Translate

Thursday, 19 December 2013

Testimoni Tonix Minda ( setiap keluarga sangatlah dianjurkan memilikinya)

Bismillahirrahmanirrahiim,

Pada pagi Jumaat yang mulia ini, marilah kita sama-sama memulakan hari kita dengan semangat dan ceria.

Seeloknya, semangat itu perlu diusahakan.

Sebelum saya terlupa, saya pernah menyatakan sebelum ini untuk memasukkan testimoni diri dan keluarga saya tentang kebaikan Tonix Minda...

Jadi, sekarang saya akan tunaikan janji saya...


Di atas tu, adalah gambar anak saya, baru berusia 7 tahun, baru selamat berkhatan pada 8 Disember 2013 secara beramai-ramai baru-baru ini.

Kenapa cerita tentang berkhatan? Ya, jika tiada semangat,  mana mungkin berani kan!!

Anak ini, saya panggil dia 'adik' kerana dia bongsu, setakat ni...
Adik ni, kalau ke sekolah, selalu demam dan selalu nak ponteng kerana letih dan stress belajar...yelah darjah 1, pastu sebelah petang masuk kelas kafa pula...keluar rumah gelap-gelap, balik pula dah lewat petang sangat...emosi anak-anak untuk bermain, pasti terganggu....

Saya perhatikan semenjak saya memberinya tonix minda beberapa bulan yang lalu, saya dapat melihat perubahannya yang ketara, dia jarang demam dan sudah bersemangat untuk ke sekolah...cerita ni sebelum musim cuti sekolah bermula.  Saya kira tonix minda ini, satu produk anugerah Allah yang mujarab untuk mengatasi masalah anak saya.  Bukankah kita semua dianjurkan untuk berusaha?


Menunggu sebelum adik berkhatan


Dimandikan selepas berarak, tujuan berendam adalah untuk mengelakkan pendarahan.



Kanak-kanak diraikan, dan dihiburkan sebelum berkhatan, ini juga satu kaedah untuk menaikkan semangat dan memberi suntikan kasih sayang kepada anak-anak yang bakal menempuh 'alam remaja' yang mungkin agak mencemaskan!

----------------------------------------------------------------

Aha...sekarang setelah diselangi dengan kisah bergambar di atas, mari kita ke topik utama kembali....

Inilah kisahku....
Setiap orang inginkan sihat dan cergas
Begitu juga dengan diriku
Allah sudah anugerahkan itu semua kepadaku, aku bersyukur!
Setelah usia meningkat, anak bertambah, beban kerja di pejabat...
kesihatanku mula merosot
Dipendekkan cerita, aku pun berhenti kerja dan buat perniagaan kecil-kecilan
Ujian kesihatan, bukanlah kecil, jadi kita semua patut menghargai nikmat kesihatan

Ujian sakit kronik, juga berat,
Mata memandang selalu salah mentafsir
Mereka yang menempuh sahaja yang memahami
Kalau tiada panduan dan bimbingan guru yang bukan sebarangan guru
Pasti sudah lama rosak jiwa ragaku

Memang tak kunafi
Sudah terbukti, terang lagi bersuluh
Manusia akan dekat bila kita senang
Bila kita ada masalah
Kesalahan kita pula sering dicari
Itulah ragam manusia

Aku perlu cekal dan tabah
Aku perlu sihat untuk kebaikan diri dan keluargaku
Kucuba Tonix Minda
Produk anugerah Allah

Ujian itu supaya kita dekat dengan Allah
Mengadu dan meminta kepada yang Esa
Juga berusaha dan berikhtiar

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Semangatku semakin pulih
Ideaku semakin bertambah
Semangatku pulih dalam 50 peratus
Tenagaku pulih dalam 20 peratus
Itukan petanda baik
Kesan dari semangat yang pulih
Tentulah satu keajaiban jika kesihatan yang merosot berbelas-belas tahun
Boleh pulih sepenuhnya hanya dalam beberapa bulan!!

Walaupun tahap pemulihan bukan 100 peratus
Aku bersyukur seadanya...

Cukuplah kisahku setakat ini

Ini adalah kisah benar
Tonik Minda, tentunya sangat berbaloi
Rm25 apalah sangat untuk sebulan
Jika dibandingkan banyak lagi
Wang yang kita belanjakan untuk hal lain
Yang tidak menguntungkan

Sangat elok untuk amalan seisi keluarga

Jangan tunggu hingga sakit parah baru nak cari penawar
Amalkan tonik minda
Minda cergas, badan sihat
Banyak kerja kita boleh manfaatkan

Juga sangatlah dialukan kepada mereka yang dermawan


Untuk menghadiahkan tonix minda kepada anak-anak yang memerlukan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi boleh menyalurkan ke sini atau ke mana-mana tempat yang tuan-tuan ketahui.





Untuk maklumat lanjut tentang Tonix Minda, sila klik di sini.


Terima kasih kerana sudi membaca dan berkunjung ke blog ini..jemputlah datang lagi.

Sekian. Ampun maaf.

Wassalam.

-suraiya-
0183231997 (wasap /sms)
Emel : suraiya72@gmail.com