Translate

Thursday, 4 September 2014

Surah Al-Ikhlas

Salam Jumaat,

Pada subuh yang mulia ini, ingin dikongsikan sesuatu tentang surah yang sering kita baca,,, moga bermanfaat dan menjadi amalan bersama.,,


(Terima kasih kepada yg sudi berkongsi denganku tentang surah al ikhlas di bawah, dan moga dengan menforwardkan kepada orang lain, ini juga boleh menjadi saham bersama, bila ia menjadi amalan kita)

HEBATNYA SURAT AL-IKHLAS...

Sempatkanlah sebentar untuk membaca tulisan ini...

Rasulullah Muhammad SAW pada suatu ketika bersabda,

”Demi Allah yang jiwa ku di genggaman-Nya, sesungguhnya
QUL HUWALLAHU AHAD itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
ALLAHHUS SOMAD itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s,
LAMYALID WALAM YUULAD tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s".

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketika aku (Rasulullah SAW) isra’ ke langit, saya melihat Arasy di atas 360,000 pilar dan jarak jauh antara satu pilar ke satu pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000 dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surat Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka, ”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki mau pun perempuan".

Riwayat Anas bin Malik juga merakam kisah berkaitan surat Al-Ikhlas. Suatu ketika 70.000 malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal. Kedatangan para malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari.

70,000 malaikat itu diutus hanya kerana arwah sering membaca surah ini. Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad SAW di Tabuk merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan malaikat Jibril datang kepada Nabi untuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah.

Rasulullah S.A.W bersabda,
"Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga".
(HR Qurthuby).

6.29 am, 5 sep 2014