Renungan untuk Mengubah Sikap
Masih bersempenakan bulan kelahiran Kekasih Allah, Rasulullah saw, pada pagi Jumaat yang mulia dan berkat ini, 1 Feb 13, 20 RabiulAwwal 1434H, marilah kita sama-sama menghayati pesanan baginda Rasul. Moga ada manfaatnya untuk kita semua. Moga kita diberi faham oleh Allah dan Rasul.
Nabi SAW bersabda: "Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik kepada suaminya. Bagi Isteri yang baik pada suaminya tiap hari, akan mendapat SERIBU syahid (kerana ikhlas & sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada Allah. Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersikap lembut pada isterinya, seperti seorang ibu pada anaknya. Setiap hari, SUAMI yang baik kepada isterinya akan mendapat pahala SERATUS syahid (kerana ikhlas & sabarnya)."
Dengan hairan, Umar bin al-Khatab ra bertanya:"Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala seribu, sedang lelaki hanya seratus?'. Nabi SAW menjawab, "Wahai Umar! Pahala & keutamaan isteri lebih besar dari suaminya karena Allah SWT mengangkat darjat lelaki di dalam surga beberapa darjat di keranakan redha dan doa isteri kepada suaminya. Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada Allah adalah menderhakai suami.
Dan takutlah kalian kepada Allah terhadap DUA ORANG LEMAH, yaitu ANAK YATIM dan ISTERI.
Barangsiapa yang berlaku baik kepada keduanya, berarti ia telah menggapai redha Allah. Dan barangsiapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya.
Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKu atas kalian. Barangsiapa yang mensia-siakan hak Allah, maka ia akan kembali dengan mendapat murka Allah SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam"
Umhmm, kalau boleh faham, baik lah tu, tapi kalau nak bagi lagi faham kena baca sini..
8.56 am Jumaat, 1 Feb 13 - 20 R.Awal 1434 h
SELAMAT DATANG KE ARENA WANGIAN IDAMAN ALAF INI...... SUMBER INSPIRASI SPIRITUAL..... EKSKLUSIF UNTUK SEMUA..... DI MANA-MANA DAN BILA-BILA... "Bacalah dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Pemurah...yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya" : Al-'Alaq (3-5)
Translate
Thursday, 31 January 2013
suaramuhajirin: Kisah Hari-hari Terakhir Seorang Remaja Perempuan ...
suaramuhajirin: Kisah Hari-hari Terakhir Seorang Remaja Perempuan ...: Petang ini dalam keadaan Pak Lang sedang menyiapkan satu paparan berkenaan kisah seorang remaja lelaki yang terjebak dengan najis dadah, Pa...
Saturday, 19 January 2013
Selamat Hari Lahir Buatmu Ya Rasulullah
http://www.owclondon.co.uk/wp-content/uploads/2013/01/Untukmu-Ya-Rasulullah.mp3
silalah menghayati perjuangan Rasulullah..dengarkanlah..wahai yang merindui..(Klik)
(Marilah kita berselawat ke atas baginda Rasul, sesungguhnya Allah dan malaikat pun berselawat kepada junjungan besar Nabi muhammad saw)
Allahummasoliwasallim 'ala Nuuril anwaar
Wa sirril asror
Wa tir ya qil aghyar
Wa mifta hibabil yasar
Sayyidina wa maulana
Muhammadinil mukhtar
Wa alihil athar
Wa ashaa bihil akhyaar
'Adada ni 'amillahi wa ifdhoolih..
Ya Allah sampaikanlah, salam rindu kepada
Cahaya sebagai sumber, segala cahaya
Rahsia segala rahsia, ubat seluruh penyakit
Anak kunci segala kejayaan
Dialah pemimpin yang kami rindu
Nabi Muhammad yang terpilih keluarganya yang suci
Serta para sahabat yang menjadi pilihan..
Sebanyak bilangan nikmatmu dan kemuliaanmu Ya Allah..
(Ulang dan ulang)
kisah ajaib dari selawat badawi ini
****Sajak dibawah pula , adalah khusus untuk mereka yang bercita-cita untuk memperjuangkan Islam ,yang ingin mencontohi perjuangan Rsaw, moga dihayati dan bermanfaat untuk renungan bersama ******
Bukan Semua Mampu Berjuang
Bukan semua orang boleh memperjuangkan kebenaran,
Tidak semua orang mampu memperjuangkan Islam,
Kerana di dunia ini tidak dijanjikan apa-apa
kecuali kesusahan dan penderitaan,
Lantaran itu kita lihat di dalam sepanjang sejarah,
Para pejuang kebenaran bukan calang-calang orang,
Orang yang yakin, siddiq, ikhlas, sabar,
Dan mempunyai ilmu yang memandu perjalanan hidup para pejuang,
Orang yang setia dan telah menjual dunianya
untuk Tuhannya sahaja yang tahan,
Orang yang memandang Akhirat itu besar,
dunia itu amat hina,
Yang mampu berjuang bukan macam berkelah dan piknik-piknik,
Berjuang adalah berkorban,
Berkorban, terkorban,
Berjuang memberi tenaga, ini amat meletihkan,
Berjuang berhadapan dengan ujian dan cabaran,
memerlukan kesabaran,
Berjuang adakalanya terbuang,
tidak kurang juga ke penjara,
Kemuncaknya mati dibunuh orang,
Para pejuang bukan senang hendak setia dengan pemimpin,
Bukan mudah bersama pemimpin di waktu susah dan senang,
Jangan pula apabila kena ujian besar-besaran lari bertempiaran,
Apabila di waktu tenang, pemimpin diterima,
Orang datang pula kembali berjuang,
Apabila di waktu disanjung orang,
kita pun macam singa garang,
Apabila mendapat kesusahan lari pula tinggalkan pemimpin keseorangan,
Nanti apabila terasa kena tipu,
perjuangan diterima orang datang pula merayu-rayu ingin bersama,
Ini bukan pejuang sejati dan hakiki,
Pejuang yang ikhlas sanggup berjuang bersama pemimpin,
Di waktu susah dan senang,
Tidak mengapa waktu tertentu mengundur diri,
Mengatur strategi dan menunggu peluang,
Bukan lari kerana menentang,
Atau bekerjasama dengan musuh-musuh kebenaran.
Abuya
Lepas Zuhur
25 09 1999
Sent from my BlackBerry® smartphone
~ www.ainakasturi.blogspot.com ~
20 Jan 2013 8.13 am , Ahad bersamaan 8 RabiulAwal 1434 h.

Wednesday, 16 January 2013
BERKAT BULAN MAULID INI, MOGA KITA MENJADI ORANG YANG CERDIK DAN BUKAN ORANG YANG SUDAH DÏPERBODOHKAN SEKIAN LAMANYA!
Salam semua,
Berkat bulan maulid ini, rasa sangat nak kongsikan sekadar renungan bersama, Ia adalah perlu kerana ia ada kena mengena dengan nabi akhir zaman, Nabi Yang perlu kita kenang jasanya yang Sangat besar dalam kebangkitan Islam yang pertama dahulu! Ia iaitu junjungan besar kita Nabi Muhammad saw, yang Allah dan malaikat pun Berselawat ke atasnya....
SAYA sangat terkesan dan nak kongsikan dengan pembaca semua, 'fail sulit 4' di bawah...rupanya dlm Jemaah Kebenaran ada 'musang berbulu ayam'..kalau nak faham dan berminat..bacalah dr awal di blog 'anjangmuor' Namun mursyid sangat tahu..ada strateginya, ada perangkapnya...pun begitu, ada juga yang terperangkap dgn musuh..itu bagi yang kurang cerdiklah...begitu juga yang tak faham, strategi mursyid..
Kalau nak cerdik mesti berstrategi...moga-moga kita menjadi orang2 yang cerdik, yang tak mudah terpengaruh dgn muslihat yahudi dan musuh2 islam.
Yahudi berstrategi..kerana mereka cerdiklah...sampaikan kalau zaman ni ulamak kebanyakannya sekular ...yahudi merancang sangat lama, dah hampir seribu tahun...tanpa jemu dan putus asa kerana kuat dendamnya kepada baginda Rasul (lihatlah kehidupan umat islam kini, tak kait langsung dgn Allah dan Rasul, mulut shj sebut, ikut cara islam tetapi tidak pada amalan lagi eg. Kalau g sekolah ( hakikatnya kebanyakan sekolah pakai sistem yahudi), anak2 nak cepat ada yg sampai tak sempat solat subuh, ada yg letih belajar sampai tak solat ( sistem islam ke Yahudi macam ni??), kalau tgk bola adakah kerana Allah dah Rasul?..itu sekular lah..mana ada dlm ajaran Islam.. Umat islam disuruh suka bola, gila bola, bangga bola, itulah yg semangnya tersangat 'bidaah dan sesat', lebih2 lagi menghina 'darah keturunan R saw tanpa sedar', Rasul saw menangis melihat umatnya yg sudah rosak..tahu tak sejarah bola??..yahudi berjaya permainkan umat Islam, buatkan dan gahkan sampai mendunia, permainan bola sepak..itu asalnya 'selepas dipenggal kepala Sy Husain di Karbala, cucunda kesayangan R saw yg teramat mulia, Pemuda penghulu syurga, kepalanya disepak dibuat mainan....tahu tak? Dlm J kebenaran ini, main bola 'diharamkan' kerana tak mahu terpengaruh dgn unsur Yahudi, tak mahu menghina keturunan mulia, yang banyak jasanya untuk islam, ahli syurga!!...tapi ulamak sekular hari ini, ramai membesarkan bola, umat islam hari ini ramai 'gila bola' malah berbangga dgn pasukan2 bola kegemaran!!? ...mana kecintaan kepada R saw, ahlul bait,malah Rasulullah pinta kita cinta kepada ahlul bait...apakah kita ummat yang Mengaku umat Rasulullah saw tapi dari Sudut amalan, menyokong apa sahaja amalan melalaikan hasil dari tajaan Yahudi! Adakah kita sedar kita sudah lama diperbodoh-bodohkan oleh yahudi melalui sistem yang dirancang sekian lamanya!...
Berkat bulan maulid ini..marilah kita renung2kan apakah pengorbanan kita untuk islam, untuk Allah dan Rasul...begitu juga untuk renungan diriku sendiri tentulah masih terlalu sedikit berkorban untuk Islam, untuk Allah dan Rasul, berbanding utk keperluan diri dan keluarga sendiri...Rasulullah, menangis mengenangkan umatnya di akhir hayat baginda! Begitu mendalam sekali kecintaan baginda kepada umatnya, kita pula bagaimana? adakah sudah lama terbuai dalam sistem yahudi yang melekakan, yang lebih membesarkan nafsu dan kepuasan duniawi..cinta itu perlukan pembuktian, bukan hanya Manis kata mainan bibir....untuk mengucapkan, siapa sahaja boleh lakukan, walau musuh sekalipun..mampu berkata-kata tentang Islam, konon amalannya sahaja yang betul disisi Tuhan, tapi Untuk berkorban untuk islam betapa sukar dan Menderitanya jiwa ( hanya mereka yang ada mursyid dan mengikut ajaran sebenar drpd R saw yang sanggup berkorban masa, tenaga, harta tanpa buat pelbagai alasan untuk menangkan nafsu sdr..ampun maaf, terpaksa cakap..walaupun perit dan pedih untuk menerimanya).
Musuh itu, sikapnya, ada yang sanggup berusaha menghalang orang drpd berkorban untuk Islam, tetapi mulutnya tetap mengatakan dialah yang mengamalkan cara hidup islam tetapi amalannya, hakikatnya bertentangan daripada apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw....Allah memandang hati dan amalan hambanya, bukan manis kata dari lidah yang pandai bertutur tidak bertulang....
Moga kita tidak tertipu lagi, Ketahuilah dan fahamilah Bahawa Islam itu akan bangkit untuk kali ke 2 dibawah pimpinan R saw, Nabi Roh...tanpa jasad ( apa kita ingat Allah yang mempunyai kerajaan ghaib tak mampu melakukan??!!...cuba baca surah Al Baqarah, ayat 3), Nur Muhammad, Nabi akhir zaman bersama teamnya yang sudah dipersiapkan...
Moga Islam yang berstrategi, melalui hadis2 akhir zaman ini yang Allah sudah persiapkan dan janjikan ini, hanya berjaya menipu musuh2 dan mereka yang tak mahu berusaha untuk mencerdikkan diri mereka demi untuk membela Islam..
Janji Allah itu pasti, tetapi ia tetap rahsia Allah, bilakah masanya?
Moga bermanfaat..
17 jan 2013 10.00 am
***Fail Sulit-4*** ( Bagi yang berminat untuk faham, seeloknya baca dari fail sulit-1..'barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan dalam urusan agamanya, nescaya Allah akan mudahkan dia faham' )
by anjangmuor
Salam ceria. Anjang harap korang baca dengan teliti coretan ni. Ia simple, bentuk cerita je. Tapi isunya berat. Iaitu perancangan bertahun-tahun musuh yang menyelinap dalam jemaah. Berlakon sebagai ahli. Tetapi merosakkan perpaduan dan kasih sayang. Atas kasih sayang Allah, janji Tuhan terhadap jemaah ini, Abuya dah diberitahu awal. Lalu disampaikan pada Syh Fakhrur. Bonda Wasilah pula disiapkan. Lengkap dengan pakej watak dan sikap beliau yang sangat tepat sebagai wasilah. Pilihan yang tiada silapnya. Sangat tegas agar tiada siapa berani mengubah haluan jemaah. Sebab dalam jemaah ada 'musang berbulu ayam'.Korang faham ke peribahasa ni? Kena la faham. Ni bahasa ibunda kita. Mentang-mentang dah duk kat Eropah, Australia, Mesir, Jordan, Haramain... Lupa BM. Kalau pi India, Pakistan tak tau, jadi apa pula. Sebab ramai je yang balik Pakistan autanya lebih dari Pakistani (Sori, tak ditujukan kepada sesiapa yang masih hidup mahupun yang akan mati)Ringkasnya, musang ni sejenis haiwan yang sinonim dengan perangai curi/tangkap ayam ternakan orang kampung. Cara tangkapnya licik. Guna tipu helah. Maka orang-orang dulu jadikan ia peribahasa. Liciknya musang ni menipu sampai dia boleh menyamar seolah-olah seperti ayam. Sebiji macam ayam. Malah, bulupun bulu ayam. Jenuhlah nak cam. Kalau dia dah masuk dalam reban ayam, seekor demi seekor ayam akan dimakannya.
Memanglah pemurah itu mahmudah, pemaaf itu terpuji, bertolak ansur itu mulia tapi bukan di sini. Di sini mahmudah yang tepat ialah tegas, berani, garang dan yang sewaktu dengannya. Apakah anak ayam dah digongong musang, kita pemurah... Sila... Sila.. Amik lagi. Ape ke bongse ni! (Pinjam Lahjah Bote)Ayam dara dah diratah musang, kita kata, maafkan je la...tak cerdiknyaa.Pastu minta wasilah ubah sikap. Sedangkan antara sebab wasilah dipilih oleh RSA kerana ketepatan wataknya. Pernah ke kita dengar ada sahabat-sahabat keluar atau bermufaraqah dari jemaah Rasulullah SAW semata-mata tak puas hati dengan sikap Syd Umar RA. Kami hanya akan ikut jemaah kalau Syd Umar ubah sikap. Asyik-asyik pedang, asyik-asyik pedang. Luruskan saf pun guna pedang. Salah cakap sikit je, Abu Hurairah RA kena penampor. Ubah la perangai. Demi Allah, tak pernah dengar. Tak ada sahabat yang sanggup cakap begitu.
Memang Islam perlu orang seperti Syd Umar RA. Tapi kena atas dasar keyakinan. Yakin dia sahabat. Malah sahabat utama. Syaitan pun takut. Kalau hanya sebagai kawan biasa tak mampu. Kalau Bonda Wasilah dianggap hanya sebagai ibu tiri atau kakak ipar, tak akan mampu meletakkannya sesuai dengan kedudukannya. Kena atas dasar keyakinan. Allah, terpanjang pula di sini.Anjang nak sambung sikit tentang TZ. Bila Sy Nizam tak diberi ruang dan peluang berperanan secara rasmi di BCH, beliau memulakan kelas pengajian di rumahnya yang menjadi asas kepada KTS. Lihat TZ yang Rsaw kata tak rehat-rehat menjalankan tugasnya. Syh Zubir Abd Rahman, beritau anjang TZ ketika Sy Nizam mula buat KTF selalu komen tak puas hati. Langsung tak membina, bahkan meruntuhkan. Katanya, Sy Nizam buat KTF ni ikut cara lama, otak Al-Alqam, masa tu dia rancang nak tutup. Syh Zubir terkejut mendengarnya sebab bagi Syh Zubir, KTF itu dari air tangan Sy Nizam yang sangat ilmuan. Syh Zubir yang baru ikut Abuya pun tahu menghargai usaha berkat Sy Nizam. Tapi biasalah, TZ dihantar.
Ketika dia komen itulah sebenarnya dia sedang bertugas. Bila Syh Zubir berjumpa Sy Habib Yakin bertanyakan hal tersebut, banyaklah hujah-hujah yang menguatkan lagi tidak patutnya jika KTF ditutup. Masa tu kita baru buka Bukit Bintang, jadi ramailah anak-anak KTF dihantar ke sana untuk di kibrahkan, yang peliknya mereka yang minat belajar dan ada potensi untuk menjadi pelapis kepada pendidikan, itulah yang diambil. Ertinya ambil tanpa perbincangan.Yang kita dengar daripada Abuya, pendidikan kita terbaik di era Al Arqam tetapi TZ pula perlekeh KTF, otak lama. Cara Arqam. Bila KTF berkembang dan nampak tersusun. Ramai ibu bapa seluruh Malaysia berminat menghantar pelajar-pelajar belajar dan mengambil keberkatan Syh Nizam. Ketika itu, pernah TZ berkata kepada Us Zulkamal bahawa dialah yang pilihkan pelajar-pelajar untuk diberi kepada Sy Nizam masa dibuka KTF dulu.
Begitulah TZ.Sikap tak sukanya dengan anak-anak Abuya juga berlaku pada Syh Inaam.Ia berlaku di Sg Pencala. Ketika itu TZ memegang pucuk pimpinan dan Sy Nasrul pula timbalannya. dua kali dia bertemu Syh Inaam menegurnya. Kalau teguran tentang pengawalan pelajar, ia sangat dialu-alukan tetapi yang peliknya dia juga marahkan Syh Inaam yang membawa kitab ketika mengajar. Dia tak suka guru bawa kitab ketika megajar. Pelik TZ ni. Dia tak tau ke Abuya mengajar pun bawa kitab? Anjang ingat lagi, Abuya ketika menyampaikan kuliah Fardhu Ain Zon di Batu Hampar bawa kitab 'Mukasyafatul Qulub'. Abuya akan masuk ikut pintu sebelah kanan. Anjang sangat pasti, Abuya bawa kitab. Tapi TZ tak setuju, pelik tak? Tak pelik la. Dah memang kerja dia. Yang peliknya ada dikalangan kita yang terpedaya. Samada bodoh atau diperbodohkan.Terima kasihlah sapa yang masak laksam pagi ni. Sedap. Macam di Malaysia pulak.Bilik PR, Istana RSA.7.25am, Jan 16, 2013 .anjangmuor | January 16, 2013 at 6:43 am |
Thursday, 3 January 2013
MENGAPA ADA YANG MUFLIS DI AKHIRAT SANA?
Salam semua,
Mari kita kongsikan, perkara apakah yang akan sangat-sangat merugikan kita di akhirat nanti..Moga kita tidaklah menjadi orang-orang yang muflis..dan marilah kita kongsikan dengan pembaca yang lain, kalau orang lain cuba mengamalkannya, ia sudah menjadi ilmu yang bermanfaat, moga ini juga menjadi saham untuk bekalan akhirat kita...walaupun ia kecil, harap Allah menilainya...
(Hadis dan huraian di bawah ini dipetik drp anjangmuor)
Lihatlah hadis kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أتدرون من المفلس ؟ قالوا:المفلس فينا من لا درهم له ولا متاع , قال صلى الله عليه وسلم : إن المفلس من أمتي من يأتي يوم القيامة بصلاة وصيام وزكاة , ويأتي وقد شتم هذا ,وقذف هذا , وأكل مال هذا , وسفك دم هذا , وضرب هذا , فيعطي هذا من حسناته وهذا من حسناته فإن فنيت حسناته من قبل أن يقضي ما عليه أخذ من خطاياهم فطرحت عليه ثم طرح في النار ) .. (رواه مسلم).
Maksudnya : (Pada satu hari) Nabi saw bertanya kepada para sahabat : Tahukah kamu siapakah orang yang muflis ? Sahabat menjawab : Orang yang muflis di kalangan kami ialah orang yang tidak memiliki wang dan juga tidak mempunyai harta.
Lalu Nabi saw bersabda : Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari Qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi semasa di dunia dia pernah memaki sifulan, menumpahkan darah sifulan dan pernah memukul sifulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitulah seterusnya terhadap orang lain yang pernah dianiayainya sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiyaan belum lagi habis, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, sehinggalah ia dicampak ke dalam api neraka. (Hadis riwayat Muslim)
Itulah bahayanya beribadah tanpa rasa hamba, ia tidak membina peribadi kita. Kalaulah Allah datangkan ujian dalam kehidupan, untuk memberi rasa hamba di hati kita, berterima kasihlah pada Allah kerana terbukti, dalam ibadah yang sepatutnya kita bawa rasa hamba, kita tidak berjaya membinanya. Maka mudah-mudahan dengan ujian kehidupan di dalam perjuangan, rasa itu boleh dipupuk.
Ada seorang bertanya anjang,Salam. maaf bebyk nak tanya apa syeikh buat bila syeikh diuji dgn ujian yg kita x buat salah,tp org semua x faham dan tuduh kita salah. hingga isteri/suami kita pun x percaya kita..ape yg syeikh akan buat pada masa tu..tlg bg panduan pd ana bleh ana kongsi2kan dgn kwn..mzb. maaf kalau menganggu.
Anjang jawab begini, (moga ada kebenarannya)
1. Sapa lebih mulia, kita ke Siti Aishah RA? Confirm dia lebih mulia, itupun dia pernah kena tuduh sesuatu yg dia tak buat. Kena fitnah yang memalukan. Jadi kalau kita kena, bisikkan di hati, "Kalau Siti Aisyah RA, anak Syd Abu Bakar RA, isteri Rasulullah SAW, Ummul Mukminin yang sangat mulia pun difitnah, aku lebih-lebih layak dihina, dituduh, difitnah.
2. Jika Kena tuduh macam tu, kalau pandai menerima, rasa hamba meningkat. Sedangkan amat payah nak dapatkan dan kekalkan rasa kehambaan di hati. Dalam sembahyang, puasa dan beribadat pun, ramai yang gagal membawa rasa hamba. Rasa kehambaan, Allah suka. Rasa hamba membawa ke syurga. Tak nak ke susuatu yg mendekatkan kita ke syurga?
3. Orang yang bersalah, dia rasa bersalah itu biasa. Orang yang tak bersalah, dia rasa bersalah, itu luar biasa. Kita nak jadi orang yang luar biasa. Para Ikhwan dan Asoib itu luar biasa orangnya.
4. Di era sekarang, kita sedang cuba me'roh'kan semua aktiviti perjuangan. Oleh itu, elok pandang pada hakikat, lahirnya org tuduh/sangka kita. Hakikatnya Allah yang izinkan ia berlaku, tak kan Allah tersilap. Mursyid yang proses muridnya, tak mungkin Mursyid tersilap, mesti ada dosa-dosa kita di tempat-tempat lain, di waktu lain yang Allah hukum di sini. Seperti dosa tak khusyu' solat umpamanya.
5. Antara hikmah paling besar ialah, kalau dah semua orang pandang kita bersalah, mengadulah pada Allah, pada RSA. Jadi ia peluang untuk kita dekatkan diri dengan mereka. Semoga ia membantu kita semua dalam berperasaan, berfikir dan bertindak.
Sent from my BlackBerry® smartphone
~ www.ainakasturi.blogspot.com ~
" sampaikanlah dariku biarpun hanya sebaris ayat "

Subscribe to:
Posts (Atom)