Translate

Thursday, 11 October 2012

SEJARAH NAHU ARAB & KAITANNYA DENGAN PERJUANGAN ABUYA


***Sejarah Nahu Arab & Perjuangkan Abuya***

by anjangmuor

Salam ceria. Sunyi rumah ni bila 7 orang syabab dari 12 orang pergi belajar Bahasa Arab. 4 orang lagi bertugas di mat'am. Seorang lagi, menunggu di rumah. Membantu apa yang patut. Korang tentu pernah baca dalam hadis Rasulullah saw mengenai Imam Al Mahdi ada menceritakan pembela agama Islam dan keturunan Rasulullah (Bani Hashim) khususnya Imam Al Mahdi adalah seorang lelaki dari Bani Tamim.
Dengan bukti-bukti ciri-ciri lahir hasil perjuangannya kita sangat yakin Abuyalah orangnya. Antara ciri yang paling ketara adalah sikapnya yang sangat memperjuangkan Imamul Mahdi.
Memperjuangkan IM sangat berisiko kerana musuh-musuh Islam khususnya yahudi sangat mengetahui bahawa IM lah yang akan mengalahkan yahudi, yang akan memenangkan Islam di akhir zaman. Maka dirancang secara sistematik sehingga persoalan Al Mahdi menjadi seolah-olah perkara yang salah untuk dibincangkan. Mereka merancang hingga lahirnya berpuluh-puluh (malah mungkin beratus-ratus) IM palsu. Mereka rosakkan fikiran umat bahawa IM membawa keganasan, hadis-hadis tentang IM dipertikaikan, siapa percaya kepada IM disesatkan. Tetapi Abuya tetap mempertahankan IMnya. Maka Abuya disesatkan bukan sahaja di akhbar, majalah, tv dan radio, malah di mimbar-mimbar masjid seluruh Malaysia.

Suatu hari ketika Abuya berada di sebuah rumah di Tmn Tun Dr Ismail, sepucuk surat diterima yang masa isinya mengancam akan meletupkan rumah itu dengan bom. Ertinya berlaku ancaman bunuh hasil dari perjuangan Abuya. Maka Abuya tinggalkan Malaysia menuju ke Singapura seterusnya ke Jordan. 
Di Jordan, BUJ menyatakan pendapatnya kepada Abuya bahawa persoalan Imam Al Mahdi bukanlah perkara asas dalam Islam. Apakata kalau diteruskan perjuangan tanpa sebut IM untuk mengelak pertembungan? Spontan Abuya marah, "Pemimpin besar nak datang, kamu suruh diam, kamu suruh tahan-tahan?"
Begitulah sikap Abuya sebagai PBT, pembela IM yang merupakan Bapa Syariat di akhir zaman. Maka jika kita ingin menjadi Ikhwan dan Asoib, kita mesti menjadi pembela PBT, pembela Abuya ertinya sentiasa menceritakan Abuya. Kita perjuangkan Abuya kerana beliau adalah anak kunci kebangkitan Islam Akhir Zaman. Kena bela Abuya, siapa yang Abuya katakan musuh, kita kena yakin dia musuh dan ber'mua'amalah' dengannya sebagai musuh. Bukan khianat kepada Abuya, engkar arahan Abuya, dengan jadikan musuh sebagai kawan malah tempat rujuk. 
Kita bela Abuya dengan menguatkan jemaah Abuya, bukan buat jemaah lain. Kita bela Abuya dengan menjunjung dasar iaitu Abuya adalah pemimpin, bukan nak jadi pemimpin. Pemimpin pengganti. Bela Abuya dengan support bandar-bandar Abuya, bukan di masa Abuya dah buka projek-projek di London, Perancis, Jerman, Timur Tengah, Australia, Indonesia, sedang pesat nak bangunkan Yunan dan Uzbek, kita baru nak buka bandar di Negeri Sembilan. Mari kita membela Abuya. Moga-moga kita berjaya dalam tapisan demi tapisan ini agar layak menjadi ikhwan.
Di era membela Abuya, kita tetap akan teruskan momentum minggu Bahasa Arab kita. Pos ini kita fokus kepada sejarah Nahu Arab. Ok ke? Larat ke korang baca ni?
Haiya nabda'...Nahu tu biasanya disebut bapa bahasa Arab. Sorof ibu bahasa Arab. Dari satu perkataan, samada fiel madhi atau isim masdar, akan beranak pinak menjadi banyak dengan kaedah ilmu sorof. Tetapi dalam menyusun baris-baris, khasnya di hujung perkataan di dalam ayat, yang menentukan maksud sesuatu ayat, itulah tugas nahu. Begitulah, ibu mendidik dan membentuk semasa kecil. Ayah menyusun dan menentukan tugas dalam perjuangan.
Orang Arab di zaman Jahiliyah dan di awal Islam, bercakap sesama mereka dengan cara tradisi masing-masing. Lafaz-lafaz yang muncul, terbentuk dengan peraturan yang telah ditetapkan mereka secara 'nature', di mana orang muda belajar dari yang tua, anak mengambil bahasa dari orang tuanya dan seterusnya. Namun ketika Islam telah tersebar ke negeri Farsi dan Rom di zaman Khulafaur Rashidin, terjadinya banyak pernikahan di antara orang Arab dengan orang 'ajam (bukan Arab), serta terjadi perdagangan dan pendidikan, menjadikan Bahasa Arab bercampur baur dengan bahasa 'ajam. Orang yang fasih bahasanya menjadi janggal bila berbahasa. Orang ramai berkomunikasi dalam Bahasa Arab yang salah tapi mereka anggap betul atau tak merasakan itu satu kesalahan sehingga hilanglah keindahan Bahasa Arab.
Penyusunan Nahu Arab bermula bila Saiyidina Ali RA mendapat pengaduan dari Abul Aswad Ad Duali tentang kesilapan berbahasa Arab yang mengubah makna.
Satu malam Abul Aswad Ad Duali dari Bani Kinanah sedang berjalan-jalan dengan anak perempuannya. Ketika anaknya mendongakkan wajahnya ke langit dan melihat keindahan bintang-bintang lalu ia berkata,
مَا أَحْسَنُ السَّمَاءِ
“Apakah yang paling indah di langit?”
Dengan meng'kasrah' hamzah, yang bermaksud soalan atau pertanyaan. Bapanya menjawab,
نُجُوْمُهَا يَا بُنَيَّةُ
“Wahai anakku, Bintang-bintangnya”
Namun anaknya menyanggah dengan mengatakan,
اِنَّمَا اَرَدْتُ التَّعَجُّبَ
“Sesungguhnya aku ingin mengungkapkan kekaguman”
Bapanya mengatakan, kalau begitu sebutlah,
مَا اَحْسَنَ السَّمَاءَ
“Betapa indahnya langit.”
Bukan,
مَا اَحْسَنُ السَّمَاءِ
“Apakah yang paling indah di langit?”
Dengan mem'fathah'kan hamzah…
Peristiwa kedua pula ketika Abul Aswad Ad Duali lalu di depan seseorang yang sedang membaca Al Quran, (ketika itu tulisan mashaf Al Quran belum bertitik dan berbaris) ia mendengar orang itu membaca surah At Taubah ayat 3 dengan bacaan,
أَنَّ اللهَ بَرِىءٌ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ وَرَسُولِهُ
Dengan meng'kasrah'kan huruf lam pada perkataan 'rasuulihi' yang sepatutnya di 'dhommah'kan. Menjadikan artinya “…Sesungguhnya Allah berlepas diri dari orang-orang musyrik dan rasulnya..” hal ini menyebabkan makna ayat itu berubah dan menyesatkan.
Sepatutnya kalimah tersebut adalah,
أَنَّ اللهَ بَرِىءٌ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ وَرَسُوْلُهُ
“Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya berlepas diri dari orang-orang musyrikin.”
Bila mendengar bacaan ini, Abul Aswad Ad Duali menjadi ketakutan, ia takut hilang keindahan Bahasa Arab dan lenyap kehebatannya, lebih-lebih lagi ia boleh membawa kekufuran bila yang dibaca adalah kalamullah Al Quran, sedangkan ia terjadi di awal empayar Islam. Maka diadukan isu tersebut kepada Khalifah Saiyidina Ali RA lalu ia memperbaiki keadaan ini dengan membuat pembagian kata, bab 'inna dan saudaranya', bentuk 'idhofah (penyandaran)', kalimat 'ta’ajjub (kekaguman)', kata tanya dan selainnya, kemudian Saiyidina Ali RA berkata kepada Abul Aswad Ad Duali,
اُنْحُ هَذَا النَّحْوَ
“Ikutilah jalan ini”
Dari kalimat inilah, ilmu kaedah Bahasa Arab disebut dengan ilmu nahu. (Erti 'nahu' pada bahasa adalah 'arah')
Kemudian Abul Aswad Ad-Duali melaksanakan tugasnya dan menambah kaedah tersebut dengan bab-bab lainnya sampai terkumpul bab-bab yang agak sempurna.
Dari Abul Aswad Ad Duali inilah muncul ulama-ulama Bahasa Arab lainnya, seperti Abu Amru bin ‘alaai, kemudian Al Khalil Al Farahidi Al Basri (Penyusun ilmu Arudh dan penulis Mu’jam pertama) , sampai ke Sibaweh dan Kisaie (pakar ilmu nahu, dan menjadi rujukan dalam kaedah Bahasa Arab).
Setelah berlalu masa yang agak panjang kaedah Bahasa Arab berpecah menjadi dua mazhab, iaitu:
1-Mazhab Basrah
2-Mazhab Kufah (sedangkan kedua-duanya bukan termasuk daerah Jazirah Arab). Kedua mazhab ini tersebar luas dan masing-masing menyusun kitab-kitab ilmu nahu yang sampai kepada kita sekarang.
Ok, begitulah serba sedikit sejarah awal ilmu nahu. Rupa-rupanya dari arahan Saiyidina Ali RA, patutlah ada keberkatannya. Di akhir zaman ini, moga-moga para Ikhwan pula yang membudayakan bahasa Arab yang tepat kerana bahasa Arab yang dituturkan hari ini di seluruh dunia Arab sudah sangat jauh dari Bahasa Al Quran. Akan berlaku nanti para Ikhwan dan Asoib lah yang paling memperjuangkan Bahasa Arab fushah. Mudah-mudahan ia juga di kira sebagai membela Abuya. Amin.
( Sedikit selingan komen daripada Aina & Ikhwan Kasturi, membela Abuya itu adalah membela islam, kerana Abuya buat kerja2 besar memperjuangkan Islam, perjuangkan Allah dan Rasul, hingga musuh sangat memusuhinya.  Dengan keadilan Allah pula, bila adanya musuh yang sangat membenci, tentulah ada pula orang yang membela yang tersangat sayangkan pemimpin kebenaran yang Allah tunjuki di akhir zaman itu. Ciri-ciri kepimpinannya sangat jelas dan menonjol tiada keraguan lagi, melainkan bagi mereka yang berhasad dengki sahaja yang cuba mereka-reka macam-macam alasan untuk menolaknya.  Tiada jemaah lain yang Allah izinkan untuk berkembang sampai ke Haromain, sehinggakan orang Arab sendiri melahirkan kekaguman mereka terhadap bangsa Ajam yang boleh menghidupkan 'Perkampungan Rasulullah' di Haromain.  Kata mereka lagi jika mereka hidup 100 tahun lagipun, mereka tidak terfikir untuk melakukan sebegitu, dan mereka berkata semuanya itu berlaku, tentulah dengan MUKJIZAT DARIPADA NABI AKHIR ZAMAN. 
Sekiranya kita faham, Itu tandanya disebalik semua ini adalah percaturan daripada nabi akhir zaman, junjungan besar kita Nabi Muhammad saw.  Nur Muhammad itu tetaplah hidup dan berperanan walaupun jasad baginda sudah wafat.)
Musolla Duwar Qubbah
10.11am, Okt 8, 2012
.

ALANGKAH BESARNYA DAN PENTINGNYA SELAWAT !!!

"Pada satu malam,seorang lelaki bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Tidak".

Lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Kerana aku tidak mengenalimu." Lalu lelaki itu menambah, "Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya.

" Rasulullah s.a.w menjawab, "Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."

Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berkata, "Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau."

PERHATIKAN PERINGATAN TERHADAP 4 PERKARA-PERKARA DI BAWAH

Asalamualaikum w.b.t  wahai saudara saudari semua,


Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah MENINNGAL DUNIA....

Wednesday, 19 September 2012

SESUNGGUHNYA ALLAH MENYOROKKAN TIGA PERKARA DALAM TIGA PERKARA

Pesan Muhammad Al-Baqir, cucu Sayyidina Husain kepada anaknya:"Wahai anakku! Sesungguhnya Allah menyorok tiga perkara dalam tiga perkara. 

[Pertama], Allah menyorokkan redha-Nya dalam ketaatan kepada-Nya. Oleh itu, janganlah engkau memandang ringan sesuatu perbuatan taat, kerana barangkali di dalamnya terdapat redha Allah.

[Kedua], Allah menyorokkan murka-Nya dalam sesuatu maksiat. Oleh itu, janganlah engkau memandang ringan sesuatu maksiat, kerana barangkali di dalamnya terdapat murka Allah.

[Ketiga], Allah menyorokkan wali-wali-Nya di dalam makhluk-Nya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menghina (memandang rendah) seseorang, kerana mungkin dia adalah wali Allah."

HARI QIAMAT

"SAMPAIKAN DARIKU BIARPUN SEBARIS AYAT"

RENUNGAN UNTUK SEMUA



Download sini http://www.mediafire.com/file/cdm63m690addemd



Sunday, 9 September 2012

DOA PELINDUNG DARIPADA FITNAH DAJJAL

Salam sejahtera,Doa dibawah memng sgt perlu dan dituntut untuk diamal kerana, Dajjal adalah suatu fitnah terbesar dan setiap umat sudah diperingatkan akan dasyatnya fitnah tersebut, semasa kedatangannya orng2 islam baka atau Islam keturunan akan kafir sekejap (40 hari kedatangannya yg dirasakan lebih drp setahun mengikut hari2 tertentu bilangannya).

Yang selamat adalah yang hanya menjadi pengikut Imam Mahdi dan PBT, jadi sebab itu umat Islam wajib mencari pemimpin apatah lagi kita hidup di akhir zaman. Atas keadilan Allah, Pemimpin yg Allah datangkan adalah untuk selamatkan umat. Tetapi ada ajaran daripada aliran fahaman wahabi mereka memang nak 'direct' dgn Allah, mereka tolak pemimpin atau guru mursyid sedangkan Allah dtgkan para Rasul pun berperantaraan malaikat jibril, Allahpun tak 'direct' dgn para Rasul yg mulia,.Rasul pun mendapat wahyu melalui malaikat sebagai perantara atau wasilah, inilah asas ajaran islam yg faktanya sengaja diselewangkan supaya umat islam keliru. hanya Nabi Muhammad dpt berjumpa terus dgn Allah semasa peristiwa 'Israk dan Mikraj', untuk mendapatkan perintah sembahyang yg agung (ini utk menunjukkan betapa besarnya perintah sembahyang itu, ia tidak melalui perantara, bila sembahyang, kita sebenarnya memng berhubung terus dgn Allah, bercakap2 dgn Allah).

Untuk pengetahuan umum, Allah ada kerajaan yg besar dan Allah suka kita berhubung dengannya melalui orang-orangnya atau melalui kerajaannya, ini diluar waktu sembahyanglah spt berdoa, belajar dan sebagainya..Sebab itu kalau sblm sembahyang kita tak mahu minta melalui guru kita atau guru mursyid utk mendapat sembahyang yang khusyuk( minta guru ajar secara roh @ pimpin secara roh), hampir mustahil kita nak khusyuk dlm sembahyang. Sembahyang Sy Ali, sampai tak terasa sakitnya apabila panah dicabut..!!!

Tapi bertawasul dengan guru mursyid atau para wali Allah sebegini, dilarang keras dlm aliran wahabi, jadi umat Islam sudah tidak ada seni2 dlm mengadap Allah yg sgt berprotokol. Jln mudah nak faham, kalau kita nak jumpa raja, adalah lebih mudah melalui org2 yg rapat dgn raja, kita akan dipimpin dan ditunjuk jalan, raja pun suka krn kita tidak melulu ke istananya, kita hormat undang2 dlm istananya, kita hormat pembesar2nya tanpa kita sombong nak terus mengadapnya tanpa peduli pembesar2 di sekeliling raja yg sibuk menjalankan tugas bagi pihak raja dan atas arahan raja. Moga ada manfaatnya. Ya Allah berilah hidayah dan taufik kepada kami, moga kami semua selamat..

Doa Pelindung Dari Fitnah Dajjal

اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي. أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ. لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ. يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ وَعَلَى طَاعَتِكَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ  عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ. سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Wednesday, 5 September 2012

RENUNGAN UNTUK MENGUBAH SIKAP -BAB 3 KEHEBATAN MATI


Demi masa, Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh
 dan mereka yg berpesan-pesan
 dgn kebenaran dan kesabaran..Petikan dari surah al-Quran, marilah kita membela al Quran dalam bentuk praktikal
 bukan berteori shj. 
Moga bermanfaat..dan ia menjadi saham kpd kita
 apabila kita sudah meninggal kelak, 
bukankah apabila matinya anak Adam, terputus semua amalannya ? kecuali 3 perkara iaitu doa daripada anak yg soleh dan solehah,
 ilmu yg bermanfaat dan
 harta yg dibelanjakan di jalan Allah (SEDEKAH JARIAH).
 Moga ada persiapan kita..wassalam.





BAB 3 - KEHEBATAN MATI

SESUATU yang pasti terjadi, tapi sering dilupakan dan tidak dipedulikan, ialah mati. Yakni berhentinya degupan jantung, lalu berhentilah nafas dan aktiviti lainnya, hingga manusia tidak berguna apa-apa lagi. Walaupun dia seorang profesor, raja atau presiden. Kalau dibiarkan akan busuk dan berkerut, maka terpaksalah ditanam jauh-jauh ke dalam bumi.
Semua orang dulu pasti sudah merasakan mati. Mereka sudah tidak ada lagi di bumi ini. Yang tinggal hanya nama dan sejarah hidup mereka saja. Dan detik itu pasti datang pada setiap orang diantara kita. Ia adalah program yang tidak boleh tidak pasti terjadi, dan kita sering tertanya-tanya: "Bilakah giliranku untuk mati? Dan apa persediaan yang mesti aku lakukan?'~ .
Kesakitan sewaktu roh dicabut dari badan oleh Malaikat Izrail seperti ditusuk-tusuk 300 kali dengan mata pedang. Hancur lumat hingga hilang segala-galanya. Rasa haus ketika maut tiba teramat sangat azabnya hingga kalaupun air satu lautan diminum tidak akan puas-puas juga. Tersedar kembali sewaktu berhadapan dengan Munkar dan Nakir. Yakni di satu alam luar yang lain dari alam dunia ini. Alam Barzakh namanya. Alam di mana kita dapat melihat malaikat dan bertanya-jawab dengannya. Alam yang diperlihatkan Syurga dan Neraka. Dan dapat juga melihat ragam manusia di dunia yang belum mati lagi itu.
Hidup di sana kalau bahagia, sangat lama sekali yakni hingga Kiamat, mungkin beribu-ribu tahun. Dan kalau Kiamat tiba mungkin beribu-ribu tahun lagi. Dan kalau tersiksa pun begitu jugalah lamanya. Bahagia atau derita bergantung pada berhasil atau tidaknya kita ketika di dunia. Kalau berhasil menjalankan tugas sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya di bumi, maka bahagialah kita. Sebaliknya kalau sewaktu di dunia menjadi hamba nafsu dan syaitan serta berjuang untuk itu, maka malaikat akan mengazab kita di Barzakh sana. Terkurung selama beribu-ribu tahun dalam azab sengsara.
Itu kata Allah dan itulah ketentuan-Nya. Al Quran dan hadis banyak sekali menceritakan tentang ini dengan sejelas-jelasnya. Lihat contoh-contohnya
1. Surah Al Qiyamah, ayat 36-40:
Terjemahannya: Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa dipertanggungjawabkan) ? Bukankah dia dahulu setitis mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim). Kemudian mani itu menjadi segumpal darah lalu Allah menciptakannya sepasang laki-laki dan perempuan. Bukankah (Allah yang berbuat) demikian berkuasa (pula) menghidupkan orang yang mati?
2. Surah Al 'Aadiyaat, ayat 6-11:
Terjemahannya: Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar tidak berterima kasih kepada Tuhannya dan sesungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya, dan sesungguhnya dia sangat bakhil kerana cintanya pada harta. Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur dan dilahirkan apa yang ada di dalam dada. Sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka.
3. Surah An Naaazi'at, ayat 10-14 :
Terjemahannya: (Orang kafir) berkata: "Apakah sesungguhnya kami benar-benar dikembalikan kepada kehidupan yang sebelumnya?" Apakah (akan dibangkitkan juga) apabila kamu telah menjadi tulang belulang dan hancur lumat? Mereka berkata: "Kalau demikian, itu adalah satu pengembalian yang merugikan . " Sesungguhnya pengembalian itu hanyalah dengan satu tiupan saja. Maka dengan serta-merta mereka hidup kembali di permukaan bumi.
4. Surah An Nabaa', ayat 38-40:
Terjemahannya: Pada hari ketika roh dan para malaikat berdiri bershaf-shaf, mereka tidak berkata-kata, kecuali siapa yang telah diberi izin kepadanya oleh Tuhan yang Maha Pemurah. Dan ia mengucapkan kata yang benar. Itulah hari yang pasti terjadi maka barangsiapa yang menghendaki, nescaya ia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya. Sesungguhnya kami telah memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) siksa yang dekat pada hari manusia melihat apa yang telah dibuat oleh kedua-dua tangannya dan orang kafir berkata: "Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah."
5. Surah An Naaz'iat, ayat 34 -41:
Terjemahannya : Maka apabila malapetaka yang sangat besar (Hari Kiamat) telah datang. Pada hari (ketika manusia teringat akan apa yang telah dikerjakannya dan diperlihatkan Neraka dengan jelas setiap orang yang melihat. Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya Nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang yang takut pada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka Syurga tempat tinggalnya.
Demikianlah kita telah diberitahu seterang-terangnya tentang sesuatu yang bakal terjadi dan menimpa setiap diri. Apa pendapat anda? Nasib di dunia atau nasib di akhiratkah yang hendak diutamakan? Sebab orang yang kaya di dunia (tetapi tidak bertaqwa) akan miskin di akhirat. sedangkan miskin di dunia masih ada tempat tinggal, pakaian dan makan minum. Masih boleh berikhtiar. Sedangkan jika miskin di akhirat, sesuap makanan pun tidak akan dapat. Tidak ada seorang pun yang simpati. 
Kemiskinan dan penderitaan yang mana yang lebih patut ditakuti. Berusaha keras untuk dunia atau untuk akhirat yang mesti diutamakan? Rasulullah SAW menjawab ketika ditanya:
Terjemahannya: Siapakah orang mukmin yang paling cerdik? Sabda Rasulullah: (orang yang paling cerdik) ialah orang yang banyak mengingati mati. 
(Riwayat lbnu Majah)
Maka fahamlah kita, keutamaan harus diberikan pada urusan-urusan akhirat. Sebab mati boleh jadi datang esok. Dan kalaulah hal itu terjadi dalam keadaan kita belum menjalankan tugas yang diamanahkan, kita akan menderita selama-lamanya. Sedangkan untuk dunia, kalau hari ini belum selesai, esok boleh disambung lagi. Kelalaian tentang urusan dunia tidak akan mengakibatkan kerugian yang panjang. Contohnya, kalau urusan yang kita tinggalkan boleh disambung lagi. Kita tidak rugi apa-apa. Tapi kalau kerana dunia kita tangguhkan sembahyang, tiba-tiba kita mati sebelum sembahyang. Sementara akibat meninggalkan sembahyang dengan sengaja ialah 40 tahun masuk Neraka. Demikian juga halnya kalau kita menimbun duit dalam bank, konon untuk masa depan. Kalau kita sempat tua, mungkin duit itu boleh kita gunakan; itu pun di akhirat tidak dapat apa-apa. Apa jadinya kalau kita mati sebelum tua, sudahlah duit itu tidak berguna untuk kita di dunia, di akhirat kita akan menderita kerana dosa membekukan harta pemberian Allah. Sedangkan kalau duit itu kita korbankan pada jalan Allah, di dunia lagi kita akan hidup senang. Inilah yang diingatkan oleh Rasulullah SAW, melalui sabdanya:
Terjemahannya: Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan berusahalah untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok hari.
(Riwayat Ibnu Asakir)
Jangan mengertikan hadis ini menyuruh kita bekerja keras di dunia saja; bekerja keraslah juga untuk akhirat. Maksud yang sebenarnya ialah urusan dunia kerana lama lagi (masih ada waktu) boleh ditangguhkan atau dikemudiankan; sedangkan untuk akhirat, kerana boleh jadi mati esok, mesti disegerakan atau didahulukan.
Ingatlah mati dan akibatnya. Ia dahsyat, hebat dan menakutkan pada yang mati dan untuk yang tinggal. Secara kasar kita sudah ceritakan hal sesudah mati, untuk yang mati dan akan mati. Mari kita lihat pula akibat mati pada yang hidup. Betapa hebat dan menakutkan!
Orang yang kematian orang yang dikasihinya, akan merasakan kehilangan yang amat berat untuk ditanggung. Sedih pilu yang tidak terkira. Tempat bergantung putus sudah. Harapan hidup bahagia, meliar tidak menentu; ke mana hendak mengadukan nasib. 
Kalau yang meninggal itu raja, negara diselubungi duka, rakyat kehilangan ketua negara. dengan terpaksa dicarilah penggantinya. Maka berubahlah sistem pengaturan negara. Kalau pemimpin meninggal dunia, pengikut bagaikan anak ayam kehilangan ibu. Pimpinan terputus, didikan terhenti, payung tempat berteduh dirasa telah tiada lagi. Pengganti belum tentu sama gayanya. Huru-hara mungkin terjadi, jika ada orang yang mahu mengambil kesempatan dari bala itu.
Kalau guru meninggal dunia, murid-murid akan kehilangan sumber ilmu. Lampu yang menerangi hidup padam. Merka akan berada dalam kegelapan sesaat sebelum ada guru pengganti. Itu pun belum tentu sama. Dukacitapun berkepanjangan. 
Apabila suami meninggal, isteri menjadi janda. Hidupnya jadi serba salah. Mahu kemana? Mahu kawin, banyak masalah walaupun itu tuntutan fitrah. Kehilangan orang yang dikasihi, tinggal bersendirian, tiada orang yang mengurus keperluan. Bukan mudah mencari pengganti. Kalau bapa meninggal, anak-anak jadi yatim. Malang sekali kerana sumber kehidupan terputus. Siapa yang bakal menyanggupi nasib mereka? Kalau tidak ada, hidup mereka terabaikan dan tersiksalah hidupnya. Jika ibu yang mati, anak-anak jadi piatu. Tempat bermanja tidak ada lagi. Kasih sayang, belaian dan penjagaan tidak akan ditemui lagi dalam hidup.
Kalau tunang pula mati, remuk-redam jantung hati. Buah hati yang dirindui, belum sempat bertemu sudah pergi buat selama-lamanya. Kalau tidak kuat iman, berduka sepanjang hayat.
Demikianlah dahsyatnya akibat kematian; ngeri dan menakutkan. Sebut saja mati, orang yang tidak beriman sangat benci. Sebaliknya orang yang beriman akan insaf; sedangkan para kekasih Allah merasakan mati itu indah kerana saat pertemuan dengan Allah sudah tiba. Betul-betullah mati itu sebagai guru. Sabda Rasulullah:
Terjemahannya: Cukuplah kematian itu sebagai nasehat.
(Riwayat At Tabrani)
Kenapa Allah jadikan mati begitu dahsyat? Jawabnya supaya manusia memberi perhatian serius. Sebab biasanya satu hal yang besar dan dahsyat sangat diberi perhatian yang serius oleh manusia. Begitulah sepatutnya dengan mati. Oleh kerana akibatnya terlalu dahsyat pada yang mati dan yang hidup, tentu kita tidak boleh berbuat seolah-olah tak tahu saja. Mestilah berusaha dan bersedia dengan sebaik-baiknya, agar takdir Allah itu (ujian) dapat dihadapi dengan baik dan berhasil.
Ibarat kita akan menghadapi suatu ujian kenaikan yang besar dan penting. Tentu kita akan siap sedia dengan bersungguh-sungguh menghadapinya kerana mengharapkan kejayaan. Demikianlah halnya dengan mati ini. Iman dan taqwa, amal soleh dan akhlak mulia dengan Allah dan dengan manusia adalah syarat penting untuk selamat baik untuk yang pergi atau yang ditinggal. Yang pergi selamat di kubur, yang ditinggal tidak menderita. Iman dan taqwa akan jadi penghiburnya.
Tapi kita lihat hari ini, umat Islam tidak terlalu peduli dengan mati. Walaupun setiap hari ada orang yang mati, tapi hal itu tidak mengingatkan dan menginsafkannya; masyarakat terus bergelumang dengan dosa dan hiburan di dunia. Memang kalau manusia itu tidak ingat akan mati, mereka tidak akan takut untuk hidup dalam dosa dan maksiat. Sebab mereka mengira kejahatan itu tidak akan dipertanggungjawabkan oleh siapapun. Mereka lupa atau jahil tentang apa yang dikatakan oleh Allah :
Terjemahannya: Apakah manusia itu menyangka bahwa sekali-kali tidak seorang pun berkuasa atasnya? Dia mengatakan; "Aku telah menghabiskan harta yang banyak." Apakah dia menyangka bahwa tiada seorang pun yang melihatnya? Bukankah Kami telah memberikan padanya dua mata, lidah dan dua bibir? Dan Kami telah menunjukkannya dua jalan. Tapi dia tidak menempuh jalan mendaki lagi sukar. Tahukah kamu apakah jalan mendaki lagi sukar itu? (Iaitu) melepaskan hamba daripada perhambaan, atau memberi makan pada hari kelaparan (kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat atau orang miskin yang sangat fakir. Dan dia tidak juga termasuk orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar serta berpesan untak berkasih sayang. Mereka (orang-orang beriman dan saling berpesan) adalah golongan kanan. Dan orang yang kafir kepada ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri. Mereka berada dalam Neraka yang ditutup rapat.
(AI Balad: 5-20)
Maknanya, mengingati mati bukan untuk keselamatan di akhirat saja, tapi juga di dunia. Tapi hari ini, kalau kita banyak sebut tentang mati, orang mentertawakan atau marah-marah. "Bila mahu membangun kalau asyik ingat mati saja", kata mereka. Padahal dengan tak ingat mati pun umat Islam hari ini bukan membangun. Cuma ikut bangga dengan pembangunan dan kemodernan yang diimport dari Barat.
Sudahlah begitu, masalah hidup dan masalah masyarakat tidak pernah habis-habis. Berdengki, saling berhujah, fitnah, krisis dam lain-lain tidak selesai. Kalau ada pembangunan, sedikit banyak ada saja golongan kiri yang mahu meruntuhkan. Semua ini ialah diakibatkan kerana kita melupakan Allah. Apabila kita lupa Allah, Allah lupakan kita. Maka susahlah kita. Mari kita kembali kepada jalan Allah. Ingatkan mati itulah sebenarnya jalan yang menyampaikan kita kepada kemenangam dunia dan akhirat!

********************************************************************
Layarilah
www.ainakasturi.blogspot.com 
untuk BERKONGSI pelbagai info yang bermanfaat dan untuk dikongsi-kongsikan kepada keluarga dan rakan2, moga-moga ia menjadi saham yg kita tak nampak di dunia tetapi hasilnya dpt dituai di akhirat sana.... 
*********************************************************************

Thursday, 16 August 2012

KULIAH TENTANG TAQWA

ERTI SEBENAR TAQWA
Basmalah

“Hendaklah kamu mencari bekal, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu adalah sifat taqwa.”

Para hadirin yang dikasihi sekalian dan anak-anak yang saya cintai.
Pada hari ini itulah ayat yang Allah ingatkan pada saya. Mungkin di sekitar ayat inilah kita akan cuba mentafsir. Moga-moga Tuhan dengan rahmat dan nikmatNya memberi ilmu kepada saya untuk kita dapat menafaatkan bersama. Dalam ayat yang ringkas tadi saya terjemahkan maknanya:

“Hendaklah kamu mencari bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah sifat taqwa.”
Banyak ulama ertinya ustaz-ustaz yang menghurai ayat ini bahawa sifat taqwa itu adalah bekalan untuk negeri akhirat yaitu negeri yang kekal abadi. Tak dapat dinafikan itulah yang paling penting, itulah yang paling asas. Supaya faham orang mukmin kalau dia nak senang juga di dunia mesti berbekalkan sifat taqwa. Itu adalah sampingan bagi orang mukmin untuk hidup di dunia sementara waktu. Mengapa saya katakan bekalan orang mukmin untuk dunianya adalah taqwa? Kerana sifat taqwa ini merupakan jalan atau landasan untuk mendapatkan kebaikan di dunia. Nak dapatkan keuntungan dalam ekonomi mesti dengan sifat taqwa. Nak dapat kemenangan dalam perjuangan  mesti ada taqwa. Nak dapat bantuan dalam pertolongan Tuhan juga adalah kerana taqwa. Nak terlepas daripada bala bencana atau azab penderitaan di dunia mesti berdasarkan sifat taqwa.

Jadi di sini kita lihat bukan saja sifat taqwa itu penting di akhirat, memanglah itu yang utama. Tapi untuk orang mukmin juga untuk dia mendapat pertolongan Tuhan, mendapat berkat, dapat kekayaan, kebahagiaan, kejayaan mestilah sifat taqwa itu sudah ada di dunia. Kalau Tuhan bantu orang Islam bukan atas dasar taqwa ertinya  kita minta Tuhan membantu orang Islam sama seperti yang Tuhan bantu kepada orang kafir. Dapat juga bantuan, dapat juga pertolongan tapi atas dasar istidraj yakni kemurkaan. Seperti tipuan sebenarnya dari Tuhan. Akhirnya dengan bantuan itu dia terjun ke neraka. Dan dengan bantuan itulah dia akan membuat kezaliman, kejahatan di atas muka bumi. Kerana mendapat sesuatu dari Tuhan secara tidak sihat. Maka hasilnya juga tidak sihat, natijahnya tidak sihat, rosak merosakkan.

Di sini hendaklah kita faham bahawa sifat taqwa itu bukan untuk akhirat saja tapi perlu di dunia lagi. Sebab kalau orang Islam itu tidak ada sifat taqwa Tuhan bantu juga, Tuhan bagi makan juga, Tuhan bagi ilmu juga selama mana mereka hidup. Tapi cara itu bahaya. Tuhan bagi secara kutukan, Tuhan bagi secara murka, Tuhan bagi secara tak redha. Ini bahaya sekali. Jadi perlu sifat taqwa supaya segala bantuan atas dasar itu.

Kerana pentingnya sifat taqwa untuk keperluan hidup di dunia dan di akhirat bagi orang Islam, maka sebab itu sifat Taqwa dijadikan salah satu rukun khutbah. Ertinya kalau tertinggal rukun maka khutbah tak sah. Bila khutbah tak sah, tak sah sembahyang Jumaat, tak sah sembahyang sunat hari raya. Ini menunjukkan besarnya sifat Taqwa itu hingga menjadi rukun khutbah.

Bila disebut taqwa orang terjemah hendaklah takutkan Tuhan. Itu tak betul. Taqwa itu bukan maknanya takut. Takut adalah salah satu sifat mahmudah yang berada di dalam taqwa. Dalam bahasa Arab takut itu dikatakan khauf. Ia merupakan salah satu sifat terpuji. Sedangkan sifat taqwa itu global. Yakni himpunan dari keseluruhan sifat mahmudah. Ada sabar, redha, pemurah, kasih sayang, pemaaf, memberi maaf, meminta maaf. Seluruh sifat mahmudah itulah taqwa. Sedangkan khauf atau takut itu adalah salah satunya dari himpunan sifat taqwa. Tapi pelik mengapa ulama berkata ittaqullah, hendaklah kamu takutkan Allah.

Mari kita bahas tentang nahu, saya bukanlah pakar nahu sebab saya bukannya orang Arab. Mengaji bahasa Arab tak adalah macam tuan-tuan dan puan-puan sampai Jordan sana. Kalau saya silap nanti mintalah tolong betulkan kepada orang-orang tertentu.

Ittaqu itu dari perkataan wiqayah – waqayati – wiqayatan bukan maknanya takut tapi terpelihara. Tapi mengapa diterjemahkan hendaklah kamu takut. Sedangkan takut itu hanyalah salah satu dari himpunan sifat taqwa. Ertinya kalau kata Ittaqullah, maknanya ialah hendaklah engkau memelihara diri dgn Tuhan. Takut salah satunya. Tapi mengapa diterjemahkan hendaklah takutkan Allah, tak betul.

Jadi bila dikatakan Ittaqullah itu bermaksud :
- Hendaklah engkau jadikan Tuhan itu pelindung
- Hendaklah engkau jadikan Tuhan itu kubu
- Hendaklah engkau jadikan Tuhan itu benteng

Bila sudah berada dalam benteng Tuhan benda-benda negatif tak masuk. Ditembak macam manapun terpelanting, tak terjejas. Ittaqullah itu ertinya terpelihara. Dah banyak istilah-istilah disalah gunakan. Sebab itu bila disebut tak terasa apa-apa, tak ada berkat. Setiap minggu hari Jumaat dilaung-laungkan di mimbar tapi tak terasa. Rupanya perkataan wiqayah itu dipersempit. Sebenarnya gudang mahmudah. Dalamnya itu ada sabar, redha, takut, pemaaf, kasih sayang dan lain-lain lagi sifat mahmudah, sifat terpuji. Darimana asalnya saya pun tak tahu. Kalau kita terjemahkan begitu nanti orang sesatkan pula. Jadi nak elak orang fitnah kita terpaksa kita terjemahkan ittaqullah itu ialah hendaklah kamu takutkan Tuhan. Patutnya kalau kita nak kata hendaklah kamu takutkan Tuhan maka kita kata:
Ayuhal hadirun khofullah!

Kerana begitulah orang terjemah maka kita terjemah macam tu juga, tapi kita faham seperti yang saya cakap tadi. Besarnya erti taqwa itu, aset untuk orang Islam dunia dan akhirat. Barulah selamat dunia akhirat.

Mari kita baca satu ayat lagi yang menerangkan bagaimana kita boleh dapat wiqayah dari Tuhan yang orang terjemahkan takut itu. Macam mana nak dapat taqwa.

Ya ayyuhallazi na amanuttaqullaha, wabtaghu ilaihil wasilata wa yujahidu fisabilihi laallakum tuflihun.
“Wahai orang mukmin hendaklah kamu bertaqwa pada Allah, hendaklah kamu mencari wasilah atau jalan untuk sampai bertaqwa pada Tuhan dan hendaklah kamu berjuang pada jalannya, moga-moga kamu mendapat kemenangan di dunia dan di akhirat.”


Taqwa itu penting, kita dah huraikan tadi itu merupakan aset umat Islam dunia dan akhirat. Keselamatan dunia dan akhirat. Untuk mendapatkannya dalam ayat tadi ada dua jalan:


1. Cari wasilah yakni perantaraan yang sampai kepada Tuhan. Jalan-jalan supaya kita dipelihara Tuhan.
2. Berjuang pada jalan Allah.


Apa maksud wasilah? Ada dua pengertian:

1. Membuat kerja-kerja kebaikan, kebajikan, amal-amal soleh samada berbentuk hablumminallah dan hablumminannas. Kita akan sampai dipelihara Tuhan nanti, sampai kepada Tuhan. Ertinya Tuhan terima, Tuhan redha lalu Tuhan akan jamin keselamatan kita dunia dan akhirat.

2. Yang lebih utama dari pengertian tadi ialah kalau kita bukan wasilah, kecuali kita memang wasilah. Kebanyakan orang ramai bukan wasilah. Jadi buat orang ramai cari wasilah dengan erti yang kedua yaitu guru yang memimpin kita kepada Tuhan supaya sifat taqwa kita miliki. Atau dengan kata-kata lain kita dapat lindungan, peliharaan dari Tuhan. Kalau tidak ada guru yang bawa dan pimpin tangan kita maka takkan sampai. Walau orang itu beribadah kuat macam mana pun tapi tak ada mursyid insyaAllah dalam bab agama syaitan yang pimpin mereka.

Sebab itu Sayidina Ali berkata, barang siapa yang tak ada syeikh atau guru maka syaitanlah yang akan jadi gurunya. Sebab itu kita baca sejarah silam, banyak abid-abid yang sudah zuhud, yang sudah menghabiskan masa dengan ibadah, terputus dengan dunia, kagum kita dengar tapi banyak disesatkan oleh syaitan. Dalam Quran diceritakan seperti Bal’am, Barsisa dan lain-lain lagi sebab dia tak ada guru, tak ada mursyid. Begitu hebat ibadahnya walaupun sampai tinggal dunia rupanya dalam bab agama syaitan jadi guru atau mursyidnya. Jadi kalau kita tak jadi wasilah kena cari wasilah, itulah guru mursyid. Kalau zaman rasul, rasulullah guru mursyid. Zaman khalifah maka khalifahlah guru mursyid. Bila ada mujadid maka mujadidlah. Waktu ada mujadid maka ulama juga patut bergurukan mujadid. Kalau mereka bersendiri sekalipun pakar tafsir, pakar feqah, pakar tasawuf maka dia akan tersesat. Berdasarkan ayat tadi maka wajib mencari wasilah.

Maka fahamlah kita makna wasilah itu dua.
1. wasilah itu adalah amalan-amalan yang boleh mendekatkan kita dengan Tuhan. Samada hablumminallah dan hablumminannas.

2. Cari guru mursyid yang boleh memimpin kita kepada Tuhan, yang boleh bawa kita kepada Tuhan, yang boleh mendekatkan diri kita kepada Tuhan. 
 Itulah yang dimaksudkan Hadis

Hendaklah kamu bersama Tuhan, kalau tak boleh juga hendaklah kamu bersama orang yang boleh bersama Tuhan, yang boleh memimpin kita kepada Tuhan.”

Itulah maksud wasilah. Mencari wasilah untuk tujuan menjaga diri kita untuk keselamatan dunia dan akhirat. Itulah maksud ittaqullah. Selesai wasilah yaitu jalan kepada Tuhan. Tarikat itu termasuk wasilah, rugilah siapa tak ada tarikat lagi.

Walaupun kita ada wasilah, ada guru yang memimpin kita membuat amalan-amalan kebajikan, amalan-amalan soleh samada hablumminallah dan hablumminannas mesti ada jihad perjuangan. Tak ada jihad tak boleh pergi sekalipun ada pergi. Jadi ditafsirkan tak boleh kita pisahkan jihad itu sendiri, wasilah itu sendiri. Hendak laksanakan wasilah takkan mampu kalau tak ada jihad. Jihad melawan nafsu, jihad melawan musuh-musuh luar yang agak mengganggu juga. Yang paling mengganggu adalah nafsu. Walaupun ada guru penunjuk jalan, itulah yang dikatakan wasilah. Membuat amalan-amalan soleh itu juga adalah wasilah tunjuk ajar guru. Bila nak berjaya terpulang pada diri orang itu. Guru sudah tunjuk jalan adalah ditentukan oleh sejauh mana dia boleh bermujahadah.

Kalau dia boleh mujahadah, boleh berjihad dengan baik samada mengenai musuh-musuh luar, terutama musuh batin, dengan jihad itu menggunakan wasilah itu barulah sampai kepada Tuhan. Jadi tak boleh dipisahkan jihad dengan wasilah. Tapi hari ini seolah-olah jihad lain, dulu lain. Kita kata wasilah dengan amal kebajikan itu lain. Jihad itu nak lakukan dua perkara ini. Hendak menafaatkan wasilah ini, hasil tunjuk ajar guru dia dapat mujahadah. Hendak berbuat tu gangguan banyak.

Sebab itu Tuhan senaraikan wasilah lepas itu jihad. Wajahidu fisabilihi. Jadi kalau wasilah itu kita faham dan kita hayati selain untuk jayakannya menggunakan jihad – mujahadah, mujahadah ke luar dan ke dalam dengan ilmu, dengan faham, dengan pimpinan, dengan mujahadah maka apa kata Tuhan la’alakum tuflihun – moga-moga kamu mendapat kemenangan dunia dan akhirat.

Itupun Tuhan baru kata moga-moga, masih khuatir tak confirm. Padahal Tuhan sudah tunjukkan jalan. Sudah faham jalan tapi moga-moga saja engkau mendapat kemenangan. Ertinya di situ ada rahsia. Mungkin di hujung-hujung ada kebimbangan. Sebab syaitan akan buru kita hingga mati. Takut di hujung waktu sakaratul maut failed, terkandas. Sebab itu Tuhan berkata moga-moga engkau mendapat kemenangan. Masih khawatir lagi Allah. Syaitan tunggu. Walaupun di perjalanan dia tak dapat tipu tapi dia tunggu di hujung. Begitu berdendamnya syaitan. Kalau waktu nazak dia dapat sudah tak sempat taubat. Kalau dalam perjalanan masih ada peluang bertaubat. Kalau kita fikirkan ini cemasnya menghadapi kematian. Bukan soal azab tapi takut-takut kita failed last minute. Sebab itu kalau orang fikir mati hilang selera untuk buat maksiat.

Jadi taqwa itu penting yaitu semua mahmudah-mahmudah yang dikehendaki tak perlu saya sebut lagi. Rupanya hendak memiliki sifat taqwa bukan hanya sifat takut saja, tak cukup. Nak memiliki sifat taqwa yang di dalamnya ada berbagai-bagai sifat mahmudah mesti ada wasilah. Wasilah ada dua yaitu guru dan tarikat atau amalan kita samada bentuk hablumminallah dan hablumminannas. Termasuklah nasyid-nasyid. Untuk menjayakan wasilah perlunya jihad, mujahadatun nafsu terhadap musuh luar tapi yang utama musuh dalam yaitu nafsu dan syaitan yang sangat bahaya. Lebih bahaya daripada musuh-musuh luar.

Jadi kalau kita faham erti taqwa, ada ilmunya, dihayati, ada guru yang membawa kita serta kita gunakan tenaga jihad melalui mujahadah kita insya Allah kita akan dapat kemenangan demi kemenangan dunia dan akhirat.

Saya rasa sudah sampai matlamatnya. Setakat ini sudah boleh faham, tak perlu panjang-panjang, kalau panjang-panjang takut banyak tercicir nanti. Cukup setakat itu, terimakasih kepada Tuhan kerana memberi kita ilmu pada pagi ini. Hingga saya dapat sampaikan sedikit sebanyak untuk panduan hidup kita. Hingga kita dapat kemenangan dunia dan akhirat, perlindungan dunia dan akhirat.

Sekian, ampun maaf kalau ada kekurangannya.


-dipetik drp kuliah seorang guru-
Moga Allah sentiasa merahmati guruku yg sangat besar jasanya ini.

Tuesday, 14 August 2012

SAKSIKAN SUASANA ROADSHOW EKSPO & JUALAN AMAL BARANGAN HALAL UNTUK SAHAM AKHIRAT

Salam hormat untuk semua, marilah kita saksikan apakah komen pengunjung dan YB yang merasmikan Program Roadshow Ekspo Jualan Amal, Makanan Halal untuk mendapatkan Saham Akhirat, yang Penaja Utamanya ialah Global Ikhwan Sdn Bhd...

Ramai yang memberi komen positif dengan menyatakan bahawa usaha-usaha murni ini perlu diteruskan, makanan Halal sangat perlu untuk membentuk hati yang bersih...

Ditambah lagi, pengunjung terhibur dengan persembahan daripada kumpulan Generasi Harapan, hiburan yang tidak melalaikan tetapi membawa manusia untuk merasa hamba dan terasa perlu untuk memperjuangkan Allah dan Rasul dalam seluruh aspek kehidupan.




Marilah dan saksikanlah....dan jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke tapak Ekspo kerana Roadshow akan diteruskan lagi ke utara pula selepas ini insya Allah.

Ekspo di Seremban2 -Part 1

Ekspo di Seremban2 -Part 2

Sekian.

Monday, 13 August 2012

SEMUA KITA TAK MAHU TAPI...BAGAIMANA JIKA AKU....DIMAKAMKAN HARI INI??!!

SEBUAH RENUNGAN, YANG PATUT DI AMBIL BERAT....mungkin itulah kata-kata yang diucapkan oleh mereka yang pergi meninggalkan kita ke alam yang kekal abadi...tapi bagaimana pula kalau ia benar-benar berlaku kepada diri kita tanpa kita rela, atau bersedia....Ohhh tidak sanggup rasanya....belum lagi rasanya mampu untuk kekal di alam sana....persiapan masih terlalu kurang......

Jika kurenung-renung, Puasa kali ini agak berlainan dengan puasa-puasa tahun-tahun lepas. puasa kali inilah begitu ramai yang bertemu kembali dengan pencipta yg Esa sama ada saudara atau rakan seperjuangan, pergi mengadap atau dipanggil semula ke kampung asal setelah diizinkan bermukin secara sementara di kampung dunia..


JIKA AKU....DIMAKAMKAN HARI INI

Aku mati...
Perlahan tubuhku ditutup tanah. 

Perlahan….
semua pergi meninggalkanku. 
Masih terdengar jelas langkah-langkah terakhir mereka,

Aku sendirian....
di tempat gelap yang tak pernah terbayang,
Sendiri...
menunggu pertanyaan malaikat.

Belahan hati,
belahan jiwa pun pergi.

Apa lagi sekadar kawan dekat atau orang lain.
Aku bukan siapa-siapa lagi bagi mereka. 

Sanak keluarga menangis,
sangat pedih,
aku pun demikian,
tak kalah sedih. 

Tetapi aku tetap sendiri,
di sini...
menunggu perhitungan. 
Menyesal sudah tak mungkin.
Taubat tak lagi dianggap
dan maaf pun tak bakal didengar, 

Aku benar-benar harus sendiri... 

Ya ALLAH...
jika Engkau beri aku satu lagi kesempatan,
jika Engkau pinjamkan lagi beberapa hari milikMU,
Untuk aku perbaiki diriku, 

Aku ingin memohon maaf pada mereka,
yang selama ini telah merasakan zalimku,
yang selama ini sengsara kerana aku,
tersakiti kerana aku, 

Aku akan kembalikan jika ada harta kotor ini
yg telah kukumpulkan,
yg bahkan kumakan.. 

Ya ALLAH....
Beri lagi aku beberapa hari milik-Mu,
Untuk berbakti kepada ayah dan ibu tercinta.
Teringat kata-kata kasar dan keras yang menyakitkan hati mereka,

Maafkan aku ayah dan ibu...
mengapa tak kusedari betapa besar kasih sayangmu,….  

Beri juga ya ALLAH...
aku waktu untuk berkumpul dengan keluargaku,
menyenangkan saudara- saudaraku….. 

Untuk sungguh-sungguh beramal soleh.
Aku sungguh ingin bersujud 
di hadap-Mu lebih lama lagi…..

Begitu menyesal diri ini…..
Kesenangan yg pernah kuraih dulu,
tak ada ertinya sama sekali 

Mengapa kusia-siakan saja waktu hidup yang hanya sekali itu?
Andai aku mampu kembalikan waktu itu

Tapi aku dimakamkan hari ini...          
dan semua menjadi tak termaafkan                                    
dan semua menjadi terlambat
dan aku harus sendiri…..

Untuk waktu yang tak terbayangkan                        
sampai yaumul hisab dan dikumpulkan di padang mahsyar…

Ya RAB...
sampaikan salamku untuk sahabatku                                        
yg selalu mengingatkan ku
akan hari terakhirku di dunia

Sesungguhnya...                           
sahabat yang terbaik iaitu...
sahabat yang mengingatkan tentang kematian...
(Dipetik dr anjangmuor)

Friday, 10 August 2012

MEMBINA SERIKANDI DAN BIDADARI PADA DIRI SETIAP ISTERI


Salam sejahtera, cepatnya Ramadhan bakal melabuhkan tirainya... moga moga masih ada ruang untuk kita sama-sama membaiki segala kepincangan dan kekurangan dalam kehidupan berumahtangga, rumahtangga Islam seperti yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul.. Ia sememangnya ada disiplin, panduan dan ilmu-ilmu khusus..

"Bacalah dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Pemurah...yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" : Al-'Alaq (3-5)

Selamat membaca, moga ia dapat memberi manfaat untuk diamalkan..

MEMBINA SERIKANDI DAN BIDADARI
PADA DIRI SETIAP ISTERI

BAB 1

Allah dan Rasul menghendaki para wanita dapat mnjadi isteri  solehah. Bahkan sebaik-baik perhiasan itu Rasulullah kata ialah isteri solehah. Siapakah isteri solehah itu? Yakni isteri yang dapat  menjadi serikandi dan bidadari serentak, dalam masa yang sama dan pada diri yang sama.  Boleh melayan suami dan melakukan kewajipannya dalam perjuangan.

Sebagai bidadari suami, dia berusaha untuk taat, khidmat dan menghiburkan suami dalam semua keadaan. Walau isteri dalam keadaan sakit dia bangun berusaha nak hiburkan suaminya. Kalaulah dia sakit hingga membawa mati, dia boleh dapat mati syahid kerana berkhidmat kepada suami. Isteri zaman sekarang kalau pening kepala sikit pun dah kurang layan suami nya. Sebagai suami memang simpati dan boleh memaafkan istri sakit pening kepala. Tapi selaku istri mesti berusaha buat yang terbaik. Kalau dapat diusahakan masyaAllah, itu sangat disukai Allah dan Rasul.

Tuhan tawarkan lelaki untuk mati syahid di medan juang. Wanita pula tidak ada tawaran begitu. Tapi wanita diminta hanya memberi sepenuh ketaatan dan khidmat kepada suami. Kalau isteri boleh lakukan begini, maka suami akan dapat  rasakan sudah ada bidadari dalam hidup nya.

Dulu kita tidak faham begini, sebab itu para isteri banyak gagal dalam melayan suami. Bila Rasulullah bagi panduan ini barulah kita faham bahwa  di rumah tidak boleh ada serikandi sahaja. Rupanya peranan serikandi berjuang kena selari dengan peranan bidadari. Pakejnya kena lengkap, yakni adanya peranan serikandi yang dilengkapkan dengan peranan bidadari pada dirinya. Bukan asing-asing, bukan pada dua orang, tapi pada seorang isteri. Setiap isteri itu kena jadi bidadari dan serikandi dalam dirinya sekaligus.

Bahkan  ada hadis, Rasulullah bersabda kalaulah Tuhan izinkan ada makhluk boleh sembah makhluk lain nescaya Rasulullah perintahkan istri sujud kepada suaminya. Ertinya peranan isteri sebagai  bidadari yang taat, khidmat dan menghiburkan.

BAB 2

suami itu sgt penting. Namun tidaklah sampai membuatkan wanita itu jadi jumud dan tidak ada peranan dalam perjuangan. Kerana ketaatan kpd suami itu tidak hanya setakat pd suami. Suami yang pejuang akan salurkan ketaatan isteri itu untuk Islam. Bukan untuk peribadinya semata-mata.

Inilah yang Rasulullah lakukan kepada para isterinya. Baginda mendidik isteri-isterinya sangat taat padanya hingga sanggup berbuat apa sahaja untuk Rasulullah dan perjuangannya. Lihatnya apa kata Sayidatina Khadijah sebaik saja dia  berkahwin dengan pemuda Muhammad, "bermula sekarang saya adalah hamba Tuan, seluruh harta saya adalah milik Tuan, saya juga milik Tuan, dan saya menunggu perintah Tuan". Dan apa pula kata Sayidatina Khadijah ketika menjelang wafatnya, "Wahai Rasulullah, jika saya mati dan tulang belulang saya boleh dijual utk perjuangan Islam maka juallah." MasyaAllah mulianya hati Sayidatina Khadijah, berjuang dan berkorban habis-habisan untuk Islam, hingga tulang-belulangnya pun minta dikorbankan.

Terima kasih Ya Allah Ya Rasulallah,  kerana mengajar, memahamkan, mendidik dan mengasuh para suami dan para isteri hingga faham bahwa seorang isteri itu wajib dan memang boleh berperanan menjadi serikandi dan bidadari serentak dalam satu masa pada diri satu orang.

Selama ini apa yang para suami dan para isteri faham, peranan serikandi dan bidadari itu untuk orang berlainan. Maka  isteri yang aktif berjuang di luar rumah   lebih  berwatak sebagai serikandi dan senantiasa sebagai serikandi hatta di bilik tidur suami sekalipun. Perbualan, perlakuan, panggilan semuanya hanyalah perjuangan, perjuangan dan perjuangan. Bagaimana menyelesaikan masalah ini itu, dan lain-lain hingga privasi dan romantika suami sebagai pemimpin rumah tangga dan isteri sebagai bidadari hampir dilupakan.

Kesibukan perjuangan telah membuat suami-isteri itu tidak pandai mengimbangkan. Adakalanya setelah lama berpisah, sebelum bertemu suami dan isteri ada keinginan untuk bermanja-manja satu sama lain.

BAB 3

Namun harapan-harapan indah itu kadang-kadang habis musnah, kerana sampai-sampai saja, berbual dengan suami yang bertindak sebagai bos atau majikan yang menunggu laporan kerja dari buruhnya. Muncul-muncul saja di depan suami, akan dihujani pertanyaan: apa perkembangan ? Bagaimana assignment ini dan itu.  Projek A, B  itu macamana?  Atau suami akan berceloteh sepanjang malam bercerita tentang perkembangan perjuangan dia. Si isteri pula sibuk buat laporan tentang kerja perjuangannya di luar rumah. Sedikit sekali waktu dan perhatian untuk perasaan dan  peribadi suami dan isteri yang sama-sama berwatak pejuang.

Bila peranan serikandi saja yang menonjol, maka di luar, di dalam rumah, hatta di bilik tidur pun, perbualan, pemikiran hanya berkisar soal aktiviti perjuangan. Corak hidup sentiasa dalam genderang perang, hingga seni-seni berkhidmat dan menghiburkan suami agak diabaikan.

Kerana tradisi ini saja yang disuburkan, maka wanita pejuang itu berfikir  memang beginilah kehidupan suami-isteri pejuang. Pada mulanya, wanita itu mungkin juga sangat menderita dengan budaya hidup begini, namun lama-lama dia akan terbiasa begini. Perkawinan yang begitu keras, hambar, tidak ada seni-seni keindahan antara suami-isteri. Tidak seimbang antara watak serikandi dan bidadari itu akhirnya menjadi kebiasaan.

Keadaan  perkawinan yang lebih bercorak serikandi pejuang itu terus berpanjangan, hingga akhirnya tertanam dalam fikiran dan perasaan, mungkin memang beginilah nasib suami-isteri pejuang. Si isteri serikandi akhirnya melupakan saja seni-seni taat dan khidmat pada diri suami itu karena diri ini telah diletakkan sebagai isteri yang berperanan sebagai serikandi, sebagai kawan seperjuangan suami. Dia akan lebih serius berfikir bagaimana membantu perjuangan suami di luar rumah.

Inilah yang diderita oleh para pemimpin dunia hari ini. Suami sibuk berpolitik, isteri pula sibuk berpersatuan. Awalnya suami yang suruh isteri bergelanggang dalam masyarakat,

BAB 4

konon untuk membina pengaruh suami. Konon isteri sebagai senjata perjuangan. Tapi akhirnya senjata makan tuan. Isteri yang dibina sebagai serikandi, sayap kiri perjuangan lama-lama  menjadi asik berpersatuan, tidak ada masa pula untuk taat, khidmat dan hiburkan suami. Suami balik rumah penat, kadang-kadang isteri pun belum balik dari berpersatuan. Kalau balik pun dah sama-sama penat. Tak peliklah ramai pemimpin dunia yang sanggup cari pelacur untuk mendapat hiburan, kerana isteri sudah tidak mahu melayan dan menghiburnya setiap diperlukan.

Dimana-mana budaya ini terjadi, si isteri akhirnya terbiasa dengan kehidupan begini, menjadi sayap kiri perjuangan suami, menjadi serikandi yang membantu perjuangan suami khususnya perjuangan di luar rumah. Betapalah kalau dia juga membantu urusan suami dalam hal ekonomi, dakwah, politik, sebagai pemimpin masyarakat dan lain-lain kerja yang banyaknya di luar rumah. Yang suami pula walaupun dia ingin isterinya juga bagai bidadari, tetapi kalau diganggu peranan srikandinya itu, bimbang pula isteri akan merosot perjuangannya. Sebab itu, bila isteri minta izin keluar, walaupun sebenarnya suami masih menginginkan khidmat isterinya itu, maka dia dengan berat hati mengizinkan. Atau bila dilihat isterinya keletihan setelah penat berjuang di luar rumah, maka suami pun dengan terpaksa bersabar walaupun sebenarnya dia sedang memerlukan khidmat isterinya itu. Yang tak mampu sabar, mencari hiburan lain, walaupun maksiat.

Apa yang berlaku akhirnya suami makan hati dan berulam jantung dengan isteri serikandinya ini. Bagi suami yang berpoligami, maka akan buat spesialisasi, ada isteri yang dibina menjadi serikandi, ada pula isteri yang dibina menjadi bidadari. Isteri yang serikandi dibina untuk membantu perjuangan di luar, urusan bisnes, urusan dakwah dan kepimpinannya. Yang bidadari pula mengurus hal-hal peribadinya, makan-minumnya, pakaiannya, sakit-sakit badannya dan lain-lain hal privasi suami.

Biasa kita dengar ungkapan suami:

BAB 5

“biarlah ada yang pergi perang, ada yang jadi jururawat, ada yang bantu kerja perjuangan suami, ada yang urus hal peribadi suami, tak payahlah berebut-rebut"

Ungkapan ini sepertinya logik, namun boleh membuat isteri-isteri itu menjadi rosak. Ada yang terlebih serikandi, ada yang terlebih bidadari. Tidak menjadi bidadari dan serikandi pada waktu yang sama dan pada diri orang yang sama.

Isteri yang serikandi, dia juga wanita yang punya perasaan, walaupun mungkin lebih menonjol dalam hal pemikiran dan perjuangan. Apabila pemikiran dan kerja perjuangannya saja yang dibina, akibatnya dia menjadi pejuang yang kasar, keras dan garang. Menjadi masalah kepada suami dan kepada masyarakat umum. Menjadi isteri yang pandai berdikari tapi kasar dengan suami, garang kepada anak buah dan masyarakat umum. Tidak pula menjadi serikandi seperti yang dikehendaki Islam.

Sebaliknya pula, isteri lain yang diharap suami menjadi spesialis bidadari atau jururawat pribadi suami juga akan terasa kekurangan dari sudut perjuangan. Apabila jiwa juangnya lemah maka dia juga  akan menjadi masalah kepada suami dan masyarakat. Menjadi isteri yang asik nak berkepit dan bergantung dengan suami, lalu mengikat dan menyusahkan suami. Tidak pula menjadi bidadari seperti yang dikehendaki Islam.

Dua-duanya  tidak menguntungkan suami, bahkan merugikan Islam. Malah menyusahkan dan menjadi masalah kepada perjuangan. Betullah Abuya kata, isteri kalau tidak dididik dengan Tuhan, di rumah rosak, di luar rumah pun rosak. Sedangkan bila dididik dengan betul, seorang isteri akan menjadi taat pada suami dan cinta pula kepada Islam. Jadilah mereka bidadari dan serikandi dalam waktu yang sama pada diri yang sama.

Alangkah indahnya kalau suami dan isteri mempunyai kefahaman dan perasaan yang sama dalam mewujudkan keluarga bahagia ini. Suami berwibawa dan bertanggungjawab, isteri-isteri pula dididik untuk menjadi serikandi dan bidadari secara serentak. Di rumah dia bidadari, di jalanan dia kawan,

BAB 6

apabila suami buntu fikiran, si isteri memberi semangat dan dorongan.  Tidak ada pengkhususan antara setiap isteri. Masing-masing wajib berusaha untuk menjadi bidadari dan serikandi Islam.

Terima kasih Ya Allah Ya Rasulallah, kerana telah memberi kefahaman ini, telah menyelamatkan jiwa para suami dan isteri. Semoga kefahaman ini dapat  diamalkan.

Terima kasih juga buat mursyidku, tanpa guru yang juga wasilah masakan kita memperolehi ilmu-ilmu yang sebegini tinggi.