Salam sejahtera, cepatnya Ramadhan bakal melabuhkan tirainya... moga moga masih ada ruang untuk kita sama-sama membaiki segala kepincangan dan kekurangan dalam kehidupan berumahtangga, rumahtangga Islam seperti yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul.. Ia sememangnya ada disiplin, panduan dan ilmu-ilmu khusus..
"Bacalah dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Pemurah...yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" : Al-'Alaq (3-5)
Selamat membaca, moga ia dapat memberi manfaat untuk diamalkan..
MEMBINA SERIKANDI DAN BIDADARI
PADA DIRI SETIAP ISTERI
BAB 1
Allah dan Rasul menghendaki para wanita dapat mnjadi isteri solehah. Bahkan sebaik-baik perhiasan itu Rasulullah kata ialah isteri solehah. Siapakah isteri solehah itu? Yakni isteri yang dapat menjadi serikandi dan bidadari serentak, dalam masa yang sama dan pada diri yang sama. Boleh melayan suami dan melakukan kewajipannya dalam perjuangan.
Sebagai bidadari suami, dia berusaha untuk taat, khidmat dan menghiburkan suami dalam semua keadaan. Walau isteri dalam keadaan sakit dia bangun berusaha nak hiburkan suaminya. Kalaulah dia sakit hingga membawa mati, dia boleh dapat mati syahid kerana berkhidmat kepada suami. Isteri zaman sekarang kalau pening kepala sikit pun dah kurang layan suami nya. Sebagai suami memang simpati dan boleh memaafkan istri sakit pening kepala. Tapi selaku istri mesti berusaha buat yang terbaik. Kalau dapat diusahakan masyaAllah, itu sangat disukai Allah dan Rasul.
Tuhan tawarkan lelaki untuk mati syahid di medan juang. Wanita pula tidak ada tawaran begitu. Tapi wanita diminta hanya memberi sepenuh ketaatan dan khidmat kepada suami. Kalau isteri boleh lakukan begini, maka suami akan dapat rasakan sudah ada bidadari dalam hidup nya.
Dulu kita tidak faham begini, sebab itu para isteri banyak gagal dalam melayan suami. Bila Rasulullah bagi panduan ini barulah kita faham bahwa di rumah tidak boleh ada serikandi sahaja. Rupanya peranan serikandi berjuang kena selari dengan peranan bidadari. Pakejnya kena lengkap, yakni adanya peranan serikandi yang dilengkapkan dengan peranan bidadari pada dirinya. Bukan asing-asing, bukan pada dua orang, tapi pada seorang isteri. Setiap isteri itu kena jadi bidadari dan serikandi dalam dirinya sekaligus.
Bahkan ada hadis, Rasulullah bersabda kalaulah Tuhan izinkan ada makhluk boleh sembah makhluk lain nescaya Rasulullah perintahkan istri sujud kepada suaminya. Ertinya peranan isteri sebagai bidadari yang taat, khidmat dan menghiburkan.
BAB 2
suami itu sgt penting. Namun tidaklah sampai membuatkan wanita itu jadi jumud dan tidak ada peranan dalam perjuangan. Kerana ketaatan kpd suami itu tidak hanya setakat pd suami. Suami yang pejuang akan salurkan ketaatan isteri itu untuk Islam. Bukan untuk peribadinya semata-mata.
Inilah yang Rasulullah lakukan kepada para isterinya. Baginda mendidik isteri-isterinya sangat taat padanya hingga sanggup berbuat apa sahaja untuk Rasulullah dan perjuangannya. Lihatnya apa kata Sayidatina Khadijah sebaik saja dia berkahwin dengan pemuda Muhammad, "bermula sekarang saya adalah hamba Tuan, seluruh harta saya adalah milik Tuan, saya juga milik Tuan, dan saya menunggu perintah Tuan". Dan apa pula kata Sayidatina Khadijah ketika menjelang wafatnya, "Wahai Rasulullah, jika saya mati dan tulang belulang saya boleh dijual utk perjuangan Islam maka juallah." MasyaAllah mulianya hati Sayidatina Khadijah, berjuang dan berkorban habis-habisan untuk Islam, hingga tulang-belulangnya pun minta dikorbankan.
Terima kasih Ya Allah Ya Rasulallah, kerana mengajar, memahamkan, mendidik dan mengasuh para suami dan para isteri hingga faham bahwa seorang isteri itu wajib dan memang boleh berperanan menjadi serikandi dan bidadari serentak dalam satu masa pada diri satu orang.
Selama ini apa yang para suami dan para isteri faham, peranan serikandi dan bidadari itu untuk orang berlainan. Maka isteri yang aktif berjuang di luar rumah lebih berwatak sebagai serikandi dan senantiasa sebagai serikandi hatta di bilik tidur suami sekalipun. Perbualan, perlakuan, panggilan semuanya hanyalah perjuangan, perjuangan dan perjuangan. Bagaimana menyelesaikan masalah ini itu, dan lain-lain hingga privasi dan romantika suami sebagai pemimpin rumah tangga dan isteri sebagai bidadari hampir dilupakan.
Kesibukan perjuangan telah membuat suami-isteri itu tidak pandai mengimbangkan. Adakalanya setelah lama berpisah, sebelum bertemu suami dan isteri ada keinginan untuk bermanja-manja satu sama lain.
BAB 3
Namun harapan-harapan indah itu kadang-kadang habis musnah, kerana sampai-sampai saja, berbual dengan suami yang bertindak sebagai bos atau majikan yang menunggu laporan kerja dari buruhnya. Muncul-muncul saja di depan suami, akan dihujani pertanyaan: apa perkembangan ? Bagaimana assignment ini dan itu. Projek A, B itu macamana? Atau suami akan berceloteh sepanjang malam bercerita tentang perkembangan perjuangan dia. Si isteri pula sibuk buat laporan tentang kerja perjuangannya di luar rumah. Sedikit sekali waktu dan perhatian untuk perasaan dan peribadi suami dan isteri yang sama-sama berwatak pejuang.
Bila peranan serikandi saja yang menonjol, maka di luar, di dalam rumah, hatta di bilik tidur pun, perbualan, pemikiran hanya berkisar soal aktiviti perjuangan. Corak hidup sentiasa dalam genderang perang, hingga seni-seni berkhidmat dan menghiburkan suami agak diabaikan.
Kerana tradisi ini saja yang disuburkan, maka wanita pejuang itu berfikir memang beginilah kehidupan suami-isteri pejuang. Pada mulanya, wanita itu mungkin juga sangat menderita dengan budaya hidup begini, namun lama-lama dia akan terbiasa begini. Perkawinan yang begitu keras, hambar, tidak ada seni-seni keindahan antara suami-isteri. Tidak seimbang antara watak serikandi dan bidadari itu akhirnya menjadi kebiasaan.
Keadaan perkawinan yang lebih bercorak serikandi pejuang itu terus berpanjangan, hingga akhirnya tertanam dalam fikiran dan perasaan, mungkin memang beginilah nasib suami-isteri pejuang. Si isteri serikandi akhirnya melupakan saja seni-seni taat dan khidmat pada diri suami itu karena diri ini telah diletakkan sebagai isteri yang berperanan sebagai serikandi, sebagai kawan seperjuangan suami. Dia akan lebih serius berfikir bagaimana membantu perjuangan suami di luar rumah.
Inilah yang diderita oleh para pemimpin dunia hari ini. Suami sibuk berpolitik, isteri pula sibuk berpersatuan. Awalnya suami yang suruh isteri bergelanggang dalam masyarakat,
BAB 4
konon untuk membina pengaruh suami. Konon isteri sebagai senjata perjuangan. Tapi akhirnya senjata makan tuan. Isteri yang dibina sebagai serikandi, sayap kiri perjuangan lama-lama menjadi asik berpersatuan, tidak ada masa pula untuk taat, khidmat dan hiburkan suami. Suami balik rumah penat, kadang-kadang isteri pun belum balik dari berpersatuan. Kalau balik pun dah sama-sama penat. Tak peliklah ramai pemimpin dunia yang sanggup cari pelacur untuk mendapat hiburan, kerana isteri sudah tidak mahu melayan dan menghiburnya setiap diperlukan.
Dimana-mana budaya ini terjadi, si isteri akhirnya terbiasa dengan kehidupan begini, menjadi sayap kiri perjuangan suami, menjadi serikandi yang membantu perjuangan suami khususnya perjuangan di luar rumah. Betapalah kalau dia juga membantu urusan suami dalam hal ekonomi, dakwah, politik, sebagai pemimpin masyarakat dan lain-lain kerja yang banyaknya di luar rumah. Yang suami pula walaupun dia ingin isterinya juga bagai bidadari, tetapi kalau diganggu peranan srikandinya itu, bimbang pula isteri akan merosot perjuangannya. Sebab itu, bila isteri minta izin keluar, walaupun sebenarnya suami masih menginginkan khidmat isterinya itu, maka dia dengan berat hati mengizinkan. Atau bila dilihat isterinya keletihan setelah penat berjuang di luar rumah, maka suami pun dengan terpaksa bersabar walaupun sebenarnya dia sedang memerlukan khidmat isterinya itu. Yang tak mampu sabar, mencari hiburan lain, walaupun maksiat.
Apa yang berlaku akhirnya suami makan hati dan berulam jantung dengan isteri serikandinya ini. Bagi suami yang berpoligami, maka akan buat spesialisasi, ada isteri yang dibina menjadi serikandi, ada pula isteri yang dibina menjadi bidadari. Isteri yang serikandi dibina untuk membantu perjuangan di luar, urusan bisnes, urusan dakwah dan kepimpinannya. Yang bidadari pula mengurus hal-hal peribadinya, makan-minumnya, pakaiannya, sakit-sakit badannya dan lain-lain hal privasi suami.
Biasa kita dengar ungkapan suami:
BAB 5
“biarlah ada yang pergi perang, ada yang jadi jururawat, ada yang bantu kerja perjuangan suami, ada yang urus hal peribadi suami, tak payahlah berebut-rebut"
Ungkapan ini sepertinya logik, namun boleh membuat isteri-isteri itu menjadi rosak. Ada yang terlebih serikandi, ada yang terlebih bidadari. Tidak menjadi bidadari dan serikandi pada waktu yang sama dan pada diri orang yang sama.
Isteri yang serikandi, dia juga wanita yang punya perasaan, walaupun mungkin lebih menonjol dalam hal pemikiran dan perjuangan. Apabila pemikiran dan kerja perjuangannya saja yang dibina, akibatnya dia menjadi pejuang yang kasar, keras dan garang. Menjadi masalah kepada suami dan kepada masyarakat umum. Menjadi isteri yang pandai berdikari tapi kasar dengan suami, garang kepada anak buah dan masyarakat umum. Tidak pula menjadi serikandi seperti yang dikehendaki Islam.
Sebaliknya pula, isteri lain yang diharap suami menjadi spesialis bidadari atau jururawat pribadi suami juga akan terasa kekurangan dari sudut perjuangan. Apabila jiwa juangnya lemah maka dia juga akan menjadi masalah kepada suami dan masyarakat. Menjadi isteri yang asik nak berkepit dan bergantung dengan suami, lalu mengikat dan menyusahkan suami. Tidak pula menjadi bidadari seperti yang dikehendaki Islam.
Dua-duanya tidak menguntungkan suami, bahkan merugikan Islam. Malah menyusahkan dan menjadi masalah kepada perjuangan. Betullah Abuya kata, isteri kalau tidak dididik dengan Tuhan, di rumah rosak, di luar rumah pun rosak. Sedangkan bila dididik dengan betul, seorang isteri akan menjadi taat pada suami dan cinta pula kepada Islam. Jadilah mereka bidadari dan serikandi dalam waktu yang sama pada diri yang sama.
Alangkah indahnya kalau suami dan isteri mempunyai kefahaman dan perasaan yang sama dalam mewujudkan keluarga bahagia ini. Suami berwibawa dan bertanggungjawab, isteri-isteri pula dididik untuk menjadi serikandi dan bidadari secara serentak. Di rumah dia bidadari, di jalanan dia kawan,
BAB 6
apabila suami buntu fikiran, si isteri memberi semangat dan dorongan. Tidak ada pengkhususan antara setiap isteri. Masing-masing wajib berusaha untuk menjadi bidadari dan serikandi Islam.
Terima kasih Ya Allah Ya Rasulallah, kerana telah memberi kefahaman ini, telah menyelamatkan jiwa para suami dan isteri. Semoga kefahaman ini dapat diamalkan.
Terima kasih juga buat mursyidku, tanpa guru yang juga wasilah masakan kita memperolehi ilmu-ilmu yang sebegini tinggi.
No comments:
Post a Comment