Translate

Showing posts with label INFO UMUM. Show all posts
Showing posts with label INFO UMUM. Show all posts

Friday, 14 March 2014

Sejauh Mana Kehebatan Teknologi Akal?

Sejauh Mana Kehebatan Teknologi Akal?

0-215925.jpg
Manusia sering menganggap mengendalikan & menggunakan logik itu suatu kelebihan. Sebenarnya ia satu kelemahan. Akal hanya mampu meneroka sebahagian kecil dari ilmu & rahsia ciptaan Tuhan.

Akal manusia memang hebat.
Dengan akal, meningkat darjat dan kemuliaan manusia.
Kerana akal, manusia boleh mengatasi dan menguasai makhluk-makhluk yang lain yang tidak berakal.
Dengan akal manusia menguasai alam jamadat.
Dengan akal manusia menguasai alam nabatat.
Dengan akal, manusia menguasai alam haiwanat.
Dengan akal juga manusia meneroka lautan yang luas dan dalam.
Dengan akal juga, manusia mengeluarkan segala khazanah dari perut bumi.
Dengan akal, manusia dapat meneroka angkasa lepas.
Pendek kata, dengan akal, manusia menjadi raja di alam lahir ini.
Semua ciptaan lahir ini seolah-olah tunduk kepada kehendak dan akal manusia.
Tetapi di situ sahajalah terhentinya kehebatan akal manusia.
Di alam jin contohnya, akal manusia sudah tiada pengaruh.
Bangsa jin pun tak berapa peduli sangat dengan manusia ini.
Jin, jin punya hal, manusia, manusia punya hal.
Baik tak baik, jin boleh khianat pada manusia.
Akal manusia tidak dapat berperanan di alam jin.
Alam jin bukan lagi alam lahir.
Alam jin tidak masuk akal. Tidak logik.
Bagaimana akal nak berperanan dalam alam yang tidak masuk akal?
Lebih-lebih lagilah, akal tak dapat berperanan di alam-alam yang lebih tinggi.
Akal tak dapat masuk alam jabarut.
Akal tak dapat masuk alam malakut.
Akal tak dapat masuk alam lahut.
Akal tak dapat masuk alam barzakh, alam Akhirat dan sebagainya.
Bukan sahaja alam-alam ini tidak masuk akal,
akal pun tak dapat masuk alam yang seperti ini.
Kalau dalam alam-alam seperti ini pun akal tak dapat masuk dan tidak boleh berperanan, apakah halnya dengan perkara yang bukan alam.
Kerana segala alam itu adalah ciptaan.
Dalam banyak alam yang dicipta pun akal tidak dapat berperanan, inikan pula dalam hal yang bukan alam khususnya dalam hal ketuhanan.
Kerana Tuhan itu bukan alam.
Alam itu ialah segala sesuatu selain Tuhan.
Oleh itu, kalau manusia hidup semata-mata dengan akal, maka ia akan terpenjara dan tidak dapat keluar dari alam lahir ini.
Dia tak akan dapat keluar dari hal-hal jamadat, hal-hal nabatat, hal-hal haiwanat dan hal-hal yang bersabit dengan kehidupan lahiriah manusia.
Dia akan jadi banduan dunia.
Kalau manusia hidup hanya dengan melibatkan hal dan keperluan lahiriah mereka semata-mata, maka tidak jauhlah darjat manusia dengan haiwan.
Itulah sebenar konsep hidup haiwan.
Memuaskan keperluan lahir semahu-mahunya.
Apalah guna kalau manusia boleh menguasai haiwan kalau dia pun macam haiwan juga.
Haiwan bukan makhluk yang bermusafir di dunia ini.
Dunia ini permulaan dan terakhir baginya.
Bagi manusia pula, dunia hanya buat sementara.
Perjalanan manusia lebih jauh.
Manusia datang ke alam syahadah ini dari alam roh.
Manusia akan berhijrah lagi ke alam yang lebih tinggi dan lebih seni.
Iaitu alam barzakh dan alam akhirat.
Mahu pergi memang akan pergi, tidak mahu pergi pun memang kena pergi.
Sudah sedia kena pergi, belum bersedia pun kena pergi
Kehidupan ini adalah satu pakej. Bila sudah bermula kenalah ikut sampai habis!
Kalau selama ini hanya akal sahaja yang kita gunakan dalam hidup sampai kita terperangkap dalam alam dunia ini, bagaimana pula kita hendak hidup dalam alam barzakh dan Alam akhirat?
Tentu kita terkejut bila melihat adanya alam yang lebih seni dan lebih luas dari alam dunia yang selama ini yang kita kenal dan kita asyik rebut-rebut.
Tidakkah kita akan jadi seperti katak di bawah tempurung.
Bila angkat tempurung, baru kita sedar yang adanya alam yang lebih besar dan lebih luas dari apa yang ada di dalam tempurung tadi.
Bila datang maut baru kita sedar yang adanya alam yang lebih luas dari dunia.
Jadi orang akal tak ubah seperti katak dibawah tempurung.
Begitulah hakikat orang akal yang menjadi banduan dunia.
Bila terlepas dari dunia, dia akan menjadi pelarian Akhirat.
Di alam Akhirat akal tidak berguna.
Akal tidak ada fungsi.
Akal akan kaku dan beku.
Kalau di dunia akal ligat berputar,
di alam Akhirat, ia seperti tidak wujud.
Itulah sebabnya Islam melarang kita menjadi orang akal semata-mata iaitu orang yang hanya menggunakan akal dalam segala hal dan masalah, dan menggunakan ukuran dan nilai akal dalam semua perkara.
Kalau tidak masuk akal, ditolak.
Kalau tidak logik, tidak mahu diterima.
Tidak mahu beriman dan percaya perkara-perkara ghaib yang tidak masuk akal.
Semuanya kena ditapis dengan akal.
Wahyu pun hendak diakalkan.
Ada wahyu yang sesuai, ada yang tidak.
Ada yang positif dan ada yang negatif.
Alam barzakh, alam Akhirat, jin dan malaikat, semuanya tak boleh terima sebab tidak masuk akal.
Hatta Tuhan sendiri pun hendak ditapis dengan akal juga.
Kalau tidak logik, tidak mahu akui bahawa Tuhan itu wujud.
Cuba bayangkan.
Allah yang cipta akal.
Allah yang kurniakan akal itu pada manusia.
Akal itu juga yang hendak digunakan untuk menafikan kewujudan Allah.
Inilah logik akal yang kita tidak tahu dimana logiknya.
Manusia sering menganggap mampunya akal mengendalikan dan menggunakan logik itu satu kelebihan.
Sebenarnya ia satu kelemahan.
Ia satu limitation.
Ia mengecilkan skop jangkauan dan menyempitkan pandangan manusia.
Logik hanya satu asas dari asas-asas ciptaan.
Banyak lagi asas-asas ciptaan yang tidak logik.
Oleh itu, akal hanya mampu meneroka sebahagian kecil dari rahsia dan ilmu ciptaan Tuhan.
Satu pertanyaan yang perlu ditanya kepada orang akal, mestikah segala apa yang Allah cipta itu logik?
Tidak bolehkah Allah mencipta benda yang di luar logik?
Tidakkah kita sedar bahawa kalau semua ciptaan Tuhan itu terpaksa bersandar pada logik, maka lemah sangatlah Tuhan.
Takkanlah Tuhan pun tertakluk pada logik walhal logik itu sendiri pun Allah yang cipta.
Kalau Allah boleh mencipta benda yang logik, sudah tentu Allah boleh mencipta juga benda atau perkara yang tidak logik
sebab adalah sunnah Allah untuk mencipta sesuatu itu berpasang-pasang.
Kalau ada yang logik, mesti ada yang tidak logik.
Kalau tidak manusia akan kata Allah itu lemah.
Allah mencipta yang logik sahaja, yang tak logik tak boleh.
Kalau apa yang Allah cipta itu logik, maka ia boleh dikendalikan oleh akal. Memang itu habuan akal.
Sebaliknya, kalau apa yang Allah cipta itu tidak logik, tidak bermakna perkara itu tidak wujud.
Ia hanya bermakna bahawa akal bukan alat untuk mengendalikannya.
Perkara yang seni, halus dan tidak logik tidak dapat diterokai oleh akal.
Ia kenalah diserah pada roh atau hati.
Perkara yang tidak masuk akal boleh jadi boleh masuk hati.
Orang Islam mesti hidup roh dan hatinya.
Tidak cukup orang Islam hanya menjadi orang akal.
Dia mesti juga menjadi orang rohani.
Barulah dia akan dapat faham dan yakin perkara-perkara yang tersirat dan maknawi dan perkara-perkara ghaib dan tersembunyi yang diluar logik.
Orang akal dinamakan juga orang dunia.
Ini kerana orang yang menggunakan akal semata-mata tidak dapat meneroka alam lain selain alam dunia.
Orang akal juga dikenali sebagai orang sekular.
Kerana sekularisme bermaksud “dunia untuk dunia” atau “dunia habis di dunia”.
Sekularisme tidak mengaitkan hal dunia dengan hal Akhirat.
Fahaman sekularisme menafikan adanya akhirat.
Ilmu orang akal sebenarnya cetek dan tidak sehebat mana.
Hanya setakat ilmu lahiriah dan ilmu dunia sahaja.
Ilmu orang rohani lebih seni, lebih tinggi dan lebih dalam.
Ilmunya sampai kepada hakikat sesuatu perkara.
Orang akal ibarat kanak-kanak.
Mampu membina jambatan di antara dua benua, sudah melonjak-lonjak dengan kemegahan.
Orang rohani mampu membina jambatan dua alam tetapi merendah diri , tawadhuk dan malu dengan Tuhan.
Hasil kerja orang akal juga tidak ke mana.
Bina punya bina, bina punya bina, satu hari nanti akan runtuh musnah jadi debu.
Itulah nilai hasil kerja orang akal. Semuanya akan jadi debu.

Minda Ustaz Ashaari Muhammad

sumber artikel


Monday, 10 June 2013

Santai : Info tentang Penjagaan Mawar atau Ros

Salam semua,

Di bawah ini, sedikit perkongsian tentang penjagaan Ros atau mawar.

Mawar yang cantik perlu penjagaan rapi.

Bersihkan kawasan dan buang batu kecil sebelum tanam mawar kerana akar pokok sangat sensitif 

SESIAPA saja akan tertarik dan jatuh cinta jika memandang bunga mawar mekar di kelilingi pepohon renek dan rumput menghijau di laman. 

Namun, untuk menanam sendiri mawar di laman, ramai yang mengelak kerana berpendapat pokok berkenaan sukar dijaga dan perlu penjagaan rapi. 

Pengurus Roha's Rizqi Roses di SACC Mall Shah Alam, Kamal Kamaruddin menyangkal pendapat berkenaan sebaliknya menyatakan penanaman pokok mawar mudah jika anda mengikut prosedur dan cara penjagaan yang betul. 

“Kita perlu lahirkan rasa cinta jika mahu menanam mawar sebagaimana bunga berkenaan sering dikaitkan sebagai lambang cinta,” katanya yang sudah empat tahun mengusahakan tanaman mawar dan kerja penyelenggaraan taman bunga berkenaan di sekitar Selangor. 

Beliau memberikan beberapa tip bagi penanaman mawar dan menasihatkan mereka yang berminat menanam pokok berkenaan tidak menggunakan baja kimia kerana ia boleh menyebabkan pokok tidak sihat. 


Tanam anak pokok mawar dalam beg polistirena.

“Menanam mawar perlulah belaian dan kasih sayang, jadi gunakan bahan semula jadi serta elakkan penggunaan air dan baja berlebihan,” katanya. 

Bagi mereka yang mahu membina laman mawar perlulah memastikan tanah yang digunakan sesuai iaitu adanya campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar. 

Sebelum mula menanam, bersihkan kawasan dan buang batu-batu kecil kerana akar mawar sangat sensitif. Bunga mawar juga tidak boleh ditanam berselang seli dengan pokok atau tumbuhan lain. 

Seeloknya, taman mawar hanya dikhususkan untuknya saja kerana akarnya sensitif dan tidak boleh berselirat dengan akar pokok lain. Pokok mawar juga dikategorikan sebagai pokok manja yang tidak boleh bersaing dengan pokok lain. 


Ubat sembur dan baja khas untuk mawar. 

Selepas tanah dibersihkan dan dicampurkan dengan tanah kompos, dan tanam anak pokok bunga seperti biasa. Kemudian, pokok berkenaan perlu disiram dua kali sehari, pagi dan petang. Air yang disiram mesti sampai ke atas bukannya hanya semburan biasa yang hanya terkena kepada daun. 

Kamal berkata, seeloknya untuk pokok mawar dalam pasu air perlu membasahi tanah bagi membolehkan akar mendapat air secukupnya. 

Selepas itu, pokok perlu di baja dan disiram dengan ubat semburan seminggu sekali. Baja khas yang terdiri daripada isi ikan, kulit udang, sayuran, serbuk soya dan ekstrak sawit. 

Baja berkenaan dihasilkan sendiri Kamal dan hanya boleh diperoleh di kedainya saja manakala semburan daripada bahan organik dihasilkan untuk mengelakkan serangan virus, daun nampak lebih segar dan bertindak sebagai anti fungus. 

Baja berkenaan akan dapat mengelakkan dahan menjadi kurus, pokok lebih tahan lama, pokok tidak berbunga dan atau daun mengalami masalah seperti kering, kekuningan dan bergulung. 

Katanya, baja juga tidak boleh digunakan berlebihan dan jika boleh elak menggunakan baja kimia atau kumbahan seperti tahi ayam dan kambing kerana ia tidak membantu menyihatkan pokok sebaliknya mengurangkan jangka hayat pokok mawar. 

Baja najis haiwan biasanya panas dan membawa pelbagai virus yang boleh mencacatkan daun dan bunga. 

Pokok bunga mawar memerlukan cahaya matahari dan air mencukupi. Namun, air berlebihan tidak baik untuk pokok. 

Beliau berkata, ada beberapa kesalahan yang kerap dilakukan mereka yang menanam pokok mawar. Antaranya, menanam pokok mawar berselang seli atau mencampurkan dengan pokok lain, menggunakan racun serangga dan baja kimia, air berlebihan dan kurang baja. 

Oleh kerana, mawar dikategorikan sebagai pokok manja, maka ia perlu dicantas dan tanah digembur selalu. Namun tanah tidak perlu digembur terlalu dalam kerana boleh mencederakan akar. 

Seeloknya, pokok dicantas setiap kali selepas bunga gugur dan dahan yang dicantas perlulah sepanjang enam ruas daripada tangkai bunga gugur atau kira-kira 15.2 sentimeter. 

“Ramai yang merungut, dahan yang dicantas terlalu panjang dan boleh memendekkan pokok. Namun, mereka tidak tahu, jika formula itu digunakan pokok akan lebih cepat berbunga. Setiap dahan yang dicantas akan cepat membawa tunas baru yang turut mengeluarkan kudup bunga,” katanya. 

Fakta 


Mawar 

Dikenali juga dengan nama ros. 


Saiz bunga mawar di Malaysia dan di Eropah tidak sama kerana perbezaan cuaca. Saiznya lebih besar di negara beriklim sejuk. 

Mawar ada pelbagai warna termasuk biru, hijau lembut dan hitam. Di Malaysia, mawar yang biasanya dijumpai berwarna merah jambu lembut. Namun, mawar berwarna merah, kuning dan putih menjadi pilihan ramai. 


Teknologi dalam industri penanaman pokok menyaksikan pokok mawar boleh dikacukkan dan menghasilkan warna yang pelbagai seperti mawar ungu merah jambu, mawar merah kuning dan mawar kuning jingga. 

Mawar disukai ramai dan sangat cantik untuk penyeri laman. Selain baunya yang harum, mawar menjadi pilihan ramai kerana sering diterjemahkan sebagai lambang kasih sayang. Dari segi ekonomi, permintaan pokok mawar melebihi daripada bunga yang lain, digunakan dalam haruman, hiasan dan makanan 

Satu masa dulu di Eropah, bunga mawar menjadi bunga penting untuk taman larangan Istana. 

Ada pelbagai jenis mawar di dunia. Namun, ia dikategorikan dalam tiga jenis utama iaitu Mawar Liar, Mawar Taman Tradisi dan Mawar Taman Moden 

Setiap warna bunga mawar membawa makna atau lambang yang berbeza. Malah, masyarakat barat percaya, warna bunga membawa makna tertentu. Warna merah bermaksud romantik dan lambang kasih sayang dan cinta, manakala mawar kuning bererti kebebasan dan sering menjadi hadiah untuk ucapan tahniah atas kejayaan, ibu baru atau persahabatan.

link asal : http://bertanamlah.blogspot.com/2009/01/tanam-ros-dengan-penuh-kasih-sayang.html

Friday, 31 May 2013

PENYAKIT EGO - ADUH!! ADA YG TERKENA PD DIRIKU, JUGA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT UMUMNYA. Marilah sama-sama Baiki diri.

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Tidak dinafikan, Penyakit Ego sangat Merbahaya, Bacalah kupasan Mendalam daripada seorang Mursyid, yang sentiasa didampingi semasa 'hayat zahirnya' oleh isteri yang sangat setia menyusun karya beliau dan dibukukan untuk manfaat ramai orang, termasuk juga mereka yang bukan murid-murid beliau.  Ilmu yang baik ini eloklah dikongsi-kongsikan, juga untuk diamalkan.

Dalam mengambil ilmu pula, sebagai adabnya, kita tidak boleh memandang kecil kepada mereka yang telah berusaha dan bersusah-payah untuk menyelamatkan kita dengan memberi pelbagai ilmu, panduan dan didikan.  Di antaranya ialah ilmu tentang 'Penyakit Ego' ini, moga kita selamat daripada tertipu dengan nafsu ego diri kita sendiri...

Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang berjasa menyampaikan ilmu ini. 

Silakan membaca...untuk manfaat bersama....


BAB 18 - PENYAKIT EGO  (petikan DARI BUKU 'INILAH PANDANGANKU'

BILA seseorang manusia itu alim yakni banyak ilmu dan lebih dari orang lain samada ilmu dunia dan akhirat, dan bila seseorang itu berpangkat besar atau bila seseorang itu otaknya lebih dari orang lain atau bila seseorang itu kaya atau keturunan mulia dan temama seperti raja, ulama, orang besar dan bila seseorang itu berkelulusan tinggi dan bila seseorang perempuan itu cantik dan bila seseorang lelaki itu gagah maka rasa tinggi diri, sombong, angkuh dan takabur hinggaplah pada hatinya. Sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja.

Sebab bila seorang rasa mampu, berkebolehan, berjaya, istimewa, lebih dari orang lain, maka lenyaplah rasa kekurangan, kelemahan dan kehambaan diri pada Allah SWT dari hati nuraninya. Maka ruang kosong itu segera pula diisi oleh rasa hebat, rasa besar, rasa istimewa, rasa tuan, bahkan rasa Tuhan. Maka bila hati sudah jadi begitu, meninggilah diri dengan yang lain, memandang rendah sesama hamba Allah, jijiklah dia terhadap manusia yang lemah dan hina, maka sombonglah dia. angkuh dan takaburlahia. Samada secara sengaja dan dirancang ataupun bukan secara dirancang dan tidak disedari.

Sebab ada orang bila tahu dia istimewa maka dia pun aturlah hidupnya sebagai orang yang istimewa dan berusahalah dia menjaga statusnya. Sebaliknya ada pula orang yang sedar keistimewaan dirinya, tetapi kerana dia faham Islam maka dia tidaklah mahu membesar-besarkan diri. Tapi oleh kerana taqwanya lemah, maka dia tidak dapat mengawal nafsu yang sudah rasa istimewa itu dari bertindak dengan perangai-perangai orang sombong dan takabur. Dia tidak mahu sebab dia tahu sikap itu dosanya besar, tetapi dia tidak dapat lawan nafsunya. Maka termasuklah juga dia dalam senarai orang yang sombong, ego, takabur.

Mazmumah yang sangat dibenci oleh Allah ialah penyakit ego (sombong) sebab ego itu membawa kesan yang sangat buruk. Iblis, kerana penyakit ego telah derhaka pada Tuhan. Lihat Allah ceritakan kisah ini dalam Al Quran:
Terjemahannya: Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis, ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (Surah Al Baqarah : 34)

Kerana merasa dirinya lebih istimewa daripada Adam, dia lebih mulia, lebih pandai, lebih senior dalam syurga, maka sepatutnya dialah yang jadi ketua dan orang lain sujud padanya. Tiba-tiba Allah minta dia sujud pada Adam yang dipandang rendah itu, hatinya menolak. Dia lupa dia hamba Allah, keistimewaannya itu pemberian Allah yang mana kalau Allah tarik semuanya, kembalilah dia selaku hamba yang dhaif. Hatinya yang sudah dikuasai rasa hebat diri itu, sudah cukup keras, hingga dia tak dapat sujud ketika Allah perintahkan dia berbuat begitu. Sombongnya dia. Dan Allah pun murka. Lalu Allah tarik balik pinjaman-Nya pada Iblis. Kemudian Iblis dihukum buang dari syurga ke satu tempat buangan yang susah dan hina iaitu di dunia ini. Tapi Iblis sangat sombong. Sudah dihukum pun dia tidak mahu merendah diri juga. Bukannya dia minta ampun dengan Tuhan, minta untuk sujud pada Adam, tapi dimintanya untuk menghasut dan menggoda manusia supaya manusia semua kufur dengan Allah dan masuk neraka.

Pernah juga Iblis itu memberitahu Nabi Musa yang dia ingin taubat. Nabi Musa pun tanya Allah bagaimana caranya Iblis boleh bertaubat. Allah berfirman minta dia sujud di kubur Nabi Adam. Mendengar itu, sombong Iblis pun bangun kembali. Apa katanya, "Waktu Adam hidup pun aku tidak sujud padanya, inikan pula waktu dia sudah mati? Tidak jadilah aku nak bertaubat," kata Iblis.
Begitu sekali kesombongan Iblis. Dia cukup kenal Allah, sudah nampak api neraka, tapi kesombongannya membuatkan dia pandang kecil pada Allah. Seolah-olah ia berkata, "Peduli apa dengan Allah! Masuk nerakapun nerakalah, asalkan aku puas." Maka sekarang Iblis pun mengamuklah di tengah manusia, untuk menjahanamkan anak cucu Nabi Adam, agar semuanya masuk neraka bersamanya. Baru dia puas!

Beberapa ramai hari ini orang yang hatinya sudah jadi seperti hati Iblis. Merasa diri istimewa, hingga memandang rendah pada orang lain. Kalau ditegur melenting, bahkan mencabar orang yang menegur. Hinggakan demi memuaskan hati, sanggup melakukan dosa-dosa yang boleh tercampak ke neraka. Allah berfirman dalam Hadis Qudsi: "Kibir atau sombong itu selendang-Ku. Siapa yang memakai selendang-Ku nescaya dia tidak akan mencium bau syurga."

Adakah kita termasuk senarai orang yang sombong? Lihat sifat berikut ada atau tidak ada pada diri anda!

Memandang rendah pada orang lain, terutama orang yang difikirkan kurang dari dirinya.
Menghina, memalukan, menengking, marah, mengamuk, berang, memaki-maki, mencerca, meninggi suara, masam muka, dan membeliakkan mata terhadap orang yang dipandang rendah tadi, bila didapati orang bawah itu tersilap atau tersalah dalam sesuatu hal. Setengah orang dalam meracau-racau tu ditambah pula dengan berkata, "Tak kenal ke aku ni siapa?" Paling tidak hatinya berkata, "Dia tak hormat aku, dia tak tahu agaknya aku ni besar!"

Pendapat orang, walau benar sekalipun tidak akan diterima. Dia akan lawan sampai dia rasa dia yang benar, dan dia yang menang. Kalau orangnya pandai bercakap maka dia akan putarkan cakap supaya orang terkeliru dan menganggap dia yang benar. Namun begitu, hati kecilnya tetap bersuara lemah, "Orang itu betul, aku yang salah!" Tapi suara itu tidak dilayan. Rasa angkuh memaksa dan mendesak-desak agar dia tidak mengaku salah. Dia akan buat apa saja untuk membela dirinya, dan hatinya puas.

Di dalam majlis, dia saja yang 'borong', orang lain jangan. Suaranya ditinggikan, lebih dari perlu. Kalau ada orang menyampuk dia buat dengar tak dengar saja. Duduknya pun, kaki atas kaki bersilang dengan badan diangkat-angkat, ditegakkan, ditinggikan kepala supaya nampak hebat
.
Dia tidak suka menziarahi orang tapi meminta orang ziarah dia.
Berjalannya dengan gaya angkuh dan bangga seperti yang diisyaratkan oleh Quran tentang orang yang berjalannya pun nampak dia membanggakan diri. Bila tiba di depan orang terus cekak pinggang dan pandangannya diseriuskan tanpa kasihan belas dan kasih sayang.

Dia tidak duduk bersama dengan orang yang dipandang rendah. Dia cari orang yang dirasa setaraf atau lebih dari dia. Dirasanya terhina bila ditempatkan di tempat orang yang statusnya rendah. Dan bangga bila ditempatkan di tempat yang layak.

Dia mahu kemajuan dan kebenaran itu dari dia. Dia tak iktiraf hasil usaha orang lain. Pantang orang lain nak ajar dia. Walaupun betul dia tak akan terima.

Tolak ansur, timbang rasa, kerjasama, bertolong bantu dan hormat menghormati tidak ada padanya. Biar orang ikut aku jangan aku ikut orang. Orang kena taat padaku, dan aku jangan harap nak taat pada orang. Biar aku perintah orang, jangan orang perintah aku. Maka kalau berlaku sebaliknya, jadilah dia pemarah, pendendam, dengki, penghasut, pengadu domba, menfitnah, mengumpat dan lain-lain lagi.

Itulah sombong namanya. Perangai Iblis. Akhlak terkutuk. Siapa memilikinya, nerakalah tempatnya. Rasulullah SAW dan para sahabat serta anbia' dan solehin (orang soleh) sangat tawaduk orangnya, yakni merendah diri sesama manusia. Lihatlah betapa mulianya hati Rasulullah. Firman Allah dalam Al Quran: Terjemahannya:

"Telah lahir Rasulullah di kalangan kamu, sangat susah dengan kesusahan kamu dan menginginkan keselamatan bagi kamu dan penyayang dengan orangorang mukmin." (Surah At Taubah : 128)
Itulah hati orang yang tawaduk. Yang rasa dirinya hamba Allah dan orang lain adalah saudara-saudaranya yang dikasihinya. Dia tidak merasa dirinya lebih dari orang lain. Walaupun dia telah diangkat oleh Allah menjadi kekasih-Nya, manusia paling mulia dan paling tinggi pangkatnya, terkenal namanya, luas pengaruhnya, tapi dia rasa dia hamba Allah seperti juga orang lain yakni hamba Allah. Kalau dia tak mahu susah, orang lain pun tak mahu juga. Kalau dia tak mahu dimalukan, dimarah, dicaci dan dihina, orang lain pun begitu juga. Kalau dia suka pada keselamatan dan kebahagiaan, maka orang lain pun sama. Begitu dia menimbang perasaan orang. Sebab itu dia mengasihi orang lain sepertimana dia kasihkan dirinya. Dan kalaulah dia telah melukakan perasaan orang, maka itu dirasanya satu beban dosa yang sangat dikesali dan ditakuti! Takut nanti Allah akan hukum dirinya sebagaimana dia menganiaya orang lain.

Hasilnya Rasulullah sangatlah menyayangi dan menghibur sahabat-sahabatnya dan seluruh orang-orang mukmin. Pada orang yang memusuhi didoakan, "Wahai Tuhan, berilah petunjuk pada kaumku itu, kerana mereka tidak mengetahui." Sebab Rasulullah boleh duduk dan bermesra dengan kasih sayang dengan orang-orang miskin dan orang-orang yang kekurangan. Malah baginda meminta pada Allah:
'Jadikanlah aku orang miskin, matikanlah aku dalam kemiskinan dan masukkanlah aku dalam syurga bersama-sama orang miskin." (Riwayat Tarmizi)

Kenapa begitu? Sebabnya orang mukmin yang miskin dan kurang, rendah hatinya pada Allah dan pada manusia. Mereka kurang dihisab pada hari kiamat dan masuk syurga jauh lebih awal dari orang kaya.

Begitu hati Rasulullah. Dia tak rasa pun yang dia istimewa dan hebat walaupun segala keistimewaan Allah limpahkan padanya. Sebab padanya keistimewaan itu semuanya hak Allah. Allah pinjamkan untuknya dan nanti Allah akan tanya, "Untuk apa pinjaman itu digunakan?" Kerana itu dia cukup hati-hati dengan nikmat itu. Malah dia takut ketika isterinya Siti Aisyah, Ummul Mukminin bertanya, "Kenapa tuan bersusah-susah begini sekali beribadah pada Allah hingga bengkak-bengkak kaki dan terjatuh-jatuh? Bukankah tuan sudah dijamin selamat di akhirat bahkan disediakan syurga paling tinggi untuk tuan?"

Apa jawab baginda? "Terpulanglah pada Tuhan untuk buat atau beri apa saja pada hamba-Nya ini. Namun aku adalah hamba-Nya yang hina dina, yang lemah dan kurang segala-galanya, yang patut mengemis dan menyerah diri sepenuhnya pada Tuhanku itu."

Dalam kitab diriwayatkan satu kisah bagaimana Allah bertanya pada pesuruh-pesuruh-Nya:
"Musa, engkau siapa?"
Jawab Musa, "Ana Kalamullah." "Ibrahim, engkau siapa?"
Jawab Nabi Ibrahim, "Ana Khalilullah."
"Isa, engkau siapa?" ',
Jawab Nabi Isa, "Ana Rohullah."
Kemudian Allah bertanya pada Nabi kita, "Muhammad~ engkau siapa?"
Jawablah Rasulullah dengan rendahnya, "Ana yatim."
Terus Allah menyahut, "Engkau kekasihku, Habibullah."
Orang yang merendah diri Allah angkat setinggi-tingginya. 

Rasulullah boleh makan sedulang dan duduk sebelah menyebelah bertindih lutut dengan orang dusun yang selekeh, hodoh, bodoh, berlendir-lendir, berdarah dan bernanah kudis di seluruh tubuhnya, ketika orang itu berdiri di pintu majlis makan baginda. Mana ada pemimpin dunia hari ini, ulama, orang kaya, cerdik pandai, boleh memberi kasih sayang sebegitu rupa pada rakyatnya yang paling dhaif? Baginda bagaikan seorang ayah yang kasihnya lebih pada anaknya yang cacat dan lemah. Itulah hati Nabi kita, yang patut kita contohi dan hayati. Agar benar-benarlah kita jadi pengikutnya dan pewarisnya.

Dan rupanya roh baginda yang terus hidup itu memandang kita dengan penuh kasih rindu dan supaya disyafaatkan kita nanti di hari kiamat.

Pemimpin Islam hari ini kecil atau besar kalau mahu diterima dan dikasihi oleh pengikut kenalah berakhlak dengan akhlak Rasulullah. Atau seperti Sayidina Abu Bakar yang habis harta bendanya dikorbankan untuk perjuangan Islam, kemudian dia berkata, "Yang tinggal padaku hanyalah Allah dan Rasul. Dan aku merasa cukup dengan keduanya." Atau bagaikan Sayidina Umar yang keras dan tegas melaksanakan hukum Allah tapi telah berkata, "Kiranya diberitahu bahawa semua orang masuk syurga kecuali seorang, maka aku rasa akulah yang seorang itu." Dia merasa dialah yang paling banyak dosa. Sebab itu dia sangat merendah diri pada rakyatnya. Ditanggungnya guni gandum di belakangnya, dibawa ke rumah seorang janda bersama-sama anak-anaknya yang waktu itu ketiadaan makanan. Khadamnya minta biar dialah yang menanggungnya, jawab Sayidina Umar, "Bukan engkau yang akan menanggung beban tanggungjawab di akhirat nanti."

Atau, sebagaimana Sayidina Usman yang mempunyai sifat kasih sayang terhadap rakyatnya. Mahupun, seperti Sayidina Ali yang sangat sabar dengan kemiskinannya hingga walaupun dia miskin papa tetapi mendapat gelaran "Bapa" janda-janda dan fakir miskin serta anak yatim.

Adakah seorang raja atau menteri, ulama, orang besar, orang kaya di dunia yang seperti Sayidina Abu Bakar, Umar, Usman dan Sayidina Ali sekarang ini? Kalau tidak ada, tidak peliklah mengapa dunia tidak aman. Sebab rakyat bukan saja tidak sayang pada pemimpinnya bahkan berdendam dan cari peluang untuk mengganti tempat duduk pemimpinnya itu.

Kesombongan manusia hari ini tidak pernah dimuktamarkan. Sedangkan itulah punca bagi segala krisis di dunia ini. Penyakit yang begitu bahaya dibiarkan melanda dunia, tanpa seorang pun berusaha untuk mengubatinya, akan ranaplah nanti dunia ini dikerjakan oleh manusia yang sudah jadi Iblis itu.
Islam, melalui bidang tasawuf telah menggariskan ubat-ubat untuk penyakit-penyakit terkutuk itu. Biar saya senaraikan di sini setakat yang Allah izinkan pada saya, supaya bergunalah ia bagi orang yang mahu menggunakannya.

Mula-mula gunakan fikiran untuk fikir tentang nasib orang yang sombong! Iblis tercampak ke neraka walaupun dia ketua segala malaikat. Begitu juga nasib diktator dan penyombong-penyombong lainnya di dunia ini, mana ada yang baik-baik? Semuanya mati dalam kehinaan, semua tinggal seorang diri. Orang benci, orang kata dan orang pulaukan. Walaupun depannya orang mengangguk-angguk. Siapa suka begitu? Kalau begitu kenapa menyombong diri? Kehebatan kita sementara saja. Boleh jadi dia tinggalkan kita sebelum kita tinggalkan dia. Berapa banyak orang kaya jatuh papa kerana kekayaan diragut oleh kebakaran, banjir. Berapa banyak kejadian peniaga jadi bengkrap dan diisytiharkan muflis. Berapa ramai menteri yang masih muda tapi sudah jatuh dari jawatannya.

Bila-bila masa saja Allah boleh hantar penyakit-penyakit bahaya pada kita. Bila-bila masa saja Allah boleh miskinkan kita kalau Allah mahu. Sepatutnya kita takut dengan Allah. Bila terbuat perangai sombong segeralah taubat. Jangan sampai Allah murka. Macam-macam boleh jadi nanti. Berani melawan Allah? Namrud konon nak lawan Allah, baru nyamuk masuk telinga terus ke kepala, bermain-main dalam otaknya. Itupun sudah tewas, terus mati masuk neraka. Firaun yang sombong mengaku Tuhan, maka Allah belah lautan, tenggelamlah ia. Mati dek air, jadi bangkai yang tercampak.

Apalah dibanggakan kehebatan kita itu. Dia tidak menyelamatkan kita malah mungkin kalau salah gayanya, sebab nikmat itu boleh jatuh di dunia apalagi di akhirat ... jatuh neraka hidup menderita.
Kita kan asal dari setitis mani, air mani tu kan hina? Kalau jatuh ke air, itik pun tak sudu, di daratan ayam tak patuk. Maka kalaulah kita mahu sedar diri, patutnya kita selalu menghinakan diri kita dan merasa hina untuk Allah, sehina air mani. Kemudian bermurah hati dengan manusia. Hiburkan manusia sebagaimana kita suka dihiburkan. Barulah orang suka dengan kita. Katakan selalu pada diri: "Wahai diri, engkau bagaikan sampah yang selalu menyusahkan orang. Bila-bila masa Allah boleh buangkan engkau dalam bakul sampah-Nya iaitu Neraka Jahanamn."

Sebagai tambahan ubat sombong ini amalkanlah ayat Quran ini tiap-tiap hari.
Terjemahannya: Sesungguhnya pohon zaqqum itu makanan orang yang banyak dosa, (ia) sebagai kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air yang sangat panas. Peganglah dia kemudian seretlah dia ke tengah-tengah neraka. Kemudian tuangkanlah di atas kepalanya seksaan (dari) air yang sangat panas. Rasakanlah, sesungguhnya kamu orang yang perkasa lagi mulia. Sesungguhnya ini adalah azab yang dahulu selalu kamu meragu-ragukannya. Sesungguhnya orang yang bertaqwa berada dalam tempat yang aman (iaitu) didalam taman-taman dan matair-matair, mereka memakai sutera yang halus dan sutera yang tebal, (duduk) berhadap-hadapan, demikianlah. Dan Kami berikan kepada mereka bidadari. Mereka tidak akan merasakan mati di dalamnya kecuali mati di dunia. Dan Allah memelihara mereka dari azab neraka sebagai kurnia dari Tuhanmu. Yang demikian itu adalah keberuntungan yang besar. Sesungguhnya Kami mudahkan Al Quran itu dengan bahasamu supaya mereka mendapat pengajaran. Maka tunggulah, sesungguhnya mereka itu menunggu (pula). (Surah Ad Dukhaan : 43 - 59)

Dan selawatlah pada Nabi sebanyak mungkin, setiap masa, sebagai ubat untuk melembutkan hati.
=== sekian ===

Wednesday, 13 June 2012

TAMAR GISB DI MADINAH


***Panggilan Haramain i- Mazra’ah Tamar GISB di Madinah***

2JUN
ImageImageImageImageImageImage.Salam ceria. Rasanya semua umat Islam di Malaysia pernah makan kurma tapi sangat minoriti yang dapat peluang ziarah ladang kurma. Lebih-lebih lagi memiliki ladang kurma di Tanah Madinah yang berkat. GISB lah satu-satunya Syarikat melayu Malaysia yang ada ladang kurma, seperti itu juga, inilah satu-satunya syarikat melayu Malaysia yang ada kebun zaitun, anggur, lemon di Jerash, Jordan.
Kurma adalah makanan Rasulullah saw. Siapa memakannya dengan niat meniru Rasul saw, dapat pahala mengikut sunnah. Nabi tak makan steamboat, char kue tiaw, nugget, nasi lemak kukus ayam berempah, pan cake, mee goreng kung fu, pizza mahupun nasi biryani gam. Tapi Nabi makan kurma dan menggalakkan kita makan kurma. Khususnya kurma baginda yang bernama: Ajwa.
Macam mimpi, GISB sekarang menyengelarakan 21 pohon kurma Ajwa selain lebih 300 batang pokok kurma bermacam jenis. Terharu rasanya bila memikirkan nikmat Tuhan yang besar ini. Masa kecik dulu anjang hanya dapat makan kurma dalam tin dari pakistan atau india, kadang-kadang dari guni. Macam dicampur gula je. Kena basuh dulu sebab terkena kotoran atau pasir. Tiba-tiba dengan berkat jemaah kebenaran, kehidupan Rasulullah dan para sahabat di dekatkan. Kini, berjalan di bawah redupan daun-daun tamar, menyusur di antara saluran-saluran air jernih bersih yang mengairi deretan pohon-pohon kurma. Memanjat pokok tamar yang tingginya mencapai 5-6 meter. Huuuu gayaaaat. Membersihkan gugusan buah-buah tamar dari putik-putiknya yang kering. Menikmati madu lebah asli yang berumah tangga di pelepah kurma. Memotong pelepah tamar tua. Belajar mengikat pelepah tamar bagi menampung gugusan tamar yang semakin memberat. Pancutan air yang keluar membuak-buak dari sumber bawah tanah yang mengasyikkan.
Oooh, semua itu ilmu dan pengalaman yang sangat mahal. Setelah penat di ladang, maklumlah di suhu panas, bahang padang pasir yang amat sangat, ada kolam renang untuk menyejukkan diri. Marilah ke Mazra’ah RSA atau Ladang Kurma GISB! Rasailah kehidupan Rasulullah saw dan para sahabat. Kami merindui Tuan ya Rasulullah! Kami merindui Saiyidina Zubair Al Awwam, pemilik asal ladang kurma di kawasan ini. Mudah-mudahan kita bertemu.
Mzb.

Chalet Mazra’ah RSA, Madinah Munawwarah
1.32am, Jun 2, 2012
PETIKAN DARI Anjangmuor.wordpress.com

Saturday, 9 June 2012

MINYAK WANGI PELBAGAI JENIS (RM10 SEBOTOL)

Untuk mereka yang ingin mempunyai koleksi minyak wangi yang pelbagai.

10 Haruman terkini seperti gambar2 dibawah

5 wangian (asli) ,(botol comel warna-warni )
1- 2000 bunga, 2- Kasturi Putih,
 3- Al Sultan, 4- Eternal For Women, 
5 - YSL

5 wangian yang berbau lembut dari asal (botol tinggi transparent, tudung warna warni)
1- Al Sultan, 2- Haji, 3- Melor,
4- Sultana J, 5- Kasturi Kijang (G Manggo)
(Ini adalah untuk penggemar minyak wangi yang berbau lembut)

TAWARAN ISTIMEWA HINGGA RAMADAN 1433H, BELI MANA-MANA 5 BOTOL DARI 10 JENIS WANGIAN TERPILIH INI DENGAN  HANYA RM50, BELANJA POS DIKECUALIKAN.

UNTUK SABAH SARAWAK, HANYA RM55, TERMASUK BELANJA POS.

Untuk tempahan sila ke sidebar di sebelah kanan!! (tempahan online) Jangan tunggu lama-lama....







Botel comel warna-warni (asli) dan botol tinggi transparent (bau yang dilembutkan).


Botol Comel warna-warni







Friday, 8 June 2012

TANDA-TANDA SESEORANG ITU DIGANGGU MAKHLUK HALUS

Bersyukur kita kehadrat Allah swt. Ini adalah sedikit perkongsian daripada rakanku yang prihatin, jadi moga ia bermanfaat untuk dijadikan panduan.


Setiap penyakit atau gangguan itu ada penawar atau ubatnya.


Tentulah seseorang itu perlu berusaha.


Kaedah perawatan juga banyak cara, kita tak kan tahu mana satu yang sesuai atau serasi dengan diri kita melainkan kita sudah mencubanya.


Biasanya....apabila Allah ingin menguji kita atau makhluk itu ingin menguasai kita, kaedah yang tepat itulah yang dirasakan tidak sesuai....jadi berlama-lamalah kita diuji, sebab itulah kita jangan tertipu dengan perasaan kita, apabila sudah diganggu perasaan sudah bercampur-baur, perlu ada orang lain yang menilai atau menasihati....(semua ini adalah dengan keizinan Allah swt)


Biasanya orang yang terkena gangguan, susah untuk dirawat kerana, "makhluk" itu yang tak hendak, dirinya dan akal pemikirannya sudah dikuasai, melainkan ada ahli keluarga yang berkeras berusaha untuk merawat, atau pesakit ada keazaman  yang tinggi untuk mendekatkan diri dengan Allah dan berusaha bersungguh-sungguh supaya dirinya kembali pulih, wallahu Alam.


INI ADALAH SIMPTOM-SIMPTOM SESEORANG ITU DIGANGGU JIN...
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.

6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.

16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.

21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.

31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.

36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Monday, 28 May 2012

SIAPA YANG BOLEH MENGENALI DAJJAL?

Apa yang sangat menarik tentang artikel atau cerita di bawah adalah kerana ia ada kena mengena dengan akhir zaman.  Dan ia juga antara berita atau isu sensasi jika diperkatakan di Malaysia...??!! saya tidak mahu menokok atau menambah, cuma para pembaca sudilah membaca dan menilainya kerana setiap hamba Allah itu sudah diberi peluang oleh Allah swt untuk memahami , mengkaji, mempelajari dan  mengamal dan kita didatangkan ke dunia ini hanyalah untuk hidup sementara...juga kita akan dan sentiasa diuji untuk dipastikan sama ada lulus atau tidak peperiksaan di dunia ini, kita ada matlamat hakiki yang nak dituju yang JAUH LEBIH BESAR DAN HEBAT...bukan mengejar hal-hal keduniaan YANG NILAINYA SANGAT KECIL JIKA NAK DINISBAHKAN DENGAN HAL AKHIRAT, kalau tak masakan Rasulullah saw begitu memperingatkan umat baginda tentang FITNAH DAJJAL DAN HAL-HAL YANG BERKAITAN AKHIRAT....selamat membaca, menilai dan bertindaklah, berubahlah gaya hidup semoga kita diberi hidayah oleh Allah swt untuk memahami akan sesuatu kebenaran...

ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB KITA, MELAINKAN KITA SENDIRI YANG MEMILIH JALAN UNTUK BERUBAH DAN BERUBAH CARA BERFIKIR DARI KACAMATA YANG BERBEZA, JANGAN SALAHKAN ALLAH JKA KITA SENDIRI YANG TERSALAH MEMBUAT PILIHAN ATAU ANDAIAN !!!


Siapa Yang Boleh Mengenali Dajjal?


Rasulullah SAW memberi hadith yang banyak sekali tentang Dajjal sebelum baginda wafat. Antara hadith yang masyur ialah yang berkaitan dengan bentuk-bentuk fizikal Dajjal dari hujung rambut hinggalah hujung kaki. Baginda sendiri mengakui dalam suatu hadith yang berbunyi

"Tiada nabi selain diriku yang mengetahui lebih banyak tentang Dajjal."

Ini bermakna, Rasulullah diperlihatkan Allah akan rupa sebenarnya Dajjal itu. Saya percaya Dajjal berselindung disebalik rupa yang palsu sekarang ini atau ketika ia muncul. Jika Dajjal itu mudah dilihat dan dikenali, tidak perlu sebegitu banyak hadith untuk menerangkan tentang Dajjal. Cukuplah sekadar 4 atau 5 hadith.

Berbalik kepada persoalan tadi, "Siapa yang boleh mengenali Dajjal?", saya dengan yakin (InsyaAllah) ingin mengatakan orang yang mampu mengenalinya ialah:

"Ahli Tasawuf atau Ahli Sufi"

Siapa ahli Tasawuf / Sufi ?

Ahli tasawuf merupakan muslim yang menjadi kekasih Allah, sentiasa mendapat keberkatan Allah, dan juga sentiasa dimakbulkan doanya oleh Allah. Ahli tasawuf adalah orang yang dicintai Allah, kecintaan Allah terhadap golongan ini sehingga Allah berkenan menganugerahkan mereka pancaindera yang keenam iaitu membaca hati dan melihat perkara yang dihijab Allah.

Contoh terdekat yang boleh diambil kira ialah Wali Songo yang terdapat di Indonesia suatu ketika dahulu. Pada zaman sekarang, terdapat juga golongan yang mengamalkan tasawuf dan kebanyakannya berada di Kelantan (Malaysia) dan Selatan Thai (Thailand).

Terdapat juga seorang mudir yang dipercayai mencapai taraf wali iaitu Mudir bagi sebuah Pondok pengajian di Pengkalan Hulu, Perak. Beliau dikenali sebagai Pak Teh dan masih hidup sekarang.

Apakah Kelebihan Ilmu Tasawuf?

Kelebihan yang tidak boleh disangkal ialah kebolehan membaca dan menilai hati seseorang tanpa perlu bercakap dengan orang tersebut. Yakni seseorang yang bertaraf wali (Kekasih Allah) itu mampu mengetahui bisikan hati kita dan apa yang kita niatkan di dalam hati.

Contoh terdekat ialah Allahyarham Hj Ahmad Badawi di Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau menubuhkan sebuah madrasah yang bernama Madrasatul Daeratul Maarifil Wataniah dan masih wujud sehingga sekarang. Beliau juga bapa kepada Perdana Menteri Malaysia.

Kewalian beliau (Ahmad Badawi) diakui oleh bekas-bekas pelajar madrasah tersebut. Menurut mereka, Hj Ahmad Badawi mampu membaca isi hati seseorang terutamanya pelajar-pelajar didikannya. Pernah suatu ketika apabila tiba waktu pendaftaran pelajar baru, beliau menghalau seorang pelajar kerana mengetahui niat sebenar pelajar tersebut.

Menurut bekas pelajar yang saya temui, rakan mereka (yang dihalau) itu bukan datang dengan niat untuk belajar tetapi datang dengan sebab 'terpaksa' dan 'dipaksa' oleh ibu bapa mereka. Bagi mengelakkan timbul masalah dikemudian hari, Hj Ahmad Badawi tidak membenarkan pelajar itu mendaftar.

Menurut mereka lagi, semasa sedang belajar, semua pelajar boleh mendengar hentakan kaki beliau dari jarak lebih 50 meter. Sedangkan tubuh badan beliau hanyalah kecil dan tidak mungkin tapak kakinya mampu mengeluarkan bunyi hentakan yang kuat sebegitu rupa seolah-olah badannya mempunyai berat melebihi 200kg.

Amalan Ilmu Tasawuf

Pengamalan ilmu-ilmu tasawuf boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira status keilmuan agama. Ilmu ini hanya mendampingi orang-orang yang tidak cintakan dunia dan rindu akan akhirat. Kecintaan ini tidak ditonjolkan melalu ucapan sahaja tetapi merangkumi seluruh gaya hidup individu tersebut.

Apakah itu Tasawuf

Islam itu terdiri daripada 3 tiang agama, yang pertamanya ialah Tauhid, kedua ialah Fekah dan ketiga ialah Tasawuf. Mana-mana muslim harus mempelajari Islam berdasarkan turutan ini, bermula dengan mengenali tuhan melalui ilmu Tauhid, kemudian ilmu sosial, fardhu ain dan syariah melalui Fekah. Dan akhir sekali mempelajari Tasawuf sebagai menjaga hati agar tidak tergoda dengan nafsu dunia.

Ilmu ini tidak boleh dipelajari secara teori sahaja walaupun terdapat banyak buku-buku di kedai yang membicarakan tentangnya. Ilmu ini juga tidak boleh dipelajari sendiri kerana bimbang hati akan mudah tertipu dengan helah syaitan.

Walaupun mata pelajaran Tasawuf ada diwujudkan di peringkat universiti sama ada dalam atau luar negara. Objektif pembelajaran ilmu tersebut hanyalah sekadar pendedahan dan maklumat bukannya pengamalan.

Untuk mengamalkan ilmu-ilmu Tasawuf, seseorang haruslah mendapatkan seorang guru yang benar-benar alim dan mursyid dalam ilmu ini. Perlu juga diselidiki latar belakang guru tersebut kerana terdapat juga dikalangan orang Islam yang mengambil kesempatan menerapkan ajaran-jaran sesat terhadap penuntut-penuntut mereka.

Ringkasan Pencapaian Ilmu Tasawuf

Di dalam bidang pendidikan sekular sekarang ini, kepandaian pendidikan diukur dengan meletakkan tahap-tahap anugerah akademik seperti berikut:

1.. Diploma (Dip)
2.. Ijazah dan Ijazah Lanjutan (Bec)
3.. Sarjana dan Sarjana Lanjutan (MA)
4.. Doktor Falsafah (PhD)

Pemegang status ke-4 akan dianggap supreme dalam bidang ilmunya. Segala apa yang dilihat, diucap, dikaji atau diputuskan akan lebih diambil kira oleh masyarakat mahupun pemerintah.

Dalam ilmu tasawuf, pengamalan ilmu-ilmunya mempunyai tahap-tahap yang hampir serupa dengan pendidikan sekular. Cuma penetapan untuk mengejar tahap tertinggi bukanlah bertujuan untuk mendapat jawatan dan nama dikalangan masyarakat, ianya lebih kepada mengejar status sebagai kekasih Allah tanpa pengetahuan orang ramai.

Berikut ialah tahap-tahap status pengamal ilmu tasawuf:

1.. Nafsu Lawwamah
2.. NAfsu Mutmainnah
3.. Nafsu Mardiah
4.. Insan Nur Kamil

Tahap tertinggi adalah nafsu yang dipunyai oleh para Nabi, sahabat, imam-imam mazhab dan ulama-ulama yang mursyid. Sekiranya tahap ini boleh dicapai, maka Allah akan mengurniakan keredhaan pada insan terssebut dan kebiasaannya menganugerahkan keramat-keramat yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Contohnya, Imam as-Syafie telah dianugerahkan Allah dapat melihat dosa-dosa yang berguguran daripada seseorang yang sedang mengambil wudhu'. Selain itu, beliau juga dapat melihat bagaimana syaitan-syaitan menggoda seseorang daripada melakukan ibadat.

Dajjal Takutkan Golongan Tasawuf

Dajjal sedar golongan ini adalah ahli ibadah, ahli zikir, ahli rohani yang tidak mudah terpdedaya dengan harta dunia. Dajjal tahu golongan ini dikurniakan Allah keistimewaan tertentu yang tiada pada manusia lain hatta ulama Tauhid atau ulama Fekah.

Keistimewaan pengamal Tasawuf ialah mereka dianugerahkan Allah untuk dapat membaca hati seseorang, melihat benda-benda ghaib, keramat, dan sebagainya. Dengan adanya individu-individu seprti ini, sudah pasti sukar untuk Dajjal berselindung disebalik rupa tiruan yang bakal dihasilkannya untuk muncul di tengah-tengah masyarakat.

Maka, sebagai langkah berjaga-jaga dan supaya proses kemunculannya (Dajjal) kelak berjalan lancar, doktrin-doktrin yang menghalang perkembangan ilmu ini perlu dijana terlebih dahulu. Tindakan mengecam pengamalan ilmu ini harus dilakukan dengan teliti dan terancang. Oleh itu, medium yang paling kukuh untuk digunakan ialah sarjana-sarjana agama uma Islam itu sendiri.

Proses Menghalang Amalan Tasawuf oleh Dajjal

Salah satu ibadah wajib bagi pengamal tasawuf ialah mengadakan majlis-majlis zikir seumpama yang diamalkan oleh kebanyakan tarekat. Ucapan zikir secara berjemaah sebanyaka beratus-ratus ribu sehari mampu mengubah hati dan menjernihkan roh seseorang itu.

Menurut Imam Habib Abdullah Haddad, kumpulan ahli Tarekat Tasawuf lebih suka memilih berzikir dengan mengangkat suara dan berkumpul beramai-ramai. Ini berdasarkan sebuah hadith yang bermaksud;

"Allah SWT sentiasa mengirim para Malaikat-Nya yang mengelilingi bumi untuk mengunjungi majlis-majlis zikir. Maka Allah berkata kepada para MalaikatNya: Saksikanlah bahawa Aku telah mengampuni mereka itu, dan Aku telah memberikan apa yang mereka pohonkan, dan Aku telah melindungi mereka dari apa yang mereka pohon perlindungan. ."

Maka cara Dajjal menghalang ibadah ini ialah dengan mengeksploitasi mazhab ciptaan Dajjal iaitu Wahabi. Telah saya terangkan sebelum ini akan keberkaitan Wahabi dan Freemason. Pendokong Wahabi mengharamkan majlis-majlis zikir, doa selepas solat jemaah, talqin dan tahlil. Semua itu dianggap bidaah.

Tiada ungkapan lain yang dipromosi oleh Wahabi melainkan BIDAAH, BIDAAH dan BIDAAH.

Ungkapan 'bidaah' di mulut-mulut ulama Wahabi adalah senjata Dajjal melalui bisikan jin-jin pendamping ulama'-ulama' tersebut. Dajjal tidak duduk bermesyuarat dengan ulama-ulama' ini. Cara terbaik adalah dengan menggunakan jin pendamping setiap ulama Wahabi tersebut.

(Persoalan jin pendamping atau qarin ini bolehlah dibaca pada buku Muhammad Isa Dawud yang bertajuk "Dialog Dengan Jin Islam", atau buku-buku karangan Dato' Ismail Kamus atau buku-buku Syeikh Muhammad Abduh al-Maghauri)

Adakah Proses Ini Berjaya?

Ya. kejayaan Dajjal dalam proses (strategi) ini berjaya lebih kurang 80 %. Umat Islam berjaya diyakinkan bahawa Tasawuf itu sesat dan Tarekat itu adalah ajaran sesat. Tambahan pula kebanyakan umat Islam yang berpandangan demikian langsung tidak pernah mempelajari tasawuf dan tarekat.

Sedangkan kedua-dua aspek tersebut saling melengkapi antara satu sama lain. Saya tidak mahu berbicara panjang apa itu tasawuf dan tarekat kerana ia salah satu cabang ilmu yang wajib dipelajari leh umat Islam khususnya bagi mereka yang belajar di Al-Azhar, Mesir.

Cara Mengenali Dajjal Adalah Dengan Mempelajari Tasawuf

Inilah cara paling berkesan untuk mengenali Dajjal. Seseorang itu boleh dikenali nilai kejahatan sebenarnya jika kita mempunyai ilmu pengesan gerak hati. Ilmu ini hanya terkandung dalam ajaran tasawuf bukannya Tauhid dan Fekah. Jika anda berjaya menghafal al-Quran sekalipun atau boleh mengingati 100,000 hadith, tapi jika tiada ilmu Tasawuf anda belum tentu dikira Muslim yang sempurna.

Bagaimana kita boleh mempelajari Tasaawuf dan Tarekat?

Teramat susah sebenarnya. Namun ilmu itu boleh didapati di mana-mana sahaja sekolah pondok di Malaysia, Selatan Thai atau pesantren-pesantren di Indonesia. Sebelum mempelajarinya, haruslah terlebih dahulu menjumpai tuan guru-tuan guru yang berpengalaman.

Orang yang mempunyai ilmu ini secara automatiknya musuh jelas bagi Dajjal. Saya percaya pengamal-pengamal Tasawuflah yang berfungsi menghebahkan identiti Dajjal ketika ia muncul kelak.

Kesimpulan

Adakah kita sedar sekarang bahawa pengajian agama sudah dipinggirkan oleh umat Islam sekarang. Pengajian sekolah-sekolah agama tulen sekarang banyak yang sudah dimodenkan sehingga tertinggal ilmu-ilmu diniyyah. Yang diutamakan hanyalah ilmu-ilmu akademik. Semua itu berlaku dengan alasan mengikut arus perkembangan zaman.

Seorang sahabat saya yang menjadi Pengetua salah sebuah Sekolah Menengah Agama pernah menyuarakan isi hatinya bahawa beliau kecewa pelajar-pelajar agama sekarang tidak lagi dihidangkan dengan ilmu-ilmu tasawuf. Ini kerana tasawuf tidak mempunyai buku teks, ia berupa amalan zikir. Namun beliau berusaha juga mengajar anak-anak muridnya tentang Tasawuf walaupun tanpa kebenaran pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

Wallau'alam.

P/S : Sama ada ilmu Tasawuf atau Tarekat itu sesat atau sebaliknya, ianya tidak perlu didebat dan dipersoalkan lagi. Orang yang mempertikaikan ilmu ini, sah seorang yang tidak pernah mempelajari ilmu agama atau langsung tidak mengetahui apa-apa. Kelompok yang mempertikaikan ilmu ini biasanya terpengaruh dengan berita-berita di akhbar tabloid seperti Kosmo dan Metro yang suka mensensasikan isu ajaran sesat dengan mengaitkannya dengan ajaran Tasawuf. Akibatnya ajaran Tasawuf mendapat reputasi buruk dari kacamata masyarakat.

oleh Ibnuyaacob




Petikan dari

Al fakir Hj.Zulkiflee

Peubatan Islam Nur Syifa`

Taman Sri Watan, Ampang