Translate

Saturday 12 July 2014

Sedar tak sedar Ramadhan sudah sampai pertengahan..

Bismillahirrahmanirrahim,

Sedih atau apa perasaan kita bila Ramadhan sudah sampai malam ke 15....?? Atau tak terasa apa-apa atau sibuk menyiapkan sambutan untuk perayaan? Hati kita pasti tahu jawapannya dengan tepattt!,

Ya Allah, adakah aku sudah berjaya mengalahkan nafsu dan syaitan yang sering berjaya menipudaya diriku selama ini..,
Ya Allah berilah kesempatan untukku bertaubat, merasakan besarnya kesalahan kerana sering lalai daripada mengingati Allah, pencipta kita yang Maha Berkuasa yang kita ini sebenarnya tidak punya apa-apa, semuanya hanyalah pinjaman belaka...harta, rumah, pangkat, kuasa, wang ringgit....perniagaan....betapa ramai juga yang susah dan menderita..

Yang sedihnya, di dalam Al-Quran, Allah memberi kesedaran kepada kita, juga peringatan dengan menyatakan bahawa "sedikit sekali hamba-hambaKu yang bersyukur..."

Ya Allah berilah kesedaran padaku untuk sedar bahawa nikmatMu lebih banyak diberikan daripada ujian yang Allah timpakan, adakah kami sebagai hamba mampu mengagih-agihkan nikmat itu terutama kepada yang memerlukan, terutama sekali untuk menegakkan kalimah Allah dengan melaksanakan tuntutan berjihad fisabilillah....jangan salah sangka berjihad tak semestinya dengan menjadi militan dan angkat senjata, mengorbankan keperluan duniawi untuk ukhrawi juga dinamakan jihad....

Terutamanya di bulan yamg dianjurkan untuk beribadat ini..

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan ini berlalu tanpa memberi kesan dan penambahbaikan dalam diriku yang sering tertipu dengan dunia yang menipudaya...

Ya Allah rezekikan kami untuk bercucuk tanam dibulan ini sebanyak-banyaknya, supaya hasilnya dapat dituai di akhirat kelak...adakah Ramadhan hadapan kita sudah pasti akan bertemu lagi....

Ramadhan jangan kau pergi tanpa aku sempat untuk bercucuk tanam, jangan sampai kita menyesal tak sudah...kerana mensia-siakan peluang yang ada....

Ya Allah hambaMu ini tidak mampu tanpa pertolonganMu  ya Allah...

La hawlawala quwwata illabillahil a'liyyil a'ziim.

Ya Allah selamatkan kami, ahli keluarga kami dan muslimin muslimat semua.

Allahumasollia'la sy Muhammad wa a'la alihi wasohbihi ajmai'n.

Wasalamun a'lalmursalin, walhamdulillahirabbil a'lamiin.

Sabtu 12 jul 14 :   9.52pm
Malam 15 Ramadhan 1435 h


SURAH AL-QADR RUMI  (link surah-al-qadr)


SURAH AL-QADR (KEMULIAAN)




BISMILLAAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1) INNA ANZALNAAHU FIL LAYLATIL QADR

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

2) WAMAA ADRAAKA MAA LAY-LATUR QADR

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3) LAYLATUR QADRI KHAYRUN MIN ALFI SYAHR

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan

4) TANAZZALUL MALAA-IKATU WAR-RUUHU FIIHAA BI IZNI RABBIHIM MIN KULLI AMRIN

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa
segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut

5) SALAAMUN HIYA HATTAA MATHLA-IL FAJRI

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!