Translate

Monday, 28 May 2012

SIAPA YANG BOLEH MENGENALI DAJJAL?

Apa yang sangat menarik tentang artikel atau cerita di bawah adalah kerana ia ada kena mengena dengan akhir zaman.  Dan ia juga antara berita atau isu sensasi jika diperkatakan di Malaysia...??!! saya tidak mahu menokok atau menambah, cuma para pembaca sudilah membaca dan menilainya kerana setiap hamba Allah itu sudah diberi peluang oleh Allah swt untuk memahami , mengkaji, mempelajari dan  mengamal dan kita didatangkan ke dunia ini hanyalah untuk hidup sementara...juga kita akan dan sentiasa diuji untuk dipastikan sama ada lulus atau tidak peperiksaan di dunia ini, kita ada matlamat hakiki yang nak dituju yang JAUH LEBIH BESAR DAN HEBAT...bukan mengejar hal-hal keduniaan YANG NILAINYA SANGAT KECIL JIKA NAK DINISBAHKAN DENGAN HAL AKHIRAT, kalau tak masakan Rasulullah saw begitu memperingatkan umat baginda tentang FITNAH DAJJAL DAN HAL-HAL YANG BERKAITAN AKHIRAT....selamat membaca, menilai dan bertindaklah, berubahlah gaya hidup semoga kita diberi hidayah oleh Allah swt untuk memahami akan sesuatu kebenaran...

ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB KITA, MELAINKAN KITA SENDIRI YANG MEMILIH JALAN UNTUK BERUBAH DAN BERUBAH CARA BERFIKIR DARI KACAMATA YANG BERBEZA, JANGAN SALAHKAN ALLAH JKA KITA SENDIRI YANG TERSALAH MEMBUAT PILIHAN ATAU ANDAIAN !!!


Siapa Yang Boleh Mengenali Dajjal?


Rasulullah SAW memberi hadith yang banyak sekali tentang Dajjal sebelum baginda wafat. Antara hadith yang masyur ialah yang berkaitan dengan bentuk-bentuk fizikal Dajjal dari hujung rambut hinggalah hujung kaki. Baginda sendiri mengakui dalam suatu hadith yang berbunyi

"Tiada nabi selain diriku yang mengetahui lebih banyak tentang Dajjal."

Ini bermakna, Rasulullah diperlihatkan Allah akan rupa sebenarnya Dajjal itu. Saya percaya Dajjal berselindung disebalik rupa yang palsu sekarang ini atau ketika ia muncul. Jika Dajjal itu mudah dilihat dan dikenali, tidak perlu sebegitu banyak hadith untuk menerangkan tentang Dajjal. Cukuplah sekadar 4 atau 5 hadith.

Berbalik kepada persoalan tadi, "Siapa yang boleh mengenali Dajjal?", saya dengan yakin (InsyaAllah) ingin mengatakan orang yang mampu mengenalinya ialah:

"Ahli Tasawuf atau Ahli Sufi"

Siapa ahli Tasawuf / Sufi ?

Ahli tasawuf merupakan muslim yang menjadi kekasih Allah, sentiasa mendapat keberkatan Allah, dan juga sentiasa dimakbulkan doanya oleh Allah. Ahli tasawuf adalah orang yang dicintai Allah, kecintaan Allah terhadap golongan ini sehingga Allah berkenan menganugerahkan mereka pancaindera yang keenam iaitu membaca hati dan melihat perkara yang dihijab Allah.

Contoh terdekat yang boleh diambil kira ialah Wali Songo yang terdapat di Indonesia suatu ketika dahulu. Pada zaman sekarang, terdapat juga golongan yang mengamalkan tasawuf dan kebanyakannya berada di Kelantan (Malaysia) dan Selatan Thai (Thailand).

Terdapat juga seorang mudir yang dipercayai mencapai taraf wali iaitu Mudir bagi sebuah Pondok pengajian di Pengkalan Hulu, Perak. Beliau dikenali sebagai Pak Teh dan masih hidup sekarang.

Apakah Kelebihan Ilmu Tasawuf?

Kelebihan yang tidak boleh disangkal ialah kebolehan membaca dan menilai hati seseorang tanpa perlu bercakap dengan orang tersebut. Yakni seseorang yang bertaraf wali (Kekasih Allah) itu mampu mengetahui bisikan hati kita dan apa yang kita niatkan di dalam hati.

Contoh terdekat ialah Allahyarham Hj Ahmad Badawi di Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau menubuhkan sebuah madrasah yang bernama Madrasatul Daeratul Maarifil Wataniah dan masih wujud sehingga sekarang. Beliau juga bapa kepada Perdana Menteri Malaysia.

Kewalian beliau (Ahmad Badawi) diakui oleh bekas-bekas pelajar madrasah tersebut. Menurut mereka, Hj Ahmad Badawi mampu membaca isi hati seseorang terutamanya pelajar-pelajar didikannya. Pernah suatu ketika apabila tiba waktu pendaftaran pelajar baru, beliau menghalau seorang pelajar kerana mengetahui niat sebenar pelajar tersebut.

Menurut bekas pelajar yang saya temui, rakan mereka (yang dihalau) itu bukan datang dengan niat untuk belajar tetapi datang dengan sebab 'terpaksa' dan 'dipaksa' oleh ibu bapa mereka. Bagi mengelakkan timbul masalah dikemudian hari, Hj Ahmad Badawi tidak membenarkan pelajar itu mendaftar.

Menurut mereka lagi, semasa sedang belajar, semua pelajar boleh mendengar hentakan kaki beliau dari jarak lebih 50 meter. Sedangkan tubuh badan beliau hanyalah kecil dan tidak mungkin tapak kakinya mampu mengeluarkan bunyi hentakan yang kuat sebegitu rupa seolah-olah badannya mempunyai berat melebihi 200kg.

Amalan Ilmu Tasawuf

Pengamalan ilmu-ilmu tasawuf boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira status keilmuan agama. Ilmu ini hanya mendampingi orang-orang yang tidak cintakan dunia dan rindu akan akhirat. Kecintaan ini tidak ditonjolkan melalu ucapan sahaja tetapi merangkumi seluruh gaya hidup individu tersebut.

Apakah itu Tasawuf

Islam itu terdiri daripada 3 tiang agama, yang pertamanya ialah Tauhid, kedua ialah Fekah dan ketiga ialah Tasawuf. Mana-mana muslim harus mempelajari Islam berdasarkan turutan ini, bermula dengan mengenali tuhan melalui ilmu Tauhid, kemudian ilmu sosial, fardhu ain dan syariah melalui Fekah. Dan akhir sekali mempelajari Tasawuf sebagai menjaga hati agar tidak tergoda dengan nafsu dunia.

Ilmu ini tidak boleh dipelajari secara teori sahaja walaupun terdapat banyak buku-buku di kedai yang membicarakan tentangnya. Ilmu ini juga tidak boleh dipelajari sendiri kerana bimbang hati akan mudah tertipu dengan helah syaitan.

Walaupun mata pelajaran Tasawuf ada diwujudkan di peringkat universiti sama ada dalam atau luar negara. Objektif pembelajaran ilmu tersebut hanyalah sekadar pendedahan dan maklumat bukannya pengamalan.

Untuk mengamalkan ilmu-ilmu Tasawuf, seseorang haruslah mendapatkan seorang guru yang benar-benar alim dan mursyid dalam ilmu ini. Perlu juga diselidiki latar belakang guru tersebut kerana terdapat juga dikalangan orang Islam yang mengambil kesempatan menerapkan ajaran-jaran sesat terhadap penuntut-penuntut mereka.

Ringkasan Pencapaian Ilmu Tasawuf

Di dalam bidang pendidikan sekular sekarang ini, kepandaian pendidikan diukur dengan meletakkan tahap-tahap anugerah akademik seperti berikut:

1.. Diploma (Dip)
2.. Ijazah dan Ijazah Lanjutan (Bec)
3.. Sarjana dan Sarjana Lanjutan (MA)
4.. Doktor Falsafah (PhD)

Pemegang status ke-4 akan dianggap supreme dalam bidang ilmunya. Segala apa yang dilihat, diucap, dikaji atau diputuskan akan lebih diambil kira oleh masyarakat mahupun pemerintah.

Dalam ilmu tasawuf, pengamalan ilmu-ilmunya mempunyai tahap-tahap yang hampir serupa dengan pendidikan sekular. Cuma penetapan untuk mengejar tahap tertinggi bukanlah bertujuan untuk mendapat jawatan dan nama dikalangan masyarakat, ianya lebih kepada mengejar status sebagai kekasih Allah tanpa pengetahuan orang ramai.

Berikut ialah tahap-tahap status pengamal ilmu tasawuf:

1.. Nafsu Lawwamah
2.. NAfsu Mutmainnah
3.. Nafsu Mardiah
4.. Insan Nur Kamil

Tahap tertinggi adalah nafsu yang dipunyai oleh para Nabi, sahabat, imam-imam mazhab dan ulama-ulama yang mursyid. Sekiranya tahap ini boleh dicapai, maka Allah akan mengurniakan keredhaan pada insan terssebut dan kebiasaannya menganugerahkan keramat-keramat yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Contohnya, Imam as-Syafie telah dianugerahkan Allah dapat melihat dosa-dosa yang berguguran daripada seseorang yang sedang mengambil wudhu'. Selain itu, beliau juga dapat melihat bagaimana syaitan-syaitan menggoda seseorang daripada melakukan ibadat.

Dajjal Takutkan Golongan Tasawuf

Dajjal sedar golongan ini adalah ahli ibadah, ahli zikir, ahli rohani yang tidak mudah terpdedaya dengan harta dunia. Dajjal tahu golongan ini dikurniakan Allah keistimewaan tertentu yang tiada pada manusia lain hatta ulama Tauhid atau ulama Fekah.

Keistimewaan pengamal Tasawuf ialah mereka dianugerahkan Allah untuk dapat membaca hati seseorang, melihat benda-benda ghaib, keramat, dan sebagainya. Dengan adanya individu-individu seprti ini, sudah pasti sukar untuk Dajjal berselindung disebalik rupa tiruan yang bakal dihasilkannya untuk muncul di tengah-tengah masyarakat.

Maka, sebagai langkah berjaga-jaga dan supaya proses kemunculannya (Dajjal) kelak berjalan lancar, doktrin-doktrin yang menghalang perkembangan ilmu ini perlu dijana terlebih dahulu. Tindakan mengecam pengamalan ilmu ini harus dilakukan dengan teliti dan terancang. Oleh itu, medium yang paling kukuh untuk digunakan ialah sarjana-sarjana agama uma Islam itu sendiri.

Proses Menghalang Amalan Tasawuf oleh Dajjal

Salah satu ibadah wajib bagi pengamal tasawuf ialah mengadakan majlis-majlis zikir seumpama yang diamalkan oleh kebanyakan tarekat. Ucapan zikir secara berjemaah sebanyaka beratus-ratus ribu sehari mampu mengubah hati dan menjernihkan roh seseorang itu.

Menurut Imam Habib Abdullah Haddad, kumpulan ahli Tarekat Tasawuf lebih suka memilih berzikir dengan mengangkat suara dan berkumpul beramai-ramai. Ini berdasarkan sebuah hadith yang bermaksud;

"Allah SWT sentiasa mengirim para Malaikat-Nya yang mengelilingi bumi untuk mengunjungi majlis-majlis zikir. Maka Allah berkata kepada para MalaikatNya: Saksikanlah bahawa Aku telah mengampuni mereka itu, dan Aku telah memberikan apa yang mereka pohonkan, dan Aku telah melindungi mereka dari apa yang mereka pohon perlindungan. ."

Maka cara Dajjal menghalang ibadah ini ialah dengan mengeksploitasi mazhab ciptaan Dajjal iaitu Wahabi. Telah saya terangkan sebelum ini akan keberkaitan Wahabi dan Freemason. Pendokong Wahabi mengharamkan majlis-majlis zikir, doa selepas solat jemaah, talqin dan tahlil. Semua itu dianggap bidaah.

Tiada ungkapan lain yang dipromosi oleh Wahabi melainkan BIDAAH, BIDAAH dan BIDAAH.

Ungkapan 'bidaah' di mulut-mulut ulama Wahabi adalah senjata Dajjal melalui bisikan jin-jin pendamping ulama'-ulama' tersebut. Dajjal tidak duduk bermesyuarat dengan ulama-ulama' ini. Cara terbaik adalah dengan menggunakan jin pendamping setiap ulama Wahabi tersebut.

(Persoalan jin pendamping atau qarin ini bolehlah dibaca pada buku Muhammad Isa Dawud yang bertajuk "Dialog Dengan Jin Islam", atau buku-buku karangan Dato' Ismail Kamus atau buku-buku Syeikh Muhammad Abduh al-Maghauri)

Adakah Proses Ini Berjaya?

Ya. kejayaan Dajjal dalam proses (strategi) ini berjaya lebih kurang 80 %. Umat Islam berjaya diyakinkan bahawa Tasawuf itu sesat dan Tarekat itu adalah ajaran sesat. Tambahan pula kebanyakan umat Islam yang berpandangan demikian langsung tidak pernah mempelajari tasawuf dan tarekat.

Sedangkan kedua-dua aspek tersebut saling melengkapi antara satu sama lain. Saya tidak mahu berbicara panjang apa itu tasawuf dan tarekat kerana ia salah satu cabang ilmu yang wajib dipelajari leh umat Islam khususnya bagi mereka yang belajar di Al-Azhar, Mesir.

Cara Mengenali Dajjal Adalah Dengan Mempelajari Tasawuf

Inilah cara paling berkesan untuk mengenali Dajjal. Seseorang itu boleh dikenali nilai kejahatan sebenarnya jika kita mempunyai ilmu pengesan gerak hati. Ilmu ini hanya terkandung dalam ajaran tasawuf bukannya Tauhid dan Fekah. Jika anda berjaya menghafal al-Quran sekalipun atau boleh mengingati 100,000 hadith, tapi jika tiada ilmu Tasawuf anda belum tentu dikira Muslim yang sempurna.

Bagaimana kita boleh mempelajari Tasaawuf dan Tarekat?

Teramat susah sebenarnya. Namun ilmu itu boleh didapati di mana-mana sahaja sekolah pondok di Malaysia, Selatan Thai atau pesantren-pesantren di Indonesia. Sebelum mempelajarinya, haruslah terlebih dahulu menjumpai tuan guru-tuan guru yang berpengalaman.

Orang yang mempunyai ilmu ini secara automatiknya musuh jelas bagi Dajjal. Saya percaya pengamal-pengamal Tasawuflah yang berfungsi menghebahkan identiti Dajjal ketika ia muncul kelak.

Kesimpulan

Adakah kita sedar sekarang bahawa pengajian agama sudah dipinggirkan oleh umat Islam sekarang. Pengajian sekolah-sekolah agama tulen sekarang banyak yang sudah dimodenkan sehingga tertinggal ilmu-ilmu diniyyah. Yang diutamakan hanyalah ilmu-ilmu akademik. Semua itu berlaku dengan alasan mengikut arus perkembangan zaman.

Seorang sahabat saya yang menjadi Pengetua salah sebuah Sekolah Menengah Agama pernah menyuarakan isi hatinya bahawa beliau kecewa pelajar-pelajar agama sekarang tidak lagi dihidangkan dengan ilmu-ilmu tasawuf. Ini kerana tasawuf tidak mempunyai buku teks, ia berupa amalan zikir. Namun beliau berusaha juga mengajar anak-anak muridnya tentang Tasawuf walaupun tanpa kebenaran pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

Wallau'alam.

P/S : Sama ada ilmu Tasawuf atau Tarekat itu sesat atau sebaliknya, ianya tidak perlu didebat dan dipersoalkan lagi. Orang yang mempertikaikan ilmu ini, sah seorang yang tidak pernah mempelajari ilmu agama atau langsung tidak mengetahui apa-apa. Kelompok yang mempertikaikan ilmu ini biasanya terpengaruh dengan berita-berita di akhbar tabloid seperti Kosmo dan Metro yang suka mensensasikan isu ajaran sesat dengan mengaitkannya dengan ajaran Tasawuf. Akibatnya ajaran Tasawuf mendapat reputasi buruk dari kacamata masyarakat.

oleh Ibnuyaacob




Petikan dari

Al fakir Hj.Zulkiflee

Peubatan Islam Nur Syifa`

Taman Sri Watan, Ampang






SETIAP MUKMIN PASTI DIUJI


                                     New post on Nur Muhammad Buletin

                                  Setiap Mukmin Pasti Diuji


Dunia ini adalah penjara bagi orang-orang mukmin. Dunia ini juga adalah tempat bala dan ujian. Kesenangan dan kehidupan yang hakiki adalah nun di akhirat sana Dunia ini hanyalah sementara, sebagai jambatan menuju alam yang kekal lagi abadi.

Alam yang tiada akhirnya sesudah mati. Alam bagi semua manusia mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya di atas muka bumi yang fana ini.

Kebaikan atau kejahatan walaupun sebesar zarrah tetap dihitung dan tetap menerima pembalasannya.
Maha Adilnya Allah, Tuhan semesta alam yang menciptakan kita dari tiada kepada ada. Tuhan tidak pernah memungkiri janji-janji-Nya. Tuhan yang tidak pernah mensia-siakan apa sahaja yang diciptakanNya. Walaupun ulat dalam batu tetap ada hikmah kejadiannya diciptakan. Lebih-lebih lagilah manusia yang Tuhan telah ciptakan sesempurna ciptaan, sesempurna anugerah yang diberikan, ada akal, ada hati, ada nafsu, ada perasaan, ada kemahuan, ada kehidupan, ada segala-galanya.

Besarnya nikmat Tuhan kapada makhluk ciptaanNya yang bernama manusia ini.
Akal diberikan supaya dapat membezakan mana yang baik mana yang buruk, supaya dapat membezakan antara manusia dengan binatang, nafsu diciptakan untuk dididik, diasuh, dijinakkan ke arah nafsu yang tenang lagi baik. Bukan nafsu yang jahat dan rakus.

Hati yang diciptakan menjadi perebutan antara para malaikat dan syaitan laknatullah. Beruntungnya bagi mereka yang dapat membersihkan hati yang bagaikan raja dalam diri dengan tepat sesuai kehendak Allah dan Rasulullah SAW.

Akal yang di bersihkan dari kekotoran Yahudi, kekotoran kapitalisme dan kekotoran isme-isme mampu membawa akal itu kepada fikiran-fikiran yang bersih dan bercahaya serta tepat dengan kehendak Allah dan Rasulullah.

Tuhan datangkan manusia ke dunia adalah untuk diuji. Jika mereka berjaya maka Syurgalah tempat kembalinya. Sebaliknya jika manusia gagal maka ke Nerakalah akhirnya, waliyazubillah.
Manusia yang paling hebat diuji adalah para rasul dan para Nabi, antara yang terhebat diuji lagi adalah para rasul yang Ulul Azmi. Setelah itu para sahabat, para shiddiqin, muqarrabin, wali-wali Allah, para mujaddid dan mujtahid juga para solihin dan orang-orang mukmin yang sejati.

Ujian ini merupakan peningkatan darjat dan penghapusan dosa bagi hamba-hamba yang beriman. Alangkah indahnya jika kita terhibur dengan ujian dan merasakan setiap ujian itu bukti kasih sayang Tuhan dan perhatian Tuhan pada kita selaku hamba-hambaNya.
Tuhan sangat rindukan rintihan dan tangisan dari hamba-hambaNya yang hatinya remuk redam, bahkan taubat dan tangisan hati dari hamba yang bertaubat dan rasa berdosa itu, lebih afdhal dari tasbih para wali Allah di sisi Tuhan.

Beruntungnya menjadi hamba Allah yang sentiasa digugurkan dosa-dosanya melalui ujian-ujian yang Allah datangkan kepadanya. Baginda Rasul pun suka dirinya diuji dengan kemiskinan dan kesusahan bahkan berdoa kepada Allah meminta dirinya dimasukkan ke dalam golongan orang-orang miskin.

Nabi Allah Ayub terhibur dengan ujian sakitnya hinggakan berulat kudis di tubuh badannya, nabi Allah Ibrahim terhibur dibakar dalam unggunan api yang sedang menyala dan membara oleh Namrud dan kuncu-kuncunya. Oleh kerana redhanya nabi Ibrahim dengan mehnah ujian ini maka Allah perintahkan kepada api:
"Wahai api, sejuklah engkau dan selamatkanlah nabi Ibrahim"
Mendengarkan perintah Tuhan, api yang taat dengan sifatnya yang membakar dan panas segera berubah menjadi sejuk dan menyelamatkan. 

Begitu juga nabi Allah Zakaria, sanggup digergaji kepalanya hingga terbelah dua, semata-mata terhibur dan bersedia dengan ujian dari Tuhan.


Nabi Allah Yunus sanggup ditelan ikan Nun dan redha berada dalam perut ikan nun selama 40 hari 40 malam. Bersuluklah dia di dalamnya, bertafakkur merintih bertaubat dalam kegelapan perut ikan Nun. Akhirnya Tuhan perintahkan ikan Nun memuntahkan nabi Allah Yunus dengan selamatnya. Beratnya seekor ikan Nun menanggung seorang nabi di dalam perutnya selama itu, terus ikan Nun mati terdampar setelah berjaya memuntahkan keluar nabi Yunus as.

Begitu juga hebatnya ujian Sohibul Azman baginda Rasulullah SAW, walaupun diuji dengan pelbagai ujian oleh musuh-musuh Allah, yang dari kalangan bapa saudaranya sendiri Abu Jahal dan Abu Lahab namun baginda tetap tabah dan terhibur dengan ujian tersebut.

Begitulah hati seorang nabi, sangat memaafkan musuh-musuhnya dan tidak berdendam pada sesiapa sahaja. Bahkan sewaktu baginda dibaling batu dan dihalau dari Taif, baginda menadah tangan dengan berkata,
"Ya Allah wahai Tuhanku, berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui."
MasyaAllah mulianya hati seorang nabi, dihina, dimaki hamun oleh kaumnya namun hatinya tetap dan terus mendoakan musuh-musuhnya.

Begitulah juga akhlak dan peribadi Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi, walaupun dihina dirinya dan perjuangannya disesatkan, diancam, dibubarkan dan macam-macam tohmahan lagi, namun Abuya tetap mendoakan musuh-musuh perjuangan agar mereka diberi hidayah oleh Tuhan. Di atas kebaikan akhlak baginda Rasulullah dan juga Abuya ini, Tuhan sendiri yang kemudian bertindak membalas kejahatan dan kekejaman musuh terhadap para kekasihnya. Benarlah Tuhan itu pembela kepada orang-orang yang bertaqwa.  Wallahu waliyyul muttaqin.

(Dari Tim Kementrian Yayasan Global Ikhwan – Zon Jawa1/Sumatra2)

Monday, 21 May 2012

GURAUAN YANG MEMBAWA PADAH---JANGAN SESEKALI MENIRU KELAKUAN SEBEGINI

Salam hormat kepada pembaca yang dihormati sekalian,

Jangan lah kita sesekali mempertaruhkan anak kita dengan sebarang gurauan menggunakan alatan  atau peralatan elektrik.  Bayangkanlah kalau mesin itu tidak berjaya dihentikan atau sabun dan air pun masuk di dalam mesin itu..... berputar dengan anak kecil itu...apa pandangan anda semua..!!!???



TAHUKAH ANDA APA ITU 'POWER KAABAH' YANG JARANG SEKALI DICUNGKIL RAHSIANYA


SAYANG SEKALI KITA SEMBAHYANG MENGADAP KE ARAH KAABAH, TETAPI ADA YANG MERAGUI AKAN POWER KAABAH??

SIAPA YANG MEMBUATKAN UMAT ISLAM TER'LENA' DARI MENGETAHUI AKAN 'KEHEBATAN DAN KEAJAIBAN' KAABAH??


INILAH Kisah Ka'abah yang tidak  DIKETAHUI UMUM SECARA KHUSUS...


Power Kaabah:

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi. Doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu. 


(INI LAH ANTARA SEBAHAGIAN DARIPADA POWER KAABAH YG LAHIR)

Thursday, 17 May 2012


Petikan dari - khaulahattamimizone.blogspot.com -
Baina Urdun wa Sa'udi

FRIDAY, APRIL 20, 2012

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu.
" Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan.
" Jommm...!" Semua mereka bersorak girang.

Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn..

Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh

Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5. Tahun depan nak UPSR. Semoga lulus cemerlang. Ok kelaut.
Sepanjang tahun-tahun itulah banyak aku belajar tentang adat bangsa arab ni. Haritu aku ada bagitau tentang depa ni yang sangatlah memuliakan tetamu. Memang itulah pun sebhagian dari adat mereka. Kadang tu baru jumpa tepi jalan,sembang-sembang terus ajak makan tengahari kat rumah. Hidang tu pulak punyalah semangat. Kalau kata nak mai 4orang,ayam kompem 2ekor. Ish la..kita kat Jerash 60 orang ayam 4ekor je. Macamanalah depa ni makan. Kita baru suap semulut dia dah kalut nak tambah nasi dalam pinggan kita. Sudahnya membukitlah makanan dalam pinggan. Lepastu semua jalan mendongak langit tak larat tunduk pasal perut dah nak meletup. Astaghfirullah..
Inilah contoh bukit itu(sori gambar hudoh)

Jadi selama kat Jordan tu kami sangatlah dimanjakan oleh kawan-kawan dengan layanan makanan sebegini rupa. Biasanya sepanjang Ramadhan kami tak gaduh nak masak untuk buka. Sebab setiap hari kawan-kawan dah booking nak jemput kerumah. Kita layan je. Tu yang sampai overweight. Ni salah depalah ni. Lagi-lagilah bila ada Qasr Lubnan ni ramai pekerja arab. Depa ni semua orang kampunglah kiranya. Lagilah suka menjamu. Setiap saat kami akan mengendeng nak makan tengahari/malam kat rumah depa. Sarapan tak best sebab takde nasi. Amboi demand!Tapi memang..berkat jamu makan macamnilah hubungan semakin akrab. Agaknya air tangan tuan rumah tu menambah berkat..

Oh..tapi sedih bila aku kat Saudi ni dah masuk tahun kedua berulang alik,bayangkan..sila bayangkan.. Belum satu rumah pun aku direzkikan untuk makan didalamnya. Adalah sekali tu. Dia call kata nak ajak makan kat rumah. Bila sampai dihidangnya air SAHAJA. Ok. Terpaksalah kami buat muka tak malu cakap lapar. Depa pun teruslah bagi roti dengan telur. Nasib baiklah dah macam keluarga jadi taklah malu sangat. Itu dah taraf macam keluarga,baru dapat roti dengan telur..huhu
Menyantap dirumah Majdi pekerja Qasr Lubnan(paling kiri)

Jadi setelah diselidiki rupanya itulah perbezaan adat diantara arab Jordan dan Saudi. Rakyat Jordan masih mengekalkan adat memuliakan tetamu yang sangat kuat diwarisi turun temurun. Watak bangsanya pun agak lebih lembut dari arab Saudi. Banyak hal depa boleh tolak ansur.  Sedangkan Saudi agaknya dikeranakan mereka ni ialah negara kaya,jadi adat tu dah hilang. Nak dapat kawan sorang pun cukup susah. Kalau belum betul-betul kenal rapat,takkan diajak kerumah. Mereka agak prejudis terhadap orang lain. Lihat saja di Saudi,dimana-mana ada polis yang mengekori. Check point disetiap sempadan antara negeri. Sangatlah curiga. Yang lebih mengesalkan ialah mereka agak tertutup bila terkait wanita ikut berperanan dalam masyarakat. Mati kutu jugak dibuatnya. Nak drive kereta tak boleh. Nak kerja dikedai pun tak boleh. Nak makan pun dikedai-kedai yang ada sediakan tempat perempuan je. Kalau tak,memang tak boleh masuk. Nak ambil duit kat bank pun kadang-kadang kena halau. Alahai..

Banyak lagi rasanya perbezaan diantara bangsa yang sama tapi lain negara ni. Sayang ye. Kenapa negara-negara arab yang sama bangsanya,bahasa,agama,tapi tak boleh nak bersatu macam Eropah. Padahal menyebut bangsa arab,semua akan tergambar islam sebagai agamanya.

Satukanlah kami atas nama islam Yaallah..
Mampu tak nak makan camni?

VIDEO - ANDAI KEKASIHMU BERSAMA KAMI


VIDEO NASYID - ' IKHWANKU' DARI MAWADDAH





WANGIAN ISTIMEWA EKSKLUSIF DARI MEKAH MADINAH











Ainul Mardhiah – Bidadari Syurga


 (Petikan daripada Buletin Nur Muhammad)

Ainul Mardhiah – Bidadari Syurga

Ainul Mardhiah – Bidadari Syurga

‘Ainul Mardhiah’ merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan semua bidadari Syurga. Suatu pagi dalam bulan Ramadhan, ketika Rasulullah SAW sedang memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah), baginda telah berkata:
” Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan para bidadari-Syurga yang bernama ‘Ainul Mardhiah’”
Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat hendak mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para Sahabat yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yang mahu keluar berjihad.
Sebelum  Zohor, mengikut sunnah nabi, baginda akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.
Di dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi sedang berada di suatu tempat yang sungguh indah. Beliu bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu beliau bertanya,
” Di manakah saya berada sekarang?”
Lalu lelaki itu menjawab,
“Inilah Syurga.”
Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah, lalu beliau ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan sehingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah beliau melihat kecantikan sebegitu di dunia ini.
Beliau memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,” Adakah saudari Ainul Mardhiah”?
Wanita itu menjawab, “Eh! Tidak, saya adalah khadamnya,
Ainul Mardhiah sedang berada di atas singgahsana di dalam sana”.
Lalu Sahabat tadi berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai. Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya,
“Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”
Wanita itu menjawab,
” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di dalam  mahligai di atas sana.”
Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikannya amat mengagumkan.
Akhirnya beliau sampai ke suatu mahligai dan beliau bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tidak pernah dilihatnya di dunia ini.
Wanita itu berkata,
” Sayalah Ainul Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya”
Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab,
” Eh, tunggu dulu, saudara belum syahid lagi!”.
Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kepada seorang Sahabat lain, namun begitu beliau berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Rasulullah SAW. Andainya beliau syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi.
Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka rakan Sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi dan menceritakan perihal Sahabat Nabi yang syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya Rasululah SAW berkata,
“Memang benar cerita sahabat kamu itu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga….”