Bismillahirrahmaanirrahiim,
Ya Allah, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw, Rasul akhir zaman, yang kerana bagindalah kita mendapat nikmat iman dan Islam, yang kerana bagindalah, kita tahu bagaimana untuk bersembahyang atau bersolat.
Malaysia, telah ditakdirkan oleh Mu ya Allah, untuk , mendengar dua berita yang mengejutkan. Yang satu ada kaitan dengan orang politik, yang mempunyai pengikut dan pembangkang, yang mempunyai pelbagai dakwaan, yang penuh kontroversi dan boleh membawa kepada huru-hara kerana pelbagai andaian dan perancangan sedang direncanakan oleh pihak yang tidak berpuas hati dan ingin menuntut keadilan.
Apakah Allah tiada jalan penyelesaian untuk menyelesaikan segala masalah yang sedang 'dideritai' oleh hambaNya?
Apakah kita sanggup mengorbankan keamanan negara dengan membuat huru-hara, atau sanggup melihat lebih ramai yang bersengketa dan menderita. Cukuplah peperangan di Syria untuk menjadi peringatan dan renungan buat rakyat Malaysia( yang rata-rata orang di dunia luar sana menyebut 'orang yang sopan santun'). Sesiapa yang pernah ke Tanah Suci Mekah, tentu akan faham. Tetapi terbukti di jalan raya, rakyat Malaysia kebanyakannya bersikap 'tiada sopan dan santun'. Inilah akibat daripada mementingkan hawa nafsu dan diri sendiri.
Mari pula, kita lihat dan renung sejarah. Renungkanlah akan sikap dan pribadi dua tokoh besar, yang juga sangat dikasihi oleh baginda Rasul. Mari kita susuri sikap dan watak Sayyidina Hasan r.a. apabila berlakunya krisis dalam perebutan kuasa.
“Aku sama sekali tidak ingin memerintah umat Muhammad jika dengan itu aku harus menumpahkan darah walau hanya secangkir.”
Demikianlah kata-kata Sayyidina Hassan. Rasulullah SAW sendiri, sewaktu hidupnya telah mengetahui bahwa cucunya itu mempunyai akhlak yang terpuji, lemah-lembut dan memiliki hati yang halus. Sabda baginda:
“Anakku ini adalah penghulu ( Sayyid ). Mudah-mudahan Allah akan mendamaikan dengan sebab Hassan, dua golongan kaum Muslimin yang sedang bermusuh-musuhan.”
Sayyidina Hassan meninggal dunia setelah diracun. Kematiannya disaksikan dengan perasaan sedih oleh adiknya, Sayyidina Hussin yang sangat mengasihinya.
Bagi mereka yang bertaqwa, ikutilah contoh kehalusan budi dan akhlak mulia, Sy. Hasan r.a. Tak perlulah kita nak menggadaikan keselamatan rakyat, dan diajak bersama di jalanan, Bukankah Allah pembela orang yang bertaqwa!....
Mari pula, kita renung, satu lagi sejarah agung, ini adalah untuk iktibar dan pengajaran kita...ia sebuah pengorbanan yang janganlah kita memandang dengan sia-sia....tentang kisah Sy Hussin r.a.
Sewaktu menyambut kelahiran cucu lelaki baginda yang kedua itu, Rasulullah SAW begitu ceria. Sewaktu memangku cucunya itu, tiba-tiba wajah baginda berubah. Orang-orang yang berada di keliling baginda merasa hairan mengapa wajah baginda tiba-tiba berubah sedih. Rupanya Rasulullah SAW sudah tahu bahwa akhir hidup Sayyidina Hussin amatlah menyedihkan di mana beliau akan dibunuh dengan kejam.
Dia menjadi korban keganasan fitnah oleh golongan yang cinta dunia. Menurut suatu keterangan sejarah, tiada seorang pun dari mereka yang terlibat dalam pembunuhan Sayyidina Hussin dan ahlul bait di Karbala itu selamat. Allah telah menyegerakan hukuman untuk mereka di dunia lagi. Ada yang mati dibunuh, ada yang jadi buta, ada yang mukanya jadi hitam dan macam-macam lagi. Bahkan ada yang kehilangan kuasanya dalam waktu yang singkat. Mereka berniat untuk membunuh keturunan Rasulullah SAW tetapi Allah menyelamatkan Ali Zainal Abidin, anak lelaki tunggal Sayyidina Hussin sebagai penyambung zuriat baginda. Dari Ali Zainal Abidin, lahir ramai keturunan yang mulia dan suci ini.
LIHATLAH BETAPA MULIANYA AKHLAK RASUL KITA, SEDIKITPUN TIDAK PROTES ATAS KETENTUAN ILAHI. Walaupun, ia angkara fitnah, demi untuk pengajaran kepada kita ummat Baginda, baginda sedikit pun tidak menganjurkan untuk diadakan pembelaan atau keadilah ke atas cucu baginda yang dipanggil sebagai anak itu. Betapa baginda sayangkan Sy. Hussin juga dari darah daging baginda yang mulia, namun tidak baginda anjurkan untuk menuntut bela. Baginya Allah Maha, Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Merencanakan tiap sesuatu....Malang sekali kita, jika kita tak dapat mencungkil, betapa besarnya pengorbanan Rasulullah saw, demi keselamatan ummat baginda.
Klik di sini untuk membaca betapa mulianya perilaku cucu Rasulullah saw. mereka berjuang, sabar dan Redha, sanggup berkorban, demi keselamatan ummat Islam dan tidak sanggup mengorbankan orang lain untuk kepentingan diri sendiri.
Satu lagi pula, berita besar yang sangat mengejutkan, yang jarang-jarang berlaku. Ia bukan sahaja menggemparkan seluruh rakyat Malaysia, bahkan Dunia juga memuatkan sebagai berita utama.
Allah yang Maha Kuasa, Allah bertindak untuk menginsafkan kita, namun sebagai hamba, kita sering terleka. Apabila berlaku sesuatu yang besar, dengan kehilangan pesawat Mas, sedikit sebanyak ada hamba-hambaNya yang terlalai dan terleka akan tersedar (termasuklah diriku), bahawa kita tiada daya upaya, walau segagah atau sehebatmanapun kita, diri kita dalam KuasaNya. Maka takutilah kita akan Kuasa Allah. Marilah kita akui kesilapan dan banyakkan bertaubat akan dosa-dosa kita.
Ampunkan kami ya Allah, selamatkanlah penumpang-penumpang dan anak kapal Pesawat Mas yang hilang. Moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar dan Redho.
Sila baca /berita-yang-tenggelam/
Ampun maaf,
Wassalam.
No comments:
Post a Comment