Translate

Monday, 3 December 2012

JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN AMAL BERSAMA BAITUL BAROKAH WAL MAHABBAH & RUMAH KESAYANGAN BUSTANUL CAHAYA KASIH


JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN AMAL BERSAMA BAITUL BAROKAH WAL
MAHABBAH & RUMAH KESAYANGAN BUSTANUL CAHAYA KASIH


DATO, DATIN, TUAN PUAN, SAUDARA SAUDARI SEKELIAN,


REZEKI KITA DI DUNIA JIKA DIBELANJAKAN UNTUK INSAN-INSAN YANG MEMERLUKAN, NESCAYA DI AKHIRAT NANTI IA AKAN MENJADI SAHAM YANG DAPAT MEMBANTU KITA DALAM DETIK PENUH KECEMASAN YANG MANA KITA MENGHARAPKAN MANAKAH AMAL KITA YANG BOLEH MENOLONG.....


MAKA SUARA SUARA INSAN YANG PERNAH DIBANTU MENJADI SAKSI...MAKA DENGAN HARAPAN ITU KITA MENGHARAP ALLAH AKAN BERBELAS EHSAN KEPADA KITA...DAN MOGA TERLEPAS KITA  DARIPADA AZAB NERAKA YANG PEDIH....


DI DUNIA INI REZEKI MASIH BOLEH DICARI.....TAPI DI AKHIRAT SANA KITA BELUM PASTI SAMA ADA AMAL BAIK KITA ADAKAH MELEBIHI DARIPADA DOSA DOSA YANG SERING KITA LAKUKAN DENGAN LALAI??....SETIAP KEBAIKAN  DAN KEJAHATAN WALAU SEBESAR ZARAH AKAN DIADILI DENGAN SEADIL ADILNYA DIMAHKAMAH AGUNG.....



______________________________________________

SURAT JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN AMAL


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
                                   
Kepada:

Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan


JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN AMAL BERSAMA BAITUL BAROKAH WAL MAHABBAH & RUMAH KESAYANGAN BUSTANUL CAHAYA KASIH

Merujuk  perkara di atas adalah kami bagi pihak penjaga Rumah Amal Baitul Barokah Wal Muhabbah (BBWM) & Rumah Kesayangan  Bustanul Cahaya Kasih (RKBCK) yang merupakan Dua Buah Pusat Jagaan yang menaungi 120 orang penghuni  terdiri dari anak-anak yatim,  fakir miskin, asnaf zakat dan golongan yang layak menerima bantuan ingin mengadakan program Jualan Meja di Dewan Warisan, Kelab Warga Emas Seksyen 24, Shah Alam  bagi mengutip dana Rumah2 Amal kami.

2.  Program Makan Amal ini dibuat adalah bagi tujuan berikut:
     Bagi mengumpul dana membaik pulih  bangunan asrama pelajar, kelas-kelas,    
        kediaman staf dan lain-lain prasarana untuk Rumah Amal ini dijadikan pusat 
        pendidikan dan pelajaran yang berwibawa.

     Untuk melengkapkan prasarana dan keperluan pusat pendidikan seperti: meja kerusi, 
        kantin, perpustakaan dll bernilai RM70 ribu.

     Untuk renovation bangunan tersebut yang terdiri daripada memasang tiles, membuat 
        partition, cat, wiring dll. Harga anggaran adalah RM80 ribu.

3. Dengan sukacitanya kami menjemput Dato'/Datin/Tuan/ Puan ke majlis Makan Amal Bersama Rumah Kesayangan BCK & BBWM pada:

Tarikh  : Isnin, 10hb Disember 2012.
Masa  : 8.00 hingga 10.00 malam.
Tempat : Dewan Warisan Kelab Warga emas, No 2, Jalan Pudina 24/39A Seksyen 24, Shah Alam, Selangor.

Harga Meja : RM 1000, RM 1500.00, RM3000.00 dan RM 5,000.00 per meja (10 orang)
Harga Kerusi : RM 50, RM 100, RM 150, RM300 dan RM 500 per individu (1 orang)

4. Sebarang maklumat sila hubungi:
Dr Norliah Mohd Noor
01112990998
Pn Zaiton Omar
019 4346134
Pn Ayu Ayob
012 5711199
Pn Siti Susila Hassan
018 2870765
Pn Noor Aishah Ramli
013 6397010


5. Semoga usaha-usaha Dato'/Datin/Tuan/ Puan ini sentiasa mendapat keredhaan Tuhan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.  Kami dahului segala bentuk bantuan dan sumbangan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.



Yang diAmanahkan,

_______________________
Dr Norliah Mohd Noor
Penyelaras  Program
Web site:
www.BaitulBarokah.org
www.RumahAmalShahAlam.com
Fax: 03-67331499





Aturcara Majlis:

      7.45 mlm : Ketibaan Para Tetamu                        
    
      8.15mlm  : Bacaan Doa Pembuka Majlis.

Kata-Kata Aluan dari Penganjur Majlis

     8.30 mlm  : Perasmian Majlis Makan Amal

     8.45 mlm  : Persembahan pentomen, sketsa, nasyid dan silat dari Anak-Anak Rumah  
                          Amal.
                                  
     9.30 mlm   : Penyampaian cenderahati untuk tetamu kehormat dan penaja program.

     10.00 mlm : Bersurai


____________________________________________________________________



LAMPIRAN JAWAPAN

Saya/ Syarikat/ Pertubuhan: ______________________________________ akan / tidak akan menghadiri Majlis Makan Amal  Bersama Rumah Kesayangan BCK & BBWM

Dengan ini, saya ingin: (sila bulatkan nombor yang berkenaan)

   1.  Membeli Meja bernilai RM1,000/ RM1,500 / RM3,000/ RM5,000 sebanyak ___ Meja.

   2.  Membeli Kerusi bernilai RM50 /RM100/ RM150 /RM300 / RM500 sebanyak ___    
        Kerusi.

   3.  Sumbangan bernilai RM _____________ Tunai / Cek
   
     No Cek ____________ (cek atas nama Bustanul Cahaya Kasih atau Baitul Barokah  
        Wal Mahabbah).  (           ) :

   4.  Tajaan: (tandakan √ )
   a.  Tajaan Katering     (            ) : ___________________________
   b.  Tajaan Cenderahati    (            ) : ___________________________
   c.  Tajaan Sewa Dewan    (            ) : ___________________________
   d.  Tajaan Pentas ( dekorasi )   (            ) : ______________________________
   e.  Tajaan Sewa PA System   (            ) : ________________________________
   f.   Tajaan Pakaian Persembahan   (            ) : ______________________________  
   g.  Tajaan Meja Untuk Anak-Anak Rumah Kesayangan BCK & BBWM  (            ) :     
         ________________________________
   
5.  Membeli ruang iklan dalam buku cenderahati: (sila gariskan yang berkenaan)
  
     RM 5000 - (1 Muka Surat Belakang berwarna Hard cover), 
        RM 2000 - (1 Muka Surat Belakang Hitam Putih), 
        RM 1000 - (1 Muka Surat Hitam Putih), 
        RM 500   - (1/2 Muka Surat Hitam Putih), RM 250 - (1/4 Muka Surat Hitam Putih)


Semoga usaha-usaha Tuan/ Puan ini sentiasa mendapat keredhaan Tuhan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.  Kami dahului segala bentuk bantuan dan sumbangan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.


______________________________
( Tandatangan / Cop syarikat )


*Setiap sumbangan melebihi RM1,000 akan mendapat pelepasan cukai di bawah seksyen 44(6) akta cukai pendapatan 1976 rujuk:  JHDN 01/35/4204 Warta Kerajaan 45466(6-7-95)
*Resit adalah atas permintaan*






No comments:

Post a Comment