Translate

Tuesday 12 March 2013

Oh Malaysia, NamaMu pernah harum di bumi Uzbekistan.!

Salam sejahtera,

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan pegang laptop tapi hari dah malam dah nak masuk hari Rabu, jadi senang sikitla keja nak update blog ni....

Ni nak kongsi sikit, bagi yang jarang jenguk blog anjangmuor laa....aku terkedu, terpana, bukan tak tahu tokoh yang diceritakan bukan calang-calang, tetapi berita ini sesungguhnya mengharumkan Nama Malaysia di persada antarabangsa....rugilah kalau rakyat Malaysia tak tahu...

Sementelahan pelbagai perkara terjadi seperti  'pencerobohan di Lahad Datu'....Malaysia sangat dalam perhatian...adakah ini yang dikatakan Malaysia itu ibarat 'gadis sunti' yang ramai 'ingin memiliki' dan ramai yang 'jatuh hati' .....

Dan ramai juga  (terutamanya orang dari negara Arab) yang berkata orang Melayu atau orang Malaysia ni adalah 'sebaik-baik manusia'. Mengapa ya? Pada pendapat ku sendirilah, mungkin kerana orang kita masa di Mekah (ia kan tempat berhimpunnya semua bangsa atas nama Islam, jadi sikap sesuatu bangsa itu terserlah dan tak dapat nak dilakon-lakonkan), tak suka tolak-tolak orang, lemah lembut dan lebih sopan daripada bangsa-bangsa lain, kalau marah pun jaranglah ternampak bengisnya. Tubuh badan pula kebanyakannya comel-comel, taklah nampak menakutkan, jadi orang nampak mesra dan baik....Tapi kalau dah ramai bangsa berkata begitu, rasanya tentu Allah akan takdirkan suatu agenda atau jadual atau tugasan besar untuk bangsa ini....!!!

Sebelum berceloteh banyak...mailah kita baca petikan blog dari anjangmuor di bawah...selamat membaca...moga kita dapat merasakan, bertuahnya kita rakyat Malaysia, ada tokoh kepimpinan dari negara kita Malaysia yang negara luar sangat merasa terhutang budi kepada Malaysia atas nama Islam, Allah dan Rasul, berkat ketokohan pemimpin yang hak tersebut!!!!

Tak hairanlah kalau orang kata orang Malaysia baik kan!!, Sebab itu kenalilah pula siapa pemimpinnya yang Hak itu!!! Bukankah besarnya jasa beliau kepada DUNIA ISLAM !!!!  Ya Allah selamatkan pemimpin kami ini....Harumkanlah Namanya sebagaimana kau Harumkan nama Malaysia, seperti kisah dibawah....aamiin aaamiin Ya Rabbal A'lamiin.




Kupetik dari anjangmuor.wordpress.com (terimakasih anjangmuor)

***Pembantu Al-Mahdi Islamkan Penduduk Bokhara***

by anjangmuor
ImageSalam ceria. Pagi semalam anjang kena bawa jemaah Al Fajr ke Manasik Haji. Jabal Tsaur, Arafah, Jabal Rahmah, Mudzalifah, Mina, Jamarat, bermiqat di Ja'ranah dan balik singgah tepi Jabal Nur, gua Hira'. Kali ni naik bas yang ekseklusif. Ada abg Fawzal sekali. Dia kata, la ni duduk di Masjid di Bkt Beruntung atau Bkt Sentosa. Buka gerai jual nasi ayam di Tesco. Lupa namanya, ada aura-aura gitu. Ramai betul anjang jumpa bekas Arqam. Lepas pengharaman, masing-masing bawa haluan sendiri.
Tapi kita tak pernah dengar ada orang yang tak pernah ikut Jemaah Arqam. Orang kuat UMNO pula. Seorang yang rapat dengan mantan PM Malaysia, Tun Dr Mahathir. Tapi sangat mempertahankan jemaah Al Arqam.
Beliau adalah Dato' Dr Abd Malek Hanafiah, bekas setiausaha politik Tun Mahathir Muhammad dari tahun 1990-1995. Pernah jadi Adun Taiping dan Exco Kerajaan Perak selama 2 penggal. Sebelum bertugas di pejabat PM, beliau adalah pensyarah di UPM selama 15 tahun. Bila Tun offer dia betugas dengannya, dia meletakkan syarat, dia hanya akan terima tawaran itu jika Tun bersedia menerima sikapnya yang tidak sesekali akan jadi 'yes man'. Kalau dia rasa sesuatu itu tak betul, Tun kena bersedia mendengar hujahnya. Tun bersetuju dan mengatakan, dulu diapun kaki bangkang juga.
Di sudut yang lain, Dato' sangat mengikuti perkembangan Abuya. Semua buku-buku, majalah-majalah, apa saja keluaran Al Arqam dibeli, dibaca dan difahami. Dia sangat faham jalan pemikiran Abuya. Pernah berjumpa Abuya. Bapa mertuanya berasal dari Sikinchan, Imam Kg Sg Leman. Abang iparnya, Hj Talha pernah ikut jemaah Abuya.
Di atas kefahamannya tentang jemaah Abuya dan sikapnya yang bukan 'yes man', Dato' selalu berhujah dengan Tun Mahathir mempertahankan Al Arqam. Tun pula mendapat info negatif tentang Arqam dari Datuk Hamid Osman. Sikap Tun sebenarnya sangat menerima kebenaran jika ia diasaskan dengan hujah yang kuat dan fakta yang logik pada pemikirannya. Bila Tun mendapat presepsi berbeza tentang Al Arqam dari Dato', Tun berkata,
"You berani berhujah dengan Hamid Othman tentang pendapat you ni?"
Dato' tak de masalah dan sanggup. Dalam pertemuan itu Dato' dapati Datuk Abd Hamid Othman, tak baca buku-buku karangan Abuya dan mengikuti perkembangan jemaah. Adalah tidak adil menghukum Abuya dan jemaah sedangkan dia sendiri tidak mendalami jalan pemikiran Abuya dan aktiviti jemaah.
Ada peristiwa besar berlaku antaranya dengan Tun Mahathir yang membuktikan ketokohan Abuya. Suatu ketika, Dato iringi Tun melawat negara Uzbezkistan yang baru merdeka dari Russia. Ketika itu Uzbek masih kuat dalam cengkaman komunis. Adalah berbahaya untuk ke Bokhara melalui jalan darat dari Tashkent, maka rombongan Tun menaiki helikopter ke sana. Seelok turun mereka diberi sambutan besar dan sangat meriah dengan paluan kompang oleh penduduk tanah kelahiran Imam Besar Hadis, Imam Al Bokhari.
Apa yang memeranjatkan Tun dan semua ahli rombongan ialah, dalam ucapan pemimpin setempat, mereka amat berterima kasih kepada Malaysia kerana membantu mereka kembali kepada Islam. Setelah lebih 70 tahun di bawah pemerintahan komunis, Islam kami yang tinggal pada nama sahaja. Sehinggalah datang pendakwah dari Malaysia, mengislamkan kami semula. Mereka sangat menghormati Malaysia dan rasa terhutang budi dengan orang Malaysia. Sedangkan PM Malaysia sendiri tertanya-tanya siapakah orang Malaysia itu.
Ketika masuk ke dewan Masjid Bokhari, rombongan Tun sangat terperanjat kerana di dinding dewan itu tergantung frame gambar Abuya. Sambil menunjukkan gambar tersebut, Imam Besar Masjid berkata kepada Tun Mahathir, 
"Inilah orang yang mengislamkan semula kami, Syeikh Imam Ashaari At Tamimi."
Begitulah kehebatan Abuya, pemimpin roh. Dalam seramai lebih 3 juta ahli UMNO, ada seorang yang sangat berani membela Abuya di hadapan PM. Tak cukup dengan hujah-hujah ilmiah dan bukti-bukti aktiviti jemaah Abuya yang membawa kebaikan kepada masyarakat, Allah tunjukkan bukti kepimpinan Abuya di peringkat antarabangsa kepada Tun M dan teamnya di Uzbekistan. Harum nama Malaysia oleh Abuya. Mengislamkan ramai orang di bumi yang baru bebas dari cengkaman Komunis, satu kerja yang amat besar. Tak kan orang macam ni sesat. 
Ok, banyak lagi cerita dari Dato yang dah 2 tahun nak jumpa bonda Wasilah. Kali ni dipertemukan. Semuanya busyro. Kemenangan demi kemenangan. Kali pertama anjang lihat, tetamu yang keluar istana RSA, jam 2 pagi.
Sekarang anjang join rombongan Umrah diketuai Syh Salleh, Syh Inaam dan Syh Abil ke Thoif. First time ke sini. Kawasan tanah tinggi yang sejuk udaranya. Berbeza dari Mekah. Tapi tetap gondol buminya, penuh dengan bukit-bukit batu yang tajam dan keras menyimpan sejarah penduduknya Bani Tsaqif yang pernah menghalang dakwah Nabi SAW. Anjang rasa, orang Malaysia ramai yang begitu, pernah menghalang usaha-usaha dakwah Abuya di tanahair. Tapi kini, di era puncak, satu bas orang Malaysia ini (malah dah berbas-bas) kena dengar apa Abuya syarahkan pada mereka melalui orang-orangnya.
Otw ke Thoif.
11.52am, Mac 11, 2013.Image

4 comments:

  1. Salam sejahtera. saya yang hina dan banyak dosa ini ingin sampaikan satu kisah. ayah saya meninggal dunia pada tahun 2008. pada tahun 2009 saya mengalami sakit yang berat. ketika di hospital saya bermimpi melihat ayah saya dengan wajah riang berjalan bersama sama abuya dan beberapa orang lain. itulah kisah dari saya yang hina ini. sekian.

    ReplyDelete
  2. pada tahun 2014, saya mendapat rawatan di ikhwan rawang. berbanyak2 terima kasih kepada semua yg telah menolong saya. dalam perjalanan ke sana saya ternampak wajah Khaulah yang berseri2. beliau berkata, silalah datang, mak cik.

    ReplyDelete