Halalkah sembelihan lembu Australia yang ditikam di
dada? Juga ayam Satun, Lahar-Yooi dan HPA.
(Petikan daripada Heliconia Weblog)
1. Daging Lembu Sembelihan
Daging halal yang semakin menjadi pilihan di restoran-restoran
‘tidak halal’ di Eropah telah menjadi kebimbangan banyak NGO dan golongan anti
-Islam serta kumpulan Pencinta haiwan.
Namun kerana lebih segar, lebih lembut dan tahan lebih
lama maka restoran-restoran tersebut sanggup membeli daging halal secara
diam-diam walau di pasaran gelap, demi memenuhi permintaan pelanggan bukan
Islam dan pastinya demi keuntungan perniagaan mereka!
Soalnya, mengapa daging halal lebih sedap berbanding daging dari
ternakan yang tidak disembelih? Dan apa kaitannya dengan musuh Islam yang
memainkan peranan besar disebalik kenyataan itu?
Bila Islam dikatakan agama yang syumul dan ‘a way of life’, itu
benar-benar bermaksud bahawa Islam adalah satu cara hidup yang sempurna dari
sudut semua aspek. Itulah agama ghaib dari langit yang membawa manusia kepada
kesempurnaan hidup dengan Rahmat dan Kasih Sayang Tuhan yang tidak bertepi.
Agungnya pimpinan dan didikan Baginda Rasulullah saw yang bukan
sahaja melalui kata-katanya tetapi juga dengan perbuatannya, bukan hanya untuk
di waktu hayatnya tetapi untuk seluruh zaman selepasnya hingga ke akhir zaman
ini.
Apa kaitannya daging halal dan Nabi Akhir Zaman? Berpuluh tahun,
usaha musuh Islam merosakkan aqidah dan pemikiran manusia akhirnya hancur
kerana kebenaran. Setiap ajaran Nabi Muhammad adalah benar dan membawa kepada
kebaikan. Maka hanya ada satu cara sahaja untuk melawan Islam. Yakni dengan
menegatifkan kaedah/sistem yang dibawa oleh Nabi Muhammad yakni ajaran suci itu
diterbalikkan, supaya Islam kelihatan hina, kejam, ketinggalan zaman.
Hati yang suci ditempa dari makanan yang halal lagi suci. Hati
yang suci inilah sangat susah untuk musuh Islam tembusi dan kuasai. Dan selagi
hati-hati itu tidak dapat ditembusi, Islam tidak dapat dikalahkan. Maka
berhempas-pulaslah mereka dengan berbagai cara yang tidak terjangkau oleh akal.
Dengan hujah-hujah dan berbagai iklan serta promosi diusahakan untuk mengaburi
kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Antaranya ialah mencanangkan
kekejaman orang Islam kerana menyembelih binatang ternakan. Sedangkan kaedah
penyembelihan Islam adalah yang paling tidak menyakitkan haiwan dan daging
haiwan sembelihan menjadi lebih bersih dan segar.
Ini terbukti dalam laporan Berita Harian, (9 Januari 2006), satu
kajian saintifik yang dibuat oleh Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr
Hazim di Institut Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman,
penyembelihan binatang ternakan dengan pisau yang tajam – sekurang-kurangnya
dapat memotong kertas A4 yang tergantung dan pisau berkeadaan kering- wajib
bagi memotong sekurang-kurangnya, dua urat merih @ dua arteri karotid kanan dan
kiri dengan pantas yang dapat memutuskan bekalan oksigen dari jantung ke otak
lalu menyebabkan haiwan sembelihan pengsan serta-merta. Dalam proses pantas ini
struktur berdekatan termasuk vena jugular, esofagus dan trakea turut terpotong.
Kepantasan terputusnya bekalan darah ke otak, menyebabkan haiwan
tidak akan berasa sakit ketika disembelih. (Arteri karotid leher inilah yang
di’target’ dalam kaedah persilatan untuk membuatkan musuh atau lawan jatuh
pengsan serta merta.)
Melalui catatan electroencephalograph – otak – (EEG) dan
electrocardiogram – jantung-(ECG) yang dikaji untuk mengetahui keadaan otak dan
jantung haiwan yang disembelih dan haiwan yang dibunuh dengan cara barat yakni
pistol kejutan (CBP) jelas menunjukkan perbezaan.
Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama
ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama
seperti sebelum penyembelihan.Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak
berasa sebarang kesakitan ketika atau selepas pisau memotong urat leher
terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak
sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan. Selepas
enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai
sebarang kesakitan.
Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung (ECG)
masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak-gerak aktif secara luar
kawal, seperti satu konvulsi (convulsion) akibat tindak balas koordinasi
saraf-otot, menyebabkan semua darah keluar membuak-buak dari badan haiwan
melalui arteri yang disembelih pada lehernya, menghasilkan daging yang bersih,
selamat untuk dimakan.
Pada lembu, arteri vertebra yang terdapat di tengkuk masih utuh,
ia membekalkan darah ke otak, maka sistem saraf pusat (Central Nervous System)
tidak terjejas untuk terus meransang jantung supaya mengepam darah ke seluruh
badan haiwan). CNS masih berfungsi sebab tulang belakang (vertebra) tidak
disembelih.
Perkara ini turut didedahkan oleh Dr Aisha El-Awady, yang
menulis dalam Islamonline pada 2003.
“Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak
menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah
perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala diceraikan. Keadaan ini akan
membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro
organisma,” kata Aisha dalam kajiannya.
Ini bermaksud, darah yang terkumpul di dalam daging akan
menyebabkan pereputan yang cepat menjadikan daging tersebut menjadi rosak
(bangkai) dalam masa yang singkat. Kerana itulah, Islam tidak membenarkan
haiwan dipenggal kepalanya supaya saraf tunjang itu tidak rosak dan darah dapat
dikeluarkan secara optimum dari badan haiwan.
Ini juga dapat menjelaskan punca wabak Lembu Gila (Mad Cow
Disease) sebagaimana kajian yang telah dilakukan oleh Texas A&M University
dan Canadian Food Inspection Agency. Tisu otak dan saraf tunjang merupakan
bahagian yang paling terjejas teruk apabila haiwan itu dijangkiti penyakit
lembu gila. Kaedah CBP ini boleh menyebab tisu otak hancur dan bertaburan sehingga
menyebabkan bakteria penyakit lembu gila akan merebak ke daging.
Memakan daging yang tidak disembelih mengikut Imam Al-Ghazali
akan menyuburkan sifat-sifat buruk atau mazmummah dalam diri seseorang
contohnya takbur dan riak.
Selain daripada sudut kesihatan, penyembelihan juga merupakan
satu penghormatan terhadap haiwan yang merupakan ciptaan Allah. Selain
itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang
penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau
menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain.
Begitu banyak rahsia kebaikan di sebalik penyembelihan haiwan
dalam Islam. Tentunya kebaikan-kebaikan itu juga baik bagi yang bukan Islam.
Jika sistem hidup Islam benar-benar dikaji, masyarakat bukan Islam sangat boleh
menerima malah mempraktikkannya kerana cara hidup Islam yang sempurna sesuai
untuk seluruh manusia.
Begitulah hakikatnya, walau bagaimana licik pun agenda musuh
Islam, kebenaran dan kebaikan tetap menjadi pilihan manusia. Tidak mustahil jika
daging dari sembelihan menurut kaedah Islam menjadi pilihan di seluruh dunia
suatu hari nanti tanpa prejudis.
Bagaimana
jika tikaman mengenai jantung, atau saraf-saraf ke arah jantung,lalu terganggu
fungsi jantung atau ia akan berhenti berdenyut dan mengganggu proses
pengeluaran darah dari badan sembelihan?
2.
Ayam Halal?
Ayam adalah makanan ‘asasi’ hampir kesemua kaum di Malaysia.
Status kehalalan ayam yang dijual di mana-mana sering menjadi persoalan.
Kebimbangan yang tidak berkesudahan. Baca : Tiga Keluarga Saman Tesco Jual Ayam
Tak Halal
3.
Kilang Ayam dan Ikan Keli Ternak di Satun, Thailand
( sila klik link di bawah)
( sila klik link di bawah)
4. Kilang Ayam Lahar Yooi, Sungai Dua,
Perak.
Dari sebuah kilang ayam
Melayu Islam
Kepada sebuah kilang ayam
Global Ikhwan
Bukan sejarah biasa-biasa
Harga sebuah tebusan dosa
Maruah bangsa Melayu baru Islam tercipta
‘Power’ Nur Muhammad sumber kejayaan
Hasil keringat dinilai
Detik masa diukur
Untuk Tuhan, demi Islam
Ayam ada harga
Bukan sekadar sedap dirasa
Bukan untuk dibayar upah
Kerana lelah bekerja
Tapi maruah
Islam dibela
Fardhu Kifayah dibina
Walaupun susah
Dalam kilang ada ukhwah
Ada ulfah, ada karomah
Rintihan hamba inginkan maghrifah
Ada manusia ajaib di dalam
Busuk bersimbah hamis ayam
Hati Ikhwan bercahaya
Kakinya di bumi hatinya di langit
Kilang ayam ada Perindu Rasul
Yang dicemburui Sahabat
Masyarakat awam bertanya
Kilang ayam pun ada manusia begini
Bagaimana nanti mereka
Menguasai dunia ini?
Gerun sekali..
Kilang ayam, kilang ayam
Kilang Ayam Global Ikhwan
Datang untuk
Masyarakat dengan kasih sayang
8/1/2012
Lahar Yooi
5. Ayam Rangup Ikhwan
Warung
Ayam Rangup Ikhwan (ARI) - Melaka
Foto
Lahar-Yooi diambil dari blog Jumie Samsuddin
6. HPA dan Radix Fried Chicken
Francise
RFC Seksyen 7, Shah Alam. Berita gembira, RFC sudah mula menakluki Lembah
Kelang, hanya baru-baru ini sejak kerajaan negeri bertukar dari BN ke PR.
Selama ini, Syarikat Fried Chicken Antarabangsa sudah berhabis wang untuk
menghalang berkembangnya RFC yang halal dan enak ke Lembah Kelang dan
negeri-negeri lain. Ia amat popular di utara mengalahkan saingan terdekatnya,
Syarikat Fried Chicken Antarabangsa.
Sejak HPA menukar pusat operasinya dari Perlis ke Shah Alam, dan
membeli bangunan sendiri bernilai RM54 juta ini, khabarnya prestasi syarikat
ini terganggu sedikit sebanyak. Pembukaan beberapa Restoran RFC di pusat
membeli belah canggih sekitar Lembah Kelang turut melibatkan kos. Kos operasi
yang tinggi menyebabkan banyak produk HPA terganggu pengeluarannya.
Stokis-stokis kecil yang menyewa kedai banyak tutup bisnes. Saya antara ahli
HPA yang setia dengan ayam organik, sukar mencari bekalan, ayam ok juga lagi,
produk lain perlahan sedikit dan kebanyakan stokis beroperasi di rumah.
(Semuanya dipusatkan di bangunan juta-juta itu, hingga membebankan pengedar dan
pengguna). Semoga Allah selamatkan perniagaan HPA! Amin.
Rujukan Artikel Berita Harian : Sains buktikan sembelihan Islam
kaedah terbaik
No comments:
Post a Comment