Translate

Tuesday 25 February 2014

Cucu-cucu Kesayangan Rasulullah Saw




Cucu-Cucu Kesayangan Rasulullah SAW (I) : Sabda-Sabda Rasulullah Tentang Sayidina Hassan dan Sayidina Hussin


3-flowers.jpg
1. Terhadap Sayyidina Hassan
“Baik tubuhmu maupun perilakumu serupa dengan tubuhku dan perilakuku.”
“Anakku ini adalah penghulu. Mudah-mudahan Allah akan mendamaikan dengan sebab Hassan , dua golongan kaum Muslimin yang sedang bermusuh-musuhan.”

2. Terhadap Sayyidina Hussin
“Hussin daripadaku dan aku daripada Hussin. Allah akan mencintai sesiapa yang mencintai Hussin ra.”

3. Terhadap kedua-duanya
“Kepada Hassan, aku wariskan sifat kepemurahanku tetapi kepada Hussin aku wariskan sifat keberanianku.”
“Hassan dan Hussin adalah dua kebangganku di dunia ini.”
“Bahwa Hassan dan Hussin termasuk nama-nama yang terdapat dalam Syurga dan kedua nama tersebut tidak terdapat pada zaman jahiliah.”
Sayyidina Hassan dan Hussin biasanya dipanggil sebagai putera-putera Rasulullah SAW walaupun mereka sebenarnya adalah cucu-cucu baginda. Rasulullah SAW sangat inginkan anak lelaki karena kesemua anak-anak lelaki baginda meninggal sewaktu mereka masih kecil. Maka apabila mendapat dua orang cucu lelaki ini, Rasulullah memanggil mereka, “Anak-anakku” manakala mereka memanggil Rasulullah, ayah. Terhadap Sayyidina Ali, ayah mereka, Sayyidina Hassan memanggilnya, “Abu Hussin” dan Sayyidina Hussin memanggilnya, “Abu Hassan”.
Sabda Rasulullah SAW:
“Semua anak Adam bernasabkan ayah mereka kecuali anak-anak Fatimah. Akulah ayah mereka dan akulah yang menurunkan mereka.”

(Dipetik dari Aboutmiracle's Newsblog)

Kisah Sayyidina Hassan r.a dan Sayyidina Hussein r.a

Cucu-Cucu Kesayangan Rasulullah SAW  : Sayyidina HASSAN r.a

yellow.jpg
Sayyidina Hassan adalah cucu Rasulullah SAW dari puteri bungsu baginda yang paling disayanginyayaitu Siti Fatimah Az Zahra dan menantunya Sayyidina Ali, yang juga merupakan Sahabatnya yang sangat disayangi baginda.
Sayyidina Hassan lahir kira-kira sebulan sebelum Perang Uhud. Menurut ahli-ahli sejarah, tarikh lahirnya yang tepat ialah pada 15 Muharram. Namanya telah diberikan oleh baginda Rasulullah SAW sendiri. Nama ‘Hassan’ itu tidak pernah digunakan di Tanah Arab di zaman jahiliyah. Rasulullah SAW sangat gembira sekali dengan kelahiran Sayyidina Hassan.
Rasulullah SAW pernah bersabda bahwa Sayyidina Hassan adalah salah seorang penghuni Syurga dan seorang yang paling mirip wajahnya dengan baginda. Pernah baginda bersabda kepada Sayyidina Hassan sendiri:
“Engkau menyerupai aku baik tentang bentuk rupamu maupun tentang akhlak.”
Bahkan Sayyidina Ali sendiri pernah berkata:
“Hassan menyerupai Rasulullah dari dada sampai ke kepala. Tetapi Hussin menyerupai Rasulullah di bahagian-bahagian lainnya, dari dada sampai ke bawah.”
Pada suatu hari, Sayyidina Abu Bakar yang baru keluar dari masjid melihat Sayyidina Hassan yang masih kecil ketika itu. Sayyidina Abu Bakar segera mengejar mendapatkannya lalu memeluknya.
“Demi Allah, rupa engkau mirip sekali dengan Rasulullah dan lain sekali dari ayahmu, Ali.”
Mendengar kata-kata Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Hassan hanya tersenyum. Ayahnya, Sayyidina Ali yang berada di samping Sayyidina Abu Bakar, tertawa mendengar kata-katanya.
Rasulullah sangat sayang sekali terhadap cucunya ini. Baginda senantiasa ingin bersama cucunya sekali pun ketika hendak solat. Bahkan kadang-kadang juga ketika menerima wahyu dari malaikat Jibril as.
Di masa kanak-kanaknya. Rasulullah sendiri yang mendidik Sayyidina Hassan dan adiknya Sayyidina Hussin dengan budi pekerti yang mulia. Sayyidina Hassan memang terkenal sebagai seorang kanak-kanak yang cerdik. Tatkala umurnya 4 tahun, beliau sudah dapat menghafal kalimat-kalimat suci yang didengar dari kakeknya yang mulia. Ketika berumur 8 tahun, dia sudah menghafal hadith-hadith Rasulullah SAW.
Ketika dewasa, Sayyidina Hassan menjadi seorang yang sangat dikenali dan dicintai oleh seluruh umat Islam ketika itu. Beliau seorang yang cantik serta elok rupanya ditambah dengan pribadinya yang mulia. Sayyidina Hassan adalah seorang yang berkulit putih kemerah-merahan. Biji matanya hitam dan besar. Mukanya berjambang, bertulang besar, pipinya halus, raut mukanya lembut serta berjanggut. Keadaan tubuhnya sedang dan cantik. Tidak tinggi dan tidak rendah. Sungguh Sayyidina Hassan adalah seorang yang cantik dan gagah. Siapa yang memandangnya akan tertarik padanya.
Sayyidina Hassan adalah seorang yang sangat bertaqwa kepada Allah dan paling baik akhlaknya. Beliau seorang yang tenang, halus budi bahasa serta pandai bergaul dengan orang lain. Kebanyakan kaum Muslimin yang hidup di zamannya sangat sayang kepadanya. Beliau sangat merendah diri dan suka bergaul dengan orang-orang miskin.
Kerapkali apabila melihat sekumpulan orang Islam sedang makan-makan, Sayyidina Hassan akan turun dari untanya untuk makan bersama mereka. Ada ketikanya beliau menjemput pula orang-orang yang kesusahan untuk datang ke rumahnya. Apabila mereka datang beramai-ramai, beliau akan menjamu mereka.
Sayyidina Hassan suka mendapatkan ilmu-ilmu dari para Sahabat Rasulullah SAW yang ketika itu sudah tua umurnya. Beliau juga suka mengajar siapa saja yang suka mendengar ajaran-ajarannya.
Karena taqwanya, menurut satu riwayat, ketika sedang mengambil wudhuk, mukanya tiba-tiba menjadi sangat pucat karena takut pada Allah. Demikian juga ketika beliau teringat soal mati. Ketika menceritakan tentang hari kebangkitan, beliau sering menangis terisak-isak.
Sayyidina Hassan terkenal sebagai seorang dermawan. Waktu hidupnya, beliau digelar, “Karimu ahlil bait” yang ertinya keluarga Rasulullah SAW yang paling dermawan. Beliau tidak pernah menghampakan harapan orang lain.
Sebagai seorang cucu baginda SAW, beliau adalah ibarat permata di zaman hidupnya karena memiliki budi pekerti yang mulia lagi terpuji. Sikapnya ramah, penyantun, rendah hati dan dermawan pula.
Pada suatu hari sedang Sayidina Hasan r.a duduk di muka pintu rumahnya, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu mencacinya. Dia turut juga mencaci ayah serta ibu Sayidina Hasan r.a. Anehnya Sayidina Hasan r.a hanya mendengar saja akan segala maki hamun orang itu tanpa sedikit pun berubah air mukanya, atau membuat serang balas terhadap orang yang biadab itu.
Kemudian ia berkata kepada Badwi itu:
“Wahai Badwi, adakah engkau lapar dan dahaga? Atau adakah sesuatu yang merungsingkan hati engkau?”
Tanpa mempedulikan kata-kata Sayidina Hasan r.a, Badwi itu terus memaki-makinya. Oleh itu Sayidina Hasan r.a pun menyuruh pelayan rumahnya supaya membawa kantung yang berisi uang perak lantas diberikannya kepada Badwi itu sambil berkata:
“Wahai Badwi, maafkanlah saya karena inilah saja yang saya miliki. Jika ada yang lebih tidak akan saya sembunyikan darimu.”
Sikap dan layanan Sayidina Hasan r.a yang mengejutkan itu akhirnya berhasil melembutkan hati Badwi tersebut. Tiba-tiba Badwi itu menangis terisak-isak lantas sujud di kaki Sayidina Hasan bin Ali r.a sambil berkata:
“Wahai cucu baginda Rasul. Maafkanlah aku karena berlaku kasar terhadapmu. Sebenarnya aku sengaja berbuat begini untuk menguji kebaikan budi pekertimu sebagai cucu Rasulullah SAW yang sangat aku kasihi. Sekarang yakinlah aku bahwa engkau hai cucu Rasul, sesungguhnya mempunyai pekerti yang mulia sekali.”
Demikianlah satu contoh keindahan budi yang tiada taranya. Sayidina Hasan r.a yang kena maki hamun itu bukan saja dapat bersabar terhadap segala cubaan itu bahkan membalasnya pula dengan sikapnya yang lembut serta pemurah pula.
Semasa pemerintahan Khalifah Uthman ibnu Affan, Sayyidina Hassan telah sempurna menjadi seorang yang dewasa. Ketika itu beliau termasuk dalam golongan ulama yang terkemuka. Ketika timbul kekacauan semasa pemerintahan Khalifah Uthman, Sayyidina Ali menyuruh kedua puteranya supaya menjaga keselamatan Sayyidina Uthman di rumahnya. Ketika itu rumahnya sedang dikepung oleh pemberontak. Maka Sayyidina Hassan dan Hussin segera melaksanakan kehendak ayah mereka tetapi Khalifah Uthman meminta mereka pulang. Apabila Khalifah Uthman dibunuh, Sayyidina Ali sangat marah terhadap kedua puteranya karena tidak melindungi Khalifah Uthman walhal Khalifah sendiri menolak pertolongan mereka.
Apabila Sayyidina Ali naik menjadi Khalifah maka kedua-dua puteranya berazam untuk membela serta melindungi ayah mereka tercinta. Apabila ayah mereka mati dibunuh pada tanggal 17 Ramadhan tahun 40 Hijrah maka Sayyidina Hassan dan Hussin telah menuntut bela dan berjaya membunuh orang yang membunuh ayah mereka. Tidak lama kemudian, Sayyidina Hassan pula dilantik oleh kaum Muslimin menjadi Khalifah menggantikan ayahnya.
Sebenarnya Sayyidina Hassan sendiri tidak suka menjadi khalifah. Ketika itu, ada di kalangan muslimin yang menginginkan Sayyidina Muawiyah bin Abu Sufian untuk naik sebagai khalifah. Maka timbullah perbedaan antara penyokong Sayyidina Hassan dan penyokong Sayyidina Muawiyah. Sayyidina Hassan suka akan perdamaian. Keadaan yang berpecah belah itu sangat tidak disukai olehnya. Khalifah Hassan sempat memerintah wilayah Iraq serta wilayah-wilayah di sekelilingnya seperti Khurasan, Hujaz dan Yaman selama 7 bulan. Tetapi semasa pemerintahannya, dunia Islam telah penuh kekacauan. Demi menyatu padukan umat Islam, maka Sayyidina Hassan sanggup menyerahkan jawatan khalifah kepada Sayyidina Muawiyah.
“Aku sama sekali tidak ingin memerintah umat Muhammad jika dengan itu aku harus menumpahkan darah walau hanya secangkir.”
Demikianlah kata-kata Sayyidina Hassan. Rasulullah SAW sendiri, sewaktu hidupnya telah mengetahui bahwa cucunya itu mempunyai akhlak yang terpuji, lemah-lembut dan memiliki hati yang halus. Sabda baginda:
“Anakku ini adalah penghulu ( Sayyid ). Mudah-mudahan Allah akan mendamaikan dengan sebab Hassan, dua golongan kaum Muslimin yang sedang bermusuh-musuhan.”
Sayyidina Hassan meninggal dunia setelah diracun. Kematiannya disaksikan dengan perasaan sedih oleh adiknya, Sayyidina Hussin yang sangat mengasihinya.

Sayyidina HUSSEIN r.a



red-rose.jpg

Sayyidina Hussin dilahirkan di Kota Madinah pada 5 Syaban, tahun 4 Hijrah. Perbezaan umur di antara Sayyidina Hussin dan abangnya Sayyidina Hassan adalah setahun sepuluh bulan. Lahirnya Sayyidina Hussin turut menambahkan kegembiraan Rasulullah SAW. Baginda yang memberi nama “Hussin” itu yang bermaksud, “Si kecil cantik”.
Sewaktu menyambut kelahiran cucu lelakinya yang kedua itu, Rasulullah SAW begitu ceria. Sewaktu memangku cucunya itu, tiba-tiba wajah baginda berubah. Orang-orang yang berada di keliling baginda merasa hairan mengapa wajah baginda tiba-tiba berubah sedih. Rupanya Rasulullah SAW sudah tahu bahwa akhir hidup Sayyidina Hussin amatlah menyedihkan di mana beliau akan dibunuh dengan kejam.
Sebagai cucu yang selalu dipanggil sebagai puteranya, Rasulullah SAW sangat sayang sekali dengan Sayyidina Hussin. Pada suatu hari, ketika masih kecil, Sayyidina Hussin kelihatan bertengkar dengan abangnya Sayyidina Hassan di hadapan baginda dan ibu mereka, Siti Fatimah. Perkara seperti itu biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Rasulullah SAW segera menegur Hassan. Siti Fatimah merasa kurang senang melihat sikap Rasulullah SAW menegur seorang saja dari kedua cucunya itu. Maka Siti Fatimah berkata:
“Wahai ayah, kenapa menegur Hassan saja?”
“Karena Jibril sudah menegur Hussin,” jawab baginda.
Tatkala kecilnya Sayyidina Hussin selalu berada di sisi kakeknyasewaktu baginda sedang mengajar para Sahabat. Maka dia mendapat pelbagai ilmu dan contoh teladan dari kakeknya itu secara langsung. Sebagaimana abangnya, Sayyidina Hussin juga seorang yang cerdik. Dia telah dapat menghafal hadith-hadith Rasulullah semenjak kecil.
Sayyidina Hussin memang ditakdirkan Allah untuk menjadi seorang yang agung di kalangan umat Islam. Semenjak kecil, beliau menunjukkan contoh-contoh akhlak yang terpuji sebagai mewarisi sifat-sifat ayah dan kakeknya. Semenjak kecil juga, beliau telah menunjukkan sifat berani sebagaimana ayahnya juga. Setelah kewafatan Rasulullah, yakni waktu Sayyidina Umar Al Khattab menjadi Khalifah, ketika beliau sedang memberi khutbah di mimbar, Sayyidina Hussin yang masih kanak-kanak telah berkata kepada Sayyidina Umar dengan beraninya,
“Turun engkau dari mimbar ayahku (Rasulullah SAW) dan pergilah berkhutbah di atas mimbar ayahmu.”
Sayyidina Umar yang suka merendah diri menjawab dengan lembut kepada cucu kesayangan Rasulullah itu,
“Ayahku tidak mempunyai mimbar seperti ayahmu.”
Sayyidina Umar turun dari mimbar dan mengangkat Sayyidina Hussin untuk duduk di sebelahnya sebelum menyambung khutbahnya. Demikian beraninya Sayyidina Hussin waktu kecilnya. 
Dalam hal keberanian, Sayyidina Hussin melebihi Sayyidina Hassan, abangnya. Demikianlah yang telah diwariskan dari Rasulullah SAW untuknya. Belaiu banyak menyertai peperangan bersama umat Islam.
Sewaktu kewafatan Khalifah Sayyidina Ali, Sayyidina Hassan telah dilantik sebagai khalifah. Demi menjaga perpaduan umat Islam, akhirnya Sayyidina Hassan menyerahkan jawatan itu kepada Sayyidina Muawiyah. Sayyidina Hussin tidak setuju dengan tindakan abangnya itu. Namun karena menghormati abangnya, maka Sayyidina Hussin mengalah.
Sebelum Muawiyah meninggal, beliau telah berwasiat agar anaknya Yazid menggantikan tempatnya setelah dia tiada. Waktu itu Yazid memaksa semua para Sahabat membuat pengakuan taat setia kepadanya. Ketika itu Sayyidina Hussin telah berangkat meninggalkan Kufah, menuju ke Madinah. Sebenarnya ramai yang tidak setuju dengan perlantikan Yazid itu. Penyokong-penyokong Sayyidina Hussin mengutus surat kepadanya agar dia kembali ke Kufah untuk dilantik sebagai Khalifah. Penduduk Kufah enggan menerima Yazid sebagai khalifah.
Sebelum kembali ke Kufah, Sayyidina Hussin telah mengantar utusannya untuk menyelidiki apakah benar isi kandungan surat itu. Setelah ternyata ia benar maka Sayyidina Hussin bersiap-siap untuk membawa kaum keluarganya kembali ke Kufah. Sayyidina Hussin yang sangat baik, tidak sedikit pun menaruh prasangka bahwa suatu yang buruk akan menimpa dirinya dan ahlul bait yang lain.
Para Sahabat Rasulullah yang masih hidup ketika itu menasehati Sayyidina Hussin agar jangan kembali ke Kufah karena keadaan ketika itu sangat bahaya. Kerabatnya yang terdekat iaitu Abdullah bin Abbas telah bersungguh-sungguh mencoba menghalangi Sayyidina Hussin namun Sayyidina Hussin tetap dengan pendiriannya. Kemudian Abdullah menasehainya pula agar jangan membawa ahli-ahli keluarga karena bimbang jika apa yang menimpa Khalifah Uthman bin Affan juga akan menimpa Sayyidina Hussin. Sewaktu Khalifah Uthman dibunuh oleh pemberontak, peristiwa itu disaksikan oleh ahli keluarganya sendiri. Abdullah bimbang jika keluarga dan keturunan Rasulullah SAW akan dibunuh semuanya.
Sayyidina Hussin tetap mau membawa keluarganya bersama. Maka akhirnya rombongan Sayyidina Hussin yang terdiri dari 72 orang pun berangkat ke Kufah. Kebanyakan anggota rombongan adalah wanita dan kanak-kanak termasuk anak Sayyidina Hussin iaitu Ali Zainal Abidin yang sedang meningkat remaja.
Ada pihak memberitahu Yazid bahwa Sayyidina Hussin hendak merampas kuasa. Maka Yazid telah menghantar tentaranya untuk menghalangi Sayyidina Hussin dari dibaiat oleh pendududk Kufah. Ada riwayat yang menyatakan bahwa Yazid cuma mengarahkan tenteranya untuk mengintrogasi, bukan untuk membunuh Sayyidina Hussin dan keluarganya. Namun, apa yang berlaku seterusnya sungguh sangat menyayat hati.
Rombongan Sayyidina Hussin yang seramai 72 orang itu terpaksa berhadapan dengan tentara Yazid sebanyak 4000 orang! Terjadilah peristiwa berdarah di Karbala. Pembunuhan kejam terhadap kaum keluarga Rasulullah SAW di Karbala itu berlaku pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah. Pertempuran itu telah menyebabkan hampir seluruh anggota rombongan Sayyidina Hussin dibunuh.
Pertempuran itu berlaku dari waktu subuh hingga ke waktu Asar. Sungguhpun rombongan Sayyidina Hussin, kecil jumlahnya namun mereka bermati-matian mempertahankan diri. Dalam perang itu, Sayyidina Hussin menunjukkan keberanian luar biasa. Walaupun dalam keadaan sulit dan bahaya, beliau sempat mengerjakan solat Zuhur dan Asar.
Apabila hampir senja, tinggal beberapa orang saja dari kalangan keluarga Sayyidina Hussin sedangkan pihak musuh telah kehilangan hampir 1000 orang tentaranya. Pertempuran yang berlangsung begitu lama menunjukkan betapa hebatnya Sayyidina Hussin dan anak-anak buahnya menentang musuh.Akhirnya Sayyidina Hussin menemui ajalnya apabila sebatang anak panah tiba-tiba mengenai tubuhnya, tepat di bagian jantungnya. Dalam keadaan berlumuran darah dan amat letih setelah sehari suntuk berperang, Sayyidina Hussin menghembuskan nafasnya yang terakhir di padang Karbala itu.
Kata-kata terakhir yang diucapkannya,
“Oh Tuhan, mereka telah membunuh putera Nabi Mu sedangkan di dunia ini tiada lagi putera Nabi selain aku.”
Dalam perang itu mereka yang selamat adalah wanita dan kanak-kanak termasuklah adik Sayyidina Hussin, iaitu Zainab Al Kubra dan anak Sayyidina Hussin iaitu Ali Zainal Abidin. Ali Zainal Abidin lah yang menjadi penyambung keturunan Rasulullah. Dia juga nyaris dibunuh tetapi Tuhan mengkehendaki agar bersambungnya keturunan Rasulullah, maka dia selamat.
Kepala Sayyidina Hussin telah dipotong dan dihantar kepada Yazid. Menurut sejarah, Yazid menangis apabila melihat kepala cucu Rasulullah itu. Beliau mengarahkan agar kepala itu dihantar ke Madinah berserta keluarga dan anaknya, dengan upacara kehormatan dan kemuliaan. Tubuh Husain dikuburkan di Karbala, sedangkan kepalanya ditanam di Madinah, bersebelahan dengan makam ayah dan ibunya.
Demikainlah perginya cucu kesayangan Rasulullah SAW itu. Dia menjadi korban keganasan fitnah oleh golongan yang cinta dunia. Menurut suatu keterangan sejarah, tiada seorang pun dari mereka yang terlibat dalam pembunuhan Sayyidina Hussin dan ahlul bait di Karbala itu selamat. Allah telah menyegerakan hukuman untuk mereka di dunia lagi. Ada yang mati dibunuh, ada yang jadi buta, ada yang mukanya jadi hitam dan macam-macam lagi. Bahkan ada yang kehilangan kuasanya dalam waktu yang singkat. Mereka berniat untuk membunuh keturunan Rasulullah SAW tetapi Allah menyelamatkan Ali Zainal Abidin, anak lelaki tunggal Sayyidina Hussin sebagai penyambung zuriat baginda. Dari Ali Zainal Abidin, lahir ramai keturunan yang mulia dan suci ini.

Friday 21 February 2014

Doa itu senjata bagi orang Mukmin

Salam mesra semua,

Kali ni, topik ringan, dah biasa....bagi yang selalu amal.. tapi jangan buat tak endah dengan doa ini.

Kadang-kadang kita ni manusia termasuk diriku sering terlalai dan terlupa.

Kita dah diberi senjata, tapi kalau tak guna, siapa yang rugi..?

Bayangkanlah kalau kita belajar menembak, sehari 5 kali, kalau setahun, rasanya berapa kali ? Kira sendiri ya ! takkan tak terkena sasaran..?

Kalaulah kita mohon dengan bersungguh-sungguh kepada Allah swt, mohon belas kasihan, mohon iman yang benar, bukan jalan yang sesat, mohon petunjuk, mohon ilmu yang bermanfaat, mohon hati yang bersih, mohon kejayaan yang besar, mohon rezeki yang banyak lagi halal...maka terserahlah kepada Allah untuk memperkenankan permohonan hamba-hambanNya yang tak jemu-jemu. Dalam meminta, kita juga disyariatkan berusaha.

Kita ambil contoh, kita minta rezeki yang halal, insya Allah, ada saja jalan atau kita dimaklumkan seseorang supaya mengelak makanan atau minuman atau rezeki daripada sumber yang haram itu.  Kiaskanlah dengan perkara-perkara lain yang kita pinta dalam sujud akhir itu.

Antaranya, kita minta iman yang benar, itu bukan perkara kecil, itu jalan keselamatan kita dunia dan akhirat.  Masakan Allah akan menghampakan hamba-hambaNya yang benar-benar inginkan keselamatan.  Kita minta kecerdikan yang tinggi, kita minta hati yang bersih, adakah Allah akan membiarkan kita diperbodohkan oleh musuh-musuh agama?  Masakan Allah akan membiarkan hati kita susah menerima kebenaran...?

Mintalah, senjata sudah di tangan, gunakan...!!!

Kita (saya la tu), kalau orang minta banyak kali, atau tanya banyak kali, rasa macam nak marah...tapi Allah suka kepada hamba yang selalu meminta-minta kepadaNya, Allah tidak menzalimi hambaNya, kita yang selalu menzalimi diri kita tanpa sedar.

Kalau kita susah nak hafal bahasa Arab, doa dalam bahasa apa pun boleh, tapi ingat..dalam hati ya...

Allah suka mendengar rintihan dan permohonan hamba-hambaNya.

Bersangka baiklah pada Allah , Allah boleh memperkenankan permintaan kita dengan pelbagai cara...kalau tak dapat tu mungkin cara kita minta perlu diperbaiki...

Diriku juga hamba yang lemah, penuh salah dan silap, moga dengan perkongsian ini juga, ia merupakan ilmu yang bermanfaat dan menjadi saham akhirat untuk semua.

Ampun maaf.

Wassalam.



Thursday 20 February 2014

72 firqah daripada 73 firqah. Hanya 1 firqah di jalan yang lurus/ benar.

Salam ceria dan salam hormat,

Mari kita semak, pegangan kita, supaya tidak terjebak dalam fahaman yang salah, dalam 73 firqah, 72 firqah itu sudah terkeluar, tetapi tanpa sedar atau secara sedar mereka tetap mengaku mereka dalam aliran ahli sunnah, kita boleh kenali mereka berdasarkan rujukan mereka dan cara mereka berkata-kata..

Apabila telah sampai pengetahuan ini kepada kita, kita perlu berhati-hati, dengan siapa kita berguru? Adakah fahaman kita ada seperti di bawah yang bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah.  sekiranya ada yang tersilap, masih ada masa untuk diperbetulkan, Allah Maha Pengampun dan menerima taubat hamba-hambaNya yang sedar dan mahu kembali ke pangkal jalan.

72 firqah daripada 73 firqah

Moga kita semua selamat, diberi hidayah dan taufik untuk dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Tanpa menurut rasa dan gelombang hawa nafsu yang menolak kebenaran yang disampaikan.

Wassalam.

Kisah hidup dan sejarah pahit maung, ujian getir, perjuangan para Imam-imam Mazhab Ahli Sunnah

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Dengan rendah hatinya, ingin dikongsikan kisah sejarah kehidupan, perjuangan Imam-imam terdahulu.  Dalam silibus pelajaran ugama Islam di sekolah, masa kubelajar dulu, tidak diceritakan, baru sekarang aku direzekikan membaca kisah hidup mereka.

Aku disibukkan dengan belajar dan menghafal apa yang akan masuk dalam peperiksaan demi megharapkan lulus periksa dan sijil-sijil yang diiktiraf di dunia, juga dengan niat untuk mendapat kerja.  Aku seperti tidak berkesempatan untuk mencari atau membaca kisah hidup imam -imam besar terdahulu, yang kita berpegang dengan ilmu mereka.  Yang besar jasanya pada kita.

Wahai generasi muda, jikalau kita asyik dengan dunia alam maya, apa salahnya kita cuba luangkan sedikit masa yang berharga untuk membaca, merenung dan selami perjuangan imam-imam terdahulu yang berkorban, sehingga ada yang dirantai, digari, diarak untuk dimalukan, disebat, disiksa hanya kerana mereka hendak mempertahankan sesuatu yang benar daripada Allah dan Rasul.

Alangkah dasyatnya, kebenaran itu ditentang begitu hebat sekali, sejarah menyatakan, perjuangan imam2 mazhab itu, penuh dengan perit getir dan kekejaman daripada pihak pemerintah yang berkuasa...

Begitulah juga yang berlaku kepada pejuang2 kebenaran akhir zaman ini yang benar2 berjuang untuk menegakkan kalimah Allah, tidak sedikit yang ditangkap dan disiksa kerana mereka bertegas dengan ilmu yang benar. Pemerintah kebanyakannya bertindak kejam dan zalim  kerana adanya hasutan daripada ulama-ulama suk.  

Moga negara kita Malaysia akan menjadi negara contoh, yang sentiasa memuliakan ulama kerana mereka adalah pewaris Nabi.  Setiap seratus tahun Allah mendatangkan ulamak yang berwatak Rasul atau Nabi.  Tapi mereka bukan Rasul atau nabi. Mereka memperjuangkan kebenaran.  Pada mereka ada panduan yang bersumberkan al Quran dan Hadis, yang dapat menyelesaikan segala permasalahan yang berkaitan dunia dan akhirat.


Firman Allah ertinya:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan. Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji 
orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Al-Ankabut: 2-3)
http://73firqah.wordpress.com/73-firqah-bab-3/mazhab-as-sunnah/mazhab-syafie/

http://73firqah.wordpress.com/73-firqah-bab-3/mazhab-as-sunnah/mazhab- maliki/

http://73firqah.wordpress.com/73-firqah-bab-3/mazhab-as-sunnah/mazhab-hanafi/

http://73firqah.wordpress.com/73-firqah-bab-3/mazhab-as-sunnah/mazhab-hambali/

Moga bermanfaat sebagai panduan dan iktibar kita.

Ampun maaf andai ada salah dan silap.

Terima kasih yang tak terhingga dan minta izin kepada blogger 73 firqah kerana mengongsikan di sini kandungan daripada blog tersebut.

Wassalam.

Monday 17 February 2014

suaramuhajirin313: Allah Itu CEO Kita

suaramuhajirin313: Allah Itu CEO Kita: Al-Marhum Abuya Ustaz Ashaari telah mempopularkan banyak istilah dalam usaha memahamkan masyarakat tentang agama. Sebenarnya bukan sekadar...

Saturday 15 February 2014

Catatanku...: MENGAPA TIDAK TERUS MINUM DARINYA?

Catatanku...: MENGAPA TIDAK TERUS MINUM DARINYA?:


MENGAPA TIDAK TERUS MINUM DARINYA?
HEBAT KIASAN ULAMAK.

Sila Baca ini..
Suatu hari, datang seorang pemuda ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang tamu rumah Kiyai itu.

Pak Kiyai : Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?

Pemuda : Terima kasih Pak Kiyai, nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.

Pak Kiyai : Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?

Pemuda tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.

Pemuda : Begini Pak Kiyai, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Pak Kiyai. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama? Seringkali saya mendengar mereka akan menyebut : " Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Ato'illah al-Sakandari, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain "Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah ? Bukankah lebih enak kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan " Firman Allah taala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan ini?" Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma'sum iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Pak Kiyai mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya. Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya kepada pemuda tersebut,

Pak Kiyai : Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?

Pemuda : Setakat ini, itu sahaja yang ingin saya sampaikan Pak Kiyai.

Pak Kiyai : Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu, wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?

Pemuda : Benar sekali Pak Kiyai .

Pak Kiyai lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.

Pak Kiyai : Silakan minum Abdullah.Sebaik dipelawa oleh Pak Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia.

Pak Kiyai : Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan?

Pemuda : Pak Kiyai, mana bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya.

Pak Kiyai : Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya. Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya.Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible?

Pemuda : Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Pak Kiyai : Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama.

Pak Kiyai : Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?

Pemuda : Sudah tentu Pak Kiyai.

Pak Kiyai : Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan. Maka persoalannya , pemahaman siapa yang ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?

Pemuda : Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang.

Pak Kiyai : Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan? Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil selain daripada keduanya. Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penaakulannya. Ini kerana mereka lebih wara' dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.

Kamu tahu Abdullah, al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketika mana beliau sedang menaiki keldai, berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi? Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut. Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab : " Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat". Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu berkata: " Wahai Imam, bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak terus menjawabnya?" al-Imam al-Syafiee menjawab : " Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba2 Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah tidak amanah di dalam memberikan jawapan "Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara'nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah. Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah. Pemuda itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya. Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa " Maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya" Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya : " Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?" Maka kata al-Imam Malik : "Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana untuk menyelesaikannya"
Allah.. Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku seolah-olah mereka mengetahui segalanya.

Pemuda : MasyaAllah, terima kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .

Pak Kiyai : Sama-sama Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak dengan ajaran yang benar Insya Allah.

Mohd Kamil Abdullah

Posted by Mohd Kamil Abdullah at 6:21 am 

Nota Hati -73 Firqah

Salam semua,

Moga kita dapat merenung dan ambil iktibar..

Setelah kita tahu tentang sejarah bola sepak..masih sanggupkah kita membudayakan permainan itu..?

Barang siapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari kaum itu.. (tak payahlah kita nak menyangkal atau banyak berhujjah dalam membenarkan sesuatu larangan dengan menggunakan ayat-ayat tertentu, sesungguhnya Allah jua Maha Mengetahui niat seseorang itu dalam berhujjah untuk menghalalkan niat yang tersirat dalam lubuk nafsunya)

Cuba kaji, kenapa selalu ada pergaduhan dalam permainan itu? Ehmm kenapa ya...renung-renungkan..adakah ia sesuatu yang baik atau buruk...adakah ia suatu petanda atau petunjuk?

Tanyalah hati kita?? ( sungguh sedih nasib generasi kini..)

Cuba kaji sejarah syiah dan wahabi?

Dalam penjelasan dalam blog 73 firqah dari link di bawah, insya Allah, kita boleh temui pelbagai jawapan.  Sila baca dengan berhati-hati, dan moga direzekikan masuk ke hati, setiap bab yang disajikan berpandukan daripada sumber yang jelas dan bersumberkan hasil kajian teliti daripada kitab-kitab para ulamak muktabar...siapalah kita untuk mempertikai atau menyanggahnya...!!!

Sesungguhnya saya bersyukur dan berterimakasih kepada penulis blog tersebut dan sesiapa sahaja yang berusaha menyampaikan dan sehingga ia sampai kapada diriku ini. Hanya Allah yang akan membalas segala usaha-usaha murni itu, termasuk juga kepada ulamak-ulamak muktabar yang begitu berusaha keras untuk memastikan kebenaran terpelihara.  Moga Allah memuliakan dan meninggikan darjat mereka.

Klik untuk membaca 'Nota Hati'

Moga kita sentiasa terpimpin dan terpandu di jalan yang benar  dan lurus dan diberi faham. Sesungguhnya hidayah dan kefahaman itu adalah sesuatu anugerah yang amat mahal, dan kita perlu berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkannya.

Jika Allah inginkan kebaikan kepada seseorang itu dalam urusan agamanya, nescaya dia akan diberi faham.

Apa perasaan kita terhadap ahlul bait Rasulullah..yang diperlakukan sedemikian rupa..!!??

Dalam selawat, dalam sembahyang (Allah perintahkan kita baca dalam tahiyyat), kita minta Allah selamatkan Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda..

Tapi bagaimana dengan sikap ummat Islam hari ini..sebenarnya..!!! ???

Tanyalah hati kita..hati takkan mampu berdusta...

Sekadar perkongsian, marilah kita sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Ampun maaf.

Wassalam.

9.00 pm 15  02 14

Nota Hati

1- YAHUDI ADALAH AGAMA DAN ISRAEL ADALAH BANGSA, SAMA JUGA SEPERTI ISLAM ITU AGAMA DAN MELAYU ITU BANGSA. JANGAN DIPUTAR BELIT.
2- JESUS AKA CHRIST ITU BUKANLAH NABI ISA A.S., KERANA NAMA KHAS TETAP TIDAK BERUBAH WALAUPUN BERLAINAN BAHASA.
3- DAJJAL LAKNATULLAH ITU BUKANLAH “ANTICHRIST”, TETAPI ANTI ISLAM.DAN DAJJAL BERSEKUTU DENGAN KRISTIAN UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM.
4- AGAMA KESELAMATAN YANG SEBENAR ADALAH HANYA AGAMA ISLAM.AGAMA YAHUDI, KRISTIAN, MAJUSI, SABIIN DAN LAIN-LAIN ITU SEMUANYA TERKELUAR DARI ISLAM DAN TIDAK BERKAIT LANGSUNG DENGAN ISLAM.
5- TAKSUB PADA AGAMA ISLAM ITU PERLU DAN MESTI DIPERTAHANKAN.
6- BOLA SEPAK ADALAH SATU AKTIVITI DIMANA ACARA PENGHINAAN DAN MEMPERINGATI HARI DIMANA KEPALA CUCU RASULULLAH DIPENGGAL HINGGA PUTUS DAN DISEPAK DAN DIPIJAK.
7- ISTILAH TUHAN HANYA UNTUK ORANG ISLAM DAN SEMBAHAN SELAIN AGAMA ISLAM DIPANGGIL BERHALA. KERANA JIKA KITA MEMANGGIL BERHALA-BERHALA SEMBAHAN MEREKA ITU “TUHAN” IANYA SEOLAH-OLAH MENGIKTIRAF KETUHANAN MEREKA, DAN BOLEH JATUH SYIRIK KHOFI.
http://73firqah.wordpress.com/nota-hati/

Saturday 8 February 2014

Adakah Jalan Penyelesaian terhadap Masalah Penyakit Masyarakat yang Kronik ?

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Sejak akhir-akhir ini, kita sering disajikan dengan berita-berita yang menyedihkan dan menyayat hati. Cuba kita renungkan, kenapa seseorang itu tergamak membunuh seseorang yang sepatutnya di bawah tanggungannya, seseorang yang patut dikasihinya...!!

Kita sudah acapkali mendengar berita-berita yang mengejutkan seperti, bapa membunuh anak, suami membunuh isteri, anak menetak ibu atau ayah, abang membunuh adik, isteri membunuh suami, cucu membunuh datuk, bayi-bayi yang dibunuh kejam..hasil hubungan yang tidak sah, anak-anak yang didera sehingga mati! Dan segala macam perlakuan yang di luar batas peri kemanusiaan. Disebabkan kehilangan kasih sayang, merebut harta, merebut kasih, kesusahan dan kesempitan hidup, manusia akan sering menyalahkan orang lain, terutamanya orang-orang yang mereka kenal, tidak terkecuali pemimpin dalam sesebuah negara.

Masyarakat mudah menjadi rosak dan hilang pertimbangan, malah semakin rosak dan parah dengan adanya gejala rokok, dadah, medium sosial, perkembangan teknologi internet dan handset yang canggih.  Masyarakat lebih suka memperkatakan sesuatu secara terbuka tanpa memikirkan ramai yang membaca dan ramai yang terguris hati dan perasaan.  Lihatlah sekarang, ramai orang mudah bergaduh kerana sering meluahkan pendapat melalui medium sosial internet seperti facebook dan yang sewaktu dengannya.  Maklumat, merebak dengan pantas, tanpa kawalan, budaya ini sangatlah bahaya kerana ramai yang menyalahgunakan teknologi ini.

Jika kita renung, sepatutnya hubungan akan lebih akrab jika sering bertemu dan berbual secara bersemuka, kasih sayang akan lebih terasa, jauhi sikap suka memberi pandangan atau pendapat tanpa usul periksa kerana ia akan lebih membawa padah..

Setelah banyak berceloteh ni, saya nak mengajak tuan puan, adik kakak pembaca yang budiman semua renung sejenak....

ADAKAH ISLAM, TIADA JALAN PENYELESAIAN DALAM SEMUA PERMASALAHAN YANG TIMBUL SEPERTI YANG DISEBUTKAN DI ATAS...?

JAWABNYA MEMANG ADA.....SEKIRANYA KITA KENAL DIRI KITA, KITA TIDAK AKAN TERGAMAK MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MELANGGAR SYARIAT DAN BERTENTANGAN DENGAN NILAI-NILAI KEMANUSIAAN...

Di dalam blog ini, anda boleh membaca sebuah buku 'Mengenal diri melalui rasa hati ', bacalah dari mula sampai akhir, kemudian, kita boleh nilai diri kita dan cuba membaiki diri kita. Jika semua masyarakat masing-masing ambil peranan untuk membaiki diri, maka kita akan hidup dalam negara dan masyarakat yang aman makmur, rukun dan damai....Saya berani menyatakan, tiada jalan pintas yang lebih baik dan selamat daripada jalan penyelesaian yang terkandung dalam buku tersebut. Ia adalah jalan yang terbaik seperti yang dituntut dalam syariat Islam, Islam itu agama keselamatan, ia sesuai untuk semua, malangnya ummat Islam sendiri tidak menyedari , tidak sungguh-sungguh mempelajari dan mempraktikkanya.

Jadi, saya dengan rendah hatinya ingin mengajak para pembaca semua untuk menghayati isi kandungan dalam buku ini, bukankah membaca atas nama Allah itu dituntut dalam al-Quran.

Selamat membaca

Prakata

Muqaddimah

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bab 3 (sambungan)

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bab 7

Bab 8

Bab 9 : Renungan yang patut diambil perhatian

Moga kita sama-sama mendapat kebaikan dan manfaat daripada perkongsian ini. Moga Rahmat Allah sentiasa melimpah ruah kepada penulis buku ini dan orang-orang rapat yang berusaha keras untuknya, kerana sesungguhnya tiap sesuatu itu, pasti ada kesulitan dan pengorbanan yang bukan sedikit...kita membaca di sini secara percuma! Jadi mungkin ada orang tidak dapat menghargainya atau menilainya!!

Sama-samalah kita bersyukur kepada Allah swt kerana mengizinkan kita dan merezekikan kita untuk mendapat ilmu ini, moga kita dapat mengamalkannya dengan izin Allah swt.

Wassalam.

Ahad, 9 Feb.
9.38 am.