(Petikan daripada Buletin Nur Muhammad)
Ainul Mardhiah – Bidadari Syurga
‘Ainul Mardhiah’ merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan semua bidadari Syurga. Suatu pagi dalam bulan Ramadhan, ketika Rasulullah SAW sedang memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah), baginda telah berkata:
” Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan para bidadari-Syurga yang bernama ‘Ainul Mardhiah’”
Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat hendak mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para Sahabat yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yang mahu keluar berjihad.
Sebelum Zohor, mengikut sunnah nabi, baginda akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.
Di dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi sedang berada di suatu tempat yang sungguh indah. Beliu bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu beliau bertanya,
” Di manakah saya berada sekarang?”
Lalu lelaki itu menjawab,
“Inilah Syurga.”
Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah, lalu beliau ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan sehingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah beliau melihat kecantikan sebegitu di dunia ini.
Beliau memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,” Adakah saudari Ainul Mardhiah”?
Wanita itu menjawab, “Eh! Tidak, saya adalah khadamnya,
Ainul Mardhiah sedang berada di atas singgahsana di dalam sana”.
Ainul Mardhiah sedang berada di atas singgahsana di dalam sana”.
Lalu Sahabat tadi berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai. Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya,
“Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”
Wanita itu menjawab,
” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di dalam mahligai di atas sana.”
Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikannya amat mengagumkan.
Akhirnya beliau sampai ke suatu mahligai dan beliau bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tidak pernah dilihatnya di dunia ini.
Wanita itu berkata,
” Sayalah Ainul Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya”
Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab,
” Eh, tunggu dulu, saudara belum syahid lagi!”.
Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kepada seorang Sahabat lain, namun begitu beliau berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Rasulullah SAW. Andainya beliau syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi.
Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka rakan Sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi dan menceritakan perihal Sahabat Nabi yang syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya Rasululah SAW berkata,
“Memang benar cerita sahabat kamu itu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga….”
No comments:
Post a Comment