Translate

Showing posts with label 73 Firqah. Show all posts
Showing posts with label 73 Firqah. Show all posts

Thursday, 20 February 2014

72 firqah daripada 73 firqah. Hanya 1 firqah di jalan yang lurus/ benar.

Salam ceria dan salam hormat,

Mari kita semak, pegangan kita, supaya tidak terjebak dalam fahaman yang salah, dalam 73 firqah, 72 firqah itu sudah terkeluar, tetapi tanpa sedar atau secara sedar mereka tetap mengaku mereka dalam aliran ahli sunnah, kita boleh kenali mereka berdasarkan rujukan mereka dan cara mereka berkata-kata..

Apabila telah sampai pengetahuan ini kepada kita, kita perlu berhati-hati, dengan siapa kita berguru? Adakah fahaman kita ada seperti di bawah yang bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah.  sekiranya ada yang tersilap, masih ada masa untuk diperbetulkan, Allah Maha Pengampun dan menerima taubat hamba-hambaNya yang sedar dan mahu kembali ke pangkal jalan.

72 firqah daripada 73 firqah

Moga kita semua selamat, diberi hidayah dan taufik untuk dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Tanpa menurut rasa dan gelombang hawa nafsu yang menolak kebenaran yang disampaikan.

Wassalam.

Kisah hidup dan sejarah pahit maung, ujian getir, perjuangan para Imam-imam Mazhab Ahli Sunnah

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Dengan rendah hatinya, ingin dikongsikan kisah sejarah kehidupan, perjuangan Imam-imam terdahulu.  Dalam silibus pelajaran ugama Islam di sekolah, masa kubelajar dulu, tidak diceritakan, baru sekarang aku direzekikan membaca kisah hidup mereka.

Aku disibukkan dengan belajar dan menghafal apa yang akan masuk dalam peperiksaan demi megharapkan lulus periksa dan sijil-sijil yang diiktiraf di dunia, juga dengan niat untuk mendapat kerja.  Aku seperti tidak berkesempatan untuk mencari atau membaca kisah hidup imam -imam besar terdahulu, yang kita berpegang dengan ilmu mereka.  Yang besar jasanya pada kita.

Wahai generasi muda, jikalau kita asyik dengan dunia alam maya, apa salahnya kita cuba luangkan sedikit masa yang berharga untuk membaca, merenung dan selami perjuangan imam-imam terdahulu yang berkorban, sehingga ada yang dirantai, digari, diarak untuk dimalukan, disebat, disiksa hanya kerana mereka hendak mempertahankan sesuatu yang benar daripada Allah dan Rasul.

Alangkah dasyatnya, kebenaran itu ditentang begitu hebat sekali, sejarah menyatakan, perjuangan imam2 mazhab itu, penuh dengan perit getir dan kekejaman daripada pihak pemerintah yang berkuasa...

Begitulah juga yang berlaku kepada pejuang2 kebenaran akhir zaman ini yang benar2 berjuang untuk menegakkan kalimah Allah, tidak sedikit yang ditangkap dan disiksa kerana mereka bertegas dengan ilmu yang benar. Pemerintah kebanyakannya bertindak kejam dan zalim  kerana adanya hasutan daripada ulama-ulama suk.  

Moga negara kita Malaysia akan menjadi negara contoh, yang sentiasa memuliakan ulama kerana mereka adalah pewaris Nabi.  Setiap seratus tahun Allah mendatangkan ulamak yang berwatak Rasul atau Nabi.  Tapi mereka bukan Rasul atau nabi. Mereka memperjuangkan kebenaran.  Pada mereka ada panduan yang bersumberkan al Quran dan Hadis, yang dapat menyelesaikan segala permasalahan yang berkaitan dunia dan akhirat.


Firman Allah ertinya:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan. Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji 
orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Al-Ankabut: 2-3)
http://73firqah.wordpress.com/73-firqah-bab-3/mazhab-as-sunnah/mazhab-syafie/

http://73firqah.wordpress.com/73-firqah-bab-3/mazhab-as-sunnah/mazhab- maliki/

http://73firqah.wordpress.com/73-firqah-bab-3/mazhab-as-sunnah/mazhab-hanafi/

http://73firqah.wordpress.com/73-firqah-bab-3/mazhab-as-sunnah/mazhab-hambali/

Moga bermanfaat sebagai panduan dan iktibar kita.

Ampun maaf andai ada salah dan silap.

Terima kasih yang tak terhingga dan minta izin kepada blogger 73 firqah kerana mengongsikan di sini kandungan daripada blog tersebut.

Wassalam.

Saturday, 15 February 2014

Nota Hati -73 Firqah

Salam semua,

Moga kita dapat merenung dan ambil iktibar..

Setelah kita tahu tentang sejarah bola sepak..masih sanggupkah kita membudayakan permainan itu..?

Barang siapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari kaum itu.. (tak payahlah kita nak menyangkal atau banyak berhujjah dalam membenarkan sesuatu larangan dengan menggunakan ayat-ayat tertentu, sesungguhnya Allah jua Maha Mengetahui niat seseorang itu dalam berhujjah untuk menghalalkan niat yang tersirat dalam lubuk nafsunya)

Cuba kaji, kenapa selalu ada pergaduhan dalam permainan itu? Ehmm kenapa ya...renung-renungkan..adakah ia sesuatu yang baik atau buruk...adakah ia suatu petanda atau petunjuk?

Tanyalah hati kita?? ( sungguh sedih nasib generasi kini..)

Cuba kaji sejarah syiah dan wahabi?

Dalam penjelasan dalam blog 73 firqah dari link di bawah, insya Allah, kita boleh temui pelbagai jawapan.  Sila baca dengan berhati-hati, dan moga direzekikan masuk ke hati, setiap bab yang disajikan berpandukan daripada sumber yang jelas dan bersumberkan hasil kajian teliti daripada kitab-kitab para ulamak muktabar...siapalah kita untuk mempertikai atau menyanggahnya...!!!

Sesungguhnya saya bersyukur dan berterimakasih kepada penulis blog tersebut dan sesiapa sahaja yang berusaha menyampaikan dan sehingga ia sampai kapada diriku ini. Hanya Allah yang akan membalas segala usaha-usaha murni itu, termasuk juga kepada ulamak-ulamak muktabar yang begitu berusaha keras untuk memastikan kebenaran terpelihara.  Moga Allah memuliakan dan meninggikan darjat mereka.

Klik untuk membaca 'Nota Hati'

Moga kita sentiasa terpimpin dan terpandu di jalan yang benar  dan lurus dan diberi faham. Sesungguhnya hidayah dan kefahaman itu adalah sesuatu anugerah yang amat mahal, dan kita perlu berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkannya.

Jika Allah inginkan kebaikan kepada seseorang itu dalam urusan agamanya, nescaya dia akan diberi faham.

Apa perasaan kita terhadap ahlul bait Rasulullah..yang diperlakukan sedemikian rupa..!!??

Dalam selawat, dalam sembahyang (Allah perintahkan kita baca dalam tahiyyat), kita minta Allah selamatkan Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda..

Tapi bagaimana dengan sikap ummat Islam hari ini..sebenarnya..!!! ???

Tanyalah hati kita..hati takkan mampu berdusta...

Sekadar perkongsian, marilah kita sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Ampun maaf.

Wassalam.

9.00 pm 15  02 14

Nota Hati

1- YAHUDI ADALAH AGAMA DAN ISRAEL ADALAH BANGSA, SAMA JUGA SEPERTI ISLAM ITU AGAMA DAN MELAYU ITU BANGSA. JANGAN DIPUTAR BELIT.
2- JESUS AKA CHRIST ITU BUKANLAH NABI ISA A.S., KERANA NAMA KHAS TETAP TIDAK BERUBAH WALAUPUN BERLAINAN BAHASA.
3- DAJJAL LAKNATULLAH ITU BUKANLAH “ANTICHRIST”, TETAPI ANTI ISLAM.DAN DAJJAL BERSEKUTU DENGAN KRISTIAN UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM.
4- AGAMA KESELAMATAN YANG SEBENAR ADALAH HANYA AGAMA ISLAM.AGAMA YAHUDI, KRISTIAN, MAJUSI, SABIIN DAN LAIN-LAIN ITU SEMUANYA TERKELUAR DARI ISLAM DAN TIDAK BERKAIT LANGSUNG DENGAN ISLAM.
5- TAKSUB PADA AGAMA ISLAM ITU PERLU DAN MESTI DIPERTAHANKAN.
6- BOLA SEPAK ADALAH SATU AKTIVITI DIMANA ACARA PENGHINAAN DAN MEMPERINGATI HARI DIMANA KEPALA CUCU RASULULLAH DIPENGGAL HINGGA PUTUS DAN DISEPAK DAN DIPIJAK.
7- ISTILAH TUHAN HANYA UNTUK ORANG ISLAM DAN SEMBAHAN SELAIN AGAMA ISLAM DIPANGGIL BERHALA. KERANA JIKA KITA MEMANGGIL BERHALA-BERHALA SEMBAHAN MEREKA ITU “TUHAN” IANYA SEOLAH-OLAH MENGIKTIRAF KETUHANAN MEREKA, DAN BOLEH JATUH SYIRIK KHOFI.
http://73firqah.wordpress.com/nota-hati/