Translate

Wednesday, 26 December 2012

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK KITA MERINDUI DAN MENGENANG JASA-JASA BAGINDA RASULULLAH SAW ?





Wangian @ Haruman kasturi memanglah antara kesukaan Rasulullah saw dalam hal dunia, itu adalah antara sunnah yang mudah untuk kita amalkan, namun pernahkah kita terfikir akan ucapan baginda pada hujung hayat baginda...betapa sayangnya baginda kepada umat baginda...!

Sungguh memilukan, perasaan baginda kerana sebagai Rasul yang bertaraf SohibulAzman, baginda sudah tahu apa yang musuh musuh sudah rancangkan...


Menyesal kerana tidak mengkaji sejarah dan tidak mengambil berat  dan iktibar terhadap saranan dan amaran dalam Al Quran, yang juga sebagai mukjizat baginda yang MULIA..

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR KAMI, NABI MUHAMMAD SAW, NABI ROH, NABI AKHIR ZAMAN, JUGA KE ATAS AHLI KELUARGA BAGINDA YANG SUCI SERTA PARA SAHABAT YANG MENJADI PILIHAN !!!

MADAH UNTUK PEMIMPIN DAN ULAMA

BAB 21 - MADAH UNTUK PEMIMPIN DAN ULAMA

1 Pemimpin yang sejati itu dilantik bukan kerana menonjolkan diri bukan hasil melobi tapi kerana pautan hati sebab ia ada karisma dan baik personaliti.

2 Dalam pengalaman pemimpin yang juga guru tareqat, lebih ditaati daripada pemimpin yang bukan guru bertareqat. Buktinya pemimpin tareqat diterima orang hingga ia mati, tapi pemimpin selain itu, masa hidupnya lagi sudah tidak diterima orang.

3.    Jarang-jarang kita dapati pada akhir zaman, seorang pemimpin yang berhimpun padanya  sifat-sifat adil, mesra, kasih sayang dan pemurah.

4     Tidak akan berlaku adil seorang pejuang Islam yang berjuang tanpa rasa takut akan Allah dan tidak bimbang dengan dosa.

Seseorang pemimpin itu hendaklah berilmu dan berpengalaman, mesra, adil, pemurah, sabar dan berlapang dada.

6 Apabila jawatan kadhi menjadi rebutan, jawatan mufti menjadi idaman,  jawatan imam jadi sumber cari makan, maknanya hati ahli agama sudah tidak takut dengan Allah lagi.

7 Kebiasaan ulama tidak rasmi terutama golongan sufi ada pengikut dan dihormati. Sebaliknya ulama rasmi tidak ada pengikut, cuma ia ditakuti kerana ada cemeti.

8 Pilihlah pemimpin yang takut dengan Allah, yang minta dibantu untuk menegakkan kebenaran dan minta ditegur kalau ia bersalah. Ia tidak menyebut jasanya, dan tidak banyak membuat janji-janji manis.

9 Antara kelemahan pemimpin Islam pada waktu ini,  tidak ada sifat warak dan pemurah.

10 Berani waktu berkuasa, bukan keberanian yang hakiki dan sejati. Keberanian yang hakiki dan sejati itu, ialah berani menegakkan kebenaran,bila-bila masa dan di mana saja, sekalipun tanpa kuasa.

11 Bertukar fikiranlah dengan hukamak, bertanyalah hukum dengan ulama, carilah tenaga dengan orang banyak, mintalah didoakan oleh orang warak, berhiburlah dengan anak-anak, berilah pertolongan kepada yang berkehendak.

12 Kalau dalam perbincangan, setiap orang menginginkan kebenaran itu keluar dari mulut orang lain, maka majlis itu akan diberkati oleh Allah, kerana majlis akan bersih daripada konflik jiwa, sifat sombong dan riyak.

13 Dalam majlis muzakarah, kalau ada orang yang tidak ikhlas, akan terjadilah majlis mujadalah dan berbalah.

14 Perjuangan yang hanya menentang musuh lahir, tidak menentang musuh batin, ialah perjuangan yang sudah ada kerjasama dengan musuh batin.

15 Janganlah bermusyawarah dengan orang-orang ini, kerana tidak akan dapat hasil yang baik : orang yang sedang sakit, orang yang lapar, orang yang mengantuk, orang yang susah hati, orang yang bodoh, orang yang sedang mabuk cinta.

16 Air kalau mengalir tanpa saluran atau parit, ia akan melimpah dan memusnah. Begitulah semangat kalau tidak ada disiplin, dan tidak terpimpin, ia akan merusak dan memusnah.

17 Kadang-kadang orang yang diberi kuasa oleh pihak yang berkuasa lebih menunjukkan kuasa daripada pihak yang berkuasa. Orang ini bukan sahaja tidak kenal pihak berkuasa, tapi sebenarnya Yang Maha Kuasa pun mereka tidak kenal.

18 Keamanan tidak akan wujud, selagi pengawal keselamatan dan penjaga keamanan sendiri belum selamat dan aman.

19 Orang yang baik itu, sesuatu dasar yang tidak baik, akan diubah menjadi baik dan akan dijadikan landasan perjuangannya. Orang yang jahat itu,walaupun sesuatu dasar itu baik, tetapi dia tidak akan mengambilnya  sebagai jalan dalam perjuangan.

20 Menghimpun orang untuk mendengar kebaikan adalah mudah, tetapi menghimpun orang untuk membuat kebaikan adalah payah.

21 Berfikirlah, berzikirlah, dan bertindaklah.

22 Berkawan dalam politik, selalu saja bertukar ganti, kerana persahabatan itu bergantung kepada faktor kepentingan diri.

23 Bilamana dalam satu bangsa itu sudah terjadi kasta-kasta, setiap golongan hanya dapat bergaul dengan golongannya saja, tandanya bangsa itu sudah berpecah-belah.

24 Bersatu tidak sama dengan berkumpul, bersatu ikatan jiwa, berkumpul ikatan fisikal,  bersatu diikat oleh tali Allah, berkumpul diikat dengan kepentingan dunia.

25 Antara sikap ulama yang makan gaji pada akhir zaman ialah, kurang bergaul dengan masyarakat umum, kalaupun ada di majlis rasmi, cepat memberi fatwa apabila orang bawahan membuat kesalahan, tapi memejamkan mata apabila ia melibatkan orang atasan.

26 Ada orang membuat kerja masyarakat  tapi tidak mahu bermasyarakat, demi menjaga status diri, inilah dia yang dikatakan memencilkan diri dari masyarakat, sendirian dalam keramaian.

27 Kebanyakan pemimpin rosak setelah berkuasa, kerana tidak tahan berhadapan dengan pangkat dan harta, sebab itu jangan terlalu ghairah dengan kuasa. Jika kita lihat pihak berkuasa salah menggunakan kuasa, nasihatkan saja serta doakan ia, tidak usah rebut kuasa yang ada di tangannya.

28 Antara perkara-perkara yang melalaikan, tetapi tidak disedari ialah, majlis kertas kerja yang tidak menghasilkan kerja, yakni bicara banyak tapi tidak diwujudkan.

29 Perjuangan manusia pada akhir zaman ialah membanyakkan fail, carta dan kertas kerja, ia boleh mengelabui mata, tetapi tidak menghasilkan apa-apa.

30 Banyak orang jadi terkenal sewaktu ada jawatan rasmi, tapi apabila jawatan sudah tidak ada lagi, ia akan hilang tidak tahu mana pergi, orang ramai pun tidak kenal dia lagi.

31 Pemimpin Islam yang sejati, tutur bahasa, gerak-geri dan sikapnya boleh diikuti, selalu mengingatkan pengikutnya tentang  tipu daya dunia, dan mengajak mereka mengutamakan akhirat.

32 Pemimpin politik orang hormati sewaktu ia masih berkuasa, apabila tidak ada kuasa orang tidak ambil peduli, tidak seperti pemimpin agama, ia dihormati sampai ia mati.

33 Pemimpin yang tidak ada kuasa, jika dapat menundukkan orang,  ini luar biasa, tapi pemimpin yang berkuasa, kalau boleh tundukkan orang lain, bukanlah perkara luar biasa, karena orang takut dengan kuasanya.

34 Antara kelemahan seseorang pemimpin itu ialah, pengikutnya takut kepadanya kerana hukumannya, bukan kerana hormat kepadanya.

35 Antara kejayaan seseorang guru, atau pemimpin atau ayah ialah, dapat mendidik orang-orang di bawahnya hingga dapat rasa hormat dan takut kepadanya, bukan hormat sahaja dan bukan takut sahaja.

36 Sesuatu kuasa itu akan lebih lama diperolehi daripada sesuatu bangsa, kalau ia dapati melalui ilmu dan tarbiah, daripada dengan kekerasan semata-mata.

37 Seseorang pemerintah biasanya ditakuti oleh orang yang di bawah pemerintahannya, tapi di rumah dia tidak ditakuti oleh ahli-ahlinya, bahkan dia yang takut kepada isteri.

38 Perbincangan antara orang yang tidak berilmu biasanya berlarut-larut, perbincangan antara mereka yang sama-sama berilmu menghasilkan buah fikiran, tapi belum tentu diamalkan, perbincangan antara orang-orang yang bertaqwa, ringkas, padat dan sama-sama dapat mengamalkan.


Monday, 24 December 2012

CINTA ITU ADA KUASA, IA MENUNTUT PENGORBANAN DAN PEMBUKTIAN


(Perkongsian, untuk renungan bersama)

Cinta sejati itu sepatutnya saanggup berkorban demi Allah dan Rasul bukan korbankan Islam demi kepentingan keluarga atau diri sendiri atau hawa nafsu sendiri!!!...

Sayang sekali, berjayanya musuh menipu umat Islam, kita hidup dlm keselesaan tanpa memikirkan kesusahan pejuang dan pengorbanan Islam yang Lalu, malang sekali jika ada yg ingin memperjuangkan kehidupan R saw, orang itu pula kita usahakan untuk dimusuhi habis habisan..

Di manakah nilai hala tuju cinta kita sebenarnya!!!

Adakah kita mencintai Akhirat lebih drp dunia atau kita mencintai Dunia lebih daripada Akhirat??, sedangkan para sahabat itu sanggup mati dan menderita untuk Islam !!, mereka itulah yang dijamin syurga, sedangkan kita sudah maklum iblis yang kerjanya menghasut anak adam dgn bebasnya, dia sudah dijanjikan Neraka!! Tapi tak semua dia berjaya menghasut, bagi yang ada mursyid, dia tak mampu menghasut, melainkan seseorang itu sudah terputus hubungan dgn mursyidnya..

Kata Sy Ali ra, sahabat ( ilmunya sangat tinggi dan berhikmah) yang dijamin syurga " Barangsiapa yang tiada sheikh iaitu guru mursyid, maka syaitanlah gurunya"...sepatutnya kita takut syaitan menjadi guru kita, drp pesanan itu seboleh2nya kita kena usahakan mencari guru mursyid untuk membimbing diri kita, kita kena usahakan sunnah R saw sprti hidup berjemaah, itu adalah sunnah terbesar, bukan sunnah kecil, kalaulah kita tak mampu, jangan pula jadi penghalang kepada kerja2 menyampaikan ajaran2 Rasulullah saw, jangan kita jadi spt Abu Lahab, kita patut sangat takut dengan azab Allah..Allah banyak memberi peringatan yang keras kepada orang2 yang memusuhi kebenaran...!!

Apa yang kita perjuangkan sebenarnya??, Adakah kita menghubungkan silaturrahim atau mengajak orang lain untuk memutuskan silaturrahim!!! ??

Adakah kita sudah mengislamkan orang yang Jahil atau kita cuba menghalang orang yang ingin menyampaikan kebenaran..Global Ikhwan sudah membuktikan di Mekah ..Madinah, ditanah Haram, orang Arab sendiri ada yang tak sembahyang tapi sudah mampu bersembahyang hasil dakwah kasih sayang...apa pula perjuangan kita?, sudahkah kita membawa orang kepada Tuhan!!

Membangunnya GISB di tanah Haram, perkampungan R saw dengan keizinan Allah, dan diterima baik oleh masyarakat setempat, orang Arab sendiri mengatakan, semua itu boleh berlaku hanya dengan mukjizat R saw..kerana mereka pun tak mampu nak menghidupkan kembali nostalgia kepada kehidupan R saw. Masya Allah...hebatnya pembelaan Allah swt, sesiapa yang ke sana tak dapat menafikan akan bukti wujudnya Jemaah kebenaran ini, yang begitu menzahirkan kebenaran.  Hanya mereka yang berhasad dengki sahaja yang tetap menafikannya..

Kebenaran itu sudah dipaparkan dengan jelas, satu dunia dpt menilai dan melihatnya. Malang sekali bagi mereka yang Allah sudah butakan, pekak dan bisukan serta tutup hati mereka atas kesombongan mereka (perihal ini ada dlm Quran), laksana iblis yang sombong tidak mahu tunduk apabila diperintahkan sujud kepada nabi Adam. Allah telah menunjukkan kuasanya!!, asalnya, Azazil, keturunan Jin, Ketua Malaikat, dia yang paling Alim ilmunya, tetapi kerana sombong dan angkuh..tidak mahu merendah diri, maka Allah buatkan dia jadi makhluk yang paling Jahat...Tidakkah kita takut, kalau kita yang ikut suka menghasut2 orang lain, kita juga termasuk golongan yang mengikut perangai iblis...nauzubillah...

Ya Allah selamatkanlah diri kami semua drp menjadi sombong dan bongkak serta hanya nampak kesalahan orng lain tp tak nampak kesalahan diri sendiri, Jauhilah kami dr perangai iblis yang suka menghasut hasut orang dan mengajak untuk memerangi kebenaran!!!

Hanya Allah dan Rasul yang lebih memahami hakikat ini dan jawapannya tak lama lagi pasti kita semua akan ketahui..sama samalah kita tunggu dan lihat, Islam takkan kalah lagi!! Islam Pasti Menang!!!

Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar..

Sila saksikan video ini, insyaAllah anda akan mengerti..

Tentulah tidak selesai kalau tidak melihatnya sampai habis bukan?

Ya Allah selawatkanlah dan selamatkanlah Nabi kami Nur Muhammad, Nabi Roh, nabi akhir zaman, serta ahli keluara dan para sahabat serta ahli2 jemaah yang hak.  Rasul2 itu pasti selamat. Ya Allah janganlah kau jadikan hati kami, takutkan manusia lebih daripada takutkan Allah, jadikanlah kami pemburu DAN PENCINTA akhirat, bukan lagi pemburu dan pencinta dunia kerana akhirat itu jauh lebih besar drp dunia yang menipudaya ini.

Innama Amruhu Iza ara dasyai an anyaqulalahu kunfayakuun.

Moga bermanfaat, terutamanya peringatan khusus untuk diriku sendiri dan perkongsian juga untuk org lain..Moga tiadalah yang mengatakan, aku tidak mengongsikan apa yang kutahu, dan tiadalah mereka untuk menyalahkan diriku di akhirat kelak.

Terima kasih tuhan kerana Engkau selalu mempergilirkan nikmat dan ujian untuk menguji kesabaran hamba2Mu juga sebagai tanda Engkau yang Maha Besar dan Maha berkuasa.

Kami adalah hambaMu yang lemah dan hina, jika engkau tarik nikmat, sekelip mata ia boleh hilang, jika kau tarik kekuatan (spt diriku), maka jadilah orang yang tidak berdaya, jadi aku sangat faham sebenarnya kekuatan, harta, kekayaan, tenaga, kesihatan semua dariMu, bukan dari usaha kita, cuma kita disuruh berusaha dan beroleh pahala bila berusaha, kalaulah tenagaku masih kuat, memng aku akan menyangka itu hasil usaha kerasku, tapi bila kau ambil tenagaku, baru ku sedar memang sebagai hamba, sebenarnya memng tiada upaya kita, sebenarnya untuk menyedut oksigen dan membuka mata pun ada peranan malaikat yang ditugaskan untuk membantu kita...sebenarnya sebesar habukpun bukan pun kuasa kita...Allah pinjamkan sementara shj apa2 yg ada pada kita..

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat lain yang Allah kurniakan yang tak terhitung banyaknya, terutamanya nikmat Iman dan islam dan nikmat berjemaah, itulah nikmat terbesar yang Allah anugerahkan kepadaku, dan janganlah kau tarik nikmat ini dariku kerana "berjemaah itu membawa Rahmat, Berpecahbelah itu Azab". Amiin.

"sampaikanlah dariku biarpun hanya sebaris ayat"

Ampun maaf,

Wassalam.



Ùntuk lebih memahami teruskan membaca artikel yang menyentuh hati drpd Anjangmuor's Travelog di bawah...

***Harga Cinta***

Salam ceria. Keletihan perjalanan jauh selama lebih 4 jam dari Muhafazah Irbid ke Muhafazah Karak dengan 2 buah Cooster seakan hilang bila kami sampai ke Medan Muktah. Roh-roh para Syuhada' yang tidak mati itu terasa menyambut kedatangan kami anak-anak Abuya menziarahi medan pertempuran antara pejuang kebenaran dan pejuang kebatilan, antara kekuatan akal dan roh dengan kekuatan akal dan fizikal, antara pencinta dan pemburu Akhirat dengan pencinta dan pemburu dunia. Rasulullah SAW bersabda,“Pasukan ini dipimpin oleh Zaid bin Haritsah, bila ia gugur komandan dipegang oleh Jaafar bin Abu Talib, bila gugur pula panji-panji diambil oleh Abdullah bin Rawahah –ketika itu baginda menitiskan air mata- selanjutnya bendera itu dipegang oleh seorang 'pedang dari pedang-pedang Allah' dan Akhirnya Allah SWT memberikan kemenangan. (Imam al-Bukhari)

Dan itulah yang terjadi. Medan Muktah menjadi saksi. Gugurnya 3 ketua tentera dengan 13 yang lain. Darah suci yang harum membasah bumi berbatu dan pasir di sini lebih 1500 tahun dahulu. Bersama kematian 3350 tentera Rom dan sekutunya. Pasukan apakah ini? 3 ribu menentang 200 ribu orang. Lautan manusia. Lautan bala tentera. Lengkap bersenjata. Berbangsa eropah. Mereka tidak lari, manusia apakah ini!? Gugur ketua pertama, anak angkat Rasulullah SAW. Kecintaan Rasulullah SAW. Yang Rasul hantar mengetuai bala tentera. Pergi untuk mati. Rasul lepaskan anaknya untuk menerima libasan pedang, rejaman tombak dan hujan anak panah berbisa. Itulah harga cinta. Di mana cinta kalian? Mampukah serahkan nyawa demi Islam?

Gugurlah Syd Zaid RA dan tentera mukmin terus bertahan. Ajaib. Syd Jaafar menyambut bendera lalu menjadi sasaran senjata musuh. Putus tangan kirinya yang memegang panji-panji, dicampakkan pedang, dipegang panji-panji dengan tangan kanannya. Tangan kanannya pula putus dek tebasan pedang musuh, didakapnya tiang bendera dengan baki lengannya. Biar menderita pedih kesakitan, bisa pedang, tombak dan panah. Darah bagai simbahan air. Namun bendera Rasulullah tak akan jatuh ke bumi. Hinggalah badannya terbelah dua oleh pedang musuh. Lebih 70 luka merobek tubuh sepupu Rasulullah SAW. Inilah bayaran cinta. Sanggup mati untuk yang dicintai. Di manakah cinta kita semua?!!

Syd Abdullah RA diganggu lintasan seketika. Gerun melihat perang yang tidak seimbang tetapi segera ditepisnya. Lalu menerobos di tengah-tengah musuh dengan kibaran bendera Rasulullah SAW. Tangan kanannya menebas tengkuk musuh, tangan kirinya erat mempertahankan panji-panji perang. Akhirnya penyair Rasulullah saw ini juga menemui syahidnya.

Dan hari ini, kami sampai ke tanah Muktah. Remaja Ikhwan memijak bumi yang pernah Abuya jejaki. Menghirup roh jihad Sahabat-sahabat kecintaan Rasulullah SAw. Ketahuilah Hazim, Khubaib, Mujahid, Rifaah, Hisham, Mus dll kamu semua akan mengulangi sejarah ini. Ingatlah Hajar, Zahidah, Safi, Hanisah, Nabila dll kita sedang membina sejarah bukan semata-mata ziarah.

Menangislah!!! kerana Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat di Madinah pun menangis mendapat berita syuhada' Muktah.

Moga setiap titisan air matamu Allah ganti dengan kerinduan yang mendalam terhadap Rasulullah SAW lalu Allah hadiahkanmu mati syahid atau mati sebagai orangNya.

Ampun maaf.

Dlm bas Menuju sempadan Saudi 1.53pm, Dis 23, 2012.



Thursday, 20 December 2012

MENGAPA KITA DITUNTUT BERSEDEKAH ?


TUNTUTAN SEDEKAH


Salam hormat kepada anda yang sedang membaca di sini, 

Dibawah ini adalah antara kelebihan dan kebaikan bersedekah.  Dalam pengajian yang sering kita ikuti, sudah tentulah ia menjadi satu kewajiban untuk  diamalkan dan apa yang Allah janji itu Allah yang tunaikan dengan memberi kelapangan dan tidak akan berdukacita.  Apabila Ia adalah suatu janji Allah dan apabila ia dilakukan untuk mencari keredhaan Allah, nescaya Allah tidak persia-siakan. Ini sepatutnya sudah menjadi keyakinan kerana ia anjuran drp Al-Quran.  Jadi tugas tuan-tuan dan puan-puan lah pula untuk menyampaikan kepada yang lain sebagai usaha ikhtiar  untuk menanam saham akhirat.

Marilah kita sama sama berpesan pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Pilihlah jalan spt yang Allah perintahkan untuk kita selamat dalam semua keadaan.

Dibawah adalah ayat2 drp surah Al-Baqarah, sepatutnya perlu dihuraikan , tetapi masa suntuk, mintalah Allah fahamkan maksud2nya kerana ayat2nya walaupun nampak mudah untuk difahami tetapi untuk memahamkan akan kebenarannya dengan yakin itu adalah kerja( kuasa) Allah atas amalan, ilmu dan cara pemikiran masing2.

Moga bermanfaat, wassalam.

[213]
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, –
 mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu),dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).

[214]
Adakah patut kamu
 menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).



[261]

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.


[262]
Orang-orang yang
 membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

[263]
(Menolak
 peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan(kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.

[264]
Wahai orang-orang yang beriman!
 Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

[265]
Dan
 bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpahujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah),Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

[268]
Syaitan itu
 menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya . Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya

[272]
Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut  keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.

Wednesday, 19 December 2012

KENAPA PERLU RINDU KEPADA RASULULLAH?




TUESDAY, 18 DECEMBER 2012

GEMILANGKAN ISLAM DENGAN RINDU PADA RASULLULLAH
Ramai di kalangan manusia bahkan para ulama di akhir zaman ini, tercari-cari formula bagaimana islam hendak digemilangkan semula. Setiap di kalangan kita, setiap hari melihat keadaan umat islam yang diperkotak-katikkan oleh musuh yang didalangi oleh Yahudi sebagai 'MASTERMIND', dalam mengatur semua aspek kehidupan. Islam dilihatkan tidak relevan dan tidak menguntungkan masyarakat. Sehinggakan perkataan seperti militan, jumud, dan ekstrim, sangat sinonim kepada orang yang ingin memperjuangkan islam.

TUHAN datangkan seorang Rasul dari kalangan bangsa Quraisy iaitu Muhammad S.A.W untuk membimbing roh manusia kembali kepada fungsi fitrah yang sebenar yakni mengabdikan diri pada Tuhan. NUR Muhammad yang dimiliki oleh Rasullullah S.A.W sangat berperanan untuk menjinak dan melunak hati manusia tuduk kepada Tuhan. Ia menyelinap masuk dan menggilap hati manusia dengan cahaya kebenaran. Hati yang sudah ada sinar kebenaran, akan cair dengan kehebatan dan kebesaran TUHAN. Perasaan seperti ini tidak akan sanggup untuk melihat islam diperkotak-katikan oleh musuh islam. Mereka yang sudah ada perasaan begini, akan sanggup berbuat apa saja hatta mengorbankan nyawa sebagai maharnya supaya islam kembali gemilang.


Mari kita belajar dari lebaran sejarah, kerana orang yang ada cita-cita islam akan mengambil iktibar dari sejarah Rasulullah, para sahabat dan solefusoleh untuk ditiru. Merekalah orang-orang yang telah benar-benar mengamalkan islam secara tepat, mengikut yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W, sehingga islam itu gemilang. Sehingga Islam itu dihormati dan ditakuti oleh kawan dan lawan.


Faktor pengorbanan sangat berkait rapat dengan kejayaan, dalam memartabatkan dan mengemilangkan islam kepada tempatnya semula. Pengorbanan harta benda hingga sanggup miskin untuk islam, lebih-lebih lagilah pengorbanan dari sudut perasaan yakni sentiasa diingatkan kepada mereka, untuk menepis segala rayuan nafsu dan syaitan. Kesenangan di dunia yang sementara disalurkan untuk islam sebagai saham di akhirat yang abadi. Hasilnya terbentuklah sebuah jiwa yang sanggup mati untuk islam kerana ingin melihat islam gemilang. Inilah yang diajar dan dipupuk oleh Rasulullah kepada para sahabat. Pengorbanan maksima yang datang dari perasaan yang sangat cintakan pada islam itu, menjadikan mereka kuat, bermaruah dan berwibawa.


Satu persoalan yang patut bermain dibenak hati kita ialah bagaimana perasaan pengorbanan maksima hingga sanggup mati untuk islam, boleh dicapai oleh para sahabat? Apakah komitmen roh yang ada di hati para sahabat hingga mereka dianugerahkan kecintaan pada agama, yang sangat mendalam hingga sanggup mati kerananya.


Perasaan sanggup berkorban hingga sanggup mati untuk islam berada pada hati para sahabat, adalah setelah perasaan mereka dibuai rindu yang mendalam kepada Rasulullah S.A.W. RINDU yang datang dari hati yang penuh dengan rasa cinta yang tidak berbelah bagi pada Rasulullah S.A.W, akan sanggup berbuat apa saja, demi mempertahankan rasa rindu itu. Senantiasa pula mencari-cari apalagi yang boleh dibuat untuk menyuburkan rasa RINDU. Bahkan kemuncak RINDU ialah diserahkan seluruh kehidupan sebagai mahar kepada RINDU.


RINDU pada Rasul S.A.W yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada para sahabat hingga mereka tidak ingin berpisah daripada Rasulullah. Cahaya NUR MUHAMMAD menerubus ke dalam hati mereka sehingga roh mereka dicahayakan dengan cahaya rindu kepada kebenaran. Setiap ruang dan tempat di dalam hati sanubari mereka dipenuhi NUR MUHAMMAD, cahaya segala cahaya. Cahaya inilah yang telah menghasilkan rindu yang mendalam para sahabat, kepada MANUSIA AGUNG, Baginda Rasul S.A.W. Kalaulah di waktu para sahabat tidak bersama Rasulullah, mereka akan sentiasa berselawat supaya tidak putus perasaan rindu mereka. Bahkan dengan banyaknya berselawat, semakin segar rindu mereka. NUR MUHAMMAD itu dirasakan sentiasa berada dalam hati mereka, kerana orang yang saling merindui itu saling ingat mengingati. Kata Sayidina Abu Bakar, "Mengapa engakau datang wahai malam? Kedatangan mu menyebabkan aku terputus hubungan dengan KEKASIH KU".


Kesan dari rindu dan cinta yang mendalam itulah, berlakunya pengorbanan yang cukup ajaib sehingga para Yahudi telah menganggap sahabat Rasulullah adalah orang yang gila, kerana mereka akan menuruti segala perintah dan arahan dari Rasullullah tanpa persoalan dan keraguan di dalam sanubari mereka.


Kegemilangan islam terhasil kerana para sahabat mengejar rindu Rasulullah S.A.W. Bagi mereka, hanya dengan mentaati seluruh arahan Rasul S.A.W, dengan menyelami seluruh perasaan Baginda, dan menjiwai perjuangan Baginda-lah, kerinduan mereka tidak bertepuk sebelah tangan. Kerinduan inilah menjadi kebahagian hidup mereka, yang membuatkan mereka sanggup mati kerananya.


Inilah pemangkin utama kepada kegemilangan islam yang telah berjaya disorokkan dari pengetahuan umat islam oleh Yahudi. Para cendiakawan dan ulama mereka telah mengkaji kekuatan umat islam ini dan mereka mendapati tidak ada jalan untuk menghalang kerinduan pada Rasul S.A.W, melainkan dicetak dalam pemikiran umat islam yang Baginda telah mati dan tidak berperanan. Diajarnya pada umat islam tentang betapa bodohnya mereka kalau merindui orang yang telah mati. Kerinduan pada Rasul S.A.W dianggap bidaah, bahkan dikatakan boleh menjadikan seseorang itu syirik terhadap Tuhan, kerana salah meletakkan rindu. Inilah propaganda musuh untuk umat islam supaya Rasulullah S.A.W itu dilupakan. Cukupkah hanya diingati pada tarikh wafatnya, sedangkan roh perjuangan Baginda dilupakan dan dianggap hanya sebagai sebuah lagenda.


Teman! Marilah kita kembalikan Rasulullah S.A.W, supaya menghuni semula dalam hati kita. Ini adalah kekuatan yang dimiliki oleh para sahabat dalam usaha mereka menggemilangkan islam.


Ya Rasulullah! Penuhilah hati kami dengan NUR Muhammad, supaya kami dapat kerinduan dari Mu, agar dengan itu ISLAM KEMBALLI GEMILANG!


Hasil nukilan Sy Hasnan Abd Hamid




Sunday, 16 December 2012

MERAJUK merupakan penyakit jiwa, Hanya DOKTOR HATI yang mampu merawatnya

MERAJUK merupakan penyakit jiwa

Sejak kecil hingga dewasa, siapakah antara kita yang tidak pernah merajuk?  Tentu kita pernah mengalami keadaan merajuk atau melihat orang lain merajuk. Jika tiada ilmu dan panduan, situasi merajuk ini boleh berlarutan dan boleh menimbulkan masalah yang lebih parah.  Orang yang merajuk, kalaulah dia merasakan hatinya sudah hancur dan tiada pula orang yang sanggup untuk melayan kerenahnya, dia mungkin akan sanggup untuk membunuh diri apabila emosinya sudah tidak terbendung.

Mari kita ungkai kenapa seseorang itu merajuk?Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya.Mari kita kaji siapa pula yang boleh terkena penyakit merajuk ini?Penyakit merajuk ini boleh terkena kepada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak. Suami isteri pun ada yang saling merajuk, tapi kebiasaannya kerana emosi wanita itu melebihi lelaki, maka seringkali pihak isterilah yang sering kelihatan merajuk.

Gejala atau penyakit merajuk ini, bukanlah suatu yang mudah untuk ditangani, ia memerlukan panduan dan bimbingan daripada seorang doktor yang pakar tentang penyakit hati atau kita istilahkan sebagai guru mursyid, kalau penyakit ini ditangani oleh pakar perubatan, mereka akan merujuk kepada kes 'kemurungan'.  Sebab itu kes kemurungan melampau, sangat membahayakan kerana ada pesakit yang akan bertindak membunuh diri apabila emosinya sudah tidak terkawal.Merujuk kepada 'doktor hati' pula, merajuk ini sebenarnya berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai tuan, dia perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan.Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

Jadi, apakah merajuk lebih baik dari marah? Atau sifat marah lebih baik daripada merajuk?Kedua-duanya adalah sifat terkeji yang mesti diungkai. Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia yang mesti dihormati. Lebih ditakuti lagi kalau orang yang merajuk itu menyangka yang sikapnya itu tidak salah atau dirinya itu lebih baik daripada orang yang marah-marah. Dia sebenarnya sudah tertipu. Dan kalau dia tidak bertaubat atas dosanya ini, dia akan dihukum di akhirat kelak.

Bagaimana pula cara seorang 'doktor hati' atau guru mursyid mengubati sikap merajuk?Untuk mengubati sikap merajuk, 'pesakit hati' perlulah ditanamkan sifat berTuhan dan sifat kehambaan. Sifat berTuhan ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak. Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja marah atau merajuk kepada orang yang menyakiti hati kita itu, tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir Tuhan ke atas diri kita. Kalau Tuhan tidak izinkan perkara itu berlaku ke atas kita, tentu ia tidak akan berlaku. Berlakunya ia ke atas kita ialah kerana Tuhan memang hendakkan perkara itu berlaku.

§ifat kehambaan pula ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan tidak berkuasa. Siapalah kita yang hendak menolak takdir Tuhan. Kita harus terima apa sahaja yang Tuhan timpakan ke atas kita. Kalau orang tidak muliakan kita, memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan.Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak disakitkan pula.

Moga dengan panduan ini, kita berupaya untuk bersabar dan memahami apa sahaja ujian mendatang itu adalah sebagai penghapusan dosa kerana kita memang hamba yang sering berdosa.  Moga dengan berkat karomah mursyid, kita dipermudahkan dalam menempuh sebarang ujian yang datang dan pergi.

Selagi hayat dikandung badan, memang kita tidak akan sunyi daripada ujian demi ujian kerana ia adalah satu peperiksaan yang keputusannya kita akan perolehi berdasarkan bagaimana kita redho atau tidak dengan ujian itu.  Ujian juga merupakan sebahagian daripada tanda kasih sayang Tuhan kepada hamba-hambaNya.  Para wali wali Allah itu sentiasa merasakan, jika tiada ujian itu, mungkinkah Allah sudah tidak mengasihi mereka, begitulah anehnya dan luarbiasanya orang-orang yang mempunyai hubungan hati yang kuat dengan Tuhannya.  Moga ianya memberi manfaat terutama untuk diriku dan pembaca semua.  Moga kita sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah.  Janganlah hati kita terputus hubungan dengan guru mursyid untuk membimbing hati-hati kita semua. Aamiin.

Artikel ini dipetik dan diolah semula daripada blog ' Aboutmiracle.wordpress'

Thursday, 13 December 2012

RENUNGAN UNTUK MENGUBAH SIKAP: BAB 20 - PEMIMPIN YANG DIBANTU ALLAH TIDAK DIDUGA BANGUNNYA

Salam hormat,

Daripada Bab 20 di bawah (hasil perkongsian emel group dewan budiman), saya teringat sebuah kuliah yang baru saya dengar drp seorng sheikh dari Shah Alam baru-baru ni, antara sebahagian isi kuliah tu.. rupa rupanya semua kita ni ada sifat ego, sama ada sikit atau banyak pasti ada..Tetapi apa yang sangat ditakuti, kalau kita mati dengan membawa sifat ego walaupun sebesar debu tetaplah ahli neraka..jika tidak ditaubatkan, itu pesanan drpd Rasulullah saw. Siapa yang tak takut masuk neraka??!!

Bahayanya sifat 'ego'...semua kita ada sifat itu...Jadi bagaimana mengatasinya, tidak dapat tidak mesti cari jalan berkat darp orng2 yang sudah terpimpin diri mereka, dan mesti cari guru yg boleh pimpin hati atau roh, dalam surah Al-Fatehah kita sering baca "ihdinassirotolmustaqim"..Sebenarnya kita minta diri kita dipimpin ke jalan yang lurus, terpesong sikit saja boleh masuk neraka, sebab tu kita sering meminta-minta, maka bila Allah datangkan pemimpin untuk menyelamatkan kita, tapi ramai yang tidak boleh menerima, jadi sebenarnya siapakah yang mensia-siakan penyelamat atau pemimpin yang Allah datangkan untuk menunjukkan "jalan yang lurus itu", iaitu jalan yang selamat drp Yahudi, Nasroni dan daripada menjadi orng yang engkar dan sombong??

Jadi..kalau kita rasa diri kita sudah terpimpin, mesti ada gurunya, mesti ada mursyidnya!! Kalau tiada, kita mesti dapat kesan adakah diri kita sudah terpimpin...Allah itu tidak menzalimi hamba hambanya, didatangkan para mujaddid (ia melahirkan sistem islam secara global dlm seluruh aspek kehidupan, bukan satu bidang shj) setiap awal kurun iaitu setelah kewafatan Nabi Muhammad saw, para mujaddid ini mendapat kepimpinan terus darpd Nur Muhammad, maksudnya, para mujaddid ini tidak terputus drpd mendapat panduan drp R saw, bukankah R saw itu sohibulAzman iaitu pemilik bagi semua zaman, walaupun baginda telah wafat, tetapi roh baginda tetaplah berperanan aktif, kalau tak masakan kita perlu berselawat dan baginda akan dan mampu membalas 10 kali setiap selawat kita untuk semua umat baginda serentak!!!...itulah pemimpin Roh..ajaib dan hebat sekali kemampuannya dan lebih hebat lagi kemampuannya yang tidak terjangkau oleh akal kita...!!

Rezeki dan anugerah Allah kepada manusia itu tidak sama, barangsiapa yang mendapat ilmu hikmah, cara dan sikap orang, sekilas pandang pun dia dpt mengesan apa niat orang itu sama ada baik atau buruk, itu ilmu yang Allah kurniakan...janganlah pula ada yang menafikan!!

Sebab itu kita selalu mendengar pesanan drpd para ustaz kita yg bersumberkan alQuran/Hadis.. "takutilah firasat orang2 mukmin kerana mereka melihat dengan pandangan Allah", itulah istimewanya islam yang hak, tapi ilmu yang hak sebegini sudah banyak diselewangkan oleh yahudi, saya ada terbaca satu laman web yg mengatakan merekalah ahli sunnah, padahal segala ilmu dan hujjah adalah wahabi, jadi kalau merujuk kepada internet semata, itu merbahaya!

Kita perlu berguru kerana kita tidak tahu sumber asalnya, mana ada musuh yang akan mengaku dia musuh, mesti akan disebut dari sumber ajaran islam yg sebenar.

Sekian, Sekadar perkongsian ringkas untuk renungan bersama. Ampun maaf.

Wassalam

___________________########____________________

BAB 20 - PEMIMPIN YANG DIBANTU ALLAH TIDAK DIDUGA BANGUNNYA

Dl SINI saya ingin mengajak saudara merenung sejarah, tentang kedatangan bebenapa orang pemimpin di kalangan masyarakat Islam yang kemunculan mereka itu tidak diduga oleh manusia pada zaman mereka. Kenaikan mereka itu mengikut kaedah luar biasa, iaitu tidak menepati syarat-syarat yang ada pada pemimpin biasa. Kemunculan mereka telah menjadi satu kontroversi yang sengit pada zaman mereka. Sebahagian masyarakat mempertikaikan kepimpinan mereka, bahkan menentang. Mereka dianggap tidak layak bahkan tidak munasabah untuk jadi pemimpin. Mereka tidak semestinya dari kalangan istana, pembesar, bangsawan, orang kaya, lulusan tinggi dan bukan orang yang disangka untuk jadi pemimpin.

Mereka hanya rakyat biasa yang dinaikkan sendiri oleh Allah SWT. Firman Allah: Terjemahnya: Maka mereka berkata, "Bagaimana kita akan mengikut saja seorang manusia (biasa) diantara kita? Sesungguhnya kalau begitu kita benar-benar berada dalam kesesatan dan gila, "(Al Qamar: 24)

Firman-Nya lagi: Terjemahnya: Dan mereka berkata, "Mengapa Al Qur'an ini tidak diturunkan hepada seorang besar dari salah satu daripada dua negeri (Mekah dan Thaif) ini? "(Az-Zukhruf 31 )
Ayat ini memperlihatkan bagaimana orang-orang kafir Quraisy mempersoalkan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Bagi mereka, Rasulullah bukan orang besar, cuma si miskin, yatim piatu yang tidak tahu membaca serta menulis. Sebab itu tidak selayaknya baginda menjadi ketua mereka, yakni nabi atau rasul. Dan kerana itu mereka menentangnya.

Tetapi apa kata Allah?Firman Allah:Terjemahnya: Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam hehidupan dunia dan Kami telah meninggikan sebahagian mereka atau sebahagian yang lain beberapa darjat agar mereka dapat menggunakan sebahagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan. (At Zukhruf 32)

Dengan tegas Allah mengingatkan bahawa kuasa untuk memberi rahmat kepada manusia adalah hak mutlak-Nya. Allah boleh memberinya kepada siapa saja yang dikehendaki daripada hamba-hamba-Nya. Di sisi Allah tiada bezanya seseorang yang berjawatan besar dengan rakyat biasa. Tidak beza juga orang kaya dengan orang miskin. Mereka sama-sama bertaraf hamba. Allah bebas untuk melantik siapa saja jadi pemimpin. Bebas juga untuk menjadikan seseorang itu kaya atau miskin, pandai atau jahil, gagah atau lemah. Seseorang itu mungkin boleh berjawatan tinggi kerana Allah mahu jadikan dia begitu tanpa melalui kaedah yang ditetapkan oleh manusia. Sekiranya Allah mahu jadikan dia berjawatan kecil, mudah saja bagi Allah. Dan orang itu tidak boleh berbuat apa-apa. Demikian juga si kaya, kayanya dengan izin Allah. orang yang kuat, kekuatannya adalah pemberian Allah. jadi, tidak bolehlah kita menganggap itu kepunyaan dan hasil kuasa kita, hingga memandang orang lain hina, rendah dan tidak layak menerima rahmat dan kurniaan istimewa dari Allah.

Allah berfirman lagi:Terjemahnya: Hikmah itu diberi kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Barang siapa yang diberi hikmah, sesungguhnya dia diberi kebaikan yang banyak. (Al Baqarah. 269)Saya ingin menununkan beberapa contoh yang terjadi dalam sejarah tentang kelahiran beberapa orang pemimpin dunia yang beriman, yang  mereka itu tidak diduga oleh manusia pada zaman masing-masmg kenana dipilih dan dibantu sendiri oleh Allah SWT.

Selain daripada nabi-nabi dan rasul-rasul yang memang sudah dimaklumi dilantik oleh Allah SWT, manusia biasa yang juga dibantu kepimpinan mereka oleh Allah ialah Thalut, Muhammad Al Fateh, Salehuddin Al Ayubi dan Hassan Al Banna. Mereka telah menempa sejarah gemilang untuk islam. Perjuangan mereka telah meninggikan Islam dan umat Islam. Mereka mendapat bantuan Allah dalam menghadapi tantangan dan kesusahan yang didatangkan oleh musuh. Saya akan nyatakan secara ringkas tentang kepimpinan mereka, insyaAllah.

1. Thalut
Kisah Thalut sebagai pemimpin Bani Israil sungguh di luar dugaan pembesar-pembesar Bani Israil. Walaupun pada mulanya merekalah (pembesar) yang meminta seorang pemimpin untuk menentang kekejaman bangsa Rom di bawah pimpinan Jalut, tapl apabila Allah datangkan pemimpin itu mereka menentangnya. Hal ini ada disebut dalam Al Quran:Terjemahnya: Nabi mereka menyatakan kepada mereka, "Sesunggahnya Allah telah mengangkat Thalut sebagai rajamu. " Mereka menjawab "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya? Sedangkan dia pun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?" Nabi mereka berkata, "Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa. " Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas Pemberiannya lagi Maha Mengetahui. (Al Baqarah: 247)

Begitulah kontroversi yang terjadi dalam masyarakat Bani Israil di bumi Palestin, sewaktu Thalut menjadi pemimpin. Oleh karena Thalut seorang rakyat biasa, bekerja sebagai petani, bukan dari golongan atasan, bangsawan, hartawan dan cendekiawan, maka terujilah golongan atasan itu dalam menerima kepemimpinan Thalut. Mereka merasa terhina untuk menjadi pengikut Thalut, kerana mereka rasa mereka lebih mulia dan lebih layak. Mereka telah menentang Thalut walaupun waktu itu mereka benar-benar memerlukan seorang pemimpin. Mereka tidak mahu jadi pengikut dan tidak mahu taat.

Namun kerana Thalut dilantik sendiri oleh Allah dan dibantu-Nya, maka walau sehebat manapun tentangan yang diterima daripada musuh-musuhnya luar dan dalam, maka akhirnya dia berhasil juga. Jalut akhirnya dapat dikalahkan.

2. Muhammad Al Fateh
Rasulullah SAW semasa hayat baginda telah memberitahu bahwa Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam di bawah pemimpin yang baik dan tenteranya yang baik. Para sahabat masing-masing berharap pada zaman merekalah perkara itu terjadi. Tidak seorang pun yang dapat menduga bahwa Muhammad Al Fateh yang dapat mengislamkan Rum (Konstantinopel). Tapi demikianlah kehendak Allah. Siapakah Muhammad Al Fateh? Beliau adalah anak raja Turki yang bernama Murad 1. Sedari kecil dididik di rumahnya oleh Shamsuddin Al Wali, seorang ulama sufi dan waliyullah yang sangat masyhur di Turki. Ketika berumur 20 tahun Muhammad sudah menjadi sufi.

Saya sewaktu ke Turki sempat ziarah ke makam Sultan Muhammad Al Fateh dan makam gurunya Shamsuddin Al Wali. Tidak seorang pun yang dapat menduga seorang anak raja menjadi orang sufi dan kemudian dapat menawan serta mengislamkan Konstantinopel dalam umur 23 tahun. Konstantinopel jatuh setelah 600 tahun Rasulullah SAW bersabda mengenainya. Padahal sebelum ini sejak zaman sahabat lagi pemimpin-pemimpin Islam telah mencuba dari generasi ke generasi untuk menawan Konstantinopel. Di antara sahabat yang mencuba ialah Abu Ayub Al Ansari r.a. (baru-baru ini juga sempat saya berkunjung ke makamnya di Istanbul, Turki yang menjadi tempat kunjungan orang ramai). Padahal Turki waktu itu mempunyai banyak ulama besar.

Semenjak tahu Rasulullah berkata bahwa Rom (Konstantinopel) akan jatuh ke tangan Islam, Muhammad mengkaji mengapa kejatuhan itu bukan di tangan sahabat. Kekuatan iman sahabat tentu jauh lebih mantap daripada orang-orang kerajaan Islam Turki waktu itu. Beliau cuma melihat beberapa kelemahan teknikal yang dibuat oleh sahabat. Maka kesilapan itu mahu dibaikinya dan beliau mencuba dengan harapan berlakulah kata-kata Rasulullah itu. Dengan bantuan Allah, tentera Al Fateh (gelaran yang diberikan kepada Muhammad) yang kecil itu telah berjaya mengalahkan Rom dan akhirnya meng-lslamkannya.

Hal ini sungguh memeranjatkan dunia termasuklah ulama sezaman yang merasakan mereka leblh berilmu daripada Muhammad Al Fateh. Anak raja ini bukanlah ulama ulung. Ilmunya sederhana cuma dia terdidik, dan bantuan Allah bukanlah semestinya kepada seseorang yang ulung ilmunya. Allah lebih tahu kepada siapa bantuan kemenangan itu hendak diberikan. Konstantinopel itulah yang ditukar namanya kepada Istanbul sekarang ini.

3. Salehuddin Al Ayubi
Beliau muncul sewaktu Palestin berada di tangan Kristian dan pada waktu Universiti Al Azhar dikuasai oleh golongan Syiah. Beliau bukanlah ulama atau pengarang kitab yang terkenal di Mesir waktu itu. Beliau cuma seorang soleh yang terpelihara agamanya sedari kecil. Dan bangsanya bukanlah bangsa yang terkenal di dunia waktu itu, dibandingkan dengan bangsa Arab. Bangsa Kurdi adalah satu bangsa yang agak asing di Mesir. Maka bangunnya Salehuddin Al Ayubi menjadi pemimpin ummah dan ketua tentera Islam pada zamannya itu adalah sesuatu yang kontroversi. Tiada siapa menduga. Tetapi memang begitulah kehendak Allah. Sejarah memberitahu kita bahwa beliau dan pengikutnyalah yang telah merampas Palestin dari Kristian dan juga mencorakkan kembali Universiti Al Azhar dengan aqidah Ahli Sunmah Wal jamaah. Beliau menggalakkan ajaran tasawaf dan tareqat. Sejak itu pertumbuhan tareqat di Mesir subur. Hingga kini di Mesir terdapat lebih 60 buah tareqat.

4. Imam Hassan Al Banna
la seorang lagi rakyat Mesir yang menjadi pemimpin Islam yang ulung, padahal kemunculannya sebagai pemimpin tidak disangka-sangka oleh  siapapun. Hassan Al Banna hanya seorang guru agama yang mengajar di sekolah rendah. Ijazahnya tidak diakui oleh sekolah menengah apalagi universiti. Waktu kebangkitannya, di Mesir terdapat banyak ulama besar lulusan Univertsitas Al Azhar. Selayaknya ulama-ulama inilah yang bangun untuk menyadarkan serta mendidik masyarakat Mesir, tapi Allah tidak berbuat begitu. Sebab itu ada ulama yang menentangnya kerana ia tidak ada authority. Hassan Al Banna yang dikehendaki untuk memimpin umat Islam Mesir kembali kepada Allah dan Rasul, walaupun kenaikannya begitu kontroversi. Dia berjaya dalam tugasnya dengan bantuan Allah. Syiar Islam tegak di Mesir dalam pimpinannya bahkan pengaruhnya terasa ke seluruh dunia. Cuma beliau tidak sempat untuk menguasai negara Mesir. Walau bagaimanapun pengaruhnya masih bertapak di mana-mana di seluruh dunia.

Itu sajalah nama-nama yang dapat saya beberkan sebagai contoh bahwa boleh terjadi, seorang yang tidak diduga oleh manusia untuk menjadi pemimpin utama, tapi muncul sebagai pemimpin seperti itu dengan izin Allah. Hal ini perlu menjadi perhatian umat Islam supaya mereka tidak membantah dalam menerima takdir Allah. Sebab ada masanya Allah melakukan sesuatu yang di luar dugaan manusia. Waktu itu siapa yang lalai daripada melihat kekuasaan Allah serta tidak faham kisah-kisah sejarah akan membuat kesilapan dalam menilai dan menerima ujian Allah itu. Dan mereka yang tidak sedar hakikat ini, walaupun mereka ulama, akan hanyut di dalam suasana kebangkitan Islam yang dipimpin oleh orang yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Orang yang lupa hakikat sejarah ini akan terlalu memikirkan kepandaian diri sendiri hingga dia jadi sombong dan angkuh serta menentang kehendak-kehendak dari takdir itu. Akhirnya dia akan jadi orang yang sesak dada dan sakit jiwa serta akhirnya gigit jari dengan kebangkitan itu terutama dengan pemimpin yang menjadi penggerak kebangkitan Islam itu. Hal ini dapat kita lihat dengan jelas dalam sejarah kebangkitan nabi dan rasul yang banyak diceritakan dalam Al Quran. Nabi Musa misalnya, adalah anak peliharaan Firaun, tapi Allah angkat baginda sebagai salah seorang nabi bertaraf ulul azmi. Demikianlah yang Allah lakukan. banyak yang kafir kerana tidak yakin  dengan takdir Allah itu dan akhirnya tenggelam di dalam Laut Merah.

Demikian juga dengan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman. Tidak siapapun menduga akan hal ini kerana baginda seorang anak yatim piatu, miskin dan terbiar, tidak tahu membaca dan menulis. Hal ini sangat menguji orang besar, orang kaya, orang bijak pandai serta ulama-ulama ahli kitab dan orang terkenal pada zamannya. Sebab itu mereka mengingkari dan menentang Rasulullah. Mereka sombong dengan Allah. Mereka rasa mereka lebih berhak dan lebih layak. Sebab itu mereka jadi musuh Allah dan Rasul.

Demikianlah juga dengan iblis laknatullah. Asalnya beliau adalah ketua malaikat di Syurga, tapi teruji dengan penciptaan Nabi Adam a.s. Dia enggan sujud kepada Nabi Adam sekalipun diperintahkan oleh Allah SWT kerana katanya dia lebih mulia. Dia lupa bahawa kemuliaan itu adalah pinjaman Allah dan dia sendiri hanyalah hamba Allah seperti juga Nabi Adam. Kerana kesombongan itu maka akhirnya Allah jatuhkan kedudukan iblis menjadi sehina-hina makhluk. Begitulah akibat tidak sedar diri. Kita mestilah mengakui bahwa Allah boleh memilih siapa saja dari hamba-Nya untuk dijadikan pemimpin ummah sekalipun Yang dipilih itu orang yang tidak diduga oleh manusia...

Wednesday, 12 December 2012

DALIL KEMUNCULAN SISTEM PENYELAMAT DI AKHIR ZAMAN


HUJAH KEMUNCULAN SISTEM KHILAFAH(PENYELAMAT) DI AKHIR ZAMAN


1. Dalil Al Quran


Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi inisebagaimana telah dijadikan khalifah orang2 sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar2 akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’
An Nur: 55

2. Dalil Al Hadis

Dari Nukman bin Basyir, katanya…
‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.
Datanglah Abu Saklabah lalu berkata” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’
Huzaifah RA lalu segera menjawab.” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.”
Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.
Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda.
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu sepertiyg Dia kehendaki.”
Kemudian belakulah zamanKekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.
Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.
Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman(Zaman pemerintahandiktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.
Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
Kemudian Rasulullah SAW pun diam….
~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalamkitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,hadis nombor 5.]
———
Dari blog matahati, 
Moga bermanfaat, wassalam.

Monday, 3 December 2012

JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN AMAL BERSAMA BAITUL BAROKAH WAL MAHABBAH & RUMAH KESAYANGAN BUSTANUL CAHAYA KASIH


JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN AMAL BERSAMA BAITUL BAROKAH WAL
MAHABBAH & RUMAH KESAYANGAN BUSTANUL CAHAYA KASIH


DATO, DATIN, TUAN PUAN, SAUDARA SAUDARI SEKELIAN,


REZEKI KITA DI DUNIA JIKA DIBELANJAKAN UNTUK INSAN-INSAN YANG MEMERLUKAN, NESCAYA DI AKHIRAT NANTI IA AKAN MENJADI SAHAM YANG DAPAT MEMBANTU KITA DALAM DETIK PENUH KECEMASAN YANG MANA KITA MENGHARAPKAN MANAKAH AMAL KITA YANG BOLEH MENOLONG.....


MAKA SUARA SUARA INSAN YANG PERNAH DIBANTU MENJADI SAKSI...MAKA DENGAN HARAPAN ITU KITA MENGHARAP ALLAH AKAN BERBELAS EHSAN KEPADA KITA...DAN MOGA TERLEPAS KITA  DARIPADA AZAB NERAKA YANG PEDIH....


DI DUNIA INI REZEKI MASIH BOLEH DICARI.....TAPI DI AKHIRAT SANA KITA BELUM PASTI SAMA ADA AMAL BAIK KITA ADAKAH MELEBIHI DARIPADA DOSA DOSA YANG SERING KITA LAKUKAN DENGAN LALAI??....SETIAP KEBAIKAN  DAN KEJAHATAN WALAU SEBESAR ZARAH AKAN DIADILI DENGAN SEADIL ADILNYA DIMAHKAMAH AGUNG.....



______________________________________________

SURAT JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN AMAL


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
                                   
Kepada:

Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan


JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN AMAL BERSAMA BAITUL BAROKAH WAL MAHABBAH & RUMAH KESAYANGAN BUSTANUL CAHAYA KASIH

Merujuk  perkara di atas adalah kami bagi pihak penjaga Rumah Amal Baitul Barokah Wal Muhabbah (BBWM) & Rumah Kesayangan  Bustanul Cahaya Kasih (RKBCK) yang merupakan Dua Buah Pusat Jagaan yang menaungi 120 orang penghuni  terdiri dari anak-anak yatim,  fakir miskin, asnaf zakat dan golongan yang layak menerima bantuan ingin mengadakan program Jualan Meja di Dewan Warisan, Kelab Warga Emas Seksyen 24, Shah Alam  bagi mengutip dana Rumah2 Amal kami.

2.  Program Makan Amal ini dibuat adalah bagi tujuan berikut:
     Bagi mengumpul dana membaik pulih  bangunan asrama pelajar, kelas-kelas,    
        kediaman staf dan lain-lain prasarana untuk Rumah Amal ini dijadikan pusat 
        pendidikan dan pelajaran yang berwibawa.

     Untuk melengkapkan prasarana dan keperluan pusat pendidikan seperti: meja kerusi, 
        kantin, perpustakaan dll bernilai RM70 ribu.

     Untuk renovation bangunan tersebut yang terdiri daripada memasang tiles, membuat 
        partition, cat, wiring dll. Harga anggaran adalah RM80 ribu.

3. Dengan sukacitanya kami menjemput Dato'/Datin/Tuan/ Puan ke majlis Makan Amal Bersama Rumah Kesayangan BCK & BBWM pada:

Tarikh  : Isnin, 10hb Disember 2012.
Masa  : 8.00 hingga 10.00 malam.
Tempat : Dewan Warisan Kelab Warga emas, No 2, Jalan Pudina 24/39A Seksyen 24, Shah Alam, Selangor.

Harga Meja : RM 1000, RM 1500.00, RM3000.00 dan RM 5,000.00 per meja (10 orang)
Harga Kerusi : RM 50, RM 100, RM 150, RM300 dan RM 500 per individu (1 orang)

4. Sebarang maklumat sila hubungi:
Dr Norliah Mohd Noor
01112990998
Pn Zaiton Omar
019 4346134
Pn Ayu Ayob
012 5711199
Pn Siti Susila Hassan
018 2870765
Pn Noor Aishah Ramli
013 6397010


5. Semoga usaha-usaha Dato'/Datin/Tuan/ Puan ini sentiasa mendapat keredhaan Tuhan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.  Kami dahului segala bentuk bantuan dan sumbangan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.



Yang diAmanahkan,

_______________________
Dr Norliah Mohd Noor
Penyelaras  Program
Web site:
www.BaitulBarokah.org
www.RumahAmalShahAlam.com
Fax: 03-67331499





Aturcara Majlis:

      7.45 mlm : Ketibaan Para Tetamu                        
    
      8.15mlm  : Bacaan Doa Pembuka Majlis.

Kata-Kata Aluan dari Penganjur Majlis

     8.30 mlm  : Perasmian Majlis Makan Amal

     8.45 mlm  : Persembahan pentomen, sketsa, nasyid dan silat dari Anak-Anak Rumah  
                          Amal.
                                  
     9.30 mlm   : Penyampaian cenderahati untuk tetamu kehormat dan penaja program.

     10.00 mlm : Bersurai


____________________________________________________________________



LAMPIRAN JAWAPAN

Saya/ Syarikat/ Pertubuhan: ______________________________________ akan / tidak akan menghadiri Majlis Makan Amal  Bersama Rumah Kesayangan BCK & BBWM

Dengan ini, saya ingin: (sila bulatkan nombor yang berkenaan)

   1.  Membeli Meja bernilai RM1,000/ RM1,500 / RM3,000/ RM5,000 sebanyak ___ Meja.

   2.  Membeli Kerusi bernilai RM50 /RM100/ RM150 /RM300 / RM500 sebanyak ___    
        Kerusi.

   3.  Sumbangan bernilai RM _____________ Tunai / Cek
   
     No Cek ____________ (cek atas nama Bustanul Cahaya Kasih atau Baitul Barokah  
        Wal Mahabbah).  (           ) :

   4.  Tajaan: (tandakan √ )
   a.  Tajaan Katering     (            ) : ___________________________
   b.  Tajaan Cenderahati    (            ) : ___________________________
   c.  Tajaan Sewa Dewan    (            ) : ___________________________
   d.  Tajaan Pentas ( dekorasi )   (            ) : ______________________________
   e.  Tajaan Sewa PA System   (            ) : ________________________________
   f.   Tajaan Pakaian Persembahan   (            ) : ______________________________  
   g.  Tajaan Meja Untuk Anak-Anak Rumah Kesayangan BCK & BBWM  (            ) :     
         ________________________________
   
5.  Membeli ruang iklan dalam buku cenderahati: (sila gariskan yang berkenaan)
  
     RM 5000 - (1 Muka Surat Belakang berwarna Hard cover), 
        RM 2000 - (1 Muka Surat Belakang Hitam Putih), 
        RM 1000 - (1 Muka Surat Hitam Putih), 
        RM 500   - (1/2 Muka Surat Hitam Putih), RM 250 - (1/4 Muka Surat Hitam Putih)


Semoga usaha-usaha Tuan/ Puan ini sentiasa mendapat keredhaan Tuhan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.  Kami dahului segala bentuk bantuan dan sumbangan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.


______________________________
( Tandatangan / Cop syarikat )


*Setiap sumbangan melebihi RM1,000 akan mendapat pelepasan cukai di bawah seksyen 44(6) akta cukai pendapatan 1976 rujuk:  JHDN 01/35/4204 Warta Kerajaan 45466(6-7-95)
*Resit adalah atas permintaan*