SEBAHAGIAN WASIAT RASULULLAH
SAW KEPADA SAYYIDINA ALI KWJ.
Sabda Rasulullah SAW :
Wahai Ali !
1) Orang yang pemurah hati itu hampir kepada Allah, hampir kepada rahmatNya dan jauh daripada siksaanNya. Dan orang yang kikir itu jauh drp Allah, jauh drp rahmatNya dan hampir kepada siksaanNya.
2) Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, nescaya Allah tuliskannya 1000 kebajikan, dihapuskan 1000 kejahatan dan diangkat 1000 darjat.
3) Bersedeqahlah untuk keluargamu yang telah mati. Allah SWT telah mewakilkan beberapa malaikat yang akan membawa sedeqah orang yang hidup kepada orang yang mati itu, maka sukacitalah mereka (orang mati) lebih daripada sukacitanya semasa di dunia sambil berkata : Ya Tuhanku, ampunilah orang yang menerangkan kubur kami dan gembirakanlah dia dengan syurga sebagaimana dia telah mengembirakan kami dengan sedeqahnya.

4) Sebaik-baik manusia di sisi manusia ialah orang dapat memberi
manfaat kepada manusia lain. Manusia yang paling jahat ialah orang yang panjang
umurnya dan buruk amalannya. Manusia yang paling baik ialah yang panjang
umurnya dan baik amalannya. Dan manusia yang paling dibenci Allah ialah makan
bersendirian dan menegah kawannya, memukul hambanya, memuliakan orang kaya dan
menghina orang fakir. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang hidup dalam
keadaan haram dan mati dalam keadaan haram. Dan yang lebih jahat drp itu ialah
orang yang panjang umurnya, buruk amalnya dan tidak bertaubat walhal ia tamak
dalam mendapatkan keampunanNya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang
menzahirkan persahabatannya dengan seorang muslim sedangkan ia melakukan
sebaliknya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang hilang permulaan
umurnya dalam kelalaian sedangkan penghabisan umurnya ia malas taat kepada
Allah.
5) Wahai Ali !
Orang mukmin itu ada tiga tanda iaitu :
1) benci terhadap harta yang tidak dapat menolongnya di akhirat,
2) benci terhadap perempuan yang menjadi fitnah dalam agama
3) benci berkata-kata dalam hal kehormatan manusia
6) Wahai Ali !
Orang berakal itu ada tiga tanda iaitu :
1) menggunakan dunia untuk manfaat akhirat
2) menanggung kekasaran orang
3) sabar atas segala kesusahan
7) Wahai Ali !
Orang berilmu itu ada tiga tanda iaitu :
1) berkata benar
2) menjauhkan yang haram
3) merendah diri
8) Wahai Ali !
Orang yang takut kepada Allah itu ada tiga tanda iaitu :
1) memelihara diri daripada berdusta dan berbuat buruk
2) menjauhi kawan yang jahat
3) meninggalkan perkara yang separuh halal kerana takut jatuh kepada yang haram

9) Wahai Ali !
Orang yang murah hati itu ada tiga tanda iaitu :
1) memberi maaf kepada orang yang bersalah ketika ia mampu membalas kesalahan itu
2) mengeluarkan zakat
3) suka bersedeqah

No comments:
Post a Comment