Salam hormat kepada pembaca semua,
Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa selalu diceritakan hal-hal Abuya dan Jemaahnya. Ingin dinyatakan di sini, sering menyebut-nyebut nama orang-orang soleh itu akan mendatangkan Rahmat Allah, apatah lagi pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Juga ia adalah kerana beliau merupakan seorang mujaddid yang patut menjadi ikutan, contoh dan tauladan, Allah datangkan setiap seratus tahun di awal kurun, seorang mujaddid untuk membetulkan apa-apa kerosakan dalam urusan agama setelah wafatnya Rasul.
Perlu juga umum ketahui bahawa, Kitab-kitab wahabi sangat menolak dan menetang hal ini, kerana pada mereka tiadanya mujaddid atau guru mursyid. Malanglah kita yang ahli sunnah wal jamaah dan bermazhab Imam shafie sekiranya terpengaruh juga dalam aliran wahabi ini...sepatutnya kita tiada masalah dan menerima kebenaran yang didatangkan oleh Allah melalui Rasulnya, perihal mujaddid ini, memng ada disebut dlm hadis..memanglah jika merujuk drpd kitab wahabi mereka juga ada hadis2 yg sgt menolak dan mempunyai huraian tersendiri..moga kita terselamat dan tidak terpengaruh dgn agenda musuh2 Islam..sudahkah dpt menonton?? VCD lengkap dgn fakta..'Wahabi satu konspirasi Yahudi Menghancurkan Islam dr Dalam', sesiapa yang dah tengok insyAllah akan Faham, bagaimana menyusupnya aliran wahabi di kalangan keluarga Bani Saud yg sedang memerintah Saudi sekarang..
Tetapi Allah ada caranya yang tersendiri, takkan selamanya umat islam ditindas dan tertipu, pembongkaran dan pendedahan sedang sangat berlaku dengan ajaibnya dan umum sedang menyaksikan perubahan2 dlm dunia Islam..islam tidak akan kalah2 lagi, kebenaran akan terserlah..semua hati tak mampu untuk menafikan melainkan sedikit shj yg tak senang atau tak cuba untuk memahami,
Bagi golongan sebegitu kita cuma ucapkan seperti yg dianjurkan di dalam Al Quran.."Lakum dinukum waliyadiin"..
"Engkau dengan cara engkau beragama, aku dengan cara aku"..jadi masing2 dengan cara tersendiri..tak ada masalah, Al-Quran menganjurkan begitu..Janganlah pula terlalu ekstrim atau fanatik gilerr hingga apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain yang tidak sependapat, akan diusahakan dimusuhi habis-habisan sampai menggunakan pelbagai jentera, itu bukan cara Islam.
Di dalam ajaran Islam, menurut Al Quran, masing-masing bebas untuk beragama dengan keyakinan dan cara masing-masing, dan jangan pula ada pihak-pihak tertentu, konon atas nama Islam cuba mengganggu gugat orang lain atau menyebarkan hasutan di sana sini. Itu tidak adil, biarlah orang yang ingin menyebarkan kebenaran membuat kerja-kerja mereka, janganlah orang lain bersusah payah mengganggu kerja-kerja orang lain, bagi peluang sama-sama mengamalkan keyakinan masing-masing dalam beragama. Allah akan bertanya kita setiap apa yang kita lakukan di muka bumi ini. Apakah kita memberi manfaat kepada orang lain, atau kita merosakkan kepercayaan orang lain dalam hal beragama, atau adakah kerana perbuatan kita, ia boleh menyebabkan terjadinya perbalahan di sana-sini. Untuk renungan bersama, moga bermanfaat.
Wassalam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kisah pengalaman Daripada Ibu Khaulah At-Tamimi (Puteri Abuya)
Abuya selaku ketua surau akan periksa setiap dari kami dari awal nak solat lagi. Kuku kena pendek untuk pastikan air wudhuk masuk ke segenap inci. Bersuci (buang air kecil/besar) mesti nak kena betul kalau tak sembahyang kompem tak sah. Abuya siap ajar lagi nak tos kencing kena berdehem. Sebab kalau kencing tak tos akan dibawa kedalam sembahyang,maka jadi sampahlah solat kita.
Bila dah masuk surau kena sunyi sepi tak boleh nak main sep-sep lagi kalau tak akan didenda tak boleh makan tengahari. Selawat setengah jam sebelum sembahyang tu dah jatuh wajib. Abuya kata kalau sebelum solat tak dimulai dengan selawat bagaikan bunga tanpa wanginya. Bila azan pula kena kuat,sedap dan lantang. Nasib baik anak perempuan tak boleh azan. Kurang satu debaran. Sembahyang sunat sangatlah dititik berat. Janganlah cuba nak mengelat kalau takut kena sebat. Susun atur saf sungguhlah saat yang terasa berat. Lelaki dewasa satu saf, yang belum baligh haruslah diasingkan. Begitu juga wanita dewasa dan yang belum baligh tidak diletakkan dalam satu saf yang sama. Kekiri dan kekanannya sangatlah diperhati. Semua itu bagaikan satu latihan untuk kami sedari kecil supaya dapat dipraktik walau kemana langkah dibawa dewasa kelak.
Oh ya.. Abuya ajarkan juga,sejadah untuk sembahyang lebih afdhal jika ianya berwarna putih. Itu sedikit sebanyak membantu mengurangkan khayalan ketika solat bila fikiran akan menerawang dikeranakan sejadah punya corak sangatlah menarik perhatian. Sejadah sekarang dah ada yang warna pink pulak tu!
Itu baru hal-hal lahir yang sangat diambil kira sebelum dan ketika bersembahyang. Belum lagi masuk bab kefahaman dan penghayatan ketika bersolat untuk sampai sembahyang itu dapat dilaksanakan menjadi cara hidup. Membangun dengan sembahyang. Menempa kejayaan juga dengan sembahyang. Abuya sampai siapkan modul khusus untuk menceritakan perihal sembahyang..
** Rehat kejap, selingan Laporan dari Manchester **
SELAMAT DATANG KE ARENA WANGIAN IDAMAN ALAF INI...... SUMBER INSPIRASI SPIRITUAL..... EKSKLUSIF UNTUK SEMUA..... DI MANA-MANA DAN BILA-BILA... "Bacalah dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Pemurah...yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" : Al-'Alaq (3-5)
Translate
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment