Translate

Friday 22 February 2013

Kisah Kehidupan Rasulullah saw

Salam semua,

untuk renungan bersama..

Kisah Kehidupan Rasulullah.        

Siti Aisyah r.ha telah di pelawa menghadir majlis makan-makan, bila makanan terbentang depan mata, dan apabila makanan di suapkan ke mulutnya, Siti Aisyah r.aha yang merupakan ‘ibu kepada semua orang islam’ telah menangis…Sedang air mata mengalir di pipi, beliau berkata…“Rasululullah SAW tak pernah makan roti yang sebegini lembut semasa hayatnya bersamaku..”(lebih kurang maksud)  Siti aisyah berkata lagi…“Roti yang biasa Nabi Muhammad SAW makan, adalah roti yang keras dan murah, itupun baginda tidak dapat makan sampai kenyang..(kerana sedikit sahaja yang ada dan sering di bahagi-bahagikan)”

Riwayat lain Aisyah berkata:“Baginda tidak pernah makan kenyang selama dua hari berturut turut walaupun dengan roti jagung dalam sepanjang hayatnya sehinggalah kewafatannya…”

“Pernah satu hari bila tiba waktu berbuka puasa.., tiada apa apa makanan di rumah kami, melainkan hanya sebiji kurma, maka Rasulullah telah mebahagikan kurma itu kepada dua bahagian, satu untuk aku dan satu lagi untuk baginda, dan itulah sahaja juadah kami berbuka puasa…”

Bercerita tentang kehidupan Nabi Muhammad saw, Nabi hidup sehari kenyang dan sehari lapar bukan kerana Nabi amalkan diet, atau Nabi muflis, tapi kerana rumah Nabi memang tiada makanan! Langsung! Pernah satu pagi nak bersarapan, isteri baginda memberitahu bahawa makanan tidak ada.  Maka Nabi dan isterinya buat keputusan untuk berpuasa..!

Kata Ibnu Abbas r.a lebih kurang maksud: “Berlapar selama beberapa hari adalah perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan keluarga Rasullullah"

-Sedikit ulasan-
moga-moga ada manfaatnya untuk peringatan kepada diriku jua..

Sungguh, kalau kita renung-renungkan!! jauhnya kehidupan kita dengan baginda, anak-anak kita selalu dipastikan cukup makan pakai. Tetapi hal2 rohani sering kita abaikan.  Rasulullah saw, kehidupan baginda banyak berjuang, memang R saw tidak mengusahakan makan minum, tetapi kita ummatnya disuruh berusaha untuk menampung keluarga, tambah2 yg ramai anak.

Tetapi malangnya usaha kita untuk keperluan lahir adalah melebihi daripada keperluan Rohani. Kita ambil contoh mudah, ramai ibu bapa mudah menangis kalau anak tak dapat cukup makan atau keperluan sekolah tak cukup (ini bagi yg hidup susahlah, yang senang tiada masalah dalam hal makan pakai, tapi Allah uji dgn masalah lain pula) , tapi ramai yang tak mahu menangis apabila anak2 susah atau liat untuk bersembahyang, sudah terjebak dengan sistem Yahudi yang melalaikan (antaranya internet, V game, facebook, bola, h phone), dedah aurat, bergaul bebas, tak pandai berbudi bahasa dan sudah tak ada minat untuk merujuk buku-buku agama dan tak mahu mencari guru agama yang hak.

Jadi kita boleh nilai sendiri, sebab itulah kebanyakan orang2 yang perjuangkan agama di zaman ini, hidupnya agak susah berbanding orang yang perjuangkan material. Tetapi susah-susahpun hanyalah pada wang ringgit jika dibandingkan dengan orang yang perjuangkan kehidupan nafsi-nafsi iaitu keluarga sendiri. Susah di sudut material, tetapi makanan tetaplah ada, tidaklah sampai macam kehidupan Rasulullah saw dahulu. Dengan alasan tak mahu susah dan tak suka untuk berkorbanlah, ada segolongan orang tidak suka kepada golongan yang cuba untuk mengikut cara kehidupan Rasulullah saw.

Para Rasul itu ujiannya paling berat, sebab itulah jiwa hamba pada Rasulullah itu sangat menebal, boleh sahaja R saw untuk doakan supaya Allah datangkan makanan yang enak-enak, tetapi bagi R saw, itu bukan keutamaan...jadi renung-renungkanlah!!

Apakah keutamaan kita sebenarnya di dunia ini ??!!

Kesusahan itu bukanlah suatu kehinaan!! Ia sebenarnya adalah suatu keperluan untuk melatih diri merasa hamba!

Kalaulah ia Dilakukan kerana agama!!
Sanggup Bersusah-susah untuk Islam, itulah kemuliaan di sisi Tuhan...tapi apa sudah jadi dengan kita hari ini...sanggupkah kita bersusah-susah walaupun sedikit untuk Islam??  Kita belum lagi disuruh berperang...belum pun ada yg cedera atau terbunuh seperti para sahabat!,  kita hanya diminta berkorban sedikit sahaja drpd hasil keselesaan hidup (yang sementara ini) seperti masa, tenaga atau wang ringgit untuk Islam. Kita disuruh merintih dan menangis di malam hari supaya Kerajaan ajaib kayakan islam..Kita perlu bela Rasulullah sebelum mengharap Rasulullah membela kita nanti..

Tanyalah pada hati kita?

Bagaimana dgn diri kita?

Sanggupkah kita melihat keluarga kita susah, kalaulah takdirnya kita perlu berkorban untuk Islam?


Sanggupkah kita melihat sebuah Jemaah Islam bersusah payah tanpa kita mau turut serta?

Memang Islam itu sudah dijanjikan akan menang!!..tapi adakah kita tidak mahu ambil peluang untuk menanam saham yang hasilnya akan dituai di akhirat sana! Ini era puncak untuk kebangkitan Islam kali kedua, pengorbanan sebelum berlakunya kemenangan, ia adalah sangat besar nilaiannya!!

Kalaulah kita hanya bertindak sebagai pemerhati, malang dan tiada rezekilah...apa boleh buat..kerana sanggup memilih untuk bersenang-senang dahulu...tolonglah wahai kerajaan ajaib supaya diri kami dan keluarga kami tidak termasuk dlm golongan sebegini yang tentunya akan menyesal tak berkesudahan apabila peluang untuk mengambil bahagian sudah terlepas!!

Orang Islam patut mencontohi perjuangan baginda Rasul, Jemaah Islam patut kaya, tetapi individunya sanggup miskin kerana hasil kekayaan diri tak tergamak untuk digunakan semewahnya untuk diri sendiri semata....lihatlah bagaimana berkorbannya Nabi kita (juga para isteri dan ahli keluarga baginda yang suci), langsung tidak mengambil untuk kepentingan diri dan keluarga baginda..bagindalah suri tauladan kita, tak mampu banyak, kita cubalah berkorban walau sedikit, dengan apa cara yang termampu...nescaya Allah dan Rasul tak akan persia-siakan!!..


Sepatutnya kita sedar dan merasa pilu, betapa jauh bezanya kehidupan Rasulullah saw dengan kehidupan kita..Rasul yang akan memberi syafaat kepada kita jika kita diakui sebagai ummatnya Suatu hari nanti di Padang Mahsyar kelak!! Betapa gerun dan dasyatnya waktu itu dan kita pasti menempuhnya!...( Hu hu hu...eloklah kita menangis dan mengenang-ngenangkan begitu ketaranya perbezaan semangat juang kita, Rasulullah sangat utamakan akhirat dan hal yang berkaitan dgn roh...tapi kita utamakan ...?)

Ampun maaf,

Wassalam.

Jumaat, 11:49 pm.


 ~" sampaikanlah dariku biarpun hanya sebaris ayat "

Monday 18 February 2013

DOA TERAKHIR RASULULLAH

DOA TERAKHIR

Pernah Nabi ziarah anak kesayangannya Siti Fatimah r.aha, tiga kali bagi salam dan tak ada dengar jawapan, akhirnya untuk salam yang terakhir ada jawapan salam dari Fatimah r.aha dengan nada yang perlahan…, dan Siti Fatimah r.aha merangkak membuka pintu kerana berada dalam keadaan yang sangat lapar, nabi menangis, kemudian datang Husin dan Hasan cucu Nabi berlari ke arah baginda dengan harapan adalah makanan yang di bawa, tapi mereka kecewa apabila mendapati baginda SAW datang dengan tangan kosong..

Lalu nabi SAW mencium cucu kesayangannya ; Seorang cium di perut..Seorang cium di leher...Lalu ter’kasyaf’lah Fatimah r.aha akan nasib yang bakal menimpa anak anak nya iaitu seorang akan di bunuh dengan di pancung dan seorang bakal dibunuh dengan di racun..

Lalu merayulah Fatimah r.aha kepada baginda dengan linangan air mata agar Nabi SAW menggunakan doa ‘terakhir’ untuk mengubah takdir anaknya..

Nota: setiap Nabi a.s mempunyai doa ‘terakhir’ iaitu doa yang paling makbul yang biasanya para Nabi gunakan untuk memohon Bala Bencana kepada ummatnya – Rujuk cerita para Nabi. Contoh macam Nabi Yunus, bila umat baginda tak mahu menerima ajarannya, baginda pun berdoa kpd Tuhan supaya didatangkan bala supaya mereka sedar. Nabi Nuh pula dengan banjir besar. Kebanyakan Nabi2 doakan, apabila umat mereka sudah terlalu degil.

Tapi Nabi SAW menolak permintaan puteri kasayangannya kerana telah berniat untuk menyimpan doa ‘terakhir’ tersebut untuk ummatnya di padang mahsyar.., Oh! begitu cinta sekali Nabi kepada KITA Ummatnya..!!!|

Patutlah Allah dan Malaikat pun berselawat ke atas baginda.  Patutlah nama Baginda digandingkan dengan Nama Allah. Pribadi baginda sungguh agung dan Mulia, bijaksananya tak terjangkau oleh akal kita, mementingkan keselamatan ummat melebihi anak-anak dan cucunda kesayangan!! ... Nabi kita, sangat sayaangkan kita, tetapi ini tidaklah menafikan sayangnya baginda pada anak dan cucu baginda, ini pengajaran untuk kita cungkil hikmahnya, Rasulullah sangat bijak untuk membuat pilihan demi keselamatan keluarga dan ummat baginda. Kita pun begitulah, kalau nak ikut Rasulullah, tentu ada yang terpaksa kita korbankan, biar terkorban sekarang, tapi jauh di masa depan atau di akhirat sana baru nampak hasilnya yang lebih lumayan !!

Pengorbanan baginda itu, Walau Degil macamana pun ummatnya, baginda tetap simpan doa terakhir untuk selamatkan kita di padang mahsyar! Tapi apakah kita benar-benar mengikut ajaran baginda? Adakah kita lebih sayangkan anak-anak, suami / isteri ? Atau ibu bapa? Atau harta benda? Atau keluarga? Sanggupkah kita berpisah dengan keluarga untuk berkorban untuk Islam? Demi Agama suci yang baginda bawa??, yang kerana Islamlah Baginda dan seluruh hidup baginda, keluarga baginda dan para sahabat berkorban habis-habisan...bukan sekadar harta tetapi sanggup menggadaikan nyawa tanpa banyak alasan untuk utamakan kepentingan diri dan keluarga semata....

Sungguh menyayat hati..kalaulah kita renung-renungkan!!! Jauhnya kita daripada menyayangi dan mencintai baginda!!!

Pengorbanan baginda tiada taranya!! Layakkah kita untuk menjadi ummat baginda? Adakah kita layak untuk mendapat doa terakhir daripada baginda??

Apakah pengorbanan kita untuk Nabi kita??

Ya Allah, Ya Rasulullah, Ya Sayyidi, Ya Abuya Putra Bani Tamim, tolonglah ampunkan dan taubatkan kami dan berilah kami kesedaran dan kesempatan untuk berubah sebelum ajal menjemput kami!!!

Nota : disebut dlm Hadis, Putra Bani Tamim itu sebagai orang Kanan Imam Mahdi, beliau menyediakan tapak untuk pemerintahan Imam Mahadi, yang Allah dgn kuasaNya meng'ghaib'kannya sehingga sampai masanya yang dirahsiakan.

Di zaman ini, Putra Bani Tamimlah yang arif tentang perjuangan Rasulullah, bagaimana untuk kita dipimpin untuk menghayati perjuangan Rasulullah yang mana beliau juga bertanggungjawab menyedarkan kita, ummat akhir zaman ini supaya kenal siapa Nabi kita dan supaya kita benar-benar kenal diri dan sedar diri kita ini hanya sebagai hamba kepada yang Maha Esa.

Moga bermanfaat bagi diriku, keluargaku dan juga mereka yang mahu mengambil pengajaran.


Ampun maaf.

Wassalam.

"sampaikanlah dariku biarpun hanya sebaris ayat"

Thursday 7 February 2013

JUALAN AMAL HARUMAN KASTURI


Bersempenakan Bulan yang Berkat ini, marilah kita selalu berwangi-wangian....


PRODUK UTAMA JUALAN AMAL HARUMAN KASTURI


           WANGIAN  IDAMAN  ALAF  INI
                                    SUMBER  INSPIRASI  SPIRITUAL
                                                         EKSKLUSIF  UNTUK  SEMUA
                                                                               DI MANA-MANA  &  BILA BILA

JUALAN AMAL WANGIAN KASTURI


Harga yang sangat berpatutan, dengan Jaminan Kualiti yang terbaik.  Aromanya yang tersendiri sangat memberi kesan kepada jiwa dan perasaan mengikut pilihan citarasa anda. Buat permulaan ini, Cubalah ketiga-tiganya untuk pilihan mengikut kesesuaian anda, Insya Allah setakat ini ia tidak menghampakan. Nilai 'RM' Belian anda juga termasuk dalam sedekah 'amal jariah' kerana tujuan JUALAN ini adalah untuk mencari DANA tambahan untuk usaha-usaha 'fisabilillah'. Moga Sambil anda Membeli, anda juga mendapat SAHAM AKHIRAT disamping dapat juga mengamalkan SUNNAH yang mana antara kesukaan baginda Rasulullah saw adalah wangi-wangian. Dan sebaik-baik wangian adalah Minyak Wangi Kasturi.


ANTARA PRODUK 3S ( Saham Akhirat , Mengikut Sunnah , Solat dengan memakai wangian adalah 70 kali lebih baik daripada tanpa wangian )


1) Kasturi Susu  ~ RM35 sebotol (3ml)
       Haruman yang Manis Menenangkan Jiwa
       warna : Putih Pekat ( Asli )
      - harap goncangkan botol beberapa kali utk calitan kerana    
        ia sangat pekat

2) Kasturi Mentari (Delima Kijang) ~ RM25 sebotol (3ml)
       Haruman yang Segar Mengulit Jiwa serta memberi  
       rasa Ceria dan Cergas 
       warna : Kuning Emas ( Asli ) dgn bintil-bintil Hitam Kasturi
       -  Baik untuk Aromaterapi dan sebagai ikhtiar menghalang 
          penyakit- penyakit yang disebabkan gangguan makhluk 
          halus. Semuanya adalah dengan izin Allah swt )

3) Kasturi Putih ~ RM25 sebotol (3ml)  
       Wangian yang Lembut Mempesona Bak Seribu Bunga 
       warna : Jernih tanpa warna
       - Aroma Ros Segar yang menenangkan jiwa


4) Kasturi Pink (BARU 1.5.12) ~ RM60 sebotol (5ml) 
        Haruman yang Manis, Lembut serta Segar.

        warna : Merah jambu (pink) . Pekat seperti kasturi susu,  
      goncang botol sebelum calitan.
      - Sungguh unik, Aroma Lembut dan Segar, seakan-akan  
        wangian strawbery yang membuat hati terasa nyaman 
        sekali.


         SEDEKAH ITU LEBIH TAJAM DARIPADA BERDOA





Monday 4 February 2013

SIAPAKAH CALON PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK DIJADIKAN ISTERI


Salam semua, masih lagi kita di bulan berkat, bulan kelahiran baginda Rasul yang mulia, 24 R.Awwal bersamaan 5 Feb 2013. Moga kita sama-sama dapat mengutip berkat drp baginda Rasul dan orang -orang yang menempuh jalan hidup baginda dan para sahabat baginda serta ahli keluarga baginda yang mulia, yang suci dan yang  terpilih.


Di bawah ini, saya petik sebuah artikel yang sangat menarik dan murni untuk dikongsikan, sama-samalah kita berdoa semoga anak-anak dan keturunan kita bakal mendapat calon isteri seperti yang dikhabarkan dalam artikel dibawah.  Sungguh banyak panduan yang berguna, perkahwinan itu bukanlah sesuatu 'trial and error', ia adalah hala tuju untuk keselamatan kita dan ahli keluarga kita di akhirat sana. Panduan dan jalan berkat sudah tersedia...'tepuk dada, tanya selera'...semua terpulang kepada kita, kalau kita ada iso tersendiri, Allah lebih-lebih lagi mempunyai  iso yang Maha tinggi lagi terpuji. Maha suci Allah daripada segala sangka jahat hamba-hambaNya.

Selamat membaca, petikan drpd blog suaraharamain, moga bermanfaat sebagai saham akhirat..

SIAPAKAH CALON PEREMPUAN YANG BAIK DIJADIKAN ISTERI.

Islam memberikan panduan kepada lelaki dalam memilih calon untuk dijadikan isterinya. Rasul saw berpesan:
“Kahwinilah perempuan atas dasar kecantikannya, hartanya, keturunannya, atau agamanya. Maka pilihlah atas dasar agamanya nescaya kamu akan selamat dan aman bahagia.”

Di zaman kini, pilihan manusia kebanyakannya atas dasar mereka yang berduit. Sesiapa yang hendak menjadi pasangan hidup kena berduit, kalau hanya ada lidah dan gigi tidak layak, sekali pun ada cita-cita hendak bela Islam. Walaupun calon suami isteri sudah saling merestui, masalah datang dari keluarga kerana salah seorang tidak berduit atau tidak berharta. Inilah realiti yang berlaku di dalam masyarakat Islam sekarang, samada di negara kita mahupun di seluruh dunia.

Bagi mereka yang berpeluang hidup dan bermasyarakat di Timur Tengah, inilah antara masalah besaryang dihadapi umat Islam di sini.
Kalau tiada ratusan ribu riyal atau puluhan ribu dinar, kahwin tinggal angan-angan.
Dengan itu Yahudi mengambil peluang di atas kerosakan ini dengan melakukan perniagaan pinjaman wang kepada lelaki yang mahu berkahwin. Ini realiti. Bagi yang memiliki anak perempuan, inilah masanya untuk 'menjual' anak-anak mereka. Bagi yang berkelulusan tinggi, harganya pun tinggi. Bagi yang sijil sekolah menengah, mungkin dapat separuh harga (mas kahwin). Berlakulah masalah andartu yang berlebihan di Arab Saudi kerana sistem ini. Di Syria, lelaki berumur 40 tahun baru boleh berkahwinkerana mahu mencari duit. Itu pun belum tentu kekal. Pinjaman masih berhutang tapi sudah bercerai.Berjaya Yahudi merosakkan kehidupan umat Islam!

Sabda baginda lagi:
“Wanita yang paling baik itu ialah yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya, yang baik akhlaknya. Dan wanita yang jahat itu ialah yang mahal mas kahwinnya, yang susah nikahnya, dan buruk akhlaknya!”
Apa yang Rasul gambarkan di atas ini, yang berlaku kini adalah sebaliknya. Masing-masing berlumba dengan nilaian mas kahwin yang paling tinggi, dengan 1001 permintaan yang tidak masuk akal. Jelaslah masyarakat Islam telah dirosakkan Yahudi. Apa yang menjadi kesukaan baginda, telah dicabut dari umatnya.

Bukankah membina keluarga Islam itu antara yang dituntut oleh Allah? Tuhan minta kita tegakkan dan perjuangkannya bermula pada diri dan keluarga. Duit bukanlah segala-segalanya.
Namun Tuhan berlepas tangan kepada umat Islam bilamana sudah tersilap berfikir bahawa wanglah penyelesai segala-galanya.

Baginda rasul pernah sabdakan iaitu;
ستكون في أخر الزمان من أمتي دينهم دينارهم وقبلتهم النساء
“Akan berlaku suatu masa di akhir zaman dikalangan umatku, agama mereka adalah wang dan kiblat mereka adalah perempuan”.

Di dalam Islam, masyarakatnya terbahagi kepada dua. Pertama Awwamul Muslimin, yang ke duaMuqarrabin. Golongan pertama ialah golongan yang Islamnya cukup syarat. Sekadar tidak melakukan yang haram, sembahyang lima waktu dan lain-lain amalan asas dalam Islam. Berbeza dengan golongan yang ke dua, mereka ini ialah golongan yang hidup mati untuk Islam. Islam itu tidak di mulut tapi dalam perlaksanaan. Islam tidak di slogan tapi dalam perbuatan. Islam itu dihayati dan diamalkan.Ini berlaku di dalam masyarakat Islam terdahulu. Rasul dan para sahabat (Muhajirin dan Ansar) adalah golongan yang sanggup mati untuk Islam. Manakala masyarakat awam adalah sebagai masyarakat yang memeriahkan amalan Islam bersama.

Berkenaan urusan kehidupan, tak sama apa yang baginda lakukan terhadap para Muhajirin dan Ansar dengan masyarakat awam di zaman itu. Muhajirin dan Ansar, apa-apa yang dibuat adalah restu dan izin dari Rasul. Kalau baginda setuju, mereka buat. Kalau baginda menolak, mereka tinggalkan. 
Begitulah juga dalam hal perkahwinan.

Bagi masyarakat awam, panduan di dalam hadis yang pertama itu sudah memadai, dan itulah panduan paling minima atau paling ringan dan paling rendah, dan itulah jaminan dari baginda Nabi saw. Namun bagi golongan Muqarrabin, orang-orang bertaqwa, itu bukan pilihan mereka dan itu bukan untuk mereka.
Adakah ini bercanggah?! Tidak!

Sabda Nabi saw:
حسنات الأبرار سيئات المقربين
“sebaik orang soleh seburuk orang bertaqwa.”

Bagi Muqarrabin, berjemaah adalah perlu dan wajib. Sabda Nabi lagi:
عليكم بالجماعة
“Wajib ke atas kamu berjemaah!”

Jemaah ini mesti ada pemimpinnya. Jika zaman Rasul, bagindalah pemimpinnya. Zaman Khulafaur Rasyidin, para khalifahlah pemimpin mereka. Di zaman-zaman lain, mujaddid adalah pemimpin yang diutuskan sebagai wakil Nabi saw. Merekalah yang perjuangkan hidup berjemaah ini, dan Awwamul Muslimin memeriahkan masyarakatnya.

Contoh di dalam masyarakat di zaman Khulafaur Rasyidin, para sahabat atau tabiin atau tabiut tabiinmenyerahkan urusan perkahwinan kepada Khalifah atau gabenor yang dilantik. Hinggalah kita mendengar kisah Sayyidina Umar mencari lelaki-lelaki untuk dikahwinkan, kerana ada perempuan-perempuan atau keluarga yang menyerahkan diri atau anak mereka untuk dikahwinkan dengan pilihan Khalifah. Ini adalah trend salafussoleh.
Ini adalah trend mencari berkat. Restu pemimpin adalah keselamatan.

Ini adalah ISO salafussoleh. Awwamul Muslimin adalah kualiti rendah yang diluluskan oleh Rasulullah. Manakala Muqarrabin dan Muttaqin, ini adalah kualiti yang terbaik. Sudah tentu tak sama. Dunia pun mempunyai ISO untuk menentukan barang yang berkualiti rendah, dan yang berkualiti tinggi. Sudah tentu Allah ada ISO-Nya tersendiri!

Di dalam Islam lagi, suami adalah jambatan bagi isteri untuk menuju akhirat. Jambatan yang akan membantu para isteri mendapatkan Allah dan Rasul. Lihatlah di zaman Rasul dan para sahabat. Para janda diselamatkan, dikahwinkan setelah bercerai atau kematian suami. Ini bukan soal keinginan nafsu, tapi ini adalah keselamatan buat isteri! Kata baginda saw, wanita adalah makhluk yang mudah masuk syurga jika taat kepada suaminya dan paling mudah masuk neraka jika durhaka dengan suami.
Kerana inilah para sahabat menyelamatkan janda-janda atau balu-balu sahabat yang lain.

Bagi calon para ikhwan, suami dan isteri adalah hubungan yang disyariatkan demi membesarkan Allah dan Rasul. Ertinya, suami atau isteri tidak layak membesarkan pasangan masing-masing, mereka berpasangan hanya kerana hendak membesarkan Allah dan Rasul.

Persiapkan hati wahai bakal bergelar suami atau isteri! Supaya hati dapatkan Allah, dan ianya sebagai hasil ibadah munakahah yang kita lakukan. Hati itu ialah hati yang sudah kosong dari segala sifat mazmumah seperti sombong dan cinta dunia. Allah wajibkan setiap ibadah yang kita hendak lakukan bermula dengan memastikan hati kita hanya untuk Allah. Supaya hati tidak merasa apa-apa selain rasa hamba dan rasa hina. Hambakan memang hina?!

Maka disini kita kena dapatkan panduan dari Mursyid untuk menjayakan Islam termasuk disudut perkahwinan, kerana mursyidlah akan bertanggungjawab kepada keluarga tersebut. Itulah keutamaan di sini, taat setaat-taatnya pada mursyid. Pilihan yang lebih tepat di sini ialah berpandukan nasihat dari mursyid kerana dia lebih mengenali dan lebih tahu bagaimana hendak menangani masalah kita. Dan dialah yang akan memandu kita dalam menangani isteri kita. Bahkan mursyid sangat bertanggungjawab kepada diri dan isteri kita. Mursyid akan terus pandu supaya kita selamat di dunia dan di akhirat.