Translate

Monday 29 April 2013

BERITA BAIK UNTUK SEMUA !!!! AYUH JANGAN KETINGGALAN !!! JANGAN TUNGU LAMA-LAMA !!!

Salam sejahtera buat sesiapa sahaja yang sedang menatap atau membaca blog ini!!!!

Terima kasih yang tak terhingga dan terima kasih yang terutamanya kepada Allah swt kerana tuan-tuan dan puan-puan serta adik-adik dan anak-anak semua direzekikan untuk melihat atau menyaksikan sesuatu yang dinanti-nantikan oleh semua.....tak kira yang muda atau tua, yang kecil, kanak-kanak ke remaja ke?, yang comel atau tak comel ke? , namun hati akan menjadi tenang-setenangnya!!! InsyaAllah...bacalah sampai habis ya...!

Sebelum itu, lihat dulu apa kat bawah ni yang padaku sangatlah comel ( terima kasih pada 'creator asal', kumohon maaf jua kerana ku 'copy-paste' dari rakan-rakan kerana apa yang disebutkan itu, ia juga adalah cita-citaku )


JUSTERU ITU

ATAS KETIDAK UPAYAANKU

ATAS KETIDAK MAMPUANKU

ATAS KELEMAHANKU

TETAPI KUJUA SANGAT INGIN UNTUK

" BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN "

" DAN BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN "

KHUSUSNYA UNTUK DIRIKU DAN SAUDARA-SAUDARAKU YANG DIKASIHI SEMUA

SERTA KUINGIN MENGAMBIL BERKAT AKAN KATA-KATA BAGINDA RASUL SAW

" SAMPAIKANLAH DARIKU, BIARPUN HANYA SEBARIS AYAT "

MAKA DENGAN INI, 

DENGAN RENDAH HATINYA

DIPERSILAKAN ANDA YANG ISTIMEWA UNTUK MENYAKSIKAN

TV NUR MUHAMMAD, YANG DIPANCARKAN LANGSUNG DARI BANGKOK

WAKTU MALAYSIA

8.00 - 11.00 am
2.00 - 5.00 pm
8.00 - 11.00 pm

SIARAN PERCUBAAN INTERNET BOLEH DIIKUTI DI TV NUR MUHAMMAD

UNTUK PENGGUNA BB, SAMSUNG TABLET DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA

BOLEHLAH IKUTI DI rtsp://173.244.212.219/nurmuham-x/myStream

Orang orang di seluruh dunia semuanya sudah mengetahui berita yang sedang diperjelaskan dan ditelusuri termasuklah; Amerika, Australia, China, Jepun, Jerman, Indonesia, Filipina, Saudi Arabia, Jordan, Syria, Perancis, Thailand, United Kingdom, Brunei, Singapore, Pakistan, Lebonan, Korea, Uzbekistan, banyak lagi lah.....,

MOGA KITA TIDAK TERLEPAS PELUANG INI !!!

ANAK-ANAK KECIL YANG MENONTON, IBU BAPA TAK PERLU RISAU

KERANA, TONTONAN  UNTUK KANAK-KANAK

BUKANLAH JENIS YANG MEROSAKKAN

ATAU MELALAIKAN....

IA ADALAH YANG MENGHIBURKAN DAN MENYUBURKAN ROH !!!

SESUAI UNTUK SEMUA LAPISAN MASYARAKAT....

JUGA HIBURAN ALTERNATIF ALAF INI !!!


Monday 22 April 2013

Bercuti di Cameron 3 - Melawat Taman Rama-Rama

Selepas melawat ladang teh, masih lagi sabtu yang sama, 30.3.13, sampai di Taman rama-rama  dah dekat 6 setengah, ada lah rezeki walaupun sekejap. Pukul 7 pm dah tutup. Cadang nak melawat taman ros tapi tak sempat, tapi ada laa juga rezeki, sempat beli 2 pokok bunga ros kat luar taman rama-rama tu, tertunailah jugak hajat dihati....lama dah tak tanam ros!!!....seronoknya tengok macam-macam pokok bunga dan cactus yang cantik-cantik tapi masa tak mengizinkan...alahaiii...

Gambar ni diambil pada 31.3.13 di Ipoh, singgah ziarah keluarga abang. Bunga Ros dari  Cameron, turut ziarah ke Ipoh.

Sekarang ni, 23.4.13 Ros tu masih hidup, tapi macam tak subur...harapnya janganlah mati....

Di rumah abang, selepas melawat taman rama-rama, bermalam di rumah abang..ni bergambar masa nak balik dah...esoknya.

terima kasih banyak kerana melayan kami, selepas sarapan pagi dgn pelbagai menu hidangan..

Ni geng lelaki pulak, pak sedara dan anak sedara
Jom flashback.  Masuk taman rama-rama tu dewasa rm5, kanak-kanak rm2 seorang. Kat taman rama-rama tu rama-rama tak banyak sangat...yang banyak tu pelbagai jenis binatang lain, ada yang berbisa, ada yang pelik dan ada pulak yang comel dan menarik...Gambar lipan tu bila tengok, berhari-hari terbayang-bayang, bagi sesiapa yang tak boleh tengok gambar binatang berbisa, baik tak payah tengoklah laaa...

Sila lah tengok gambar kat bawah ni yea...

Rama-rama ke yang comel,  atau baby tu ke yang comel?

Rama-rama biasa jer...tapi rama-rama hinggap kat baby , memang nampak menarik kan!!

laa...rama-rama ni punya lah jinak...hinggap kat jubah la pulak.....

hinggap kat tangan anak laa pulak...


jinak ke lemah nii!



Labah-labah.....tarantula


Lipan Bara...!!!!

Ngeri......!!! pelbagai makhluk ciptaan Tuhan...



sejenis kumbang











kura-kura ke ni? besarnya !



asyiknya melihat kura-kura tu tak larat nak berenang ke tepi!!




pelik tak rupa katak ni?  ia makhluk ciptaan Tuhan jugak...


pelbagai jenis cicak





comelnya chipmunk!!


chipmunk ( tak berapa jelas berdekatan pokok kat tengah tuuu)

arnab


labah-labah emas



tikus tanpa bulu

pelbagai jenis ular



berbelit gila-gila




Melihat Ular dan pelbagai jenis binatang yang berbisa,  hati menjadi gerun...Di alam kubur sekiranya seseorang itu berdosa dan mengabaikan sembahyang bayangkan pelbagai ular yang sangat berbisa menanti!!! Bagaimana diri mahu selamat !!!