ERTI SEBENAR TAQWA
Basmalah
“Hendaklah kamu mencari bekal, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu adalah sifat taqwa.”
Para hadirin yang dikasihi sekalian dan anak-anak yang saya cintai.
Pada hari ini itulah ayat yang Allah ingatkan pada saya. Mungkin di sekitar ayat inilah kita akan cuba mentafsir. Moga-moga Tuhan dengan rahmat dan nikmatNya memberi ilmu kepada saya untuk kita dapat menafaatkan bersama. Dalam ayat yang ringkas tadi saya terjemahkan maknanya:
“Hendaklah kamu mencari bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah sifat taqwa.”
Banyak ulama ertinya ustaz-ustaz yang menghurai ayat ini bahawa sifat taqwa itu adalah bekalan untuk negeri akhirat yaitu negeri yang kekal abadi. Tak dapat dinafikan itulah yang paling penting, itulah yang paling asas. Supaya faham orang mukmin kalau dia nak senang juga di dunia mesti berbekalkan sifat taqwa. Itu adalah sampingan bagi orang mukmin untuk hidup di dunia sementara waktu. Mengapa saya katakan bekalan orang mukmin untuk dunianya adalah taqwa? Kerana sifat taqwa ini merupakan jalan atau landasan untuk mendapatkan kebaikan di dunia. Nak dapatkan keuntungan dalam ekonomi mesti dengan sifat taqwa. Nak dapat kemenangan dalam perjuangan mesti ada taqwa. Nak dapat bantuan dalam pertolongan Tuhan juga adalah kerana taqwa. Nak terlepas daripada bala bencana atau azab penderitaan di dunia mesti berdasarkan sifat taqwa.
Jadi di sini kita lihat bukan saja sifat taqwa itu penting di akhirat, memanglah itu yang utama. Tapi untuk orang mukmin juga untuk dia mendapat pertolongan Tuhan, mendapat berkat, dapat kekayaan, kebahagiaan, kejayaan mestilah sifat taqwa itu sudah ada di dunia. Kalau Tuhan bantu orang Islam bukan atas dasar taqwa ertinya kita minta Tuhan membantu orang Islam sama seperti yang Tuhan bantu kepada orang kafir. Dapat juga bantuan, dapat juga pertolongan tapi atas dasar istidraj yakni kemurkaan. Seperti tipuan sebenarnya dari Tuhan. Akhirnya dengan bantuan itu dia terjun ke neraka. Dan dengan bantuan itulah dia akan membuat kezaliman, kejahatan di atas muka bumi. Kerana mendapat sesuatu dari Tuhan secara tidak sihat. Maka hasilnya juga tidak sihat, natijahnya tidak sihat, rosak merosakkan.
Di sini hendaklah kita faham bahawa sifat taqwa itu bukan untuk akhirat saja tapi perlu di dunia lagi. Sebab kalau orang Islam itu tidak ada sifat taqwa Tuhan bantu juga, Tuhan bagi makan juga, Tuhan bagi ilmu juga selama mana mereka hidup. Tapi cara itu bahaya. Tuhan bagi secara kutukan, Tuhan bagi secara murka, Tuhan bagi secara tak redha. Ini bahaya sekali. Jadi perlu sifat taqwa supaya segala bantuan atas dasar itu.
Kerana pentingnya sifat taqwa untuk keperluan hidup di dunia dan di akhirat bagi orang Islam, maka sebab itu sifat Taqwa dijadikan salah satu rukun khutbah. Ertinya kalau tertinggal rukun maka khutbah tak sah. Bila khutbah tak sah, tak sah sembahyang Jumaat, tak sah sembahyang sunat hari raya. Ini menunjukkan besarnya sifat Taqwa itu hingga menjadi rukun khutbah.
Bila disebut taqwa orang terjemah hendaklah takutkan Tuhan. Itu tak betul. Taqwa itu bukan maknanya takut. Takut adalah salah satu sifat mahmudah yang berada di dalam taqwa. Dalam bahasa Arab takut itu dikatakan khauf. Ia merupakan salah satu sifat terpuji. Sedangkan sifat taqwa itu global. Yakni himpunan dari keseluruhan sifat mahmudah. Ada sabar, redha, pemurah, kasih sayang, pemaaf, memberi maaf, meminta maaf. Seluruh sifat mahmudah itulah taqwa. Sedangkan khauf atau takut itu adalah salah satunya dari himpunan sifat taqwa. Tapi pelik mengapa ulama berkata ittaqullah, hendaklah kamu takutkan Allah.
Mari kita bahas tentang nahu, saya bukanlah pakar nahu sebab saya bukannya orang Arab. Mengaji bahasa Arab tak adalah macam tuan-tuan dan puan-puan sampai Jordan sana. Kalau saya silap nanti mintalah tolong betulkan kepada orang-orang tertentu.
Ittaqu itu dari perkataan wiqayah – waqayati – wiqayatan bukan maknanya takut tapi terpelihara. Tapi mengapa diterjemahkan hendaklah kamu takut. Sedangkan takut itu hanyalah salah satu dari himpunan sifat taqwa. Ertinya kalau kata Ittaqullah, maknanya ialah hendaklah engkau memelihara diri dgn Tuhan. Takut salah satunya. Tapi mengapa diterjemahkan hendaklah takutkan Allah, tak betul.
Jadi bila dikatakan Ittaqullah itu bermaksud :
- Hendaklah engkau jadikan Tuhan itu pelindung
- Hendaklah engkau jadikan Tuhan itu kubu
- Hendaklah engkau jadikan Tuhan itu benteng
Bila sudah berada dalam benteng Tuhan benda-benda negatif tak masuk. Ditembak macam manapun terpelanting, tak terjejas. Ittaqullah itu ertinya terpelihara. Dah banyak istilah-istilah disalah gunakan. Sebab itu bila disebut tak terasa apa-apa, tak ada berkat. Setiap minggu hari Jumaat dilaung-laungkan di mimbar tapi tak terasa. Rupanya perkataan wiqayah itu dipersempit. Sebenarnya gudang mahmudah. Dalamnya itu ada sabar, redha, takut, pemaaf, kasih sayang dan lain-lain lagi sifat mahmudah, sifat terpuji. Darimana asalnya saya pun tak tahu. Kalau kita terjemahkan begitu nanti orang sesatkan pula. Jadi nak elak orang fitnah kita terpaksa kita terjemahkan ittaqullah itu ialah hendaklah kamu takutkan Tuhan. Patutnya kalau kita nak kata hendaklah kamu takutkan Tuhan maka kita kata:
Ayuhal hadirun khofullah!
Kerana begitulah orang terjemah maka kita terjemah macam tu juga, tapi kita faham seperti yang saya cakap tadi. Besarnya erti taqwa itu, aset untuk orang Islam dunia dan akhirat. Barulah selamat dunia akhirat.
Mari kita baca satu ayat lagi yang menerangkan bagaimana kita boleh dapat wiqayah dari Tuhan yang orang terjemahkan takut itu. Macam mana nak dapat taqwa.
Ya ayyuhallazi na amanuttaqullaha, wabtaghu ilaihil wasilata wa yujahidu fisabilihi laallakum tuflihun.
“Wahai orang mukmin hendaklah kamu bertaqwa pada Allah, hendaklah kamu mencari wasilah atau jalan untuk sampai bertaqwa pada Tuhan dan hendaklah kamu berjuang pada jalannya, moga-moga kamu mendapat kemenangan di dunia dan di akhirat.”
Taqwa itu penting, kita dah huraikan tadi itu merupakan aset umat Islam dunia dan akhirat. Keselamatan dunia dan akhirat. Untuk mendapatkannya dalam ayat tadi ada dua jalan:
1. Cari wasilah yakni perantaraan yang sampai kepada Tuhan. Jalan-jalan supaya kita dipelihara Tuhan.
2. Berjuang pada jalan Allah.
Apa maksud wasilah? Ada dua pengertian:
1. Membuat kerja-kerja kebaikan, kebajikan, amal-amal soleh samada berbentuk hablumminallah dan hablumminannas. Kita akan sampai dipelihara Tuhan nanti, sampai kepada Tuhan. Ertinya Tuhan terima, Tuhan redha lalu Tuhan akan jamin keselamatan kita dunia dan akhirat.
2. Yang lebih utama dari pengertian tadi ialah kalau kita bukan wasilah, kecuali kita memang wasilah. Kebanyakan orang ramai bukan wasilah. Jadi buat orang ramai cari wasilah dengan erti yang kedua yaitu guru yang memimpin kita kepada Tuhan supaya sifat taqwa kita miliki. Atau dengan kata-kata lain kita dapat lindungan, peliharaan dari Tuhan. Kalau tidak ada guru yang bawa dan pimpin tangan kita maka takkan sampai. Walau orang itu beribadah kuat macam mana pun tapi tak ada mursyid insyaAllah dalam bab agama syaitan yang pimpin mereka.
Sebab itu Sayidina Ali berkata, barang siapa yang tak ada syeikh atau guru maka syaitanlah yang akan jadi gurunya. Sebab itu kita baca sejarah silam, banyak abid-abid yang sudah zuhud, yang sudah menghabiskan masa dengan ibadah, terputus dengan dunia, kagum kita dengar tapi banyak disesatkan oleh syaitan. Dalam Quran diceritakan seperti Bal’am, Barsisa dan lain-lain lagi sebab dia tak ada guru, tak ada mursyid. Begitu hebat ibadahnya walaupun sampai tinggal dunia rupanya dalam bab agama syaitan jadi guru atau mursyidnya. Jadi kalau kita tak jadi wasilah kena cari wasilah, itulah guru mursyid. Kalau zaman rasul, rasulullah guru mursyid. Zaman khalifah maka khalifahlah guru mursyid. Bila ada mujadid maka mujadidlah. Waktu ada mujadid maka ulama juga patut bergurukan mujadid. Kalau mereka bersendiri sekalipun pakar tafsir, pakar feqah, pakar tasawuf maka dia akan tersesat. Berdasarkan ayat tadi maka wajib mencari wasilah.
Maka fahamlah kita makna wasilah itu dua.
1. wasilah itu adalah amalan-amalan yang boleh mendekatkan kita dengan Tuhan. Samada hablumminallah dan hablumminannas.
2. Cari guru mursyid yang boleh memimpin kita kepada Tuhan, yang boleh bawa kita kepada Tuhan, yang boleh mendekatkan diri kita kepada Tuhan. Itulah yang dimaksudkan Hadis
“Hendaklah kamu bersama Tuhan, kalau tak boleh juga hendaklah kamu bersama orang yang boleh bersama Tuhan, yang boleh memimpin kita kepada Tuhan.”
Itulah maksud wasilah. Mencari wasilah untuk tujuan menjaga diri kita untuk keselamatan dunia dan akhirat. Itulah maksud ittaqullah. Selesai wasilah yaitu jalan kepada Tuhan. Tarikat itu termasuk wasilah, rugilah siapa tak ada tarikat lagi.
Walaupun kita ada wasilah, ada guru yang memimpin kita membuat amalan-amalan kebajikan, amalan-amalan soleh samada hablumminallah dan hablumminannas mesti ada jihad perjuangan. Tak ada jihad tak boleh pergi sekalipun ada pergi. Jadi ditafsirkan tak boleh kita pisahkan jihad itu sendiri, wasilah itu sendiri. Hendak laksanakan wasilah takkan mampu kalau tak ada jihad. Jihad melawan nafsu, jihad melawan musuh-musuh luar yang agak mengganggu juga. Yang paling mengganggu adalah nafsu. Walaupun ada guru penunjuk jalan, itulah yang dikatakan wasilah. Membuat amalan-amalan soleh itu juga adalah wasilah tunjuk ajar guru. Bila nak berjaya terpulang pada diri orang itu. Guru sudah tunjuk jalan adalah ditentukan oleh sejauh mana dia boleh bermujahadah.
Kalau dia boleh mujahadah, boleh berjihad dengan baik samada mengenai musuh-musuh luar, terutama musuh batin, dengan jihad itu menggunakan wasilah itu barulah sampai kepada Tuhan. Jadi tak boleh dipisahkan jihad dengan wasilah. Tapi hari ini seolah-olah jihad lain, dulu lain. Kita kata wasilah dengan amal kebajikan itu lain. Jihad itu nak lakukan dua perkara ini. Hendak menafaatkan wasilah ini, hasil tunjuk ajar guru dia dapat mujahadah. Hendak berbuat tu gangguan banyak.
Sebab itu Tuhan senaraikan wasilah lepas itu jihad. Wajahidu fisabilihi. Jadi kalau wasilah itu kita faham dan kita hayati selain untuk jayakannya menggunakan jihad – mujahadah, mujahadah ke luar dan ke dalam dengan ilmu, dengan faham, dengan pimpinan, dengan mujahadah maka apa kata Tuhan la’alakum tuflihun – moga-moga kamu mendapat kemenangan dunia dan akhirat.
Itupun Tuhan baru kata moga-moga, masih khuatir tak confirm. Padahal Tuhan sudah tunjukkan jalan. Sudah faham jalan tapi moga-moga saja engkau mendapat kemenangan. Ertinya di situ ada rahsia. Mungkin di hujung-hujung ada kebimbangan. Sebab syaitan akan buru kita hingga mati. Takut di hujung waktu sakaratul maut failed, terkandas. Sebab itu Tuhan berkata moga-moga engkau mendapat kemenangan. Masih khawatir lagi Allah. Syaitan tunggu. Walaupun di perjalanan dia tak dapat tipu tapi dia tunggu di hujung. Begitu berdendamnya syaitan. Kalau waktu nazak dia dapat sudah tak sempat taubat. Kalau dalam perjalanan masih ada peluang bertaubat. Kalau kita fikirkan ini cemasnya menghadapi kematian. Bukan soal azab tapi takut-takut kita failed last minute. Sebab itu kalau orang fikir mati hilang selera untuk buat maksiat.
Jadi taqwa itu penting yaitu semua mahmudah-mahmudah yang dikehendaki tak perlu saya sebut lagi. Rupanya hendak memiliki sifat taqwa bukan hanya sifat takut saja, tak cukup. Nak memiliki sifat taqwa yang di dalamnya ada berbagai-bagai sifat mahmudah mesti ada wasilah. Wasilah ada dua yaitu guru dan tarikat atau amalan kita samada bentuk hablumminallah dan hablumminannas. Termasuklah nasyid-nasyid. Untuk menjayakan wasilah perlunya jihad, mujahadatun nafsu terhadap musuh luar tapi yang utama musuh dalam yaitu nafsu dan syaitan yang sangat bahaya. Lebih bahaya daripada musuh-musuh luar.
Jadi kalau kita faham erti taqwa, ada ilmunya, dihayati, ada guru yang membawa kita serta kita gunakan tenaga jihad melalui mujahadah kita insya Allah kita akan dapat kemenangan demi kemenangan dunia dan akhirat.
Saya rasa sudah sampai matlamatnya. Setakat ini sudah boleh faham, tak perlu panjang-panjang, kalau panjang-panjang takut banyak tercicir nanti. Cukup setakat itu, terimakasih kepada Tuhan kerana memberi kita ilmu pada pagi ini. Hingga saya dapat sampaikan sedikit sebanyak untuk panduan hidup kita. Hingga kita dapat kemenangan dunia dan akhirat, perlindungan dunia dan akhirat.
Sekian, ampun maaf kalau ada kekurangannya.
-dipetik drp kuliah seorang guru-
Moga Allah sentiasa merahmati guruku yg sangat besar jasanya ini.

No comments:
Post a Comment