TUESDAY, 18 DECEMBER 2012
GEMILANGKAN ISLAM DENGAN RINDU PADA RASULLULLAH
Ramai di kalangan manusia bahkan para ulama di akhir zaman ini, tercari-cari formula bagaimana islam hendak digemilangkan semula. Setiap di kalangan kita, setiap hari melihat keadaan umat islam yang diperkotak-katikkan oleh musuh yang didalangi oleh Yahudi sebagai 'MASTERMIND', dalam mengatur semua aspek kehidupan. Islam dilihatkan tidak relevan dan tidak menguntungkan masyarakat. Sehinggakan perkataan seperti militan, jumud, dan ekstrim, sangat sinonim kepada orang yang ingin memperjuangkan islam.
TUHAN datangkan seorang Rasul dari kalangan bangsa Quraisy iaitu Muhammad S.A.W untuk membimbing roh manusia kembali kepada fungsi fitrah yang sebenar yakni mengabdikan diri pada Tuhan. NUR Muhammad yang dimiliki oleh Rasullullah S.A.W sangat berperanan untuk menjinak dan melunak hati manusia tuduk kepada Tuhan. Ia menyelinap masuk dan menggilap hati manusia dengan cahaya kebenaran. Hati yang sudah ada sinar kebenaran, akan cair dengan kehebatan dan kebesaran TUHAN. Perasaan seperti ini tidak akan sanggup untuk melihat islam diperkotak-katikan oleh musuh islam. Mereka yang sudah ada perasaan begini, akan sanggup berbuat apa saja hatta mengorbankan nyawa sebagai maharnya supaya islam kembali gemilang.
Mari kita belajar dari lebaran sejarah, kerana orang yang ada cita-cita islam akan mengambil iktibar dari sejarah Rasulullah, para sahabat dan solefusoleh untuk ditiru. Merekalah orang-orang yang telah benar-benar mengamalkan islam secara tepat, mengikut yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W, sehingga islam itu gemilang. Sehingga Islam itu dihormati dan ditakuti oleh kawan dan lawan.
Faktor pengorbanan sangat berkait rapat dengan kejayaan, dalam memartabatkan dan mengemilangkan islam kepada tempatnya semula. Pengorbanan harta benda hingga sanggup miskin untuk islam, lebih-lebih lagilah pengorbanan dari sudut perasaan yakni sentiasa diingatkan kepada mereka, untuk menepis segala rayuan nafsu dan syaitan. Kesenangan di dunia yang sementara disalurkan untuk islam sebagai saham di akhirat yang abadi. Hasilnya terbentuklah sebuah jiwa yang sanggup mati untuk islam kerana ingin melihat islam gemilang. Inilah yang diajar dan dipupuk oleh Rasulullah kepada para sahabat. Pengorbanan maksima yang datang dari perasaan yang sangat cintakan pada islam itu, menjadikan mereka kuat, bermaruah dan berwibawa.
Satu persoalan yang patut bermain dibenak hati kita ialah bagaimana perasaan pengorbanan maksima hingga sanggup mati untuk islam, boleh dicapai oleh para sahabat? Apakah komitmen roh yang ada di hati para sahabat hingga mereka dianugerahkan kecintaan pada agama, yang sangat mendalam hingga sanggup mati kerananya.
Perasaan sanggup berkorban hingga sanggup mati untuk islam berada pada hati para sahabat, adalah setelah perasaan mereka dibuai rindu yang mendalam kepada Rasulullah S.A.W. RINDU yang datang dari hati yang penuh dengan rasa cinta yang tidak berbelah bagi pada Rasulullah S.A.W, akan sanggup berbuat apa saja, demi mempertahankan rasa rindu itu. Senantiasa pula mencari-cari apalagi yang boleh dibuat untuk menyuburkan rasa RINDU. Bahkan kemuncak RINDU ialah diserahkan seluruh kehidupan sebagai mahar kepada RINDU.
RINDU pada Rasul S.A.W yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada para sahabat hingga mereka tidak ingin berpisah daripada Rasulullah. Cahaya NUR MUHAMMAD menerubus ke dalam hati mereka sehingga roh mereka dicahayakan dengan cahaya rindu kepada kebenaran. Setiap ruang dan tempat di dalam hati sanubari mereka dipenuhi NUR MUHAMMAD, cahaya segala cahaya. Cahaya inilah yang telah menghasilkan rindu yang mendalam para sahabat, kepada MANUSIA AGUNG, Baginda Rasul S.A.W. Kalaulah di waktu para sahabat tidak bersama Rasulullah, mereka akan sentiasa berselawat supaya tidak putus perasaan rindu mereka. Bahkan dengan banyaknya berselawat, semakin segar rindu mereka. NUR MUHAMMAD itu dirasakan sentiasa berada dalam hati mereka, kerana orang yang saling merindui itu saling ingat mengingati. Kata Sayidina Abu Bakar, "Mengapa engakau datang wahai malam? Kedatangan mu menyebabkan aku terputus hubungan dengan KEKASIH KU".
Kesan dari rindu dan cinta yang mendalam itulah, berlakunya pengorbanan yang cukup ajaib sehingga para Yahudi telah menganggap sahabat Rasulullah adalah orang yang gila, kerana mereka akan menuruti segala perintah dan arahan dari Rasullullah tanpa persoalan dan keraguan di dalam sanubari mereka.
Kegemilangan islam terhasil kerana para sahabat mengejar rindu Rasulullah S.A.W. Bagi mereka, hanya dengan mentaati seluruh arahan Rasul S.A.W, dengan menyelami seluruh perasaan Baginda, dan menjiwai perjuangan Baginda-lah, kerinduan mereka tidak bertepuk sebelah tangan. Kerinduan inilah menjadi kebahagian hidup mereka, yang membuatkan mereka sanggup mati kerananya.
Inilah pemangkin utama kepada kegemilangan islam yang telah berjaya disorokkan dari pengetahuan umat islam oleh Yahudi. Para cendiakawan dan ulama mereka telah mengkaji kekuatan umat islam ini dan mereka mendapati tidak ada jalan untuk menghalang kerinduan pada Rasul S.A.W, melainkan dicetak dalam pemikiran umat islam yang Baginda telah mati dan tidak berperanan. Diajarnya pada umat islam tentang betapa bodohnya mereka kalau merindui orang yang telah mati. Kerinduan pada Rasul S.A.W dianggap bidaah, bahkan dikatakan boleh menjadikan seseorang itu syirik terhadap Tuhan, kerana salah meletakkan rindu. Inilah propaganda musuh untuk umat islam supaya Rasulullah S.A.W itu dilupakan. Cukupkah hanya diingati pada tarikh wafatnya, sedangkan roh perjuangan Baginda dilupakan dan dianggap hanya sebagai sebuah lagenda.
Teman! Marilah kita kembalikan Rasulullah S.A.W, supaya menghuni semula dalam hati kita. Ini adalah kekuatan yang dimiliki oleh para sahabat dalam usaha mereka menggemilangkan islam.
Ya Rasulullah! Penuhilah hati kami dengan NUR Muhammad, supaya kami dapat kerinduan dari Mu, agar dengan itu ISLAM KEMBALLI GEMILANG!
Hasil nukilan Sy Hasnan Abd Hamid
No comments:
Post a Comment