Translate

Saturday 30 June 2012

BAGAIMANA AKU TIDAK JATUH CINTA...

Bagaimana aku tidak jatuh cinta.. 

Bagaimana aku tidak jatuh cinta dengan sebuah kebenaran yang datangnya dari Tuhan..

Bagaimana aku tidak jatuh cinta dengan kebenaran yang membawa keselamatan..

Bagaimana aku tidak jatuh cinta dengan kebenaran yang mampu mengikat hati manusia untuk dibawa kepada Tuhan..

Bagaimana aku tidak jatuh cinta dengan kebenaran yang memampukan penganutnya untuk tidak berharap banyak dari dunia..

Bagaimana aku tidak jatuh cinta dengan kebenaran yang menarik keinginan hamba hanya untuk akhirat..

Bagaimana aku tidak jatuh cinta dengan kebenaran yang mampu menelan seribu kepahitan..

Bagaimana aku tidak jatuh cinta dengan kebenaran yang memenuhkan hati manusia dengan cinta dan takutkan Tuhan..

Kebenaran yang sehebat dan seagung ini,bagaimana untuk aku tidak jatuh cinta kepadanya?

Kebenaran yang mampu menerangi kegelapan,menjernihkan yang keruh,menyihatkan yang sakit,menyuburkan yang layu bahkan menghidupkan yang sudah mati..

Moga kebenaran akan membalas rasa cintaku ini..






Klik di sini untuk maklumat,
Dunia boleh dicari, tapi biar ditangan, tidak dihati.
Jangan sampai Dunia jadi Matlamat
Dunia (harta) hanya sebagai Alat
Jadi mesti ada Pemimpin untuk memantau segala Tingkah laku kita
Supaya tidak Tersasar tanpa Pedoman



Friday 29 June 2012

SEDIA MENERIMA TEMPAHAN CUP CAKE & TAT NENAS

Sedia menerima tempahan cup cake untuk pelbagai majlis keraian, untuk tempahan yang banyak elok ditempah seminggu lebih awal, untuk tempahan bawah seribu biji, hanya beberapa hari lebih awal diperlukan.

Kek yang comel saiznya ini, sangat sesuai untuk dijadikan buah tangan (ole-ole) kepada tetamu untuk pelbagai majlis. Ia tahan sehingga dua minggu jika suhu tiada kelembapan yang tinggi atau kurang wap panas. Kalau disimpan dalam peti sejuk, walaupun sehingga sebulan, ia masih dalam keadaan elok. Cuma biarkan seketika supaya kek itu lembut semula.

Terdapat dalam dua perisa yang enak iaitu oren dan coklat capuccino.

50 biji hanya rm10, 100 biji rm20 sahaja. (kira dah cukup murah la tu, semua tahu kan kos bahan mentah semua naik !!)

Sila hubungi Kak Su/pn.su/cik su : 013-3680084 

Sedia juga menerima tempahan Kueh Tat Nenas Gulung. Kueh/ Biskut lain boleh dibincangkan.

RM23 untuk sebekas +- 55 biji. (sila tempah awal)









Monday 25 June 2012

KERJA SAMBILAN, SUNGGUH MENARIK, JANGAN LEPASKAN PELUANG INI !!!

Salam semua, di sini saya ingin berkongsi 
sesuatu yang amat menarik.

Awal pagi tadi, seorang Rakan saya Pn. Jamaliah telah membawa saya berjumpa dengan seseorang yang saya panggil, dengan panggilan mesranya Kak Lin.  Kak Lin ni, orang yang tak lokek dengan ilmu, hampir satu jam dia berkongsi pengalamannya dengan menceritakan bagaimana seseorang itu berjaya dan sebaliknya, semuanya mesti bersandar kepada Allah swt, berfikiran positif dan tiada buruk sangka dengan seseorang.  Hasil pekerjaan ini, dia mendapat pulangan yang lumayan dengan orang datang untuk temuduga kerja tak henti-henti....

daftar di sini 


Dipendekkan cerita, saya sangat berminat dengan pekerjaan ini kerana ia boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan, apa apa pun ia  bertitik tolak pada niat kita, apa tujuan kita mencari wang?, jika niat untuk KEPERLUAN, MENOLONG orang dan menggunakan ke jalan yang diRedhoi Allah, Insya Allah akan dipermudahkan segala urusan kita...kalaulah kita lambat untuk mendapat hasil, kita harus berusaha dan bersangka baik kepada Allah swt kerana Allah sesekali tidak menzalimi hambanya. DIA hanya ingin menguji dan melihat kesabaran kita.  Buatlah sesuatu itu kerana Allah dan Rasul. insya Allah semuanya akan menjadi saham akhirat.

JANGAN LUPA BILA ANDA SUDAH BERADA DI KEMUNCAK JAYA JANGAN LUPA BERSEDEKAH KERANA REZEKI WALAU SEKECIL ZARAH ATAU SEBANYAK SEGUNUNG EMAS, IA TETAP DATANGNYA DARIPADA ALLAH swt . BERSEDEKAH SATU ALLAH AKAN GANDAKAN SEPULUH, PERCAYA ATAU TIDAK...SAYA SUDAH MENCUBANYA...TERNYATA IA SANGAT BENAR
MEMANG ALLAH TAK MUNGKIRI JANJI...CUMA HAMBANYA SAHAJA YANG TAK PERASAN ATAU TAK AMBIL PEDULI....

BERBALIK KEPADA PELUANG INI
Kerjanya Mudah sahaja: datanglah untuk sesi temuduga terbuka pada hari
ISNIN/ SELASA/ RABU DAN KHAMIS
9.30 HINGGA 11.30 PAGI
3.30 HINGGA 5.30 PETANG

ALAMAT PEJABAT
G-20, JALAN 3/11, TAMAN SAUJANA PUCHONG
HOT LINE : 019-5552063
SEELOK-ELOKNYA BUATLAH TEMUJANJI AWAL

JANGAN LUPA SERTAKAN BUKTI TAWARAN, 
IAITU  NO PIN X 2442 TAWARAN ANDA
DAN ID 'tukang iklan ni' : su_murat
boleh juga hubungi saya 013-3680084, 03-80632155 (Kak Suraiya)
atau emel : suraiya72@gmail.com untuk keterangan lanjut.


fikir dulu, JANGAN RUGI

Setelah anda menerima peluang pekerjaan ini, anda tentu tidak percaya kerana kerjanya sangat mudah asalkan anda ada sedikit usaha, semangat dan rajin, TAK PERLU JUAL BARANG, TAK PERLU PROMOSI BARANG, TAK PERLU MODAL BESAR, HANYA POTONG KERTAS SAHAJA, SANGAT MUDAH BUKAN....TENTU ANDA TAK PERCAYA...TETAPI SAYA MELIHAT SENDIRI ORANG-ORANG YANG DATANG MENGUTIP HASIL DARIPADA USAHA MEREKA ITU....SUNGGUH MUDAH DAN MENARIK BUKAN ??!!!



BAGI YANG PANDAI BUAT IKLAN DI INTERNET, itu satu KELEBIHAN YANG BOLEH DIGUNAKAN, GUNALAH KREATIVITI ANDA UNTUK MENCARI REZEKI YANG HALAL, SESUNGGUHNYA IA SANGAT MUDAH!!

HANYA SEDIKIT SAHAJA USAHA !!!
MANA ADA PENDAPATAN TANPA USAHA, KITA JUGA DUSURUH BERUSAHA
KEMUDIAN BARULAH BERTAWAKKAL

JIKA ANDA BOLEH PERGI KERJA DARI PAGI SAMPAI PETANG ATAU MALAM, PERCAYALAH PEKERJAAN INI SANGAT MUDAH DAN TIDAK MEMBEBANKAN!!

ANDA JUGA BOLEH DAFTAR ONLINE, DENGAN KLIK link pada BANNER DI ATAS, TETAPI AKAUN ANDA AKAN HANYA DIAKTIFKAN APABILA BAYARAN SUDAH DITERIMA DAN SEGALA PEMBAYARAN UPAH KERJA-KERJA ANDA AKAN DAPAT ANDA 'MONITOR' ATAU KELUARKAN DARI MASA KE SEMASA.
Mudah sahaja,

Akaun anda akan aktif secepat mungkin apabila bayaran diterima.



SEKIAN SELAMAT MAJU JAYA
DAN SALAM HORMAT

Sunday 24 June 2012

12-MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI , BAB 9 RENUNGAN YANG PATUT DIAMBIL PERHATIAN


Bab 9
Renungan yang patut diambil perhatian

FIRMAN ALLAH SWT:
Terjemahannya: Hampir-hampir langit itu pecah dari sebelah atasnya (kerana kebesaran Tuhan) dan malaikat-malaikat bertasbih memuji Tuhannya dan memohon ampun bagi orang yang ada di bumi. Ingatlah bahwa sesungguhnya Allah Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Asy Syura: 5)

Langit berserta isinya sungguh takut pada Allah karena kebesaran-Nya, sebab itu langit seperti menangis. Dan malaikat-malaikat tidak berhenti-henti menghambakan diri untuk memuji Allah dan mendoakan keselamatan manusia di bumi.
Sedangkan makhluk-makhluk bumi hanya sebahagian kecil saja yang menyedari kebesaran kerajaan langit lalu turut mengabdikan diri sebagai penyerahan total pada Allah SWT. Mereka itu sangat membesarkan Allah dalam setiap tindakan mereka. Imam Bukhari misalnya telah mengungkapkan rasa kehambaannya pada Allah SWT dalam sajaknya. Rintihannya lebih kurang begini: 

Di kala malam yang sunyi sepi 
sedang bani insan tenggelam dalam tidur dan mimpi,
musafir yang malang ini tersentak bangun 
pergi membasuh diri 
untuk datang mengadap-Mu Tuhan. 

Lemah lutut berdiri di hadapanMu 
sedu-sedan tangisku keharuan 
hamba yang lemah serta hina ini 
Engkau terima juga mendekat
bersimpuh di bawah Duli Kebesaran.

Tuhan, 
hamba tidak tahu pasti 
bagaimana penerimaanMu 
di kala mendengar pengaduan hamba 
yang penuh dosa dan noda ini.

Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan 
Engkau berjanji untuk sedia menerima pengaduan 
dan sudi memberi keampunan.

Dan Muhammad RasulMu yang mulia itu 
pernah mengatakan: 
"Ampunan Tuhan lebih besar dari kesalahan insan"
Hamba percaya pada tutur kepastian itu 
Sebab itu hamba datang wahai Tuhan 
bukan tidak redha dengan ujian 
cuma hendak mengadu padaMu 
tempat hamba kembali nanti 
memohon sakinah, maghfirah dan muthmainnah.

Demikianlah bila hati sudah kembali kepada fitrahnya, maka manusia menjadi makhluk yang paling sempurna (insaanul kamil). Tetapi alangkah ruginya kerana tidak semua manusia memilih jalan itu.
Di akhir zaman ini rasa kehambaan dalam hati hamba-hamba Allah sudah sangat kurang. Hati mereka jadi keras seperti batu. 
Allah menggambarkan hal itu dengan firman-Nya:

Terjemahannya: Kemudian setelah itu hati kamu menjadi keras seperti batu atau lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar mata air lalu mengalir dan sesungguhnya sebagian dari batu itu ada yang retak dan pecah lalu keluar air dari dalamnya. Dan ada pula batu yang jatuh meluncur karena takut kepada Allah. Dan tidaklah Allah lalai terhadap apa yang kamu kerjakan.
(Al Baqarah: 74)

Mereka bukan lagi memuja Allah tetapi memuja diri (nafsu) sendiri. Allah SWT tidak dibesarkan dengan selayaknya. Dan syariat Tuhan lahir maupun batin dijadikan bahan gurauan dan mainan mereka semata-mata.

Tetapi selamat dan bahagiakah hidup mereka?
Damaikah negara mereka?
Amankah masyarakat mereka?
Tenangkah rumah tangga mereka?
Lapangkah dada mereka?
Puaskah nafsu mereka?
Dan di manakah syurga dunia yang mereka impi-impikan?


Hidup di tengah-tengah gelombang nafsu ego dan rakus, hasad dengki, gila dunia, dendam, bakhil, riya', ujub dan 1001 macam lagi kejahatan lahir dan batin. Manusia bukan saja tidak dapat memberi ketenangan pada masyarakat sekitarnya bahkan  diri dan keluarga sendiri pun  gagal mereka letakkan dalam keadaan tenang. Kuman-kuman hasad dengki, takabur, gila dunia, bakhil, riya' dan lain-lain itu penuh mengerumuni hati mereka. Hal tersebut makin memusnahkan kemurnian rasa kemanusiaan dan pasti tidak akan membiarkan hati manusia itu dalam keadaan tenang dan tentram. Kejahatan-kejahatan itu akan senantiasa menggigit hati nurani manusia hingga hati itu selalu sakit.

Sudah kaya tidak puas apalagi kalau miskin. Sudah mempunyai pengikut tidak puas apalagi kalau sendirian. Sudah sehat tidak puas apalagi kalau sakit. Sudah disanjung tidak puas apalagi kalau dihina.


Di dalam kubur nanti kuman-kuman itu akan menjelma menjadi ular dan kalajengking yang menggigit dan mengunyah sekujur tubuh manusia. Sampai di Akhirat mereka akan menyerupai api yang akan membakar dan melumatkan lahir dan batin manusia.
Ketenangan hati hanya akan diperoleh dengan mengakui kehambaan, kekurangan dan kelemahan ke hadirat Allah yang Maha Tinggi. Mengaku berdosa lahir dan batin, takut dengan kebesaran, kekuasaan dan hukum-hukum Allah, mengharapkan kebahagiaan Akhirat dengan melupakan penderitaan di dunia, berkasih sayang sesama manusia, zuhud terhadap dunia, ikhlas beramal semata-mata karena Allah dan lain-lain rasa hati yang telah saya uraikan sebelum ini.

Kebahagiaan di dunia ini adalah ketenangan hati. Dan hati yang tenang adalah hati yang selamat dari kejahatan-kejahatan. Bila hati selamat, barulah manusia akan dipanggil Allah untuk menikmati kebagiaan abadi dalam Syurga Jannatun Naim. 

Firman Allah SWT:
Terjemahannya: Pada hari manusia meninggalkan dunia ini tidak berguna harta dan anak-anak, kecuali mereka yang datang menghadap Allah membawa hati yang selamat.
(Asy Syuara: 88-89)

Mudah-mudahan Allah mengurniakan kita taufik dan hidayah untuk memperoleh hati yang selamat sebagaimana yang Dia maksudkan. Amin.

Renungan yang patut diambil perhatian

BERDASARKAN huraian yang telah dipaparkan, betapa susah mengenal hati dan diri sendiri.Walaupun kita kenal, betapa susah untuk mengubatinya sampai hati dapat kita letakkan sesuai dengan fungsinya. Nafsu dan syaitan menghalang dengan keindahan dunia dan nikmatnya yang senantiasa mempesona.

Kalau hati dan diri sendiri susah untuk kita kenal, terlebih lagi untuk mengubatinya. Tentu lebih susah lagi untuk mengenal orang lain dan untuk mengubati hatinya.

Kejayaan orang-orang dahulu iaitu para salafussoleh, dalam mengubati penyakit masyarakat adalah kerana mereka berjaya mengubati penyakit diri sendiri. 
Di situlah kelebihan dan keutamaan mereka dari diri kita. Tidak seperti kita di zaman ini (termasuk penulis sendiri) baik ulama-ulama, mubaligh-mubaligh, penulis-penulis Islam, para pemimpin masyarakat Islam belum kenal diri sendiri dan belum dapat mengubati penyakit diri sendiri.

Kerana itulah penyakit-penyakit masyarakat susah untuk diubati bahkan seringkali penyakit masyarakat itu bertambah kronis  disebabkan penyakit-penyakit diri kita sendiri.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah senantiasa memimpin kita agar kita kenal diri dan penyakit hati kita sendiri hingga kita mampu untuk mengubatinya.
Semoga hal itu menjadi modal untuk dapat mengubati penyakit masyarakat yang telah kronik. Akhirnya setiap hati akan menjadi bersih dan masyarakat pulih kembali untuk mengulang sejarah salafussoleh.
Demikianlah saya tutup buku ini dengan memohon ampun kepada Tuhan Yang Ghafur Lagi Rahman. Semoga saya menulis buku ini bukan atas dasar nafsu atau kemasyhuran. 

Kalau Allah menganggap itu sebagai amal soleh, maka pahalanya saya hadiahkan kepada roh ibu bapa, guru-guru yang telah mendidik saya dan mereka yang telah berjasa pada saya serta mereka yang pernah mencerca di belakang saya.


Wahai Tuhan, terimalah buku ini 
dari hambaMu yang dhaif ini. 
Amin ya Rabbal ‘Alamin.
__._,_.___

Saturday 23 June 2012

11-MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI , BAB 8 KATA-KATA HIKMAH DARI ORANG SOLEH


Bab 8
Kata-kata hikmah dari orang soleh

KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA ABU BAKAR:
1.     Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.
2.     Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3.     Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!" 

SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB:
l. Jika tidak kerana takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.
3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.

SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH:
1.     Cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahwa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.
2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai taqwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?
3.     Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
4.     Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

UMAR BIN AZIZ:
1.     Orang yang bertaqwa itu dikekang.
2.     Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3.     Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa. 

SUFFIAN AS THAURI:
1.     Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara syubahat.
2.     Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.
3.     Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat.

IMAM AS SYAFIE:
1.  Barangsiapa menghendaki Akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu.
2. Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama  kecuali dengan kefakiran dan mencukupi dengan apa yang ada serta redha dengan keduanya.
3.     Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu untuk mencari pengetahuan. 
4.     Orang yang berakal itu adalah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah (sifat keji).
5. Barangsiapa yang menyukai bila Allah menutupinya dengan kebaikan maka hendaklah dia bersangka baik terhadap manusia.

IMAM MALIK:

1. Ilmu itu bukanlah dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu adalah cahaya yang Allah letakkan dalam hati.
2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.
3. Wajib bagi orang yang menuntut ilmu untuk memiliki kesabaran, ketenangan dan ketakutan.

IMAM ABU HANIFAH:
1. Tidak sekalipun aku solat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar. (murid-muridnya).
2. Aku telah 50 tahun bergaul dengan manusia. Tidak ku dapati seorangpun yang mengampunkan kesalahanku. Tidak ada yang menghubungi aku ketika aku memutuskan hubungan dengannya. Tidak ada yang menutup keaibanku dan aku tidak akan merasa aman darinya bila dia murka kepadaku. Maka yang lebih mereka bimbangkan adalah perkara yang besar-besar.
3. Telah sampai berita kepadaku, bahwa tidak ada yang lebih mulia daripada seorang alim yang warak.

IMAM AHMAD
Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil benda dunia di atas ilmunya.

SUFFIAN BIN UYAINAH:
1.     Dua perkara yang susah sekali untuk mengubatinya iaitu meninggalkan loba (tamak) untuk manusia dan mengikhlaskan amal untuk Allah.
2.     Siapa yang ditambah akalnya akan kuranglah rezekinya.
3.     Zuhud di dunia itu adalah sabar dan menunggu-nunggu kedatangan mati.
4.     Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka akan memberi mudarat padamu.
5.     Orang yang menuntut ilmu tidak akan dianggap sebagai orang yang berakal hingga dia melihat dirinya lebih hina dari sekalian manusia.

1. Surat dari ibu Aisyah r.a untuk Khalifah Muawiyah berbunyi sebagai berikut:
"Aku dengar Rasulullah SAW bersabda, "Siapa yang mengusahakan keredhaan Allah sampai manusia kesal kepadanya, ia akan dibantu Allah dalam menghadapi manusia. Dan siapa yang tidak menghiraukan Allah agar disenangi manusia nasibnya akan diserahkan Allah pada manusia."
Oleh itu tetaplah hati tuan dalam takut pada Allah kerana bila tuan takut pada Allah, Dia akan membantumu terhadap manusia. Tetapi kalau tuan takut pada manusia mereka tidak akan dapat menolongmu terhadap Allah sedikit pun."

2. Khalifah Umar Ibnu Aziz menasehati gabernor-gabernor di daerah pemerintahannya dengan perkataan sebagai berikut:
"Kekuasaan yang ada di tangan saudara-saudara telah memungkinkan kalian untuk menzalimi rakyat. Bila terasa di hati kalian untuk menzalimi seseorang, ingatlah segera betapa besarnya kekuasaan Allah atas diri saudara-saudara."
"Ketahuilah bahwa satu kejahatan yang anda timpakan pada rakyat lambat laun akan hilang bekasnya dari mereka tetapi bekasnya akan tetap untuk saudara-saudara dalam daftar dosa. Ketahuilah pula bahwa Allah SWT membela orang teraniaya terhadap yang menzaliminya." 

3. Luqmanul Hakim menasihati anaknya:
"Wahai anakku, dampingilah selalu para ulama dan jangan engkau banyak berdebat dengan mereka agar jangan dibenci oleh mereka."
"Ambillah dari dunia sekadar keperluan dan biayakan (belanjakan) kelebihan hasil usahamu untuk Akhirat. Dunia jangan ditolak semua agar engkau tidak menjadi ‘parasit’ (orang yang menumpang hidup pada orang lain tanpa membalas apa-apa) yang menyusahkan manusia (orang) lain."
"Berpuasalah selalu untuk menundukkan nafsumu, tetapi jangan sampai meletihkan badan sehingga merosakkan solatmu kerana solat lebih utama dari puasa."
"Janganlah engkau duduk berteman dengan orang yang bodoh, sombong dan jangan didekati orang yang bermuka dua." 

4. Pernah Allah SWT bertanya kepada Nabi Yaakub a.s.:
"Tahukah kamu kenapa Kupisahkan engkau dengan puteramu Yusuf?"
"Tidak, ya Tuhanku," jawab Nabi Yaakub a.s.
"Iaitu kerana kata-katamu yang mengatakan, "Aku takut kerana dia akan dimakan serigala waktu kamu (saudara-saudara Yusuf) lalai bermain-main", Kenapa engkau bimbang pada serigala tetapi tidak menyatakan harapan pada-Ku? Engkau hanya memandang kelalaian saudara-saudaranya saja tapi engkau tidak memandang perlindungan-Ku terhadapnya (Yusuf)."
Kemudian Allah bertanya lagi pada Nabi Yaakub a.s., 
"Tahukah kamu kenapa Yusuf Aku kembalikan padamu?"
"Tidak, ya Tuhanku," jawab Nabi Yaakub a.s.
"Juga kerana kata-katamu, "Semoga Allah akan mengembalikan semua padaku". Dan kerana kata-katamu, "Pergilah untuk mencari Yusuf dan adiknya dan janganlah kamu berputus asa."

5. Kata Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
"Yang paling awal diseru di hari kiamat adalah orang yang hafal Al Quran dan seorang yang syahid dalam peperangan serta seorang yang kaya."
Maka firman Allah kepada yang hafal Al Quran,
"Apakah Aku tidak mengajarmu? Mengajar Al Quran yang Aku turunkan kepada Rasul-Ku?"
Jawab orang itu, "Tentu saja ya Tuhanku."
Dan firman Allah, "Digunakan untuk apa ilmu yang kau miliki itu?"
Jawabnya, "Aku amalkan dan aku kaji siang dan malam."
Firman Tuhan, "Kamu dusta!"
Demikian pula para malaikat berkata, "Kamu dusta."
Firman Tuhan, "Sebenarnya Kamu hanya ingin menjadi seorang qari maka cukuplah pujian orang-orang itu sebagai ganjaranmu. Itulah bahagianmu."
Sekarang giliran orang yang mati di dalam peperangan dihadapkan kepada Tuhan yang Maha Esa dan Tuhan berfirman,
 "Apakah yang engkau telah lakukan di dunia?"
Jawabnya, "Saya diperintahkan ikut perang sabil, kemudian perintah itu saya jalankan sampai saya mati dalam peperangan itu."
Firman Allah: "Kamu dusta!"
Demikian pula para malaikat berkata, "Kamu dusta."
Firman Allah, "Sebetulnya kamu ingin dipuji sebagai seorang yang berani (pahlawan). Cukuplah pujian itu sebagai bagianmu."
Kemudian tibalah giliran orang kaya dihadapkan ke hadirat Allah SWT. Firman Allah,
"Apakah engkau tidak diberi kekayaan oleh-Ku? Sehingga engkau tidak memberikan kepada sesiapapun?"
Jawab orang kaya, "Tentu saja ya Tuhan, hamba telah diberi kekayaan olehMu."
Firman Tuhan,"Dipergunakan untuk apa kekayaan yang Aku berikan padamu itu?"
Jawabnya, "Saya pergunakan untuk bersilaturrahim dan bersedekah."
Firman Tuhan, "Kamu berdusta!"
Demikian pula para malaikat berkata, "Kamu berdusta."
Firman Tuhan, "Sebetulnya kamu ingin dipuji sebagai seorang yang pemurah. Pujian orang-orang itulah sebagai bahagian untukmu."
"Kemudian Rasulullah menepuk lututku," kata Abu Hurairah dan Rasulullah bersabda, "Ya Abu Hurairah untuk merekalah Api Neraka pertama kali akan dinyalakan." 

6.     Dari Muaz, Rasulullah SAW bersabda:
"Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, wahai Muaz!"
Jawabku, "Ya, Sayidil Mursalin."
Sabda Rasulullah SAW, "Sekarang aku akan menceritakan sesuatu kepadamu yang apabila engkau hafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau engkau lupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai alasan di hadapan Allah kelak."
"Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dari bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut ukuran pintu dan keagungannya."
"Maka malaikat yang memelihara amalan si hamba (malaikat hafazah) akan naik ke langit membawa amal itu ke langit pertama. Penjaga langit pertama akan berkata kepada malaikat Hafazah,"Saya penjaga tukang mengumpat. Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya karena saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang mengumpat".
"Esoknya, naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata,"Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya sebab dia beramal karena mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya amalan itu ditahan jangan sampai lepas ke langit yang lain."
"Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit ketiga berkata, "Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya karena dia seorang yang sombong."
Rasulullah SAW meneruskan sabdanya,
"Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata,"Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub."
Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain. Tetapi di pintu langit penjaganya berkata,"Itu adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan kembali ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad."
Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata,"Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan kembali amalan yang indah itu ke muka pemiliknya kerana dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan itu jangan melintasi langit ini."
Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Cahayanya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah solat, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain.
Tetapi penjaga pintu langit berkata,"Saya ini penjaga sum’ah (ingin kemasyhuran). Sesungguhnya si hamba ini ingin termasyhur dalam kelompoknya dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan itu jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih kerana Allah maka itulah riya'. Allah tidak akan menerima dan mengabulkan orang-orang yang riya'."
Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni solat, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan mulia serta zikir pada Allah. Amalan itu diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah SWT.
Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.
Tetapi firman Tuhan,"Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pemilik hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui."

"Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi."

"Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan Pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya ini?"

"Laknat-Ku tetap padanya."
Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata:
"Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekelian bagi mereka."
Dan semua yang di langit turut berkata,"Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat."

Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadist ini) kemudian menangis terisak-isak dan berkata, "Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat selamat dari apa yang diceritakan ini?"
Sabda Rasulullah SAW, "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan."
Muaz bertanya kembali,"Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanyalah si Muaz bin Jabal, bagaimana saya dapat selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?"
Bersabda Rasulullah, "Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain."
Q"Jangan riya' dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika disebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu, jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan mengoyak perasaan orang lain dengan mulutmu, kerana kelak engkau akan dikoyak-koyak oleh anjing-anjing neraka jahanam."
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud,"Di neraka itu ada anjing-anjing yang mengoyak badan manusia."
Muaz berkata, "Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?"
Jawab Rasulullah SAW, "Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindari semua itu, kamu menyayangi  orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci bila sesuatu yang dibenci olehmu terjadi pada orang lain. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar dari api neraka."
7.     Nabi SAW bersabda:
Allah SWT berfirman,"Sekurang-kurangnya tindakan-Ku terhadap seorang hamba yang lebih mengutamakan nafsunya dari berbuat taat kepada-Ku tidak Kuberi padanya kebahagiaan bermunajat kepada-Ku." 


8.     Sayidina Ali r.a. berkata:
"Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai."

"Buta hati, lupa zikrullah dan lalai akan menjauhkan diri dari ketetapan Allah, dan orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai akhirnya ia ditimpa kecewa dan sesal yang tidak berujung kerana diperlihatkan oleh Allah hal-hal yang selama ini tidak difikirkannya." 

9. Nabi SAW bersabda:
"Sekurang-kurangnya (hati) mu mesti berisi keyakinan dan keteguhan dalam bersabar. Siapa yang mendapatkan kedua hal itu, tidak mengapa baginya bila kadang-kadang lalai dalam mengerjakan solat sunat di malam hari dan puasa sunat di siang hari."
"Orang-orang sabar dalam keadaan itu lebih disukai. Aku khawatir sepeninggalku dunia akan terbuka luas di depanmu, lalu masing-masing bersifat nafsi-nafsi, engkau-engkau, aku-aku dan kamu tidak kenal lagi penduduk langit. Di waktu itu siapa yang sabar dan ikhlas akan memenangkan pahala yang selengkapnya."
Firman Allah:
Terjemahannya: Apa yang ada pada kamu akan habis dan apa yang di sisi Allah akan kekal dan akan Kami beri tambahan pahala pada orang-orang yang sabar dalam apa yang mereka lakukan.
(An Nahl: 96)

10. Dalam atsar dari Ibnu Abbas menceritakan ketika Nabi masuk ke suatu  perkumpulan kaum Ansar baginda bertanya:
"Apakah saudara-saudara telah betul-betul Mukmin?" 
Umar lalu menjawab, "Benar ya Rasulullah."
Baginda bertanya lagi, "Apakah ciri-ciri iman, saudara-saudara?"
Hadirin menjawab, "Kami bersyukur atas kesenangan, bersabar atas ujian dan redha menerima ketentuan Tuhan." Lalu Nabi bersabda, "Memang anda semua Mukmin sejati, demi Tuhan Kaabah." 

11.Termaktub dalam sepucuk surat Khalifah Umar kepada Abu Musa Al Ashaari,
"Hadapilah sifat sabar dan ketahuilah bahwa sifat sabar itu dua macam, di mana yang satu lebih afdhal dari yang lain. Sabar dalam musibah adalah sifat baik namun lebih afdhal lagi sabar dalam menghindar larangan Allah SWT. 
Ketahuilah bahwa sabar itu berhubungan dengan iman kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar." 

12. Nabi Sulaiman a.s. pernah dihukum Allah selama 40 hari
Semasa baginda dihukum, banyak orang berbuat kasar dengannya. Sebab itu saat Nabi Sulaiman a.s. bebas dan menjadi raja kembali, ada seorang umatnya datang meminta maaf pada Nabi Sulaiman a.s. Nabi Allah itu menjawab,"Aku tidak mengumpat tentang apa yang telah kamu lakukan dan tidak lupa pula memuji sikapmu sekarang. Sesungguhnya semua yang telah terjadi itu adalah perintah dari langit yang mesti terjadi."

13. Seorang ulama salaf berkata,
"Setiap seorang hamba berbuat dosa, bumi tempat ia berdiri meminta keizinan Tuhan untuk membenamkannya dan langit yang di atas kepalanya memohon izin untuk gugur menimpanya."Tetapi Tuhan berfirman pada langit dan bumi itu,
"Tahanlah bahaya untuk hamba-Ku itu dan beri dia waktu
. Mungkin dia bertaubat pada-Ku lalu Aku ampunkan dan mungkin saja dia menggantikan kerja buruknya dengan amalan yang baik lalu Aku gantikan dosanya dengan pahala."
Itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah:
Terjemahannya: Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi dari terjatuh dan kalau keduanya terjatuh tiada seorang pun yang akan bisa menahan selain Dia.
(Faathir: 41)

14. Rasulullah SAW bersabda:
"Ya Tuhanku, karuniakanlah aku dua mata yang berlinang menitiskan air mata sebelum datang saat di mana mata menitiskan darah dan gigi menjadi bara." 

15. Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah bertanya kepada Nabi SAW:
Wahai Rasulullah, "Apakah ada umatmu yang nanti dapat masuk syurga tanpa hisab?"
Jawab baginda,"Ada, iaitu orang yang mengenang dosanya lalu dia menangis." 

16. Yahaya bin Muaz r.a berkata,
"Malang sekali nasib keturunan Nabi Adam a.s. Kalau mereka mencemaskan Neraka seperti mencemaskan kemiskinan tentulah dia akan masuk Syurga."

17. Diriwayatkan :
 Seorang Nabi mengeluh kepada Allah bahwa dia telah menderita lapar dan kekurangan pakaian selama bertahun-tahun dan pakaiannya hanyalah jubah bulu yang kasar. Lalu Allah mewahyukan kepadanya,"Wahai hamba-Ku, tidakkah engkau senang hati kerana hatimu telah Aku lindungi dari sikap kafir terhadap-Ku hingga engkau minta pula diberi keduniaan?" 

18. Sebagian ulama’ salaf bermunajat seperti ini:
"Ya Allah, generasi mana yang tidak membuat kedurhakaan padaMu namun Engkau tetap memberi rezeki kepada mereka. Sesungguhnya Maha Suci Engkau dan Maha Penyantun. Demi kemuliaanMu, Engkau didurhakai manusia namun Engkau tetap melimpahkan pemberian dan rezeki, bagaikan Engkau tidak pandai marah pada mereka, wahai Tuhan kami."


10-MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI , BAB 7 PERIHAL KEHIDUPAN ORANG ORANG SOLEH

Bab 7
Perihal Kehidupan orang-orang soleh


SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ
Hatinya terlalu takut pada Allah sehingga pernah tercium dari nafasnya bau hati yang terbakar. Ertinya hatinya yang terlalu takut itu telah terbakar.
Kalau beliau mengetahui bahawa makanan yang sedang dimakan itu adalah makanan syubahat maka beliau akan mengorek mulutnya hingga muntah-muntah kemudian dia akan berkata, ''Wahai Tuhanku, janganlah Engkau bertindak ke atasku kerana apa yang telah dihisab untuk peluh dan yang telah tercampur dengan ususku.''
SAYIDlNA UMAR IBNU KHATTAB
Ilmunya banyak, akalnya luas, kefahamannya mendalam, orangnya zuhud, tawadhuk, belas kasihan dengan kaum Muslimin, selalu insaf, tegas dengan kebenaran dan sangat membesarkan perjalanan hidup Rasulullah SAW.
Beliau tidak mengumpulkan dalam satu hidangan dua jenis lauk hingga menemui Allah. Pakaian beliau bertampal empat di antara dua bahunya. Kainnya ditampal dengan kulit. Satu ketika pernah orang menghitung tampalan di bajunya, dan didapatkan ada 14 tampalan, bahkan salah satu tampalan dari tanah liat merah.
Apabila terjadi satu hal terhadap orang-orang Islam beliau sangat memperhatikan dengan saksama urusan itu, sehingga beliau hampir binasa.
Satu hari beliau terlambat pergi solat Juma’at. Setelah keluar dari masjid beliau lantas meminta uzur dengan berkata, "Aku terlambat kerana bajuku dicuci sedangkan aku tidak ada baju lagi selain ini."
Ketika berjalan dari Madinah ke Mekkah untuk menunaikan haji, beliau tidak memasang kemah sampai pulang. Kalau beliau berhenti di satu tempat, beliau menyangkutkan baju atau tikar dari kulit di atas pohon dan berteduh di bawahnya.
Warna kulit beliau putih kemerahan. Pada musim kekurangan makanan dan kepanasan, kulit beliau menjadi hitam manis sebab ketika itu makanan kurang.
Untuk memberi rasa tenteram pada kaum Muslimin beliau tidak lagi makan daging, minyak sapi dan susu. Sebaliknya Beliau hanya memakan minyak selama sembilan bulan. Beliau bersumpah tidak akan makan lauk selain minyak hingga Allah memberi rasa tenteram pada kaum Muslimin.
Apabila beliau membaca ayat-ayat Al Quran yang menjadi wirid-wiridnya, dadanya menjadi terharu hingga beliau terjatuh dan menangis. Kemudian beliau terus tinggal di rumah saja, tidak mahu keluar hingga didatangi oleh banyak orang kerana menyangka beliau sakit.
Kalau beliau lalu di tempat najis beliau berhenti dan berkata, "Inilah dunia, yang kamu rakus dengannya."
Sayidina Umar mencintai solat di tengah malam. Apabila melakukan kesalahan dengan manusia beliau menanggalkan bajunya dan memakai baju pendek sampai batas lututnya saja, kemudian beliau mengangkat suaranya, menangis meminta ampun kepada Allah sambil air matanya mengalir hingga membasahi badannya.
Beliau sendiri memikul karung tepung untuk diberi pada janda-janda dan anak-anak yatim. Sahabat-sahabat meminta untuk memikul karung-karung itu, tapi tidak diizinkannya dengan berkata, "Siapakah yang akan memikul dosaku di hari kiamat kelak?"
Setelah Sayidina Umar wafat, Sayidina Abbas bermimpi melihat beliau dan bertanya, "Apa yang terjadi dengan engkau ya Amirul Mukminin?"
Beliau menjawab, "Hampir-hampir Umar jatuh jika tidak kudapati bahwa Tuhan itu Maha Pengasih."

SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN
Beliau dibunuh ketika sedang membaca Al Quran setelah dikepung selama 49 (empat puluh sembilan) hari.
Beliau sangat malu (pemalu) hingga pintu rumahnya senantiasa ditutup. Ketika mencuci pakaian, beliau tidak pernah  meletakkannya di atas pintu kerana malu mengangkat punggungnya.
Sepanjang hari berpuasa dan sepanjang malam beribadat, hanya tidur sedikit di awal malam.
Sering sekali mengkhatam Al Quran pada tiap-tiap rakaat solatnya.

SAYIDINA ALI BIN ABI THALIB
Pada suatu solat subuh, selesai memberi salam langsung Sayidina Ali menadahkan tangan dan berkata : 
"Telah ku lihat para sahabat Nabi SAW, tetapi sekarang tidak ada lagi yang menyerupai mereka itu. Mereka (para sahabat) biasanya keluar pagi-pagi berambut kusut, wajah menguning berdebu dan mata mereka membesar sebesar lutut kambing kerana semalaman suntuk bersujud dan berdiri solat malam seraya membaca kitab Allah dan menggilirkan antara tapak dan kening ke tanah. Bila hari telah pagi mereka pun mengingat Allah hingga bergoyang badannya bagaikan pohon ditiup angin badai dengan airmata bercucuran membasahi kain. Wallahi, sekarang kulihat masyarakat lalai sepanjang malam."
Kemudian Sayidina Ali pun bangkit. Dan sejak subuh itu beliau tidak pernah lagi kelihatan ketawa hingga beliau wafat oleh pukulan pedang Ibnu Muljam.


Cerita seorang Majusi dengan Nabi Ibrahim a.s.:
Seorang Majusi meminta bertamu ke tempat Nabi Ibrahim a.s., maka dijawab oleh Nabi Ibrahim a.s, "Kalau engkau masuk Islam maka aku terima sebagai tetamuku."
Kemudian Majusi itu pun meneruskan perjalanannya. Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Ibrahim a.s. :
"Kenapa engkau tidak mahu menjamunya kerana dia tidak mahu mengubah agamanya? Sedangkan Kami telah 70 tahun menjamunya di dunia walaupun dia kafir. Kalau engkau terima dia menginap malam ini, apa salahnya ?"
Nabi Ibrahim a.s. pun bergegas menyusul Majusi itu lalu membawanya kembali dan menjamunya. Majusi lalu bertanya tentang sebab terjadinya perubahan sikap Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. pun menceritakan keadaan yang sebenarnya. Mendengar itu Majusi pun berkata, "Begitulah Allah memperlakukan diriku. Tolonglah tuan huraikan pada saya tentang Islam."
Dan Nabi Ibrahim a.s. pun menceritakan tentang Islam hingga akhirnya Majusi itu pun memeluk Islam.


Ibrahim Al Athrusy bercerita:
Suatu hari kami sedang duduk-duduk di pinggir Sungai Dajlah di Kota Baghdad bersama Maaruf Al Kharkhi. Kami melihat sebuah sampan yang penuh dengan muda-mudi berpesta ria, memukul gendang sambil minum tuak.
Melihat itu kami pun berkata kepada Maaruf Al Kharkhi," Lihatlah mereka terang-terangan melakukan dosa. Berdo'alah pada Tuhan agar mereka dihukum!"
Maaruf Al Kharkhi lalu menadahkan tangannya sambil berdoa, "Ya Tuhanku, sebagaimana Engkau telah menggembirakan mereka di dunia maka berikanlah mereka kegembiraan di akhirat."
Kami segera menyela," Kami minta didoakan musibah untuk mereka". Dan Maaruf menjawab, "Bila Allah mahu menggembirakan mereka di Akhirat, Dia akan sudi mengampuni mereka."
Hatim Al Assam berkata:
Janganlah terpedaya oleh satu daerah yang baik kerana tidak ada tempat yang lebih baik dari Syurga sedangkan di Syurga pun Nabi Adam a.s masih menemui kesusahan.
Jangan terpedaya oleh banyaknya ilmu kerana Bal’am adalah seorang ulama yang mengenal rahsia nama Allah yang paling agung (Ismullah Al ’Azam), tetapi cubalah kaji penderitaan yang dideritanya.
Jangan terpedaya juga kerana pernah melihat orang-orang soleh dari dekat. Tidak ada peribadi yang lebih mulia tempatnya di sisi Allah dan Rasulullah SAW, sedangkan begitu ramai kaum keluarganya dan musuhnya yang tidak mendapat manfaat dari perjumpaan dengan Baginda.

9-MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI , BAB 6 TANDA-TANDA ATAU SIFAT-SIFAT ORANG YANG MENDAPATKAN AMALAN BATIN

Bab 6
Tanda atau Sifat-Sifat Orang Yang Mendapatkan Amalan Batin

Telah kita katakan bahawa kita mesti beribadah kepada Allah lahir dan batin. Ibadah lahir disebut syariat. Ibadah batin disebut hakikat. Orang yang sudah melaksanakan syariat akan terlihat oleh kita tandanya yaitu mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa, zakat, haji, membaca Al Quran, selawat, zikrullah, menutup aurat, menuntut ilmu, bersilaturrahim dan cara hidup lainnya yang diperintahkan oleh Allah SWT dengan meninggalkan (tidak melakukan) segala sesuatu yang dilarang oleh Allah.
Begitu juga orang yang melakukan ibadah batin, terlihat juga tanda-tandanya. Tanda-tanda itu tidak dapat dilihat oleh mata lahir kita, sebab tersembunyi di dalam hati.


Hal itu hanya dapat dilihat oleh orang itu sendiri dengan merasakan gerak dan arah perjalanan hati kita. Hati yang sudah melakukan ibadah berbeza dengan hati yang masih derhaka.
Untuk mengetahui perbezaan itu supaya kita dapat mengenal hati kita, apakah sudah taat atau masih derhaka, saya akan tunjukkan tanda-tanda atau sifat-sifat hati yang tinggi kedudukannya, yang dimiliki oleh orang-orang yang melakukan ibadah batin.

1. SYARIATNYA KUAT
Orang yang kuat beribadah batin pasti akan kuat pula ibadah lahirnya (syariat). Tetapi perlu diingat bahwa orang yang kuat syariat lahir saja belum tentu kuat ibadah batinnya. 
 Hal itu disebabkan pada diri kita, hati (jasad batin) adalah pemimpin sedangkan anggota-anggota lain (jasad lahir) sebagai pekerja. Kita makan kerana hati kita menyuruh kita makan. Kaki dan tangan pun bekerja untuk mencari makanan. Kita hendak ke masjid adalah kerana amalan hati kita. Kaki kita hanya menurut saja. Tetapi kalau hati tidak mahu pergi walau masjid di sebelah rumah pun, kaki tidak akan melangkah pergi.


Begitu besarnya kuasa dan peranan hati dalam menentukan corak hidup kita. Sebab itu kalau hati sudah baik, taat menghambakan diri pada Allah, hati akan mengarahkan semua anggota lahir untuk tunduk menyembah kepada Allah SWT. Semua perintah Allah akan ditaati tanpa tanya jawab lagi. Semua larangan Allah akan ditinggalkan tanpa ragu-ragu.

Firman Allah:
Terjemahannya: Dan mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat." (Dan mereka berdoa), "Tuhan, kami mohon keampunanMu, dan kepadaMulah tempat kembali"
(Al Baqarah: 285)

Solat fardhunya baik, solat sunat hajat dan lain-lain tidak ditinggalkan. Puasa sunat dianggap penting dan selalu dilakukan dengan senang hati. Membaca Al Quran, selawat, wirid, zikir, tahlil, tasbih dan tahmid dan lain-lain telah menjadi nyanyian rutin yang mengasyikkan. Berjuang untuk menyebarkan agama Allah terasa satu kewajiban yang mesti dilakukan sehingga tidak pernah jemu dan letih kerana perjuangan.


Kuat berkorban harta, fikiran, waktu dan tenaga untuk membantu Islam dan umat Islam. Tidak bermewah-mewah dengan rezeki pemberian Allah sekalipun halal dan hanya diambil sesuai keperluan saja. Kelebihannya diserahkan untuk jihad. Sebab itu rumahnya sederhana, pakaian, dan makan minum juga sederhana. Kerana hatinya menyuruh tutup aurat maka ia akan melakukannya tanpa peduli apa yang dikatakan orang. Hatinya menyuruh berderma dan bersedekah maka ia akan melakukannya tanpa takut miskin dan bimbang pada hari depan. Hatinya menyuruh ia berjemaah sesama kaum muslimin maka ia pun ikut berjemaah tanpa ragu meninggalkan alam dan kawan di luar jemaah.


Kerana hatinya menyuruh menghentikan pergaulan bebas maka ia akan berhenti tanpa takut kehilangan jodoh. Dan apa saja yang disuruh oleh hatinya, ia akan taat.
Hati yang taat dan takut pada Allah akan menyuruh kita mengikuti semua suruhan Allah. Tidak pernah terlintas dalam hati orang-orang soleh satu keinginan untuk derhaka pada Allah. Hatinya tidak pernah merancang untuk melakukan larangan Allah.
Sebab itu orang yang kuat ibadah batinnya, cukup kuat meninggalkan hal-hal yang haram, makruh dan syubhat. Tidak melakukan zina, tidak menipu, tidak minum arak, tidak berjudi, tidak mengambil pinjaman riba (bank) untuk membeli rumah atau mobil, tidak terlibat dengan rasuah, tidak berkhianat, tidak merokok, tidak mengumpat, tidak memfitnah, tidak bergaul bebas lelaki dan perempuan, tidak membazir dan bermewah-mewah, tidak berfoya-foya, tidak terlibat dengan muzik-muzik haram, tidak bercintaan antara lelaki perempuan secara haram dan lain-lain.


Hati yang kuat dengan Allah akan melarang keras untuk terlibat dengan pekerjaan yang dikutuk oleh Allah. Hati yang sempurna ibadahnya akan menolak semua perkara yang dibenci Allah.
Tegasnya hanya hati kita yang boleh membetulkan diri kita dan hati juga yang boleh menjahanamkan kita. Kalau hati baik,  tindakan kita akan baik. Dan kalau hati jahat, tindakan kita akan jahat juga.
Konsep 'hati baik' itu pun jangan disalah ertikan. Jangan kita katakan, ''Tidak solat pun tidak apa-apa, asalkan hati kita baik. Tidak menutup aurat pun tak apa, asal hati kita baik.''
Kalau kita katakan begitu, maka kita telah membuat dua kejahatan. Pertama kita telah berani membantah suruhan Allah kerana solat dan tutup aurat itu suruhan Allah. Kedua, kita menganggap hati kita baik, padahal hati kita masih derhaka pada Allah.
Hati yang tidak mahu solat atau tutup aurat itu adalah hati yang derhaka pada Allah. Hati yang baik adalah hati yang taat dan takut pada Allah. Bila hati taat maka kita akan mentaati seluruh perintah Allah. Bila hati kita baik kita akan kuat bersyariat.

2.     MENDAPAT KEJERNIHAN ATAU KERINGANAN BATIN
Apabila seseorang hamba itu sudah mendapat kerohanian yang tinggi, hatinya (batinnya) akan menjadi suci dan ringan. Allah SWT berfirman:
Terjemahannya: Iaitu mereka yang memenuhi janji Allah dan tidak pula merosakkan perjanjian.
(Ar Raad: 20)
Terjemahannya: Dan mereka menghubungi apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan (silaturrahim) dan mereka takut pada Tuhan mereka dan takut pada hisab yang buruk.
(Ar Raad : 21)
Terjemahannya: Dan mereka juga bersabar dalam mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan pada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan. Dan mereka menutupi kejahatan dengan kebaikan. Mereka itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik).
(Ar Raad: 22)
Terjemahannya: (Iaitu) syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh di kalangan bapa-bapanya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedangkan malaikat-malaikat masuk menemui mereka di semua pintu masuk.
(Ar Raad: 23)
Terjemahannya: (Sambil mengucapkan) "Salam sejahtera kerana kesabaran kamu", maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu. 
(Ar Raad: 24)

Apabila roh sudah suci dan ringan maka hati terasa ringan untuk mentaati Allah. Nafsu kita akan berubah dari nafsu yang rendah kepada nafsu mutmainnah. Di waktu itu  kita akan senantiasa merasa kita adalah hamba Allah, ingin hidup sebagai hamba dan rela menerima apa saja qada dan qadar Allah tanpa mempertanyakan lagi atau resah gelisah.

Untuk lebih jelas akan saya paparkan sifat-sifat hati yang saya maksudkan:
-     Rasa malu kepada Allah kerana senantiasa merasa diawasi oleh
     Allah SWT.
-    Rasa takut dan hebat pada Allah kerana terasa diri selalu
     berada dalam kuasa Allah, sehingga Allah boleh berbuat apa
     saja seperti sakit, miskin, mati dan lain-lain.
-     Selalu merasa berdosa pada Allah, bukan hanya di depan
      manusia karena ada kesalahan tersembunyi yang tidak dapat             
      diketahui seperti dosa-dosa hati. Sebab itu dia selalu menangis
     seorang diri, bukan di depan orang, kerana takut dosanya tidak
     diampuni.
-     Tidak menunda-nunda urusan dengan Allah kerana hati selalu
     merasa kedatangan maut itu boleh terjadi bila-bila saja.
-     Setiap kali membuat kesalahan yang kecil hatinya merasa
     takut dan terhina di depan Allah, sehingga cepat-cepat
     meminta ampun kepada Allah SWT. 
-    Setiap kali selesai beramal, hati merasa itu adalah kurnia
     Allah, bukan kemampuan dirinya. Dia tidak merasa bangga
     kerana merasa amalannya tidak sempurna. Kerana itu ia
     mengharapkan belas kasihan dari Allah agar menerima
     amalannya.
-     Kalau Allah menentukan satu peristiwa terjadi pada dirinya,
     hatinya akan redha dengan apa yang terjadi tanpa kesal dan
     keluh-kesah. Dia sedar dirinya yang rendah layak menerima
     apa pun takdir Allah.
-    Setiap kali melihat pemandangan alam yang indah, hati segera
     merasakan kebesaran Allah.
-    Kalau dia mendapat kejayaan atau nikmat, hatinya segera
     merasakan bahwa itu adalah pemberian dari Allah bukan
     kemampuan sendiri. Kerana itu dia merasa takut pada Allah,
     kerana menyalahgunakan atau kurang mensyukuri nikmat
     yang diperoleh.
-    Kalau dia menderita kemiskinan atau tidak memperoleh
     nikmat, hatinya terasa tenteram kerana dia merasa bebas dari 
    tanggungjawab untuk menjaga amanah Allah.
-    Kalau mendapat musibah seperti sakit, hati boleh merasa  tenang
     kerana merasakan bahawa bencana (musibah) adalah kifarah
     (balasan) dosanya. Dia merasa lebih baik dihukum di dunia
     daripada dihukum di akhirat. Penderitaan di dunia adalah
     pengampunan dosa di akhirat.
-    Bila mendapat pujian, hati merasa tidak senang sebab pujian
     itu tidak layak baginya dan boleh merosakkan rasa 

     kehambaannya.
-    Kalau dikeji atau dihina orang, hatinya merasa kasihan pada
     orang yang menghinanya dan segera memaafkan orang itu
     tanpa diminta. Dia merasa bahawa dosanya telah menyebabkan
     dia dihukum seperti itu. Kalau tidak begitu dia tidak akan
     mendapat pahala dari penghinaan itu. Sebab itu dia tidak
     berniat sama sekali untuk membalas perbuatan orang itu.
-   Dia selalu berlapang dada berhadapan dengan aneka ragam
     manusia dan kesusahan yang manusia timpakan ke atasnya.
-    Dia tidak bangga dengan nikmat, tidak gelisah dengan
     musibah, tidak merasa tenang dengan pujian dan tidak
     menderita dengan cacian. Hatinya selalu merasa sebagai
     hamba yang serba kekurangan dan sangat memerlukan Allah
     SWT dalam setiap keadaan.
-    Kalau dia melihat atau mengetahui orang membuat maksiat,
     dia bersyukur pada Allah kerana dirinya selamat dari maksiat.
     Sebab itu dia tidak menghina orang itu bahkan dia merasa
     kasihan, ingin menolong dengan memberi nasihat. Bahkan
     dia tidak menaruh sangka jahat pada orang itu. Dia menganggap             
     kesalahan itu adalah kerana tidak tahu, lupa ataupun tidak
     sengaja.
-     Ketika berhadapan dengan orang yang memarahinya, dia tidak
     ikut marah dan tidak melawan berdebat sekalipun dia benar.
-    Bila berhadapan dengan kepandaian orang lain, dia akan
     menerima ilmu atau kebenaran sekalipun dari seorang kanak-
    kanak. Kalau bermuzakarah dia tidak memperlihatkan bahawa
     dirinya pandai sehingga tidak merasa bangga diri.
-     Kalau ada yang memuji orang lain di hadapannya dia tidak
     sakit hati sebab dia faham bahwa kuasa hak Allah yang
     melebihkan dan mengurangkan nikmat pada hamba-
    hamba-Nya.
-    Kalau ada orang lain menyelesaikan kerjanya, dia tidak
     mengeluh dan mengamuk sebab dia merasa dia dibantu.
-    Kalau dia digemari oleh banyak orang, dia tidak merasa bangga
     sebaliknya dia bimbang kalau hal itu membuat dirinya riya'.
-    Dia tidak makan seorang diri. Kalau memberi bantuan pada 
     seseorang, tidak di hadapan orang lain.
-    Beramal dan betul-betul beribadah kerana Allah bukan lagi 
    kerana Syurga atau Neraka.