Translate

Thursday 27 June 2013

Apakah kita hanya mampu berdiam diri sahaja apabila membaca 'Surat Dari Tahanan Syria' ....


Surat Dari Tahanan Syria

Surat ini telah berjaya dibawa seludup keluar dari Baad Assad Syria. Ia menceritakan tentang rintihan wanita Islam yang dikurung di dalam penjara Syria.


Dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang. Kami telah menulis berpucuk-pucuk surat dengan air mata dan rintihan hati tetapi malangnya tidak satu pun sampai kepada umat Islam di luar pintu besi ini. Kami tidak dibenarkan menulis atau membaca. Kertas dan pen diharamkan. Penderitaan kami tidak dapat menembusi dinding-dinding hitam yang mengurung kami. Tetapi kami yakin bahawa Insya Allah surat ini akan sampai kepada umat Islam seluruh dunia.

Dalam surat ini kami menceritakan tentang penderitaan dan kezaliman yang dikenakan oleh binatang-binatang pemabuk yang digunakan oleh kerajaan Syria ke atas kami dalam penjara jahannam ini. Kalaulah setakat pukulan dan kejutan elektrik kami dapat bersabar menahannya, tetapi penderitaan kami di sini lebih daripada itu.

Dapatkah kami terus bersabar menahan hati apabila terdapat antara kami dirogol tanpa belas kasihan sehingga menghembuskan nafas terakhir. Kami berharap kami tidak diperanakkan di bumi ini. Dari hati kami yang terseksa kami memohon agar semua umat Islam berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan maruah kami. Kalau dahulu, apabila seorang Muslimat meminta pertolongan daripada khalifah al-Mu'tasim kerana dizalimi, seluruh bala tentera Islam dikerahkan untuk menyelamatkan tetapi di dalam penjara ini, beribu-ribu Muslimat diseksa, dibunuh dan dibunuh oleh binatang yang tidak berperikemanusiaan.

Ramai antara kami yang mengandung akibat perbuatan mereka. Kami tidak meminta kami tidak dibebaskan. Kami hanya berharap agar penjara ini diletupkan dengan kami sekali di dalamnya.
Wahai umat Islam seluruh dunia, cukuplah tidurmu, takutlah di waktu kamu semua akan disoal di hadapan Allah di akhirat nanti tentang apakah yang kamu lakukan apabila mengetahui kezaliman dan jenayah yang dilakukan atas kami. Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga mereka dirogol dengan ganas dan ditelanjangi. Mereka dipukul dan dikenakan kejutan elektrik.

Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga terdapat Muslimat muda yang terpaksa dihantar ke hospital dalam separuh mati akibat dirogol tanpa belas kasihan oleh 26 orang tukang seksa? Apakah kesalahan mereka? Suami mereka dibunuh di hadapan mata mereka sendiri.

Wahai umat Islam seluruh dunia, sebenarnya kamu nyenyak tidur. Apakah jawapan kamu semua wahai umat Islam seluruh dunia? Apakah kami akan terus berharap supaya kamu akan dapat menyelamatkan kami dari neraka yang tidak bersempadan ini? Apakah cahaya murni akan menyinari kami untuk menerangi hati kami yang terseksa ini.

BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM SELURUH DUNIA !!

daripada, 
Muslimat yang menjadi mangsa thogut nasionalis Syria. 

- Diharap kita semua tersentak, sedar dan insaf apabila membaca artikel ini. Sekiranya tidak terasa apa-apa muhasabahlah diri.

- Bacalah dengan mata hati untuk melihat kebenaran. Tidak ada bezanya Malaysia dan Syria. Di mana-mana pun, Muslimat akan berhadapan dengan persekitaran yang menakutkan selagi umat Islam terus lalai begini.

Bangunlah ! Bangkitlah!

P/s :Tuhan datangkanlah pembela dan penyelamat
bagi kami semua.."Akhirnya kami mengharap 
tolonglah menangkan Islam di syria dan Selamatkanlah hamba-hambaMU yang sedang menderita

Link asal : farok313.blogspot.com/2013/06/surat-dari-tahanan-syria.html?m=1


Orkid dari Floria ke Rumah

Salam mesra,

Masih lagi gambar orkid, sekarang minat orkid, ros pun minat juga, cuma takat ni koleksi orkid bertambah banyak tanpa dirancang.

Orkid yg beli dari kampung berganding dengan yang beli di floria, semua 11 pokok yg berbunga...pas tu dalam gambar ada barisan orkid semasa proses sembur racun dan baja ( serbanya in one jadi cuba lah guna dengan semangatnya, semalam 26 jun, sebelah petang tu. Pak cik Chinese yg jual tu dah demo cara guna..jadi senangla...ikut aje caranya...harapnya orkid-orkid tu akan sihat-sihat semua dan yang malas berbunga ada juga bajanya..ehm tapi yg ni belum guna lagi...minggu depan lah pulak...)

Dlm gambar di bawah mungkin bercampur campur lama dan baru....

Ni pertunia purple terang, dlm gambar nampak macam biru..


Ni pula pertunia pink terang, juga baru beli di floria Putrajaya, diganding dengan orkid warna merah keperang-perangan



Pandangan dari dalam rumah


Orkid vanda








Ni yang lama, berbunga dekat sebulan dah..


Pertunia pink yang lama

Besarnya bunga orkid vanda ni!



2 kuntum bunga je..tapi besar dan cantik, kalau ikut banyak bunganya, tapi patah dm perjalanan dr kampung.




Tengah pening, pikir mana satu nak beli..,sebab bunganya banyak dan cantik belaka...last kali beli baja je dulu...jalan tengok-tengok dulu..

Berbaris untuk diberi makan dan ubat serangga..hehehe







Dua pokok dari kiri tu ( kuning dan purple), bukan beli di floria, tapi cantik juga kan!


1 dan 3 dari kiri tu, jenis wangi...sedap baunya! Harga pun sedap juga tapi tak semahal vanda !

Ni wangi, baunya..duk dlm rumah tepi pintu pun bau wangi..ehm!








Ros ni beli di floria juga, dek kerana tinggi, tadi dia terbalik, kesian dia kena tiup angin..nak kena salin ke pasu yg besar sikit. Bunganya pun besar dan cantik..harap bertahanlanlah ia...

Ni orkid sekarang...dah digantung semula..



Wednesday 26 June 2013

Melawat Festival Floria Putrajaya 2013

Salam ceria untuk pembaca blog yg sudi berkunjung ke blog ni, maaflah kali ni cerita personal sebenarnya untuk tatapan famili je...kalau rasa tak de keperluan jd takyah lah baca ye..takut buang masa tuan-tuan dan puan-puan semua.

Ni untuk abang, sebab abg tak sempat masuk tengok, semalam 25 jun dah dekat kul 3 ptg, masuk ke Floria tu lbh kurang stengah jam je, jd kelam-kabut amik gambar (Kamal yg amik gambar), namun sempat juga beli orkid..yg berkenan di hati..









Kat bawah ni gambar dalam bangunan yang ada aircond..pameran tu cantik - cantik..




















Gambar di bawah, masa dok pilih-pilih nak beli orkid




Orkid vanda yg di kiri tu yg terpilih untuk dibeli...

Di bawah pula gambar bunga-bungaan sebelum masuk ke bangunan yg aircond tu..





Orkid vanda, harga boleh tahan juga, akar udara.

Dua pokok orkid putih, dah ubah ke pasu lain.

3 pokok orkid + yg akar udara, beli pd 25 jun 13