Translate

Thursday 30 January 2014

Bunga orkid yang berkembang penuh, bersempena 12 RabiulAwal 1435 H

Asalamualaikum wbt.
Bagi yang menggemar keindahan dan bunga-bungaan, orkid Vanda ni ambil masa lebih 6 bulan untuk berbunga semula.
Apa yang mengejutkan, masuk bulan Rabiul Awal 1435H tahun ini, tanpa disangka 2 tangkai bunga yang besar kelihatan melambai-lambai...terkejut juga kerana sebelum ni tak ada tanda-tanda nak keluar bunga...bila perasan je...dah banyak bunga-bunga kecil yang tunggu masa nak kembang..
Subhanallah...Alhamdulillah..Allahu Akbar..pokok bunga pun nak berbunga pilih bulan yang baik...

4 RabiulAwal 1435H = 6 jan 2014

6 RabiulAwal 1435H = 8 jan 2014 


6 RabiulAwal 1435 H = 8 Jan 2014



11 RabiulAwal 1435 H = 13 Jan 2014

11 RabiulAwal 1435 H = 13 Jan 2014
( hanya sekuntum belum kembang )

12 RabiulAwal 1435H = 14 Jan 2014



15 RabiulAwal 1435H = 17 Jan 2014 

Tukar warne he he...


27 Jan 2014, aduhai sayangnya..dek kerana bunganya berat...patah...tapi ada setangkai lagi di pokok..

21 Nov 2013, sampai sekarang masih ada sekuntum, lebih 2 bulan, bunganya bertahan


Ambil pada 29 Nov 2013, orkid ni juga berkembang sekitar 2 bulan, sekarang bunga dah luruh semua


21 Oct 2013, pokok yang selalu kena jaga, jangka hayat tak lama, skarang dah 'ko'!

Comel tak ayam serama putih ni! Tinggal dia sekor aja...29 Nov 2013...he he he...ayam ni suka tengok pokok bunga, dia suka makan pokok bunga rumput Jepun...



SEDIKIT KISAH MENARIK DI SEBALIK BULAN  RABIUL AWWAL DAN RABIUL AKHIR

Klik untuk sumber
Peristiwa semasa pemerintahan khalifah ‘Umar bin al-Khattab merupakan titik tolak permulaan takwim hijrah dimana khalifah ‘Umar telah mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam.
Dalam perbincangan tersebut pendapat ‘Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad S.A.W. dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam dan mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.Bulan Rabiul Awal dan Rabiul Akhir merupkan bulan ketiga dan keempat dalam kalendar Islam.Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiul Awal ini sehinggalah sekarang. Manakala maksud bagi bulan Rabiul Akhir atau Rabiul Thani pula ialah bulan kedua musim bunga.
Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal
1.Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
Di keheningan 12 Rabiulawal tahun gajah lahirlah seorang insan pembawa rahmat bagi seluruh alam. Kehadiran baginda telah mengubah dunia dari kejahilan kepada kefaqihan.
2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul.
Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
3. Hijrah
Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
4. Peperangan.
Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah:-
Ø  peperangan Safwan (Badar pertama)
Ø  Bawat, Zi Amar (Ghatfan)
Ø  Bani An-Nadhir
Ø  Daumatul Jandal
Ø  peperangan Bani Lahyan.
5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
6. Pembukaan Iraq
Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
7.  Pembukaan Baitul Muqaddis
Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
Peristiwa Penting Bulan Rabiul Akhir
1. Peperangan Jamal (Unta)
Perang saudara pertama dalam sejarah Islam


Wednesday 29 January 2014

Selawat Kecintaan kepada Rasul

Salam mesra,

Kita masih lagi di bulan maulid yg mulia.

Sila download di link di bawah

(Moga kita mendapat ketenangan dan kecintaan kepada Rasul yang Mulia)

http://www.4shared.com/mp3/d7B5nhoYba/Habiburrasul_Lil_Karim.html

Atau

https://www.mediafire.com/?14ob1mymxe19hdo


Selawat utk menambah kecintaan kepada Rasul :


Friday 17 January 2014

Perihal dunia yang disukai oleh Allah swt, Rasulullah saw, sahabat dan malaikat Jibril

Salam semua,

Mari kita renung sebuah kisah yang menarik ini...

Pada suatu hari Rasulullah SAW duduk bersama sahabat-sahabatnya dan bertanya kepada mereka bermula di tanyakan kepada Saiyidina Abu Bakar:
"Apa yang kamu suka dari dunia ini?"
Dan berkatalah Saiyidina Abu Bakar ra.
"Aku suka dari dunia ini 3 perkara:

1.Duduk-duduk bersama Rasulullah
2.Melihat wajah Mu ya Rasullah
3.Aku korbankan harta ku untuk Mu ya Rasulullah "

Lalu Rasulullah bertanya kepada Saiyidina Umar ra.
"Bagaimana pula denganmu ya Umar?"
Jawab Saiyidina Umar,
"Ada 3 perkara juga yang aku suka:

1.Membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2.Mencegah kemungkaran walaupun dalam keadaan terang-terangan
3.Berkata yang benar walaupun pahit"

"Dan bagaimana pula denganmu wahai Uthman?"
Berkata Saiyidina Uthman
"Ada 3 perkara yg aku suka:

1.Memberi makan
2.Memberi salam
3.Bersolat malam di waktu manusia tidur"

"Bagaimana pula dengan kamu wahai Ali?"
"Aku juga cintakan 3 perkara:

1.Memuliakan tetamu
2.Berpuasa di musim panas
3.Dan memukul musuh dengan pedang"

Kemudian bertanya Rasulullah pada Abu Zar.
"Apa yg kamu suka di dunia ini?"
Berkata Saiyidina Abu Dzar
"Aku suka 3 perkara di dunia ini:

1.Lapar
2.Sakit
3.Mati

Kemudian Rasulullah bertanya, "Kenapa wahai Abu Dzar?"
Berkata Saiyidina Abu Dzar, "Aku sukakan lapar kerana ia membersihkan hati. Aku sukakan sakit kerana ia ngurangkan dosa-dosaku. Aku sukakan maut kerana dengannya dapat bertemu Tuhanku"

Kemudian bersabdalah Rasulullah SAW
"Aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:

1.Wangi-wangian
2.Wanita yang solehah
3.Sembahyang menjadi penyejuk hati ku"

Kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril as memberi salam kepada Rasulullah dan para sahabat lalu malaikat Jibril mengatakn "Aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara:

1.Menyampaikn risalah
2.Menunaikan amanah
3.Cinta terhadap orang miskin"

Kemudian malaikat Jibril naik ke langit dan turun sekali lagi ke bumi lalu berkata:
"Sesungguhnya Allah SWT mengucapkan salam kepada kamu semua dan Allah SWT berfirman; Sesungguhnya Allah suka kepada dunia kamu ini 3 perkara:

1.Lidah yang sentiasa berzikir
2.Hati yang sentiasa khusyuk
3.Jasad yang sabar menanggung ujian"

Daripada kisah di atas, kita juga boleh renungkan, apakah 3 perkara di dunia ini yang menjadi kesukaan kita...

Adakah ia baik untuk kita, untuk Islam, untuk akhirat kita....

Adakah Allah dan Rasul suka, masing-masing kita terutamanya diri ini, perlu muhasabah diri, kita boleh nilai diri kita...hati tak mampu menipu...mulut memang boleh berkata apa sahaja...tapi hati kita berkata yang benar...dengarlah suara kecil hati itu...

Juga bagaimana dengan anak-anak kita?!!

Moga kita semua selamat..

Wassalam.

Thursday 9 January 2014

Bacaan Maulid Nabi

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Sempena bulan maulid ini, elok sekali kita baca Maulid Nabi.

 













Wednesday 8 January 2014

Tv Ikhwan: Selamat tinggal duniaku part 4 dan Akhir

Salam ceria dan salam hormat,

Dah tengok sampai habis, tapi rasa macam nak tengok lagi..dan lagi...

Tak nak komen lebih-lebih..

Tengok sendiri ya...tengok jangan tak tengok..

Selamat menonton Part 4 



Selamat menonton Part Akhir

Moga anda semua terhibur dan terkesan.

Wassalam.

Selamat Tinggal Duniaku (Part 1-3) - TV Ikhwan

Salam manis, salam hormat untuk semua,

Sempena mengambil keberkatan bulan MauliduRasul yang mulia ini, apakata kita saksikan sebuah kisah yang sangat menarik, sangat sesuai ditonton oleh semua, terutama generasi muda masa kini..

Banyak pengajaran dan iktibar, kisahnya pun simple, menarik, ada juga yang mencuit hati dan perasaan, yang penting ada pengajaran...

Cakap lebih-lebih, tak best laa

JADI..,,,

SAKSIKAN Part 1

SAKSIKAN Part 2

SAKSIKAN Part 3

Rasa tak sabar nak tengok sampai ke penghujung ceritanya..

Tunggu!!!

Sekian, moga anda terhibur.

Wassalam.

Sunday 5 January 2014

BUAH-BUAHAN YANG DISEBUTKAN DALAM AL-QURAN

Salam semua,

Sempena bulan MaulidurRasul Yang Mulia ini, apakata kita rehat sebentar, sambil mendengar dan menonton sebuah dokumentari menarik yang berkisarkan buah-buahan yang diberkati yang disebutkan dalam Al-Quran.

Kisah Buah Zaitun...

KLIK DI SINI

Moga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.

Wassalam.