PENGGUNAAN MINYAK WANGI DALAM RAWATAN
Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi: “Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka. Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit! Tekniknya adalah;
Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘37’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:
1: Sapu pada ubun-ubun.
2: Belakang telinga kiri dan kanan. 20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit. 2: Dua lubang hidung. 2: Dua lubang telinga. 2: Dua kening berdekatan mata. 1: Sekeliling mulut. 2: Dua puting payu dara. 2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur) 1: Lubang pusat.” |
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
"Sesiapa yang dipelawa wangian, janganlah dia menolaknya."
(Hadis Riwayat Muslim)
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu tapi ia terbaik untukmu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tapi ia bukan yang terbaik untukmu"
(Al-Baqarah, ayat 216)
(Al-Baqarah, ayat 216)
Sabda nabi S.A.W:"belajarlah al-quran serta bacalah kerana perumpamaan al-quran bagi orang yang mahu belajar,membaca dan melaksankannya adalah seperti 1 bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat.Dan perumpamaan orang yang mahu memperlajarinya dan ia lupa(mengamalkannya),maka di hatinya seperti ada 1 bekas wangian kasturi yang masih tertutup."
(Riwayat at-Tarmizi)
No comments:
Post a Comment