Translate

Friday, 16 March 2012

AL-QURAN & HADIS MENUNJUKKAN KEBENARANNYA



Al-Quran dan Hadis menunjukkan kebenarannya, marilah kita menjadi orang-orang yang mampu berfikir dan mengambil iktibar supaya kita tidak akan menyesal di hari kemudian. Juga peringatan untuk diriku jua.




Bismillahirrahmanirrahim,
Tuan puan yang dimuliakan,

Tuan-puan dan saudara saudari sekelian termasuk juga diriku ini yang masih berkesempatan untuk diberi peluang untuk terus membaca dan memahami, yang masih diberi peluang untuk merasai pelbagai nikmat kurniaan Allah.  Marilah kita sama-sama bersyukur dengan nikmat yang terbesar ini.
Sejarah perjuangan Rasulullah saw, dimulai dgn pelbagai ujian yang perit dan getir.  Rasul yang kekasih Allah itu diizinkan juga oleh Allah untuk disakiti hatinya dan perjuangannya oleh pelbagai ragam, pelbagai cara, pelbagai kaedah dan kerenah drp musuh-musuhnya juga kaum Quraisy sendiri (bangsanya) serta kaum kerabatnya.

'Demi bintang bila ia terbenam, Tidaklah sesat temanmu Muhammad dan tidak pula dia tersalah kepercayaannya.  Dan tidaklah juga dia berbicara menurut hawa nafsunya. Ia (al-Quran) tidaklah selain wahyu yang diwahyukan kepadanya. Sementara yang telah mengajarnya ialah yang tersangat perkasa (Jibril) yang mempunyai akal yang benar lalu dia berdiri dengan rupa asalnya sedangkan dia berada di ufuk tertinggi.  Lalu Ia hampir dan semakin hampir kepada Rasulullah.  Sehingga jaraknya daripada Rasulullah hanyalah sejarak dua buah panah atau lebih dekat lagi.  Kemudian dia mewahyukan kepada hambaNya Muhammad apa yang diwahyukanNya.  Tiadalah hati Rasulullah mendustakan apa yang dilihat oleh matanya' (Surah an-Najm: 1-11)

Peristiwa itu sangat besar dan hebat, Jbril mempunyai rupa yang sangat gagah dan dasyat utk pandangan mata manusia, pengalaman hebat itu membuatkan Rasulullah menggigil ketakutan.
Setelah suasana tenang, Siti Khadijah membawa Rasulullah saw bertemu dgn Waraqah bin Naufal yang telah memeluk agama Nasrani dan mempelajari Kitab Nasrani. Setelah didengarnya dengan penuh teliti apa yang diceritakan oleh Rasulullah, dia menjadi sangat terkejut kerana semua ciri seorang nabi ada pd Rasulullah. Diantara bait katanya ialah " Maha Besar Tuhan, Maha Besar Tuhan, Demi Allah telah datang kepadamu Namus Al-Akbar iaitu Malaikat Jibril yang telah dtg kpd nabi Musa sblm ini" . Waraqah menyambung lagi, "Alangkah baiknya kalau waktu itu aku masih muda agar aku dapat membantu Rasulullah berhabis-habisan ketika mana kaumnya mengeluarkannya dari negerinya."
Rasulullah saw terkejut mendengar akan perihal baginda akan diusir, sedangkan baginda tidak pernah menyakiti kaumnya malah baginda juga adalah daripada kalangan bangsawan mereka.

Waraqah berkata lagi " Demi Allah tidak ada seorang pun yang membawa perjuangan seperti yang kamu bawa melainkan dia pasti disakiti"
Rasulullah pernah bersabda tentang Waraqah "Aku telah melihat Waraqah bin Naufal di dalam syurga"
Untuk Akhir Zaman ini, bukan tidak ada, orang yang cuba untuk mengikut perjuangan Rasulullah saw apatah lagi Hadis menjanjikan akan adanya Kebangkitan Islam kali ke2 yang bertaraf Empayar. Tetapi perjuangannya sejak mula, sejak ia masih kecil, ia tetaplah disakiti, dipersalahkan, dimomok-momokkan dengan pelbagai tuduhan dan dijadikan bahan kontroversi, Namun Allah adalah yang Maha Kuasa, setiap tentangan daripada musuh-musuh berjaya dilepasi dengan penuh berhikmah dan tidak melatah, hingga sekarang memang sudah bergerak dan berkembang sehingga ke Asia, Mekah, Timur Tengah, Eropah dll. Tapak sedang dibina dan Allah sedang menangkan Islam dan Allah pasti membela orang2 yang berjuang dijalanNya.

Orang yang berjuang pastinya akan menanggung pelbagai kesusahan. Apatah di negara @ di tempat orang ada yang keadaannya terlalu sejuk, ada yang terlalu panas, bahasa dan cara hidup yang berbeza, tetapi tetap ada bantuan apabila ia adalah sebuah Janji drp Allah swt melalui Hadis spt yang disebutkan.  Cuma siapakah yang sanggup untuk menyahutnya setelah kita sudah sekian lama  telah dididik drp sistem yang berasaskan drp penjajah dan kita sudah melupai akan tuntutan yang besar drp kitab suci Al-Quran. Allah mengancam orang2 yang lebih sayangkan kehidupan dunia drp kehidupan akhirat dgn azab yang pedih.  Kita umat akhir zaman, bila dah sakit tenat, baru dirasakan dunia ini hanya persinggahan, pada masa tu sudah sangat terlambat untuk mengumpul saham dan baru terasa untuk membuat sebanyak-sebanyak kebaikan.

Sebab itulah Allah berfirman dalam beberapa surah, antaranya adalah dlm surah At- Taubah( yang banyak mengingatkan tentang pengorbanan/berjihad untuk Agama Allah drp keperluan duniawi kerana kehidupan di akhirat adalah yang kekal)
[18]
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
[19]
Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.
[20]
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
[21]
Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal.
[22]
Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar.



[23]

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim.



[24]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

No comments:

Post a Comment