9 org Siti yg patut dicontohi
1. Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8 ) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
Semoga kita mencontohi peribadi mereka dan mengambil pengajaran untuk mendidik para isteri dan anak-anak perempuan kita.
Contohilah mana-mana yg termampu, jika tak mampu mencontohi ke semua mereka, contohilah mana yg paling boleh diikuti kerana mereka adalah wanita2 pilihan yg menjadi contoh utk ikutan, bagi yang tak terlibat dlm perjuangan dan dakwah serta tidak mampu untuk mencontohi semangat juang, pengorbaan, kesabaran dan ketaatan yg tinggi seperti siti khadijah, siti fatimah, siti hajar , atau siti Aishah, dan jika tidak sanggup menempuh ujian yang berat spt siti mariam dan siti Asiah , jika tidak sanggup menjadi dermawan spt siti khadijah dan siti zubaidah yang membelanjakan sluruh harta mereka, juga sekiranya tidak sanggup untuk mengasingkan anak yang masih kecil spt sikap ibu R saw yg mulia, siti Aminah demi utk memberi pendidikan yg terbaik kepada R saw, maka masih ada lagi yang boleh dicontohi iaitu Siti Muti'ah, itu adalah yg paling mudah (hakikatnya sangat sukar bagi seseorang wanita akhir zaman ini, untuk berkepribadian sebegitu) bagi seorang wanita kerana tak perlu keluar rumah untuk berjuang, bergelanggang utk Islam, berkorban harta benda dan berdakwah, tetapi hanya dirinya diabdikan utk suami semata-mata tidak kepada yg lain, ketaatan dan kecintaan maksimum kepada suami kerana taatkan perintah Allah swt.
Jadi sebenarnya wanita2 idola itu, Allah dah persiapkan, pilihlah mana-mana pribadi yang mampu ditiru, mereka adalah wanita2 mulia yang dijanjikan syurga atas keimanan, pengorbanan, kesabaran, kemuliaan dan keikhlasan masing2 yang dilakukan smata-mata untuk mencari keredhoan Allah swt.
- layarilah laman blog Aina & Ikhwan Kasturi -
Wangian Idaman Alaf Ini
Sumber Inspirasi Spiritual
Eksklusif untuk Semua
Di mana-mana dan bila-bila
http://www.ainakasturi.
No comments:
Post a Comment