Translate

Saturday, 22 June 2013

Prakata- Konsep Kesederhanaan Menurut Islam


PRAKATA

DENGAN tiba-tiba saja, saya terfikir dan terasa penting untuk menjelaskan tentang konsep kesederhanaan menurut pandangan Islam, sekaligus menjawab masalah konsep fifty-fifty. Mungkin kerana waktu ini ramai lagi umat Islam, khususnya rakyat Malaysia yang tercinta, masih terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang mengatakan 50% untuk dunia dan 50% lagi untuk Akhirat.

Sedangkan dakyah inilah yang telah memesongkan umat Islam dari landasan hidup yang sebenar. Yang kemudiannya mencampakkan kita semua, umat Islam ke dalam lembah kemunduran, kemiskinan, kejahilan, kekotoran, kebekuan, kehinaan, hidup berkasta-kasta, kebinasaan dan 1001 macam penyakit dan permasalahan lagi. Yang kerana itu memberi kesempatan kepada bangsa lain untuk bangun menguasai dunia, mengkotak-katikkan ia semahu-mahunya, sehingga dunia sudah jadi begitu kotor dan hancur, untuk sekian lamanya.

Umat Islam sudah terlalu lama dibohongi, ditipu, dipermain-mainkan dan dihina-hina. Dan selama itulah pula Yahudi dan nasrani bergelak ketawa sepuas-puasnya. Mereka gembira kerana berjaya memperbodohkan umat Islam. Lihat satu contoh kecil bagaimana kita diperbodohkan sekian lama. Yakni dalam soal pakaian.

Sebenarnya musuh-musuh ALLAH itu tahu peri bagusnya pakaian cara Islam yang menutup aurat itu diamalkan. Sebab berpakaian menutup aurat itulah satu-satunya cara untuk menyelamatkan mata lelaki dari terpesona dan tergoda dengan perempuan. Tetapi oleh kerana mereka terlalu benci dengan Islam, maka mereka benci dan dengki juga dengan pakaian umat Islam. Maka mereka pun memburuk-burukkan dan berusaha menghalang umat Islam dari memakainya. Dikatakannya pakaian itu ketinggalan zaman, menyusahkan pergerakan, panas, rimas, hodoh dan melampau.

Padahal pakaian merekalah yang ketinggalan zaman, menyusahkan orang lelaki, hodoh dan melampau. Pakaian mereka tidak ada tujuan dan matlamat yang baik. Tetapi dik umat Islam termasuk para ulama termakan dakyah mereka, akibat tidak ada pegangan atau prinsip yang kukuh terhadap maha benarnya ajaran Islam yang dianutinya maka dapatlah diperbodohkan oleh orang-orang bodoh Akhirat itu.
Bukan sahaja dalam soal pakaian, bahkan dalam setiap aspek hidup sama ada kecil mahupun besar, umat Islam sudah ditipu atau dipesongkan dari ajaran Islam. Yang mana pada dasarnya, segala bidang hidup yang penting telah dipisahkan dari Akhirat. Dalam hal pendidikan, pelajaran, akhlak, ibadah, aqidah, syariat, ekonomi, politik, sosial, perubatan, perhubungan, ketenteraan dan serba-serbinya semuanya dihalakan kepada dunia. Akhirat seolah-olah tidak wujud. Atau kalaupun ada, kecil sekali. Yakni diperingati dalam waktu-waktu yang singkat di upacara-upacara kecil di masjid, di hari kematian dan di majlis-majlis khusus yang ada hubungan dengan agama. Akhirat betul-betul disisihkan dari hidup umat; dari fikiran dan hati mereka. Siapa selalu sebut Akhirat akan jadi kolot, jumud dan anti pembangunan, katanya.

Lalu umat Islam dilalaikan selalai-lalainya dengan dunia. Tuhan dan Akhirat sekali-sekala sahaja datang dalam hidup atau dalam ingatan mereka. Ingatan-ingatan dari ALLAH dan Rasul tentang besamya Akhirat diputar-belitkan dan diselewengkan dari maksud asal.
Bahkan sesiapa yang serius dengan Akhirat dikatakan golongan frust dan tinggal dunia. Dan dikatakan tidak maju dan anti establishment. Dunia yang menipu dibesar-besarkan hingga kelihatan begitu indah dan menakjubkan. Hingga umat Islam memuja dunia bagaikan kelkatu mengerumuni lampu. Penyakit makan gaji sudah jadi hidup mati umat Islam, yang begitu diperjuangkan; guna menampuk-nampuk dunia untuk diri sendiri, bukan untuk masyarakat atau kemajuan umat. Lalu merangkaklah kita menuju ke pintu neraka dunia yang haru-biru itu. Di Akhirat akan terjun ke kawah api Neraka yang maha dahsyat. Wal'iyazubillah
Sepatutnya umat Islam ini terbentuk oleh pendidikan Rasulullah SAW. Yakni hidup dan mati mereka diuntukkan kepada ALLAH.

Matlamat mereka ialah Akhirat, bukannya dunia. Mereka zuhud untuk diri kerana memberi kekayaan kepada Islam dan masyarakat Islam. Mereka takut untuk kaya di dunia kerana bimbangkan Hari Hisab yang maha dahsyat itu. Mereka benar-benar bersedia untuk mati, kerana mati adalah kemuncak kehidupan. Yakni saat penentu bahagia atau derita hakiki yang bakal ditempuh.

Umat Islam sepatutnya jadi abid perindu ALLAH dan mengenangi-Nya di malam hari, dan menjadi pejuang-pejuang yang handal dan gigih di waktu siang. Supaya dengan itu mereka dapat mengambil kembali dunia ini, yang sudah lama dirampas oleh Yahudi dan nasrani dari tangan umat Islam; untuk faedah umat Islam seluruhnya, bukan untuk individu. Kerana itu Akhirat mesti di hati. Dunia cuma di tangan. Bukannya dunia di hati, akhirat di tangan.

Buku ini ingin mengembalikan umat Islam ke tempat asal mereka. Supaya mereka benar-benar layak untuk dipanggil Islam. Dan supaya kehebatan umat Islam yang pemah menguasai dunia selama 700 tahun dahulu itu berulang kembali di abad ke-15 Hijrah ini. Hanya ALLAH yang mampu melakukannya. Sebab itu doa-doalah kita agar usaha kecil ini diberkati dan dibantu ALLAH dalam mencapai matlamatnya
Pahala dari usaha kecil ini kiranya ada wahai Tuhan, hendak kuhadiahkan kepada guru agungku, iaitu kedua-dua Sayidina Muhammad bin Abdullah Rasulullah SAW dan Imamul Mahdi Al Muntadzar. Juga pada kesemua guruku dan pada ayah dan ibuku.

Amin ya ALLAH.
Hamba yang hakir wal fakir,
Ashaari Muhammad
=== sekian ===

No comments:

Post a Comment