Translate

Saturday 16 November 2013

Gembirakanlah hamba Allah, nescaya Allah akan gembirakan kamu


Bismillaahirrahmaanirrahiim,

Ya Allah, sesungguhnya tentu sekali Allah yang Maha Baik itu, telah mempersiapkan adanya hati-hati insan-insan yang sangat baik hati juga untuk menggembirakan hamba-hamba Allah, dengan sanggup mengeluarkan lebihan rezeki yang Allah kurniakan, yang tersimpan dengan begitu baik sekali untuk dijadikan sebesar-besar saham , di kala umur masih ada, di kala tenaga masih ada, di kala mulut masih mampu berbicara,  di kala lidah masih mampu merasa nikmat makanan dan minuman, di kala mata masih mampu melihat dan membaca sesuatu yang Allah takdirkan untuk kebaikan para hamba-hambanya yang terpilih.

Di kala ramai yang sudah kita dengar berita akan kematian insan-insan yang kita sayangi dan kenali....ada yang pergi mengejut, ada yang pergi setelah lama terlantar sakit, ada yang pergi dengan menyayat hati, ada yang pergi dalam keadaan mengerikan.!!!

Ya Allah sesungguhnya, diriku sangat meyakini, barangsiapa yang berbuat baik hanya semata demi agamaMu, tentu Engkau Ya Allah tidak akan persia-siakan, kami sangat mengharapkan keringanan azab sakaratul maut , menjadi hamba yang beriman dan diredhoi oleh Allah dan Rasul juga dilepaskan dari azab yang pedih di akhirat nanti.

Bukankah orang yang sering bersedekah itu, mendekatkan diri dengan syurga dan menjauhkannya dari azab neraka, jika betul amalan dan niatnya.

Ooh sesungguhnya, sesiapa yang mampu untuk  membelanjakan sebahagian daripada hartanya itu, tentulah Allah telah  memilihnya untuk membuat kebaikan dan kebajikan.

Sedekah dan berjihad itu memanglah satu kewajipan, tetapi alangkah sukarnya untuk melaksanakan tuntutan ini.  Mari kita hayati apa yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran !


Sungguh terharu, juga teruja apabila membaca profile YKPPM dibawah.  Hasrat yang murni untuk membina Pusat Hemodialisis, untuk membantu insan-insan yang kurang bernasib baik....

Tentunya pula, ada hati para dermawan atau jutawan yang mampu untuk menyalurkan dana untuk tujuan tersebut, insyaAllah..!!!

Moga-moga dengan menggembirakan hamba Allah, nescaya Allah akan menggembirakan kita di dunia lebih-lebih lagi di akhirat...aamiin, aamiin, aamiin Ya Rabbal a'lamiin.


Justeru itu, sumbangan ikhlas untuk Kompleks Perubatan Ikhwan dan pembinaan pusat hemodialisis oleh YKPPM sangatlah di alu-alukan sebagai sedekah jariah untuk saham akhirat bagi mereka yang berkemampuan.

Demi merealisasikan hasrat murni tersebut, pihak YKPPM akan menganjurkan program jualan meja seperti berikut :

Tarikh : 30 hb November 2013
Masa : 8.30 -10.30 Malam
Tempat : Dataran Ikhwan, Jln 9/6 Celebration Mall
Bandar Country Homes, Rawang
Selangor Darul Ehsan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi AJK Majlis :

1. Tuan Hj. Nasaruddin Awang (014-7192920)
2. Tuan Hj. Johari Morad (019-6226183)
3. Encik Ridhuan Ali Sabi (019-2303789)
4. Encik Muhd Ruzi Ismail (011-14248660)

Sekian, salam hormat. Wassalam.


12.08 am, 17 Nov 13.

_______________________________________

PROFILE YKPPM

Silalah hubungi YKPPM di sini.






Monday 11 November 2013

Family : Melawat Muzium Padi pd 4 Nov 13

Bismillahirrahmaanirrahim,

Pagi Isnin yg tenang ni, teringin pula nak sisipkan gambar2 masa melawat muzium padi berdekatan Gunung Keriang, Kedah. Kampung dekat ja.. tapi baru nilah berpeluang ke situ.

Masa balik ziarah mak, singgah la, bawa anak-anak. Jadi gambar2 ni special utk kenang2an kami sekeluarga, suami dan anak-anak laa. Pi pun petang dah, sempat la 1 jam...sebab kul 5 dah tutup, tak sempat melawat pusat sains  yg kat sebelah tu..sebab tutup kul 5 juga....

Sesiapa yg tak gi lagi elok juga pi tengok tempat ni, menarik juga...

Amboi...puas juga, lama gak nak upload gambar2 ni..malam baru laju sikit..

Gambar ni terang, jurugambar ambil, sekejap je siap, pas tu letak di kalendar, ok la rm10 ..ni snap pula dari gambar tu...yg lain2 dari kamera hp sbb tu tak berapa clear.