Translate

Wednesday, 9 May 2012

SEJARAH KEMENANGAN

( SEBUAH PERKONGSIAN DARIPADA GROUP 'SEIA-SEKATA')


Apa yang sudah berlaku di dalam sejarah, kemenangan yang Tuhan berikan kepada golongan yang benar yang tidak logik, bahkan tidak terfikirkan untuk menang, kemenangan yang tidak logik itulah yang menjadi kenyataan. Mari kita lihat beberapa contoh dalam sejarah untuk dijadikan pengetahuan dan iktibar.


1. Nabi Noh AS berjaya dan menang terhadap musuhnya di atas gunung, Tuhan datangkan bah sehingga musuh-musuhnya telah musnah.


2. Nabi Ibrahim AS selepas dibakar di dalam api, dia tidak mati. Selepas itu golongan musuh yang kalah dan kalahnya dengan cara yang tidak munasabah iaitu dengan seekor nyamuk yang kecil mereka musnah.


3. Nabi Musa AS menang ke atas Firaun, mereka sama-sama terjun ke laut. Firaun dan orangnya mati, Nabi Musa AS dan pengikutnya selamat. Ertinya Firaun dan orang-orangnya kalah dan Nabi Musa AS serta pengikutnya diberi kemengan oleh Allah.


4. Rasulullah SAW dan tenteranya di dalam peperangan Badar. Rasulullah SAW bersama tenteranya menang, musuh kalah. Kekalahan musuh itu adalah tidak munasabah sebab bilangan mereka seribu orang, tentera Rasulullah 313 orang. Tentera musuh 700 berkuda sedangkan tentera Rasulullah hanya dua kuda.


5. Tariq Ibnu Ziyad bersama tentera lima ribu orang berjaya menawan Sepanyol, itu adalah tidak munasabah sebab tentera musuh lima puluh ribu orang. Tentera Allah hanya lima ribu orang. Sudahlah begitu, kapal-kapal tentera Islam telah dimusnahkan. Kemenangan tentera Islam tidak munasabah.


6. Tentera Muhammad Al Fateh hanya lima ribu orang, mereka berhadapan dengan tentera musuh berjumlah lima puluh ribu orang. Adalah tidak munasabah tentera Muhammad Al Fateh menang dan  tentera musuh kalah. Ini semua dicatat dalam sejarah, menjadi bukti sejarah yang tidak boleh disanggah.




Di akhir zaman ini, setelah kejatuhan dan kehancuran empayar Islam sejak beberapa lama,  kemenangan pasti memihak kepada Islam kembali.


Maksud Hadis: Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya : “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Akupun bertanya : “Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”. Beliau menjawab :
 “Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetepi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”


Begitulah kemenangan umat Islam di akhir zaman, Islam akan menguasai dunia kali kedua adalah sesuatu yang tidak munasabah. Sebelum peristiwa kebangkitan kali kedua ini terjadi, kita sampaikan ceritanya terlebih dahulu namun ditertawakan oleh ramai manusia terutama orang-orang akal. Tetapi ia akan menjadi kenyataan, iaitu kemenangan itu diberi kepada pengikut Putra Bani Tamim, Ikhwan dan Asoib ini adalah tidak munasabah. Pengikutnya tidak ramai. Dalam pusingan pertama pengikutnya berkecai. Kemenangan yang diberi tidak melalui peperangan, tidak melalui sistem demokrasi, tidak melalui sistem pilihanraya. Dunia akan hairan dan tercengang-cengang, di waktu itu hanya serahan yang berlaku oleh pihak berkuasa. Peristiwa yang dinantikan ini akan menjadi lebih-lebih lagi menakjubkan kerana nampak sangat kehebatan dan kuasa Tuhan.
............................................


Janji Tuhan Untuk Umat Akhir Zaman


Mengikut keterangan Hadis


Kegemilangan Islam kali kedua di akhir zaman


Tapaknya adalah perjuangan dan jemaah yang diteraju oleh Ikhwan


Begitulah jawapan yang diberi oleh Rasul akhir zaman kepada para Sahabat Ridwanullahu'alaihim


Pemimpinnya adalah Pemuda Bani Tamim Mujaddid akhir zaman


Para-para Sahabat sangat iri hati mendengar keterangannya


Ada yang berdoa agar umur panjang


Ia bermula dari Timur


Kemuncaknya adalah berpusat di Makkatul Mukarramah, pusat pentadbiran


Jemaah Ikhwan ini adalah bayangan jemaah Sahabat di zaman silam


Bilangan mereka sedikit tapi solid


Ikhwan bermaksud pejuang-pejuang yang menjadikan Tuhan kawan


Juga Ikhwan di antara satu sama lain sebagai persaudaraan


Mereka Ruhbanu Billail wa Fursanun fin Nahar


Malam jadi abid, siang menjadi pejuang


Mereka di antara satu sama lain seperti satu ibu dan satu ayah yang penyayang


Rupanya setiap kemenangan yang akan diperolehi oleh umat Islam di setiap zaman


Pejuangnya sudah dibayang


Macamlah kemenangan Muhammad Al Fateh


Bersama pejuang-pejuangnya ke atas Konstantinopel


Ciri-cirinya telah dibayangkan


Iaitu pemimpin yang baik, tentera yang baik, rakyat yang baik di zamannya


Setelah ciri-ciri ini wujud dengan sempurna diberilah kemenangan


Begitulah kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman


Bila ciri-cirinya wujud di dalam jemaah pejuang-pejuangnya


Tuhan akan memberi kemenangan


Ia pasti berlaku kerana itu adalah janji Tuhan


Mana-mana jemaah Islam akhir zaman di Timur dapat mengisi ciri yang telah digambarkan


Itulah dia jemaah Ikhwan


Kepada tangan mereka itulah yang akan diberi kemenangan


Selain jemaah ini semuanya kecundang


Marilah kita membaiki diri bersungguh-sungguh


Agar ciri-ciri sempurna untuk kemenangan


-Asz PBT-
Selepas Asar
13.9.99

No comments:

Post a Comment