Mereka yang kerap
tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama
kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam
iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam
keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata
lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia
diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan subuh, tenaga alam pada
waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh
melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat
subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Kasturi minyak wangi kesukaan Nabi Muhammad S.A.W.
Diriwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda
maksudnya,
"Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali"
No comments:
Post a Comment