku hamba yang lemah dan hina masih belum nampak, tunjukkanlah kami jalan yang lurus...wahai Tuhan yang Maha mendengar, dengarkanlah rintihan hamba-hambaMu yang memohon pertolongan dan pengharapan..

Sesungguhnya perancangan Allah adalah diluar pengetahuan kami selaku hamba, hanya segelintir sahaja yang diberi faham dan rasa. Kasihanilah kami, berilah  kami khabar yang membawa berita gembira untuk hamba-hambaMu khususnya untuk Malaysia, tolonglah supaya bumi Malaysia ini, mendapat kemuliaan di mata Dunia, juga yang sangat penting adalah kemuliaan dan keselamatan di sisiMu ya Allah...sesungguhnya Ya Allah, kami sedar Tuhanlah yang memuliakan dan menghinakan sesiapa sahaja...Allah jualah boleh menyelamatkan atau membinasakan apa sahaja...maka kami mohon keselamatan dariMu ya Allah...kami mohon ampun dan taubat atas segala kesalahan dan kelalaian kami, memang kami akui sering lalai dan leka dari mengingatiMu ya Allah. Kami alpa dengan segala matabenda disekeliling kami...barulah kami sedar ini adalah peringatan dari Tuhan yang Maha Esa untuk menyelamatkan hamba-hambaNya yang sudah jauh tersasar dalam matlamat hidup yang sebenar..

Tolonglah ya Allah, Perkenankanlah permintaan dan pengharapan kami ya Allah...dengan berkat kemuliaan junjungan besar, Nabi Muhammad saw, ahli keluarganya yang suci, para sahabat, para anbia, para aulia dan orang-orang soleh yang dikasihi Allah...zahirkanlah pesawat MH370 yang lenyap dari alam nyata...! Selamatkanlah mereka yang di dalam pesawat dengan kekuasaanMu ya Allah, selamatkanlah kami juga... Permudahkan segala urusan ini ya Allah.

Aamiin, aamiin, aamiin ya Robbal A'lamin.

Wassalam.

Saturday 8 March 2014

Manusia Merancang, Namun Perancangan Allah yang Pasti berlaku

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Ya Allah, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw, Rasul akhir zaman, yang kerana bagindalah kita mendapat nikmat iman dan Islam, yang kerana bagindalah, kita tahu bagaimana untuk bersembahyang atau bersolat.

Malaysia, telah ditakdirkan oleh Mu ya Allah, untuk , mendengar dua berita yang mengejutkan. Yang satu ada kaitan dengan orang politik, yang mempunyai pengikut dan pembangkang, yang mempunyai pelbagai dakwaan, yang penuh kontroversi dan boleh membawa kepada huru-hara kerana pelbagai andaian dan perancangan sedang direncanakan oleh pihak yang tidak berpuas hati dan ingin menuntut keadilan.

Apakah Allah tiada jalan penyelesaian untuk menyelesaikan segala masalah yang sedang 'dideritai' oleh hambaNya?

Mari kita renung, ummat Islam di Syria sedang menderita, adakah kita , mendoakan akan nasib saudara seagama kita, atau kita biarkan saja di angin lalu?

Apakah kita sanggup mengorbankan keamanan negara dengan membuat huru-hara, atau sanggup melihat lebih ramai yang bersengketa dan menderita.  Cukuplah peperangan di Syria untuk menjadi peringatan dan renungan buat rakyat Malaysia( yang rata-rata orang di dunia luar sana menyebut 'orang yang sopan santun').  Sesiapa yang pernah ke Tanah Suci Mekah, tentu akan faham.  Tetapi terbukti di jalan raya, rakyat Malaysia kebanyakannya bersikap 'tiada sopan dan santun'.  Inilah akibat daripada mementingkan hawa nafsu dan diri sendiri.

Mari pula, kita lihat dan renung sejarah. Renungkanlah akan sikap dan pribadi dua tokoh besar, yang juga sangat dikasihi oleh baginda Rasul. Mari kita susuri sikap dan watak Sayyidina Hasan r.a. apabila berlakunya krisis dalam perebutan kuasa.


“Aku sama sekali tidak ingin memerintah umat Muhammad jika dengan itu aku harus menumpahkan darah walau hanya secangkir.”
Demikianlah kata-kata Sayyidina Hassan. Rasulullah SAW sendiri, sewaktu hidupnya telah mengetahui bahwa cucunya itu mempunyai akhlak yang terpuji, lemah-lembut dan memiliki hati yang halus. Sabda baginda:
“Anakku ini adalah penghulu ( Sayyid ). Mudah-mudahan Allah akan mendamaikan dengan sebab Hassan, dua golongan kaum Muslimin yang sedang bermusuh-musuhan.”
Sayyidina Hassan meninggal dunia setelah diracun. Kematiannya disaksikan dengan perasaan sedih oleh adiknya, Sayyidina Hussin yang sangat mengasihinya.


Bagi mereka yang bertaqwa, ikutilah contoh kehalusan budi dan akhlak mulia, Sy. Hasan r.a.  Tak perlulah kita nak menggadaikan keselamatan rakyat, dan diajak bersama di jalanan, Bukankah Allah pembela orang yang bertaqwa!....

Mari pula, kita renung, satu lagi sejarah agung, ini adalah untuk iktibar dan pengajaran kita...ia sebuah pengorbanan yang janganlah kita memandang dengan sia-sia....tentang kisah Sy Hussin r.a.

Sewaktu menyambut kelahiran cucu lelaki baginda yang kedua itu, Rasulullah SAW begitu ceria. Sewaktu memangku cucunya itu, tiba-tiba wajah baginda berubah. Orang-orang yang berada di keliling baginda merasa hairan mengapa wajah baginda tiba-tiba berubah sedih. Rupanya Rasulullah SAW sudah tahu bahwa akhir hidup Sayyidina Hussin amatlah menyedihkan di mana beliau akan dibunuh dengan kejam.

Dia menjadi korban keganasan fitnah oleh golongan yang cinta dunia. Menurut suatu keterangan sejarah, tiada seorang pun dari mereka yang terlibat dalam pembunuhan Sayyidina Hussin dan ahlul bait di Karbala itu selamat. Allah telah menyegerakan hukuman untuk mereka di dunia lagi. Ada yang mati dibunuh, ada yang jadi buta, ada yang mukanya jadi hitam dan macam-macam lagi. Bahkan ada yang kehilangan kuasanya dalam waktu yang singkat. Mereka berniat untuk membunuh keturunan Rasulullah SAW tetapi Allah menyelamatkan Ali Zainal Abidin, anak lelaki tunggal Sayyidina Hussin sebagai penyambung zuriat baginda. Dari Ali Zainal Abidin, lahir ramai keturunan yang mulia dan suci ini.

LIHATLAH BETAPA MULIANYA AKHLAK RASUL KITA, SEDIKITPUN TIDAK PROTES ATAS KETENTUAN ILAHI. Walaupun, ia angkara fitnah, demi untuk pengajaran kepada kita ummat Baginda, baginda sedikit pun tidak menganjurkan untuk diadakan pembelaan atau keadilah ke atas cucu baginda yang dipanggil sebagai anak itu.  Betapa baginda sayangkan Sy. Hussin juga dari darah daging baginda yang mulia, namun tidak baginda anjurkan untuk menuntut bela.  Baginya Allah Maha, Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Merencanakan tiap sesuatu....Malang sekali kita, jika kita tak dapat mencungkil, betapa besarnya pengorbanan Rasulullah saw, demi keselamatan ummat baginda.

Klik di sini untuk membaca betapa mulianya perilaku cucu Rasulullah saw. mereka berjuang, sabar dan Redha, sanggup berkorban, demi keselamatan ummat Islam dan tidak sanggup mengorbankan orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

Satu lagi pula, berita besar yang sangat mengejutkan, yang jarang-jarang berlaku. Ia bukan sahaja menggemparkan seluruh rakyat Malaysia, bahkan Dunia juga memuatkan sebagai berita utama.

Allah yang Maha Kuasa, Allah bertindak untuk menginsafkan kita, namun sebagai hamba, kita sering terleka.  Apabila berlaku sesuatu yang besar, dengan kehilangan pesawat Mas, sedikit sebanyak ada hamba-hambaNya yang terlalai dan terleka akan tersedar (termasuklah diriku), bahawa kita tiada daya upaya, walau segagah atau sehebatmanapun kita, diri kita dalam KuasaNya. Maka takutilah kita akan Kuasa Allah.  Marilah kita akui kesilapan dan banyakkan bertaubat akan dosa-dosa kita.

Ampunkan kami ya Allah, selamatkanlah penumpang-penumpang dan anak kapal Pesawat Mas yang hilang. Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar dan Redho.

Sila baca /berita-yang-tenggelam/

Ampun maaf,

Wassalam.



suaramuhajirin313: Malaysia Menangis!! - Pesawat MAS Terhempas Di Lau...

suaramuhajirin313: Malaysia Menangis!! - Pesawat MAS Terhempas Di Lau...:   Sekali lagi Malaysia menangis dengan satu lagi peristiwa besar yang mengejutkan. Terhempasnya pesawat MAS awal pagi tadi mencatat s...

Tuesday 4 March 2014

Catatanku...: Perjalanan Di Akhirat - Ingatan Untuk Diriku

Catatanku...: Perjalanan Di Akhirat - Ingatan Untuk Diriku: السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ SIAPA ISLAM TOLONG BACA, BIARLAH PANJANG SEKALI PUN.. SELEPAS MALAIKAT ISRAFIL MENIUP S...

Catatanku...: MANA MAK???

Catatanku...: MANA MAK???: MANA MAK??? Renung2kan.... Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari...