Translate

Tuesday, 19 June 2012

5 ARTIS 'HIJRAH' DI CHALET NUR MUHAMMAD, MEKAH

Salam semua, moga sihat-sihat belaka,

selamat membaca, Moga kita mendapat sesuatu yg berharga di Tanah Perkampungan RASULULLAH saw.

Moga2 Allah akan segerakan dan izinkan diri kita ( bagi yang belum) utk ke sana..pergi utk mendapatkan Allah dan Rasul dan bila pulang.. bukan melupakan apa yg di sana..tetapi membawa balik perjuangan baginda untuk ditiru dan dihayati..


Wassalam.



PETIKAN DARI : Anjangmuor's Travelog


*** 5 Artis ‘Hijrah’ di Chalet NM Mekah ***


ImageImageImageSalam ceria. Hamdan, Wasilah, Walidah, Fadhilah, Hasan dan Husin mungkin antara yang paling banyak berdoa agar Allah hadiahkan rasa cintakan Allah dan RasulNya kepada tetamu-tetamu di Chalet Nur Muhammad milik GISB 3 hari yang lalu khasnya 5 artis 'hijrah' Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Irma Hasmie, Diana Amir dan Rozana .
Begitu terujanya para tetamu dengan chalet NM tampak di awal lagi bilamana masing-masing bergambar beramai-ramai depan Chalet sebaik saja turun bas. Siapapun akan teruja bila melihat adanya chalet orang Melayu di Mekah. Terpampang dengan tulisan besar: 
Selamat Datang ke Bandar Mekah-Malaysia dengan logo besar GISB. Sangat terasa kehadiran roh Rasulullah saw bila melihat unta-unta binatang kesayangan baginda seolah-olah menyambut tetamu. Begitu juga burung unta, kambing-kambing dan kuda. Di sini ada 14ekor unta, 52ekor kambing, 2 ekor burung unta, 6 ekor kuda dewasa, 3 ekor anak kuda, 4 ekor keldai dan entah berapa puluh ekor unggas. Fuuh, dah macam mini zoo. Berjalan di celah kandang makhluk-makhluk Tuhan yang tak henti bertasbih dan berdoa ini memberi satu perasaan yang tak dapat di mana-mana.
Tetapi kemuncak perasaan para tetamu, diruntun ialah bila menonton teater anak-anak Abuya dengan judul 'Umrah - menghayati perjalanan penderitaan Rsaw' Siapapun yang punya rasa hati akan menangis kalau tak di mata, di hati. Sapa tahan melihat lakonan Siti Hajar di tinggalkan suaminya, hanya berdua dengan si kecil Ismail berlatar belakangkan alunan nasyid yang sangat menyentuh. 
'Sofa dan Marwa,
Kisah bermula,
Siti Hajar berhati mulia,
Taatkan Allah,
Jua suami,
Biarpun hidup penuh derita...'
Mana tak hiba melihat Siti Hajar yang kurus, berlari-lari, terjatuh, bangun dan berlari-lari, jatuh lagi, bangun dan berlari lagi mencari air sedangkan anak kecil menangis kelaparan sedangkan susunya sudah kering. Anjang pun tangkap sedih kalau macam ni. Sob, sob, sob.
Anjang lihat Yatt dan kawan-kawan bergerak sampai dekat betul ke depan merakamkan aksi penari latar GH ketika life show penuh warna warni dengan pancaran lighting system include follow spot, 4 biji moving head, 2 smoke mechine dengan controller bernilai SR15K. Asap putih dari smoke mechine berkepul-kepul menambah indah suasana. Sebahagian besar penonton duduk di karpet yang dihamparkan di depan stage, manakala di bahagian belakang terdapat bangku panjang untuk yang mahu duduk di bangku. Dataran lapang di chalet NM yang kelihatan sangat simple di waktu siang, berubah sama sekali di waktu malam. Ia umpama show di dataran terkenal yang berada di kelasnya yang tersendiri.Betapa tidak, bahan-bahannya adalah dari RSA susunan Bonda Ummu. Dengan suara latar dari rakaman suara kormesial Sy Nik Hazani. Malah bertambah keberkatan majlis kerana bonda Ummu sendiri hadir menyaksikan show. 
Lagu demi lagu, pentomin demi pentomin hingga keldai dan kambing pun naik ke pentas, tak sedar show 1 jam dah tamat.
Rasa puas di hati. Begitu terasa penderitaan Rasulullah dalam memperjuangkan Tuhan. Mendidik manusia cinta dan takutkan Tuhan. Rasa bersalah jika duduk saja tak perjuangkan agama ini. Korang semua kena tengok show ni. Kempen pada semua grup-grup umrah, kena datang chalet NM. Rasailah sendiri suasana kehidupan baginda dalam memperjuangkan agama.
Usai show, ibu Azwa menjemput 5 orang artis tersebut ke pentas, membuat sedikit persembahan dan memberi ulasan. Yang paling anjang ingat ulasan Irma Hasmie, ada watak kepimpinan orang bilamana komennya bukan hanya untuk dirinya bahkan berazam untuk mengwar-warkan kewujudan Chalet NM ini, katanya: 
'Ruginya saya tak tau tempat ni. Dah 4 kali ke sini, malah bulan 2 baru ni juga ke sini, tapi tak tau langsung tempat ni. Terima kasih. Tak tau nak kata apa. Terima kasih sangat. Saya akan war-warkan pada kawan-kawan di Malaysia bila balik nanti supaya datang ke sini.'
Ada yang berkata sambil menangis: 'Saya rasa saya sangat dekat dengan Allah dan Rasul di sini.' Yang lain pula berkata: 'Saya macam tak percaya yang saya boleh berubah. Saya tak tau adakah Allah terima saya yang sangat jahat ini. Moga saya dapat istiqamah dalam kebaikan. 
Anak-anak Abuya ketika ingin memulakan show memperkenalkan diri, saya..... Anak yang ke.... Dari 39 adik beradik..., bila seronok dengan show mereka Heliza kata: 'Nak joint la grup mereka ni!', seorang di kalangan mereka menyampuk,: 'Kau nak jadi anak yang ke berapa?', kata Dr Azlina: 'Anak mungkin tak boleh tapi menantu masih boleh...' Begitulah kemesraan antara semua yang hadir pada malam itu samada di kalangan staf GISB atau rombongan umrah, lebih-lebih lagi dapat bergambar beramai-ramai dengan bonda Ummu di akhir program.
Diakhir zaman Islam akan bangkit semua. Semua golongan akan kembali kepada Islam sebenar. Selepas artis, insyaAllah para atlit pula. Moga-moga tiada satu golongan pun tercicir. Ampunkan kami Tuhan. 
Otw ke Jordan, jalan Tabuk.
4.46pm, Jun 19, 2012
Anjangmuor.wordpress.com



5 Artis di Istana RSA...Makkah Al Mukarramah

5 Artis bersama Pn Hatijah (Bagaikan mendapat seorang ibu)




No comments:

Post a Comment