SELAMAT DATANG KE ARENA WANGIAN IDAMAN ALAF INI...... SUMBER INSPIRASI SPIRITUAL..... EKSKLUSIF UNTUK SEMUA..... DI MANA-MANA DAN BILA-BILA... "Bacalah dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Pemurah...yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" : Al-'Alaq (3-5)
Translate
Monday, 24 December 2012
CINTA ITU ADA KUASA, IA MENUNTUT PENGORBANAN DAN PEMBUKTIAN
(Perkongsian, untuk renungan bersama)
Cinta sejati itu sepatutnya saanggup berkorban demi Allah dan Rasul bukan korbankan Islam demi kepentingan keluarga atau diri sendiri atau hawa nafsu sendiri!!!...
Sayang sekali, berjayanya musuh menipu umat Islam, kita hidup dlm keselesaan tanpa memikirkan kesusahan pejuang dan pengorbanan Islam yang Lalu, malang sekali jika ada yg ingin memperjuangkan kehidupan R saw, orang itu pula kita usahakan untuk dimusuhi habis habisan..
Di manakah nilai hala tuju cinta kita sebenarnya!!!
Adakah kita mencintai Akhirat lebih drp dunia atau kita mencintai Dunia lebih daripada Akhirat??, sedangkan para sahabat itu sanggup mati dan menderita untuk Islam !!, mereka itulah yang dijamin syurga, sedangkan kita sudah maklum iblis yang kerjanya menghasut anak adam dgn bebasnya, dia sudah dijanjikan Neraka!! Tapi tak semua dia berjaya menghasut, bagi yang ada mursyid, dia tak mampu menghasut, melainkan seseorang itu sudah terputus hubungan dgn mursyidnya..
Kata Sy Ali ra, sahabat ( ilmunya sangat tinggi dan berhikmah) yang dijamin syurga " Barangsiapa yang tiada sheikh iaitu guru mursyid, maka syaitanlah gurunya"...sepatutnya kita takut syaitan menjadi guru kita, drp pesanan itu seboleh2nya kita kena usahakan mencari guru mursyid untuk membimbing diri kita, kita kena usahakan sunnah R saw sprti hidup berjemaah, itu adalah sunnah terbesar, bukan sunnah kecil, kalaulah kita tak mampu, jangan pula jadi penghalang kepada kerja2 menyampaikan ajaran2 Rasulullah saw, jangan kita jadi spt Abu Lahab, kita patut sangat takut dengan azab Allah..Allah banyak memberi peringatan yang keras kepada orang2 yang memusuhi kebenaran...!!
Apa yang kita perjuangkan sebenarnya??, Adakah kita menghubungkan silaturrahim atau mengajak orang lain untuk memutuskan silaturrahim!!! ??
Adakah kita sudah mengislamkan orang yang Jahil atau kita cuba menghalang orang yang ingin menyampaikan kebenaran..Global Ikhwan sudah membuktikan di Mekah ..Madinah, ditanah Haram, orang Arab sendiri ada yang tak sembahyang tapi sudah mampu bersembahyang hasil dakwah kasih sayang...apa pula perjuangan kita?, sudahkah kita membawa orang kepada Tuhan!!
Membangunnya GISB di tanah Haram, perkampungan R saw dengan keizinan Allah, dan diterima baik oleh masyarakat setempat, orang Arab sendiri mengatakan, semua itu boleh berlaku hanya dengan mukjizat R saw..kerana mereka pun tak mampu nak menghidupkan kembali nostalgia kepada kehidupan R saw. Masya Allah...hebatnya pembelaan Allah swt, sesiapa yang ke sana tak dapat menafikan akan bukti wujudnya Jemaah kebenaran ini, yang begitu menzahirkan kebenaran. Hanya mereka yang berhasad dengki sahaja yang tetap menafikannya..
Kebenaran itu sudah dipaparkan dengan jelas, satu dunia dpt menilai dan melihatnya. Malang sekali bagi mereka yang Allah sudah butakan, pekak dan bisukan serta tutup hati mereka atas kesombongan mereka (perihal ini ada dlm Quran), laksana iblis yang sombong tidak mahu tunduk apabila diperintahkan sujud kepada nabi Adam. Allah telah menunjukkan kuasanya!!, asalnya, Azazil, keturunan Jin, Ketua Malaikat, dia yang paling Alim ilmunya, tetapi kerana sombong dan angkuh..tidak mahu merendah diri, maka Allah buatkan dia jadi makhluk yang paling Jahat...Tidakkah kita takut, kalau kita yang ikut suka menghasut2 orang lain, kita juga termasuk golongan yang mengikut perangai iblis...nauzubillah...
Ya Allah selamatkanlah diri kami semua drp menjadi sombong dan bongkak serta hanya nampak kesalahan orng lain tp tak nampak kesalahan diri sendiri, Jauhilah kami dr perangai iblis yang suka menghasut hasut orang dan mengajak untuk memerangi kebenaran!!!
Hanya Allah dan Rasul yang lebih memahami hakikat ini dan jawapannya tak lama lagi pasti kita semua akan ketahui..sama samalah kita tunggu dan lihat, Islam takkan kalah lagi!! Islam Pasti Menang!!!
Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar..
Sila saksikan video ini, insyaAllah anda akan mengerti..
Tentulah tidak selesai kalau tidak melihatnya sampai habis bukan?
Ya Allah selawatkanlah dan selamatkanlah Nabi kami Nur Muhammad, Nabi Roh, nabi akhir zaman, serta ahli keluara dan para sahabat serta ahli2 jemaah yang hak. Rasul2 itu pasti selamat. Ya Allah janganlah kau jadikan hati kami, takutkan manusia lebih daripada takutkan Allah, jadikanlah kami pemburu DAN PENCINTA akhirat, bukan lagi pemburu dan pencinta dunia kerana akhirat itu jauh lebih besar drp dunia yang menipudaya ini.
Innama Amruhu Iza ara dasyai an anyaqulalahu kunfayakuun.
Moga bermanfaat, terutamanya peringatan khusus untuk diriku sendiri dan perkongsian juga untuk org lain..Moga tiadalah yang mengatakan, aku tidak mengongsikan apa yang kutahu, dan tiadalah mereka untuk menyalahkan diriku di akhirat kelak.
Terima kasih tuhan kerana Engkau selalu mempergilirkan nikmat dan ujian untuk menguji kesabaran hamba2Mu juga sebagai tanda Engkau yang Maha Besar dan Maha berkuasa.
Kami adalah hambaMu yang lemah dan hina, jika engkau tarik nikmat, sekelip mata ia boleh hilang, jika kau tarik kekuatan (spt diriku), maka jadilah orang yang tidak berdaya, jadi aku sangat faham sebenarnya kekuatan, harta, kekayaan, tenaga, kesihatan semua dariMu, bukan dari usaha kita, cuma kita disuruh berusaha dan beroleh pahala bila berusaha, kalaulah tenagaku masih kuat, memng aku akan menyangka itu hasil usaha kerasku, tapi bila kau ambil tenagaku, baru ku sedar memang sebagai hamba, sebenarnya memng tiada upaya kita, sebenarnya untuk menyedut oksigen dan membuka mata pun ada peranan malaikat yang ditugaskan untuk membantu kita...sebenarnya sebesar habukpun bukan pun kuasa kita...Allah pinjamkan sementara shj apa2 yg ada pada kita..
Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat lain yang Allah kurniakan yang tak terhitung banyaknya, terutamanya nikmat Iman dan islam dan nikmat berjemaah, itulah nikmat terbesar yang Allah anugerahkan kepadaku, dan janganlah kau tarik nikmat ini dariku kerana "berjemaah itu membawa Rahmat, Berpecahbelah itu Azab". Amiin.
"sampaikanlah dariku biarpun hanya sebaris ayat"
Ampun maaf,
Wassalam.
Ùntuk lebih memahami teruskan membaca artikel yang menyentuh hati drpd Anjangmuor's Travelog di bawah...
***Harga Cinta***
Salam ceria. Keletihan perjalanan jauh selama lebih 4 jam dari Muhafazah Irbid ke Muhafazah Karak dengan 2 buah Cooster seakan hilang bila kami sampai ke Medan Muktah. Roh-roh para Syuhada' yang tidak mati itu terasa menyambut kedatangan kami anak-anak Abuya menziarahi medan pertempuran antara pejuang kebenaran dan pejuang kebatilan, antara kekuatan akal dan roh dengan kekuatan akal dan fizikal, antara pencinta dan pemburu Akhirat dengan pencinta dan pemburu dunia. Rasulullah SAW bersabda,“Pasukan ini dipimpin oleh Zaid bin Haritsah, bila ia gugur komandan dipegang oleh Jaafar bin Abu Talib, bila gugur pula panji-panji diambil oleh Abdullah bin Rawahah –ketika itu baginda menitiskan air mata- selanjutnya bendera itu dipegang oleh seorang 'pedang dari pedang-pedang Allah' dan Akhirnya Allah SWT memberikan kemenangan. (Imam al-Bukhari)
Dan itulah yang terjadi. Medan Muktah menjadi saksi. Gugurnya 3 ketua tentera dengan 13 yang lain. Darah suci yang harum membasah bumi berbatu dan pasir di sini lebih 1500 tahun dahulu. Bersama kematian 3350 tentera Rom dan sekutunya. Pasukan apakah ini? 3 ribu menentang 200 ribu orang. Lautan manusia. Lautan bala tentera. Lengkap bersenjata. Berbangsa eropah. Mereka tidak lari, manusia apakah ini!? Gugur ketua pertama, anak angkat Rasulullah SAW. Kecintaan Rasulullah SAW. Yang Rasul hantar mengetuai bala tentera. Pergi untuk mati. Rasul lepaskan anaknya untuk menerima libasan pedang, rejaman tombak dan hujan anak panah berbisa. Itulah harga cinta. Di mana cinta kalian? Mampukah serahkan nyawa demi Islam?
Gugurlah Syd Zaid RA dan tentera mukmin terus bertahan. Ajaib. Syd Jaafar menyambut bendera lalu menjadi sasaran senjata musuh. Putus tangan kirinya yang memegang panji-panji, dicampakkan pedang, dipegang panji-panji dengan tangan kanannya. Tangan kanannya pula putus dek tebasan pedang musuh, didakapnya tiang bendera dengan baki lengannya. Biar menderita pedih kesakitan, bisa pedang, tombak dan panah. Darah bagai simbahan air. Namun bendera Rasulullah tak akan jatuh ke bumi. Hinggalah badannya terbelah dua oleh pedang musuh. Lebih 70 luka merobek tubuh sepupu Rasulullah SAW. Inilah bayaran cinta. Sanggup mati untuk yang dicintai. Di manakah cinta kita semua?!!
Syd Abdullah RA diganggu lintasan seketika. Gerun melihat perang yang tidak seimbang tetapi segera ditepisnya. Lalu menerobos di tengah-tengah musuh dengan kibaran bendera Rasulullah SAW. Tangan kanannya menebas tengkuk musuh, tangan kirinya erat mempertahankan panji-panji perang. Akhirnya penyair Rasulullah saw ini juga menemui syahidnya.
Dan hari ini, kami sampai ke tanah Muktah. Remaja Ikhwan memijak bumi yang pernah Abuya jejaki. Menghirup roh jihad Sahabat-sahabat kecintaan Rasulullah SAw. Ketahuilah Hazim, Khubaib, Mujahid, Rifaah, Hisham, Mus dll kamu semua akan mengulangi sejarah ini. Ingatlah Hajar, Zahidah, Safi, Hanisah, Nabila dll kita sedang membina sejarah bukan semata-mata ziarah.
Menangislah!!! kerana Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat di Madinah pun menangis mendapat berita syuhada' Muktah.
Moga setiap titisan air matamu Allah ganti dengan kerinduan yang mendalam terhadap Rasulullah SAW lalu Allah hadiahkanmu mati syahid atau mati sebagai orangNya.
Ampun maaf.
Dlm bas Menuju sempadan Saudi 1.53pm, Dis 23, 2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment