Translate

Tuesday, 30 December 2014

AirAsia QZ8501 : Dulu MH, kini QZ pula..Ooh begitu sekali 2014 melabuh tirainya dengan membawa pelbagai berita untuk manusia insaf !!


Salam semua,

Salam semua,

Hari ini dalam sejarah negara jiran kita, di ambang berlabuhnya tirai tahun 2014. Tanggal 30 Disember, selasa 8 Rabiul Awwal 1436 Hijrah, sudah jelas sekali, berita yang diharapkan tidak seburuk yang disangkakan, tiba-tiba terjawab sudah dengan pantas sekali.  Tentu emosi mereka sukar dikawal....bagi kita Malaysia, pesawat yang pertama, 'hilang'. Yang ke 2 pula memakan masa yang agak panjang, penantian dan pengharapan itu tentulah suatu penyeksaan bagi yang menanti...

Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa disebalik peristiwa besar yang mengejutkan berturut-turut pada 2014 ini. Ia melibatkan pesawat MH 2 BUAH, MAS dari Malaysia, KEMUDIAN AIRASIA, QZ 1 BUAH dari Surabaya ke Singapura.

Saya bukanlah penganalisis, pengkaji atau siapa-siapa, cuma saya suka untuk berfikir apakah ini suatu kebetulan, bagi kita mungkin ya, tapi hakikatnya ia adalah suratan takdir. Kita hanya mampu mencari sebab, punca mengikut logik akal kita yang terbatas. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tetapi Allah ada menjanjikan barang siapa yang bersabar, dengan segala ujian dan musibah di dunia ini, mereka akan diberi ganjaran yang besar.  Allah tidak sesekali menzalimi hambanya, hanya kita yang selalu menzalimi diri kita.  

Mari kita renung begini, andai tiada masalah yang menimpa kita, adakah kita akan sering mengadu kepada yang Mencipta kita? Jika kita di Malaysia tidak ditimpa musibah banjir, adakah kita akan buat solat hajat atau merayu-rayu pada Allah agar masalah diselesaikan segera.  Memang kita manusia sifatnya pelupa, tapi atas kasih sayang Allah, Dia ingin kita kembali krpadaN y a dengan pelbagai cara, cuma kita yang tak faham hikmah sesuatu kejadian itu. Pada mata kita buruk, tapi hakikatnya baik untuk sesorang hamba itu merasa betapa kerdil dan dhaifnya diri kita, tak mampu menangkis sebarang ketetapan atau kuasa Allah yang berlaku, kita sangat lemah, apa-apa saja dan bila-bila masa saja boleh berlaku pelbagai peristiwa yang tak terduga.  Moga kita semakin matang dan insaf setelah berlakunya pelbagai peristiwa amaran daripada Allah swt.

Mari kita berfikir lagi, Malaysia, Indonesia, Singapura. 3 Buah  negara berjiran.
Dulu MH, melibatkan rakyat dari Malaysia, Cina, Belanda, Amerika dan beberapa negara lain, yang pastinya ada kru dan rakyat dari Malaysia. Kini paling ramai rakyat Indonesia. Dalam kes MH Dulu negara yang berkuasa besar juga terlibat.

Kini 3 negara berjiran dalam operasi menyelamat.  Adakah negara-negara yang terlibat akan membatalkan juga acara sambutan tahun baru?... seperti Malaysia setelah berlakunya banjir besar... Marilah kita memuliakan bulan Rabiul Awwal ini dengan banyak mengingati sejarah perjuangan baginda Rasul yang mulia,,, tentulah ia lebih menyayat hati jika dikenangkan dan dibandingkan dengan apa yang berlaku pada kita hari ini..

Sekian untuk renungan bersama.

8.50 pm selasa. 30 december 2014.

-------------------------------------------------------------


Pegawai Indonesia sahkan temui mayat penumpang AirAsia QZ8501.


Anggota mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia menemui mayat terapung di lautan hari ini dalam operasi mencari pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 yang hilang sejak Ahad, kata Ketua  Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia Bambang Soelistyo di sidang akhbar yang diadakan di Jakarta, hari ini.

Al-Jazeera turut melaporkan 6 mayat ditemui di Laut Jawa berhampiran di mana serpihan pesawat itu ditemui.

Waris 162 penumpang dan anak kapal pesawat itu yang mengikuti sidang akhbar itu dari pusat krisis di Surabaya kelihatan saling berpelukan dan menangis.


“Pada jam 1.25 petang, kami melihat objek terapung dipercayai mayat salah seorang penumpang,” katanya.
Situasi di pusat krisis di Surabaya itu tegang dan penuh emosi, dengan ada yang menjerit dan menangis tidak berhenti.
Seorang lelaki pengsan dan terpaksa dibawa keluar dengan pengusung.
Bambang berkata satu pesawat tentera udara hari ini menemui 'bayang' di dasar lautan dipercayai pesawat AirAsia yang hilang itu.
“Tuhan merahmati kita hari ini.
“Pada 12.50 tengah hari pesawat tentera udara Hercules menemui objek digambarkan sebagai bayang di dasar lautan dalam bentuk kapal terbang,” katanya.
Bambang berkata pencarian kini akan tertumpu di lokasi di mana “bayang” dan serpihan itu ditemui, kira-kira 160km barat daya bandar Pangkalan Bun.
“Semua anggota mencari dan menyelamat akan dipindahkan ke lokasi itu.
“Tugas mereka ialah untuk mencari dan memindahkan semua objek atau mayat penumpang.
“Saya akan pastikan semua dibawa ke Pangkalan Bun, lokasi paling hampir dengan lokasi objek,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan serpihan yang ditemui hari ini dalam operasi pencarian udara pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 disahkan sebagai sebahagian daripada pesawat yang hilang itu, lapor AFP memetik kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo.
“Untuk masa ini, boleh disahkan ia adalah pesawat AirAsia dan menteri pengangkutan akan bertolak secepat mungkin ke Pangkalan Bun.
“Berdasarkan kepada pemerhatian anggota mencari dan menyelamat, beberapa benda penting ditemui seperti pintu penumpang dan pintu kargo. Ia di lautan, 160km barat daya Pangkalan Bun,” katanya merujuk kepada bandar di Kalimantan Tengah, di kepulauan Borneo.
Anggota pencari dan penyelamat Indonesia awal hari ini menemui beberapa objek kelihatan seperti slaid kecemasan dan pintu pesawat di lautan ketika menjejaki pesawat AirAsia yang hilang pada Ahad dalam ribut ketika merentasi Pulau Jawa.
Bambang berkata beliau 95% pasti serpihan yang dilihat di perairan Kalimantan, Indonesia itu adalah sebahagian daripada pesawat AirAsia yang dianggap terhempas 2 hari lalu.
“Saya pasti 95% rakaman gambar itu adalah serpihan disyaki daripada pesawat itu,” katanya kepada wartawan.
Pesawat Airbus 320-200 bersama 162 orang penumpang dan anak kapal berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi Ahad dan dijadualkan tiba di Singapura pada 8.20 pagi tetapi hilang komunikasi dengan menara kawalan trafik udara Indonesia pada 7.24 pagi.
Seramai 155 daripada mereka adalah warga Indonesia dan seorang dari Malaysia.
Sementara itu, pada 4.11 petang tadi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes di Twitter berkata:”Hati saya sangat sedih untuk semua keluarga terlibat dalam QZ8501. Bagi pihak AirAsia yang mengucapkan takziah untuk semua. Saya tidk boleh ucapkan dengan kata-kata betapa kesalnya saya.”
Beliau kemudian memaklumkan akan bergegas ke Surabaya.
“Kami di AirAsia akan melakukan segala yang termampu,” katanya di Twitter, dan ramai pengguna Twitter lain menyampaikan rasa simpati dan memintanya tabah. – 30 Disember, 2014.

Pegawai Indonesia sahkan temui mayat penumpang AirAsia QZ8501
- sumber asal-The Malaysian Insider - http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pegawai-indonesia-sahkan-objek-ditemui-serpihan-airasia-qz8501

No comments:

Post a Comment