Salam hormat,
Daripada Bab 20 di bawah (hasil perkongsian emel group dewan budiman), saya teringat sebuah kuliah yang baru saya dengar drp seorng sheikh dari Shah Alam baru-baru ni, antara sebahagian isi kuliah tu.. rupa rupanya semua kita ni ada sifat ego, sama ada sikit atau banyak pasti ada..Tetapi apa yang sangat ditakuti, kalau kita mati dengan membawa sifat ego walaupun sebesar debu tetaplah ahli neraka..jika tidak ditaubatkan, itu pesanan drpd Rasulullah saw. Siapa yang tak takut masuk neraka??!!
Bahayanya sifat 'ego'...semua kita ada sifat itu...Jadi bagaimana mengatasinya, tidak dapat tidak mesti cari jalan berkat darp orng2 yang sudah terpimpin diri mereka, dan mesti cari guru yg boleh pimpin hati atau roh, dalam surah Al-Fatehah kita sering baca "ihdinassirotolmustaqim"..Sebenarnya kita minta diri kita dipimpin ke jalan yang lurus, terpesong sikit saja boleh masuk neraka, sebab tu kita sering meminta-minta, maka bila Allah datangkan pemimpin untuk menyelamatkan kita, tapi ramai yang tidak boleh menerima, jadi sebenarnya siapakah yang mensia-siakan penyelamat atau pemimpin yang Allah datangkan untuk menunjukkan "jalan yang lurus itu", iaitu jalan yang selamat drp Yahudi, Nasroni dan daripada menjadi orng yang engkar dan sombong??
Jadi..kalau kita rasa diri kita sudah terpimpin, mesti ada gurunya, mesti ada mursyidnya!! Kalau tiada, kita mesti dapat kesan adakah diri kita sudah terpimpin...Allah itu tidak menzalimi hamba hambanya, didatangkan para mujaddid (ia melahirkan sistem islam secara global dlm seluruh aspek kehidupan, bukan satu bidang shj) setiap awal kurun iaitu setelah kewafatan Nabi Muhammad saw, para mujaddid ini mendapat kepimpinan terus darpd Nur Muhammad, maksudnya, para mujaddid ini tidak terputus drpd mendapat panduan drp R saw, bukankah R saw itu sohibulAzman iaitu pemilik bagi semua zaman, walaupun baginda telah wafat, tetapi roh baginda tetaplah berperanan aktif, kalau tak masakan kita perlu berselawat dan baginda akan dan mampu membalas 10 kali setiap selawat kita untuk semua umat baginda serentak!!!...itulah pemimpin Roh..ajaib dan hebat sekali kemampuannya dan lebih hebat lagi kemampuannya yang tidak terjangkau oleh akal kita...!!
Rezeki dan anugerah Allah kepada manusia itu tidak sama, barangsiapa yang mendapat ilmu hikmah, cara dan sikap orang, sekilas pandang pun dia dpt mengesan apa niat orang itu sama ada baik atau buruk, itu ilmu yang Allah kurniakan...janganlah pula ada yang menafikan!!
Sebab itu kita selalu mendengar pesanan drpd para ustaz kita yg bersumberkan alQuran/Hadis.. "takutilah firasat orang2 mukmin kerana mereka melihat dengan pandangan Allah", itulah istimewanya islam yang hak, tapi ilmu yang hak sebegini sudah banyak diselewangkan oleh yahudi, saya ada terbaca satu laman web yg mengatakan merekalah ahli sunnah, padahal segala ilmu dan hujjah adalah wahabi, jadi kalau merujuk kepada internet semata, itu merbahaya!
Kita perlu berguru kerana kita tidak tahu sumber asalnya, mana ada musuh yang akan mengaku dia musuh, mesti akan disebut dari sumber ajaran islam yg sebenar.
Sekian, Sekadar perkongsian ringkas untuk renungan bersama. Ampun maaf.
Wassalam
___________________########____________________
BAB 20 - PEMIMPIN YANG DIBANTU ALLAH TIDAK DIDUGA BANGUNNYA
Dl SINI saya ingin mengajak saudara merenung sejarah, tentang kedatangan bebenapa orang pemimpin di kalangan masyarakat Islam yang kemunculan mereka itu tidak diduga oleh manusia pada zaman mereka. Kenaikan mereka itu mengikut kaedah luar biasa, iaitu tidak menepati syarat-syarat yang ada pada pemimpin biasa. Kemunculan mereka telah menjadi satu kontroversi yang sengit pada zaman mereka. Sebahagian masyarakat mempertikaikan kepimpinan mereka, bahkan menentang. Mereka dianggap tidak layak bahkan tidak munasabah untuk jadi pemimpin. Mereka tidak semestinya dari kalangan istana, pembesar, bangsawan, orang kaya, lulusan tinggi dan bukan orang yang disangka untuk jadi pemimpin.
Mereka hanya rakyat biasa yang dinaikkan sendiri oleh Allah SWT. Firman Allah: Terjemahnya: Maka mereka berkata, "Bagaimana kita akan mengikut saja seorang manusia (biasa) diantara kita? Sesungguhnya kalau begitu kita benar-benar berada dalam kesesatan dan gila, "(Al Qamar: 24)
Firman-Nya lagi: Terjemahnya: Dan mereka berkata, "Mengapa Al Qur'an ini tidak diturunkan hepada seorang besar dari salah satu daripada dua negeri (Mekah dan Thaif) ini? "(Az-Zukhruf 31 )
Ayat ini memperlihatkan bagaimana orang-orang kafir Quraisy mempersoalkan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Bagi mereka, Rasulullah bukan orang besar, cuma si miskin, yatim piatu yang tidak tahu membaca serta menulis. Sebab itu tidak selayaknya baginda menjadi ketua mereka, yakni nabi atau rasul. Dan kerana itu mereka menentangnya.
Tetapi apa kata Allah?Firman Allah:Terjemahnya: Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam hehidupan dunia dan Kami telah meninggikan sebahagian mereka atau sebahagian yang lain beberapa darjat agar mereka dapat menggunakan sebahagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan. (At Zukhruf 32)
Dengan tegas Allah mengingatkan bahawa kuasa untuk memberi rahmat kepada manusia adalah hak mutlak-Nya. Allah boleh memberinya kepada siapa saja yang dikehendaki daripada hamba-hamba-Nya. Di sisi Allah tiada bezanya seseorang yang berjawatan besar dengan rakyat biasa. Tidak beza juga orang kaya dengan orang miskin. Mereka sama-sama bertaraf hamba. Allah bebas untuk melantik siapa saja jadi pemimpin. Bebas juga untuk menjadikan seseorang itu kaya atau miskin, pandai atau jahil, gagah atau lemah. Seseorang itu mungkin boleh berjawatan tinggi kerana Allah mahu jadikan dia begitu tanpa melalui kaedah yang ditetapkan oleh manusia. Sekiranya Allah mahu jadikan dia berjawatan kecil, mudah saja bagi Allah. Dan orang itu tidak boleh berbuat apa-apa. Demikian juga si kaya, kayanya dengan izin Allah. orang yang kuat, kekuatannya adalah pemberian Allah. jadi, tidak bolehlah kita menganggap itu kepunyaan dan hasil kuasa kita, hingga memandang orang lain hina, rendah dan tidak layak menerima rahmat dan kurniaan istimewa dari Allah.
Allah berfirman lagi:Terjemahnya: Hikmah itu diberi kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Barang siapa yang diberi hikmah, sesungguhnya dia diberi kebaikan yang banyak. (Al Baqarah. 269)Saya ingin menununkan beberapa contoh yang terjadi dalam sejarah tentang kelahiran beberapa orang pemimpin dunia yang beriman, yang mereka itu tidak diduga oleh manusia pada zaman masing-masmg kenana dipilih dan dibantu sendiri oleh Allah SWT.
Selain daripada nabi-nabi dan rasul-rasul yang memang sudah dimaklumi dilantik oleh Allah SWT, manusia biasa yang juga dibantu kepimpinan mereka oleh Allah ialah Thalut, Muhammad Al Fateh, Salehuddin Al Ayubi dan Hassan Al Banna. Mereka telah menempa sejarah gemilang untuk islam. Perjuangan mereka telah meninggikan Islam dan umat Islam. Mereka mendapat bantuan Allah dalam menghadapi tantangan dan kesusahan yang didatangkan oleh musuh. Saya akan nyatakan secara ringkas tentang kepimpinan mereka, insyaAllah.
1. Thalut
Kisah Thalut sebagai pemimpin Bani Israil sungguh di luar dugaan pembesar-pembesar Bani Israil. Walaupun pada mulanya merekalah (pembesar) yang meminta seorang pemimpin untuk menentang kekejaman bangsa Rom di bawah pimpinan Jalut, tapl apabila Allah datangkan pemimpin itu mereka menentangnya. Hal ini ada disebut dalam Al Quran:Terjemahnya: Nabi mereka menyatakan kepada mereka, "Sesunggahnya Allah telah mengangkat Thalut sebagai rajamu. " Mereka menjawab "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya? Sedangkan dia pun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?" Nabi mereka berkata, "Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa. " Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas Pemberiannya lagi Maha Mengetahui. (Al Baqarah: 247)
Begitulah kontroversi yang terjadi dalam masyarakat Bani Israil di bumi Palestin, sewaktu Thalut menjadi pemimpin. Oleh karena Thalut seorang rakyat biasa, bekerja sebagai petani, bukan dari golongan atasan, bangsawan, hartawan dan cendekiawan, maka terujilah golongan atasan itu dalam menerima kepemimpinan Thalut. Mereka merasa terhina untuk menjadi pengikut Thalut, kerana mereka rasa mereka lebih mulia dan lebih layak. Mereka telah menentang Thalut walaupun waktu itu mereka benar-benar memerlukan seorang pemimpin. Mereka tidak mahu jadi pengikut dan tidak mahu taat.
Namun kerana Thalut dilantik sendiri oleh Allah dan dibantu-Nya, maka walau sehebat manapun tentangan yang diterima daripada musuh-musuhnya luar dan dalam, maka akhirnya dia berhasil juga. Jalut akhirnya dapat dikalahkan.
2. Muhammad Al Fateh
Rasulullah SAW semasa hayat baginda telah memberitahu bahwa Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam di bawah pemimpin yang baik dan tenteranya yang baik. Para sahabat masing-masing berharap pada zaman merekalah perkara itu terjadi. Tidak seorang pun yang dapat menduga bahwa Muhammad Al Fateh yang dapat mengislamkan Rum (Konstantinopel). Tapi demikianlah kehendak Allah. Siapakah Muhammad Al Fateh? Beliau adalah anak raja Turki yang bernama Murad 1. Sedari kecil dididik di rumahnya oleh Shamsuddin Al Wali, seorang ulama sufi dan waliyullah yang sangat masyhur di Turki. Ketika berumur 20 tahun Muhammad sudah menjadi sufi.
Saya sewaktu ke Turki sempat ziarah ke makam Sultan Muhammad Al Fateh dan makam gurunya Shamsuddin Al Wali. Tidak seorang pun yang dapat menduga seorang anak raja menjadi orang sufi dan kemudian dapat menawan serta mengislamkan Konstantinopel dalam umur 23 tahun. Konstantinopel jatuh setelah 600 tahun Rasulullah SAW bersabda mengenainya. Padahal sebelum ini sejak zaman sahabat lagi pemimpin-pemimpin Islam telah mencuba dari generasi ke generasi untuk menawan Konstantinopel. Di antara sahabat yang mencuba ialah Abu Ayub Al Ansari r.a. (baru-baru ini juga sempat saya berkunjung ke makamnya di Istanbul, Turki yang menjadi tempat kunjungan orang ramai). Padahal Turki waktu itu mempunyai banyak ulama besar.
Semenjak tahu Rasulullah berkata bahwa Rom (Konstantinopel) akan jatuh ke tangan Islam, Muhammad mengkaji mengapa kejatuhan itu bukan di tangan sahabat. Kekuatan iman sahabat tentu jauh lebih mantap daripada orang-orang kerajaan Islam Turki waktu itu. Beliau cuma melihat beberapa kelemahan teknikal yang dibuat oleh sahabat. Maka kesilapan itu mahu dibaikinya dan beliau mencuba dengan harapan berlakulah kata-kata Rasulullah itu. Dengan bantuan Allah, tentera Al Fateh (gelaran yang diberikan kepada Muhammad) yang kecil itu telah berjaya mengalahkan Rom dan akhirnya meng-lslamkannya.
Hal ini sungguh memeranjatkan dunia termasuklah ulama sezaman yang merasakan mereka leblh berilmu daripada Muhammad Al Fateh. Anak raja ini bukanlah ulama ulung. Ilmunya sederhana cuma dia terdidik, dan bantuan Allah bukanlah semestinya kepada seseorang yang ulung ilmunya. Allah lebih tahu kepada siapa bantuan kemenangan itu hendak diberikan. Konstantinopel itulah yang ditukar namanya kepada Istanbul sekarang ini.
3. Salehuddin Al Ayubi
Beliau muncul sewaktu Palestin berada di tangan Kristian dan pada waktu Universiti Al Azhar dikuasai oleh golongan Syiah. Beliau bukanlah ulama atau pengarang kitab yang terkenal di Mesir waktu itu. Beliau cuma seorang soleh yang terpelihara agamanya sedari kecil. Dan bangsanya bukanlah bangsa yang terkenal di dunia waktu itu, dibandingkan dengan bangsa Arab. Bangsa Kurdi adalah satu bangsa yang agak asing di Mesir. Maka bangunnya Salehuddin Al Ayubi menjadi pemimpin ummah dan ketua tentera Islam pada zamannya itu adalah sesuatu yang kontroversi. Tiada siapa menduga. Tetapi memang begitulah kehendak Allah. Sejarah memberitahu kita bahwa beliau dan pengikutnyalah yang telah merampas Palestin dari Kristian dan juga mencorakkan kembali Universiti Al Azhar dengan aqidah Ahli Sunmah Wal jamaah. Beliau menggalakkan ajaran tasawaf dan tareqat. Sejak itu pertumbuhan tareqat di Mesir subur. Hingga kini di Mesir terdapat lebih 60 buah tareqat.
4. Imam Hassan Al Banna
la seorang lagi rakyat Mesir yang menjadi pemimpin Islam yang ulung, padahal kemunculannya sebagai pemimpin tidak disangka-sangka oleh siapapun. Hassan Al Banna hanya seorang guru agama yang mengajar di sekolah rendah. Ijazahnya tidak diakui oleh sekolah menengah apalagi universiti. Waktu kebangkitannya, di Mesir terdapat banyak ulama besar lulusan Univertsitas Al Azhar. Selayaknya ulama-ulama inilah yang bangun untuk menyadarkan serta mendidik masyarakat Mesir, tapi Allah tidak berbuat begitu. Sebab itu ada ulama yang menentangnya kerana ia tidak ada authority. Hassan Al Banna yang dikehendaki untuk memimpin umat Islam Mesir kembali kepada Allah dan Rasul, walaupun kenaikannya begitu kontroversi. Dia berjaya dalam tugasnya dengan bantuan Allah. Syiar Islam tegak di Mesir dalam pimpinannya bahkan pengaruhnya terasa ke seluruh dunia. Cuma beliau tidak sempat untuk menguasai negara Mesir. Walau bagaimanapun pengaruhnya masih bertapak di mana-mana di seluruh dunia.
Itu sajalah nama-nama yang dapat saya beberkan sebagai contoh bahwa boleh terjadi, seorang yang tidak diduga oleh manusia untuk menjadi pemimpin utama, tapi muncul sebagai pemimpin seperti itu dengan izin Allah. Hal ini perlu menjadi perhatian umat Islam supaya mereka tidak membantah dalam menerima takdir Allah. Sebab ada masanya Allah melakukan sesuatu yang di luar dugaan manusia. Waktu itu siapa yang lalai daripada melihat kekuasaan Allah serta tidak faham kisah-kisah sejarah akan membuat kesilapan dalam menilai dan menerima ujian Allah itu. Dan mereka yang tidak sedar hakikat ini, walaupun mereka ulama, akan hanyut di dalam suasana kebangkitan Islam yang dipimpin oleh orang yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Orang yang lupa hakikat sejarah ini akan terlalu memikirkan kepandaian diri sendiri hingga dia jadi sombong dan angkuh serta menentang kehendak-kehendak dari takdir itu. Akhirnya dia akan jadi orang yang sesak dada dan sakit jiwa serta akhirnya gigit jari dengan kebangkitan itu terutama dengan pemimpin yang menjadi penggerak kebangkitan Islam itu. Hal ini dapat kita lihat dengan jelas dalam sejarah kebangkitan nabi dan rasul yang banyak diceritakan dalam Al Quran. Nabi Musa misalnya, adalah anak peliharaan Firaun, tapi Allah angkat baginda sebagai salah seorang nabi bertaraf ulul azmi. Demikianlah yang Allah lakukan. banyak yang kafir kerana tidak yakin dengan takdir Allah itu dan akhirnya tenggelam di dalam Laut Merah.
Demikian juga dengan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman. Tidak siapapun menduga akan hal ini kerana baginda seorang anak yatim piatu, miskin dan terbiar, tidak tahu membaca dan menulis. Hal ini sangat menguji orang besar, orang kaya, orang bijak pandai serta ulama-ulama ahli kitab dan orang terkenal pada zamannya. Sebab itu mereka mengingkari dan menentang Rasulullah. Mereka sombong dengan Allah. Mereka rasa mereka lebih berhak dan lebih layak. Sebab itu mereka jadi musuh Allah dan Rasul.
Demikianlah juga dengan iblis laknatullah. Asalnya beliau adalah ketua malaikat di Syurga, tapi teruji dengan penciptaan Nabi Adam a.s. Dia enggan sujud kepada Nabi Adam sekalipun diperintahkan oleh Allah SWT kerana katanya dia lebih mulia. Dia lupa bahawa kemuliaan itu adalah pinjaman Allah dan dia sendiri hanyalah hamba Allah seperti juga Nabi Adam. Kerana kesombongan itu maka akhirnya Allah jatuhkan kedudukan iblis menjadi sehina-hina makhluk. Begitulah akibat tidak sedar diri. Kita mestilah mengakui bahwa Allah boleh memilih siapa saja dari hamba-Nya untuk dijadikan pemimpin ummah sekalipun Yang dipilih itu orang yang tidak diduga oleh manusia...
SELAMAT DATANG KE ARENA WANGIAN IDAMAN ALAF INI...... SUMBER INSPIRASI SPIRITUAL..... EKSKLUSIF UNTUK SEMUA..... DI MANA-MANA DAN BILA-BILA... "Bacalah dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Pemurah...yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" : Al-'Alaq (3-5)
Translate
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment