Translate

Monday, 30 April 2012

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT


BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

(Untuk renungan bersama, marilah kita ajarkankan dan sampaikan kepada anak-anak kita dan ahli keluarga kita supaya kita tidak diazab di alam kubur dan supaya kita mengambil berat terutamanya urusan solat, kerana jika solat kita gagal, semua ibadah kita yang lain turut gagal atau failed !!!...Nauzubillah...)

                        Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. ApabilaRasulullah s.a.w. melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah s.a.w., ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

                        Kemudian Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan Baginda s.a.w. pun berdoa kepada Allah s.w.t., kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

                        Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

                        Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah s.w.t. yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

Wednesday, 18 April 2012

SEBUAH BINGKISAN DARIPADA AINA & IKHWAN KASTURI


Video dari Yuotube (Pilih sama ada Video yang ini atau dibawah kerana ada sedikit perbezaan kualiti shj)




Tuesday, 17 April 2012

VIDEO AINA & IKHWAN KASTURI

UCAPAN ALUAN PELANCARAN JUALAN AMAL HARUMAN KASTURI

PELANCARAN JUALAN AMAL HARUMAN KASTURI PADA 12.4.12, KHAMIS 20 JAMADILAWAL 1433H (Full Video)




Sunday, 8 April 2012

FLYERS JUALAN AMAL HARUMAN KASTURI



Moga Sama-sama kita dapat kongsi-mengongsikan apa-apa yang baik untuk manfaat Umum.  Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.



Monday, 2 April 2012

Halalkah sembelihan lembu Australia yang ditikam di dada? Juga ayam Satun, Lahar-Yooi dan HPA


Halalkah sembelihan lembu Australia yang ditikam di dada? Juga ayam Satun, Lahar-Yooi dan HPA.
(Petikan daripada Heliconia Weblog)
1. Daging Lembu Sembelihan
Daging halal yang semakin menjadi pilihan di restoran-restoran ‘tidak halal’ di Eropah telah menjadi kebimbangan banyak NGO dan golongan anti -Islam serta kumpulan Pencinta haiwan.
Namun  kerana lebih segar, lebih lembut dan tahan lebih lama maka restoran-restoran tersebut sanggup membeli daging halal secara diam-diam walau di pasaran gelap, demi memenuhi permintaan pelanggan bukan Islam dan pastinya demi keuntungan perniagaan mereka!
Soalnya, mengapa daging halal lebih sedap berbanding daging dari ternakan yang tidak disembelih? Dan apa kaitannya dengan musuh Islam yang memainkan peranan besar disebalik kenyataan itu?
Bila Islam dikatakan agama yang syumul dan ‘a way of life’, itu benar-benar bermaksud bahawa Islam adalah satu cara hidup yang sempurna dari sudut semua aspek. Itulah agama ghaib dari langit yang membawa manusia kepada kesempurnaan hidup dengan Rahmat dan Kasih Sayang Tuhan yang tidak bertepi.
Agungnya pimpinan dan didikan Baginda Rasulullah saw yang bukan sahaja melalui kata-katanya tetapi juga dengan perbuatannya, bukan hanya untuk di waktu hayatnya tetapi untuk seluruh zaman selepasnya hingga ke akhir zaman ini.
Apa kaitannya daging halal dan Nabi Akhir Zaman? Berpuluh tahun, usaha musuh Islam merosakkan aqidah dan pemikiran manusia akhirnya hancur kerana kebenaran. Setiap ajaran Nabi Muhammad adalah benar dan membawa kepada kebaikan. Maka hanya ada satu cara sahaja untuk melawan Islam. Yakni dengan menegatifkan kaedah/sistem yang dibawa oleh Nabi Muhammad yakni ajaran suci itu diterbalikkan,  supaya Islam kelihatan hina, kejam, ketinggalan zaman.
Hati yang suci ditempa dari makanan yang halal lagi suci. Hati yang suci inilah sangat susah untuk musuh Islam tembusi dan kuasai. Dan selagi hati-hati itu tidak dapat ditembusi, Islam tidak dapat dikalahkan. Maka berhempas-pulaslah mereka dengan berbagai cara yang tidak terjangkau oleh akal. Dengan hujah-hujah dan berbagai iklan serta promosi diusahakan untuk mengaburi kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Antaranya ialah mencanangkan kekejaman orang Islam kerana menyembelih binatang ternakan. Sedangkan kaedah penyembelihan Islam adalah yang paling tidak menyakitkan haiwan dan daging haiwan sembelihan menjadi lebih bersih dan segar.
Ini terbukti dalam laporan Berita Harian, (9 Januari 2006), satu kajian saintifik yang dibuat oleh Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Institut Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, penyembelihan binatang ternakan dengan pisau yang tajam – sekurang-kurangnya dapat memotong kertas A4 yang tergantung dan pisau berkeadaan kering- wajib bagi memotong sekurang-kurangnya, dua urat merih @ dua arteri karotid kanan dan kiri dengan pantas yang dapat memutuskan bekalan oksigen dari jantung ke otak lalu menyebabkan haiwan sembelihan pengsan serta-merta. Dalam proses pantas ini struktur berdekatan termasuk vena jugular, esofagus dan trakea turut terpotong.
Kepantasan terputusnya bekalan darah ke otak, menyebabkan haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. (Arteri karotid leher inilah yang di’target’ dalam kaedah persilatan untuk membuatkan musuh atau lawan jatuh pengsan serta merta.)
Melalui catatan electroencephalograph – otak – (EEG) dan electrocardiogram – jantung-(ECG) yang dikaji untuk mengetahui keadaan otak dan jantung haiwan yang disembelih dan haiwan yang dibunuh dengan cara barat yakni pistol kejutan (CBP) jelas menunjukkan perbezaan.
Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan.Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau selepas pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan. Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.
Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung (ECG) masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak-gerak aktif secara luar kawal, seperti satu konvulsi (convulsion) akibat tindak balas koordinasi saraf-otot, menyebabkan semua darah keluar membuak-buak dari badan haiwan melalui arteri yang disembelih pada lehernya, menghasilkan daging yang bersih, selamat untuk dimakan.
Pada lembu, arteri vertebra yang terdapat di tengkuk masih utuh, ia membekalkan darah ke otak, maka sistem saraf pusat (Central Nervous System) tidak terjejas untuk terus meransang jantung supaya mengepam darah ke seluruh badan haiwan). CNS masih berfungsi sebab tulang belakang (vertebra) tidak disembelih.
Perkara ini turut didedahkan oleh Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003.
“Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala diceraikan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma,” kata Aisha dalam kajiannya.
Ini bermaksud, darah yang terkumpul di dalam daging akan menyebabkan pereputan yang cepat menjadikan daging tersebut menjadi rosak (bangkai) dalam masa yang singkat. Kerana itulah, Islam tidak membenarkan haiwan dipenggal kepalanya supaya saraf tunjang itu tidak rosak dan darah dapat dikeluarkan secara optimum dari badan haiwan.
Ini juga dapat menjelaskan punca wabak Lembu Gila (Mad Cow Disease) sebagaimana kajian yang telah dilakukan oleh Texas A&M University dan Canadian Food Inspection Agency. Tisu otak dan saraf tunjang merupakan bahagian yang paling terjejas teruk apabila haiwan itu dijangkiti penyakit lembu gila. Kaedah CBP ini boleh menyebab tisu otak hancur dan bertaburan sehingga menyebabkan bakteria penyakit lembu gila akan merebak ke daging.
Memakan daging yang tidak disembelih mengikut Imam Al-Ghazali akan menyuburkan sifat-sifat buruk atau mazmummah dalam diri seseorang contohnya takbur dan riak.
Selain daripada sudut kesihatan, penyembelihan juga merupakan satu penghormatan terhadap haiwan yang merupakan ciptaan Allah. Selain itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain.
Begitu banyak rahsia kebaikan di sebalik penyembelihan haiwan dalam Islam. Tentunya kebaikan-kebaikan itu juga baik bagi yang bukan Islam. Jika sistem hidup Islam benar-benar dikaji, masyarakat bukan Islam sangat boleh menerima malah mempraktikkannya kerana cara hidup Islam yang sempurna sesuai untuk seluruh manusia.
Begitulah hakikatnya, walau bagaimana licik pun agenda musuh Islam, kebenaran dan kebaikan tetap menjadi pilihan manusia. Tidak mustahil jika daging dari sembelihan menurut kaedah Islam menjadi pilihan di seluruh dunia suatu hari nanti tanpa prejudis.
Bagaimana jika tikaman mengenai jantung, atau saraf-saraf ke arah jantung,lalu terganggu fungsi jantung atau ia akan berhenti berdenyut dan mengganggu proses pengeluaran darah dari badan sembelihan?

2. Ayam Halal?
Ayam adalah makanan ‘asasi’ hampir kesemua kaum di Malaysia.  Status kehalalan ayam yang dijual di mana-mana sering menjadi persoalan. Kebimbangan yang tidak berkesudahan. Baca : Tiga Keluarga Saman Tesco Jual Ayam Tak Halal

3. Kilang Ayam dan Ikan Keli Ternak di Satun, Thailand
 ( sila klik link di bawah)




4. Kilang Ayam Lahar Yooi, Sungai Dua, Perak.


Dari sebuah kilang ayam

Melayu Islam
Kepada sebuah kilang ayam
Global Ikhwan
Bukan sejarah biasa-biasa
Harga sebuah tebusan dosa
Maruah bangsa Melayu baru Islam tercipta
‘Power’ Nur Muhammad sumber kejayaan


Hasil keringat dinilai

Detik masa diukur
Untuk Tuhan, demi Islam
Ayam ada harga
Bukan sekadar sedap dirasa
Bukan untuk dibayar upah
Kerana lelah bekerja
Tapi maruah
Islam dibela
Fardhu Kifayah dibina
Walaupun susah


Dalam kilang ada ukhwah

Ada ulfah, ada karomah
Rintihan hamba inginkan maghrifah
Ada manusia ajaib di dalam
Busuk bersimbah hamis ayam
Hati Ikhwan bercahaya
Kakinya di bumi hatinya di langit
Kilang ayam ada Perindu Rasul
Yang dicemburui Sahabat


Masyarakat awam bertanya

Kilang ayam pun ada manusia begini
Bagaimana nanti mereka
Menguasai dunia ini?
Gerun sekali..


Kilang ayam, kilang ayam

Kilang Ayam Global Ikhwan
Datang untuk
Masyarakat dengan kasih sayang

8/1/2012

Lahar Yooi

5. Ayam Rangup Ikhwan

Warung Ayam Rangup Ikhwan (ARI) - Melaka

Foto  Lahar-Yooi diambil dari blog Jumie Samsuddin

6. HPA dan Radix Fried Chicken

Francise RFC Seksyen 7, Shah Alam. Berita gembira, RFC sudah mula menakluki Lembah Kelang, hanya baru-baru ini sejak kerajaan negeri bertukar dari BN ke PR. Selama ini, Syarikat Fried Chicken Antarabangsa sudah berhabis wang untuk menghalang berkembangnya RFC yang halal dan enak ke Lembah Kelang dan negeri-negeri lain. Ia amat popular di utara mengalahkan saingan terdekatnya, Syarikat Fried Chicken Antarabangsa.

Sejak HPA menukar pusat operasinya dari Perlis ke Shah Alam, dan membeli bangunan sendiri bernilai RM54 juta ini, khabarnya prestasi syarikat ini terganggu sedikit sebanyak. Pembukaan beberapa Restoran RFC di pusat membeli belah canggih sekitar Lembah Kelang turut melibatkan kos. Kos operasi yang tinggi menyebabkan banyak produk HPA terganggu pengeluarannya. Stokis-stokis kecil yang menyewa kedai banyak tutup bisnes. Saya antara ahli HPA yang setia dengan ayam organik, sukar mencari bekalan, ayam ok juga lagi, produk lain perlahan sedikit dan kebanyakan stokis beroperasi di rumah. (Semuanya dipusatkan di bangunan juta-juta itu, hingga membebankan pengedar dan pengguna). Semoga Allah selamatkan perniagaan HPA!  Amin.
Rujukan Artikel Berita Harian : Sains buktikan sembelihan Islam kaedah terbaik

Sunday, 1 April 2012

POTONG KUKU IKUT SUNNAH & HARI YANG ELOK UNTUK MEMOTONG KUKU



Mari kita cuba amalkan, apa yang kita tahu, nanti kita akan dapat banyak lagi ilmu apa yang kita tak tahu.

Rasanya ramai dah tahu( dalam kitab ada dijelaskan), tapi elokkah jika kita selalu saling ingat-mengingatkan untuk kebaikan brsama.

barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.


Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan.


Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat


Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit


Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan


Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah swt



Kesimpulannya hari yang baik untuk memotong kuku ialah Isnin, Khamis dan Jumaat.  Selain daripada hari-hari tersebut banyak mudaratnya !!  Sebab itu orang tua-tua selalu berpesan dan mengingatkan, patutlah generasi sekarang banyak berpenyakit dan banyak masalah, kita sudah tidak mahu ikut panduan dan nasihat yang baik, semuanya dianggap kebetulan, mana ada sesuatu itu Allah jadikan secara kebetulan, kita yang selalu menganggap sesuatu perkara itu adalah kebetulan.  Hakikatnya tiada sesuatu itu berlaku secara kebetulan.  ia berlaku atas sebab musabab yang sudah ditentukan yang juga atas keizinan Allah swt sama ada perkara yang baik maupun yang buruk.


Sekian Moga bermanfaat dan menjadi panduan bersama.


Wallahu 'Alam
Wassalam



Klik untuk info