Translate

Monday, 22 April 2013

Bercuti di Cameron 3 - Melawat Taman Rama-Rama

Selepas melawat ladang teh, masih lagi sabtu yang sama, 30.3.13, sampai di Taman rama-rama  dah dekat 6 setengah, ada lah rezeki walaupun sekejap. Pukul 7 pm dah tutup. Cadang nak melawat taman ros tapi tak sempat, tapi ada laa juga rezeki, sempat beli 2 pokok bunga ros kat luar taman rama-rama tu, tertunailah jugak hajat dihati....lama dah tak tanam ros!!!....seronoknya tengok macam-macam pokok bunga dan cactus yang cantik-cantik tapi masa tak mengizinkan...alahaiii...

Gambar ni diambil pada 31.3.13 di Ipoh, singgah ziarah keluarga abang. Bunga Ros dari  Cameron, turut ziarah ke Ipoh.

Sekarang ni, 23.4.13 Ros tu masih hidup, tapi macam tak subur...harapnya janganlah mati....

Di rumah abang, selepas melawat taman rama-rama, bermalam di rumah abang..ni bergambar masa nak balik dah...esoknya.

terima kasih banyak kerana melayan kami, selepas sarapan pagi dgn pelbagai menu hidangan..

Ni geng lelaki pulak, pak sedara dan anak sedara
Jom flashback.  Masuk taman rama-rama tu dewasa rm5, kanak-kanak rm2 seorang. Kat taman rama-rama tu rama-rama tak banyak sangat...yang banyak tu pelbagai jenis binatang lain, ada yang berbisa, ada yang pelik dan ada pulak yang comel dan menarik...Gambar lipan tu bila tengok, berhari-hari terbayang-bayang, bagi sesiapa yang tak boleh tengok gambar binatang berbisa, baik tak payah tengoklah laaa...

Sila lah tengok gambar kat bawah ni yea...

Rama-rama ke yang comel,  atau baby tu ke yang comel?

Rama-rama biasa jer...tapi rama-rama hinggap kat baby , memang nampak menarik kan!!

laa...rama-rama ni punya lah jinak...hinggap kat jubah la pulak.....

hinggap kat tangan anak laa pulak...


jinak ke lemah nii!



Labah-labah.....tarantula


Lipan Bara...!!!!

Ngeri......!!! pelbagai makhluk ciptaan Tuhan...



sejenis kumbang











kura-kura ke ni? besarnya !



asyiknya melihat kura-kura tu tak larat nak berenang ke tepi!!




pelik tak rupa katak ni?  ia makhluk ciptaan Tuhan jugak...


pelbagai jenis cicak





comelnya chipmunk!!


chipmunk ( tak berapa jelas berdekatan pokok kat tengah tuuu)

arnab


labah-labah emas



tikus tanpa bulu

pelbagai jenis ular



berbelit gila-gila




Melihat Ular dan pelbagai jenis binatang yang berbisa,  hati menjadi gerun...Di alam kubur sekiranya seseorang itu berdosa dan mengabaikan sembahyang bayangkan pelbagai ular yang sangat berbisa menanti!!! Bagaimana diri mahu selamat !!!

No comments:

Post a Comment