Translate

Thursday 18 July 2013

CEPAT TEMPAH, SELAGI STOK MASIH ADA, PROMOSI RAYA!


Promosi Raya 1

Kasturi kijang + kasturi putih + kasturi susu
Rm85 + 6 = Rm91 (harga biasa/ 3botol)

Harga Semenanjung kini Rm60, termasuk belanja pos.

Harga Sabah/Sarawak kini Rm70, termasuk belanja pos.

Promosi Raya 2 (sila tempah awal, stok terhad)

Kasturi pink, botol besar rm60/botol (harga biasa)

Harga Semenanjung kini Rm90 /2 botol, termasuk belanja pos.

Harga Sabah/Sarawak kini Rm100/2 botol, termasuk belanja pos.

Promosi Raya 3

Kasturi kijang  Rm20/ botol
Kasturi putih    RM20/ botol
Kasturi susu     Rm25/botol
Kasturi pink(botol kecil)    Rm30/botol
Sila tambah rm6 untuk belanja pos bagi Semenanjung.
Sila tambah rm12 untuk bekanja pos bagi Sabah/Sarawak.
Tempahan minimum adalah 2 botol bagi pakej ini.


-----------------------------------------------------------------

1) Kasturi Susu  ~ RM35 sebotol (3ml)
      Haruman yang Manis Menenangkan Jiwa
       warna : Putih Pekat ( Asli )
       - harap goncangkan botol beberapa kali utk calitan kerana ia sangat pekat, elok letak bersebelahan air panas untuk mencairkannya jika cuaca sejuk.

2) Kasturi Mentari (Delima Kijang) ~ RM25 sebotol (3ml)
       Haruman yang Segar Mengulit Jiwa serta memberi rasa Ceria dan Cergas 
        warna : Kuning Emas ( Asli ) dgn bintil-bintil Hitam Kasturi
       -  Baik untuk Aromaterapi dan sebagai ikhtiar menghalang penyakit- penyakit yang   
          disebabkan gangguan makhluk halus. Semuanya adalah dengan izin Allah swt 

3) Kasturi Putih ~ RM25 sebotol (3ml)  
       Wangian yang Lembut Mempesona Bak Seribu Bunga 
        warna : Jernih tanpa warna
       - Aroma Ros Segar yang menenangkan jiwa

4) Kasturi Pink ~ RM60 sebotol (5ml) 
        Haruman yang Manis, Lembut serta Segar.

        warna : Merah jambu (pink) . Pekat seperti kasturi susu, goncang botol sebelum  
        calitan.
       - Sungguh unik, Aroma Lembut dan Segar, seakan-akan wangian strawbery yang 
          membuat hati terasa nyaman sekali.

     SEDEKAH  ITU LEBIH TAJAM 

 DARIPADA DOA, DOA MUDAH DIKABULKAN


Kasturi ( Delima Kijang ) dan Kasturi Pink


Kasturi Kijang, Kasturi Susu dan Kasturi Putih



BAB 6 - PENUTUP

BAB 6 - PENUTUP

KONSEP fifty-fifty yang diharapkan akan memberi kebahagiaan hidup dunia Akhirat ternyata telah menjunamkan umat ke lembah kebinasaan dan kehinaan. Kerana fahaman itu telah membiakkan jangkitan penyakit cinta dunia yang amat berbahaya dan sungguh memalukan. Apalagi kalau para ulama yang dapat penyakit wahan ini. Bukan sahaja maruah ulama akan lebur sama sekali, bahkan umat seluruhnya akan punah-ranah.Cinta dunia mesti diganti dengan cinta Akhirat. Bila manusia memburu Akhirat, mereka tidak lagi menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Kepentingan diri dikorbankan untuk masyarakat. Untuk diri serta keluarga hanya diambil 1% sahaja. Selebihnya (99%) disimpan untuk Akhirat. Yakni untuk digunakan membangunkan kehidupan masyarakat yang maju, bertamadun dan berkasih sayang.

Hal ini telah dicontohkan oleh seluruh Sahabat, khususnya Sayidina Abu Bakar As Siddiq. Beliau menyerahkan semua harta bendanya kepada ALLAH dan Rasul (untuk kegunaan masyarakat) sehingga tiada apa lagi yang tinggal untuk dirinya dan keluarga. Sampai Rasulullah pun bertanya, “Apa lagi yang kau tinggalkan untuk keluargamu?” Jawabnya, “Cukuplah ALLAH dan Rasul- Nya.”Ertinya Sayidina Abu Bakar tidak ambil apa-apa untuk dunianya. Semua diberi kepada Akhirat. Sahabat-Sahabat yang lain turut memberi hampir semua kepunyaan mereka untuk Akhirat. Sedikit sahaja digunakan atau dihabiskan untuk dunia, peribadi dan keluarganya.

Betapa cerdik dan bijaknya mereka bertindak mengutamakan Akhirat dari dunia. Kerana memang Akhirat itu terlalu jauh besarnya dibandingkan dengan dunia. Sama ada nikmat atau azabnya sangat hebat dan dahsyat. Kalaulah hendak dinisbahkan, mungkin 0.01 : 99.99. Ertinya nilai dunia 0.01 %, nilai. Akhirat 99.99%.

Nikmat dunia yang kita gila-gilakan itu sebenarnya cuma 0.01% dibandingkan dengan nikmat Akhirat. Azab dunia yang kita takut-takutkan sangat itu sebenarnya cuma 0.01% dibandingkan dengan azab Akhirat.Kalaulah dengan nikmat dunia yang terlalu kecil itu pun kita sudah terlalu gilakan dan idamkan, masakan kita tidak mabuk dengan nikmat yang maha hebat di Akhirat? Dan kalaulah dengan azab dunia yang terlalu kecil itu pun kita sudah terlalu takut dan menderita, masakan kita tidak rasa gerun yang amat sangat dengan azab api Neraka itu?Sebab itu para cerdik pandai itu memberi 1% sahaja pengorbanan untuk dapatkan syurga dunia.

Manakala 99% lagi dikorbankan untuk merebut Syurga Akhirat. Dan sebab itu jugalah para cerdik pandai mengorbankan 1% sahaja dari hidup untuk mengelak dari azab dunia. Manakala 99% lagi dikorbankan untuk menyelamatkan diri dari azab Neraka Akhirat. Mereka mendasarkan tindakan itu kepada sabda Rasulullah SAW:Terjemahannya: Orang yang paling cerdik itu ialah orang yang banyak mengingati mati dan serius membuat persediaan untuknya (mati).

Dengan mengutamakan Akhirat, ada beberapa keuntungan besar yang diperolehi:Selamat dari penyakit gila dunia, sombong, bakhil, riyak, ujub, mementingkan diri, pembaziran dan lain-lain penyakit mazmumah.  Kekayaan duniawi akan menjadi kepunyaan masyarakat sehingga setiap keperluan dan masalah orang miskin dan rakyat bawahan terbela, di samping terbangunnya tamadun Islam dengan pesat dan menyeluruh di dalam negara.

Di Akhirat akan dipermudahkan atau diringankan hisabnya. Masuk Syurga 500 tahun lebih dahulu dari orang-orang kaya. Sebab itulah ALLAH SWT dan Rasul-Nya SAW yang bijaksana itu telah memerintahkan kita agar mengutamakan Akhirat dari dunia. Itulah caranya yang tepat untuk menyelamatkan hidup kita dunia dan Akhirat.

Konsep fiffy-fifty itu sebenarnya, kalau benar-benar dilaksanakan mengikut pengertian yang sebenar, itupun masih cukup baik. Yakni dengan mengorbankan 50% milik kita untuk dunia dan 50% lagi untuk Akhirat. Masa kita 50% untuk dunia, 50% lagi untuk Akhirat. Tenaga kita 50% untuk dunia, 50% lagi untuk Akhirat. Fikiran kita 50% untuk dunia, 50% untuk Akhirat. Harta benda kita 50% untuk dunia, 50% untuk Akhirat.

Demikianlah seterusnya.Dari sana tentulah akan lahir suasana hidup Islam yang syumul dan indah itu. Di mana umat Islam semuanya kembali menyembah ALLAH. Semuanya sembahyang sekurang-kurangnya lima kali sehari. Tidak adalah rasuah. Riba terhapus dengan sendiri. Harta zakat bertimbun-timbun di Baitul Mal.

Wanita-wanita semuanya menutup aurat dan menjaga maruah diri. Anak-anak taat dan berbakti. Suami-suami semuanya bertanggungjawab dan isteri-isterinya pula patuh dan setia. Masyarakat umat Islam jadi kaya-raya dengan berbagai-bagai harta kepunyaan mereka sendiri seperti kenderaan, rumah-rumah tumpangan, jalan-jalan raya, hospital, sekolah-sekolah, kedai-kedai, kilang-kilang, perusahaan-perusahaan, ladang-ladang tanaman, binatang-binatang ternak dan lain-lain lagi.

Tetapi wujudkah sudah hal yang demikian itu? Sudahkah semua umat Islam di Malaysia sembahyang sehari semalam lima waktu? Sudahkah mereka keluarkan zakat, puasa, menutup aurat dan membangunkan masyarakat dengan segala projek fardhu kifayah itu? Hingga tidak, bersandar nasib lagi dengan orang asing? Jawabnya belum ada. Wujudnya suasana Islam di Malaysia sebagaimana yang kita lihat kini, bukan hasil perjuangan konsep 50%- 50%. Tetapi ianya adalah hasil perjuangan orang-orang dakwah yang dikatakan tinggal dunia itu. Akibat mereka‘tinggal dunia’lah, maka segelintir umat ini sudah pandai berdikari dan membangun.

Tanpa golongan yang dikatakan tinggal dunia ini, semua pembangunan umat Islam dibebankan di bahu kerajaan semata-mata.Kerajaan bukan sahaja disuruh membangunkan masjid, bahkan nak beli sebuah Al Quran untuk kegunaan dalam masjid, itupun minta dari kerajaan. Tidak ada individu yang mahu berkorban. Kalau kerajaan tidak gajikan seseorang untuk jaga masjid, memang akan terbiarlah masjid itu. Namun hendak berkorban, secara sukarela memberi tenaga dan masa percuma untuk menjaga rumah ALLAH itu, tidak sekali-kali. Imam pun tidak mahu jadi imam kalau tidak digajikan. Inilah akibat cinta dunia! Tetapi golongan pemerintah pun hampir-hampir sama juga dengan masyarakat umum. Sebab penyakit cinta dunia turut menyerang mereka. Sebahagian besar wang negara dan rakyat, pakat dikaut untuk kepentingan diri, keluarga dan puak-puak mereka, hingga yang tinggal untuk pembangunan masyarakat tidak sebanyak mana.

Maka akibatnya ekonomi negara berada dalam tangan bangsa asing. Rakyat pun tidak mahu kerjasama dengan kerajaan, bahkan ditipunya kerajaan. Kilang-kilang perusahaan dan lain-lain pemiagaan serta perkhidmatan pun kepunyaan orang asing. Maka, mana tamadun umat Islam?Itulah akibat melaksanakan konsep hidup fifty-fifty yang salah itu. Kemudian tidak pula betul-betul diberi tumpuan 50-50 antara dunia dan Akhirat. Hal-hal Akhirat disuruh berlebih kurang sahaja. “Fifty-fifty lah,” katanya. Tetapi hal-hal duniawi, untuk kepentingan peribadi, dikerjakan dengan serius 100% tanpa kira halal haram. Akhirnya dunia tidak dapat, Akhirat juga melepas. Yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat. Rugi dunia dan Akhirat.

Sebenarnya maksud Rasulullah SAW dalam hal kesederhanaan atau keseimbangan itu telah disalahertikan. Para ulama patut dipertanggungjawab kerana membenarkan atau membiarkan salah tafsiran ini berleluasa dan berlarutan. Lebih salah lagi kerana ulama-ulama itu pun ikut melaksanakan cara hidup yang tersasul dan keterlaluan itu. Ulama-ulama pun kena penyakit cinta dunia. Mereka ikut sama-sama memburu dunia, hingga Akhirat diketepikan sama sekali.

Sepatutnya kita mesti jujur dalam memahami sabda Rasulullah itu.Terjemahannya: Sebaik-baik pekerjaan itu ialah sederhana.  Masakan Rasulullah bermaksud hendak suruh kita buat kerja sikit-sikit saja; jangan serius. Mustahil Rasulullah suruh berbuat begitu. Apa yang dimaksudkan ialah imbangkan sesuatu kerja itu sesuai dengan nilai hasilnya. Dengan kata lain, tenaga yang hendak diberi untuk mendapatkan sesuatu nikmat atau untuk menolak sesuatu mudarat, hendaklah seimbang dengan besar kecilnya nikmat atau azab itu.

Tegasnya, Rasulullah SAW meminta kita bekerja untuk dunia sesuai dengan kecilnya dunia. Dan bekerja untuk Akhirat sesuai dengan besarnya Akhirat.Kita tidak boleh samakan usaha-usaha untuk dunia dan untuk Akhirat. Lagilah tidak boleh kita hendak campuradukkan amal soleh dengan maksiat “Sembahyang, sembahyang juga, panggung wayang pergi juga! Apa salahnya?“, “Kelas agama pergi, parti-parti sosial lucah atau pergaulan bebas ikut juga”.


Kata-kata seumpama itu adalah kata-kata yang biadab dan lahir dari kejahilan. Sepertilah kita kata, “Saya kahwin, tapi saya juga berzina”, “Saya makan daging lembu, daging babi makan juga”, “Saya makan ayam, tahi ayam saya makan juga”, “Saya membangun, tapi saya juga yang meruntuhkannya”. Bolehkah kita kata begitu?Kita mesti serius dalam hidup. Hanya bangsa yang serius sahaja yang akan berjaya dalam matlamat perjuangan mereka. Serius dalam soal-soal duniawi dan juga serius dalam soal Akhirat. Serius dengan dunia, biar sesuai dengan kecilnya dunia. Dan serius dengan Akhirat biar sesuai dengan besarnya Akhirat.

Contoh serius dengan dunia saya kira kita semua sudah maklum. Sebab itu saya cuma mahu membuat beberapa contoh bagaimana patutnya kita berserius dengan Akhirat.

1. Ibadah
Kalau boleh dalam sehari semalam kita sembahyang fardhu dan sunat berpuluh-puluh rakaat atau beratus-ratus rakaat. ALLAH perintahkan untuk kita macam-macam jenis sembahyang sunat. Pilihlah mana saja. Lebih elok dibuat semua. Tetapi kalau tidak dapat kerana tidak mampu melawan nafsu, jangan pula dengki dengan orang yang dapat melakukannya. Jangan dianggap ekstrim dan di’fiffy-fiffy’kan.

2. Akhlak
Kita mesti mempunyai sebaik-baik akhlak sama ada dengan ALLAH atau dengan sesama manusia. Antaranya sangat cinta dan kasih dengan ALLAH, terlalu sabar dan redha dengan ALLAH. Manakala dengan manusia, sangat berkasih sayang, sangat pemurah, sangat tawadhuk dan lain-lain sifat mahmudah lagi. Kita tidak boleh kata,“Susahlah dia tu, warak sangat.” Padahal sangat warak itu teramat elok bagi mereka yang dapat melakukannya. Dan jangan pula di’fifty-fifty’kan.

3. Berjuang dan Berkorban Pada Jalan ALLAH
Ini mesti dibuat sebagai cita-cita hidup mati kita, untuk sepanjang umur. Berjuang bersungguh-sungguh dan berkorban habis-habisan. Mana boleh secara part-time. Bukankah kita berjanji bahawa hidup mati kita untuk ALLAH?

4. Pakaian
Gunakan pakaian yang sebaik-baiknya dan sesempurna -sempurnanya untuk menutup aurat, menjaga maruah dan menegakkan syariat. Cukup kemas dan cantik. Sebab itu pakaian jubah hitam dan tudung purdah hitam adalah sebaik-baik fesyen untuk wanita Dan serban serta jubah adalah pakaian yang paling tepat untuk lelaki. Itulah fesyen yang sederhana atau seimbang untuk selamat dunia Akhirat.

5. Lain-lain Keperluan
Ambil ala kadar sahaja untuk dunia. Lihat rumah Rasulullah, makanan dan peralatan hidupnya sebagai contoh. Selebihnya serahkan untuk Akhirat. Dalam rumah kecil pun kita boleh bahagia di dunia, kerana bahagia dunia bukan terletak pada besamya rumah. Berapa ramai orang yang berumah besar menderita hidupnya.

Bila dikatakan untuk dunia kita ambil sedikit sahaja, saya tidak bermaksud supaya kita tidak bekerja keras untuk dunia. Dunia mesti ditawan kembali dari tangan orang-orang kafir. Supaya kita dapat tegakkan kembali hukum-hakam ALLAH di dalamnya. Tetapi ingat, untungnya bukan untuk peribadi, sebaliknya untuk masyarakat. Kita mesti kaya, tetapi kekayaan itu bukan untuk diri, tetapi untuk dikorbankan pada masyarakat, negara dan agama. Sehingga kekayaan itu menjadi milik bersama.Bukan milik peribadi.

Kita mesti pandai. Tetapi kepandaian itu bukan untuk diri, sebaliknya adalah untuk ummah. Demikianlah seterusnya.Ingatlah maksud doa kita dan mari kita berdoa:Terjemahannya: Wahai Tuhan kami, berikanlah kepadakami keselamatan di dunia dan keselamatan di Akhirat serta selamatkan kami dari azab api Neraka.(Al Baqarah: 201)

Sebagai penutup buku ini, biarlah disenaraikan secara ringkas pengajaran yang boleh diambil darinya:

Kesederhanaan atau keseimbangan dalam sesuatu pekerjaan menurut Islam bukan bermaksud pertengahan atau fifty-fifty atau separuh-separuh. Dengan kata lain, kesederhanaan itu bukannya dalam ertikata sesuatu kerja itu dibuat sedikit-sedikit sahaja, tidak serius dan tidak lOO%, supaya dicampuradukkan dengan hal-hal lain yang boleh membuatkan kita tidak dikatakan melampau atau ekstrim dalam kerja tersebut.

Maksud sederhana atau seimbang dalam kerja itu ialah bekerja agar sesuai dengan hasil yang diingini. Sebesar mana nikmat yang diinginkan, maka bekerjalah supaya sepadan dengan nikmat itu. Atau sebesar mana mudarat yang mahu dielakkan, maka berusahalah supaya sepadan dengannya. Dengan kata lain, berusahalah supaya tepat dengan sasarannya. Tegasnya, bekerjalah untuk dunia sesuai dengan kecilnya nikmat dan azabnya. Dan bekerjalah untuk Akhirat sesuai dengan besarnya nikmat dan azabnya.Dunia dan Akhirat tidak boleh disamakan dengan konsep fifty-fiffy. Yakni dicampuradukkan amal soleh dengan maksiat. Atau disamakan pengorbanan tenaga kerja untuk dunia dan untuk Akhirat.

Sebab dunia terlalu kecil dibandingkan dengan Akhirat. Katakan dunia itu basikal dan Akhirat itu kereta Mercedes. Samakah peruntukan yang kita beri untuk sebuah basikal dengan sebuah kereta Mercedes?Dengan berkata, “Hidup mesti sederhana, fifty-fiftylah”, kita bukan sahaja menafikan realiti kehidupan harian kita, bahkan telah menjerumuskan diri kita ke lembah penyakit cinta dunia dan takut mati yang amat merugikan dan merbahaya pada nasib umat dan tamadun ummah. Kemunduran dan kelemahan yang ada kini adalah antara akibatnya.

Cinta Akhirat adalah rahsia kejayaan umat Islam lebih 1400 tahun lalu. Mereka dapat menawan 3/4 dunia hingga Islam berada di kemuncak kecemerlangannya, dalam keadaan mereka kaya tetapi hidup seperti orang miskin. Ini kerana kekayaan mereka itu digunakan untuk pembangunan masyarakat dan negara.  Punca terjadinya hidup yang mengutamakan dunia dari Akhirat ialah kerana penyakit cinta dunia dan takut mati. Ia dikatakan penyakit, kerana akibat darinya telah merosakkan ummah. Kerosakan yang dimaksudkan :

a. Terlalu lemahnya kita dalam hal moral atau akhlak, perpaduan, ekonomi, pembangunan dan lain-lain lagi. Ramai orang berpendapat bahawa pembangunan di Malaysia kini cukup menggalakkan. Tetapi mengapa saya pula mengatakan masih lemah? Sebab bangsa kita masih jauh ketinggalan dibandingkan dengan lain-lain bangsa yang maju. Sedangkan perjuangan kita tentunya dengan cita-cita untuk menyaingi pencapaian bangsa-bangsa yang gagah di dunia ini. Nak menyaingi bangsa Cina di Malaysia pun tak dapat.

b. Terlalu lemah dalam usaha-usaha menyelamatkan diri dari kesusahan hidup di Akhirat. Hingga saya berani mengatakan kiranya umat Islam terus dibiarkan berada di tahap sekarang, terlalu sukar untuk kita selamat dari api Neraka.

Sekian.Wassalam.
12hb Sept. 1991

=== sekian ===

Friday 12 July 2013

BAB 5 - RAHSIA TERBANGUNNYA UMMAH

BAB 5 - RAHSIA TERBANGUNNYA UMMAH

KONSEP 50-50 (fifty-fifty) yang diamalkan dalam kehidupan umat Islam kini, ternyata telah gagal untuk menjadikan umat Islam satu bangsa yang gagah. Konsep menyamakan dunia dan Akhirat yang dipertahankan itu bukan saja tidak boleh mengangkat ummah ke tangga kejayaan, malah 1001 macam masalah yang timbul dalam masyarakat pun tidak mampu diselesaikan.

Pegangan kepada konsep fifty-fiftynampaknya telah menjunamkan kita kepada kebinasaan yang amat memalukan. Lalu, untuk keluar dari kesilapan ini, kita mesti mencari satu pengertian dan kaedah baru dalam soal corak hidup kita dunia dan Akhirat.Kalau selama ini kita memburu kemajuan dan kejayaan duniawi, sedangkan yang diburu tidak juga dapat-dapat, maka tentu kita kena cari jalan lain untuk mendapatkan apa yang dikejar-kejarkan itu. Seperti seorang yang memburu bayang-bayang sendiri, tidak pernah dapat-dapat.

Maka supaya bayang-bayang itu dapat dikuasainya, dia kena bertindak lari dari bayang-bayang itu. Yakni mengalih hala perjalanannya sebanyak 180 darjah, hingga arah yang baru ini bertentangan sungguh dengan yang awal. Maka akan terjadilah hal di mana bayang-bayang itu pula yang akan memburunya untuk mendapatkannya. Inilah yang selalu disebut-sebut oleh ulama-ulama yang mata hatinya tajam atau ulama-ulama Akhirat. Kalau kita buru dunia, dunia akan lari dari kita. Tetapi kalau kita buru Akhirat, nanti dunia mengikut kita.Sudah lama kita melupakan Akhirat kerana inginkan dunia. Tetapi nyata dunia tidak dapat, Akhirat pun terlepas.

Maka mari kita utamakan Akhirat, moga-moga dunia akan terkait sama. Ini terbukti berlaku pada generasi salafussoleh, yang berjaya menawan dunia sewaktu dalam perjalanan mereka menuju ke Akhirat.Hidup mereka diniatkan untuk ALLAH dan Akhirat. Dunia dijadikan alat untuk mencapai matlamat tadi. Bila dunia diambil sebagai alat dan bukannya matlamat, hasilnya ialah dunia dapat dibolot sebanyak-banyaknya dan terbangun segala hukum-hakam ALLAH serta terbina satu tamadun yang luar biasa.Itulah bukti sejarah yang tidak boleh diragu-ragukan lagi.

Kiranya benar kita mahu menjadi bangsa yang gagah, bertamadun dan berjaya menawan kembali dunia ini dari tangan orang-orang kafir, kita mesti jejaki perjalanan sejarah itu. Kita tidak akan rugi bahkan kita akan dapat untung besar. Kita seolah-olah seorang pengail yang dapat menangkap seekor ikan besar, hasil mengorbankan seekor ikan kecil sebagai umpannya.Umat Islam mesti mengambil 1% sahaja dunia untuk dirinya.

Manakala 99% ialah untuk Akhirat. Dunia yang dimaksudkan ialah hartanya, wangnya, tenaganya, fikirannya, masanya dan jawatan serta apa-apa juga kuasa yang lain. Semuanya itu diniatkan untuk jihad fisabilillah, kecuali 1% darinya untuk diri dan duniawi. Contohnya, kita ada duit $10. Maka $1 sahaja untuk keperluan kita, selebihnya ialah untuk masyarakat. Yakni niatkan kerana ALLAH sebagai simpanan Akhirat.Contoh lain, katalah kita ada masa lapang lima jam dalam sehari. Maka satu jam sahaja untuk diri, keluarga dan lain-lain lagi. Manakala empat jam lagi adalah untuk buat kerja-kerja masyarakat, perjuangan di jalan ALLAH,hablumminannas dan hablumminallah.

Demikianlah juga dengan perkara-perkara yang lain.Dengan kata-kata lain, untuk dunia l%, untuk Akhirat 99%. Satu peratus kita guna untuk buat kerja-kerja duniawi yang halal manakala 99% daripada milik kita di dunia ini kita korbankan untuk tujuan ibadah kepada ALLAH SWT. Yang faedah dari pengorbanan kita itu, akan diperolehi oleh masyarakat dan negara. Pahalanya dapat pada kita. Pembangunan tamadunnya berlaku dengan pesat dalam negara.

Hal ini boleh berlaku beginiApabila masing-masing dari kalangan umat Islam menyerahkan 99% daripada miliknya kepada orang lain, yakni masyarakatnya, cuma 1% untuk dirinya, maka raja-raja, menteri-menteri, bekas menteri, orang-orang kaya, pemimpin-pemimpin dan jutawan-jutawan yang semuanya menjadi stok simpanan Wang itu, hendaklah menggunakan kekayaan mereka untuk berbagai-bagai projek bagi kepentingan masyarakat seperti:Mengeluarkan biasiswa untuk rakyat yang memerlukan.Membangunkan bangunan-bangunan yang diperlukan oleh masyarakat seperti bangunan-bangunan sekolah, pusat pengajian tinggi, hospital, institusi-institusi penyelidikan ilmiah, pejabat-pejabat, rumah-rumah anak yatim, janda-janda dan fakir miskin, mewakafkantanah dan kenderaan, membina kilang-kilang untuk mengeluarkan segala barangan keperluan masyarakat yang halal, dan lain-lain.

Melakukan khidmat-khidmat lain untuk masyarakat seperti menyediakan perahu-perahu atau bot sewaktu banjir atau keperluan harian mereka untuk menyeberang, mendirikan perhentian bas, tandas-tandas awam, jalan raya, rumah-rumah tetamu dan rumah rehat untuk musafir kelana, serta rumah tumpangan murah untuk orang-orang miskin yang berjalan ke bandaryang tidak mampu menyewa hotel, membuka kebun-kebun dan ladang-ladang wakaf.Menjadi bank kepada masyarakat dengan menghulurkan pinjaman tanpa bunga dan kalau perlu bantuan percuma.

Bila orang-orang kaya menyumbang kekayaan mereka untuk tujuan-tujuan tadi, dengan diniatkan kerana ALLAH, untuk jihad fisabilillah, yakni dengan harapan mendapat pahala yang besar di Akhirat nanti, maka hasilnya masyarakat Islam mempunyai macam-macam pembangunan kepunyaan bersama. Ertinya masyarakat mereka kaya-raya. Bila masyarakat sudah kaya, dengan sendirinya setiap individu dalam masyarakat boleh hidup dengan serba ada. Hak masyarakat dikongsi bersama. Orang-orang miskin itu hidupnya tidak miskin lagi. Walaupun mereka tiada harta benda yang banyak, tetapi mereka dapat hidup dengan makmur kerana semua keperluan mereka diperolehi dari masyarakatnya yang serba ada. Sebab itu dalam Islam, miskin bukannya satu masalah.

Yang jadi masalah ialah orang kaya yang tidak berkhidmat kepada orang miskin dan masyarakatnya.Itulah bezanya masyarakat yang menjalankan cara hidup Islam dengan masyarakat yang tidak menjalankan sistem hidup Islam. Di dalam sistem hidup Islam, tidak berlaku orang-orang kaya terlalu kaya dan orang-orang miskin terlalu miskin. Keadaannya seimbang. Sebaliknya dalam masyarakat yang tidak mengamalkan sistem Islam, berlaku keadaan di mana orang kaya terlalu kaya, orang miskin terlalu miskin, bahkan terbiar. Inilah dasar sistem kapitalis.

Ketidakseimbangan ini akan menimbulkan pula berbagai-bagai masalah lain dalam masyarakat seperti pencurian, pembunuhan, kasta-kasta, hasad dengki, hidup nafsi-nafsi dan lain-lain lagi.Masalah-masalah ini timbul adalah kerana orang-orang miskin tidak dibela dan tidak dipedulikan oleh orang-orang kaya, pemimpin-pemimpin, menteri-menteri dan raja-raja mereka. Nasib mereka yang miskin ini diserahkan kepada kerajaan semata-mata.

Dalam keadaan itu ketenangan dan keamanan tidak mungkin berlaku. Sedangkan dalam masyarakat yang orang kayanya mengambil berat tentang rakyat bawahan, yakni dengan mengorbankan sebahagian besar kekayaan mereka untuk si miskin, dengan niat untuk mendapat pahala di Akhirat, akan berlaku hubungan baik antara tingkatan-tingkatan manusia dalam masyarakat.

Sehingga wujudlah rasa tenang dan aman di hati-hati mereka dalam kehidupan seluruhnya.Tetapi hal ini tidak berlaku nampaknya, sekalipun dalam negeri atau negara-negara umat Islam. Mana ada raja-raja di dunia atau presiden-presiden, menteri-menteri atau bekas-bekas menteri, jutawan-jutawan dan juga pemimpin masyarakat yang sanggup hidup sederhana kerana kekayaannya dikorbankan ke jalan ALLAH sebagai simpanan di Akhirat.

Dengan menyalurkan pada masyarakat seperti yang disebut di atas tadi.Yang ada hari ini di seluruh dunia ialah, orang-orang besar serta orang-orang kaya itu menimbun-nimbun harta untuk peribadi dan keluarga tanpa puas-puas. Mereka tidak ambil kisah dengan nasib rakyat, yang serba daif, yang sesetengahnya itu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tidak masuk dalam perancangan perjuangan mereka untuk membangunkan kekayaan pada masyarakat agar dengan itu orang-orang miskin terbela dan tamadun umat terbangun dalam negara.

Sebab itu kita tidak dengar ada raja-raja atau menteri-menteri atau bekas menteri serta jutawan yang keluarkan biasiswa atas nama peribadinya. Walhal kekayaan mereka itu sesetengahnya hampir-hampir sama dengan kekayaan sebuah negara. Lebih-lebih lagilah tidak ada jalan raya, bangunan sekolah atau hospital dan lain-lain lagi yang dibangunkan oleh mereka. Kalau ada pun terlalu kecil untuk menampung keperluan masyarakat dan negara seluruhnya.

Semuanya harapkan kerajaan sahaja. Yang mana kerajaan pun cuma beri sedikit sahaja untuk tujuan itu. Kerana sebahagian besar wang negara masuk poket sendiri dan kaum keluarga serta klik-kliknya sahaja. Tanah perkuburan raja-raja atau bangunan maqam mereka sahaja lebih mahal dari rumah rakyat. Padang golf mereka sama harganya dengan ribuan rumah rakyat. Sebuah kereta mereka sama harganya dengan berpuluh-puluh buah rumah rakyat.Hasilnya, harta kepunyaan masyarakat dalam negara itu tidak pun cukup untuk membela hidup masyarakat seluruhnya.

Kadang-kadang harta seorang bangsa asing sahaja lebih banyak daripada kepunyaan umat Islam. Orang lain yang kuasai kekayaan dan tamadun negara itu. Bila-bila masa negara boleh dilelong oleh bangsa asing itu. Begitulah akibat umat Islam terutama pembesar-pembesar, pemimpin-pemimpin dan orang-orang kaya yang cintakan dunia. Sudahlah umat hidup ala kadar bahkan ada yang sentiasa tidak cukup, negara pun berada dalam tangan orang lain.

Tamadun sendiri tidak ada, apalagi untuk jadi negara yang boleh menaungi negara-negara lain di dunia, jauh sekali.Mungkin ada orang bertanya, mengapa bangsa asing itu boleh jadi empayar walaupun mereka tidak cinta Akhirat? Pada saya, ALLAH SWT tidak akan samakan pertolongannya pada orang kafir dan pada umat Islam. Orang kafir dibantu kerana quwwah, (kekuatan lahir) sedangkan orang Islam dibantu kerana taqwa.

Orang kafir dengan kekuatan lahir, orang Islam dengan kekuatan iman, ukhuwah, dan kefahaman dan keselarasan. Jadi tanpa iman pun orang kafir boleh jadi empayar. Tetapi tidak dengan umat Islam. Selagi umat Islam tidak bertaqwa, ALLAH akan biarkan mereka.

Sabda Rasulullah SAW:Terjemahannya: Akan tiba masanya umat Islam akan dikeronyok oleh satu golongan (musuh) sepertimana sirakus berhadapan dengan hidangan makanan. Para Sahabat dengan hairan bertanya, “Apakah kerana bilangankita sedikit, ya Rasulullah?” Baginda menjawab,“Tidak, bahkan kamu ramai tetapi kamu umpama buih-buih di permukaan air. Akan ALLAH cabutkan perasaan gerun musuh terhadap kamu sebaliknya mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan.” Sahabat bertanya lagi, “Apakah wahan itu?” Sabda baginda,“Gila dunia dan takut mati.”(Riwayat Abu Daud)

Kata-kata Rasulullah SAW itu sudah tepat berlaku depan mata kita. Di seluruh dunia hari ini, umat Islam bagaikan buih-buih di lautan. Masing-masing mahu membangun macam orang-orang kafir membangun. Mereka meniru orang kafir. Tetapi hasilnya mereka jadi terhina. Sebaliknya orang kafir mulia. Sebab ALLAH tidak akan membantu selagi mereka tidak mengikut jejak langkah Rasulullah SAW dan salafussoleh. ALLAH berfirman:Terjemahannya: ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka.(Ar Ra'd 11)

Yakni dengan menjadi orang yang bertaqwa. Dengan taqwa, manusia akan mampu mengorbankan kepentingan dunia, untuk diserahkan kepada masyarakat, demi mengharapkan pahala di Akhirat. Yakni keredhaan dan keampunan ALLAH SWT. Hanya dengan itu saja pembangunan-pembangunan negara dan masyarakat dapat dimaksimumkan sehingga umat Islam tidak perlu lagi bersandar pada orang lain.Kata-kata ini akan jadi praktikal kalau raja-raja, menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin bersedia menurunkan gaji mereka. Ambil untuk keperluan sahaja.

Selebihnya untuk kepentingan rakyat. Buat projek-projek’ ekonomi, faktori-faktori, estet-estet dan lain-lain keperluan rakyat untuk kemudahan mereka. Nanti negara akan pesat membangun sebagaimana negara-negara maju.Hari ini di Malaysia, projek kerajaan gagal. Atas dasar itu, mungkin orang-orang besar dan orang-orang kaya ada alasan untuk tidak mahu membantu rakyat lagi. Kerana rakyat tidak pandai menggunakan amanah mereka.

Sebenarnya rakyat jadi tidak amanah dan tidak jujur serta khianat itu adalah kerana mereka tidak dididik dengan betul oleh pemimpin-pemimpin mereka dan juga ulama-ulama, pewaris Nabi yang ALLAH amanahkan tugas itu. Sebab itu dalam usaha hendak membina masyarakat Islam yang tulen, semua pihak mesti jalankan tugasnya dengan betul. Pemimpin memerintah dengan adil serta mendidik rakyat. Orang kaya jadi bank, korbankan harta bendanya. Ulama mendidik dan mengajar. Si miskin redha dan sabar. Lelaki bertanggungjawab. Perempuan taat dan malu.

Begitulah seterusnya yang lain-lainnya.Jadi untuk menyelesaikan masalah rakyat yang tidak amanah ini, para pemimpin dan para ulamalah yang mesti bekerja keras mendidik mereka. Didik dengan ilmu, Islam, iman dan taqwa.Sebab itu demi pembangunan negara dan masyarakat yang baik, saya berseru kepada semua pihak pemimpin-pemimpin, orang-orang kaya, ulama-ulama-agar mengorbankan kepentingan diri untuk masyarakat yang diamanahkan oleh ALLAH SWT kepada kita.

Kalau kita juga tidak amanah dengan ALLAH, ketahuilah bahawa azab ALLAH itu maha pedih. Tetapi kiranya kita buat kerja ALLAH itu, ganjaran-Nya terlalu besar. Kalaulah kita dapat ambil 1% sahaja dari dunia ini untuk kepentingan diri, 99% lagi untuk jalankan amanah ALLAH itu, maka ALLAH akan angkat darjat kita setinggi-tingginya di Akhirat nanti.

Manakala di dunia, kita akan jadi tuan-tuan yang mencatur dunia. Segala kekayaan dan tamadun dunia, ALLAH akan serah kepada kita.Untuk itu kita kena tukar konsep 50:50 itu kepada 1:99. Fifty-fifty itu bukan sahaja ternyata gagal membina tamadun dan empayar Islam tetapi juga telah menimbulkan 100 masalah yang tidak boleh diselesaikan.

=== sekian ===

Thursday 11 July 2013

BAB 4 - CONTOH KEHIDUPAN YANG MENGUTAMAKAN AKHIRAT

Assalamualaikum wbt.

Berkat bulan Ramadhan yang mulia ini, moga-moga kita dapat mengambil atau mencontohi peribadi Rasulullah saw, walaupun secebis, walaupun sedikit..

Moga kita sama-sama saling ingat-mengingatkan, bermaaf-maafan dan sering berkasih-sayang menurut cara Islam, yang tepat lagi indah..mari kita contohi akhlak baginda yang mulia lagi Agung...

Sungguh tawadhuk dan tiada sifat sombong, akhlak baginda...malunya kita!, bukannya kita ni siapa-siapa tetapi kadangkala, hati pernah juga merasa diri perlu diberi keutamaan dan penghormatan..walaupun mulut tidak meminta, tetapi hati kecil tetap bersuara..

Ooh dasar nafsu, yang ingin dilihat mulia..!Pernah pula tersinggung dengan sikap kasar dan keras orang lain, siapakah kita sebenarnya untuk tersinggung...kita kan hamba, Allah boleh perlakukan apa saja kepada kita, sedangkan Rasul rela dirinya dihina dan dicerca...

Oooh sungguh jauhnya kita dari akhlak nabi kita..diriku lah itu yg sangat aku kesalkan, moga Ramadhan ini...boleh membuatkan diriku dan ahli keluargaku khususnya, juga semua muslimin dan muslimat umumnya lebih dapat merasa hamba dengan dapat rasa Takutkan Allah dan Rindu Nabi, setidak-tidaknya dalam sembahyang kita !!!..

Aduuh! Alangkah sukarnya untuk mendapatkan rasa-rasa itu jika tanpa panduan dan pimpinan seorang mursyid yang lebih mengasihi dan mengambil berat (kita dan ibu bapa kita pun tak memikirkan keselamatan diri kita di akhirat sepertimana seorang mursyid lakukan, biasanya hal dunia yg dilebihkan) serta bimbang akan keselamatan murid-muridnya di akhirat kelak...Selamat membaca, CONTOH KEHIDUPAN YANG MENGUTAMAKAN AKHIRAT di bawah.

Sekian. Wassalam.

klik sini, untuk baca kisah 'puasa seorang yg merasa hamba'


KONSEP KESEDERHANAAN MENURUT PANDANGAN ISLAM -

BAB 4 - CONTOH KEHIDUPAN YANG MENGUTAMAKAN AKHIRAT

RAHSIA kejayaan Rasulullah SAW, Khulafa ur Rasyidin dan sekalian salafussoleh dapat memerintah dan memajukan tiga perempat dunia dengan jayanya ialah kerana mereka cintakan Akhirat lebih dari cintakan dunia.Kerana memberi tumpuan yang serius  kepada Akhiratlah maka mereka dapat menundukkan dunia.

Dan kalaulah mereka tidak dapat mengutamakan Akhirat daripada dunia, nescaya mereka pun senasib dengan kita. Yakni bukan sahaja mereka tidak dapat menegakkan empayar, perintah satu negara pun tidak akan berjaya. Satu negeri pun gagal. Bahkan memerintah satu kampung pun tidak upaya.

Kalau masalah dalam rumah pun tidak boleh diatasi, tidak selesai-selesai, apa lojiknya kita boleh selesaikan masalah yang lebih besar dari itu.Sekali lagi saya katakan, berjayanya Rasulullah SAW dan para Sahabat mengIslamkan dunia adalah kerana mereka serius dalam menguruskan Akhirat.

Proses itu berlaku begini:Apabila yang diutamakan itu Akhirat, maka mereka tidak mengambil kepentingan-kepentingan duniawi untuk peribadi, keluarga dan klik-klik mereka. Sebab orang yang sangat memikirkan nasib di Akhirat, mereka sangat takut pada Hari Hisab di Padang Mahsyar nanti. Hari penggelidahan lahir batin oleh polis-polis Akhirat, iaitu para malaikat, terhadap setiap orang manusia tanpa kecuali.

Yang mana pada hari itu, orang-orang kaya di dunia, yang menimbunkan kekayaan yang halal untuk diri dan keluarganya sahaja, akan tertahan lama di border. Manakala yang kumpul kekayaan secara haram, terus terjun ke Neraka.

Sementara orang miskin terutamanya yang miskinnya itu disengajakan kerana harta bendanya digunakan untuk khidmat masyarakat, untuk jihad fisabilillah, untuk ALLAH dan Rasul, untuk pembangunan-pembangunan material demi tertegaknya tamadun Islam yang canggih, maka ia akan dibebaskan dengan mudah, untuk pergi ke Syurga.

Dalam Hadis, Rasulullah ada berkata:Terjemahannya: Orang miskin itu akan masuk ke Syurga 500 tahun sebelum orang kaya.(Riwayat At Tarmizi)Atas dasar itulah Rasulullah SAW dan para Sahabat. sangat merebut peluang ini. Mereka meminta agar mereka tetap dapat hidup seperti orang miskin, sekalipun mereka diberi seluruh kekayaan dunia.

Sebab itu di waktu ¾ dunia sudah ada dalam tangan, mereka masih tetap dapat zuhud lagi dengan dunia. Dan dengan sebab itulah mereka dapat memerintah dengan jayanya.Apabila setiap individu sanggup hidup macam orang miskin, kerana kckayaan mereka itu dikorbankan untuk kepentingan masyarakat, demi membangunkan hukum ALLAH, maka hasilnya masyarakat dapat melahirkan banyak projek pembangunan seperti sekolah, hospital, kilang-kilang dan lain-lain lagi.

Dalam pada itu kerajaan yang adil pula akan menggunakan wang negara untuk projek-projek pembangunan masyarakat yang semua itu , akan memberi kemudahan pada rakyat. Maka rakyat akan mendapat keselesaan hidup serta kemudahan-kemudahan yang diperlukan. Jadilah negara itu penuh dengan pembangunan-pembangunan kepunyaan umat Islam dan rakyatnya hidup aman makmur. Proses inilah yang membawa kepada terbangunnya negara yang ALLAH kehendaki, iaitu:

Terjemahannya: Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan ALLAH. (Saba: 15)Tanpa proses ini, negara dan masyarakat akan dikuasai oleh orang lain, dan rakyat hidup susah. Sebaliknya orang yang memerintah hidup senang-lenang. Keadaan ini boleh dilihat di Malaysia dan lain-lain negara umat Islam di seluruh dunia. Yang mana ekonomi negara dan masyarakat berada dalam tangan bangsa asing. Perojek-projek ekonomi yang besar-besar berada dalam tangan orang luar atau beberapa orang kapitalis Melayu, Cina dan India. Rakyat hidup ala kadar. Pemerintah hidup kaya-raya. Wakil rakyat pun lebih kaya dari sebelumnya. Yang miskin terlalu miskin. Yang kaya terlalu kaya. Keadilan yang sebenar tidak wujud. Keamanan yang sebenar tidak jadi realiti. Kemakmuran yang sebenar tidak terasa. Keampunan dari ALLAH tidak diperolehi hasilnya. Akhirnya di Akhirat masuk Neraka.

Sebab itu Islam meminta umatnya agar berjuang dan berkorban. Yang mana dengan kaedah itu, sistem ekonomi kapitalis akan terbunuh dengan sendirinya. Sayidina Abdul Rahman bin Auf berjaya menghalau kapitalis Yahudi dari Madinah, sekaligus membunuh sistem kapitalis itu, bukan dengan pergaduhan dan peperangan. Tetapi dengan membangunkan sistem ekonomi Islam di sebelah sistem kapitalis. Bila masyarakat memilih sistem Islam, dengan sendirinya sistem kapitalis terbunuh.Dalam masyarakat yang mengamalkan cara hidup Islam, kemasukan wang kepada negara dan masyarakat cukup besar. Sebab pemerintah tidak ambil wang negara lebih dari keperluan. Mereka cuma ambil maasy yakni mengikut keperluan. Selebihnya untuk negara dan rakyat.

Ini yang dapat dibuat oleh Rasulullah dan para Sahabat. Orang-orang kaya pula sangat kuat berkorban. Maka semua wang yang terkumpul digunakan untuk membangunkan kilang-kilang, perniagaan-perniagaan dan macam-macam perusahaan untuk rakyat. Sebab itu rakyat dapat hidup senang. Mungkin lebih senang dari pemimpin-pemimpin dan orang-orang besar mereka. Sebab itu masyarakat tidak buat masalah lagi. Dan jadilah negara itu negara yang benar-benar aman dan makmur.

Tetapi mana ada kerajaan yang mampu mengorbankan kekayaan mereka untuk rakyat. Hampir semua pemimpin yang naik, menjadi lebih kaya dari sebelumnya, sama ada dirancang atau tidak. Sebab dunia itu penipu, kata ALLAH.

Pemimpin yang bercita-cita hendak menegakkan Islam pun dapat ditipunya. Apalagilah yang memang bercita-cita untuk dapatkan dunia. Lagi hebatlah tipuannya.Oleh itu mari kita kaji semula cara hidup Rasulullah SAW dan salafussoleh supaya kita benar-benar terdidik dan cukup kuat untuk menghadapi dunia ini. Moga-moga kita selamat sebagaimana selamatnya Rasulullah dan para Sahabat dalam menghadapi dan menguruskan dunia ini.Sikap mereka terhadap urusan dunia:

1. Rumah

Kalaulah Rasulullah SAW mahu, rumahnya boleh mengalahkan semua rumah raja-raja di dunia. Sebab baginda dengan doa sahaja boleh dapat apa yang dimahunya. Pasir pun boleh jadi emas. Gunung Uhud pernah bertukar menjadi emas hasil doa Rasulullah. Tetapi semua itu ditolaknya. Bila Rasulullah SAW tolak dunia, jangan kita kata, “Dia Nabi, bolehlah!” Baginda menolak itu bukan kerana dia Nabi. Yang mana kalau bukan Nabi, bolehlah baginda mengambilnya. Bukan begitu!

Rasul itu contoh kita dalam segala hal. Rasulullah SAW menolak kekayaan adalah kerana baginda tidak mahu umatnya mengambil kekayaan untuk peribadi dan duniawi. Itulah maksudnya.

Sekalipun baginda Rasul kekasih ALLAH, apa saja baginda boleh dapat, tetapi baginda tetap mahu hidup macam hamba. Itulah sikap pemimpin sejati. Yang boleh pun, tidak diambil, apalagi yang tak boleh. Sebab itu rumahnya betul-betul macam rumah seorang hamba kecil, sempit, berbumbung rendah, dibuat dari tanah dan pintunya dari kain guni.

2. Tempat tidur

Alas tidur Rasulullah SAW cumalah anyaman tikar daun kurma (macam tikar mengkuang). Bila bangun, berbekas urat-urat daun anyaman pada badan baginda yang mulia itu. Kebesaran baginda sebagai pemimpin dunia, yang namanya sampai hari ini dilaungkan di segenap pelosok dunia, di surau dan masjid, terkenal dan dicintai oleh dunia, tidak pun menghalang baginda untuk terus hidup seperti hamba yang lemah dan hina. Walhal kita baru jadi kerani sudah mahu bergaya, lagak macam tuan. Sudah rasa tidak layak hendak menjadi hamba.

Apalagilah tuan-tuan besar kita itu. Memang takkan sudilah untuk mencemar kemuliaan seperti seorang hamba yang lemah lagi hina di sisi Tuhannya.

3. Makan dan makanan

Rasulullah memanglah makan. Tetapi seringkali juga baginda berlapar. Perutnya pernah diikat dengan batu untuk menahan kelaparan. Kerana makanannya diberikan pada orang lain. Apabila baginda makan, yakni makan hanya bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang, seringnya makanan baginda cuma susu, air dan kurma. Kiranya ada berlebih, baginda tidak buang.

Pantang Rasulullah menghina pemberian ALLAH sekalipun sekecil-kecil barang. Baginda sangat sayang dan menjaga rezeki yang ALLAH kurniakan. Sebab itu kalau berlebih, cepat cepat dihantar ke rumah jiran yang perlu untuk dihabiskan. Baginda tidak menyimpan makanan di malam hari. Hidupnya bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Makan pula betul-betul macam hamba. Macam orang susah makan. Iaitu baki-baki kuah dan makanan dalam bekas makannya dijilat hingga licin, disapu bersih.

Siti Fatimah AZ Zahra puteri Rasulullah SAW, sangat kenal bekas makan Rasulullah kerana katanya begitu licin seolah-olah sudah berbasuh. Serbuk-serbuk makanan dikutip, kuah yang tumpah disapu dengan jari dan dijilatnya. Dan baginda tidak akan makan seorang diri, mesti secara jemaah.

4. Pakai dan Pakaian

Rasulullah SAW cuma ada sedikit pakaian. Itu pun jenis pakaian orang susah. Sesekali baginda pakai juga pakaian mahal yang dihadiahkan orang, bukan hasil usahanya sendiri. Baginda memakainya kerana menghormati pemberian hadiah dari orang itu. Tetapi lazimnya pakaiannya yang cantik, kemas dan bersih serta wangi itu adalah jenis pakaian murah.

5. Kenderaan

Sebagai hamba, baginda tidak rasa jijik untuk naik keledai. Tetapi baginda juga berkuda dan naik unta sesuai dengan keperluan perjalanan. Sementelahan pula, keperluan perhubungan yang jauh serta peruntukan-peruntukan perjuangan memang memerlukan kenderaan yang agak canggih. Misalnya, baginda menunggang kuda Sambrani, seekor kuda yang dihadiahkan kepadanya.

6. Harta Benda dan Wang Ringgit

Rasulullah SAW asalnya kaya dan berada. Kerana seluruh kekayaan isterinya Siti Khadijah diserahkan padanya. Tetapi sewaktu wafat, baginda tidak meninggalkan apa-apa harta dan wang ringgit. Ertinya kekayaannya bukan untuk tumpuk harta dan simpan harta. Semuanya telah dikorbankan untuk jihad fisabilillah sebagai sumber pembangunan ummah.Bila sudah berkorban sampai begitu sekali, apa jaminan masa depan anak-anak yang ditinggalkan?

Persoalan ini tidak timbul sama sekali. Sebab setiap anggota masyarakat tentu mendapat pembelaan dari masyarakat yang beriman. Iaitu dari kerajaan dan masyarakat yang memerintah, menjaga dan mengawal anak buahnya dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab; yang cintakan ALLAH dan Akhirat lebih dari cintakan dunia dan segala kesenangan di dalamnya. Siapa yang hidup dalam jemaah Islam atau negara Islam pasti terbela. Dunia dan Akhirat. Bukan dunia sahaja dan bukan Akhirat sahaja.

Begitulah sikap Rasulullah terhadap dunia. Baginda seolah-olah tidak peduli sangat dengan urusan dunianya. Yakni rumahnya, pakaian, makan minum, tidur baring dan lain-lain urusan duniawi dan peribadi. Tetapi untuk Akhirat, baginda sangat serius. Baginda tidak main-main. Baginda sangat ambil berat dan bersungguh-sungguh.Marilah kita lihat buktinya:

1. Perjuangan

Saya letakkan perjuangan sebagai perkara pertama dalam kerja-kerja Akhirat yang Rasulullah lakukan. Tujuan saya ialah untuk menarik perhatian pembaca tentang pentingnya perjuangan ini. Di samping untuk menyatakan bahawa ia bukan urusan dunia tetapi adalah urusan Akhirat. Yang mana selama ini ramai menganggap perjuangan itu tidak penting dan merupakan kerja-kerja duniawi, bukan Ukhrawi.

Rasulullah SAW berjuang sepanjang umurnya. Berjuang untuk menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi. Dengan kata lain, berjuang untuk meng-Islamkan dunia. Bahkan perjuangan itu menjadi cita-cita hidup matinya. Dan untuk itulah baginda dilantik jadi nabi dan Rasul. Sebab itu baginda sungguh serius dalam perjuangan. Demi menegakkan perintah ALLAH, baginda sanggup hadapi apa saja risiko. Sekalipun mati. Rasulullah pernah bertegas dengan bapa saudaranya:

Terjemahannya: Demi Allah wahai bapa saudaraku, sekalipun mereku meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini nescaya aku tidak akan tinggalkannya, sehingga ALLAH memberi keputusannya.

Umur baginda habis untuk perjuangan. Harta benda habis untuk itu. Tenaga, fikiran, jiwa raga semuanya untuk jihad fisabilillah. Baginda jadi miskin, dihina, diburu, dikejar, diundang ke medan perang dan hampir-hampir mati ditetak.

Semuanya dihadapi semata-mata mahu memperkenalkan ALLAH pada dunia serta menegakkan syariat-Nya. Begitulah bersungguh-sungguhnya baginda Rasulullah SAW dalam berjuang.

2. Mendidik

Usaha ini adalah satu dari cabang perjuangan yang penting. Ia juga urusan Akhirat. Rasulullah SAW siang malam, pagi petang, atau di mana saja, sentiasa mendidik umatnya. Tidak minta upah dan tidak cari kepentingan. Baginda lakukan itu semata-mata kerana sayangkan umat, agar mereka selamat dunia Akhirat.

Baginda sangat serius menasihati, menegur, memandu dan menunjuk ajar siapa saja tanpa mengira pangkat atau darjat. Baginda pergi ke pasar, pergi ke Taif, pergi ke mana-mana sahaja, sekalipun di atas unta, untuk menyampaikan mesej Ilahi pada manusia. Hingga waktu sakit tenat dan hampir wafat pun baginda masih bercakap tentang nasib umat.

3. Berkorban

Perjuangan dan pendidikan tidak akan berjalan baik tanpa pengorbanan. Sebab itu Rasulullah sangat serius berkorban. Korban wang ringgit, harta benda, masa, tenaga, fikiran dan segala-galanya. Baginda pergi ke medan perang, di baris hadapan. Baginda ikut sama mengorek parit dan mengangkat batu dalam Perang Khandak.

Baginda hidup bersama fakir miskin, janda dan anak yatim untuk menjadi pembela pada orang-orang susah itu. Bila dapat harta rampasan perang, baginda dahulukan ahli suffah dan masyarakat lainnya. Diri dan keluarga tidak dapat apa-apa. Orang berhutang, bagindalah yang membayar. Kalau ada masakan, mesti dihulurkan pada jiran, sekalipun kaki kambing. Pendeknya, untuk keselamatan ummah, baginda yang menanggung susah dan payahnya.

4. Akhlak

Baginda sangat serius menjaga akhlaknya. Ini juga soal Akhirat. Baginda memiliki akhlak yang agung, kata ALLAH. Ertinya ALLAH pun kagum dan memuji keupayaan Rasul-Nya dalam melayani ALLAH dan hamba-hamba ALLAH, dengan sebaik-baik akhlak. Kita lihat tiga contoh yang memperlihatkan agungnya akhlak Rasulullah:

a. Pemaaf.
Ada seorang perempuan tua Yahudi yang selalu menyusahkan Rasulullah di perjalanan. Yakni dengan menabur duri dan najis di jalan yang dilalui oleh Rasulullah bila pergi berdakwah. Si tua itu sangat benci dengan Rasulullah.

Tetapi satu hari ketika ia jatuh sakit, satu-satunya orang yang datang ziarah beliau ialah Rasulullah. Alangkah pemaafnya baginda. Bukan sahaja diziarah tetapi dicarikan ubat. Hingga di atas akhlak yang luar biasa itu, perempuan tua itu akhirnya memeluk Islam.

ii. Satu hari Rasulullah berjalan dengan memakai baju Arab Najran. Tiba-tiba seorang Arab Badwi menarik baju itu dan meminta diberikan kepadanya.

Hampir-hampir luka leher Rasulullah kerana tarikan tersebut. Tetapi baginda memaafkan si Badwi tersebut. Bahkan baju itu dibuka dan dihadiahkan kepada si Badwi tadi.

b. Kasih Sayang

Kalau dua tiga hari Rasulullah tidak nampak salah seorang Sahabatnya atau tidak bertemu, nescaya akan ditanya dan dicari oleh baginda. Bagindalah yang akan ziarah ke rumah Sahabat tanpa rasa sombong. Baginda makan, sembahyang, dan duduk sama-sama dengan para Sahabat.

Satu hari, ketika sedang mengadap hidangan makanan, datang seorang tua yang berkudis, hitam legam kulitnya, buruk rupanya dan berair pula kudisnya, datang meminta makanan. Rasulullah tanpa jijik dan dengan penuh tawadhuk, memegang tangan orang itu, dibawa ke sebelahnya untuk makan bersama-sama.

Masya-ALLAH, agungnya akhlakmu ya Rasulullah.

c. Ibadah

Perkara ini memanglah perkara Akhirat. Yang pada sesetengah orang Islam telah ‘diduniakan’ juga, untuk mencari untung dunia. Rasulullah telah menunjukkan ibadah yang terbaik dan terbanyak. Tetapi ingat, hal itu bukan khusus untuknya sebagai Nabi. Rasulullah mencontohkan ibadah untuk kita ikuti jejak langkahnya. Rasulullah sembahyang sunat terlalu banyak.

Adakala semalaman tidak tidur hingga bengkak-bengkak kakinya. Ertinya beribu-ribu rakaat baginda dapat rukuk dan sujud untuk Tuhan dalam menyatakan syukur dan kehambaan yang setinggi-tingginya.

Puasa juga banyak. Sehari puasa, sehari pula makan. Begitulah digilir-gilirkan. Tentang zikir, bukan sahaja waktu jaga, dalam tidur pun baginda berzikir. Baginda adalah ‘Al Quran bergerak’. Ertinya Al Quran bukan sahaja dihafal bahkan dijadikan panduan seluruh hidupnya.

Melihat kepada ciri-ciri ini, benarlah dia Nabi kekasih ALLAH. Yang sangat cintakan ALLAH dan Akhirat. Hatinya tidak terpaut sedikit pun pada dunia. Maka marilah kita letakkan kasih dan rindu padanya. Ini adalah kerana terlalu besar jasanya pada kita.Setelah menyaksikan bagaimana sikap Rasulullah SAW terhadap dunia dan juga terhadap Akhirat, bolehlah kita simpulkan bahawa nisbah dunia Akhirat bukan fifty-fifty (50:50).

Sebaliknya ialah 1:99.Untuk dunia satu peratus sahaja. Untuk Akhirat 99 peratus. Kesederhanaan atau keseimbangan tenaga kerja untuk dunia ialah satu. Manakala kesederhanaan atau keseimbangan tenaga kerja untuk Akhirat ialah 99. Barulah sesuai dengan darjat dan nilai masing-masing. Itulah keseimbangan dalam Islam.

Itulah ukuran yang tepat, bijak, lahir dari fikiran yang luas dan matang. Sesiapa yang masih mahu menyamakan kerja untuk dunia dengan keperluan untuk Akhirat, 50-50, itu datangnya dari nafsu yang jahat dan fikiran yang sempit. Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak pun akan hairan dan mentertawakannya. Tersesat dalam berfikir! Jahil dalam menilai dunia dan Akhirat.

Bila Islam meletakkan nisbah dunia Akhirat 1:99, jangan kita anggap umat Islam mesti tinggal dunia. Sebaliknya kerana diuntukkan kepada Akhirat 99 itulah maka dunia dapat dibangunkan dengan keadaannya yang aman dan wujud masyarakat yang kaya-raya. Hingga semua orang dapat merasa nikmat hidup termasuk orang kafir.

Sebaliknya kalau dunia 99, Akhirat 1, akan terjadilah macam hari ini. Yakni individu kaya tetapi masyarakat miskin dan Islam tidak dapat ditegakkan.

=== sekian ===

Friday 5 July 2013

Rahsia surah Al-Masad

Salam semua,

Ada kisah yg mencemaskan dan menginsafkan, tetapi tak sempat nak menulis, kerana asyik membaca tulisan org lain yg lebih terkesan dihati...insyaAllah jika direzekikan akan dikongsikan kisah terselamat dari bahaya!...pada pagi Rabu 3 July, dengan izin Allah dan dgn segala keberkatan para awliya. Kisah tu kita tangguh dulu...apabila sampai masa yg sesuai...moga-moga tidak pula terlupa....

Di bawah ini, kupetik dari blog 'suaramuhajirin313 ', bacalah dan renungkanlah...untuk keselamatan kita semua...


Ketahuilah Rahsia Surah Al-Masad (Sabut)

Kepada anak cucu semua, fahamilah sejarah perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat. Kesulitan dan kepayahan adalah baja penyubur perjuangan. Musuh akan sentiasa bergantian tetapi kita akan terus istiqamah setia di atas jalan kebenaran sehinggalah kita bertemu Tuhan. 

Tidak ada apa yang perlu kita gusarkan tentang musuh-musuh kita. Mereka pasti kecundang. Bacalah paparan berikut untuk mendasari situasi yang ditempuh oleh Abu Lahab - tokoh penentang perjuangan Baginda Nabi saw yang disebut namanya dengan hina di dalam Al-Quran!!


Surah Al-Masad(Sabut) - سُوۡرَةُ لهب / المَسَد 
Makkiyyah(111: 1-5)

تَبَّتۡ يَدَآ أَبِى لَهَبٍ۬ وَتَبَّ 
1.Binasalah dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia tetap binasa

مَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُ مَالُهُ ۥ وَمَا ڪَسَبَ

2.Tidak berguna hartanya dan apa yang telah diusahakan.

سَيَصۡلَىٰ نَارً۬ا ذَاتَ لَهَبٍ۬ 

3.Kelak dia akan masuk ke dalam api neraka yang bergejolak/menyala-nyala.

وَٱمۡرَأَتُهُ ۥ حَمَّالَةَ ٱلۡحَطَبِ 

4.Dan isterinya pembawa kayu bakar.

فِى جِيدِهَا حَبۡلٌ۬ مِّن مَّسَدِۭ 
5.Pada lehernya tali(terikat) dari sabut(terpintal kukuh).


Nama Surah
I. Surah al-Masad berdasarkan ayat terakhir مَّسَدِۭ bermaksud sabut.
II. Surah al-Lahab/Abi Lahab berdasarkan ayat satu dan ketiga dengan perkataan لَهَبٍ۬ Bermaksud api yang bergejolak.
III. Surah Tabbat berdasarkan ayat awal surah تَبَّتۡ yang bermaksud binasa.

Latar belakang Surah


Surah ini berkisar kepada kisah Abu Lahab dan isterinya terhadap dakwah Rasulullah saw. Sebelum dakwah Nabi saw, Abu Lahab tidak bermusuhan dengan Baginda. Beliau telah memerdekakan hambanya bernama Tsuwaibah kerana tanda terlalu gembiranya beliau ke atas anak saudaranya Abdullah yang telah meninggal memperolehi anak lelaki iaitu Nabi Muhammad saw. Tsuwaibah sempat menyusui Rasulullah saw dalam beberapa hari sebelum disusui oleh Halimah bin Abi Zuaib.

Selepas Rasulullah saw menerima wahyu supaya berdakwah secara terang-terangan (al-Hijr 15:94-95), Baginda menerima lagi wahyu supaya memperingatkan kepada kerabat-kerabat Baginda yang terdekat dahulu(asy-Syu’ara 26:214-216). Baginda berasa runsing sehingga sebulan tidak keluar rumah menyebabkan bapa saudaranya Abu Thalib dan isterinya, serta pakcik-pakciknya datang menziarahinya untuk bertanya khabar. Baginda mendapat peluang ini menyatakan yang sebenarnya bahawa dia diminta oleh Allah swt supaya menyeru mereka mentauhidkan Allah swt. Pakcik dan makciknya tidak melarang beliau untuk berdakwah tetapi meminta supaya tidak diketahui oleh Abu Lahab, pakciknya.

Justeru itu, Rasulullah saw memanggil orang kampungnya untuk berkumpul di Bukit Shafa. Abu Lahab telah turut serta. Rasulullah saw memulakan bicaranya; “Bagaimanakah pendapat kamu jika aku memberitakan kepada kamu bahawa ada musuh berkuda keluar dari sebalik gunung ini lalu ia berkehendak merubah kamu sekelian, adakah kamu membenarkan daku?”

Sekelian yang hadir menjawab; “Ya kami percaya, kami tidak pernah mengetahui bahawa engkau(Muhammad) seorang yang berdusta.” Rasulullah saw bersabda; “Bahawa sesungguhnya aku ini pemberi peringatan kepada kamu, dihadapan sana terdapat siksa Tuhan yang sangat keras.”

Tiba-tiba Abdul Uzza (Abu Lahab) berteriak mengejutkan para hadirin: “Celakalah kamu! Hai Muhammad! Apakah hanya untuk ini saja kamu kumpulkan kami semua?” Kemudian mengutip batu ingin dilemparkan kepada Nabi saw.

Rasulullah saw terdiam, kemudian mengatakan dengan muka yang merah padam; “Sama sekali belum pernah aku melihat seorang yang datang pada keturunan orang tuanya dan kaumnya yang lebih keji daripada apa yang engkau perlihatkan itu.”

Kemudian pada saat itu turunlah ayat pertama dari surah al-Masad; “Celakalah kedua tangan Abu Lahab dan sangat celakanya.” Dalam pada itu Abu Lahab masih marah-marah dan mengomel; “Jika apa yang dikatakan Muhammad itu benar(nyata), maka aku tebuslah darinya dengan harta benda dan anakku,” Kemudian turunlah ayat kedua surah ini; “Tidaklah berguna darinya(Abu Lahab) harta bendanya dan segala usahanya.”

Abu Lahab terus mengomel dan mengganggu pertemuan ini, maka Rasulullah saw membubarkan pertemuan ini. Rasulullah saw telah mengadakan pertemuan yang kedua atas permintaan sebahagian besar hadirin di pertemuan yang pertama. Pertemuan ini juga berlaku di kaki Bukit Shafa. Rasulullah saw sempat berpidato memberi tahu kepada hadirin bahawa beliau adalah utusan Allah, mengajak kepada mentauhidkan Allah, menyeru setiap kaum menyelamatkan diri dari api neraka. Dikala itu Abu Lahab mula marah dan mengomel-ngomel lagi.

Kemudian Rasulullah saw mengajak sesiapa yang ingin turut serta bersama beliau untuk berdakwah. Diwaktu itu lebih kurang 40-45 orang hadirin mula bangun seorang demi seorang meninggalkan tempat duduknya. Dikala itu Abu Lahab mula menengking Nabi saw dan mengajak yang lain menangkapnya dan memenjarakannya. Maka keadaan menjadi tegang semula. Rasulullah saw membubarkan pertemuan ini.

Selepas daripada ini, Abu Lahab dan Isterinya Ummu Jamil mula giat ke ceruk kampung menentang Rasulullah saw. Mereka dibantu oleh Amr bin Hisyam(Abu Jahal). Abu Lahab menghasud kaum lelaki, Ummu Jamil menghasud kaum perempuan dan Abu Jahal menghasud pemuda-pemudanya.

Maka turunlah ayat al-Masad yang ke 3-5. “Ia (Abu Lahab) akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala. Dan isterinya(Ummu amil) pembawa kayu bakar itu. Kelak pada lehernya ada tali dari sabut.” Menjadi kebiasaan setiap wahyu yang diterima akan dibacakan kepada pengikut-pengikutnya. Pengikut-pengikutnya juga akan menyebut-nyebut wahyu tersebut sehinggalah suatu ketika sampailah ketelinga Ummu Jamil bahawa ia telah diejek dan dihina dengan tali sabut.

Ummu Jamil telah datang berjumpa dengan Rasulullah saw; “Adakah engkau melihat aku membawa kayu api bakar, dan adakah engkau melihat di leherku ada tali dari sabut?”

Rasulullah saw mendiamkan diri.

Pada hari yang lain, Ummu Jamil telah datang berjumpa dengan Nabi saw yang ketika itu Abu Bakar ada disebelah beliau. Abu Bakar berkata kepada nabi saw; “Lebih baik engkau menjauhkan diri dari sini!” Rasulullah saw berkata; “Biarlah, akan terdinding antara aku dan dia.” Lantas datanglah Ummu Jamil di hadapan Abu Bakar dengan tidak melihat Rasulullah saw ; “Hai Abu Bakar, betulkah sahabatmu selalu menghinakan daku begini….dan begitu…?” Abu Bakar menjawab; “Tidak! Ia tidak menghinakan kamu, hanya membacakan firman Tuhan.” Ummu Jamil berkata; “Memang engkau yang membenarkan dia.”
 
Kemudian Abu Bakar berkata kepada Nabi saw; “Dia tidak melihat engkau.”
Rasulullah saw menjawab; “Malaikat selalu menutup-nutupi sehingga ia berpaling lalu pergi.”

Hari demi hari semakin ramai yang mengikuti Rasulullah saw. Abu Lahab dan isterinya semakin giat menghasut kaumnya. Maka berlakulah pertelingkahan antara kaum muslimin dan kaum musyrikin Mekkah sehingga pemuka-pemuka musyrikin Quraisy dan Abu Lahab pergi berjumpa dengan Abu Thalib bapa saudara Nabi saw supaya menasihati Rasulullah saw berhenti dari berdakwah. Namun tidak diambil berat oleh bapa saudaranya.

Suatu ketika, jari Rasulullah saw bengkak dibaling batu dan menyebabkan Rasulullah saw demam. Selama 3 hari Baginda tidak keluar rumah. Arwa binti Harb bin ‘Umayyah (Ummu Jamil) datang kononnya ingin menziarahi Baginda tetapi telah mengejek mengatakan; “Muhammad, mengapa engkau tidak keluar-keluar dari rumah dan membawa berita yang sangat ajaib? Saya menyangka syaitanmu telah meninggalkan kamu kerana dua atau tiga hari tidak berkunjung kepadamu, dan barangkali ia tidak sudi lagi mendekatimu atau barangkali ia telah marah kepadamu.”

Ejekan ini telah tersebar di kalangan musyrikin Quraisy dan mula bersangka-sangka; “Oh, sekarang Muhammad telah ditinggalkan oleh Tuhannya, kerana Tuhannya telah memarahinya, maka sekarang ia sangat malu keluar rumahnya untuk menampakkan air mukanya.”

Rasulullah saw sangat berdukacita dengan ejekan-ejekan itu. Maka turunlah wahyu kepada Baginda; “Demi Matahari apabila telah meningkat. Demi malam hari apabila telah kelam, Tuhanmu tidaklah meninggalkan dikau dan tidak pula marah(kepadamu).” – (adh-Dhuha 93:1-3) Seketika itu juga Rasulullah saw rasa sangat gembira , kemudian bertakbir dan bersyukur kepada Allah Yang Maha Besar.

Usaha Abu Lahab langsung tidak berjaya untuk memberhentikan dakwah Nabi saw. Maka beliau mula menyakiti Nabi saw. Suatu ketika Abu Lahab melemparkan kotoran najis di hadapan rumah Baginda. Lantas Baginda membersihkannya sendiri.

Pada suatu waktu, Abu Lahab sekali lagi membuang kotoran di hadapan rumah Rasulullah saw. Sambil membersihkannya Rasulullah saw berkata; “ Hai anak cucu Abdu Manaf! Beginikah cara orang-orang bertetangga?”

Pada suatu pagi, semasa Abu Lahab sedang membuang najis di hadapan rumah Rasulullah saw, telah diketahui oleh Hamzah(pakcik Nabi saw sebelum masuk Islam), lalu Hamzah mengambil najis tersebut dilemparkan kepada Abu Lahab. Lantas Abu Lahab memaki Hamzah dengan suara yang kasar.

Ummu Jamil pula mengadu domba kepada Abu Sufyan abangnya; “Hai abang! Engkau marah tak jika engkau mendengar adikmu dicaci orang?” Abu Sufyan menjawab; “Sudah tentu aku marah.” Ummul Jamil menyambung; “Muhammad sekarang selalu mencaci maki aku dan mengata-ngata aku dengan perkataan jijik dan keji.”

Abu Sufyan menambah; “ Kalau begitu sekarang juga Muhammad aku bunuh.” Sambil mengambil pedangnya dan ke rumah Rasulullah saw. Sampai sekerat jalan, ia berpatah balik dengan tergesa-gesa. Ummu Jamil bertanya; “Adakah engkau sudah membunuh Muhammad?” Abu Sufyan menjawab; “Oh adik ku, adakah engkau suka abangmu dimakan ular?” Ummu Jamil terus menjawab; “Demi Latta tentu aku tidak akan suka, bahkan sangat merisaukan.” Abu Sufyan menceritakan; “ Sewaktu aku ditengah jalan, ada seekor ular yang sangat besar ingin menelanku jika aku menghampiri rumah Muhammad. Ular itu mengejarku, maka aku lari dengan tergesa-gesa kerana aku takut.”
 
Rasulullah saw mengambil pendekatan dakwah dengan menghampiri kabilah-kabilah Arab dari luar Mekkah yang datang ke Mekkah. Sewaktu mereka beristirehat, Rasulullah saw datang bertanya khabar dan menyampaikan seruannya. Setiap kali selepas seruannya, datang Abu Lahab mencantas dakwah Nabi saw.

Apabila Rasulullah saw menyeru; “Hai sekalian manusia, sesungguhnya Allah memerintahkan kamu sekalian supaya menyembah kepada-Nya, dan jangan kamu menyengutukan Dia dengan sesuatu.” Abu Lahab akan pasti mencantas dengan berkata; “Hai sekalian manusia, sesungguhnya orang ini memerintahkan kamu sekelian supaya meninggalkan agama orang-orang tuamu dahulu.”

Apabila Rasulullah saw menyeru; “Hai sekalian manusia! Ucapkanlah olehmu, Tiada Tuhan melainkan Allah, supaya kamu berbahagia.”Datang Abu Lahab membangkang; “Hai sekalian manusia, janganlah kamu dengarkan perkataan orang ini kerana dia itu pendusta!”

Apabila Rasulullah saw menyeru; “Hai keturunan Fulan! Sesungguhnya aku ini Rasul Allah yang diutus untuk kamu sekalian, aku memerintahkan kepada kamu supaya menyembah kepada Allah dan janganlah kamu menyengutukan Dia dengan sesuatu. Dan hendaklah kamu melepaskan segala sesuatu yang kamu sembah dari selain Allah dari persekutuan-persekutuan ini, dan hendaklah kamu percaya kepadaku dan membenarkanku!”

Lantas Abu Lahab mencantas; “Hai keturunan Fulan! Sesungguhnya orang ini hanyalah mengajak kamu supaya kamu melepaskan berhala Latta dan Uzza dari sesembahanmu, kamu diajak olehnya untuk mengerjakan perbuatan bid’ah dan kesesatan kerana itu janganlah kamu mengikut dia dan janganlah kamu dengarkan dia.”

Tariq al-Muharibi menceritakan; “Ketika kami di pasar Dhi al-Majaz, saya ternampak seorang lelaki separuh umur berkata; ‘Wahai saudara-saudara sekelian! Ucapkanlah Tiada Tuhan melainkan Allah. Kelak kamu akan berjaya’. Tiba-tiba saya nampak seorang lelaki melemparkan sesuatu kepadanya dari belakang sehingga betis dan tumitnya berdarah. Lelaki itu mencelah; ‘Wahai saudara-saudara! Dia ini seorang pendusta dan janganlah kamu mempercayai cakapnya.’ Maka aku pun bertanya; ‘Siapakah lelaki itu?’ Ayahku menjawab itulah Muhammad yang mendakwa dirinya seorang Nabi dan itu pula bapa saudaranya Abu Lahab yang mendakwa ia seorang pendusta.”

Abu Lahab telah tidak ikut serta dalam peperangan Badar bersama pemuka-pemuka Quraisy kerana takut. Beliau telah menghantar ‘Ash bin Hisyam dengan bayaran 4000 dirham sebagai bayaran hutangnya dengan Abu Lahab.

Abu Lahab telah menganjurkan anak lelakinya menceraikan anak perempuan Rasulullah saw Ruqayyah dan Ummu Kalsum sebagai penghinaan kepada Rasulullah saw. Apabila Rasulullah saw kematian anak lelakinya Abdullah, Abu Lahab melompat kegembiraan dan menghebahkan kepada kawan-kawan beliau bahawa Rasulullah saw keputusan zuriat.

Ummu Jamil telah menghalangi laluan Rasulullah saw dengan duri-duri dan menyebarkan fitnah. Beliau juga telah mendermakan barang kemasnya dalam usaha menjatuhkan Rasulullah saw. Abu Lahab telah mendapat penyakit pelik seperti tidak siuman dan telah mati di Mekkah.


Pengajaran dan Iktibar
تَبَّتۡ يَدَآ أَبِى لَهَبٍ۬ وَتَبَّ 
تَبَّتۡ yang pertama merupakan doa ‘binasalah’ Abu Lahab.
وَتَبَّ yang kedua adalah penyataan di mana doa yang pertama itu telah terlaksana. Memang Abu Lahab telah binasa.

مَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُ مَالُهُ ۥ وَمَا ڪَسَبَ (٢
Kebinasaan Abu Lahab berlaku di Dunia lagi di mana semua usaha dan hartanya tidak dapat menolongnya untuk menghalangi kebinasaan ini. Perkataan أَغۡنَىٰ memberi pengertian ; i) Kalau seseorang itu tiada harta tetapi dia membantu menyebarkan Islam, maka dia akan diselamatkan di Akhirat. ii) Segala harta kekayaan tidak akan mampu menghalang seruan Islam. Orang yang kaya seperti Qorun, Fir’aun, juga Bush pun tidak dapat menghalang Islam.

سَيَصۡلَىٰ نَارً۬ا ذَاتَ لَهَبٍ۬ (٣

Pembalasan di Akhirat pula, Abu Lahab akan masuk ke dalam api neraka yang marak dan menyala-nyala. Nama sebenar Abu Lahab ialah Abu U’zza sempena nama berhala. Di beri gelaran Abu Lahab kerana ‘Lahab’ bermaksud api yang menyala-nyala. Jadi Abu Lahab ini seorang yang mukanya bercahaya. Malah sejarah menyatakan dia mempunyai lesung pipit.

وَٱمۡرَأَتُهُ ۥ حَمَّالَةَ ٱلۡحَطَبِ (٤
فِى جِيدِهَا حَبۡلٌ۬ مِّن مَّسَدِۭ (٥
Isteri Abu Lahab akan turut sama dibakar oleh api neraka dengan keadaan membawa kayu api dan lehernya terikat dengan sabut, yakni tali yang mengikat kayu api yang berduri.
حَمَّا bermaksud pembawa kayu api.Kayu api berduri ini telah digunakan untuk menghalang laluan Rasulullah saw. 
حَطَبِ bermaksud kayu api. Kiasan bagi membawa fitnah dan mengapi-apikan.
مَّسَدِۭ bermaksud sabut. Sabut adalah hodoh dan selalunya dibuat tali untuk mengheret unta. Ini adalah satu penghinaan kepada Arwa(Ummu Jamil).
Arwa bererti seseorang yang memberi minum sehingga puas. Jamil bermaksud cantik.


Perkaitan dengan surah sebelumnya

Mengikut susunan surah dalam al-Quran (tauqifi - susunan yang tiada campur tangan manusia, hanya susunan dari Allah swt); Surah an-Nas menunjukkan manusia akan menerima gangguan dalaman yang hanya pertolongan Allah sahaja mereka dapat menghindarinya. Kemudian surah al-Falaq, menunjukkan manusia juga akan menerima gangguan luaran seperti sihir dan sifat dengki sesama manusia. Ini juga hanya pertolongan Allah sahaja mereka akan dapat menghindarinya. Kemudian surah al-Ikhlas menunjukkan manusia perlu mengikhlaskan diri secara total hanya kepada Allah, tidak kepada yang lain. 
 
Ketiga-tiga ayat ini di mulai dengan perkataan قُلۡ yang mengarahkan kita menyatakan/menyeru/berdakwah kepada manusia sejagat bahawa manusia itu lemah, memerlukan perlindungan Allah, tidak syirik dan hanya mentauhidkan kepada Allah swt.

Kemudian surah al-Masad ini menunjukkan setiap dakwah/seruan kepada jalan Allah pasti akan mendapat tentangan dan ujian. Tiga tahun pertama dakwah Rasulullah saw adalah secara sembunyi-sembunyi (sir). Ajakan Rasulullah saw hanya kepada mereka yang boleh menjaga rahsia keIslaman mereka dan Rasulullah saw mempercayai mereka akan mengikuti ajakan Baginda. 
 
Orang Arab diwaktu itu tinggal dalam kawasan yang tertutup, yaitu lebih kurang 10,000 orang penduduk sahaja dalam satu kawasan, tiada kemajuan internet seperti sekarang, pasar pula ada satu dua sahaja. Oleh itu mudah untuk mengenali antara satu sama lain dengan nama-nama yang terperinci. Begitu juga Rasulullah saw dapat mengecam siapakah di kalangan mereka yang akan mengikuti Baginda.

Selepas tiga tahun, pada awal tahun ke empat, Rasulullah saw mengajak 40-45 orang keluarganya yang terdekat secara terang-terangan. Banyak tentangan dihadapi termasuk bapa saudaranya Abu Lahab dan isterinya Ummu Jamil.

Dalam al-Qur’an tidak banyak nama-nama disebut kecuali mereka yang sudah pasti celaka atau bahagia. Contoh mereka yang celaka ialah Fir’aun, Haman dan Qorun di zaman Nabi Musa a.s dan Abu Lahab di zaman Rasulullah saw. Abu Lahab adalah orang pertama yang menentang dakwah Nabi saw.

Pemuka-pemuka Quraisy yang menentang Rasulullah saw telah mati di perang Badar sebaliknya Abu Lahab pula mati dalam kehinaan.
 
Apa yang kita dapat daripada surah ini

1. Allah swt memberi jaminan supaya jangan takut apabila ada orang menentang seruan Islam, mereka pasti akan binasa dan masuk neraka. Ini merupakan berita gembira kepada Rasulullah saw dan pendakwah Islam.

2. Apa pun usaha untuk melawan Rasulullah saw(juga pendakwah Islam) tidak akan berjaya walaupun mereka mempunyai kekayaan harta yang banyak. Ini kerana Allah swt beserta dengan Rasulullah saw dan sesiapa penyambung tugasnya.

3. Abu Lahab merupakan simbol penentang Islam. Akan ada penentangan dari keluarga terdekat dan dari musuh Islam jika dakwah Islam dilaksanakan.

4. Kaum wanita juga akan menerima nasib sama seperti Arwa/Ummu Jamil jika bertindak sama sepertinya.

5. Harta yang banyak tidak memberi makna jika tidak digunakan ke jalan yang benar. Yaitu jalan penyeruan kepada Islam.

Oleh itu, ini merupakan motivasi kepada setiap individu muslim, jangan takut atau ragu-ragu untuk menyeru manusia sejagat kepada Islam dan hanya mentauhidkan diri kepada Allah swt. Usaha ini pasti mendapat pembelaan dari Allah Pemelihara sekelian makhluk dan A’lam ini.

 KLIK UNTUK SUMBER