Translate

Sunday, 14 December 2014

part 1:Jejak kembali ke Pulau Langkawi, Pulau Lagenda (6-9 Dec 2014)

Bismillahirrahmanirrahim,

Ya Allah, ya Rasulullah, Alhamdulillah, bersyukur ke hadratMu ya Allah, aku dan anak-anakku beserta suami serta ibuku dan kami 5 beradik beserta suami-isteri dan anak-anak masing-masing, direzekikan dalam permusafiran untuk melihat kebesaran Allah dan juga untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli keluarga yang sangat jarang berjumpa kerana tinggal berjauhan.

Kami bertolak pada 5 Dec, Jumaat selepas maghrib dari Kl, sampai di A Janggus pada pukul 2.30 pagi. Tiket feri untuk 6 hb , minta tolong Kak Miza di Kangar belikan, dapat jam 12.00 tengahari alhamdulillah. Adik beradik yang lain ada yang booking kul 10.30, 9.30 dan 4.30 petang. Ada yang naik di Kuala Perlis dan ada yang naik di Kuala Kedah, ada yang booking online pergi balik. Kalau nak booking awal, kena 20 orang satu kumpulan. Tiket boleh dibeli awal sehari sahaja di kaunter tiket. Tiket dari Kuala Kedah lebih mahal sedikit daripada naik di Kuala Perlis dan perjalanannya lebih lama. Kami naik dari Kuala Perlis.







Kami lima keluarga, hanya 3 yang menginap di satu rumah, aku dan adikku M, menginap, sekeluarga di hotel dan sekeluarga di kondo. Adikku booking awal, dia dapat menginap di De Baron Resort, aku booking agak lewat, dapat di kondo Sri Idaman.

6 dec, baru sampai di Jeti Kuah, Langkawi.

Pemandangan waktu malam dari balkoni mengadap ke  kolam renang di kondo Sri Idaman.


Sarapan pagi pada 8 dec, Isnin sebelum aktiviti island hopping



Kami tidak merancang dengan serius, hanya bincang-bincang sambil lalu, tapi kuasa Allahlah yang merencanakan supaya diizinkan kami semua 5 keluarga, tiada yang tertinggal walau bayi kecil yang berumur 4 bulan untuk turut serta dalam ekspedisi yang mengambil masa yang singkat dan padat.






Pemandangan sunset dari De Baron

Pada malam 6 hb, semua adik beradikku berkumpul dI kondo tempat aku menginap, kami adakan sedikit perbincangan keluarga kerana esoknya pada 7  hb dec. Kami akan melawat keluarga dan tempat yang sudah lama kami tidak jejaki. Adikku M sudah mengaturkan untuk bertemu dengan Pak Lang Mat, Haji Non dan seorang juruukur bertauliah.

Pada 7 hb dec, lebih kurang pukul 9 pagi, kami 5 beradik, aku, anak sulungku K, ibuku, adik-adikku M, B dan HH, menaiki van putih menuju ke Kuala Teriang. Orang yang pertama kami jumpa ialah Pak Lang Mat, kemudian HN, sebelum ni M hanya berhubung dengan mereka melalui telefon. Oleh kerana ada hal yang agak penting jadi kami sepakat, mana yang direzekikan untuk turun ke Langkawi, sambil bercuti, melawat, menjejak dan bertemu ahli keluarga di sana.

7 hb dec, Ahad di Kuala Teriang





Dalam permulaan perjalanan itu kami panjatkan doa keselamatan, moga Allah permudahkan segala urusan. Alhamdulillah, Kami telah berjumpa Ah Choo, penyewa tapak, juga penyewa tapak rumah tumpangan, yang buat bangsal tambahan. Kami sudah adakan perbincangan secara tak rasmi dengan mereka. Kami juga berjumpa tuan punya rumah di tapak rumah tumpangan, dengan jasa baik HN, dalam masa yang suntuk itu kami adakan sedikit perbincangan ringkas.

Kami juga ke rumah PL Mat, tak sangka kami jumpa keluarga kami di Langkawi, ramai lagi sanak saudara yang lain tak sempat kami nak ziarah kerana masa yang tidak mengizinkan, lain kali kami berharap, kami akan dapat sering ke sana.

Pada hari yang sama juga sebelum ke rumah, penyewa asal yang bina rumah tadi, yang rupanya seakan-akan Melayu, kami sempat ke Balai Polis Kuala Teriang dan pejabat tanah kerana ada hal yang perlu dilapor dan diuruskan.

Kami sempat juga singgah di rumah HN, maghrib di sana dan ziarah bapanya yang sudah uzur. Bapanya dan keluarganya sangat mesra dan baik hati, dia juga menceritakan tentang arwah bapa kami.  Terharu juga dengan pertemuan ringkas yang penuh erti itu. Moga Allah permudahkan lagi urusan kami dan mereka semua yang membantu kami.

Kemudian kami kembali ke tapak kedai di tepi jalan, ada 3 kedai yang dibina hampir 3 tahun yang lalu, kami juga adakan perbincangan ringkas secara tak rasmi.

Kami pulang ke tempat menginap masing-masing dalam keadaan keletihan yang teramat, fizikal dan mental. Dari pagi sampai ke malam, kerja yang biasanya dibuat dan diatur sebulan. Kami bersyukur kerana banyak hal sudah nampak jalan hasil semangat kerjasama adik beradik, keluarga dan jiran di sana serta adikku M yang banyak setkan appointment. Alhamdulillah..syukur tidak terhingga, walaupun penat, tapi rasa sangat berbaloi.

Esoknya 8 hb dec, secara tak dirancang, sebab mulanya ada yang nak, ada yang takut dan ada yang tak nak, tapi akhirnya semua bersetuju untuk naik bot , island hopping (perancangan Allah yang pasti berlaku). Kami keluar secara konvoi lebih kurang pukul 8.30 pagi untuk ke pantai Chenang, Kami 5 keluarga semua naik dua buah bot keliling 3 pulau. Jimat belanja banding kira ikut kepala. Jadi total semua rm500, rm100 untuk 1 keluarga. Aktiviti ni sangat mengujakan, aku mula-mula kecut perut sebab tak pernah naik bot laju, first time katakan.,, pastu masa mandi laut, belajar berenang, dah lupa teknik asas sebab jarang mandi-mandi ke laut atau kolam renang.  Akhir sekali kami ke tasik dayang bunting, seronok mandi di situ, pakai life jacket, tak berani mandi lama, airnya dalam, tak cecah kaki!!  Yang paling penat, naik tangga dan turun tangga sebelum sampai ke tasik DBunting.  Lenguh dan nak cramp kaki. Lebih kurang 15 minit naik dan turun tangga yang mencuram. Balik tu terus check out dalam pukul 1.40 pm..huh aktiviti fizikal yang lasak, memenatkan dan menghiburkan, hilang semua stress yang bertahun-tahun....kalau sesapa yang selalu stress laa...best sangat kena cuba baru tahu.

Kami kemudian tumpang rumah tumpangan adik2, depa 3 keluarga yang menyewa, kami 1 keluarga free ajalah, rumah tu ada 4 bilik, 1 bilik air! Kena q bilik air, hehe he... cuma tambah sewa kereta avanza 1 hari lagi rm170, mahal kerana cuti sekolah. Semua tambah 1 hari lagi, kalau nak balik juga 8 hb tu siapa nak bawa kereta ke kl?, semua kepenatan. Aku dan suami duk agak depan masa naik bot, jadi bot lambung2 sekali sekala, rasa macam kena hentak ke batu, padahal air je..., adoii, sakit pinggang. Malam tu suami sampai demam, aku pun sama  telan panadol. Esok pagI-pagi, dalam kul 9.30 kami dah nak bertolak balik, singgah dulu di Kompleks Haji Ismail Group, beli coklat dan baju batik. Kat feri beli pinggan melamine, beli sikit2 aje. Anak perempuanku beli pembalut hadiah, untuk bagi hadiah kat cikgu dia. Pukul 1 tgahari kami pun naik feri untuk bertolak balik.

Begitulah serba sedikit coretan pengalamanku...di pulau tempat kelahiranku.

Agak lama dah tak menulis, jadi guna ayat2 sempoi ajalah...lengoh jugak tangan ni.., he he he..,

Sekian.

Wassalam.

13 Dec, Sabtu, 6.50 pm
Gambar-gambar lagi, sambung part 2....





No comments:

Post a Comment