DOA TERAKHIR
Pernah Nabi ziarah anak kesayangannya Siti Fatimah r.aha, tiga kali bagi salam dan tak ada dengar jawapan, akhirnya untuk salam yang terakhir ada jawapan salam dari Fatimah r.aha dengan nada yang perlahan…, dan Siti Fatimah r.aha merangkak membuka pintu kerana berada dalam keadaan yang sangat lapar, nabi menangis, kemudian datang Husin dan Hasan cucu Nabi berlari ke arah baginda dengan harapan adalah makanan yang di bawa, tapi mereka kecewa apabila mendapati baginda SAW datang dengan tangan kosong..
Lalu nabi SAW mencium cucu kesayangannya ; Seorang cium di perut..Seorang cium di leher...Lalu ter’kasyaf’lah Fatimah r.aha akan nasib yang bakal menimpa anak anak nya iaitu seorang akan di bunuh dengan di pancung dan seorang bakal dibunuh dengan di racun..
Lalu merayulah Fatimah r.aha kepada baginda dengan linangan air mata agar Nabi SAW menggunakan doa ‘terakhir’ untuk mengubah takdir anaknya..
Nota: setiap Nabi a.s mempunyai doa ‘terakhir’ iaitu doa yang paling makbul yang biasanya para Nabi gunakan untuk memohon Bala Bencana kepada ummatnya – Rujuk cerita para Nabi. Contoh macam Nabi Yunus, bila umat baginda tak mahu menerima ajarannya, baginda pun berdoa kpd Tuhan supaya didatangkan bala supaya mereka sedar. Nabi Nuh pula dengan banjir besar. Kebanyakan Nabi2 doakan, apabila umat mereka sudah terlalu degil.
Tapi Nabi SAW menolak permintaan puteri kasayangannya kerana telah berniat untuk menyimpan doa ‘terakhir’ tersebut untuk ummatnya di padang mahsyar.., Oh! begitu cinta sekali Nabi kepada KITA Ummatnya..!!!|
Patutlah Allah dan Malaikat pun berselawat ke atas baginda. Patutlah nama Baginda digandingkan dengan Nama Allah. Pribadi baginda sungguh agung dan Mulia, bijaksananya tak terjangkau oleh akal kita, mementingkan keselamatan ummat melebihi anak-anak dan cucunda kesayangan!! ... Nabi kita, sangat sayaangkan kita, tetapi ini tidaklah menafikan sayangnya baginda pada anak dan cucu baginda, ini pengajaran untuk kita cungkil hikmahnya, Rasulullah sangat bijak untuk membuat pilihan demi keselamatan keluarga dan ummat baginda. Kita pun begitulah, kalau nak ikut Rasulullah, tentu ada yang terpaksa kita korbankan, biar terkorban sekarang, tapi jauh di masa depan atau di akhirat sana baru nampak hasilnya yang lebih lumayan !!
Pengorbanan baginda itu, Walau Degil macamana pun ummatnya, baginda tetap simpan doa terakhir untuk selamatkan kita di padang mahsyar! Tapi apakah kita benar-benar mengikut ajaran baginda? Adakah kita lebih sayangkan anak-anak, suami / isteri ? Atau ibu bapa? Atau harta benda? Atau keluarga? Sanggupkah kita berpisah dengan keluarga untuk berkorban untuk Islam? Demi Agama suci yang baginda bawa??, yang kerana Islamlah Baginda dan seluruh hidup baginda, keluarga baginda dan para sahabat berkorban habis-habisan...bukan sekadar harta tetapi sanggup menggadaikan nyawa tanpa banyak alasan untuk utamakan kepentingan diri dan keluarga semata....
Sungguh menyayat hati..kalaulah kita renung-renungkan!!! Jauhnya kita daripada menyayangi dan mencintai baginda!!!
Pengorbanan baginda tiada taranya!! Layakkah kita untuk menjadi ummat baginda? Adakah kita layak untuk mendapat doa terakhir daripada baginda??
Apakah pengorbanan kita untuk Nabi kita??
Ya Allah, Ya Rasulullah, Ya Sayyidi, Ya Abuya Putra Bani Tamim, tolonglah ampunkan dan taubatkan kami dan berilah kami kesedaran dan kesempatan untuk berubah sebelum ajal menjemput kami!!!
Nota : disebut dlm Hadis, Putra Bani Tamim itu sebagai orang Kanan Imam Mahdi, beliau menyediakan tapak untuk pemerintahan Imam Mahadi, yang Allah dgn kuasaNya meng'ghaib'kannya sehingga sampai masanya yang dirahsiakan.
Di zaman ini, Putra Bani Tamimlah yang arif tentang perjuangan Rasulullah, bagaimana untuk kita dipimpin untuk menghayati perjuangan Rasulullah yang mana beliau juga bertanggungjawab menyedarkan kita, ummat akhir zaman ini supaya kenal siapa Nabi kita dan supaya kita benar-benar kenal diri dan sedar diri kita ini hanya sebagai hamba kepada yang Maha Esa.
Moga bermanfaat bagi diriku, keluargaku dan juga mereka yang mahu mengambil pengajaran.
Ampun maaf.
Wassalam.
"sampaikanlah dariku biarpun hanya sebaris ayat"
SELAMAT DATANG KE ARENA WANGIAN IDAMAN ALAF INI...... SUMBER INSPIRASI SPIRITUAL..... EKSKLUSIF UNTUK SEMUA..... DI MANA-MANA DAN BILA-BILA... "Bacalah dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Pemurah...yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" : Al-'Alaq (3-5)
No comments:
Post a Comment