Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..!!!
Sila tonton, moga kita semua diberi kefahaman...
Terjemahan dari surah al-Baqarah (untuk renungan bersama, yang membawa maksud yang dalam dan tersirat, hanya mereka yang arif dibidangnya yang layak menerangkan setepatnya kepada umum)
[1]
Alif, Laam, Miim.
[2]
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
[3]
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
[4]
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
[5]
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
[6]
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
[7]
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
[8]
Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
[9]
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
[10]
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
sumber terjemahan
Semoga dengan rahmat dan kasih sayang Allah, pesawat MH370 yang lenyap dari alam nyata akan dizahirkan semula. Kita langsung tiada daya upaya melainkan berusaha dan berikhtiar.
Selama mana, cepat atau lambat, terpulanglah kepada yang Empunya Alam semesta..kita hanya mampu berdoa, bertaubat dan merintih sepenuh hati...
Selama mana...sebelum ini...cuba kita renungkan...adakah kita juga, lebih tertumpu kepada alam nyata dan segala teknologi sains yang kita kecapi dan nikmati selama ini, tanpa memikirkan segala teknologi itu juga adalah, hasil pemberian daripada Allah swt. Hakikatnya, segala apa yang kita miliki, bukanlah milik kita, boleh sahaja Allah lenyapkan dengan begitu mudah sahaja hanya sekelip mata...boleh saja Allah zahirkan semula..pada bila-bila masa yang dikehendakiNya.
Bila mana manusia, sudah mahu kembali insaf..!! Takut- setakutnya kepada Allah yang Esa, rindu- serindunya kepada Junjungan besar Nabi Muhammad saw. Bagindalah ubat bagi segala penyakit, baginda Jualah anak kunci bagi segala kejayaan..
Ampun maaf.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment