Translate

Tuesday, 27 March 2012

APAKAH PERKARA-PERKARA PENTING DALAM HIDUP KITA

( INFO DARI GROUP SEHATI-SEJIWA), MOGA IA BERMANFAAT UNTUK KITA SEMUA


Dalam hidup ini, sebenarnya apakah perkara-perkara yang sangat diperlukan dan terlalu penting, yang tidak boleh tidak bagi kita untuk selamat dunia Akhirat. Apa?
Dan dalam hidup ini apakah perkara-perkara yang kalau kita tidak memilikinya tak bergunalah hidup, celaka dunia akhirat? Apa?

Perkara-perkara itu ialah:
1.Keampunan  Allah
2.Kasihan belas Allah
3.Segala kekurangan diri, kelemahan dan lain-lain ditampung, dicukupkan, disempurnakan.
4.Darjat diri ditingkatkan dari masa ke masa
5.Rezki segala jenisnya lahir dan batin
6.Petunjuk, pimpinan, hidayah dan taufik
7.Sihat afiat badan, akal fikiran, lahir dan batin
8.Kemaafan

Dimanakah semua kepentingan-kepentingan kita ini kita boleh dapatkan? Agar ia boleh kita dapatkan di setiap waktu, percuma dan tidak terhina?

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku se-Islam dan anak-anakku semua:
Bahawa Pencipta kita Allah SWT, kerana sangat sayang dan sangat bertanggungjawab kepada ciptaan-Nya, telah mewajibkan kita bertemu-Nya, dengan tujuan untuk diberikanlah semua keperluan-keperluan kita itu. Bahkan, sebenarnya Allah Tuhan kita itu demi cintanya, bukan saja 8 perkara di atas disenaraikan oleh kita meminta pada-Nya, beribu-ribu lagi perkara-perkara keperluan kita yang telah, sedang dan akan diberikan-Nya tanpa kita memintanya.

Tapi ingat, ada seperkara yang paling pokok yang Allah sangat-sangat ingin kita mendapatkan dari Dia. Hal ini merupakan penentu hidup mati dan Syurga Nerakanya kita. Allah menjadikan perkara itu sebagai pemberian termahal kepada seorang hamba. Kalau mahu dibayar nescaya tidak terbayarkan oleh kita!

Justeru Allah, demi kasih sayang dan belas kasihan-Nya, melayakkan kita untuk memilikinya dengan cara meminta-minta sepenuh hati kepada-Nya. Dan permintaan itu wajib dibuat di dalam sembahyang. Apakah dia barang itu?
Yakni Siratal Mustaqim. Iaitu jalan hidup orang-orang Allah seperti Rasul-rasul, Nabi-nabi, Mujaddid-mujaddid, wali-wali, orang-orang soleh dan para ulama yang praktikal. Di Akhirat ia adalah jalan selamat yang membawa manusia ke Syurga.

Walhal bagi manusia yang tidak dapat Siratal Mustaqim dalam hidupnya, nescaya dia hidup di atas jalan yang dibenci Allah iaitu jalan-jalan nafsu. Jalan nafsu ini pula berlaku di dalam cara-cara hidup Yahudi dan Nasrani yang sebenarnya sesat lagi menyesatkan. Yahudi dan Nasrani menyatakan orang-orang yang betul-betul beragama itu sesat. Sebab bangsa Yahudi ini sangat marah dan benci dengan Allah dan Rasul kerana mendedahkan kejahatan mereka di dalam Al-Quran bahkan di dalam sembahyang melalui surah Al-Fatihah.

Jadi di kesempatan menguasai dunia, merekapun lahirkan dendam itu dengan menyatakan orang-orang Allah lah yang sesat dan jahat!
Orang-orang Islam yang betul-betul sembahyang, hasilnya mestilah memperjuangkan jalan yang lurus (Siratal Mustaqim) ini. Dan sekaligus akan mencetuskan peperangan sengit dengan ajaran-ajaran nafsu dan sesat oleh Yahudi dan Nasrani yang sangat dibenci Allah dan Rasul dengan laknatullah.

Friday, 23 March 2012

OPERASI MENAWAN EROPAH


Operasi Menawan Eropah – (Khususnya German)

Petikan daripada Heliconia's Weblog                        

Cafe Nur Kuala Lumpur, Frankfurt, German.

Satu peristiwa berlaku tidak berapa lama sebelum perasmian Cafe di Frankfurt. Selesai kerja mengecat, seorang tetamu kehormat,  (rakan baik kepada seorang kenalan rapat kami warga German asal Maghribi ), singgah untuk bersarapan. Tetamu tersebut adalah seorang ahli politik Maghribi dan juga seorang pendakwah bebas, sedang dalam perjalanan ke sebuah  negara bekas Rusia untuk pembentangan kertas kerja dalam satu mesyuarat  OIC.
Kami orang-orang Abuya termasuk seorang GISB warga asal Perancis, serta seorang lagi rakan warga German (asal Maghribi juga) menyambut beliau. Sembang bahasa Inggeris pada mulanya, bertambah lancar apabila disambung dengan sembang bahasa Perancis. Bertambah rancak apabila berbual tentang poligami, dimana beliau juga telah mengamalkannya sejak belasan tahun.
Bila diperkenalkan bahawa Abuya ialah dari Bani Tamim, beliau cepat merespon dan menambah bahawa masyarakat Bani Tamim sangat besar sekitar 100 ribu orang dan mereka terkenal sebagai pejuang-pejuang yang hebat sebelum kedatangan Rasulullah saw. Pada ketika itu Bani Quraisy baru sekitar 3 ribu orang sahaja. Bila salah seorang pemimpin Bani Tamim bernama Ahnaf  ibni Uwais berjumpa Rasulullah saw, Rasulullah berkata kepada Ahnaf. “Kamu ada 2 kelebihan. Iaitu kebijaksanaan dan juga kesabaran yang tinggi”. Lalu Ahnaf  bertanya kembali. “Adakah itu kami pelajari”. Jawab Rasulullah, “Tidak. Itu adalah anugerah Allah kepada kamu”. Kisah Bani Tamim ini diceritakan oleh beliau bila saya mencuitnya dengan hadis bahawa Bani Tamim adalah kelompok yang sangat menentang Dajjal nanti.
Kami menjamu sate sebagai menu utamanya dimakan dengan roti. Sambil makan dan melihat brochure cafe  Nur Muhammad London kami perjelaskan kepada beliau yang kami datang ke sini atas tujuan dakwah dan cafe ini dijadikan tempat pertemuan dengan mereka-mereka yang mahu bekerjasama untuk mempromosi Tuhan dll.
Setelah selesai makan dan bermesra, kami mengambil kesempatan mempersembahkan video clip nasyid Rasa Bertuhan versi arab yang dinasyidkan oleh Khaulah Ashaari at Tamimi, Beliau mendengar dengan prihatin dan terus bertanya. “Kamu faham tidak apa maksud kata-kata nasyid ini”. Kami kata ya. Sebab lirik asalnya ditulis dalam bahasa Melayu dan diterjemahkan ke Arab. Dan Abuya yang menulis liriknya dan itu adalah satu dari 4000 sajak yang ditulisnya. Beliau berkata lirik ini sungguh indah dan menyentuh hati.

RASA BERTUHAN



Kalau manusia mengenali Tuhannya
Hancur luluh hatinya, lembutlah jiwanya
Tak sempat mengingati perkara yang lain
Hati dan jiwanya semata-mata terpaku
Dengan Tuhannya
Jika manusia mengenali Kehebatan
Keagungan Tuhannya, kecutlah perutnya
Kalau manusia sentiasa sedar, pendengaran
penglihatan dan pengetahuanNya
Chorus (2X)
Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia itu tawadhuk merendah diri
Di bumi Tuhannya 
Jika manusia rasa berTuhan hidup di hatinya
Matilah angan-angan
Takut pun datang menerpa di hatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang tak sempat mengumpat
Aduh! kalau Tuhan sentiasa di hati
Perasaan berTuhan mencengkam di hati
Mengenang pula nikmat
Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangNya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa akan diazabNya
Begitulah kalau seseorang hamba mengenali TuhanNya
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhannya
Dunia dan nikmatNya tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia di tangannya

Bila nampak beliau sangat berminat lalu kami persembahkan pula nasyid kedua Terimakasih Tuhan dalam versi bahasa Arab yang dinasyidkan oleh Fatimah Ashaari atTamimi. Kali ini beliau nampak semakin fokus tunduk dan tangannya yang menongkat di meja mula menutup mukanya agak lama sambil terus mendengar nasyid. Kepalanya mula menggeleng-geleng ke kiri dan kanan tanda semakin asyik menghayati nasyidnya. Rupanya beliau sedang menangis. Kami segera hulurkan tisu kotak di sebelahnya apabila tangisannya semakin kuat dan teresak-esak.
Suasana jadi hening tanpa bicara. Hanya nasyid Terimakasih Tuhan yang berkumandang di kaca (semasa itu notebook, sekarang sudah dipasang TV) menutup suasana pertemuan kami. Sebaik saja habis nasyid itu, dengan mata merah dan air mata terus mengalir, beliau berkata. “Nasyid ini luar biasa. Ini akan mengubah orang Mahgribi! Siapa penulisnya?” Lalu kami bawa gambar Abuya berlaminate saiz A3 yg di dinding kepada beliau. Beliau menatapnya jarak dekat lalu mencium gambar tersebut dengan sungguh-sungguh sambil menangis. Lalu dia berkata. “Lirik ini luar biasa. Abuya tentu orang luar biasa. Lirik ini mengajar kita beradab dengan Tuhan. Hanya orang yang dekat dengan Tuhan yang tahu menulisnya!”

Kemudian beliau memohon nasyid itu diulang semula. Lalu dimainkan sekali lagi nasyid itu. Dia terus kelam kabut mencari pen dan kertas dan terus menulis liriknya sambil mendengar dengan air mata yang masih lagi bergenang di matanya. Bila habis saja nasyid dan menulis lirik bahasa Arabnya, beliau segera berkata, “Boleh bagi saya nasyid ini sekarang dan lain-lain nasyid yang seumpamanya. Saya nak bawa ke (negara yang saya hendak mesyuarat esok). Kami segera copy ke USB drive dan memberinya kepada beliau. Beliau mengambil USB tu lalu mencium USB tersebut tanda sangat menghargainya (seperti mencium Al Quran!). Kemudian beliau ke bilik air membasuh muka.

Rupanya rakan kami warga German berketurunan Maghribi itu juga turut menangis ketika nasyid tersebut dipersembahkan tetapi masih terkawal. Kawannya seorang lagi keturunan Maghribi warga German juga bagai terpegun melihat kawan-kawannya menangis lalu memberi respon. “Saya orang German. Kalau awak perlukan apa-apa bantuan di sini, beritahu saya. Insyaallah saya akan cuba membantu”
Setelah suasana agak tenang, kami memberitahu ahli politik itu, sekiranya ada permintaan dakwah di Maghribi, kami bersedia untuk bekerjasama dengan beliau. Beliau nampak gembira dan menyambut baik cadangan tersebut. Sebaik saja sebelum berpisah, beliau menghadap kami secara berdepan lalu berkata

“Saya telah berdakwah selama 35 tahun, tapi hari ini awak telah berjaya mendakwah saya!” Lalu kami berpelukan dengan satu dakapan yang erat bagai saudara mara terdekat penuh kasih sayang.                                                                           


Sungguh terharu dan menakjubkan sekali keajaiban ini, walaupun cafe belum beroperasi. Semasa beliau mengucapkan kata-kata ajaib itu, kebetulan dua orang bijak-pandai warga German yang baru tiba (asal Indonesia) mendengarnya. Kami menyambung penjelasan apa yang berlaku tadi dan mereka juga terkejut dan takjub. Lalu kami dijemput mengisi program bulanan pertemuan rakyat Indonesia dengan motivasi dan nasyid. Salah seorangnya juga menawarkan khidmat bantuan nasihat legal secara percuma kerana profesion beliau berkait dengan undang-undang.

Sesuatu yang tidak terfikir oleh kami. Dalam masa beberapa jam saja beberapa orang telah ditawan dan tertawan untuk turut sama membantu kebangkitan Islam di Eropah ini. Kenalan asal Indonesia tersebut bersedia mengatur dan mempromosi road tour Generasi Harapan di bandar-bandar German yang lain. Laluan besar sedang dibuka untuk mempromiskan Tuhan dan Islam di Eropah!

Kami juga mendapat rezeki dua buah kenderaan yang agak berwibawa, yang ditawarkan dengan harga kurang dari nilai sebenar oleh para simpati perjuangan, iaitu dari seorang warga Britain (sebuah BMW) semasa di England, dan sebuah Mercedes E- Class oleh seorang rakan warga German. Kedua-duanya dirancang digunakan untuk road-tour Eropah oleh group nasyid Generasi Harapan. Dua buah kenderaan ( Citroen dan Volkswagen Wagon) yang masih boleh berfungsi cuma perlu sedikit pembaikan juga telah dibaiah untuk kegunaan jemaah oleh seorang simpati warga German. InsyaAllah, sebuah food-van yang terbengkalai juga tersedia untuk diteruskan operasinya, saiznya dua kali ganda saiz food-van jemaah di Perth, Australia.

Krew dari Malaysia seramai 8 orang juga telah selamat sampai ke Eropah. Laluan masuk dimudahkan di mana tiba-tiba pada hari tersebut seluruh staf imigresen airport Paris, Charles de Gaulle telah melancarkan mogok. Keadaan menjadi agak tidak teratur dengan polis dan tentera terpaksa mengambil alih tugas menjaga urusan imigresen. Justeru itu semua mereka melepasi check point tanpa usul periksa panjang. Malahan mereka disambut dengan begitu terhormat kerana dianggap orang kaya yang ingin membuat pelaburan di Perancis. Sembang-sembang tidak rasmi dengan polis sambil berseloka dalam bahasa Perancis mengkagumkan mereka.

Pengarah Matrade German, Encik Sabri telah menelefon dan memberitahu bahawa beliau akan membawa wartawan dari Bernama untuk menemuramah wakil GISB  tentang pembukaan satu-satunya cafe Melayu Malaysia dan Indonesia di Frankfurt. Beliau juga akan mengusahakan wartawan akhbar dan radio tempatan German datang untuk membuat liputan dan promosi juga katanya. Hasil promosi beliau juga, Pengarah Matrade London telah datang makan di cafe Nur Muhammad di London!

Suasana Cafe Nur KL, Frankfurt pada hari pelancaran.
Pada hari pelancaran, hampir semua staf utama di konsulat Malaysia di Frankfurt hadir meraikan pembukaan Cafe Nur Kuala Lumpur. Yang paling awal sampai ialah seorang pegawai JPA bersama 3 orang student pada jam 10.30 pagi walaupun program bermula jam 1 tengahari. Merekalah yang membantu membakar sate sampai jam 5 petang di luar cafe. Hampir 1500 cucuk sate telah dibakar untuk jamuan. Cuaca sungguh baik dengan suhu sekitar 15 Celcius. Langit cerah sekali disertai dengan pancaran matahari yang terang. Hari-hari sebelumnya cuaca agak mendung dan sejuk. Semua yang hadir sangat terhibur dapat makan di luar kerana sudah lama terpaksa berkurung di rumah kerana cuaca sejuk di musim dingin (winter).

Director Matrade Encik Sabri dengan keluarganya pada jam 1.30 tengahari, walau katanya akan tiba pada jam 4.00 petang. Dengan wajah ceria beliau duduk memerhati suasana sekeliling yang baru dicat serba kehijauan. Gambar 
Abuya terpampang di dinding dengan hiasan gambar-gambar makanan. Dengan nada ceria dan excited beliau bertanya menu setiap satu masakannya. Lalu terkeluar di mulutnya “Kalau macam ni, saya akan datang setiap hujung minggu makan disini…Ahad buka kan?” Jelas sekali beliau tidak dapat menutup perasaan gembiranya mendapat satu cafe Melayu Malaysia yang jelas halal masakannya. Satu kebanggaan bagi beliau yang juga berperanan sebagai pegawai Matrade. Jam 2 petang ramai tetamu mulai berdatangan terutamanya para pelajar dari JPA dan sebahagian student MARA. Ada sekitar 50 orang juga student yang datang. Mereka mencuba semua jenis masakan. Duduk sembang-sembang agak lama. Memberi peluang kami bermesra dengan hampir semua mereka. Rata-rata pelajar Melayu lelaki dan beberapa orang Cina dan India. Pegawai penyelaras JPA tersebut tadi telah benar-benar mempromosikan cafe NurKL kepada para student kerana selepas ini insyaAllah cafe Nur KL akan menjadi tempat pertemuan beliau dengan para pelajar. Itulah yang selalu disebut-sebutnya. Turut hadir juga pada program semalam ialah staf Tourism & pentadbiran, juga wakil-wakil Konsul Malaysia. Pegawai-pegawai konsul juga telah menjemput kami ke rumah mereka sebagai tanda persaudaraan.
Tetamu-tetamu yang lain dari kelompok Indonesia. Selepas ini kami  perlu segera menambah menu bakso, gado-gado dan lain-lain menu kegemaran rakyat Indonesia.  Selain itu tetamu adalah terdiri dari wakil konsul Maghribi, wakil rasmi pentadbiran bandar Frankfurt, juga Presiden masjid terdekat merangkap Imam. Kesemua tetamu sekitar 150 orang.
Begitulah keajaiban yg berlaku di bumi Eropah ini. Ditengah-tengah kekecohan Global Ikhwan diserang di dada-dada akhbar di Malaysia, wakil kedutaan Malaysia dengan stafnya sangat terhibur dan berbangga dengan cafe Global Ikhwan. Malah merekalah yang merasmikan Cafe Nur Kuala Lumpur, Franfurt. Terima kasih Allah dan kerajaanNya. (Disediakan oleh wakil GISB di German)
Lihat foto-foto hari pelancaran di sini. Baca link :  Operasi menawan Eropah (Khususnya England)


Tuesday, 20 March 2012

PAKEJ PROMOSI & TEMPAHAN ONLINE


Belanja Pos Laju

S. Malaysia : RM6.00 tak kira berapa botol yang dibeli.
Sabah dan Sarawak : RM10.00 tak kira berapa botol yang dibeli.

1 botol kasturi Kijang : RM25.00 (3ml)
1 botol kasturi Putih : RM25.00 (3ml)
1 botol kasturi Susu : RM35.00 (3ml)
1 botol kasturi Pink : RM60.00 (5ml)

Untuk belian Pakej dan Borong : Belanja Pos sudah dimasukkan sekali. Pembeli tidak perlu membuat bayaran tambahan untuk belanja Pos.

Untuk belian Borong 5 kotak dan ke atas : Belanja Pos akan dikenakan bergantung kepada berat barangan yang dipesan.


CARA MEMBUAT PESANAN ONLINE

1. Setelah bayaran dimasukkan (termasuk belanja pos) ke 
    dalam Akaun Banksila sms atau emel segera maklumat-
    maklumat berikut:
  • Jumlah bayaran yang dimasukkan, masa dan tarikh serta akaun bank yang dimasukkan.
          ( cth : Rm130, Maybank , 20.3.12 @ 4:30pm)
  • Nyatakan Pakej atau jenis wangian dengan tepat
          (cth : P.Amal VIP : 2 susu, 2 kijang, 1 putih)
  • Nama penuh & Alamat dengan lengkap ( alamat penghantaran barang)
  • No tel untuk dihubungi (untuk memudahkan urusan penghantaran barang)
2.  sms ke no tel    :      013-3680084
     atau emel  : suraiya72@gmail.com

3. Masukkan bayaran ke akaun Maybank
    No Akaun    : 162357003668
    Nama : Suraiya Akhtar Haji Murat

    atau ke akaun BSN
    No Akaun   : 10131- 41- 00005398- 6
    Nama :     Suraiya Akhtar Haji Murat

4. Setelah pihak kami mengesahkan penerimaan bayaran anda, 
    Produk wangian kasturi akan diPoskan segera menggunakan 
    Pos Laju, jaminan sampai dalam tempoh 2 hingga 3 hari 
    bekerja bergantung kepada masa pembayaran dibuat..Insya 
    Allah. Jika bayaran diterima di sebelah pagi, barangan akan dipos 
    pada hari yang sama. Jika bayaran dimasukkan selepas 12 
    tengahari, barangan akan dipos keesokan harinya jika stok 
    wangian sudah ada (untuk pembelian borong). Kami hanya 
    mampu merancang yang terbaik.

5. Jika ada sebarang masalah atau kemusykilan YANG PERLU 
    DISELESAIKAN SEGERA, boleh juga hubungi kami di talian : 
    03- 80632155 

6. Sila hubungi kami semula jika kiriman barangan yang dihantar 
    belum juga sampai setelah 3 hari bekerja.

SEKIAN ,TERIMA KASIH BANYAK 
DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN 
DIUCAPKAN ATAS SOKONGAN SEMUA.

MOGA USAHA MURNI  TUAN-TUAN  DAN PUAN-PUAN SERTA ADIK KAKAK SEMUA MENDAPAT PANDANGAN DAN  RAHMAT  DARIPADA ALLAH SWT.
MOGA SEGALA URUSAN ANDA  AKAN DIPERMUDAHKAN
SESIAPA YANG  MEMBANTU,  PASTI AKAN DIBANTU!!

UNTUK MAKLUMAN, MULAI SEKARANG KOTAK MINYAK WANGI KASTURI SUDAH TERSEDIA, DALAM 3 WARNA, IA JUGA SESUAI UNTUK DIJADIKAN CENDERAHATI
ATAU HADIAH KEPADA MEREKA YANG TERSAYANG ATAU YANG DIHORMATI !

WASIAT BUAT ANAKKU


Dari Bulletin Nur Muhammad :

Anakku buah hatiku,

Sebenarnya hati ibumu ini sudah menangis ketika ibu lihat matamu berkaca-kaca ketika ibu bercerita padamu tentang kematian. Tapi ibu menahan jatuhnya air mata ini demi engkau, supaya tidak bertambah sayu hatimu
Anakku,

Tahukah engkau mengapa ibu bercerita padamu tentang kematian yang kelak akan memisahkan engkau dengan ibu yang sangat engkau sayangi? Semata-mata agar engkau tahu bahwa kematian itu pasti terjadi padaku, juga padamu kelak.
Kematian pasti terjadi, karena itulah Rasulullah SAW menyuruh kita untuk tidak takut pada kematian. Tapi jangan pula engkau tersilap tentang makna tidak takut mati.
Tidak takut mati artinya mencintai akhirat karena mencintai Allah dan Rasul-Nya. Bukan menginginkan kematian karena kecewa pada dunia yang selalu menipu daya kita. Para Sahabat bisa menawan 3/4 dunia karena mereka cintakan akhirat dan rindui kematian. Sedangkan kita, umat Islam akhir zaman ini, seperti buih saja di lautan, karena terkena penyakit cinta dunia dan takut mati.

Anakku cahaya mataku

Kematian bukanlah sesuatu yang patut ditakuti. Dia hanya gerbang menuju dunia lain.
Bukankah bagi orang-orang yang mati di jalan Allah, Allah berjanji tetap akan memberi rizqi kepada mereka. Bahkan Allah berfirman: Jangan anggap mereka mati.
Karena itu anakku, kejarlah akhirat, hiduplah untuk kehidupanmu yang kekal abadi nanti di akhirat. Jangan tertipu oleh dunia yang hanya sementara ini. Persiapkanlah kematianmu seperti engkau esok akan mati. Maknanya, engkau akan bersungguh-sungguh beramal untuk akhiratmu.
Apa saja amalan itu, anakku?

Bekerjalah engkau serajin-rajinnya untuk dapatkan redha Allah, niatkan dan persembahkan semua perbuatanmu hanya untukNya saja, lakukanlah sesuai cara yang Dia redha, janganlah melakukan apa-apa yang Dia larang, jangan tinggalkan ibadah yang asas dan jangan lupa, bila engkau dapatkan hasil dari usahamu itu persembahkanlah hasilnya untuk-Nya juga.
Bila sampai waktumu menghadap-Nya, bersiap-siaplah engkau seperti engkau akan menghadap raja, bahkan lebih-lebih lagi karena Dia adalah Raja segala Raja. Serahkan hatimu untuk-Nya. Persiapkan lahirmu sebaik-baiknya.
Dalam keseharianmu, besarkanlah Dia, besarkanlah Akhirat. Bila engkau bertanya apa artinya, maka aku menjawab: tawadhu’ lah engkau di bumi-Nya, bersabarlah dalam setiap ujian yang menimpamu, pemurahlah karena engkau tidak akan papa karenanya, jangan dengki karena Allah benci pada orang yang dengki walau ibadahnya sebanyak apa.
Doakanlah manusia di sekelilingmu, bahkan doakanlah orang yang membencimu, maka cinta Allah akan mengalir deras padamu. Pembersihlah karena Allah suka hamba-Nya bersih.Tolonglah siapa saja yang memerlukan pertolongan, kalau engkau tidak ada kesanggupan untuk menolong mereka, doakanlah agar Allah menolong mereka dengan cara-Nya. Menangislah diatas dosa-dosamu.


Hormatilah guru-gurumu. Kasihilah orang yang lemah diantara manusia. Penyayanglah kepada bawahanmu, pemaaflah pada mereka, nanti Allah juga akan penyayang kepadamu.
Mudahkanlah segala urusan orang yang berurusan denganmu agar urusanmu dipermudah Allah.
Banyakkan sholawat untuk Nabi kita, sebab tanpa Beliau kita tidak akan pernah sampai kepada Allah. Sesungguhnya, Nabi kita itu selalu berdoa untuk umatnya. Menangisi kita dan sangat kuatirkan keselamatan kita. Karena itulah Beliau menangis sambil merintih “Ummati, ummati, ummati” dihari kewafatannya karena Beliau ternampak ummatnya terlepas daripadanya. Kasihnya Rasulullah pada kita, anakku, adalah jauh melebihi kasihnya ibu padamu. Karena itu Beliau sanggup bersholawat 10 kali untukmu setiap engkau bersholawat sekali padanya. Malunya kita padanya. Semakin kita banyak sholawat untuknya, makin banyak dia doakan kita… Artinya, jasa Rasulullah pada kita tidak akan pernah mampu kita membalasinya.

Anakku

Jangan menangis bila ibumu ini kelak menutup matanya. Jangan tangisi jasad ibu yang kaku dan harus dikubur. Karena kematian itu bukan pemisah, kita masih bisa terhubung anakku. Kalau engkau doakan ibumu ini, engkau kirimkan Al Fatihah, engkau kirimkan sholawat, maka sebenarnya itu sampai pada ibu kelak. Karena kan kampung kita yang sebenarnya adalah di Akhirat. Jadi tidak mungkin Allah putuskan perhubungan antara dua kampung. Justru kematian itu penghubung antara 2 kampung. Tidakkah engkau sering mendengar kisah-kisah perhubungan antara dua kampung itu?
Itulah tanda bahwa 2 kampung itu, yaitu kampung dunia dan kampung akhirat saling terhubung.


Jadi anakku, cintailah akhirat, rinduilah kematian. Maka engkau tidak akan terlalu sedih ketika ibumu ini pergi lebih dahulu ke kampung asal kita. Kalau engkau bertanya, kenapa Rasulullah pun menangis ketika anakknya wafat. Maka aku jawab, itu fitrah manusia yang akan menangis bila bersedih. Tapi hati orang beriman dia akan sabar dan redha. Sehingga mulut kita tidak akan mengatakan sesuatu yang dibenci Allah…
Aku harap engkau menjadi tenang sekarang, anakku. Kalaupun sedih, tidaklah sesedih kalau aku tidak ceritakan semua ini padamu…
Sekarang tidurlah, jangan lupa hadiahkan sholawat untuk kekasih-Nya…mudah-mudahan Dia pun mencintai kita karena kita mencintai kekasih-Nya…

(Ditulis oleh Tim Zon Jawa 1)

WANGIAN DALAM PERUBATAN ISLAM




PENGGUNAAN MINYAK WANGI DALAM RAWATAN

Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:

“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.

Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!
 
Tekniknya adalah;
  1. Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.
  2. Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakaian tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.
Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘37’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:
1: Sapu pada ubun-ubun.
2: Belakang telinga kiri dan kanan.
20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
2: Dua lubang hidung.
2: Dua lubang telinga.
2: Dua kening berdekatan mata.
1: Sekeliling mulut.
2: Dua puting payu dara.
2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
1: Lubang pusat.”

  
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :

"Sesiapa yang dipelawa wangian, janganlah dia menolaknya."

(Hadis Riwayat Muslim)


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu tapi ia terbaik untukmu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tapi ia bukan yang terbaik untukmu"                     
(Al-Baqarah, ayat 216)

Sabda nabi S.A.W:"belajarlah al-quran serta bacalah kerana perumpamaan al-quran bagi orang yang mahu belajar,membaca dan melaksankannya adalah seperti 1 bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat.Dan perumpamaan orang yang mahu memperlajarinya dan ia lupa(mengamalkannya),maka di hatinya seperti ada 1 bekas wangian kasturi yang masih tertutup."
(Riwayat at-Tarmizi)




Monday, 19 March 2012

WASIAT RASULULLAH SAW KEPADA SAYYIDINA ALI KWJ


SEBAHAGIAN WASIAT RASULULLAH SAW KEPADA SAYYIDINA ALI KWJ.

Sabda Rasulullah SAW :                                                                 

Wahai Ali !

1) Orang yang pemurah hati itu hampir kepada Allah, hampir kepada rahmatNya dan jauh daripada siksaanNya. Dan orang yang kikir itu jauh drp Allah, jauh drp rahmatNya dan hampir kepada siksaanNya.

2) Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, nescaya Allah tuliskannya 1000 kebajikan, dihapuskan 1000 kejahatan dan diangkat 1000 darjat.

3) Bersedeqahlah untuk keluargamu yang telah mati. Allah SWT telah mewakilkan beberapa malaikat yang akan membawa sedeqah orang yang hidup kepada orang yang mati itu, maka sukacitalah mereka (orang mati) lebih daripada sukacitanya semasa di dunia sambil berkata : Ya Tuhanku, ampunilah orang yang menerangkan kubur kami dan gembirakanlah dia dengan syurga sebagaimana dia telah mengembirakan kami dengan sedeqahnya.
                               

4) Sebaik-baik manusia di sisi manusia ialah orang dapat memberi 
manfaat kepada manusia lain. Manusia yang paling jahat ialah orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya. Manusia yang paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya. Dan manusia yang paling dibenci Allah ialah makan bersendirian dan menegah kawannya, memukul hambanya, memuliakan orang kaya dan menghina orang fakir. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang hidup dalam keadaan haram dan mati dalam keadaan haram. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang panjang umurnya, buruk amalnya dan tidak bertaubat walhal ia tamak dalam mendapatkan keampunanNya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang menzahirkan persahabatannya dengan seorang muslim sedangkan ia melakukan sebaliknya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang hilang permulaan umurnya dalam kelalaian sedangkan penghabisan umurnya ia malas taat kepada Allah.

5) Wahai Ali !
Orang mukmin itu ada tiga tanda iaitu :
1) benci terhadap harta yang tidak dapat menolongnya di akhirat,
2) benci terhadap perempuan yang menjadi fitnah dalam agama
3) benci berkata-kata dalam hal kehormatan manusia

6) Wahai Ali !
Orang berakal itu ada tiga tanda iaitu :
1) menggunakan dunia untuk manfaat akhirat
2) menanggung kekasaran orang
3) sabar atas segala kesusahan

7) Wahai Ali !
 Orang berilmu itu ada tiga tanda iaitu :
1) berkata benar
2) menjauhkan yang haram
3) merendah diri

8) Wahai Ali !
 Orang yang takut kepada Allah itu ada tiga tanda iaitu :
1) memelihara diri daripada berdusta dan berbuat buruk
2) menjauhi kawan yang jahat
3) meninggalkan perkara yang separuh halal kerana takut jatuh kepada yang haram

9) Wahai Ali !
 Orang yang murah hati itu ada tiga tanda iaitu :
1) memberi maaf kepada orang yang bersalah ketika ia mampu membalas kesalahan itu
2) mengeluarkan zakat
3) suka bersedeqah



Sunday, 18 March 2012

MEREKA MEMINTA KEBAIKAN, TETAPI TIDAK DIBERIKAN -'NYA'..


MARCH 18, 2012

Mereka meminta kebaikan, tetapi tidak diberikan-’nya’..

Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa :
Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya.
Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah ai-Hasan dan al Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya,
“Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.”
Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak
sehingga datanglah ‘Panji-panji Hitam dari Timur.
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya.
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya
Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan.
Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam yang dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah.
Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelakidari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan. “
(Abu Daud, At-Ta,rmizi, Al-Bakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus
Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim)
Rasulullah SAW menyebutkan bahawa golongan Ahlulbait akan mendapat dua ujian iaitu pertama, bencana dibunuh dan ditekan oleh pemerintah-pemerintah mereka, dan yang kedua ialah disingkirkan dari tanah air mereka.
Ujian pertama, sudah berlaku sejak awal Islam lagi, dimulai dengan terbunuhnya Sayidina Husain RA di padang Karbala dan seterusnya hinggalah berakhir zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah di Baghdad.
Yang kedua iaitu disingkir dari tanah air mereka juga berlaku iaitu sejak Bani Saud mengambil alih kekuasaan di seluruh Hijaz dan sebahagian besar Semenanjung Tanah Arab,
SEDIKIT PENERANGAN HADIS MENGENAI PANJI-PANJI HITAM :-
They will ask for the truth
but they will not be given it,
so they will ask again for it,
and they will not be given it ,
so they will fight and be given victory
Mereka Meminta Kebaikan
Maksudnya mereka menyeru manusia kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, iaitu Islam yang diasaskan pada tiga ilmu yang fardhu [tauhid, fekah dan tasawuf] sehingga manusia menjadi baik zahir dan batinnya.Dari sini beliau mendirikan sebuah kerajaan dalam kerajaan, iaitu kerajaan Islam bayangan. Islam mereka adalah Islam praktikal, bukan Islam teori.Maksudnya ialah Islam yang hidup dalam dunia nyata, bukan sekadar Islam tempel atau Islam kulit.Islam itu adalah Islam yang menyeimbangkan antara syariat zahir dengan syariat batin, melalui rasa bertuhan yang tinggi. Juga Islam yang menyeimbangkan antara keperluan dunia dengan keutamaan akhirat.
Maksudnya setiap yang mereka buat adalah untuk akhirat, tetapi dunia yang tidak sia-sia tetap dibuat, dengan niat untuk akhirat. Tamadun akhirat menjadi keutamaan bagi dan sebagai hasilnya tamadun dunia akan terbina dengan sendirinya tanpa perlu bersusah-susah memikirkan mengenainya.
Itulah sebahagian kecil erti mereka meminta kebaikan seperti yang disebutkan oleh hadis Nabi SAW.
—————————————————————————————–
chain-rusty.jpg
Tidak diberikan- ‘nya’
Di sini menunjukkan seorang atau sekumpulan orang,tidak melibatkan orang lain atau pihak lain. Dan NYA yang dimaksudkan bukanlah orang atau sekumpulan orang yang biasa, melainkan orang atau orang-orang yang mempunyai kuasa atau ilmu atau cantuman kedua-duanya sekali.
Jika orang biasa, mustahil mereka dapat menghalang usaha dakwah yang memang sentiasa mampu menarik manusia kembali kepada ajaran Islam sebenar itu.
Maka orang inilah atau kumpulan inilah yang berusaha keras menentang usaha-usaha dakwah mereka, sehingga mereka sanggup menyeksa dan memperlakukannya sedemikian kejam sedangkan mereka sendiri tiada bukti dan alasan untuk memperlakukannya demikian.
Namun, itulah kehendak Allah SWT seperti yang tersurat di dalam takdirNya. Dan hal ini memang telah pun berlaku dan sekali gus membenarkan apa yang disabdakan oleh baginda SAW.
Mereka ini pula datang dengan berbagai-bagai rupa dan cara. Ada yang berbentuk pemerintah sebenar, yang menggunakan kaedah kuku besi untuk menindas perjuangan suci ini.
Ada yang berupa orang baik lagi bersih tetapi mendalangi perbuatannya pada orang lain, iaitu berselindung di balik nama orang lain. Dialah dalang sebenar dan terbesar, kerana ada niat tersembunyi dan besar.
Ada yang berupa orang alim dalam hal ehwal agama, iaitu menggunakan agama sebagai alat untuk membunuh usaha dakwah berkenaan. Ada yang berupa pihak penyampai, iaitu menggunakan media mereka sebagai alat untuk menabur fitnah dan berita bohong mengenai keburukan mereka dan perjuangannya itu.
—————————————————————————————-
Mereka pun berjuang.
Berjuang di sini bukan bermaksud berjuang dengan pedang atau senjata moden yang lain. Islam tidak akan dapat ditegakkan oleh sesiapa pun dengan menggunakan senjata pedang semata-mata.
Belum pernah lagi terjadi dalam sejarah, ajaran Islam dapat ditegakkan semata- mata dengan pedang, iaitu memaksa-maksa orang lain menerima. Sebenarnya ada senjata yang lebih berkuasa dan lebih tajam dari pedang iaitu dakwah yang berhikmah dan bi lisanul hal.
Maksud berjuang adalah berjuang memperbaiki diri dan ibadat kepada Allah SWT, berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan setiap yang boleh mendatangkan dosa sehingga menghijab hubungan antara mereka dengan Allah. Mereka takut dikeranakan dosa mereka itu, perjuangan mereka tidak dibantu oleh Allah lalu mereka Allah biar dikalahkan oleh musuh mereka.
——————————————————————————————
Mereka memperoleh kejayaan.
Hasil mujahadah nafsu dan muhasabah diri mereka itu, Allah berkenan membantu mereka sehingga perjuangan itu berjaya. Berjaya di sini dimaksudkan dengan berjaya mengalahkan nafsu jahat mereka sendiri sehingga nafsu mereka dapat ditundukkan kepada Allah, berjaya mencapai taraf soleh dan solehah, sangat berjaya dalam setiap bidang yang diceburi, berjaya membina tamadun mereka yang tersendiri, dan berjaya mengajak masyarakat kembali kepada Allah dan mengamalkan ajaran agama Islam yang sebaiknya dalam diri masing-masing.
Dalil Al Quran
Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman
di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh
,
bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi inisebagaimana telah dijadikan khalifah orang-orang sebelum mereka,
dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya
untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar [keadaan] mereka, sesudah
mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’
An Nur: 55